• Tidak ada hasil yang ditemukan

REPORT LI 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "REPORT LI 3"

Copied!
134
0
0

Teks penuh

(1)

DIPLOMA SENI BINA PENGENALAN DIRI

NAMA : MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI

JANTINA : LELAKI

NO. KAD PENGENALAN : 900121-08-6503

NO. PENDAFTARAN : 17DSB07F012

NAMA JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

KURSUS : DIPLOMA SENIBINA

PUSAT PENGAJIAN : POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SG.LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR, SELANGOR DARUL EHSAN.

TEMPAT LATIHAN INDUSTRI : HILMI.FARIDAH ARCHITECTS NO 3, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH J9/J, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM,

SELANGOR DARUL EHSAN. TEMPOH LATIHAN INDUSTRI : 12 JANUARI 2009 – 12 JUN 2009

ALAMAT TETAP : NO 9 TAMAN CAHAYA,

JALAN TANJONG TUALANG, 36800 KAMPUNG GAJAH, PERAK DARUL RIDZUAN,

NO. TELEFON : 013-3532588

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(2)

PERAKUAN

Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri berdasarkan kepada latihan industri yang telah saya jalani kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan atau fakta-fakta yang berkaitan.

Disediakan oleh,

...

(MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI)

17DSB07F012 TARIKH: ...

Disahkan oleh,

...

(Ar. HJ MOHD HILMI BIN HJ YUSOFF) K/P. NO. : 550720-03-5161

AADIPL.LONDON.APAM TARIKH: ...

...

(Ar. HJH FARIDAH HASNI BINTI RAMLI) K/P. NO. : 550520-08-5906

AADIPL.LONDON.APAM TARIKH: ... MOHD ZAKKI BIN ABDUL

(3)

DIPLOMA SENI BINA PRAKATA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan, tinggi Gunung Kinabalu tinggi lagi ucapan terima kasih saya tujukan kepada para pembaca kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang berharga untuk membaca Laporan Latihan Industri ini. Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan anugerah yang diberikan dapat saya menyempurnakan Buku Laporan Latihan Industri yang telah diwajibkan kepada setiap pelajar yang menjalani latihan seperti ini.

Sepanjang lima bulan saya menjalani latihan industri di firma

HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD, saya MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI ( 17DSB07F012 ) telah sedikit sebanyak mengumpul ilmu berkaitan bidang pembelajaran saya ini. Seperti kata pepatah “Sambil menyelam minum air” ilmu yang diperolehi dapat saya gunakan untuk melengkapkan buku laporan industri ini dan juga dapat saya gunakan untuk memantapkan lagi ilmu yang sedia ada.

Di dalam buku laporan ini, saya telah rangkumkan segala aspek meliputi gerak kerja dan jenis-jenis tugas yang telah saya lakukan semasa menjalani latihan industri di firma ini. Untuk lebih faham akan laporan ini saya telah bahagikan ia kepada beberapa bab seperti berikut :

• Pengenalan Latihan Industri dan latar belakang firma • Ringkasan aktiviti latihan industri

• Pengenalan kandungan teknikal • Kesimpulan

• Komen dan cadangan

Setiap bab di atas mengandungi sub-sub judulnya dan disertai dengan gambarajah.

Laporan ini secara kasarnya dapat mendokumentasikan aktiviti-aktiviti seorang arkitek dalam menjalani projeknya. Di mana arkitek perlu mematuhi prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaraan Tempatan dan jabatan-jabatan tertentu.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(4)

Sepanjang latihan industri ini, saya diberi peluang untuk mendedahkan diri dalam kerja-kerja seperti berikut:

• Penggunaan komputer • Lukisan kerja • Pembetulan Lukisan • Kerja mewarna • Kerja pengiraan • Kerja manual • Lawatan tapak

Melalui pemberian kerja yang diamanahkan kepada saya telah memberikan satu pengalaman yang amat berharga seterusnya dapat mendedahkan saya kepada alam pekerjaan dan mendalami bidang senibina ini khasnya. Dengan cara ini, dapat mendorong setiap pelajar mencari penyelesaian kepada masalah yang berkaitan.

Dengan kehadiran buku laporan ini diharapkan agar buku ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan pabila diperlukan kelak, kerana tidak semua manusia mengingati apa yang telah berlaku pada masa lepas. Jadi dengan adanya buku ini boleh dijadikan batu loncatan untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku pada masa lepas. Selain itu apa yang lebih penting ialah para pembaca dapat memahami dan menjalankan segala tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada

pembaca apabila melalui situasi yang serupa meliputi bidang seni bina ini. Saya amat berharap ia akan memberi pemahaman kepada para pembaca mengenai keseluruhan kerja dan peranan seorang arkitek. Secara tidak lansung juga,

pembaca dapat mengetahui dan merangka perjalanan dalam proses untuk menjadi seorang arkitek.

(5)

DIPLOMA SENI BINA Akhir kata, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada institusi pengajian saya, POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH dan juga kepada pihak firma HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD kerana dengan telah menempatkan saya di satu firma yang cukup hebat dari segi rekaan rumah dan bangunan-bangunan lain. Faktor ini lah yang telah menaikkan semangat saya untuk berada di firma yang berdaya saing ini. Bantuan dan bimbingan serta kerjasama dari pihak mereka, telah banyak membantu saya

membuat laporan latihan industri saya ini. Tanpa bantuan daripada mereka mungkin buku laporan ini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya.

Sekian terima kasih.

Ikhlas kata dari,

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(6)

PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmanirahim...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t tuhan pencipta kepada sekalian makhluk di langit dan di bumi kerana dengan rahmat-NYA saya masih mempunyai kudrat bagi memenuhi tanggungjawab yang telah diberikan

Terlebih dahulu, saya MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI ( 17DSB07F012 ) dari Diploma SeniBina ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga kepada Ar. HJ MOHD HILMI BIN HJ YUSOFF dan AR. HJH FARIDAH HASNI BINTI RAMLI, selaku pengarah dan peneraju untuk firma HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD kerana telah sudi menerima kewujudan saya di firma beliau dan memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri selama dua purnama iaitu dari 12 JANUARI 2009 hingga 12 JUN 2009 seperti yang telah diwajibkan oleh pihak fakulti bagi pelajar Diploma Seni Bina sesi Julai 2007.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang telah dicurahkan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di firma ini. Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan kepada saya akan saya pergunakan dengan sebaiknya demi masa depan saya untuk mengharungi alam pekerjaan kelak.

Di kesempatan yang saya peroleh ini, ingin saya rakamkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD terutamanya kepada senior staff iaitu Pn. Latifah, En. Jefri, Pn. Ilani dan juga En. Fariz. Tidak lupa juga kepada staf-staff lain iaitu En. Faiz, En. Naza, En. Sabri, Cik Rohana, Cik Nur Fisya, Cik Suhaina, Cik Hayati dan juga Cik Nurul Izza kerana dengan jasa baik dan kerjasama dari mereka telah banyak membimbing, memberi

(7)

DIPLOMA SENI BINA tunjuk ajar, memberi nasihat, memberi ilmu yang bernilai, menilai hasil kerja saya, dan yang paling ketara, mereka tidak membezakan keupayaan saya sebagai seorang pelatih. Saya sangat gembira dan teruja melihat sikap mereka dan komitmen mereka yang mereka berikan dalam menyiapkan sesuatu projek. Inilah antara contoh yang terbaik kepada saya untuk berjaya. Seperti kata pepatah “ Ikut resmi pada, makin tunduk makin berisi ” kerana mereka senyap membuat kerja tetapi kerja yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya.

Saya berasa amat berbangga dan tenang apabila bersama dengan mereka untuk menyiapkan sesuatu projek. Walaupun sibuk mereka tetap ada waktu untuk mengajar, memberi komen dan meneliti kerja kami yang baru berjinak-jinak di dalam bidang seni bina ini. Dengan izin tuhan, apa yang telah dilatih dan diajar oleh pihak mereka, akan saya praktikkan di dalam kerja-kerja saya di masa akan datang.

Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada warga POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH terutama sekali kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam khususnya pensyarah di bahagian Unit Senibina yang telah banyak

membantu dalam menguruskan penempatan saya di latihan industri serta

membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam proses menyiapkan buku laporan ini. Tidak lupa juga kepada Penasihat Akademik saya Cik Hairu Nazlina, kerana memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk saya mempersiapkan diri sebelum saya memulakan sesi latihan industri. Terima kasih juga dianugerahkan kepada semua pensyarah di dalam Unit Senibina, kerana telah melengkapkan diri saya dengan ilmu yang amat berguna selama setahun setengah saya menuntut sebelum saya diberikan pendedahan luar sewaktu menjalani latihan industri ini.

Tanpa ayahanda dan ibunda saya siapalah saya untuk hidup di dunia ini. Oleh itu disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ayahanda saya ABDUL GHANI BIN MOHD HARIS dan juga ibunda saya PARIDAH BINTI MORAD kerana senantiasa memberikan semangat kepada saya walaupun pada awalnya agak keresahan untuk saya berada jauh ditempat orang dan memahami kerja yang diamanahkan kepada saya. Tanpa kata-kata semangat dan dorongan yang tidak putus-putus kepada saya telah menguatkan diri saya untuk menjalani latihan industri ini. Semangat dari mereka semua ini yang telah menambahkan lagi azam saya supaya sentiasa terus maju kehadapan dan terus memikat hati pihak

HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD supaya pada masa akan datang saya masih diberi peluang untuk bersama-sama memerah keringat menyiapkan projek di firma yang hebat ini.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(8)

Sebelum terlupa saya ini hanyalah seorang manusia yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andainya saya secara sengaja atau tidak sengaja melakukan kesalahan, terkasar bahasa atau melakukan apa-apa yang telah membuat pihak atau individu yang terlibat sepanjang temph sesi latihan industi saya ini.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang berlangsungnya latihan industri saya ini, saya mohon kepada tuhan agar segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan akan diberkati dan semoga anda semua sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah S.W.T. Wassalam...

Sekian terima kasih.

(9)

DIPLOMA SENI BINA ISI KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT 1. Kenyataan Laporan i 2. Pengenalan Diri ii 3. Perakuan iii 4. Prakata iv 5. Penghargaan vi

6. Jadual Kandungan viii

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(10)

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Seni Bina sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberi

pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang Seni Bina dan sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi Julai 2007, latihan ini berjalan selama 5 bulan iaitu bermula pada 12 Januari sehinggan 12 Jun 2009.

Selain itu ia juga adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana

pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. Seringkali pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah

ditempuhi. Tujuan utama latihan indusri ini adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan menjalani latihan supaya bersedia untuk menempuh segala cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Adalah diharapkan dengan latihan industri ini, pelajar akan dapat menangani kerumitan yang mungkin timbul dan seterusnya menjalani latihan industri dengan berjaya dan berkesan.

(11)

DIPLOMA SENI BINA 1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada

pengenalan kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam Seni Bina dan peranannya dalam masyarakat

1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDSUTRI

Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut: i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.

ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.

iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja. iv. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

v. Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di industri.

vi. Menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik. vii. Memberi peluang kepada agensi kerajaan, swasta atau badan berkanun

dalam mencari tenaga kerja yang berkemahiran tinggi bersesuaian dengan kehendak agensi masing-masing.

viii.Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(12)

ix. Menimbulkan kesedaran dikalangan pelajar-pelajar tentang pentingnya menambah minat belajar ditingkatkan supaya lebih cemerlang.

x. Menanam sikap amanah, tanggungjawab dan berkeyakinan diri.

xi. Meluaskan pergaulan di antara pelajar dengan pekerja-pekerja lain, majikan dan masyarakat sekeliling di mana tempat mereka bekerja.

xii. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar. xiii. Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap

pelajaran di politeknik.

Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan pergaulan sama ada secara koporat atau tidak, menanam semangat kerja

berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan,

kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan rasmi selepas tamat latihan.

(13)

DIPLOMA SENI BINA 1.3 Falsafah

Konsep mengadakan latihan industri telah diasaskan kepada tiga keyakinan yang secara lansung merangkumi falsafah pendidikan politeknik.

Kesimpulan falsafah ini ialah:

i. Bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar. ii. Bahawa pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan penting

dalam mengubah status sosial ekonomi.

iii. Bahawa sesuatu kejayaan hanya dapat dicapai ke tahap yang paling optimum melalui penimbaan pengalaman yang secukupnya.

1.4 Matlamat

Berdasarkan falsafah diatas, matlamat latihan industri telah diwujudkan untuk:

i. Mengeluarkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan kerohanian dalam teknologi, mekanikal dan pengurusan yang selaras dengan matlamat wawasan 2020.

ii. Membentuk dan memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan di kalangan pelajar melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan disiplin supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cekap, berdisiplin dan produktif sambil menyedari hakikat perlunya mengimbangkan pembangunan dengan meninggikan taraf hidup masyarakat sederhana.

iii. Menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan yang boleh berdikari.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(14)

1.5 Strategi

Matlamat-matlamat di atas akan dilaksanakan melalui strategi-strategi berikut:

i. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang pengalaman bekerja melalui latihan industri untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar dengan lebih cepat.

ii. Memperluaskan dan meningkatkan penggunaan komputer dengan semua kursus dengan mengikuti perkembangan teknologi semasa.

iii. Ketika menjalani latihan industri, adalah digalakkan pelajar menimba pengalaman melalui lawatan ke tapak binaan dan menyertai mesyuarat tentang projek yang dijalankan oleh organisasi latihan.

1.6Objektif Laporan

Laporan industri perlu dibawa ke tempat latihan dan diisi secara ringkas serta padat tentang aktiviti-aktiviti harian yang telah dijalankan pasa setiap hari. Laporan juga hendaklah ditandatangani dan disahkan oleh pengarah atau penyelia firma setiap dua minggu. Tujuan laporan harian ini disediakan adalah:

i. Untuk dijadikan rujukan dan memudahkan para pelajar dalam penyediaan Laporan Latihan Industri mereka di akhir latihan nanti.

ii. Membantu penyelia Latihan Industri bagi menilai aktiviti pelajar sepanjang mereka menjalani latihan industri tersebut.

iii. Menaikkan nama sesuatu firma dan politeknik kerana mendidik para pelajar melakukan kerja dengan teratur dan berdisiplin.

(15)

DIPLOMA SENI BINA

iv. Membantu pensyarah menilai aktiviti pelajar semasa lawatan penyeliaan dan semasa menilai Laporan Latihan Industri.

1.6 Penilaian Aktiviti Latihan Industri

Penilaian akan dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut: i. Penilaian prestasi oleh firma (20%)

• Pelajar akan dinilai prestasinya oleh pihak firma dalam pelbagai aspek dari segi disiplin, kemahiran kerja, ketekunan, dan minat, kreatif dan inovatif, sikap bekerjasama, personaliti dan kemahiran berkomunikasi.

ii. Buku Laporan Latihan Industri (40%)

• Buku laporan yang menerangkan ringkasan kerja dan lampiran yang berkaitan. Buku ini hendaklah ditulis antara 10,000 hingga 15,000 patah perkataan tidak termasuk lampiran.

iii. Buku Laporan Harian (20%)

• Buku Laporan Harian merupakan buku catatan kerja harian pelajar. Buku ini mestilah diisi setiap hari bekerja. Ia sebagai panduan untuk menulis Buku Laporan Latihan Industri.

iv. Temuduga (20%)

• Pelajar hendaklah menghadiri sesi temuduga latihan industri. Sesi temuduga ini akan dijalankan oleh pensyarah penilai. Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa temuduga yang bersesuaian.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(16)

BAB 2 : LATAR BELAKANG JABATAN

2.1 PENUBUHAN FIRMA ARKITEK HILMI FARIDAH

Firma Arkitek ini telah di wujudkan pada November 1988 oleh dua principal iaitu, Tuan Haji Mohd. Hilmi Yusoff dan Puan Hajah Faridah Hasni Ramli.

Kedua-dua arkitek telah mendapat kelulusan daripada Architectural Association School Of Architecture, sebuah sekolah yang sangat tekemuka dikalangan golongan arkitek yang bertempat di London.

Sejak dari permulaan pembukaannya pada tahun 1988, Hilmi.Faridah Architects telah berkembang dari tahun ke tahun daripada sebuah organisasi kecil kepada sebuah syarikat yang berkemampuan menawarkan kemahiran penuh dalam bidang seni bina dan hiasan dalaman.

Di firma ini sangat menitikberatkan kepada kejayaan sesuatu rekaan. Ini kerana firma ini tidak bergantung sepenuhnya kepada sesuatu aspek senibina tetapi lebih percaya kepada hubungan diantara sesuatu rekaan yang dibuat dengan kawasan tapak yang mempunyai hubungan kuat dengan budaya tempatan, tradisi kawasan dan juga persekitaran. Mereka juga pecaya akan kekuatan dan kelemahan yang ada pada setiap tapak akan lebih sempurna sekiranya kedua-duanya

digabungkan dengan kecanggihan teknologi terkini dan rekaan yang kontemporari untuk melindungi segala kelemahan yang ada dan seterusnya mewujdukan satu rekaan yang mengagumkan.

Keutamaan diberikan kepada kualiti rekaan dan menjamin untuk firma ini menganjur penekanan kuat pada keprofesionalisma untuk semua peringkat perunding penasihat daripada permulaan rekaan terus sehingga penyelesaian sesuatu projek. Konsep penegasan yang digunakan memastikan setiap rekaan menepati kehendak dan fungsi bangunan itu sendiri. Kerja rekabentuk akan dibincang dan seterusnya ditukarkan kepada bentuk lakaran supaya rekaan tersebut dapat diperbaiki.

(17)

DIPLOMA SENI BINA 2.2.1 Logo/Simbol Hilmi.Faridah Architects

2.2.2 Halatuju/Moto Hilmi.Faridah Architects

“..do it right at the first time...”

Dengan bermotokan seperti diatas ternyatalah Hilmi.Faridah Architects ini begitu serius dan teliti dengan penghasilan kerja yang dibuat. Setelah 20 tahun mencipta nama di dalam bidang senibina ini, pelbagai cabaran dan saingan yang telah ditempuh. Dari syarikat kecil-kecilan sehinggalah berdiri sama saing dengan firma-firma yang ada di Malaysia kini.

Firma ini juga telah melabur untuk masa hadapan dengan mendapatkan bantuan daripada sejenis perisian rumit iaitu “ computer aided design” bagi membantu rekaan dan juga untuk produksi lukisan. Oleh itu kualiti untuk bidang yang berkatian dengan seni bina dan rekaan adalah terjamin sepenuhnya

Selain itu di firma ini boleh dikatakan mempunyai sedikit sebanyak portfolio akan projek yang sedang berjalan dan juga projek yang telah siap meliputi rumah kediaman mewah, kemudahan bangunan sekitar lebuhraya, bangunan rekreasi sehinggalah bangunan kajian dan pembangunan.

Pada tarikh Januari 1994, firma Hilmi Faridah Arkitek ini merupakan satu syarikat persendirian tetapi telah membangun dengan jayanya sepanjang 6 tahun kewujudannya di dalam arena seni bina ini. Hilmi.Faridah Arkitek Sdn. Bhd. Diharapkan akan sentiasa mengecapi kejayaan dan sentiasa bersaing untuk membuat rekaan yang seiring dengan teknologi yang sentiasa berubah dengan kehendak rekaan dan seni bina dunia.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

HILMI

FARIDAH

A R C H I T E C T S S D N . B H D

(18)

2.2.3 Ahli Lembaga Pengarah

AR. HAJI MOHD HILMI BIN HAJI YUSOF

Nama : Mohd Hilmi Bin Hj Yusoff

Tarikh Lahir : 20 Julai 1955

Kelulusan Profesional : Dip.Arch. (ITM).AA Dipl. (London). : (RIBA Part 1 & 2) (LAM/PAM Part 3) Keahlian Profesional : Ahli Lembaga Arkitek Malaysia

: A / M 40

: (Ahli Koporat) Pertubuhan Arkitek Malaysia : M 948

: Ahli Tetap ARKIM, Pertubuhan Usahawan Arkitek Melayu Malaysia

Pendidikan : 1980-1984 (AA School of Architecture) Penganugerahan : PAM Architectural Award 1993

Design Excellence in Interior Design 1993

(19)

DIPLOMA SENI BINA AR. HAJAH FARIDAH HASNI BINTI RAMLI

Nama : Faridah Hasni Binti Ramli

Tarikh Lahir : 20 Mei 1955

Kelulusan Profesional : Dip.Arch. (UTM).AA Dipl. (London). : (RIBA Part 1 & 2) (LAM/PAM Part 3) Keahlian Profesional : Ahli Lembaga Arkitek Malaysia

: A / F 16

: (Ahli Korporat) Pertubuhan Arkitek Malaysia : M 954

Pendidikan : 1980-1984 (AA School Architecture) Penganugerahan : PAM Architectural Award 1993

Design Excellence in Interior Design 1993

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(20)

2.3 Aktiviti organisasi

Firma ini mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tinggi dalam bidang hiasan dalaman, rekaan dan juga pengurusan projek. Oleh itu setiap rekaan akan diusahakan untuk mendapat penyelesaian yang terbaik demi kepuasan semua pihak.

Skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma Hilmi.Faridah Arkitek Sdn. Bhd ialah :

R ekaan ( H iasan D alaman ) :

○ Kajian dan penyelidikan menyeluruh di tapak ○ Kajian pra-rekaan

○ Aspek hiasan dalaman- pelan susun atur ruang ○ Hiasan dalaman korporat

○ Hiasan dalaman kediaman dan kemudahan istirehat ○ Rekaan seni bina

○ Dokumen pembinaan • P engurusan P rojek :

○ Anggaran kos

○ Sasaran perancangan projek ○ Pentadbir projek

(21)

DIPLOMA SENI BINA 2.4 Carta Organisasi

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

MOHD HILMI YUSOFF EXECUTIVE

CHAIRMAN (Principal Architect)

FARIDAH HASNI RAMLI MANAGING DIRECTOR (Principal Architect) DESIGN/CADD DEPARTMENT ADMINISTRATION DEPARTMENT

MOHD FARIZ HILMI (Project Architect)

MOHD FAIZ ISMAIL (Project Architect) JEFRIDIN ABDULLAH (Technical Manager ) LATIFAH OTHMAN (Chief Operating Oficer ) HAYATI (Secretary ) SUHAINA (Architecture Secretary ) NUR ILANI HILMI

(Project Architect) MOHD NUBLI ALI

(Project Architect)

MUHD NAZA AIZAT (Technical Assistant )

ROHANA SAMAD (Technical Assistant )

SITI NOR AMINAH (Draughtmen )

MOHD SOBRI ZAIN (Draughtmen )

(22)

2.5 Antara Aktiviti/Senarai Projek HFAPusat Komersial

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan 31 Unit Rumah Kedai Yang Mengandungi 25 Unit Rumah Kedai 3 Tingkat dan 6 Unit Rumah Kedai 4 Tingkat Di Sektor A 12-A, Di Atas Pecahan lot 23313 (G.3380) Di Bandar Baru Sri Damansara, Mukim Sungai Buluh, Daerah Petaling, Selangor Untuk Teuan Sri Damansara Sdn. Bhd.

 Cadangan Pembangunan 124 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Dan 3 Tingkat dan 18 Unit Banglow di A-12, Bandar Sri Damansara Selangor Untuk Tetuan Sri Damansara Sdn. Bhd.

 Cadangan Membina 13 Blok Rumah Pangsa Kos Rendah 5 Tingkat Hingga 14 Tingkat Mengandungi 1680 Unit Kediaman Di Atas Sebahagian Lot 503 (Tanah Kerajaan) Di Bawah Progam Perumahan Rakyat Di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi Kuala Lupur Untuk Tetuan Jabatan Perumahan Negara.

 Cadangan Pembinaan Ibu Pejabat Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM), Serdang, Selangor.

 Cad. Membina Bangunan Tambahan Untuk Makmal ‘Dope Testing & Control Centre (DTCC)’ Untuk Sukan Komanwel 1998 di U.S.M.

 Cad. Pembinaan (1 unit) Perusahaan Ringan Sesebuah 1 ½ Tingkat,

(14unit) Perusahaan Berbandung 1 ½ (44 unit) Kilang Teres 1 ½ Tingkat, (16 unit) Kedai/Pejabat 4 Tingkat di Aras Lot 1132, Bandar Johor Baharu Untuk Tetuan Achwell Property Sdn. Bhd.

 Cad. Pembinaan 2 Menara Kembar di atas Blok Podium yang mengandungi 6 ½ Paras Letak Kereta & 1 ½ Paras.

 Cadangan Membina dan Menyiapkan Akademi Seni Kebangsaan Di Atas Lot P.T no. 64, Seksyen 60, Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan untuk Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Perlancongan Malaysia.

(23)

DIPLOMA SENI BINA • Rumah kediaman

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Khalid Hj. Ahmad, Subang Jaya, Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Dr. Lian fook Nyaen Taman Tun Abdul Razak, Selangir.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Dr. Nordin Kadir and Puan Pauziah Hj. Abdullah.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Norhisham Aziz and Dr. Zalizan Jelas, Bandar Baru Bangi.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Tuan Hj. Abdullah at Subang Jaya, Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Mohd. Nadzri, Section 6, Shah Alam, Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Basheer Hassan, Section 7, Shah Alam, Selangor.

 Rumah Kediaman 2 1/2 tingkat untuk En. Mohd Hilmi Yusoff and Puan Faridah Hasni Ramli, Section 7, Shah Alam, Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Azman & Puan Rosnah at Persiaran Keramat Hujung.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Dr. Nordin Kadir at Sungai Buluh, Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Sulaiman & Pn. Khadijah.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Puan Latifah at Section 9, Shah Alam.  Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Rosli Man and Puan Robiah hj.

Othman.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(24)

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Abd. Rahman Abdullah, Shah Alam, Selangor.

 Pengubahsuaian Rumah Berkembar untuk En. Gharib Onn at Subang Jaya, Selangor.

 Pengubahsuaian Rumah Berkembar untuk Tuan Hj. Zain and Puan Azlina Ahmad, Shah Alam, Selangor.

Hiasan Dalaman

 Pengubahsuaian Pejabat Paper Mode, Shah Alam, Selangor.

 Pejabat untuk BBMB Property Management Bhd. 8th Floor, UBN Tower, Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

 Rekeaan Pejabat untuk Bank for Malaysia Credit Finance.

 Rekeaan Pejabat STM – Cellular Communications Network Sdn. Bhd. 3rd. Floor, Bangunan Paremba, Kuala Lumpur.

 Rekeaan Pejabat STM – Cellular Communications Network Sdn. Bhd. 4th Floor, Bangunan Paremba, Kuala Lumpur.

 Pejabat untuk Celcom Technology at P.J. Industrial Park, Jalan Kemajuan, Petaling Jaya.

 Celcom New Regional and Branch Office for Celcom Johor at Wisma Zainah, Johor.

 Pejabat cawangan untuk Celcom di Batu Pahat, Johor.  Pejabat cawangan untuk Celcom di Melaka.

 Pejabat cawangan untuk Celcom Butterworth di Penang.  Pejabat cawangan untuk Celcom di Langkawi, Kedah.

(25)

DIPLOMA SENI BINA  Kerja-kerja Ubahsuaian Cawangan Imigresen Bandaraya Di Komplek

Wilayah, Kuala Lumpur.

 Kerja-Kerja Ubahsuaian Pejabat Penguatkuasa Kementerian Perdaganan dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna Cawangan Wilayah Persekutuan, Tingkat 12 dan 14, Plaza Pekeliling, Kuala Lumpur

 Cadangan Kerja-Kerja Susunatur Pejabat & Kaunter Zakat untuk Pusat Pungutan Zakat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(26)

BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Aktiviti Mingguan

Minggu/Tarikh/Projek Tugas yang dilakukan

Minggu 1

12 Januari - 16 Januari 2009

CAHAYA SPK CLUBHOUSE

• Mula melaporkan diri di bahagian Human Resource yang dikendalikan oleh Pn Latifah selaku Ketua

Pegawai.

• Diberi penerangan mengenai firma oleh Pn Latifah.

• Pemahaman mengenai latar belakang firma, kakitangan firma dan peraturan dalam firma tersebut. • Penerangan tentang projek yang

sedang dijalankan.

• Membantu menyiapkan perincian tangga dan susuran tangga untuk rumah kelab.

• Belajar akan penggunaan saiz garisan dan juga penggunaan warna • Belajar mencetak lukisan yang telah

disiapkan

(27)

DIPLOMA SENI BINA Minggu 2

19 Januari - 23 Januari 2009

CAHAYA SPK CLUBHOUSE

• Menyesuaikan diri bersama dengan kakitangan yang lain dengan

bertanyakan akan perincian yang sedang dilakukan

• Diberi tugasan untuk membuat kajian akan saiz dimensa padang permainan tennis, padang permainan squash. • Meningkatkan lagi kemahiran akan

penggunaan senarai arahan didalam perisian AutoCadd yang diajar oleh staff lain.

• Belajar menggunakan mesin pengimbas dan mengimbas lukisan untuk

dimasukkan didalam persembahan • Menyiapkan tugasan yang diberikan

mengenai perincian tangga dan susur tangga

• Mula membuat perincian untuk kabin wap • Membuat kajian mengenai kabin wap • Belajar menjadikan lukisan AutoCadd

kepada gambarajah untuk penwarnaan bahan-bahan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(28)

Minggu 3

26 Januari 2009-30 Januari 2009

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

• Mewarna lukisan untuk penghantaran perincian.

• Membuat keratan rentas untuk bumbung, saluran air hujan, dan juga perincian rangka bumbung.

• Melipat lukisan untuk penghantaran.

Minggu 4

2 Februari 2009-6 Februari 2009

SPK LOW COST BANGI HEIGHTS

• Berbincang dengan arkitek projek berkenaan no lot rumah untuk dimasukkan ke dalam senarai jenis rumah.

• Mewarna pelan, pandangan hadapan, keratan dan pandangan sisi bagi projek banglo.

• Mengasingkan nombor ptd pada setiap pelan dan jadual.

• Menambah spesifikasi ke dalam perincian tandas dan mengemaskini lukisan.

• Mencetak lukisan yang dibuat untuk semakan

• Mengubah spesifikasi pada perincian pagar hadapan dan warnakan mengikut warna bahan yang digunakan

• Lipat lukisan yang telah siap dicetak untuk penghantaran.

(29)

DIPLOMA SENI BINA

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

Minggu 5

9 Februari 2009-13 Februari 2009 CAHAYA SPK CLUBHOUSE

• Menyambung kerja-kerja perincian kabin wap dan juga padang permainan squash • Mencari di dalam internet untuk

maklumat mengenai padang permainan tennis

• Menggunakan mesin pengimbas untuk mengimbas lukisan.

• Memperoleh perincian daripada perunding berkenaan kabin wap dan membaiki perincian yang telah dilakukan.

Minggu 6

16 Februari 2009-20 Februari 2009

TDC 133 KPTM CHERAS

DATO’ MD ZIN

• Sambung membuat perincian untuk padang permainan squash.

• Mengubah susun atur ruangan dalaman mengikut kehendak klien

• Mengira keluasan bagi kawasan yang disewakan dan kawasan peredaran pejalan kaki

• Mula membuat perincian untuk rumah pengawal dan pagar belakang kediaman • Menukar pelan AutoCadd kepada lukisan

3 dimensi untuk pembentangan kepada pihak kementerian.

• Mewarna kawasan peredaran pejalan kaki pada setiap pelan untuk

membezakan dengan kawasan yang disewakan.

(30)
(31)

DIPLOMA SENI BINA

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

Minggu 8

2 Mac 2009-6 Mac 2009

CAHAYA SPK CLUBHOUSE

• Memperbaiki lukisan seperti yang telah di komen oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

• Sambung membuat perincian untuk padang permainan tennis

• Baiki perincian berdasarkan apa yang telah diberi oleh perunding berkenaan padang permainan tennis

• Mula membuat perincian untuk rumah stesen Tenaga Nasional Berhad • Pergi ke Majlis Bandaraya Shah Alam

untuk penyerahan lukisan yang telah dibuat Minggu 9 9 Mac 2009-13 Mac 2009 CAHAYA SPK CLUBHOUSE BANGI HEIGHTS SMK BEHRANG

• Sambung membuat perincian mengenai rumah stesen Tenaga Nasional Berhad • Mula mewarna pintu hadapan rumah

kediaman.

• Menolong staff lain untuk melipat lukisan yang telah siap dicetak

• Membuat slaid pembentangan

menggunakan perisian Microsoft Power Point untuk ditunjukkan kepada klien. • Mewarna pelan lantai di dalam perisian

Adobe Photoshop

• Menyiapkan lukisan perincian rumah stesen Tenaga Nasional Berhad

(32)
(33)

DIPLOMA SENI BINA Minggu 14

13 April 2009 – 17 April 2009

TDC 133 (PKPL)

• Belajar mengenai pelan pindaan kepada pelan lulus • Mengubah dan membaiki

lukisan (ruang tandas, bumbung serambi, pelan lantai )

Minggu 15

20 April 2009 – 24 April 2009

TDC 133

KLUSTER VILLA CAHAYA SPK

• Sambung membaiki lukisan (bumbung serambi dan pelan lantai )

• Menolong staff lain melipat lukisan

• Menambah label ruang pada pelan

• Membaiki lukisan secara manual dan mewarna lukisan tersebut • Menukar susun atur ruangan

pada pelan

• Menambah spesifikasi pada lukisan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012 Minggu 11 23 Mac 2009-27 Mac 2009 J – SHOP SMK BEHRANG CAHAYA SPK CLUBHOUSE UKM

• Mencetak dan melipat lukisan yang telah siap

• Mula mewarna lukisan untuk rumah stesen Tenaga Nasional Berhad

• Membaiki lukisan rumah stesen Tenaga Nasional Berhad ( pelan bumbung ) • Sambung membaiki lukisan

rumah stesen Tenaga Nasional Berhad

• Mereka rupabentuk rumah stesen Tenaga Nasional Berhad untuk rumah kelab • Mewarna lukisan bilik lift dan

bilik motor lift ( pandangan, pelan, dan keratan )

• Membuat jadual kemasan untuk rumah kelab dan menukar blok tajuk lukisan • Belajar untuk membuat fail

berformat PDF sambil ditunjuk ajar oleh staff lain

Minggu 12

30 Mac 2009-3 April 2009

SMK BEHRANG

• Membaiki lukisan untuk penghantaran ( rumah pengawal, pintu pagar

hadapan, kebuk sampah, rumah stesen Tenaga Nasional Berhad, perhentian bas, tandas, lapangan permainan )

(34)

Minggu 16

27 April 2009 – 30 April 2009

TDC 133 ( PKPL ) DYNASTY VIEW

• Sambung membaiki lukisan (menambah spesifikasi )

• Belajar mengenai asal usul, jenis jubin-jubin yang ada

• Mewarna lukisan untuk penghantaran

• Sambung membaiki lukisan ( pintu dan tingkap )

• Sambung membaiki lukisan ( serambi dan pembahagian ruang )

Minggu 17 3 Mei 2009 – 8 Mei 2009

TDC 133 ( PKPL ) DYNASTY VIEW

• Sambung membaiki lukisan ( serambi dan pembahagian ruang )

• Sambung membaiki lukisan ( pintu dan tingkap )

• Sambung membaiki lukisan ( tambah spesifikasi )

• Pergi melawat tapak ( mengambil gambar dalaman, luaran, dan cara kerja binaan yang dilakukan )

• Mengumpul maklumat di tapak untuk diubah didalam lukisan AutoCadd

• Menghadiri mesyuarat tapak MOHD ZAKKI BIN ABDUL

(35)

DIPLOMA SENI BINA

secara tidak formal ( tidak terlibat dalam pemberian idea )

Menukar “ louvres “ kepada blok kaca

Menukar “ sliding door “ kepada “ folding door “ Minggu 18 11 Mei 2009 – 15 Mei 2009 DYNASTY VIEW TDC 133 ( PKPL ) BANGI HEIGHTS

• Mengubah site plan perumahan (menukar jenis bumbung yang digunakan)

• Sambung membaiki lukisan (menukar “louvres” kepada blok kaca, menukar “sliding door” kepada “folding door”

• Menolong staff lain untuk membuat lukisan SnP

( diperlukan dengan segera untuk urusan yang lain )

• Menukar saiz dimensa jubin dinding yang digunakan

• Mencetak lukisan yang telah siap dibuat

Minggu 19

18 Mei 2009 – 22 Mei 2009

BANGI HEIGHTS TDC 133 ( PKPL )

• Sambung menukar saiz dimensa jubin yang digunakan

• Menolong staff lain untuk menjadikan lukisan AutoCadd kepada lukisan berformat jpeg • Sambung membaiki lukisan

(menukar pintu dan tingkap pada pandangan belakang )

• Mula membuat lukisan SnP • Mengajar staff lain bagaimana MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(36)

penggunaan mesin pengimbas • Arkitek projek membuat kelas

mengenai jenis bumbung, harga bumbung dan juga penggunaan bumbung tersebut

• Mengemas bilik sampel

Minggu 20 25 Mei 2009 – 29 Mei 2009 TDC 133 ( PKPL ) DYNASTY VIEW SPK SUNCITY 196 BANGI HEIGHTS

• Sambung membuat lukisan SnP • Membaiki lukisan SnP

( pandangan hadapan, “sliding door” ditukar kepada tingkap bingkai aluminium, membaiki keratan bangunan )

• Membaiki kebuk sampah ( pelan, pandangan, keratan )

• Membaiki lukisan secara manual • Arkitek projek menerangkan akan

alatan kebersihan yang digunakan Minggu 21 1 Jun 2009 – 5 Jun 2009 SPK SUNCITY 196 UKM BANGI HEIGHTS TDC 133 ( PKPL )

• Sambung mewarna lukisan untuk penghantaran

• Membuat pelan tapak untuk perletakan tong sampah bahan binaan

• Mencetak dan melipat lukisan yang telah siap dibuat

• Membaiki blok tajuk secara manual

• Sambung membaiki lukisan MOHD ZAKKI BIN ABDUL

(37)

DIPLOMA SENI BINA pindaan kepada pelan lulus

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(38)

Minggu 22

8 Jun 2009 – 14 Jun 2009

TDC 133 ( PKPL )

• Melawat tapak untuk

pemeriksaan terakhir berkenaan pindaan yang telah dilakukan • Membaiki lukisan yang telah dibuat berdasarkan keadaan sebenar di tapak

• Sambung membuat lukisan pindaan kepada pelan lulus • Lukisan yang telah disiapkan

diberikan kepada staff lain untuk proses pencetakan dan tindakan lanjut yang lain

(39)

DIPLOMA SENI BINA 3.2 KESIMPULAN KESELURUHAN

Sepanjang menjalani Latihan Industri di sini lebih kurang enam bulan, ia banyak mengajar saya dengan lebih mendalam mengenai kursus yang saya ambil di Politeknik Sultan Idris Shah ( PSIS ). Walaupun latihan ini cuma mengambil masa yang singkat, tetapi banyak pengalaman, pengetahuan dan perkara-perkara yang baru yang dapat saya perolehi dan pelajari di firma berkenaan.

Contoh yang ketara ialah penguasaan Autocadd saya semakin baik setelah menimba banyak pengalaman sepanjang berada di sini. Tentunya pengalaman-pengalaman seperti ini tidak saya perolehi di Politeknik kerana suasana dan persekitaran sahaja sudah banyak memberikan perbezaan.

Selain itu, pengetahuan-pengetahuan yang baru yang telah saya perolehi di sini ialah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh arkitek. Tugas-tugas pelukis pelan juga telah saya pelajari di firma ini. Pengalaman pergi menghantar lukisan kepada pihak bandaraya banyak mengajar saya cara-cara berinteraksi bersama dengan mereka untuk mereka dan menyesuaikan sesuatu bangunan yang direka dengan kehendak dan mengikuti piawaian yang telah diberikan.

Akhir sekali, segala pelajaran yang saya perolehi disini akan saya praktikkan di politeknik kelak untuk terus maju dan cemerlang seiring dengan dunia senibina yang semakin mencabar ini.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(40)

BAB 4 : ARKITEK

4.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ARKITEK

Arkitek merupakan seorang yang profesional dan berkelayakan tinggi untuk menolong anda mentafsirkan keperluan bangunan kepada kenyataan. Selepas lima hingga ke tujuh tahun mendapat pendidikan peringkat Universit serta latihan industri amali, seseorang graduan akan memohon untuk mendaftar dengan Lenbaga Arkitek Malaysia (LAM). Sebelum menjadi arkitek, graduan arkitek itu perlu bekerja mencari pengalaman lebih kurang tiga tahun dimana dalam tempoh dua tahun itu, beliau boleh mendaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

Setelah cukup tempoh tiga tahun, arkitek bahagian kedua boleh mengambil peperiksaan bahagian tiga LAM-PAM. Setelah lulus, ini membolehkan beliau mambuka syarikat sendiri atau berkongsi dan bersedia untuk memulakan

perkhidmatan profesionalnya. Seseorang arkitek berdaftar akan diupah oleh klien untuk mereka bentuk bangunan dan menjalankan projek. Setiap pembangunan yang hendak dilakukan mestiah mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa bangunan. Setelah diluluskan barulah projek itu boleh dijalankan.

(41)

DIPLOMA SENI BINA 4.2 KENAPA PERLU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ARKITEK

Arkitek bertugas sebagai penasihat dan menjadi orang kepercayaan bagi menjalankan projek seseorang. Sebagai seorang profesional dalam merekabentuk bangunan, arkitek mempunyai hubungan rapat dengan industri pembinaan. Beliau akan menyelaraskan semua aspek kejuruteraan dan perkhidmatan bangunan yang diperlukan bagi memenuhi kehendak seseorang klien.

Dengan pengetahuan yang diketahui mengenai tapak, bangunan-bangunan dan juga peraturan-peraturan, beliau boleh menjelaskan keperluan sesuatu projek, mengkaji dan mengutarakan sesuatu cadangan yang kukuh. Dengan pengetahuan yang luas dari segi bahan binaan, masalah-masalah tentang pemilihan kesemuanya akan dirujuk kepada klien.

Arkitek menjadi agen kepada klien bagi menyerahkan lukisan-lukisan untuk kelulusan perancangan bandar dan bangunan. Beliau juga akan memilih dan menganugerahkan tender kepada kontraktor, pengurusan kontrak dan menolong mendapatkan sijil layak menduduki bangunan tersebut.

Arkitek juga akan membantu menguruskan projek anda sehingga siap dibina. Beliau bertanggungjawab bagi mengawasi projek yang dijalankan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(42)

4.3 SYARAT-SYARAT SEORANG ARKITEK 4.3.1 Perkhidmatan Profesional.

Arkitek mestilah memberi perkhidmatan profesional kepada pelanggan seperti terkandung di dalam Akta Syarat 1986 (skil bayaran minima) dan hendaklah merancangkan serta melaksanakan tugas, bermula di peringkat awal sehingga diperingkat akhir iaitu selesai projek pembinaan.

4.3.2 Perlantikan Konsultan oleh Pelanggan

Seorang arkitek hendaklah menasihati pemilik atau pelanggan akan keperluan mana-mana projek atau bahagian yang dipersetujui. Konsultant tersebut akan dilantik dan dibayar oleh pelanggan. Ianya tidak akan menjejaskan skil bayaran seorang arkitek

4.3.3 Perlantikan Konsultan

Kemungkinan arkitek perlu melantik konsultannya sendiri seandainya ia dipersetujui oleh pelanggan. Sekiranya dilantik secara berasingan, pembayaran mereka hendaklah melalui arkitek tanpa melibatkan pengurangan dalam skil pembayaran arkitek.

4.3.4 Koordinasi Kerja-Kerja Arkitek

Arkitek perlu mengarah dan koordinasi semua konsultan yang terlibat bagi memastikan jadual pembinaan projek tersebut dipatuhi. Sama ada

perlantikan konsultan adalah dengan cara 4.3.2 atau 4.3.3

4.3.5 Tidak bertanggungjawab terhadap perlantikan konsultan oleh pelanggan

Seandainya konsultan dilantik oleh pelanggan untuk mana-mana projek seperti cara nombor 4.3.2, arkitek tidak akan bertanggungjawab terhadap prestasi kelakuan, pembatalan atau sebarang kontrak oleh konsultan tersebut

4.3.6 Bertanggungjawab terhadap kepada konsultan yang dilantik Arkitek bertanggungjawab terhadap prestasi, perlakuan atau pembatalan konsultan yang dilantiknya bagi mana-mana projek seperti cara dalam perkara 4.3.3

(43)

DIPLOMA SENI BINA 4.3.7 Persetujuan Pelanggan

Arkitek swasta perlu mendapat persetujuan dengan secara bertulis terhadap perkhidmatan profesionalnya di mana ia diperlukan sebelum perkhidmatan asas atau tambahan dilakukan.

4.3.8 “Variator Oder”

Arkitek mempunyai kuasa bagi mengeluarkan arahan atau “variator order” termasuk dalam penukaran rekabentuk tanpa persetujuan pelanggan terlebih dahulu, dengan syarat:

• Arahan adalah perlu atas sebab-sebab pembinaan

• Pelanggan diberitahu akan arahan tersebut secepat mungkin

• Arahan tersebut tidak akan melibatkan tambahan kos melebihi harga kontrak yang telah dipersetujui oleh pelanggan

4.3.1 Pengawasan Kerja

Arkitek perlu mengawasi kerja dari masa ke semasa. Sekiranya perlu arkitek mengesyorkan kepada pelanggan supaya menggajikan kerani tapak atau arkitek tapak dimana kos pengajian ditanggung oleh pelanggan

4.4.0 Anggaran Kos dan Masa

Arkitek akan menetapkan anggaran kos dan tempoh menyiapkan kontrak oleh pemborong dan memberitahu pelanggan sebarang perubahan barangan di dalam anggaran kos dan masa

4.4.1 Pelanggan dan Maklumat

Pelanggan hendaklah memberitahu arkitek semua maklumat yang perlu mengikut kehendaknya untuk projek tersebut bagi membolehkan arkitek meneruskan kerja termasuk undang-undang jurukur dan lain-lain yang dipersetujui oleh arkitek di dalam perjanjian

4.4.2 Wakil Pelanggan Yang Sah

Pelanggan hendaklah melantik wakil yang sah sekiranya perlu untuk kerja-kerja yang terlibat dalam projek tersebut

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(44)

4.4.3 Arahan Kepada Kontraktor

Pelanggan hanyalah boleh memberi arahan kepada pemborong melalui arkitek untuk kerja-kerja di dalam projek tersebut

4.4.4 Pelanggan dan Keputusan Segera

Pelanggan hendaklah membayar semua wang dan cagaran yang terlibat dengan mengemukakan pelan kepada Majlis Perbandaran. Penukaran hak milik kepada bangunan atau kelulusan yang diperlukan oleh Majlis

Perbandaran hendaklah disiapkan dalam tempoh jangkamasa yang munasabah supaya tidak melewatkan pengurusan projek tersebut 4.4.5 Pembatalan Perlantikan

Perjanjian perlantikan di antara arkitek dan pelanggan boleh dibatalkan oleh mana-mana pihak dengan memberi notis selama enam puluh hari atau satu tempoh yang telah dipersetujui oleh pelanggan arkitek

4.4.6 Arkitek dan Akuan

Arkitek hendaklah mengemukakan akuan kepada pelanggan untuk bayaran selebihnya bersama-sama apa-apa tuntutan yang masih ada untuk bayaran balik tidak lebih dari tiga puluh hari daripada tarikh pembatalan perjanjian 4.4.7 Perlantikan Arkitek Lain

Sekiranya berlaku pembatalan perjanjian diantara arkitek dengan pelanggan bukan disebabkan kesalahan mana-mana pihak berdasarkan hak

pembatalan perjanjian, pelanggan hendaklah membayar balik bayaran selebihnya apabila surat perjanjian dikeluarkan dan pelanggan berhak arkitek-arkitek lain untuk meneruskan projek

4.4.8 Cetakan Semula

Berdasarkan Akta Hak Cetak Semula 1969, cetak semula semua dokumen dan lukisan yang dihasilkan oleh arkitek termasuk kerja dokumen dan lukisan tersebut menjadi hak milik arkitek melainkan telah dipersetujui oleh arkitek dan pelanggan

(45)

DIPLOMA SENI BINA 4.4.9 Hak Cetakan Semula

Apabila telah memulakan kerja sehingga kontrak dokumen dan menerima bayaran profesional, pelanggan berhak mencetak semula dan menggunakan mana-mana rekabentuk asal untuk kerja-kerja pembaikkan, pembaharuan, penambahan dan merekabentuk semula

4.5.0 Perselisihan dan Orang Tengah

Sekiranya berlaku sebarang perselisihan antara arkitek dengan pelanggan semasa atau selepas kerja bermula dalam perjanjian mana-mana pihak. Kedua-dua pihak mestilah memberi notis bertulis kepada pihak yang lagi satu yang menyatakan sebab perselisihan dan cara penyelesaian. Kedua-dua pihak boleh melantik orang tengah. Sekiranya gagal dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis, kedua-dua pihak boleh mengemukakan kepada presiden “board of architects” untuk melantik orang tengah dimana keputusannya adalah mutlak terhadap arkitek dan pelanggan 4.5.1 Pembatalan Perjanjian

Setelah berlaku pembatalan perjanjian di antara arkitek dengan pelanggan dan penyelesaian mana-mana patut setelah menerima jaminan yang dipersetujui, arkitek hendaklah memberi pelanggan salinan lukisan dan spesifikasi projek tersebut yang ada dalam simpanan arkitek

4.5.2 Kematian atau Ketidakbolehan Arkitek

Seandainya berlaku kematian atau ketidakbolehan arkitek, eprjanjian arkitek hendaklah dianggap batal dengan sendirinya. Setelah pembayaran dibuat oleh pelanggan, maka pelanggan berhak menggunakan lukisan-lukisan atau dokumen-dokumen yang telah disediakan oleh arkitek tersebut asalkan ia digunakan seperti tujuan asal.

BAB 5 : SUSUN ATUR PROJEK

Melaksanakan sesuatu projek mempunyai beberapa prosedur atau peraturan dan langkah yang harus dipatuhi bagi menjamin kelancaran, kejayaan serta mencapai matlamat AP iaitu memberi kepuasan kepada

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(46)

pelanggan. Oleh yang demikian, arkitek dan pihak-pihak tertentu akan melalui beberapa prosedur seperti di bawah :

5.1 CARA PROJEK DIPEROLEHI

5.1.1 MELALUI RAKAN DAN KENALAN

Projek seperti kebiasaannya kecil-kecilan sahaja dan kosnya juga tidak terlalu tinggi. Biasanya ia kurang dari satu juta dan merupakan hak milik individu. Ia merangkumi projek-projek seperti rumah banglo, tambahan rumah, ubahsuai rumah dan banyak lagi.

5.1.2 CARA PROMOSI

Cara ini merupakan satu cara pengiklanan diri arkitek itu sendiri dan syarikatnya kepada institusi-institusi besar bagi mendapatkan projek-projek yang lebih bernilai berjuta-juta ringgit

5.1.3 TENDER BERSAMA PEMBORONG ATAU PEMAJU

Biasanya tender cara ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar. Arkitek dan kontraktor akan mengemukakan saranan, cadangan untuk bersaing dengan pemaju yang lain. Peluan untuk mendapatkan projek dengan cara ini adalah agak mencabar kerana terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain

(47)

DIPLOMA SENI BINA 5.2 SETELAH PROJEK DIPEROLEHI

Pada peringkat awal, pelanggan akan berbincang dengna arkitek mengenai kreativit-kreativiti yang dikehendaki bagi projek tersebut. Setelah itu, arkitek akan membuat lakaran kasar dan membuat anggaran kasar mengenai perbelanjaan projek tersebut. Adakala arkitek mendapat

pandangan daripada jurutera mengenai rekabentuknya yang diebabkan ia berkaitan dengan struktur bangunan yang akan dibina itu

Pelanggan akan menilai rekabentuk tersebut. Sekiranya dipersetujui, tarikh untuk mengeluarkan tender akan ditetapkan. Arkitek akan mengarah pelukis pelan untuk memulakan lukisan kerja. Semasa proses lukisan kerja dilakukan kemungkinan akan ada pindaan dilakukan pada pelan mengikut kehendak pelanggan, jurutera mahupun pihak berkuasa tempatan.

Setelah lukisan kerja disiapkan, arkitek atau pembantunya akan menyemak semula pelan tersebut. Setelah disemak barulah lukisan ini dicetak dan dikemukakan kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Bangunan untuk diluluskan. Syarat-syarat kelulusan pelan yang ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Bangunan adalah berbeza sedikit bagi setiap negeri. Jabbatan Perancangan Bandar dan Bangunan akan meneliti pelan yang akan dikemukakan dan mengambil masa yang agak lama untuk meluluskannya

Proses diperingkat ketiga iaitu memulakan lukisan butiran atau perincian bagi projek tersebut. Dalam proses ini, arkitek akan

mencadangkan jenis bahan yang dikehendakinya. Kemudian jurukur bahan akan menilai anggaran kos yang akan dikeluarkan berpandukan kepada lukisan-lukisan tersebut.

Penyebaran tender pula akan dibuat melalui akhbar-akhbar atau arkitek akan memilih beberapa syarikat kontraktor bagi tujuan tender. Tarikh tutup tender akan ditetapkan di mana semua kontraktor terlibat perlu

menyerahkan penilaian mereka sebelum tarikh yang ditetapkan. Hanya salah satu daripada kontraktor tersebut akan berjaya mendapatkan tender tersebut berdasarkan mutu dan kualiti pembinaan mereka.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(48)

Dokumen kontrak akan dibuat bagi pihak yang terlibat. Setelah selesai dokumen kontrak kerja maka kerja pembinaan bangunan bolehlah dijalankan. Sbearang masalah berkaitan dengan projek, kontraktor akan merujuk kepada arkitek dan arkitek pula akan berbincang dengan pelanggannya.

Arkitek perlu mengawasi perjalanan pembinaan projek agar tidak berlaku penyelewengan oleh kontraktor. Tempoh pembinaan siap telah ditetapkan ketika penyerahan tender dibuat, sekiranya gagal menyipakan maka kontraktor hendaklah membayar denda atau ganti rugi kepada pelanggan bergantung kepada jumlah hari kelewatan.

(49)

DIPLOMA SENI BINA BAB 6 : PENYERAHAN PELAN ( SUBMISSION DRAWING )

6.1 PENGENALAN

Prosedur penyerahan pelan kepada pihak-pihak yang

bertanggungjawab adalah sangat penting dan ia wajib dilakukan untuk mendapatkan kebenaran dari pihak-pihak tersebut sebelum pembinaan dijalankan. Diantara pihak yang bertanggungjawab mengikuti sesebuah pembinaan-pembinaan bangunan adalah Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya dan Pihak Bomba mengikut negeri masing-masing.

Setelah sesebuah lukisan kerja siap sepenuhnya, satu salinan

lukisan “submission” mestilah ditunjukkan kepada pihak Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya dan Pihak Bomba untuk dianalisa

mengikut prosedur samada sesebuah bangunan itu boleh didirikan ataupun tidak

Untuk memasukkan pelan kepada jabatan-jabatan tersebut,

sesebuah syarikat arkitek yang bertanggungjawab terhadap projek tersebut mestilah mengisi borang standard yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut mengikut negeri masing-masing.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(50)

6.2 BORANG UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

Undang-undang kecil bangunan seragam 1984 ada menyediakan borang-borang untuk memasukkan pelan ke Jabatan Kerja Raya ( JKR ) dan Majlis Daerah. Borang-borang ini perlu disertakan bersama-sama salinan pelan lukisan kerja sesebuah bangunan. Borang-borang ini amat penting untuk mendapatkan kelulusan pelan tersebut dari pihak Majlis Daerah dan JKR.

Borang A : Perakuan pelan-pelan bangunan / struktur. ( Bagi endosemen pelan-pelan untuk dikemukan untuk diluluskan ). Orang yang mengemukakan ialah orang yang berkelayakan dan bertanggungjawab bago endosemen atas pelan-pelan seperti pelukis pelan atau arkitek yang berlesen

Borang B : Notis mengemukakan / menyambung semula kerja pembangunan ( Undang-undang kecil 22 (1) dan 22 (2)

Borang C : Notis siap pancang tanda ( undang-undang kecil 23 ) Borang D : Notis siap tapak ( undang-undang kecil 25 (1) ) Borang E : Permohonan bagi pengeluaran sijil kelayakan bagi

bangunan (Undang-undang kecil 23)

(51)

DIPLOMA SENI BINA 6.3 BORANG – BORANG DARI MAJLIS PERBANDARAN

Borang-borang penyerahan pelan untuk Majlis Perbandaran berlainan dari Majlis Daerah dan JKR. Jadi untuk penyerahan pelan ke Majlis Daerah, pihak arkitek perlu mengisi borang-boran yang dikeluarkan dari jabatan ini.

Diantara borang-borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan, Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ) ialah borang MBSA/B/1/84 Pind MBSA/B/2/1984 Pind 2, MBSA/B/14/79 Pind 1/98, dan MBSA/B/4/87

MBSA/B/1/84 : Memaklumkan mengenai butir-butir pelan seperti alamat, batu-batu sempada adalah mengikut pelan tapak, Q.T, geran, C.P. disahkan dengan tandatangan Arkitek atau Pelukis pelan dan tandatangan jurutera. MBSA/B/2/1984 Pind 2: Borang untuk kiraan bayaran memproses

pelan. Dibawah undang-undang kecil bangunan seragam 1984. Bagi lantai, kadar bayaran ialah tiap-tiap 9m2 ( 100kp ) dalam ( RM ). Bagi alat-alat sanitari pula, bayarannya mengikut kadar bagi tiap-tiap seunit dalam ( RM ). Borang ini juga memerlukan tandatangan dari pihak arkitek dan jurutera,

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(52)

MBSA/B/14/79/ Pind 1/98: Merupakan borang untuk senarai semakan laporan tapak dan cadangan. Menyatakan mengenai loksai dengan memberitahu nama jalan dan nama lorong beserta jaraknya. Menyatakan mengenai tapak iaitu :

• Jumlah batu-batu sempadan lot yang dapat dikesan dan tindakan yang diambil untuk batu-batu sempadan yang tidak dapat dikesan

• Jarak ke bangunan sedia ada beserta keterangan bangunan

• Jarak ke menara lot beserta keterangan bangunan

Menyatakan keadaan tapak, kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik, air, telefon, lampu jalan dan longkang di kawasan tersebut. Disahkan oleh arkitek dan jurutera

(53)

DIPLOMA SENI BINA MBSA/B/4/87: Borang-borang untuk permohonan kelulusan

pelan bangunan. Bersama-sama borang ini perlu dilampirkan dokumen-dokumen mengenai :

• Surat-surat carian rasmi daripada penguasa / pemegang tanah iaitu cabutan hak milik tanah, Q.T (surat hak milik sementara) / salinan geran tanah

• Surat akuan pemilik-pemilik tanah / surat perjanjian yang disahkan / disaksi oleh majistret / pesuruhjaya sumpah / pegawai kerajaan A

• Salinan resit bayaran cukai bandar atau surat pengesahan daripada ketua jabatan penilai, MBSA. Sekiranya cukai belum dikenakan

• Surat perintah pembangunan daripada Jabatan Perancang Bandar

• Salinan surat teguran daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba, KWSB, Jabatan Kerja Raya (Jalan), TNB, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Penerbangan Awam • Surat akuan penerimaan pelan infrastruktur

daripada Jabatan Kejuruteraan • Salinan surat akuan penerimaan

permohonan ubah syarat tanah daripada Pentadbir Tanah

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(54)

Dilampirkan juga pelan-pelan yang lengkap : • Pelan penunjuk

• Pelan tapak

• Pelan-pelan lantai bangunan • Pelan-pelan keratan bangunan

• Pelan pandangan hadapan, pandangan belakang, pandangan sisi kanan dan pandangan sisi kiri bangunan

• Pelan diagram dan layout pemasangan elektrik

• Pelan diagram dan layout pemasangan paip-paip air dan sanitari.

• Pelan tangki septik, pelan sistem rawatan najis berpusat

• Pelan pagar.

Kesemuanya haruslah disahkan oleh pemohon / pemilik bangunan.

(55)

DIPLOMA SENI BINA 6.4 KESIMPULAN

Kesimpulan yang saya dapat daripada bab ini ialah kerjasama diantara pihak arkitek dan jabatan-jabatan lain amat penting kerana setiap kerja yang dilakukan bersangkut-paut antara satu sama lain. Saya juga banyak belajar cara untuk menyerahkan pelan kepada pihak-pihak yang dinyatakan diatas. Selain itu cara untuk berinteraksi dengan mereka juga dapat saya ambil dan pelajari untuk dipraktikkan pada masa akan datang.

Saya juga banyak mengetahui mengenai borang-borang yang patut diambil untuk menyerahkan pelan kepada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya dan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dengan arkitek. Semua prosedur yang perlu

dilakukan oleh seseorang untuk membina kediaman juga dapat saya pelajari di sini. Pengalaman ini semua akan saya ingat dan kongsi bersama sahabat-sahabat di politeknik nanti.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(56)

BAB 7 : LUKISAN KERJA

7.1 PENGENALAN

7.1.1 Maksud dan Tujuan Lukisan Kerja

Lukisan kerja bermaksud satu persembahan fizikal objek atau bangunan di dalam bentuk grafik. Lukisan kerja boleh dibuat dengan menggunakan kaedah manual dan komputer. Pada masa kini boleh

dikatakan seluruh firma arkitek memilih untuk membuat lukisan kerja dengan menggunakan kaedah komputer yang lebih canggih seiring dengan zaman yang semakin maju sekarang. Selain itu penggunaan komputer juga mempunyai banyak kelebihan iaitu kerja yang dilakukan lebih cepat, tepat, kemas, teratur, sempurna dan yang paling penting menjimatkan masa. Satu program telah diperkenalkan khusus untuk membuat lukisan kerja iaitu program AutoCadd. Dengan menggunakan perisian AutoCadd ini, tenaga kerja dan jangka masa sesuatu lukisan itu disiapkan dapat dipendekkan.

Lukisan kerja dilakukan adalah untuk menunjukkan pembinaan struktur bagi tempat kediaman, bangunan komersial atau rekreasi

pendidikan dan bermacam-macam lagi tujuan. Antara objektif lukisan kerja ialah untuk mengetahui dan memahami fungsi lukisan kerja itu sendiri khusus untuk pihak kontraktor dan pihak arkitek. Selain itu kita jugadapat mengetahui alatan yang digunakan untuk melukis serta kegunaannya.

(57)

DIPLOMA SENI BINA Lukisan kerja secara manual boleh dilakukan di dalam studio yang dikhaskan. Studio merupakan tempat yang paling sesuai untuk membuat lukisan kerja. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikuti semasa membuat lukisan kerja di dalam studio. Antaranya ialah :

• “Masking tape” yang telah digunakan untuk melekatkan kertas lukisan tidak disepahkan di atas lantai dan dibuang terus selepas menggunakannya

• Hindari dari memotong kertas dengan menggunakan pisau di atas meja lukisan

• Mestilah mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk membawa pemanas air dan peralatan elektrik

• Pemasangan radio mestilah mendapat kebenaran majoriti ataupun menggunakan “headfon” suapaya tidak menganggu pengguna studio yang lain.

7.1.2 Alatan Lukisan Kerja Secara Manual

Alatan utama :

• Draughting table ( Meja lukisan )

• Parallel straight edge drafting machine (Pembaris T ) • ‘T’ Square ( Pembaris T 60cm, 90cm, 130cm ) • Set square ( Pembaris boleh laras )

• Scale ruler ( Pembaris skala. Metrik, Arkitek ) • Lettering guide ( Panduan Huruf )

• Irreguar curve ( Lengkungan )

• French Curve ( Lengkok boleh lentur ) • Technical Pen ( Pen teknikal )

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(58)

• Pencil ( Pensil berlainan gred )

• Mechanical pencil ( pensil mekanikal ) • Klip / masking tape

• Transparent tape

• Eraser ( Pemadam lembut )tra • Drawing set ( set peralatan lukisan ) • Templates ( pencontoh )

• Tracing paper ( kertas surih ) • Razor blade ( pisau pencukur ) • Kertas lukisan

• Kertas habuk • Kertas pasir halus

7.2 PERATURAN LUKISAN KERJA

7.2.1 Faktor-faktor keselamatan dan peraturan di dalam studio

I. Kebersihan tempat melukis dari bahan-bahan kotoran yang mencacatkan lukisan patut dihindari

II. Lukisan hendaklah kering dan tidak lembap atau terkena bintik-bintik air yang boleh menjejaskan permukaan lukisan

III. Cara meletakkan lukisan hendaklah betul dan tidak terdapat permukaan yang tidak rata atau yang boleh menyebabkan permukaan menjadi rosak

(59)

DIPLOMA SENI BINA IV. “Draughting table” hendaklah ditutup setelah digunakan V. Pastikan pelapik meja lukisan dalam keadaan baik

VI. Semasa melakukan kerja, jangan meletakkan papan muka meja terlalu condong atau mendatar yang akan menyebabkan prestasi kerja terjejas

7.2.2 Memadam

Berikut adalah beberapa cara memadam kesilapan pada lukisan yang asal : I. Pilih pemadam yang sesuai ( jenis lembut ) supaya penggunaannya

tidak merosakkan kertas

II. “Erasing Shield” digunakan apabila melindungi bahagian yang tidak dipadam

III. Jangan tekan terlalu kuat, ini akan menyebabkan kertas melengkung yang terhasil daripada pemadam yang ditekan dan akan

menyebabkan kertas lukisan terkoyak

IV. Semasa memadam lukisan, pastikan kertas lukisan diletakkan di atas permukaan yang keras dan rata untuk mendapatkan hasil padaman yang baik

V. Gunakan berus atau kain yang boleh membuang habuk pemadam di atas kertas lukisan

VI. Semasa menggunakan pisau pencukur, pastikan ia tidak diletakkan merata-rata bagi mengelakkan kecedaraan dan kerosakan pada kertas lukisan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(60)

7.2.3 Pen Teknikal

Pastikan

I. Pen teknikal perlu berada di dalam keadaan baik sebelum lukisan kerja dijalankan

II. Gunakan dakwat yang dibenarkan sahaja

III. Bersihkan penutup pen dan kemaskan mata pen bagi mengelakkan dakwat terkeluar

IV. Tidak menggunakan pen teknikal diatas kertas lain selain “tracing paper”

V. Tidak mengeluarkan mata pen dari pen teknikal, terutamanya mata pen yang terlalu halus iaitu saiz 0.18 hingga 0.12

VI. Pen yang comot perlu dibersihkan dengan menggunakan “Ultra Sonic Pen” atau “thinner”

7.2.4 Pensil

Pastikan

I. Pensil sentiasa tajam pada hujung mata dan tidak terdapat sebarang kotoran yang terlekat padanya

II. Kenakan tekanan yang sekata dalam keadaan pusinfan yang sama rata, ini bertujuan untuk mendapatkan garisan yang baik

III. Bagi pensil teknikal, jangan tekan terlalu kuat yang boleh menyebabkan mata pensil patah

(61)

DIPLOMA SENI BINA IV. Cara yang baik untuk mengasah mata pensil, gunakan kertas pasir

yang halus, manakala kertas pasir yang keras untuk membersihkan dan melicinkan mata pensil

7.3 KANDUNGAN / KEPERLUAN LUKISAN KERJA

Satu set lukisan kerja yang lengkap mesti mengandungi pelan-pelan berikut : • Pelan lokasi

• Pelan tpaak

• Pandangan hadapan • Pandangan belakang • Pandangan sisi kanan • Pandangan sisi kiri • Keratan • Lukisan perincian : ○ Bumbung ○ Tandas ○ Tangga ○ Laluan perkhidmatan ○ Laluan bertutup ○ Anjung

○ Susun atur bilik-bilik istimewa ○ Pintu

○ Tingkap ○ Pengudaraan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(62)

○ “Partition Wall” ○ “Grilles” ( Jeriji besi )

○ Perabot pasang dalam / pasang siap

○ Susun atur pemasangna paip dan bekalan air ○ Susun atur sistem pembersihan

○ Pengaliran air dan permukaan ○ Siling

○ Pagar dan pintu pagar

• Lukisan-lukisan piawaian ( Lurang tangki najis ) • Lukisan-lukisan daripada cawangan lain

○ Struktur

○ Penghawa dingin ○ Lif

○ Pam-pam

○ Alat pencegah kebakaran

○ Elektrikal ( Cawangan elektrik JKR ) ○ Jalan ( Cawangan jalan JKR )

○ Keperluan air ( Jabatan bekalan air tempatan )

○ Keperluan pencegah kebakaran ( Jabatan Bomba Malaysia ) ○ Lukisan-lukisan daripada perunding ( jika ada )

(63)

DIPLOMA SENI BINA Lukisan kerja yang paling penting dan perlu dilukis sebelum menyerahkan kepada klien serta kontraktor binaan ialah pelan lokasi, pelan lantai, kertan,

pandangan hadapan, pandangan belakang, pandangan sisi kanan, pandangan sisi kiri, lukisan terperinci bangunan dan lukisan landskap. Semua lukisan ini dilukis untuk menunjukkan dengan lebih terperinci bagi sesebuah bangunan yang hendak dibina. Setiap lukisan mempunyai maksud yang tersendiri. “Title block” pula

kedudukannya terletak disebelah kanan lukisan.

PELAN TAPAK menunjukkan :

• Tajuk ( title )

○ Contoh : Pelan tapak • Nama bangunan yang didirikan

○ Contoh : Bangunan kelas F, Kuarters • Arah mata angin utara

• Benda-benda yang sedia ada

○ Contoh : Garis batu sempadan, kontur, dan arah susunan, bangunan- bangunan, pokok, sungai, parit, jalan-jalan dan pagar

• Perkara-perkara baru

○ Contoh : bangunan yang dicadangkan, jalan masuk • Akan datang ( Future )

○ Contoh : bangunan-bangunan yang didirikan kemudiannya

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

(64)

• Benda-benda yang akan dirobohkan / tebang / alihkan kedudukannya / haluannya

○ Contoh : Bangunan yang sedia ada dirobohkan, pkok yang sedia ada ditebang, jalan atau parit yang sedia ada dialihkan haluannya seperti yang ditunjukkan didalam pelan.

• Kesemua ukuran-ukuran yang penting • Tanah-tanah potong dan tambun • Menanam rumput

○ Contoh : menananm rumput rapat, jarang untuk tanah curam, rata

• Garisan bangunan yang dicadangkan

○ Contoh : kedudukan tiang-tiang ditandakan dengan + dan dibulatkan, verandah, laluan bertutup ( jika ada ), parit • Jalan

○ Contoh : jalan besar dengan namanya sekali, jalan masuk dan keluar tapak ditandakan dengan anak panah

• Pengaliran air permukaan

○ Contoh : peparit dan saiznya, arah pengaliran air longkang mesti ditunjukkan, “225 mm wide p.c drain laid to fall” • Sump dan bilangannya

○ Contoh : Sump 1

• Pengaliran najis

Referensi

Dokumen terkait

pertanyaan awal kepada siswa secara lisan yang diarahkan pada anak tema: Healthy Foods dengan gambar; Guru menyampaikan tujuan pembelajaran; Guru menyajikan

Dihadapan saodara tersajikan sirup buah kersen, kesediaan sodara diminta untuk memberikan penilaan terhadap kekentalan sirup buah kersen, sesuwai dengan

Pada Gambar 7, nilai pada perlakuan kombinasi eceng gondok dan pelepah pisang menunjukan semakin banyak penambahan bahan serat maka akan semakin besar pula daya serap dan

Gambaran mengenai kondisi transportasi khususnya berjalan kaki di kawasan Pendidikan Yogyakarta sebagaimana yang telah dijelaskan di atas menjadi dasar perlunya dilakukan

Dengan menggunakan model tersebut diperoleh variabel yang signifikan terhadap TPAK perempuan Jawa Timur adalah TPAK laki-laki, persentase penduduk miskin, PDRB perkapita, UMK,

Analisis Infrastruktur Jaringan Pada Sistem Akademik Perguruan Tinggi di Palembang 2 Dalam pengelolaan infrastruktur jaringan di perguruan tinggi yang akan diterapkan

Dengan adanya pembelian barang yang tinggi sehingga harus adanya pengendalian internal yang baik di dalam Hotel Shangri-La Surabaya khususnya dalam siklus

Dari hasil uji polinominal orthogonal (Ilustrasi 1) dapat dilihat bahwa semakin besar dosis vitamin E yang diberikan motilitas sper- matozoa semakin tinggi, dengan persamaan