• Tidak ada hasil yang ditemukan

WARNA AIR :

Dalam dokumen REPORT LI 3 (Halaman 79-88)

• Kaedah ini lebih cepat berbanding pensil warna

• Sesuai digunakan untuk mewarna lukisan yang banyak

• Jika tersilap teknik mewarna, lukisan akan comot dan tidak menarik • Memerlukan penelitian yang tinggi dan yakin sewaktu mewarna

• Warna air yang disyorkan ialah “Alpha Colour” dan “Faber Castle” kerana yang mempunyai kualiti tinggi

• Kaedah campuran warna juga akan memberikan kesan yang menarik pada lukisan persembahan jika olahan yang digunakan bersesuaian

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

MARKER :

• Penggunaan marker selalunya merujuk kepada golongan yang berpengalaman dan profesional dalam bidang ini

• Memerlukan kemahiran menggunakan teknik ini

• Memberikan kesan yang lebih realistik pada sesebuah lukisan persembahan dan menampakkan lebih profesional

• Marker yang disyorkan ialah “prisma colour” dan “kerecolour”

• Memeberikan kesan yang lebih baik dan sempurna jika dibandingkan dengan dua kaedah penwarnaan diatas

• Jarang digunakan oleh pelajar kerana kos barang agak mahal

LUKISAN 3 DIMENSI

Lukisan 3D merangkumi lukisan isometrik, lukisan oblik, lukisan perspektif udara

(bird eye view, perspektif biasa dan perspektif paras bumi (worm eye view). Tujuan utama teknik persembahan ini dibuat adalah untuk memberi kefahaman kepada orang awam yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal. Oleh itu, lukisan ini dimasukkan kedalam lukisan persembahan untuk membolehkan mereka membyangkan rekabentuk sesuatu bangunan dengan mudah.

DIPLOMA SENI BINA LUKISAN ISOMETRI :

Lukisan ini digunakan dalam pelbagai bidang kejuruteraan kerana lukisan ini dapat memberi maklumat dengan gambaran objek dengan jelas.

Pada lukisan ini, panjang pinggir objek dan bangunan tidak dipendekkan sama ada dengan proses putaran atau unjuran dengan menggunakan skala isometrik.

Hasil lukisan isometrik dan unjuran isometrik kelihatan serupa kecuali saiznya sahaja yang berbeza. Beberapa ciri penting dalam lukisan ini ialah :

Garisan Isometri :

○ Garisan yang selari dengan paksi isometri • Garisan tak isometri :

○ Garisan yang tidak selari dengan paksi isometrik • Garisan dalam isometri :

○ Tidak dilukis mengikut magnitude yang sebenar. Sudut itu boleh menjadi besar atau kecil bergantung pada kedudukannya

Satah isometri :

○ Dua jenis satah ini ialah satah condong dan satah oblik. Satah condong ialah satah yang bersudut tepat hanya pada satu satah isometrik utama. Satah oblik ialah satah yang tidak bersudut tepat pada sebarang satah isometrik utama

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

Panduan membina lukisan isometrik :

○ Semua garis tegak pada objek dilukis menegak.

○ Semua garisan mengufuk pada objek boleh dilukis condong 30 darjah kepada garisan mengufuk

○ Hanya garisan isometri boleh dilukis menggunakan ukuran sebenar

○ Sudut tidak boleh dilukis mengikut magnitud sebenar sudut itu. ○ Semua pinggir yang selari pada objek dilukis selari dalam lukisan

isometrik

Kaedah membina lukisan isometri ○ Kaedah binaan rangka :

 Dalam kaedah ini, objek yang hendak dilukis diandaikan terletak dalam satu kotak. Saiz kotak ini dibina dengan menggunakan dimensi keseluruhan objek

○ Kaedah binaan rangka :

 Kaedah ini sesuai digunakan untuk membuat lukisan isometrik bagi objek yang mengandungi permukaan condong dan oblik

○ Kaedah koordinat :

 Kaedah ini sesuai digunakan untuk membuat lukisan isometrik yang mengandungi bulatan atau permukaan melengkung

DIPLOMA SENI BINA ○ Lukisan Oblik :

 Fungsi lukisan oblik dan lukisan isometrik adalah sama, iaitu untuk memberikan gambaran sesuatu objek

 Dalam lukisan ini, garisan unjuran dari objek adalah garisan selari tetapi oblik kepada satah unjuran. Oleh itu dalam unjuran oblik, pelukis dapat menghasilkan satu pandangan bergambar bagi objek tersebut

 3 jenis lukisan oblik yang digunakan ialah : • Lukisan Kavalier :

○ Ketiga-tiga paksi dilukis dengan menggunakan skala yang sama. Paksi sudut boleh dilukis mengikut kecondongan sebarang sudut kepada garisan mengufuk. Condong paksi surut yang biasa digunakan ialah 30 , 45, 60°

Lukisan Kabinet :

○ Ukuran yang sebenar digunakan bagi paksi menegak dan mengufuk tetapi skala

separuh saiz penuh digunakan bagi paksi surut. Paksi surut boleh dicondongkan kepada sebarang sudut pada garisan mengufuk.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

Lukisan Oblik Am :

○ Skala yang sama digunakan pada paksi menegak dan paksi mengufuk tetapi sebarang skala yang lain boleh digunakan bagi paksi surut. Dalam lukisan ini, paksi surut boleh juga dicondongkan pada sebarang sudut kepada garisan mengufuk. Skala yang biasa digunakan bagi paksi surut ialah 1/3 dan 3/4 daripada skala yang digunakan untuk paksi permukaaan

hadapan. Dalam lukisan kabinet dan oblik am, paksi surut dipendekkan untuk mengurangkan kesan herotan. Cara ini boleh diamalkan sekiranya butiran

dipermukaan atas atau sisi kurang penting.

DIPLOMA SENI BINA BAB 9 : KAJIAN DAN ANALISIS

9.10 SILING

Siling dibina untuk melindungi kayu- kayu jeriau, jermang bumbung dan sebagainya daripada penglihatan mata kasar. Selain itu, ia juga dapat menahan sedikit sebanyak haba yang dapat menembusi bumbung. Siling yang dimaksudkan ini ialah untuk bangunan- bangunan yang berbumbung curam. Kerja Pemasangan Siling Terus Menerus

a) Satu pengikat dipasangkan terus kepada alang atau kasau bumbung.

b) Kemudian siling bumbung diasang secara terus menerus pada kasau atau jeriau bumbung. Siling yang digunakan ialah papan simen berukuran 970mm x 600mm x 6 tebal.

c) Papan simen dipasang dengan memakunya pada kasau atau jeriau.

d) Jalur atau ruang yang terbentuk diantara papan- papan simen dikemaskan dengan jalur penutup siling yang bersaiz 3.8mm x 13mm.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

9.11 BUMBUNG 9.11.1 Pengenalan

Bumbung merupakan bahagian atas sekali bagi struktur bangunan.Bumbung memberikan perlindungan dari angina,panas dan hujan.Struktur bumbung dibina daripada kayu,keluli, atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angina.

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan,kekuatan,ketahanlasakan,rintangan cuaca,rintangan terhadap kebakaran,sifat penebat haba dan rupa bentuk bangunan itu sendiri.Bumbung dibina untuk menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya,penebatan dan kemasan dalam dan beban angina tanpa mengalami lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk.Kekuatan bumbung bergantung kepada cara pemasangan,pembinaan dan bentuk bumbung itu sendiri.

Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang dilulus atau yang ditentukan oleh Undang-undang kecil Bangunan.Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa

bangunan sama ada dari segi bentuk bumbung ataupun warna dan tekstur bahan penutup itu sendiri.

DIPLOMA SENI BINA 9.11.2 Jenis Bumbung

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahgikan kepada dua kumpulan iaitu

:-9.11.3 BUMBUNG RATA

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu.Jeriau kayu yang berukuran 50mm tebal dan lebarnya diantara 100mm-300mm diletakkan menegak pada sisi masing-masing dengan jarak 375mm-450mm.Bumbung ini adalah bumbung yang kecerunannya tidak melebihi 10º.

9.11.4 BUMBUNG

CURAM:-Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas tulang bumbung.Selain dari itu,ia boleh juga

digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air.Cerun bumbung berubah-ubah dari sudut 10º-45º dari garis lintang.

Jenis-jenis bumbung

curam:- Bumbung ganding(couple roof)

 Bumbung ganding tertutup(closed couple roof)  Bumbung simpai(collar roof)

 Bumbung gulung-gulung(purlin roof)

 Bumbung pisang sesikat(lean to roof)

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

Dalam dokumen REPORT LI 3 (Halaman 79-88)

Dokumen terkait