• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik

Pengenalan

Bahan bukti biologi tergolong dalam kategori bahan bukti yang sangat luas.Perkataan biologi itu sendiri merujuk kepada organisma atau benda hidup.Bahan bukti pula boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang sah secara undang-undang yang dirujuk kepada satu sistem pengadilan yang berwibawa untuk menentukan kesahihan sesuatu perkara yang disiasat atau maklumat, yang boleh digunakan bagi membuktikan sesuatu tindakan, sabitan atau keterangan.

Justeru bahan bukti biologi boleh didefinisikan sebagai sebarang bahan biologi sebagai contoh rambut, tisu, tulang, gigi, darah, air mani atau cecair tubuh lain atau sebarang bahan bukti yang mengandungi bahan biologi yang boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu dalam mana-mana perbicaraan kes yang dibawa kepada muka pengadilan.

Jenis-Jenis Bukti Biologi

Bahan bukti biologi berasal daripada pelbagai sumber. Ia boleh diperolehi daripada manusia, tumbuhan ataupun haiwan. Bukti biologi seperti debunga, alga, kulat dan diatom adalah

contoh-contoh bahan bukti daripada tumbuhan. Mikroorganisma dan serangga adalah contoh bahan bukti biologi daripada haiwan. Namun begitu, artikel ini hanya menyentuh mengenai bahan bukti biologi yang boleh diperolehi daripada manusia. Oleh itu, istilah bahan bukti biologi yang akan digunakan seterusnya dalam artikel ini hanyalah merujuk kepada bahan bukti biologi yang diperolehi daripada manusia.

Bahan bukti biologi termasuklah :

- Darah dan kesan darah

- Semen (air mani) dan kesan semen - Air liur

- Air kencing - Tisu dan sel - Tulang dan organ - Rambut

- Gigi

(2)

Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik

- Najis - Muntah

- Kandungan perut - Peluh

- Tahi telinga

Analisis

1. Toksikologi

Sampel seperti darah, air kencing, muntah dan kandungan perut adalah sampel yang penting dalam analisis ini. Pengesanan, pengenalpastian dan pengiraan kepekatan bahan-bahan toksik berkaitan dan interpretasi keputusan daripada bahan bukti biologi ini

membantu dalam penyiasatan kematian, keracunan dan juga penyalahgunaan dadah dan ubat. Antara analysis yang sering dijalankan ialah analisis etanol bagi mengesan kehadiran alkohol, analisis karbon monoksida dan analisis pestisid dalam kes-kes keracunan.

2. Analisis DNA

Salah satu analisis yang penting untuk bahan bukti biologi ialah analisis DNA. Ini kerana analisis DNA memberikan nilai ketepatan analisis yang sukar untuk dinafikan. Hampir semua bahan bukti biologi sesuai untuk analisis DNA kecuali bahan bukti biologi atau cecair tubuh yang tidak mempunyai sel bernukleus seperti air mata, peluh dan serum. DNA juga boleh diperolehi daripada rambut dengan syarat sampel rambut yang diperolehi masih mempunyai bahagian akar rambut . Maka pengestrakan DNA boleh dikalukan kepada sel yang terdapat pada akar rambut tersebut.

3. Pemeriksaan Histopatologi

Sampel tisu merupakan sampel yang diperlukan dalam pemeriksaan histopatologi. Sample ini biasanya diambil semasa bedah siasat atau biopsi seterusnya akan melalui beberapa siri peringkat pemprosesan persediaan sebelum dapat dianalisis dan dinterpretasi menggunakan mikroskop. Melalui pemeriksaan histopatologi, kita dapat melihat perubahan yang berlaku kepada badan pada peringkat sel dan ianya boleh membantu memberi gambaran jelas kepada punca kematian pada peringkat molecular.

4. Anthropologi

Di bawah analisis ini, tulang dan peninggalan sisa baki tulang merupakan bahan bukti yang akan digunakan untuk analisis. Sampel tulang yang diperolehi adakalanya perlu dibersihkan

(3)

Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik

terlebih dahulu sebelum analisis dapat dilakukan. Analisis pada sampel tulang boleh membantu dalam:

- membezakan tulang manusia dan tulang haiwan

- menentukan jantina , anggaran umur dan tinggi mangsa

- menentukan punca kematian melalui kecederaan yang terdapat pada sampel tulang

Nota Penting

Bahan bukti biologi mudah mengalami proses pereputan kerana sifat biologikalnya. Oleh itu, pengendalian atau pengumpulan serta penyimpanan bahan bukti biologi ini perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati mengikut prosedur pengendalian spesimen yang ditetapkan. Selain dapat mengelakkan kontaminasi, ia juga dapat memastikan maklumat yang berguna boleh diperolehi daripada analisis yang akan dijalankan kelak.

Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang individu atau agensi yang akan terlibat bersama. Bahan bukti ini akan bertukar tangan daripada seorang individu atau agensi kepada individu atau agensi yang lain. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bekas atau medium pengangkutan yang digunakan sesuai. Semua perihal dokumentasi direkodkan dengan lengkap untuk memastikan integriti dan rantai bahan bukti terjaga sentiasa.

Rujukan

1. Abacus Diagnostic : Dramatically Improving Crime Scene Investigation (2014), Modern Methods of Collection and Preservation of Biological Evidence for Human Identification by DNA Analysis. Retrieved 01, 22, 2014 from

tp://www.abacusdiagnostics.com/Modern_Methods_of_Collection.pdf

2. Crime Scene Investigator Network (2000-2014), The Biological Evidence Preservation Handbook : Best Practices for Evidence Handler. Retrieved 01, 19, 2014 from

http://www.crime-scene-investigator.net/BiologicalEvidencePreservationHandbook.pdf

Semakan Akhir : 17 Mac 2014 Penulis : Reynold Vicenti

(4)

Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik

 

Referensi

Dokumen terkait

1.1 Unit kompetensi ini berlaku untuk melaksanakan pemeliharaan peralatan pengeboran sesuai dengan petunjuk dalam prosedur operasi standar pada kegiatan

Bagian ini memuat penjelasan mengenai bagaimana data dikumpulkan, instruksi yang diberikan kepada partisipan, jadwal pengambilan data, jumlah data yang direncanakan, jumlah

Pada dasarnya perilaku konsumtif masyarakat sengaja dibentuk, dimana pada awalnya hal tersebut memiliki tujuan untuk memperkaya pemilik mega industri di negara-negara

Semua para mujtahid yang melakukan ijtihadnya tanpa adanya penyandaran kepada Al-Qur’an, Al-Hadits, Ijma’ maupun Qiyas, maka ijtihad itu disebut dengan Istihsan,

5 juta dan mempunyai usia di atas 40 tahun adalah orang-orang yang tidak tertarik akan investasi saham 2211 : Responden dengan pekerjaan sebagai seorang non pegawai

Siti Kurniawati, M.Si Pusat Penelitian Bioteknologi LIPI

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui berapa besar pengaruh Debt to Total Asset Ratio (DAR) terhadap Return On Equity (ROE) pada perusahaan sektor otomotif

Dengan demikian, menjadikan Pancasila sebagai wacana publik merupakan tahap awal krusial untuk pengembangan kembali Pancasila sebagai ideologi terbuka, yang dapat dimaknai