INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
KERTAS KERJA
BENGKEL GURU DAN PERUNDANGAN
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4
SEMESTER 5
WAJ 3114
TARIKH :
22 NOVEMBER 2014
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SENTA
35500 BIDOR
Bengkel guru dan perundangan dalah satu topik yang menarik dijadikan bahan LADAP.kerana isu guru dari pelbagai sudut termasuk perundangan, tindakan tatatertib dan sebagainya jarang diambil secara serius oleh seorang insan yang bergelar pendidik. Malah ramai di kalangan guru yang tidak tahu bagaimana cara untuk merujuk atau mencari bahan yang berkaitan perundangan . Pelbagai masalah yang berlaku dikalangan pendidik semasa ini di antaranya murid cedera sewaktu sesi pdp , murid dan guru terlibat dalam kemalangan sewaktu aktiviti di luar sekolah. Oleh itu, bengkel guru dan perundangan selama 2 jam di sekolah mampu memberi pengetahuan yang mendalam terhadap guru.
2.0 TUJUAN
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru yang tahu mengenai hak mereka dan tahu cara untuk menguruskan sesuatu isu andainya meraka terlibat dengan sesuatu kes yang serius .Malah tujuan kursus ini juga adalah untuk memenuhi sukatan BIG semester 5 selama 2 jam. Selain itu,program seumpama ini boleh di masukkan sebagai LADAP dalaman sekolah.
3.0 LATAR BELAKANG
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Pensiswazahan Guru kohort 1 fasa 4 semester 5 selama 2 jam wajib dilaksanakan oleh guru PPG. Perlaksanaan bengkel BIG ini mampu membantu guru memberi pengetahuan dan informasi semasa terhadap guru mengenai pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dalam kes yang melibatkan perundangan.
Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan pada masa kini berisiko untuk diambil tindakan oleh ibu bapa atau penjaga. Oleh itu, program ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu baharu dan pengetahuan mengenai bagaimana seseorang guru itu boleh diambil tindakan.
4.0 OBJEKTIF:
Pengisian kurikulum BIG semester 5 ialah Bengkel Guru Dan Perundangan yang bertujuan memberi pendedahan kepada guru mengenai perundangan dalam bentuk pelbagai masalah seperti kemalangan yanmg melibatkan murid, kes saman dari ibu bapa atau penjaga kepada guru serta pelbagai lagi isu semasa yang membabaitkan guru .
Menyediakan guru yang lebih bersikap berhati hati dan megikut prosedur atau langkah langkah yang sewajarnya sewaktu menjalankan sesuatu aktiviti di dalam sekolah mahupun luar sekolah.
Memdedahkan dengan pelbagi kes dan isu terkini melibatkan guru.
5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM
Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu bertarikh 22 November 2014 bermula jam 11.30 pagi.hingga 1.30 tghari .(2 jam)
6.0 TEMPAT PERLAKSANAAN
Bilik Gerakan SK Kampung Senta 35500 Bidor Perak.
7.0 KUMPULAN SASARAN
Semua guru SK Kampung Senta seramai 13 orang
8.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK
Pengerusi : En. Othman bin Md Ali
Timb. Pengerusi 1 : En. Shuhaili bin Salleh
Timb. Pengerusi 2 : En. Mohd Mahadir bin Shafiee
Setiausaha : Pn Noor a/p Dollah
Pen. Setiausaha : Pn. Noordiana a/p Halaluddin
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Buku Program : En Mohd Azwan bin Anuar
PA Sistem : En Moses a/l JSJ William
Persiapan Tempat : Cik Fazliyati bt Ibrahim
Bahan bengkel : Cik Intan a/p Din Doi
Penyediaan alatan ICT : Cik Shahalina bt Mohd Shahar
Jamuan : Pn Nur Alina Syuhada bt Abd Rahim
: Cik Fadzleen Nur bt Myeor
Jurukamera : Pn Intan Zuliyati bt Bahari
10. TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti Tindakan
11.30 pagi Pendaftaran Semua guru
11.40 pagi Bengkel Guru dan Perundangan Semua guru
1.40 tengahari Makan tengahari dan bersurai Semua guru
11 SUMBER KEWANGAN
Kelab persatuan Guru dan Staf
BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH
2. Kos bahan bengkel RM 2.00 x 13 orang guru RM 26.00
3. Makan tengahari RM 4.50 x 13 orang RM 58.50
JUMLAH RM 84.50
13. PENUTUP
Program bina insan guru ini merupakan salah satu komponen yang sangat penting. Ianya perlu didedahkan kepada semua insan yang bergelar guru. Diharapkan program sebegini mampu memberikan pengetahuan dan ilmu baru kepada para guru.
Disediakan Oleh :
... (Noor a/p Dollah)
Setiausaha Bengkel, SK Kg Senta
35500 Bidor Perak
Disahkan Oleh :
... (Othman bin Md Ali)