• Tidak ada hasil yang ditemukan

The Influence of anti Hadith Group (GAH) Thinking on the Muslim Ummah: A Special Study in the Klang Valley Pengaruh Pemikiran Golongan anti Hadith (GAH) Kepada Umat Islam: Kajian Khusus di Lembah Klang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "The Influence of anti Hadith Group (GAH) Thinking on the Muslim Ummah: A Special Study in the Klang Valley Pengaruh Pemikiran Golongan anti Hadith (GAH) Kepada Umat Islam: Kajian Khusus di Lembah Klang"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

AL-BAYAN –JOURNAL O F QURʾAN AND

HADITH STUDIES 12 (2014) 76-88

brill.com/jqhs

The Influence of anti Hadith Group (GAH)

Thinking on the Muslim Ummah: A Special Study

in the Klang Valley

Pengaruh Pemikiran Golongan anti Hadith (GAH)

Kepada Umat Islam: Kajian Khusus di Lembah

Klang

Mohd Alikhsan bin Ghazali

Merupakan pensyarah kanan di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia

Siti Salwa bt Md. Sawari

Merupakan pelajar doktor falsafah di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

The action of proscribing GAH failed to stop the activism of this group. The supports from all sectors and the freedom of speech are being used to influence the Muslim Ummah. Critical and rational minds are potentially weapons to influence the people by GAH. With that, the purpose of the study is to explore the influence of GAH thinking on the Muslim Ummah and way to combating it. A total of 800 Malay Muslims living in the Klang Valley were chosen as respondents in the study selected using simple random sampling technique. Questionnaires were used in the collection of data for the study: Demographic Background, Islamic Religiosity of the Muslim Ummah, the Influence of GAH on the Thinking of the Muslim Ummah and Suggestions. All the instruments used in the collection of data developed by the researcher were referred to and validated by a panel of experts. The Cronbach Alpha reliability level of the questionnaire is high (>0.8). Data were analyzed descriptively and inferentially using mean, percentage and standard deviation. Overall, the finding of the study showed the influence of the GAH thinking on the Muslim Ummah was at a low level. Finally, this study outlined some ideas and suggestions to overcome the problems caused by GAH.

(2)

GAH THINKING ON THE M U S L I M UMMAH 77

Keywords

Hadis – Anti Hadis Group – Muslim Thinking – Akidah and Shariah

1. Pengenalan

Isu antihadis adalah isu yang penting demi menjaga kesucian Islam. Ini kerana golongan yang menolak hadis sebagai rujukan umat Islam boleh membawa kepada kerosakan pengangan agama, seterusnya membahayakan akidah mereka.1 Perbahasan tentangnya yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak atau individu wajar ditolak memandangkan perkara ini berkait terus dengan akidah umat Islam. Tambahan pula, GAH giat berusaha menyebarkan faha- man mereka dan sekiranya umat Islam sendiri tidak peka dengannya, maka semakin ramailah di kalangan mereka yang akan terpengaruh.

GAH telah lama wujud di Malaysia, dan kewujudannya telah lama difat- wakan haram oleh Majlis Fatwa Negara dan negeri-negeri di Malaysia.2 Namun begitu, melalui bantuan musuh-musuh Islam seperti orientalis dan sokongan beberapa kerat golongan elit Muslim, gerakan ini masih terus tersebar di Malaysia. Pemikiran mereka semakin menular dan bertapak dalam masyara- kat hasil daripada hak kebebasan bersuara dan memberi pendapat. Pelbagai sumber media telah dimanfaatkan semata-mata untuk memastikan mesej mereka sampai kepada masyarakat. Umat Islam yang jahil dan leka mudah terpengaruh dengan ajaran mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini dike- tengahkan untuk mengenal pasti sejauh mana keaktifan mereka dan kesannya terhadap masyarakat. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk:

i. Mengenal pasti kesan pengaruh GAH terhadap akidah umah Islam di Lembah Klang.

ii. Mengenal pasti kesan pengaruh GAH terhadap shariah umah Islam di Lembah Klang.

iii. Mengkaji perkara-perkara yang wajar dilaksanakan bagi membendung GAH.

1 Awang Suhaili Bin Haji Mohiddin, Al-Bathiniyah dan pengaruhnya di Negara Brunei Dar-us-salam. Seminar Kebatinan Serantau, September 2000: 25.

2 Abdul Karim Ali, “Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman Karya-Karya Anti Hadith di Malaysia: Satu Penilaian”. Al-Bayan Journal 6 (2008): 1.

(3)

78 BIN GHAZALI AND M D . SAWARI

Kajian ini penting untuk menjaga kesucian ajaran Islam daripada tercalar den- gan pemikiran-pemikiran karut yang tiada asas. Menyedarkan umat Islam bahawa pemikiran-pemikiran kelolaan anti hadith tersebar di media-media massa. Membantu pihak berkuasa agama dengan memberitahu tahap penga- ruh GAH kepada masyarakat, faktor-faktor yang membuat mereka terpenga- ruh dan jalan-jalan penyelesaian kemelut ini. Dunia akademik pula akan terselamat daripada fakta-fakta yang salah ciptaan GAH.

2. Skop dan Metodologi

2.1 Persampelan

Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak mudah yang sasarannya adalah masyarakat Melayu Islam yang tinggal di Lembah Klang. Golongan ini merupakan golongan profesional dan bukan profesional yang bekerja di sek- tor-sektor awam dan swasta. Kajian tertumpu kepada masyarat umat Islam di Lembah Klang kerana kepadatan penduduknya. Kepadatan penduduk telah menjadikan Lembah Klang sebagai tempat berhimpun segala jenis kebaikan, keburukan, pemikiran dan pengamalan. Umat Islam yang telah menetap sekian lama di Lembah Kelang atau yang berhijrah dari negeri-negeri lain mempunyai latar belakang agama yang berbeza. Ada di antara mereka yang mempunyai asas agama yang kuat, ada yang sederhana dan ada yang lemah. Tambahan pula kajian ini difokuskan kepada mereka agar diketahui sejauh mana mereka terpengaruh dengan ajaran golongan yang menolak hadis.

Oleh kerana kajian ini hanya mengunakan sampel penduduk yang berada di Lembah Klang maka hasil kajian ini hanya boleh di bataskan kepada ling- kungan penduduk yang berada di sekitar kawasan tersebut sahaja. Generalisasi artikel ini tidak boleh diperluasakan hingga kepada seluruh Ummah Muslim yang berada di seluruh Malaysia, mahupun diseantera dunia. Kajian selanjut- nya amatlah perlu untuk mengunakan sampel yang lebih besar agar gener- lisasi dapat dilakukan.

2.2 Instrumen Kajian

Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden berdasarkan kepada objektif kajian. Soal selidik ini terdiri daripada lima bahagian: Bahagian A: Latar Belakang Demografi, Bahagian B Penghayatan Keagamaan Umat Islam, Bahagian C: Pandangan Semesta Umat Islam Tentang GAH, Bahagian D: Pengaruh Pemikiran GAH Kepada umat Islam dan E: Cadangan-cadangan.

(4)

GAH THINKING ON THE MUSLIM UMMAH 79

Jadual 1 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Instrumen Bil. Item Nilai alpha Cronbach

Pengaruh Pemikiran GAH Kepada Umat Islam 23 0.837

2.3 Analisis Data

Penganalisaan data yang dibuat oleh penulis adalah melalui analisis berkom- puter menggunakan Statistical Package for Social Science Versi 15. Sebelum penganalisaan dibuat, semua item-item soalan yang berbentuk negatif dikod- kan semula (recode) agar memberi gambaran sebenar arah dan magnitiud skor jawapan responden bagi item-item yang penyataannya negatif.

Penganalisaan data kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; anali- sis secara deskriptif dan analisis inferensi. Kedua-dua analisis ini adalah bertu- juan untuk menjawab soalan-soalan kajian, menguji hipotesis-hipotesis penyelidikan dan seterusnya mencapai objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan.

3. Hasil Analisis

Penganalisaan data difokuskan kepada analisis terhadap pengaruh pemikiran GAH ke atas umat Islam di Malaysia

3.1 Pengaruh Pemikiran Golongan Antihadis terhadap umat Islam di Malaysia

Pemikiran antihadis bukanlah bersumberkan al-Qurʾan, sunah dan sumber- sumber syariat Islam yang lain. Pemikiran antihadis dan sekutu-sekutunya kalau diukur dan dikategorikan, ia paling baik pun berada pada kedudukan yang ketiga daripada empat3 aliran besar pemikiran Islam. Empat aliran terse- but ialah pertama aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata, kedua ali- ran yang bersumberkan wahyu dan akal, di mana wahyu sebagai asas dan akal sebagai pembantu, ketiga aliran yang bersumberkan akal sebagai asas dan

3 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, (Universiti Sains Malaysia, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2005), 95-99.

(5)

80 BIN GHAZALI AND M D . SAWARI

wahyu sebagai penyokong, keempat aliran yang bersumberkan akal semata- mata. Maka GAH boleh dikategorikan dalam aliran yang melebihkan akal dari- pada wahyu. Dalam banyak perkara mereka sebenarnya berada pada kedudukan yang keempat iaitu aliran yang menggunakan akal semata-mata dan tidak menghiraukan nas.

Pemikiran antihadis walaupun ia bermula daripada luar iaitu datang dari- pada orientalis4 yang secara jelas menjadi musuh Islam, ia telah berkembang biak dalam kepompong Islam. Pemikiran ini telah menjadi duri dalam daging yang telah merobek kesucian Islam dan bila-bila masa sahaja ia boleh meng- hancurkan syariat Islam.

Pengaruh GAH kepada umat Islam dapat dilihat menerusi kewujudan pemikiran-pemikiran mereka dalam benak umat Islam. Umat Islam di Lembah Klang yang mempunyai latar belakang yang berbeza kadang kala tidak menyedari bahawa sesetengah pegangan pemikiran mereka itu adalah pemikiran GAH.

Kajian ini mendapati pengaruh pemikiran GAH kepada umat Islam secara keseluruhannya berada pada tahap pengaruh yang rendah (min = 1.22, sp = 0.423) yang diwakili oleh 78.9% responden. Situasi ini berlaku pada kedua- dua kategori iaitu akidah dan syariat. Pengaruh GAH yang sederhana rendah, sederhana tinggi dan tinggi hanya didapati pada sejumlah yang sedikit di kalangan umat Islam di Lembah Klang iaitu kira-kira 21.1%. Kajian ini juga mendapati pengaruh GAH dalam akidah adalah lebih tinggi daripada penga- ruh GAH dalam syariat.

i . Akidah

Pengaruh GAH dalam akidah adalah pengaruh yang berkaitan dengan keper- cayaan dan pegangan yang dalam kajian ini meliputi; asas-asas Islam, keis- timewaan para nabi dan perkara-perkara ghaib. Pengaruh pemikiran GAH kepada umat Islam dalam akidah secara keseluruhannya berada pada tahap terpengaruh yang rendah (min = 1.30, sp = 0.486) yang diwakili oleh 71.6% responden. Pengaruh GAH yang sederhana rendah melibatkan kira-kira 27.3% responden. Manakala pengaruh yang sederhana tinggi dan tinggi hanya didapati pada sebilangan kecil responden (1.1%). Adalah didapati satu isu sahaja yang mempunyai tahap pengaruh yang sederhana rendah iaitu isu nabi hanya mempunyai satu mukjizat sahaja itu Al-Qurʾan. Manakala, isu-isu yang lain berada pada tahap pengaruh yang rendah.

Kejayaan GAH mempengaruhi akidah umat Islam terbukti apabila didapati terdapat segelintir daripada responden yang tidak memperakui bahawa

4 Daniel Zainal Abidin, Minda Muslim Super, (Selangor. PTS Millennia, 2008), 159.

(6)

GAH THINKING ON THE MUSLIM UMMAH 81

seorang bukan Islam yang ingin memeluk Islam mesti mengucap dua kalimah syahadat. Menurut GAH, syahadat bukanlah penentu keislaman seseorang. Syahadat bagi mereka bukanlah perkara yang dirukunkan dengan hujah ia tidak disebut di dalam Al-Qurʾan. Bagi mereka, untuk menjadi seorang Islam haruslah menerima petunjuk daripada Allah iaitu apa yang disuratkan-Nya dalam Al-Qurʾan. Kajian ini mendapati kira-kira 21.1% tidak berani memper- akui bahawa hadis adalah sumber hukum Islam. GAH menolak hadis sebagai sumber hukum dengan berpandangan hadis bukanlah hujah sehingga boleh dijadikan sumber hukum dan sebagainya seperti Al-Qurʾan. Terdapat banyak hadis-hadis (menurut mereka) yang bercanggah dengan Al-Qurʾan. Penemuan pengkaji ini berlainan dengan penemuan Deden Suparman,5 beliau telah menemukan kesemua responden (100%) mengakui bahawa hadis adalah undang-undang dan hujah dalam Islam. Perbezaan dapatan ini boleh jadi dise- babkan oleh keterhadan jumlah responden beliau yang berjumlah 100 orang berbanding dengan jumlah responden pengkaji iaitu 800 orang. Penemuan pengkaji ini dikuatkan lagi dengan sebuah e-mail yang dihantar oleh seorang pemuda kepada pengendali laman web e-bacaan. Asalnya pemuda ini seorang yang bersetuju dengan hadis Nabi S.A.W. kemudian beliau berpegang pula bahawa rujukan umat Islam hanyalah Al-Qurʾan.

Kajian ini mendapati sedikit sahaja daripada responden tidak memperakui bahawa qadak dan qadar adalah rukun iman. Menurut pandangan GAH, rukun iman yang sebenar ialah lima perkara iaitu; beriman kepada Allah, beriman kepada rasul, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab, dan beriman kepada hari kiamat. Beriman kepada qadak dan qadar adalah tambahan yang tidak pernah dinyatakan oleh Allah. GAH juga berpemikiran para nabi adalah manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Sehubungan dengan itu, didapati sedikit daripada responden tidak memperakui kemak- suman para nabi. Menurut pemikiran GAH, jika para nabi itu maksum, mereka bukan lagi manusia, bolehkah mereka menjadi teladan kepada manusia? Terdapat sedikit daripada responden yang tidak berani memperakui bahawa Nabi S.A.W. boleh memberi syafaat di hari akhirat. Menurut GAH, pada hari Kiamat, semua manusia sama di hadapan Tuhan. Tiada siapa yang boleh menolong orang lain, dan Nabi Muhammad tidak mempunyai syafaat pada hari itu, seperti yang didakwa dalam hadis. Kajian juga mendapati kurang separuh daripada responden yang tidak memperakui bahawa Nabi S.A.W. mempunyai mukjizat selain daripada Al-Qurʾan. GAH berpendapat,

5 Deden Suparman., “Anti Hadis Dan engkar sunnah: suatu kajian perbandingan antara Malaysia dan Indonesia”. (Tesis Sarjana Usuluddin, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2003).

(7)

82 BIN GHAZALI AND M D . SAWARI

mukjizat-mukjizat lain seperti bulan terbelah adalah satu pembohongan, seki- ranya kejadian ini betul-betul berlaku, nescaya ia turut disaksikan oleh orang lain di serata dunia.

Bertunjangkan akal semata-mata, GAH telah menolak beberapa perkara ghaib. Penolakan maklumat ghaib ini telah mula meresap ke dalam pemikiran umat Islam. Melalui kajian ini, didapati sedikit daripada responden tidak berani memperakui kemunculan Imam Mahdi satu masa kelak. Segelintir dari- pada mereka pula tidak mengakui bahawa Dajjal akan muncul satu ketika nanti. GAH tidak percaya dengan kedatangan Imam Mahdi dan Dajjal di akhir zaman kerana ketiadaan kenyataan tersebut dalam Al-Qurʾan. Bagi mereka, kewujudan fakta berkenaan dengan kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal dalam hadis-hadis Nabi tidak boleh mengatasi Al-Qurʾan. Berhubung dengan kewujudan azab kubur pula didapati segelintir daripada mereka tidak mem- perakuinya. Iktikad GAH ialah azab kubur adalah sesuatu yang dongeng dan ciptaan palsu ulama terdahulu. Bagi mereka, Allah tidak akan menghukum manusia sebelum dibicarakan di Padang Mahsyar. Mati ibarat tidur dan jangka waktu antara mati dengan hari pembalasan bagi mereka (yang sudah mati) adalah terlalu cepat. Kajian juga mendapati sedikit daripada responden tidak mengakui kemunculan Nabi Isa a.s. di akhir zaman. Nabi Isa bagi GAH telah wafat dan mereka mempertikaikan kenyataan hadis yang menjelaskan bahawa Nabi Isa akan turun semula ke bumi dan membunuh Dajjal.

ii. Syariat

Pengaruh GAH dalam syariat adalah pengaruh yang berkaitan dengan penga- malan dan hukum-hakam dan dalam kajian ini difokuskan kepada; ibadat, syariat Islam dan hukum. Pengaruh pemikiran GAH kepada umat Islam dalam syariat secara keseluruhannya juga berada pada tahap pengaruh yang rendah (min = 1.23, sp=0.446) yang diwakili oleh 77.5% responden. Pengaruh GAH yang sederhana rendah berlaku pada kira-kira 21.8% responden. Manakala pengaruh yang sederhana tinggi dan tinggi hanya didapati pada sebilangan kecil responden iaitu 0.6% dan 0.1%. Kajian ini mendapati dua isu sahaja yang mempunyai tahap pengaruh yang sederhana rendah iaitu isu berkhatan tidak disyariatkan dan isu ulama tidak semestinya orang yang pakar dalam agama. Manakala, isu-isu yang lain berada pada tahap pengaruh yang rendah.

Kejayaan GAH mempengaruhi umat Islam dalam perkara syariat disokong lagi apabila didapati tidak kesemua responden bersetuju dengan pensyariatan solat lima waktu sehari semalam. Terdapat sebilangan kecil (0.9%) daripada responden tidak memperakuinya. Bagi GAH atau sebahagian daripada mer- eka, sembahyang yang disyariatkan ialah tiga sahaja iaitu; Maghrib, Isyak dan Fajar. Menurut mereka juga, cara solat dalam Al-Qurʾan adalah senang serta

(8)

GAH THINKING ON THE MUSLIM UMMAH 83

mudah diubah menurut keadaan dan keikhlasan diri. Umpamanya bilangan rakaat. Ia tidak disebut sama sekali dalam Al-Qurʾan, dan dengan ini ia mem- beri peluang kepada umat untuk menunjukkan keikhlasan dalam melakukan solat mereka, sama ada untuk memanjangkan atau memendekkannya.6 Menurut Kassim Ahmad:7

Sesetengah anggota kita masih tidak jelas tentang perkara ini. Harus kita faham bahawa salat itu berasal dari Nabi Ibrahim (Al-Qurʾan, 2:127-28), bukan dari Nabi Muhammad, seperti yang didakwa dalam hadis. Salat diturunkan generasi demi generasi dari Nabi Ibrahim hingga ke Nabi Muhammad dan seterusnya hingga datang kepada kita sekarang. Oleh yang demikian, salat itu sudah menjadi satu cara sembahyang yang khu- sus bagi orang Islam. Cara yang kita terima turun-temurun ini boleh dipakai dengan syarat cara itu tidak bercanggah dengan ajaran Al-Qurʾan. Umpamanya, waktu, wuduk, berpakaian elok, berdiri mengadap qiblat, bacaan dengan suara sederhana, tidak menyeru selain Allah, rukuk dan sujud itu disebut dalam Al-Qurʾan. Yang lain yang tidak disebut, seperti apa yang patut dibaca dan rakaat, dan dengan demikian boleh kita laku- kan mengikut kelaziman atau mengikut kesesuaian.

GAH juga menolak beberapa amalan sunat. Pemikiran GAH ini telah meresap ke dalam fikiran umat Islam. Menerusi kajian ini, didapati segelintir daripada responden tidak memperakui kelebihan amalan pada malam laylah al-qadr. Bagi GAH, penantian malam tersebut adalah sia-sia kerana malam laylah al- qadr berlaku sekali sahaja iaitu pada malam diturunkan al-Qurʾan. Berhubung dengan amalan selawat ke atas nabi pula didapati segelintir daripada mereka juga tidak memperakui kesunatannya. Berselawat ke atas nabi dianggap mendewakannya dan ini adalah dilarang. Manakala pemakaian jubah, serban dan janggut pula didapati sedikit daripada mereka tidak berani memperakui bahawa amalan tersebut adalah sunah nabi S.A.W. Menurut GAH, amalan ini adalah amalan orang Arab yang tiada kaitan dengan Islam, cuma kebetulan Nabi S.A.W. itu orang Arab lalu baginda memakai pakaian tersebut.

Menerusi kajian ini, didapati terdapat kurang daripada 30% daripada responden tidak berani membuat pengakuan bahawa ajaran-ajaran Islam yang ada sekarang merupakan wahyu daripada Allah dan ajaran RasulNya. Malah segelintir daripada mereka pula bersetuju bahawa kebanyakan amalan

6 Mohd Nizam Abd Kadir, “Masih Mahu Menolak Hadis?” Majalah Solusi. 2012, 97.

7 Kassim Ahmad, Ucapan Pembukaan dan Laporan Pengerusi Kepada Perjumpaan Tahun JAM ke-5, Jun 2000 http://www.stormloader.com/qsmjam/agama/jam18.html.

(9)

84 BIN GHAZALI AND M D . SAWARI

tersebut adalah ciptaan para ulama dan bersetuju agar ajaran-ajaran Islam yang sedia ada dinilai semula. Menurut GAH, penilaian semula harus dibuat agar bertepatan dengan zaman dan menyenangkan semua pihak. Kewujudan pengaruh GAH pada segelintir umat Islam disemarakkan lagi apabila didapati segelintir responden tidak boleh memperakukan bahawa pembacaan Al-Qurʾan mestilah dalam bahasa Arab. Mereka bersetuju bahawa Al-Qurʾan semestinya di baca dalam bahasa Melayu dan bukan dalam bahasa Arab. GAH menuduh kemunduran umat Islam sekarang ialah kerana membaca Al-Qurʾan dalam bahasa Arab. Menurut mereka, pembacaan Al-Qurʾan dalam bahasa Arab menyebabkan pembacanya yang berbangsa Melayu dan tidak tahu bahasa Arab tidak akan memahami kandungan Al-Qurʾan. Sekiranya, mereka tidak memahami Al-Qurʾan, bagaimana mereka boleh melaksanakan perintah Allah dalam Al-Qurʾan.

Kajian juga mendapati kurang daripada 30% daripada responden tidak berani mengutarakan bahawa sesiapa yang menolak hadis bermakna ia juga menolak Al-Qurʾan. Malah segelintir daripada mereka mengatakan menolak hadis tidak bermakna seseorang itu turut menolak Al-Qurʾan. GAH berpan- dangan, menolak hadis/sunah sebagai sumber teologi dan perundangan sama sekali tidak bermakna merendahkan nabi atau tidak menghormatinya. Malah penolakan ini ialah untuk membersihkan nabi daripada ajaran palsu yang telah dikaitkan kepada beliau. Menurut mereka lagi, Al-Qurʾan sebuah kitab yang lengkap, sempurna dan terperinci dan tidak memerlukan kitab-kitab lain untuk menyempurnakan dan melengkapkannya. Kajian Deden8 pula mendapati kesemua responden bersetuju bahawa mereka yang menolak hadis bererti turut menolak Al-Qurʾan dan Nabi S.A.W. Berhubung dengan takrif ulama didapati sedikit daripada responden bersetuju bahawa ulama ialah orang yang mahir dalam sesuatu bidang yang tidak semestinya dalam bidang keagamaan. Menurut GAH, ulama, dalam bahasa Tuhan, bermakna orang yang berilmu, terpelajar, atau pakar dalam sesuatu bidang, sementara sarjana- sarjana atau doktor-doktor agama tidak termasuk dalam golongan ini.

Sebagaimana yang diketahui sebelum ini, GAH turut menolak beberapa hukum yang telah lama disepakati oleh para ulama Islam. Penolakan terhadap beberapa hukum ini turut tersebar ke dalam pemikiran umat Islam. Kajian ini mengukuhkan lagi teori tersebut. Melalui kajian ini, didapati kurang separuh daripada responden tidak berani mengakui kesunatan amalan berkhatan.

8 Deden Suparman. “Anti Hadis Dan engkar sunnah: suatu kajian perbandingan antara Malaysia dan Indonesia”. (Tesis Sarjana Usuluddin, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2003).

(10)

GAH THINKING ON THE MUSLIM UMMAH 85

Segelintir daripada mereka pula mengatakan bahawa amalan tersebut tidak disunatkan. Bagi GAH, amalan berkhatan sama ada untuk lelaki atau perem- puan adalah tidak disyariatkan. Mereka berhujah sedemikian kerana tiada nas dalam Al-Qurʾan yang mewajibkan perkara ini. Dalam e-mail yang dihantar oleh seorang lelaki kepada pengendali laman web e-bacaan, beliau menyatakan keraguannya terhadap hukum berkhatan dan mempersoalkan kenapa umat Islam mesti mengikuti amalan orang Yahudi itu.

Dalam permasalahan hukuman rejam bagi penzina yang sudah kahwin pula didapati segelintir (kurang daripada 10%) daripada responden tidak men- gakuinya dan tidak mempersetujui pelaksanaan hukuman tersebut. GAH ber- pendapat, hukuman terhadap pasangan penzina, sama ada telah berkahwin atau tidak ialah seratus rotan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al-Qurʾan. Hadis Nabi S.A.W. telah membezakan antara dua penzina; penzina yang telah berkahwin dihukum rejam dan penzina yang belum berkahwin disebat seratus sebatan. Perbezaan ini tidak pernah pun dinyatakan oleh Al-Qurʾan dan hadis tidak boleh mengatasinya. Hadis yang bercanggah dengan Al-Qurʾan ini dikira hadis palsu.

Kajian juga mendapati sedikit daripada responden tidak mengakui bahawa amalan murtad wajar dihalang dan mereka tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. GAH menolak pelaksanaan hukuman bunuh bagi kesalahan murtad kerana hukuman tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Qurʾan. Sebaliknya nas Al-Qurʾan (menurut mereka) mengharuskan manusia memilih agama masing- masing tanpa boleh dipaksa mereka memeluk sesuatu agama termasuk Islam. Bagi mereka kebebasan beragama adalah mutlak dan tiada dikenakan huku- man di dunia ini.

Berhubung dengan aurat wanita pula, kajian ini mendapati segelintir dari- pada responden mengakui bahawa rambut wanita tidak termasuk dalam aurat. Kajian ini turut mendapati sedikit daripada mereka mengakui bahawa mereka tidak menjaga aurat mereka. Walaupun kebanyakan responden ber- setuju berhubung dengan kewajipan menjaga aurat, namun demikian didapati hanya 83.7% daripada mereka yang menutup aurat. Berbanding dengan golon- gan lelaki, golongan wanita merupakan golongan yang paling ramai tidak menjaga aurat. Mengikut pandangan GAH, wanita muslim boleh memakai apa sahaja pakaian walaupun mendedahkan anggota-anggota berkenaan dengan syarat ia hendaklah bersopan dan tidak menyalahi adat serta budaya masyara- kat setempat. Aurat menurut mereka ialah menutup bahagian sulit yang apa- bila kita dedahkan menjadi sumbang kepada masyarakat. Kewujudan fahaman yang songsang seperti GAH sekurang-kurangnya telah mengelirukan segelintir umat Islam. Mereka asalnya berpegang bahawa rambut wanita termasuk

(11)

86 BIN GHAZALI AND M D . SAWARI

dalam aurat tetapi kini mula mempertikaikan kesahihannya. Dalam hal ini, Abdullah Nasih Ulwan9 menjelaskan bahawa gejala pendedahan aurat yang berleluasa melalui pelbagai fesyen pakaian yang menjolok mata merupakan antara fitnah yang mengancam usaha mendidik akhlak yang mulia di kalangan remaja.

iii. Cara Membendung

Kajian ini telah membuktikan bahawa tahap pengaruh pemikiran GAH kepada umat Islam secara amnya ialah rendah. Walaubagaimanapun, ia telah mem- buktikan bahawa GAH telah berjaya mempengaruhi pemikiran sebahagian kecil masyarakat Islam di Lembah Klang. Ini lebih berbahaya lagi apabila mer- eka telah menyebabkan berlakunya salah faham dari sudut pemahaman ten- tang soal akidah yang mana secara langsung telah merosakkan tauhid masyarakat Islam. Maka dengan itu tindakan sewajarnya haruslah di ambil bagi membendung isu GAH ini dari akar umbi lagi. Pelbagai tindakan boleh dilaksanakan bagi membasmi kewujudan GAH di Malaysia. Antara cara yang boleh dilakasanakan adalah dengan memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat mengenai Islam dan penjelasan mengenai kepesongan GAH. Perkara ini boleh menjadi tanda aras dan petunjuk kepada masyarakat apabila berhadapan dengan GAH di kemudian hari. Program-program seperti cera- mah-ceramah, forum dan seminar amatlah perlu untuk memberi penjelasan kepada masyarakat tentang bahayanya GAH.

Selain daripada itu, media massa juga boleh dimanfaatkan semaksima mungkin untuk membasmi isu GAH daripada tersebar luas. Penyekatan pener- bitan artikel-artikel berkaitan GAH perlu di laksanakan, dan pernyebaran mak- lumat mengenai bahaya GAH perlu diperbanyakan di dada-dada akhbar dan majalah. Penggunaan internet juga boleh digunakan bagi memperkuatkan lagi usaha membanteras pengaruh GAH dari kalangan orang awam terutamanya masyarakat muda.

Maka dengan itu semua pihak perlulah berganding bahu bagi melaksanakan kegiatan pembanterasan GAH di Malaysia. Perkara ini perlu ditekankan kerana apabila diteliti secara mendalam, semua pengaruh GAH di kalangan masyarakat di Lembah Klang adalah berkait rapat dengan isu kefahaman dan tahap penguasaan ilmu mereka mengenai konsep asas-asas Islam, keistimewaan para nabi, perkara-perkara ghaib, isu hukum-hakam dan Ibadah. Semua perkara ini dapat dielakkan dengan mudah jika masyarakat

9 Abdullah Nasih Ulwan. “Pendidikan anak-anak dalam Islam. Terjemahan.( Singapura: Pustaka Nasional: 1988).

(12)

GAH THINKING ON THE MUSLIM UMMAH 87

mempunyai pemahaman yang jelas tentang Islam. Pemikiran GAH tidak akan mudah menyelinap masuk di dalam benak pemikiran umat Islam melalui apa cara sekali pun jika pemahaman mereka tentang Islam telah mantap dan mampan.

4. Rumusan Kajian

Rumusan hasil dan penemuan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Kajian ini telah membuktikan bahawa GAH telah berjaya mempengaruhi akidah sebilangan kecil masyarakat Islam yang tinggal di kawasan Lembah Klang. Antara perkara-perkara akidah yang telah dipesongkan adalah berkaitan dengan asas-asas Islam, keistimewaan para nabi dan perkara-perkara ghaib.

ii. GAH didapati telah menyebabkan tercetusnya salah faham dari kalangan masyarakat dari segi konsep qadak dan qadar, sehinggakan mereka men- gatakan ia merupakan sebahagian daripada rukun iman.

iii. Hasil kajian ini membuktikan GAH telah menyebabkan berlakunya salah faham dari sudut pengamalan hukum-hakam, ibadat, dan syariat Islam dalam kalangan masyarakat Islam di Lembah Klang.

iv. Di dalam kajian ini juga, di dapati GAH telah menyebabkan sebahagian kecil masyarakat menolak beberapa hukum yang telah lama disepakati oleh para ulama Islam.

v. Secara keseluruhannya, kajian ini telah dapat memberi gambaran awal tentang kewujudan, keaktifan dan perkembangan GAH. Sejak awal kewu- judannya, gerakan ini telah berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam untuk menjadi pendokong dan penyokong mereka atau paling kurang bersimpati dengan mereka.

5. Kesimpulan

Kajian ini juga menunjukkan GAH masih aktif dan telah berjaya mempenga- ruhi segelintir pemikiran umat Islam di Lembah Klang. Pengaruh GAH kepada umat Islam yang berada pada tahap yang sederhana rendah merupakan isu yang besar yang tidak boleh dipandang remeh. Tahap pengaruh pemikiran GAH kepada umat Islam secara amnya ialah rendah sama ada dalam akidah mahupun syariat. Pengaruh GAH dalam akidah adalah lebih tinggi daripada

(13)

88 BIN GHAZALI AND M D . SAWARI

pengaruh GAH dalam syariat. GAH telah mempertikaikan asas-asas Islam, keistimewaan para nabi, perkara-perkara ghaib, ibadat, syariat dan hukum Islam. Isu yang paling ketara sekali ialah isu penakrifan ulama dan mukjizat Nabi S.A.W. Langkah-langkah pencegahan mesti diatur segera oleh semua pihak untuk menangani isu ini sebelum terlambat.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam penelitian ini, dilakukan pengujian atas benda uji-benda uji yang telah dibuat dengan mempergunakan alat uji kuat tekan (Compression Testing Machine) untuk

Bentuk-bentuk dari alam dan fenomenanya yang menginspirasi munculnya ide untuk memvisualkannya dengan improvisasi bentuk dengan mengeksplorasi berbagai teknik dan bahan

tangga kecil pada tegangan rendah dengan daya 900 (sembilan ratus) VA-RTM (R-1/TR), perlu mengubah beberapa ketentuan dalam Peraturan Menteri Energi dan Sumber Daya

hasil uji chi square menunjukkan bahwa variabel perilaku konsumen berpengaruh terhadap preferensi (prioritas) penghuni dengan indikator yang berpengaruh adalah

[r]

Pada kejadian hujan yang singkat dan kecil di atas lahan bertajuk lebat (hutan), sebagian besar hujan tertahan oleh intersepsi, sehingga infiltrasi kumulatif untuk sangat

Penelitian ini merupakan suatu studi retrospektif cross-sectional analytic untuk melihat hubungan eosinofil dan neutrofil darah tepi terhadap derajat keparahan

pengaruh learning organization, kualifikasi pendidikan, dan pengalaman kerja terhadap peningkatan kinerja karyawan di Balai Penelitian dan Pengembangan Sumber Daya