• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab Satu - Pengenalan (Tesis PhD, 2006)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bab Satu - Pengenalan (Tesis PhD, 2006)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Latar belakang kajian

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera mewakili sebahagian

besar daripada semua PKS Bumiputera dan bukan Bumiputera di Malaysia

merupakan sektor niaga yang penting untuk menjana pembangunan ekonomi

Malaysia (Malaysia, 2001). Peruntukan kerajaan yang melebihi 35% dalam tahun

2003 boleh memberikan gambaran peri pentingnya pembangunan sektor ini

menurut Laporan Ekonomi [LE] (Malaysia, 2003). Sebahagian besar daripada

PKS terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Seterusnya terdapat kira-kira

20% daripada jumlah PKS yang beroperasi di utara pantai barat semenanjung

Malaysia (Mohamed, 2000).

PKS Bumiputera masih gagal untuk mencapai tahap penyertaan dan

prestasi yang diharapkan di dalam sektor perdagangan dan perindustrian (RMK8,

2001). Terdapat dua faktor utama yang dikenalpasti menjadi punca kegagalan ini.

Pertama, wujud kelemahan dalam rangka kerja strategik bersesuaian dengan

strategi keusahawanan firma dan persekitaran dalam menentukan prestasi di

kalangan PKS Bumiputera (Hashim, 2000b, 2002). Kedua, terdapat kekurangan

pengetahuan serta perlaksanaan yang tidak berkesan dari segi strategi

(2)

Kajian mendalam terhadap PKS Bumiputera didapati masih terhad (Ling,

1990). Kebanyakan kajian hanya tertumpu kepada kajian mengenai ciri-ciri dan

keperibadian keusahawanan di kalangan pemilik PKS (Mohamed, 1990; Hashim,

1992; Hashim, 2000a). Kajian mengenai strategi keusahawanan di kalangan PKS

Bumiputera pula hanya melibatkan strategi peringkat awal (Hashim, 2000b,

2002). Oleh yang demikian kajian lebih mendalam mengenai strategi

keusahawanan dengan menjurus kepada orientasi keusahawanan perlu dilakukan

untuk mengenal pasti faktor yang boleh meningkatkan prestasi PKS Bumiputera.

Kajian ini menyelidik orientasi keusahawanan firma di kalangan PKS

Bumiputera sebagai sebahagian daripada strategi keusahawanan yang boleh

menyumbang kepada kelebihan persaingan untuk meningkatkan prestasi (Hitt,

Ireland dan Hoskisson, 2003). Model kajian adalah berdasarkan kepada model

Miller (1983), Covin dan Slevin (1989) dan Lumpkin dan Dess (1996). Dimensi

orientasi keusahawanan yang digunakan dalam kajian ini adalah konstruk

bertahap firma yang diambil guna daripada kajian-kajian oleh Dess, Lumpkin and

Covin (1997), Shane, Venkatraman dan McMillan (1995), Miller (1990) dan Covin

dan Covin (1990).

Kajian ini menumpukan kepada lima dimensi orientasi keusahawanan firma

iaitu dimensi inovatif, proaktif, mengambil risiko, autonomi, dan daya saing agresif

(Lumpkin dan Dess, 1996). Tiga dimensi orientasi keusahawanan iaitu inovatif,

proaktif dan mengambil risiko telah dikaji seperti dalam kajian Lumpkin dan Dess

(3)

dan daya saing agresif masih belum dikaji secara mendalam. Kajian terhadap

orientasi keusahawanan menggunakan dimensi tersebut di Malaysia masih belum

dilakukan dengan mendalam (Hashim, 2000b; Mohd Jan, 1996).

Covin dan Slevin (1991), Zahra dan Covin (1995) dan Wilklund (1998a)

mendapati orientasi keusahawanan mempunyai kesan yang signifikan terhadap

prestasi firma. Namun demikian, Covin dan Slevin (1991) mendapati hubungan

orientasi keusahawanan dengan prestasi agak lemah. Sebaliknya, Wilklund

(1998a) pula mendapati hubungan tersebut adalah kuat.

Dari segi metodologi pula kebanyakan kajian menggabungkan dimensi

orientasi keusahawanan sebagai satu dimensi (Naman dan Slevin, 1993;

Wilklund, 1998a). Beberapa penyelidik lain seperti Kreiser, Marino dan Weaver

(2002a) dan Lumpkin dan Dess (2001) menghujahkan bahawa konsep orientasi

keusahawanan tidak wajar dianggap sebagai satu dimensi memandangkan

konsep orientasi keusahawanan adalah terdiri daripada perlaksanaan proses,

amalan dan kegiatan membuat keputusan dalam perniagaan yang memberi

makna yang berbeza di antara setiap dimensi dan dalam hubungannya dengan

pemboleh ubah lain.

Beberapa kajian yang lepas mengkaji kesan persekitaran luaran firma

sebagai pemboleh ubah penyederhana terhadap hubungan orientasi

keusahawanan dengan prestasi (Covin dan Slevin, 1991; Miles, Covin dan

(4)

Brown, 2001). Kajian oleh Covin dan Slevin (1991) menunjukkan terdapat

penemuan yang tidak seragam dalam hubungan tersebut. Kajian Miles, Covin dan

Heeley (2000) mendapati hubungan yang sangat kuat, sementara kajian oleh

Kreiser et al. (2002a) pula mendapati hubungannya amat lemah. Manakala kajian

oleh Brown dan Kirchoff (1997) dan de Koning dan Brown (2001) menemui tiada

hubungan persekitaran terhadap hubungan antara orientasi keusahawanan

dengan prestasi.

Teori utama yang menyokong model kajian ini ialah teori pandangan asas

sumber (PAS) atau resource based view (RBV). Teori PAS mengklasifikasikan

dimensi orientasi keusahawanan sebagai gugusan beberapa sumber yang

membentuk keupayaan dalaman atau internal capabilities sesebuah firma (Hall,

1993; Wernerfelt, 1984). Keupayaan adalah satu set gabungan sumber

berasaskan kemahiran dan pengetahuan di kalangan pekerja dalam firma

(Alvarez dan Barney, 2000; Dess et al., 2005; Hitt, Ireland dan Hoskisson, 1999).

Keupayaan juga menghasilkan kompetensi kebezaan atau distinctive yang

memastikan kelebihan persaingan yang berdaya tahan dan prestasi yang tinggi

dan bersesuaian dengan persekitarannya (Andrew, 1980; Barney, 1991; Conner,

1991; Grant, 1996; Hitt, Nixon, Clifford dan Coyne, 1999; Mathews, 2002;

Penrose, 1959; Rumelt, 1984; Teece, Pisano dan Shuen, 1997; Wernerfelt, 1984).

Teori-teori lain yang juga menyokong teori PAS ialah teori neoklasikal

(5)

(1950), teori kontingensi serba sama dan penempatan (Donaldson, 1987; Lenz,

1980; Miller, 1986; Porter, 1985), teori kontingensi kompetensi (Hitt dan Ireland,

1985; Selznick, 1952; Snow dan Hrebiniak, 1980) dan teori kontingensi

persekitaran (Hambrick, 1983; Lawrence dan Lorsch, 1967).

Oleh yang demikian, penyelidik mendapati wujud jurang di dalam sorotan

karya berkaitan dengan konsep orientasi keusahawanan dan hubungannya

dengan prestasi di kalangan PKS Bumiputera di Malaysia. Sorotan karya juga

mengesan kemungkinan terdapat pengaruh persekitaran sebagai pemboleh ubah

penyederhana dalam hubungan tersebut. Penyelidikan ini mengkaji pengaruh

orientasi keusahawanan kepada prestasi PKS Bumiputera di utara Semenanjung

Malaysia dan kesan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan

tersebut.

1.1 Pernyataan Masalah

Tahap prestasi PKS Bumiputera didapati menurun berdasarkan Laporan

Separuh Penggal Pertama RMK8 (Malaysia, 2001). Penurunan prestasi yang

dimaksudkan ialah apabila peratus hakmilik ekuiti Bumiputera dalam sektor

korporat menurun daripada 20.6% pada tahun 1995 kepada 19.1% dalam tahun

1999 (Malaysia, 2001). Seterusnya, dalam Laporan Separuh Penggal Kedua

RMK8 (2004), melaporkan dalam tahun 2003 mencatatkan pemilikan Bumiputera

dalam sektor korporat semakin menurun kepada 18.7% daripada keseluruhan

(6)

perlaksanaan orientasi keusahawanan menjadi menyumbang kepada prestasi

yang semakin menurun ini.

Sehinga kini masih belum ada kajian yang mendalam dilakukan untuk

menyelidik aspek orientasi keusahawanan dan pengaruh persekitaran yang

ditanggap kepada PKS Bumiputera di Malaysia. Justeru itu, kajian ini menyiasat

bagaimana setiap dimensi orientasi keusahawanan PKS Bumiputera berhubung

dengan prestasi dan bagaimanakah pengaruh faktor persekitaran yang ditanggap

ke atas hubungan tersebut. PKS Bumiputera merupakan di antara entiti yang

terpenting untuk disiasat memandangkan peranannya yang besar terhadap

pencapaian matlamat negara.

1.2 Objektif Kajian

Berdasarkan permasalahan di atas, objektif umum kajian ini adalah untuk

mengenal pasti hubungan langsung di antara orientasi keusahawanan dengan

prestasi di kalangan PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia. Kajian ini

juga memeriksa hubungan kesan penyederhana pemboleh ubah persekitaran

yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi.

Objektif khusus kajian adalah untuk:

1. Mengenal pasti kesan langsung lima dimensi orientasi keusahawanan

terhadap prestasi PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia.

2. Mengenal pasti kesan penyederhana persekitaran yang ditanggap ke atas

hubungan di antara setiap dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS

(7)

1.3 Soalan Kajian

Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan kecil dan sederhana

selalu menjadi tumpuan utama oleh para pengurus, pembuat dasar dan seluruh

masyarakat amnya (Wilklund, 1998a). Pengetahuan mengenai orientasi

keusahawanan ini nampaknya agak lemah di kalangan pengurus PKS

Bumiputera untuk meningkatkan prestasinya. Justeru itu, kajian lanjut diperlukan

untuk mengenal pasti faktor orientasi keusahawanan yang mempengaruhi

prestasi serta bagaimanakah pengaruh ini berlaku dalam konteks PKS

Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia.

Persoalan pertama, apakah kesan langsung setiap dimensi orientasi

keusahawanan dalam mempengaruhi prestasi PKS Bumiputera di utara

Semenanjung Malaysia?

Persoalan kedua, bagaimanakah faktor persekitaran yang ditanggap

mempengaruhi hubungan di antara setiap dimensi orientasi keusahawanan

dengan prestasi PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia?

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijangka memberi sumbangan secara langsung terhadap bidang

keusahawanan tahap firma dalam kajian pengurusan strategik berasaskan

pandangan asas sumber (PAS). Kajian ini memperkukuhkan lagi proses, amalan

dan pembuatan keputusan untuk PKS Bumiputera di utara Semenanjung

(8)

program pembangunan keusahawanan demi menambahbaikkan prestasi di

kalangan PKS Bumiputera. Kajian ini mengenal pasti strategi keusahawanan bagi

membantu para usahawan Bumiputera untuk menyesuaikan tindakan mereka

dengan pemboleh ubah yang terdapat dalam persekitaran perniagaan yang

sentiasa berubah.

Kajian ini menyumbang kepada asas pengetahuan, kerajaan dan

usahawan. Pertama, sumbangan terhadap ilmu keusahawanan dan pengurusan

strategik yang masih kurang dalam konteks Malaysia. Kedua, sumbangan kepada

agensi latihan kerajaan dan swasta dengan memperkenalkan pemboleh ubah

penting untuk membangunkan usahawan dalam program pembangunan

keusahawanan mereka. Ketiga, sumbangan terhadap usahawan sendiri dengan

menyediakan satu pendekatan yang terkini untuk mencapai prestasi yang lebih

tinggi bersesuaian dengan persekitaran perniagaan.

1.5 Definisi Istilah

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera – Sebuah firma yang

dimiliki dan diuruskan oleh kaum Bumiputera di Malaysia. Firma ini mempunyai

modal berbayar kurang dari RM2.5 juta, pulangan jualan tahunan kurang daripada

RM25 juta, dan bilangan pekerja 10 hingga 150 orang. Firma ini terlibat dalam

aktiviti perkhidmatan, perniagaan am dan juga sektor pengilangan (SMIDEC,

(9)

Orientasi keusahawanan – Keusahawanan bertahap firma yang

berorientasikan strategi mengikut pandangan para pemilik dan pengurusan

atasan PKS Bumpiutera. Pandangan tersebut adalah mengenai kesanggupan

firma untuk mengamalkan gelagat keusahawanan dengan bersikap berinovatif,

proaktif, mengambil risiko, berdaya saing agresif dan berautonomi (Dess et al.,

2005; Lumpkin dan Dess, 1996).

Sikap berinovatif – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS

Bumiputera untuk melibatkan diri sendiri dan kakitangan dengan lapan sikap

inovatif. Pertama, memberikan perhatian khusus kepada penyelidikan dan

pembangunan (R&D). Kedua, mementingkan pembaharuan dalam perniagaan.

Ketiga, menggunakan kaedah baru dalam menjalankan perniagaan. Keempat,

memperkenalkan produk dan/atau perkhidmatan baru. Kelima, mengubahsuai

produk dan/atau perkhidmatan. Keenam, berbelanja besar untuk pengeluaran

produk dan/atau perkhidmatan baru. Ketujuh, berbelanja besar untuk penyelidikan

dan pembangunan (R&D). Kelapan, menggunakan ramai pekerja mahir (Dess et

al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996).

Sikap mengambil risiko – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS

Bumiputera untuk melibatkan diri sendiri dan kakitangan dengan lima sikap

mengambil risiko. Pertama, membelanjakan sumber firma dalam jumlah yang

besar dan berisiko untuk mendapatkan hasil yang tidak pasti di dalam sesuatu

projek. Kedua, bertindak berani dan berterus terang untuk mencapai matlamat

(10)

kerugian. Keempat, selalu melabur untuk teknologi baharu. Kelima, selalu

menjual produk baru dalam pasaran baru (Brockhaus, 1980; Dess et al., 2005;

Lumpkin dan Dess, 1996; Miller, 1983).

Sikap proaktif – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera

tentang tindakbalas diri sendiri dan kakitangan terhadap enam sikap proaktif.

Pertama, mendahului perniagaan lain dalam menggunakan teknologi baru.

Kedua, bertindak sebagai firma yang pertama menjual produk baru dalam

pasaran. Ketiga, mengambil peluang-peluang baru dalam pasaran yang tidak

berkaitan dengan bidang perniagaan semasa. Keempat, memperkenalkan produk

dan teknologi baru mendahului pesaing. Kelima, bertindak secara strategik

menghapuskan produk yang sudah matang atau sedang dalam peringkat kitaran

hayat menurun. Keenam, bertindak dengan tegas untuk mencapai matlamat firma

(Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996, 1997, 2001; Venkatraman, 1989).

Sikap berdaya saing agresif – Pandangan pemilik dan pengurus atasan

PKS Bumiputera mengenai tindakbalas diri sendiri dan kakitangan terhadap lima

sikap berdaya saing agresif. Pertama, menggunakan corak persaingan dan

permintaan yang sedia ada dalam pasaran untuk mengatasi pesaing dalam

industri. Kedua, bertindak secara reaktif untuk mempertahankan kedudukannya

dalam pasaran. Ketiga, masuk ke dalam pasaran yang telah dikenalpasti

menggunakan kaedah yang luar biasa. Keempat, sentiasa berusaha untuk

mengetuai pasaran serta berbelanja besar dalam bidang pemasaran. Kelima,

(11)

Lumpkin dan Dess, 1996, 1997, 2001; MacMillan dan Day, 1987; Venkatraman,

1989).

Sikap berautonomi – Pandangan pemilik dan pengurus PKS Bumiputera

mengenai tindakbalas diri sendiri dan kakitangan terhadap enam sikap

berautonomi. Pertama, menggalakkan pekerja supaya terlibat dalam

perancangan syarikat. Kedua, memberikan kebebasan kepada pekerja untuk

membuat keputusan mengenai pembaharuan dalam syarikat tanpa merujuk

kepada pengurusan atasan. Ketiga, menggalakkan pekerja supaya melaksanakan

pembaharuan walaupun terpaksa melanggar peraturan syarikat. Keempat,

mendorong cetusan idea baru dari semua pekerja tanpa mengira pangkat.

Kelima, mengutamakan idea untuk pembaharuan melebihi peraturan syarikat.

Keenam, mengabaikan peraturan pekerjaan dalam syarikat untuk melibatkan

pekerja dalam sesuatu idea baru (Burgelman, 1983; Dess et al., 2005; Lumpkin

dan Dess, 1996; Shane, Venkatraman dan MacMillan, 1995).

Persekitaran dinamik – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS

Bumiputera mengenai enam aspek persekitaran dinamik. Pertama, kecepatan

perubahan dalam kaedah pemasaran. Kedua, kecepatan perubahan barangan

dan/atau perkhidmatan firma. Ketiga, kesukaran meramal tindakan pesaing.

Keempat, kesukaran meramal permintaan pengguna. Kelima, kesukaran meramal

citarasa pelanggan. Keenam, kecepatan perubahan dalam kaedah pengeluaran

dan/atau operasi perkhidmatan (Kreiser et al., 2002a; Lumpkin dan Dess, 2001;

(12)

Persekitaran bermusuhan – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS

Bumiputera terhadap tujuh aspek persekitaran bermusuhan. Pertama, tahap

ancaman terhadap persaingan harga. Kedua, tahap ancaman persaingan dalam

kualiti produk. Ketiga, tahap ancaman terhadap persaingan dalam keunikan

produk. Keempat, tahap ancaman persaingan pasaran produk dan/atau

perkhidmatan. Kelima, tahap ancaman dalam penawaran buruh. Keenam, tahap

ancaman dalam bekalan bahan mentah dan/atau dagangan. Ketujuh, tahap

ancaman dalam campur tangan pihak berkuasa (Kreiser et al., 2002a; Lumpkin

dan Dess, 2001; Miller dan Friesen, 1984).

Persekitaran membantu atau munifisen – Pandangan pemilik dan

pengurus atasan PKS Bumiputera mengenai tahap kesediaan enam jenis sumber.

Pertama, kemudahan pinjaman kewangan. Kedua, pekerja mahir rakyat

tempatan. Ketiga, pekerja mahir rakyat asing. Keempat, bekalan bahan dan

peralatan. Kelima, kemahiran pengurusan perniagaan. Keenam, peluang

perniagaan (Kreiser et al., 2002a; Brown dan Kirchoff, 1997).

Pulangan Jualan (PJ) – Prestasi firma dalam bentuk keuntungan yang

melibatkan suatu pengiraan yang menghasilkan peratus apabila nilai untung

bersih tahunan purata (dalam RM) dibahagikan dengan jumlah jualan tahunan

purata (dalam RM) (Untung bersih/Jumlah Jualan) (Dess et al., 2005; Zahra dan

Covin, 1995). Nilai yang digunakan dalam pengiraan diambil dari nilai purata yang

(13)

Pulangan Harta (PH) – Prestasi firma dalam bentuk keuntungan yang

melibatkan suatu pengiraan yang menghasilkan peratus apabila nilai untung

bersih tahunan purata (dalam RM) dibahagikan dengan jumlah harta tahunan

purata (dalam RM) (Untung Bersih/Jumlah Harta) (Dess et al., 2005; Zahra dan

Covin, 1995). Nilai yang digunakan dalam pengiraan diambil dari nilai purata yang

dikutip di antara tahun 2000 hingga tahun 2002.

Pulangan Modal (PM) – Prestasi firma dalam bentuk keuntungan yang

menggunakan suatu pengiraan yang menghasilkan peratus apabila nilai untung

bersih tahunan purata (dalam RM) dibahagikan dengan jumlah modal tahunan

purata (dalam RM) (Untung Bersih/Jumlah Modal) (Dess et al., 2005; Higgins,

1989). Nilai yang digunakan dalam pengiraan diambil dari nilai purata yang dikutip

di antara tahun 2000 hingga tahun 2002.

1.6 Skop dan Batasan Kajian

Skop dan batasan kajian ini meliputi aspek pembolehubah, responden dan

lokasi firma. Pembolehubah yang dikaji ialah pengaruh orientasi keusahawanan

firma dan persekitaran yang ditanggap kepada prestasi PKS Bumiputera di utara

Semenanjung Malaysia. Perbincangan dalam kajian ini hanya terhad kepada

pemboleh ubah yang tersebut sahaja. Hakikatnya, berbagai pembolehubah lain

lagi yang boleh mempengaruhi prestasi firma seperti jenis strategi, struktur

(14)

Perbincangan dalam penemuan kajian juga adalah berasaskan tanggapan

oleh responden yang terpilih sahaja yang terdiri dari pemilik dan pengurus firma

Bumiputera bertaraf kecil dan sederhana di utara Semenanjung Malaysia.

Keputusan yang sama mungkin tidak diperolehi bagi organisasi lain seperti

perniagaan kecil dan sederhana milik kaum Cina, India dan lain-lain, perniagaan

besar, perniagaan milik kerajaan dan koperasi. Faktor lokasi juga boleh memberi

kesan yang berbeza jika dilakukan di kawasan lain di Malaysia. Begitu juga

dengan keadaan persekitaran yang ditanggap yang lain seperti persekitaran

heterogen yang boleh memberikan impak yang berbeza mengikut keadaan

persekitaran tempatan. Keadaan ini akan menghadkan generalisasi dapatan

kajian yang akan diperolehi.

1.7 Susunatur Tesis

Tesis ini memerihalkan isi kandungannya dalam enam bab, bab pertama

membincangkan latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian,

soalan kajian, kepentingan kajian, definisi istilah, skop dan batasan kajian dan

susunatur tesis.

Bab kedua memerihalkan sorotan karya berhubung dengan pembangunan

keusahawanan dalam PKS Bumiputera di Malaysia. Bab ketiga membincangkan

konsep keusahawanan, semua pembolehubah yang dikaji serta hubungan di

antara semua pemboleh ubah, jurang dalam sorotan karya dan kerangka

(15)

Bab keempat membincangkan metodologi kajian yang digunakan dengan

mengambil kira aspek persampelan, responden, kaedah mengutip data,

instrumen kajian, pemboleh ubah kawalan, analisis data, penentuan jenis

penyederhana, dasar pengujian hipotesis, dan rumusan.

Bab kelima memaparkan penemuan kajian melalui analisis data prima

yang dikutip. Penemuan kajian memaparkan kadar maklum balas, bias maklum

balas, profil demografik responden dan firma, ketepatan pengukuran, pengukuran

kecenderungan memusat, kebolehpercayaan dan analisis korelasi. Seterusnya,

pernyataan semula hipotesis, hubungan langsung orientasi keusahawanan

dengan prestasi, ujian hipotesis hubungan langsung orientasi keusahawanan

dengan prestasi, kesan interaksi penyederhana ke atas hubungan orientasi

keusahawanan dengan prestasi, ujian hipotesis interaksi penyederhana ke atas

hubungan antara orientasi keusahawanan dengan prestasi, dan ringkasan

penemuan kajian.

Akhirnya, bab keenam memaparkan perbincangan dan implikasi tentang

penemuan kajian dengan lebih terperinci berasaskan teori dan amali yang

berkaitan dengan kajian. Bab ini juga membincangkan cadangan untuk kajian

Referensi

Dokumen terkait

Proses interaksi anggota keluarga tidak semuanya dilandasi oleh pemikiran yang logis, seperti apa yang dikemukan oleh Raho (2007) bahwa interaksi itu ada dua jenis, yaitu

Sehubungan dengan pengaruh kompensasi non finansial terhadap prestasi kerja karyawan memiliki pengaruh yang dominan berdasarkan tabel hasil analisis regresi terlihat

Positioning produk lorjuk menurut manfaat yaitu lorjuk merupakan sumber protein yang tinggi, kandungan gizinya juga tinggi dan merupakan makanan yang sehat maka

Saat ini tersedia berbagai media yang dapat digunakan dalam mempelajari TOEFL tetapi penjelasan atau bahasa pengantarnya masih menggunakan bahasa Inggris sehingga menjadi lebih

Untuk itu, penelitian ini dilakukan untuk: 1 mengetahui tingkat Konformitas Teman Sebaya pada siswa-siwi kelas VII dan VIII SMP Sunan Giri 2 mengetahui tingkat kenakalan remaja

Dari pemaparan yang telah dijelaskan diatas, peneliti tertarik untuk melakukan penelitian mengenai pendekatan ACT yang diberikan kepada siswa SMA kelas XI yang mengalami

Menurut Pekei (2016:13) anggaran pemerintah atau yang disebut dengan Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) dan Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah

4.. menandatangani Berita Acara hasil pemeriksaan dan penerimaan Peralatan Sarana Pembelajaran Berbasis TIK Tahun 2016 dan disampaikan kepada Penyedia Barang/Jasa dengan