• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahasa arab di n9

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bahasa arab di n9"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

278

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB: SATU TINJAUAN LITERATUR DI NEGERI SEMBILAN

Al-Muslim Mustapa1 Prof. Madya Dr. Zamri Arifin2

[email protected] 1

Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam UKM 2

Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM

PENGENALAN

Bahasa Arab dianggap sebagai salah satu bahasa tertua dunia. Ia dikelompokkan dalam bahasa-bahasa sematik. Pada hari ini, ia adalah salah satu bahasa dunia. Penutur bahasa Arab dianggarkan melebihi 422 juta di seluruh dunia. Populasi penutur bahasa ini, perkembangannya dan peredaran masa telah meletakkan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia. Malaysia juga telah mengorak langkah memperkenalkan mata pelajaran bahasa Arab di semua peringkat pendidikan termasuk di peringkat pengajian tinggi. Ia telah dijadikan salah satu subjek elektif universiti di samping sebagai subjek wajib di beberapa fakulti. Namun, usaha ini tampak pincang bila melihat pencapaian dan penguasaan pelajar dalam bahasa ini. Ia sudah menjadi rahsia umum bahawa penguasaan bahasa Arab di kalangan mahasiswa amat mendukacitakan. Kesalahan dan kesilapan berbahasa masih berleluasa.

Secara umum, permasalahan bahasa Arab dapat dikategorikan kepada tiga; 1. Masalah berkaitan pendidikan

2. Masalah dalaman bahasa Arab

3. Masalah berkaitan masyarakat penutur bahasa Arab (Nik Rahimi el al. 1999)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan beberapa objektif dengan pengenalan bahasa Arab dalam sistem pendidikan negara. Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah ialah untuk membolehkan murid:

1) Mendengar, memahami dan membicarakan tentang siaran-siaran dalam bahasa Arab. 2) Bertutur dengan fasih dan lancar dalam situasi-situasi tertentu.

Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012PKEBAR’

(2)

279 3) Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan.

4) Menulis dalam pelbagai tema dan bentuk penulisan serta memahami kandungannya.

5) Menguasai kemahiran menulis dalam tiga bentuk kaligrafi Arab ( Khat ); Naskh, Ruq’ah dan Thuluth mengikut kaedah yang betul.

6) Menghafal dan memperdengarkan asas pola morfologi dan mahfuzat terpilih berbentuk puisi, kata-kata hikmah dan perumpamaan.

7) Menguasai asas tatabahasa Arab serta mampu mengaplikasikannya.

8) Menguasai sekurang-kurangnya 1500 kosa kata Arab serta mampu menggunakannya dengan tepat (Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab, 2012).

Di sebalik 8 objektif yang ditetapkan oleh KPM, Ishak Rejab (1992) merumuskan bahawa pembelajaran bahasa Arab di Malaysia tidak mencapai objektifnya. Ramai lulusan sekolah menengah berada dalam tahap yang lemah dalam pelbagai aspek bahasa seperti tatabahasa, sebutan huruf dan tidak mampu menulis ayat dengan betul

BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Sejarah bahasa Arab di Malaysia bermula dengan kedatangan agama Islam di rantau ini.Penduduk Tanah Melayu mula mengenal huruf dan bunyi Arab dalam beberapa amalan agama yang berkait rapat dengan bahasa Arab. Namun bahasa Arab pada waktu itu belum dipelajari secara khusus kerana tumpuan lebih kepada pengajaran al-Quran dan Fardhu Ain (Khoo Kay Kim, 1980; Mohd Salleh, 1992). Walaupun begitu, bahasa Arab diajar secara tidak langsung melalui pengajian agama yang menggunakan kitab yang ditulis dengan bahasa Arab (Ishak, 1992). Pengajian rasmi bahasa Arab di Malaysia boleh dikatakan bermula dengan kemunculan sekolah-sekolah pondok pada abad ke-18(Abdullah Jusuh,1989).Pada peringkat awal, pengajian lebih tertumpu kepada pengajian sintaksis dan morfologi sebagai prasyarat kepada pengajian ilmu-ilmu Islam yang dipelajari selepas itu (Rosni Samah,2009).

Pada 1977 Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi dibentuk selaras dengan pengambilan 11 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Negeri dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Guru-guru mula diberi latihan dan kursus di dalam dan luar negara termasuk Sudan dan Arab Saudi. Buku teks pula dari masa ke semasa diperkemas dengan bantuan pakar-pakar bahasa Arab dari ISESCO (Rosni Samah,2009).

(3)

sekolah-280

sekolah aliran Arab bahkan sebagai mata pelajaran wajib di Sekolah Berasrama Penuh Dan Institusi Pengajian Tinggi (Jassem Ali,1999)

Pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab dihangatkan lagi dengan penubuhan jabatan bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan yang terawal menubuhkan Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, kemudian Jabatan Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kemudian Jabatan Bahasa Arab Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Seterusnya Universiti Putra Malaysia dengan Unit Bahasa Arab dan pada tahun 2005 Universiti Sains Islam Malaysia menubuhkan Program Bahasa Arab dan Komunikasi di Fakulti Pengajian Bahasa Umum. Yang terakhir ialah penubuhan yang sama di UNISZA.

Walau bagaimanapun di sebalik kerancakan pertumbuhan P&P bahasa Arab di Malaysia, kedapatan beberapa kepincangan yang turut diakui oleh pihak berwajib. Antaranya Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (1994) telah menggariskan beberapa masalah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah agama atau aliran agama Malaysia antaranya;

1. Tasawur terhadap kewujudan dan kepentingan bahasa Arab belum jelas sepenuhnya. 2. Belum ada usaha bersepadu yang beragenda oleh mana-mana pihak untuk menarik

keluar bahasa Arab daripada tempat persembunyiannya.

3. Masyarakat Islam Malaysia belum memberi iltizam intelektual dan saintifik terhadap bahasa al-Quran.

4. Pelajar-pelajar boleh berubah jika guru dan pentadbir berubah.

BAHASA ARAB DI NEGERI SEMBILAN

A. Guru

(4)

281

penyampaian guru 3.36 dengan sisihan piawai 0.37651. Ini bermakna amalan guru belum mencapai tahap baik dan ini perlu ditingkatkan lagi. Lebih membimbangkan lagi, tahap penilaian guru terhadap pelajar didapati rendah dengan min 2.57 dan sisihan piawai 0.74711. Hal ini memerlukan perhatian serius kerana penilaian guru yang baik adalah faktor utama peningkatan pencapaian bahasa Arab.

Kajian yang sama juga mendapati bahawa amalan guru Bahasa Arab Komunikasi tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (0.043). Ini menuntut guru bahasa Arab mengubah amalan kepada yang lebih efektif kerana proses P&P akan lebih berkesan jika menepati tatacaranya. Kajian oleh Jefridin Pilus (2002) mengenai pendekatan komunikatif dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu mendapati;

1. Kefahaman konsep komunikatif.

i. Kefahaman guru Bahasa Arab Komunikasi berada pada tahap sederhana (min 2.7). ii. Guru bahasa mempunyai kefahaman negatif terhadap konsep autentik dalam P&P dan

konsep aktiviti berunsurkan jurang maklumat.

iii. Majoriti mempunyai kefahaman positif terhadap konsep P&P berpusatkan pelajar, pembelajaran bahasa untuk tujuan komunikasi, pengajaran bahasa menekankan makna dan peranan guru dalam pendekatan komunikatif.

2. Pendedahan pengetahuan pengajaran bahasa berasaskan pendekatan komunikatif. i. Pendedahan pengetahuan di kalangan guru pada tahap sederhana (min 2.18).

ii. Sumber utama pengetahuan adalah perbincangan dengan rakan yang pernah menghadiri kursus berkaitan.

iii. Rata-rata tidak mendapat pendedahan semasa latihan perguruan dan kursus dalam perkhidmatan.

iv. Tiada kursus dalam berkenaan pendekatan komunikatif dalam P&P.

3. Pelaksanaan pendekatan komunikatif.

i. Pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam P&P pada tahap sederhana (min 2.87).

4. Kesimpulan masalah penggunaan pendekatan komunikatif dalam P&P SMAP Labu.

(5)

282

ii. Kekurangan modul pengajaran Bahasa Arab Komunikasi berasaskan pendekatan komunikatif

iii. Halangan oleh pengajaran berorientasikan peperiksaan, terlalu bergantung kepada buku teks dan pengajaran secara tradisional.

5. Kesimpulan cadangan mengatasi masalah penggunaan pendekatan komunikatif

i. Majoriti guru mencadangkan penganjuran kursus mengenai pendekatan komunikatif ii. Para guru mencadangkan penyediaan modul pengajaran bahasa Arab berasaskan

pendekatan komunikatif

iii. Pengajaran secara berpasangan (Peer Teaching) dan kumpulan pelajar yang lebih kecil bagi mengatasi bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas.

Samat Buang (1995) menyatakan bahawa guru yang tidak memahami tentang sesuatu pendekatan pengajaran akan menyebabkan proses P&P menjadi tidak menarik dan objektif pengajaran yang ditentukan sukar dicapai.

B. Pelajar

Keberkesanan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran diukur dengan sejauh mana pencapaian pelajar terbabit. Ini kerana mereka adalah sasaran sebuah P&P. Keberkesanannya terletak kepada perubahan positif pelajar terhadap sesebuah subjek yang dipelajari.

Mohd Shah Ujang (2006) dalam kajian terhadap terhadap minat, motivasi dan sikap pelajar tingkatan empat di SMKA Sheikh Haji Mohd Said Seremban dan SMKA Pedasterhadap ilmu nahu merumuskan;

1. Tahap minat pelajar dua SMKA ini ialah (3.55) iaitu berada pada tahap sederhana. Dapatan ini selari dengan Azlina Ahmad (1998) yang menyatakan pelajar KAA tidak berminat dengan bahasa Arab.

2. Min skor motivasi pelajar berada pada tahap sederhana (3.48)

3. Dapatan kajian berkenaan sikap menunjukkan para pelajar juga berada pada tahap sederhana (3.55).

4. Tiada perbezaan signifikan antara minat pelajar dengan jantina atau aliran akademik terhadap ilmu nahu.

(6)

283

6. Tiada perbezaan signifikan antara sikap pelajar dengan jantina atau aliran akademik terhadap ilmu nahu.

7. Terdapat perbezaan signifikan antara minat pelajar dengan motivasi dan sikap terhadap ilmu nahu.

8. Terdapat perbezaan signifikan antara sikap pelajar dengan motivasi terhadap ilmu nahu.

RUMUSAN

(7)

284 RUJUKAN

Abdullah Jusuh. 1989. Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: DBP

Ashinida Aladin. 1998. Kekeliruan antara al-Idafat dan al-Na`at di kalangan pelajar Melayu. Tesis M.A. Lembah Pantai: Universiti Malaya

Azlina Ahmad. 1998. Pengajaran Bahasa Arab Di Kelas-Kelas Aliran Agama (KAA) Sekolah Menengah Kebangsaan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Darling-Hammond, L., & Youngs, P. (2002). Defining “Highly Qualified Teachers”: What

Does “Scientifically-Based Research” Actually Tell Us? Educational Researcher,

31(9), 13-25. doi:10.3102/0013189X031009013.

Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tingkatan 1.2012. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ishak Rejab. 1992. Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia, Dlm Ismail Ab. Rahman (Pnyt) Pendidikan Islam Di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.

Jassem, Ali Jassem. 1999. An Error Analysis Of The Verb Phrase: A Case Study Of The Writing Of Fourth Year Literary Stream Students At Kuala Lumpur Religious Secondry School. Tesis Phd. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Jefridin Pilus. 2002. Penggunaan Pendekatan Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi: Satu Kajian Di SMAP Labu. Projek Penyelidikan Pendidikan. Bangi: UKM

Khoo Kay Kim. 1980. Perkembangan Pelajaran Agama Islam. Dlm. Awang Had Salleh (pnyt.). Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah, hlm. 1-36. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Misnan Jemali.1999. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Menengah Rendah Di Negeri Perak. Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Azidan Abdul Jabar. 2000. Penilaian Pelajar Menengah Terhadap Penggunaan ABM Dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab.Dewan Bahasa, Jun 2000 Jilid 44 Bil. 6. Kuala Lumpur: DBP.

Mohd Salleh Lebar. 1992. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan Di Malaysia.Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Nurin Interprise.

Mohd Sufian Daud.2005. Hubungan Amalan Guru Bahasa Arab Dengan Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi Di SMKA Dan KAA Di Daerah Kuala Pilah Dan Tampin, Negeri Sembilan. Projek Penyelidikan. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

(8)

285

Nik Mohd Rahimi, Kamarulzaman Abdul Ghani & Al-Khusyairi Muwafak Abdullah Ahmad. 1999. Kaedah Pengajaran Bahasa Asing. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Mohd Rahimi, Kamarulzaman Abdul Ghani & Zawawi Ismail. 2006. Tahap Kemahiran Kefahaman Mendengar Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri. Jurnal Teknologi, 45 (E) Dis. Hlm. 83-98. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM

Samat Buang. 1995. Teknik Sumbang Saran Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia, Dlm Pelita Bahasa. 7 (3) : 23-25

Smith, E., & Gorard, S. (2007). Improving teacher quality: lessons from America’s No Child Left Behind.Cambridge Journal of Education, 37(2), 191-206. doi:10.1080/ 03057640701372426

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan tabel diatas, kenaikan laju infiltrasi terbesar terjadi pada minggu ke-2 sebesar 6,40 mm/menit. Penurunan laju infiltrasi terjadi pada minggu ke-3 sebesar

Tahap penelitian diawali dengan sterilisasi benih di dalam desikator selama 2 × 24 jam. Prosedur sterilisasi yaitu dengan menaruh selapis benih kedelai dari

Karya tulis ini membahas tentang inovasi betuk dan fungsi sendok sebagai alat makan, dengan perubahan bentuknya sendok inovasi kami ini diharapkan dapat

Dengan nama Allah (aku

Dengan cara membagi jumlah pendapatan yang tersedia untuk pemegang saham biasa dengan jumlah lembar saham biasa yang beredar maka akan diketahui jumlah lembar pendapatan

[r]

Sehingga dengan tidak sesuainya pembebanan Hak Tanggungan dalam akad pembiayaan pada bank syariah dengan Pasal 1 ayat (1) juncto Pasal 10 ayat (1) Undang – Undang

Berdasarkan analisis dan pembahasan, kesimpulan yang didapat adalah nilai rata- rata tundaan, panjang antrian dan konsumsi bahan bakar minyak pada masing- masing