• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Alam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Alam"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Tahap Kesedaran masyarakat dengan

permasalahan alam sekitar

Dalam konteks negara kita Malaysia, dapat dinyatakan bahawa tahap

kesedaran masyarakat masyarakat dengan permasalahan alam sekitar

adalah pada tahap yang masih rendah. Menurut Rosmidzatul Azila (Berita

Harian,19 Okt.2012), bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi

membendung permasalahan ini , malah saban tahun begitu banyak program

dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan. Namun demikian, ia dilihat

seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita. Buktinya kita

masih lagi melihat perbuatan segelintir daripada kita yang membuang

sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ini jelas memberi

cerminan kepada kita bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan

menjaga alam sekitar masih lagi pada tahap yang rendah. Menurut Ku

Halim Ku Hamid (Sinar Harian,18 Mei 2013) kebersihan alam sekitar

merupakan isu kritikal yang sewajarnya mendapat perhatian masyarakat

kerana kesannya bukan sahaja pada seorang individu tetapi membabitkan

keseluruhan masyarakat dalam jangka panjang. Tahap kesedaran

masyarakat bukan sahaja diperingkat kampung,tetapi juga bandar terhadap

kebersihan masih ditakuk lama,peningkatannya tidak begitu ketara.

Walaupun terdapat kempen-kempen kesedaran mengenai kepentingan

(2)

yang masih memandang remeh berhubung aspek penjagaan dan

pemuliharaan alam sekitar.

Tahap kesedaran dan amalan masyarakat yang masih belum mapan di dalam

memulihara alam sekitar sebenarnya boleh dilihat melalui petunjuk-petunjuk

amalan kesedaran memulihara alam sekitar seperti petunjuk amalan kitar

semula. Usaha membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan

masyarakat di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah

( Rosmidzatul Azila, 2012). Buktinya hasil kajian terbaru Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mendapati

bahawa peratusan rakyat di negara ini mempunyai kesedaran untuk

melakukan kitar semula surat khabar masih lagi pada tahap yang tidak

memberangsangkan iaitu hanya sebanyak 40 hingga 45 peratus sahaja.

Hasil kajian yang menunjukkan kepada peratusan yang minimum ini, jelas

menggambarkan bahawa tahap kesedaran berkaitan amalan kitar semula

dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah dan masih jauh

daripada matlamat asal program ini diperkenalkan. Kegagalan masyarakat

dalam membudayakan amalan kitar semula ini telah mengakibatkan

masalah pencemaran sampah sarap yang semakin berleluasa dan sukar

dibendung. Menurut Azrina Sobian (2012), penglibatan dalam kegiatan kitar

semula di Malaysia masih terlalu rendah iaitu sekitar lima peratus (5%)

sahaja berbanding kadar kitar semula di negara jiran seperti Singapura (56

(3)

German (48 peratus), Amerika Syarikat (33 peratus) dan Switzerland (52

peratus). Ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak berminat dengan kegiatan

kitar semula.

Jadual 1.1 Peratusan penglibatan negara terbabit dalam kegiatan kitar

semula

Negara Bil %

Singapura 56 %

Switzerland 52 %

German 48 %

Amerika Syarikat 33 %

Filipina 12 %

Malaysia 5 %

Sumber: Artikel IKIM

Selain itu, tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah berhubung

kebersihan alam sekitar juga dapat dibuktikan melalui laporan Kementerian

Pengangkutan yang menunjukkan bahawa sehingga tahun 2010, jumlah

kenderaan yang didaftarkan di negara ini ialah sebanyak 21.1 juta kenderaan

. Jumlah ini meningkat kira-kira 11.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Manakala kenderaan baharu yang didaftarkan diseluruh negara pada tahun

2010 ialah sebanyak 1.15 juta kenderaan iaitu peningkatan sebanyak 13.7

peratus berbanding tahun 2009. Peningkatan jumlah kenderaan ini tidak

dapat dinafikan menyumbang kepada pencemaran udara,bunyi ,kesesakan

(4)

Menurut Azrina (2012) lagi , penglibatan Malaysia dalam pelepasan

gas karbon dioksida (CO2) di dunia juga tidak wajar dipandang rendah. Pada

tahun 2009, Malaysia menduduki tangga ke- 32 dalam pelepasan CO2 iaitu

sebanyak 148 juta tan. Kedudukan ini amat jauh jika dibandingkan dengan

negara China yang merupakan negara paling banyak membebaskan CO2 di

dunia pada masa kini iaitu sebanyak 7,711 juta tan. Walau bagaimanapun,

dari segi pelepasan CO2 per kapita, datanya berbeza. Pelepasan CO2 per

kapita di China ialah sebanyak 5.83 tan manakala Malaysia 5.32 tan. Ini

menunjukkan bahawa walaupun pelepasan CO2 amat jauh berbanding China

namun dari segi pelepasan CO2 per kapita Malaysia dan China tidak jauh

bezanya. Ini juga bermakna , seorang rakyat Malaysia membebaskan CO2

hampir sama banyak dengan seorang rakyat negara China. Sebahagian

besar pelepasan CO2 ini berlaku akibat daripada aktiviti pengangkutan dan

jika keadaan ini berlaku berterusan, maka hasrat untuk mengurangkan dua

peratus CO2 tidak akan tercapai dan masalah pemanasan bumi akan terus

menghantui kita dalam bentuk perubahan cuaca (panas-hujan) yang tidak

menentu,serangan banjir kilat, tanaman yang tidak menjadi dan sebagainya.

Menurut Datuk Zaini Md Nor, bekas Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pempersihan Awam (PPSPPA) ,

menyatakan bahawa Kerajaan telah membelanjakan RM 1bilion setahun

untuk menguruskan sampah sarap diseluruh negara. Dianggarkan kira-kira

(5)

membuang sampah dengan baik, melakukan kitar semula,kerajaan boleh

menjimatkan kos pengurusan dan tenaga kerja yang seterusnya boleh

menggunakan duit yang ada untuk manfaat lain pada negara (Sinar

Harian,18 Mei 2013).

Dari aspek pemusnahan ekosistem hutan juga telah menunjukkan

penerokaan yang berleluasa dan tidak terkawal. Didapati secara purata 25

hektar pokok telah ditebang pada setiap hari (Rosmidzatul Azila,2011).

Selain daripada tujuan pertanian oleh agensi kerajaan

(FELDA,FELCRA,RISDA), pemusnahan hutan dan hutan dara juga dilakukan

untuk pelbagai tujuan lain seperti raya,perlombongan,pembandaran dan

perindustrian. Pada tahun 1970-an dianggarkan kadar pembalakan telah

meningkat kira-kira 374,410 hektar setahun. Keadaan ini telah

menyebabkan kehilangan kawasan hijau dengan cepat misalnya, pada tahun

1977 hanya 55.3 peratus sahaja kawasan hutan yang tinggal dan

kebanyakkannya terdapat di kawasan bukit dan gunung yang bercerun

curam (Tuan Pah,2011). Proses pembangunan yang pesat akan

menyebabkan hakisan tanih dan pemendapan bahan mendak yang banyak

ke dalam alur sungai seterusnya akan menyebabkan banjir besar yang

berulangan. Akitiviti yang tidak terkawal dan tanpa pemantauan yang rapi

oleh pihak berwajib akan mendatangkan kesan pada jangka masa panjang

sehingga boleh mendatangkan bencana apabila pencemaran atau

(6)

manusia. Pemusnahan hutan sememangnya memberikan implikasai yang

besar kepada keseimbangan ekosistem alam sekitar kerana ia akan

menggangu kitaran semulajadinya. Menurut Tuan Pah(2011) modifikasi dan

gangguan terhadap ekosistem semulajadi melalui aktiviti pembangunan

boleh mengubah keseimbangan system dinamik alam sekitar iaitu meliputi

empat komponen utama (atmosfera,litosfera,hidrosfera,dan biosfera). Ia

akan menjejaskan kandungan oksigen di udara, mencemarkan sungai-sungai

,kepupusan habitat flora serta fauna,malah memusnahkan khazanah alam

yang amat berharga.

Daripada data-data yang dikemukakan, dapat ditegaskan bahawa

amalan alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia amat

membimbangkan dan perlukan ‘transformasi’ secara serius dan

besar-besaran (Azrina,2011). Oleh itu, kajian ini adalah perlu sebagai usaha

menyedarkan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar berasaskan

pandangan yang konkrit atau dengan kata lain melalui kefahaman yang jelas

terhadap Eco Spritual yang ditunjangi ajaran agama Islam yang

benar,holistic dan realistic untuk menangani permasalahan alam sekitar

Referensi

Dokumen terkait

Jadi dapat disimpulkan bahwa ada pengaruh dari segi kualitatif dan dari segi kuantitatif dikarenakan terjadi perbedaan kategori hasil belajar dan nilai rata-rata

Assisted Test Badan Kepegawaian Negara (CAT BKN) Dengan Protokol Kesehatan Pencegahan Dan Pengendalian Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) sebagaimana tersebut

Dalam salah satu adegan dalam film “Malam Minggu Kliwon”, penonton disajikan dengan shot yang menunjukkan akan ada ancaman di belakang tokoh utama, namun dengan

Ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara setiap dimensi beban tugas dengan kepilasan kerja Berdasarkan dapatan kaj

Selanjutnya, Pupuh Fathurrohman dan AA Suryana menjelaskan bahwa tujuan manajemen mutu terpadu adalah memberikan kepuasan terhadap kebutuhan pelanggan seefisien

Selain melalui gigitan virus juga dapat menular melalui air liur yang terkena kulit yang luka, melalui saluran pernafasan yang terluka dan terkena air liur yang mengandung

Prinsip perpindahan panas lanjutan, spektrum radiasi, penurunan faktor bentuk pada berbagai

Ada tiga jenis pola asuh pola asuh yang dilakukan orang tua terhadap anaknya (Melly latifah, 2008) yaitu: 1). Pola asuh authoritarian, 2). Pola asuh authorativer, 3). Pola