• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 5 - Analisis dan Interpretasi Data

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bab 5 - Analisis dan Interpretasi Data"

Copied!
59
0
0

Teks penuh

(1)

BAB V

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

5.1 PENGENALAN

Analisis data dalam Bab 5 dibahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan jenis data yang dikumpul. Bahagian pertama bab ini membentangkan analisis dan interpretasi data sumber cetak. Data primer sumber cetak dianalisis berdasarkan kepada enam sektor seperti yang ditetapkan dalam Bab 2. Sektor tersebut adalah sektor maklumat teknikal dan saintifik, sektor perpustakaan, sektor ICT, sektor sosial, sektor kerajaan, sektor ekonomi dan sektor pendidikan. Data primer sumber temu bual pula dianalisis berdasarkan kepada enam sektor utama polisi maklumat yang berkaitan dengan Malaysia cadangan pengkaji lampau dan responden iaitu NITC, NITA, MSC dan MDec, SKMM, Maklumat Kerajaan dan Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat. Interpretasi data temu bual dibentang dalam bahagian kedua bab ini. Susunan sedemikian ini dilakukan kerana temu bual dijalankan bukan bertujuan memeriksa semula isu berdasarkan sektor yang dicadangkan dalam Bab 2 tetapi untuk mengetahui isu yang berada dalam pemikiran responden hasil pengalaman mereka yang terlibat secara langsung dengan penggubalan dan pelaksanaan polisi maklumat di Malaysia.

5.2 ANALISIS DAN INTERPRETASI KANDUNGAN DOKUMEN

(2)

Creswell (2009) iaitu mengemukakan analisis penemuan dalam bentuk ringkasan diikuti dengan refleksi dan kritik penyelidik bagi setiap bahagian sektor. Ringkasan temuan dibuat terhadap dokumen primer dari tahun 1959 sehingga pertengahan tahun 2011. Bagi tujuan refleksi dan kritik, perbandingan dilakukan antara sumber primer dan sumber sekunder. Konflik antara data sumber primer turut dikemukakan. Pendekatan ini diadaptasi dari Trauth (2001) dan Krippendorff (2004). Dokumen yang dianalisis juga tidak terhad dari segi tahun penerbitan. Pendekatan seperti ini dijangka dapat mengenal pasti sebarang perubahan atau corak yang berlaku.

5.2.1 Maklumat Teknikal dan Saintifik

Malaysia sedar tentang kepentingan maklumat teknikal dan saintifik terhadap pembangunan negara. Kesedaran ini ditunjukkan pada awal tahun 1970-an dengan menyedia peruntukan bagi membeli peralatan arkib. Alatan ini diguna bagi menyiasat dan menyimpan maklumat geografi dan galian dalam negara (Dewan Rakyat Malaysia Malaysia 1975). Tumpuan kerajaan terhadap maklumat berkembang dari maklumat yang berbentuk struktur kepada maklumat yang mempunyai kepentingan ekonomi. Sebagai contoh Majlis Galakan Pasaran Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mendapat dan menghebahkan maklumat saintifik mengenai khasiat minyak sawit melalui persidangan, program suaikenal, pameran serta iklan (Dewan Rakyat Malaysia 1989a). Maklumat saintifik berkaitan perikanan juga turut diakui penting dan mula diguna oleh kerajaan bagi mempertingkat hasil tangkapan ikan terutama perikanan laut dalam (Dewan Rakyat Malaysia 2010a). Selain itu, maklumat saintifik turut diguna bagi tujuan kesedaran dan kesihatan seperti maklumat tentang penyakit AIDS. Maklumat ini penting terutama kepada kakitangan perubatan dan kesihatan yang terlibat dalam pengurusan pesakit AIDS. Maklumat saintifik mengenai perkembangan terkini berkaitan dengan pengurusan pesakit AIDS juga diedar dari semasa ke semasa (Dewan Negara Malaysia 1990).

(3)

langkah. Antaranya menyedia sistem maklumat bagi mengawasi dan menyelaras aktiviti dan menyedia pangkalan data R&D peringkat kebangsaan. Program menyedia sistem maklumat dimulakan kerajaan sejak Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) dengan penubuhan Pusat Maklumat Saintifik dan Teknologi Malaysia (Malaysian Scientific and Technological Information Centre - MASTIC) pada tahun 1992. Melalui MASTIC, Kementerian dapat berhubung dengan berbagai agensi dalam dan luar negeri bagi tujuan mendapat maklumat berkaitan bidang sains dan teknologi (Dewan Rakyat Malaysia 2008a). Dalam pada itu, kerajaan turut menyedia maklumat melalui portal mosti.my. MOSTI dengan kerjasama agensi di bawahnya dan juga sektor swasta turut mengambil inisiatif untuk menubuh innovation exchange yang berfungsi sebagai pihak yang mempertemukan inventor dengan industri. Selain itu kerajaan turut meningkatkan pemindahan dan perolehan teknologi dan pengkomersialan dengan meningkatkan rangka kerja harta intelek (IP). Satu dasar pengkomersialan Harta Intelek (IP) bagi R&D yang dibiayai oleh dana kerajaan juga turut digubal (Dewan Rakyat Malaysia 2008a).

(4)

iaitu satu peratus daripada nilai tahunan mesti diperuntuk bagi tujuan R&D (Dewan Negara Malaysia 2007a; Dewan Rakyat Malaysia 2009a).

Refleksi dan Kritik

Kerajaan Malaysia sedar tentang kepentingan maklumat teknikal dan saintifik kepada kemajuan negara. Kesedaran ini ditunjuk melalui pengubalan Dasar Sains dan Teknologi Negara 1986. Kerajaan turut menubuh Pusat Maklumat Saintifik dan Teknologi Malaysia (MASTIC) pada tahun 1992 bagi tujuan menyelanggaran maklumat teknikal dan saintifik dari dalam dan luar negara. Bagi tujuan menyelaras dan menyatu aktiviti R&D, kerajaan menubuh Majlis Pendidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Beberapa dana turut disedia bagi tujuan pembiyaan, pengkomersialan R&D dan inovasi iaitu Dana Sains, Dana Pembangunan Teknologi dan Skim Dana Inovasi. Selain dasar, kerajaan turut mengaplikasi beberapa maklumat teknikal dan saintifik seperti maklumat berkaitan AIDS dan minyak sawit sama ada bagi tujuan sosial atau pun ekonomi.

Walaupun pelbagai program dan dana diwujudkan oleh kerajaan, analisis dokumen primer tidak mengambarkan maklumat teknikal dan saintifik sebagai maklumat penting yang perlu disedia oleh kerajaan. Carian dengan mengguna kata kunci ‘maklumat teknikal dan saintifik’ dari tahun 2005 hingga 2011 tidak menemui sebarang Penyata Rasmi Dewan Rakyat Malaysia dan Dewan Negara Malaysia yang berkaitan. Sementara, carian mengguna ‘maklumat saintifik’ menemui dua dokumen. Hal ini membuktikan Ahli Parlimen yang berperanan menyuara kehendak dan aspirasi rakyat, tidak menunjukkan adanya desakan dari rakyat terhadap penyediaan maklumat teknikal dan saintifik. Dalam ertikata lain, rakyat didapati tidak mengambil peduli sama ada maklumat teknikal dan saintifik disedia oleh kerajaan atau tidak. Begitu juga dengan kumpulan dari kalangan pakar teknikal dan saintifik. Tidak ada sebarang bukti dikesan yang menunjukkan kumpulan ini mendesak agar maklumat teknikal dan saintifik disediakan oleh kerajaan.

(5)

saintifik di Malaysia juga didapati tidak dikaitkan dengan sektor lain terutama sosial dan perpustakaan. Selain itu, polisi berkaitan maklumat teknikal dan saintifik tidak menunjukkan perluasannya kepada sektor lain seperti sains sosial. Hal ini berbeza seperti yang dibincang dalam Bab 2. Polisi maklumat bermula dengan matlamat menyebar, berkongsi dan menyedia maklumat teknikal dan saintifik khususnya dalam kalangan ahli sains seterusnya berkembang ke bidang sains sosial Lamberton (1974).

Mengenai isu berkaitan maklumat teknikal dan saintifik, umumnya Malaysia menangani isu seperti yang dikemukakan oleh Ruenwai (2007). Isu seperti infrastruktur ICT bersepadu, perolehan sumber elektronik, penambahbaikan perkhidmatan, komunikasi dengan pengguna dan maklum balas, pendidikan pengguna, pembiyaan R&D saintifik dan penggunaan sumber yang berkesan turut ditangani di Malaysia. Namun beberapa isu lain seperti transaksi perpustakaan elektronik dan perkongsian pengetahuan tidak dinyata dengan jelas dalam perbahasan berkaitan maklumat teknikal dan saintifik.

5.2.2 Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat

Bahagian ini membincang perkembangan dan situasi semasa perpustakaan dan perkhidmatan maklumat di Malaysia. Perkaitan dan peranan yang dimainkan oleh perpustakaan dan perkhidmatan maklumat dalam polisi maklumat turut dikemukakan.

(6)

imbuhan pekerja (Dewan Rakyat Malaysia 2008a; Dewan Rakyat Malaysia 2010a). Dalam Rancangan Malaysia keempat (RMK4), aspek infrastrukur terus diambil perhatian serius. Pada tahun 1971 hingga 1980, perpustakaan negeri ditubuh di setiap negeri, manakala 61 cawangan dibuka di bandar kecil. Unit perpustakaan bergerak untuk kawasan luar bandar turut beroperasi. Sebanyak RM29.5 juta diperuntuk sepanjang RMK4 bagi membangun Perpustakaan Negara, menambah bilangan cawangan perpustakaan daerah dan perpustakaan bergerak. Seperti tahun 60-an hingga 70-an, sekitar tahun 1980-an, isu berkaitan perpustakaan masih berkisar tentang kekurangan kemudahan perpustakaan dan buku (Dewan Rakyat Malaysia 1984a), masalah peruntukan (Dewan Rakyat Malaysia 1984b) dan kekurangan perpustakaan di sekolah dan di kawasan luar bandar (Dewan Rakyat Malaysia 1984c).

(7)

Dalam RMK6 juga, Perpustakaan Negara bekerjasama dengan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) menubuh rangkaian infrastruktur maklumat bagi Perpustakaan Negara melalui projek Jaringan Ilmu. Melalui projek ini, Perpustakaan Negara dirangkai dengan beberapa perpustakaan jabatan Kerajaan tertentu dan perpustakaan institusi pengajian tinggi awam (Dewan Rakyat Malaysia 2009b). Walaupun kerajaan mula menaik taraf infrastuktur, namun kerajaan turut disaran agar membina bangunan perpustakaan desa yang khusus agar tidak menumpang dibangunan seperti komplek penghulu dan sebagainya (Dewan Rakyat Malaysia 2008a) dan menambah bilangan perpustakaan desa khususnya di Sarawak (Dewan Rakyat Malaysia 2008k).

(8)

perpustakaan di luar bandar dilengkapi kemudahan talian tetap, telefon awam berbayar dan Internet melalui program Tabung USP yang disumbang oleh pihak industri. Dalam RMK9 kerajaan merancang untuk menyedia bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta menaik taraf dan memaksimum sumber perpustakaan sekolah dan awam. Namun tidak dinyatakan dengan jelas apakah perancangan kerajaan berkaitan dengan perpustakaan dan perkhidmatan maklumat serta jumlah peruntukan untuk sektor ini.

(9)

12,000 judul buku diterbit dalam setahun di Malaysia (Dewan Rakyat Malaysia 2008c).

(10)

Refleksi dan Kritik

Peranan perpustakaan dan perkhidmatan maklumat dalam mengubal dan menyelia polisi maklumat diperakui oleh pengkaji lampau. Gill (2001) dan Kargbo (2007) contohnya, menegaskan disamping menjadi penyedia maklumat, perpustakaan mestilah menjadi pembangun dan memain peranan penting dalam polisi maklumat kebangsaan. Hal ini berbeza dengan penemuan kajian ini yang mendapati tidak wujud perkaitan dan peranan perpustakaan dengan polisi maklumat di Malaysia disebut pada sebarang bahagian dalam polisi berkaitan maklumat dan perpustakaan sama ada dalam Akta 80, Akta 331, Akta A667 dan Dasar Negara Bagi Perpustakaan Dan Perkhidmatan Maklumat. Kajian juga mendapati Penyata Rasmi Parlimen dan Dewan Negara Malaysia tidak mengemukakan persoalan tentang kepentingan perpustakaan sebagai peneraju polisi maklumat. Malah tidak ada saranan atau gesaan dari Ahli Parlimen dan Dewan Rakyat Malaysia agar perpustakaan dilantik menjadi ahli kepada Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) iaitu sebuah badan koordinasi tertinggi berkaitan maklumat di Malaysia. Hal ini bermakna, profesional bidang maklumat tidak terlibat dalam menyedia cadangan polisi maklumat dan kajian yang berkaitan polisi maklumat. Hal ini dipercayai akibat dari kekurangan pengaruh dan kuasa profesional maklumat.

Dalam model polisi maklumat, isu yang dikaitkan dengan perpustakaan adalah tekanan kepada pendemokrasian capaian maklumat, usaha galakan minat membaca dan menghargai buku, galakan menghasil dan menerbit buku (Bustamante 2007). Malaysia tidak ketinggalan dari sudut kempen membaca bagi tujuan membudaya ilmu dalam kalangan anggota masyarakat. Walaupun galakan membaca dilaksana menerusi kempen membaca, namun galakan melalui pemberian insentif kepada penulis dan penerbit buku tidak dibuat secara serius. Insentif hanya diberi kepada pihak yang menyedia kemudahan perpustakaan sama ada pada peringkat awam, sekolah mahupun universiti melalui potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (Dewan Rakyat Malaysia 2005a).

(11)

berlegar sekitar penyediaan keperluan infrastruktur maklumat. Justeru, bagi membudaya maklumat di Malaysia, satu polisi yang dipanggil Ubiquitous library (U-Library) diwujud di Malaysia pada tahun 2010 (Anon 2010).

5.2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dibincang secara serius oleh kerajaan mulai awal tahun 1980-an. Satu bab khusus diperuntuk bagi menjelas mengenai teknologi maklumat dalam RMK7. Ini adalah kali pertama teknologi maklumat diberi fokus secara serius dalam enam buah rancangan sepanjang lima tahun dan enam kali kajian separuh penggal dalam tempoh tiga dekad (Dewan Rakyat Malaysia 1996a). Bagi menjadikan ICT sebagai agenda kebangsaan, beberapa insiatif dikemukakan oleh kerajaan antaranya ialah gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjadi asas pembangunan industri dan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia (Dewan Negara Malaysia 2004). Sementara itu, bagi menggubal dasar dan menentu arah tuju sektor ICT negara, kerajaan membentuk Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) iaitu satu badan peringkat kebangsaan yang dianggotai oleh agensi yang berkaitan maklumat, wakil swasta dan masyarakat awam (Dewan Negara Malaysia 2006a). Kesungguhan kerajaan dalam bidang ICT dapat dibuktikan dengan peruntukan besar sebanyak RM46.3 juta kepada Bahagian Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi memasti maklumat berkualiti dapat hasil bagi membantu perkembangan polisi sains dan teknologi di Malaysia (Dewan Rakyat Malaysia 2008d).

(12)

(Dewan Rakyat Malaysia 2005a) bagi memenuhi keperluan melindungi infrastruktur kritikal daripada ancaman dan serangan siber (Dewan Rakyat Malaysia 1998a).

Selain MIMOS, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) melaksana dua inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat ICT Asia iaitu Program Dana Prapertumbuhan Usahawan Tekno dan Pusat Panggilan Pelanggan MSC Malaysia. Program Dana Prapertumbuhan Usahawan Tekno diwujudkan dalam RMK9 dengan dana sebanyak RM80 juta bagi membiayai 400 projek berkait ICT (Dewan Negara Malaysia 2007c). Bagi tujuan R&D antara skim yang ditawar kerajaan adalah Skim Geran R&D MSC. Sebanyak 56 syarikat tempatan berstatus MSC diberi bantuan, 18 buah daripadanya adalah syarikat bumiputera yang menerima geran berjumlah RM36 juta (Dewan Negara 2004). Melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memperkukuh bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (RDC) dengan memberi penekanan kepada keusahawanan yang berorientasi pasaran bagi menghasil output bernilai komersial tinggi. Antara bidang keutamaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) adalah ICT dengan menyedia dana seperti dana penyelidikan, dana pra pengkomersialan serta mempertingkat kolaborasi antara institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dengan pihak industri (Dewan Negara Malaysia 2010b).

(13)

Walaupun terdapat beberapa agensi yang sedia menjalankan kegiatan berkaitan ICT seperti MIMOS dan MDeC, kajian perlu terus dijalan bagi menetapkan bidang yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan apabila hendak memulakan aktiviti ICT pada peringkat kebangsaan (William Miller dlm. Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004). Bagi tujuan tersebut, kerajaan mengenal pasti tujuh bidang utama yang perlu dikuasai iaitu perkomputeran berkuasa tinggi, perisian, storan data, simulasi komputer dan pemodelan, mikro elektronik, pengesan dan pemprosesan isyarat serta pengimejan dan paparan berdefinisi tinggi (Dewan Rakyat Malaysia 2001c). Sementara itu, Dewan Rakyat Malaysia (1997d) turut mencadang empat komponen yang boleh dikaitkan dengan infrastruktur maklumat kebangsaan iaitu, rangkaian telekomunikasi, alat kelengkapan maklumat seperti sistem komputer, televisyen, mesin faksimili, dan telefon, perisian, perkhidmatan maklumat serta pangkalan data dan tenaga pakar.

(14)

Bagi melengkapi infrastruktur telekomunikasi negara, syarikat swasta turut diberi lesen mengendali perkhidmatan selular dalam dan luar negeri seperti Celcom, dan MOBICOM. Lesen untuk memasang dan mengendali rangkaian optik fiber di seluruh negara diberi kepada syarikat Time Engineering. Satelit Komunikasi Malaysia, MEASAT pula dikendali oleh Syarikat Bina Riang yang melancarkannya pada tahun 1995. Syarikat Bina Riang turut diberi lesen untuk mengendali perkhidmatan selular, General System Mobile (GSM) (Dewan Negara Malaysia 1993). Kerajaan turut memperkenal program Time 3 pada tahun 2008 untuk memperluas liputan selular di seluruh negara termasuk kawasan pedalaman. Peluasan liputan selular awam ini melibatkan pembinaan 1,000 buah menara telekomunikasi di seluruh negara, di mana 127 buah menara telah beroperasi (Dewan Rakyat Malaysia 2010d). Kerajaan disaran untuk mencapai sasaran liputan selular sebanyak 97 peratus kawasan berpenduduk dapat dicapai pada akhir tahun 2010 (Dewan Rakyat Malaysia 2010e, Dewan Negara Malaysia 2010).

Selain infrastruktur pada peringkat kebangsaan, infrastruktur telekomunikasi dalam sektor awam turut dipertingkat agar kualiti perkhidmatan dapat diperbaiki (Dewan Rakyat Malaysia 1997e). Sebagai contoh, kerajaan menyedia infrastruktur telekomunikasi bersepadu di setiap jabatan dan agensi kerajaan melalui infrastruktur rangkaian telekomunikasi bersepadu kerajaan (Government Integrated Telecommunication Network – GITN) yang dilaksana pada tahun 1995 (Dewan Rakyat Malaysia 1997e; Dewan Negara Malaysia 2005). Kerajaan turut melaksana konsep perkhidmatan tanpa kertas melalui Electronic Data Interchange (EDI) membolehkan urusan perdagangan dijalankan secara dalam talian dan penyeragaman dalam sistem kewangan dalam badan berkanun melalui pelaksanaan pakej Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) (Dewan Rakyat Malaysia 1997e).

(15)

1996b; Dewan Rakyat Malaysia 2006b). Bagi tujuan tersebut, pelan jalur lebar Malaysia diperkenal pada akhir 2004 sebagai satu strategi meningkat infrastruktur jalur lebar. Inisiatif Jalur Lebar Nasional adalah satu strategi menyeluruh kerajaan yang dilaksana melalui dua kategori iaitu jalur lebar berkelajuan tinggi dan jalur lebar untuk orang awam (Dewan Negara Malaysia 2010a). Sehingga akhir tahun 2005, kadar penembusan jalur lebar isi rumah ialah sebanyak 8.5 peratus (Dewan Negara Malaysia 2006). Kadar penembusan meningkat kepada 12 peratus pada tahun 2007 dan dijangka mencapai sasaran 50 peratus pada tahun 2010 (Dewan Rakyat Malaysia 2007e; Dewan Negara Malaysia 2010a; Dewan Rakyat Malaysia 2010e, Dewan Negara Malaysia 2010c). Kerajaan mensasar 75% isi rumah mendapat liputan jalur lebar menjelang tahun 2015 (Malaysia 2011).

Antara inisiatif yang dilaksana oleh pihak industri dengan sokongan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ialah Initiative Easy to Own Broadband PC oleh penyedia perkhidmatan Internet. Strategi MY SMS 886 juga turut menumpu usaha bagi mempertingkat kadar pemilikan komputer dan langganan jalur lebar melalui kempen one home one Internet access dengan sasaran sebanyak 90% isi rumah mempunyai capaian kepada Internet pada tahun 2010. Pihak TIMEdotCom menyedia perkhidmatan 3G secara komersial di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru pada tahun 2007. Liputan perkhidmatan Streamyx oleh Telekom Malaysia diperluas ke seluruh Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan pedalaman. Perkhidmatan jalur lebar di Sabah dan Sarawak juga dijangka dapat diperluas dengan pelaksanaan teknologi jalur lebar tanpa wayar iaitu WiMax (Dewan Rakyat Malaysia 2007c).

(16)

membekal komputer untuk kakitangan. Sementara itu, kerajaan turut meningkat penggunaan teknologi maklumat dalam semua institusi kerajaan (Dewan Rakyat Malaysia 2001). Selain itu, dalam Bajet 2007, kerajaan mengumumkan tempoh layak menuntut galakan cukai bagi pembelian komputer dari lima tahun kepada setiap tiga tahun (Dewan Negara Malaysia 2006c).

Perkhidmatan telekomunikasi yang tidak memuaskan di kawasan pedalaman masih menjadi isu (Dewan Rakyat Malaysia 2000a). Kerajaan digesa untuk mencapai tahap celik komputer dalam kalangan semua rakyat dengan menyedia infrastruktur ICT yang meliputi semua kawasan (Dewan Rakyat Malaysia 1997f). Perkhidmatan telekomunikasi di luar bandar serta di Sabah dan Sarawak menjadi perbahasan ahli parlimen hingga ke tahun 2007 (Dewan Negara Malaysia 2001a; Dewan Rakyat Malaysia 2007c). Selain itu, kemudahan ICT yang belum memuaskan terutama isu perkongsian komputer oleh para pelajar turut menjadi perhatian kerajaan (Dewan Rakyat Malaysia 2010d). Berhubung dengan infrastruktur ICT, kerajaan digesa agar menyedia kemudahan elektrik apabila membekal kemudahan komputer di sekolah (Dewan Rakyat Malaysia 2008e) dan memperluas liputan MSC ke negeri lain seperti Sarawak (Dewan Rakyat Malaysia 1997d).

Walaupun infrastruktur asas ICT didapati berkembang baik dan menyeluruh, namun caj penggunaan Internet di Malaysia masih tinggi. Justeru, kerajaan diseru agar caj capaian kepada produk dan aplikasi multimedia diturun pada kadar yang berpatutan kepada semua rakyat (Dewan Negara Malaysia 1997). Hal ini dapat dilakukan dengan mengoptimum dana USP yang terkumpul melalui SKMM yang berjumlah RM1.6 bilion. Dana ini digesa agar diguna bagi menyedia perkhidmatan telefon dan Internet ke seluruh negara. Selain itu, sejumlah RM12 bilion peruntukkan untuk RMK9 bagi menyedia prasarana lain untuk sekolah, komuniti dan perpustakaan desa perlu dibelanja dengan sepenuhnya bagi menjamin perkhidmatan Internet dapat dinikmati secara menyeluruh dengan harga yang berpatutan (Dewan Rakyat Malaysia 2006b).

(17)

membimbing pembangunan IT dan mengawal selia pembangunan infrastruktur maklumat kebangsaan serta semua perkara yang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia (Dewan Rakyat Malaysia 1998a). Namun cadangan mewujud kementerian berkaitan maklumat tidak dapat dilaksana kerana kuasa untuk menubuh kementerian baharu atau memberi tugas kepada menteri adalah hak Perdana Menteri (Dewan Rakyat Malaysia 1998b).

(18)

strategi dan rancangan yang berpusat kepada rakyat dan bukan berpusat kepada projek atau berpusat kepada MSC (Dewan Rakyat Malaysia 1998b).

Promosi MSC perlu dilakukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Walaupun MSC dikenali pada peringkat tempatan dan sebahagian daripada negara luar, namun MSC perlu membawa jenamanya dan pengiktirafan pada peringkat global. Hal ini dapat dilaksana dengan mempertingkat hubungan dengan negara ASEAN, The Organisation of the Islamic Conference (OIC) dan Non-Aligned Movement (NAM). Bagi tujuan tersebut, MDeC membuka pejabat di Dalian, China dan Jeddah, Arab Saudi. Natijahnya, MSC diiktiraf dan dianugerahi beberapa kontrak antarabangsa seperti di Arab Saudi, Bahrain, Myanmar dan Iran (Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004). Selain itu matlamat strategik MSC perlu diperluaskan kepada beberapa bidang kritikal lain antaranya sistem penyampaian awam, pendidikan, kesihatan dan bioteknologi (Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004).

Refleksi dan Kritik

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai infrastruktur yang menyeluruh dan baik dalam kalangan negara Asia walaupun ketinggalan berbanding purata untuk seluruh dunia (Muhammad Abkari & Mokhtar 2006). Infrastruktur menyeluruh diakui sukar untuk dilaksana terutama di Sabah dan Sarawak. Selain kawasan yang luas, geografinya yang bergunung-ganang menyebabkan penyediaan infrastruktur ICT menjadi sukar. Namun begitu, dengan mengguna teknologi tanpa wayar kerajaan dapat menyedia kemudahan ICT di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak (Dewan Rakyat Malaysia 2000a). Kerajaan juga sedar tentang kepentingan menyedia jalur lebar kepada rakyat. Rancangan Jalur Lebar Kebangsaan diluluskan oleh kabinet Malaysia pada Oktober 2004. Rancangan ini mendapat input yang besar dengan pengenalan rancangan lima tahun Blueprint MyICMS (Malaysian Information, Communications and Multimedia Services) 886 (Rashidah 2007).

(19)

kalangan penggubal polisi negara iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Malaysia, didapati tidak mengaitkan isu infrastruktur dengan infostruktur. Hal ini menjadikan isu kandungan dan tekologi ICT ditangani secara berasingan dan menyebabkan infostruktur menjadi isu yang dikesampingkan. Infrastruktur adalah alatan dan keupayaan mengguna alatan adalah penting. Namun infostruktur menjadi isu yang besar kerana perlu dibangun dari dalam negara. Hal ini penting kerana kira-kira 75% dari jumlah maklumat berasal dari luar Malaysia (Ding 1998). Keadaan ini memberi ruang kepada musuh negara untuk menyerang Malaysia dari sudut ekonomi, sosio-politik dan kedaulatan negara. Masalah tersebut dijangka dapat dikurang dengan mempertingkat tahap profesionalisme dan kesedaran dalam kalangan kakitangan awam tentang kepentingan maklumat negara terhadap kedaulatan negara. Kakitangan awam perlu sedar bahawa tanpa pembangunan maklumat dari dalam negara, kandungan dari luar diimport dan hal ini membabit persoalan mengenai kesesuaiannya dengan nilai dan budaya kebangsaan dan agama. Sementara itu Saxby (2011), bertegas kejayaan ICT tidak hanya berkaitan dengan penyediaan infrastruktur tetapi sejauh mana pembangunan kandungan tempatan dapat selari dengan pengenalan ICT dalam negara. ICT juga didapati dibahas secara berasingan daripada sektor lain terutama perpustakaan dan perkhidmatan maklumat. Kerajaan disaran mewujud satu kementerian khas bagi mengurus dan mentadbir maklumat termasuk mencipta, mentadbir, menyebar, mengekal dan menghapus maklumat dalam negara dengan berkesan.

5.2.4 Sosial

(20)

masyarakat yang meletak ilmu sebagai tumpuan utama dan menganggap ilmu sebagai komponen penting bagi kehidupan peribadi serta pekerjaan (Dewan Rakyat Malaysia 1996b). Kerajaan Malaysia berusaha membangun masyarakat bermaklumat sebagai salah satu matlamat negara maju pada tahun 2020 (Dewan Rakyat Malaysia 1999a; Dewan Rakyat Malaysia 2007d). MSC pula menjadi simbol kepada visi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteras kepada masyarakat bermaklumat (Dewan Negara Malaysia 2008g).

Bagi membangun masyarakat bermaklumat kerajaan Malaysia menghadapi beberapa cabaran antaranya adalah membangun modal insan, keupayaan inovasi pembentukan budaya ilmu dalam kalangan rakyat (Dewan Rakyat Malaysia 2007e). Bagi menangani cabaran di atas, kerajaan melaksana beberapa dasar termasuk mensasarkan 60% dari masyarakat yang berusia 18 ke 25 tahun mempunyai kelayakan minimum sijil, diploma dan ijazah. Bagi mencapai sasaran tersebut, kerajaan menambah bilangan IPTA dan IPTS. Pada tahun 2008, Malaysia mempunyai 20 IPTA dan 468 IPTS yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat bermaklumat (Dewan Rakyat Malaysia 2008g). Bukan sekadar pendidikan formal, pendidikan sepanjang hayat juga diakui penting bagi tujuan membangun masyarakat bermaklumat (Dewan Rakyat Malaysia 2007f). Selain pendidikan, kerajaan turut mengubal akta bagi tujuan mengadakan peruntukan pemerolehan, pemeliharaan, pameran dan pemajuan karya seni visual di Malaysia dan perkara yang berkaitan dengannya melalui penubuhan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan Balai Seni Visual Negara (Dewan Rakyat Malaysia 2010g). Selain itu, aspek penguasaan kemahiran dan capaian teknologi maklumat juga penting kerana teknologi maklumat dan multimedia diakui menjadi alat strategik bagi membentuk masyarakat bermaklumat (Dewan Rakyat Malaysia 1999a; Dewan Negara Malaysia 2001b; Dewan Negara Malaysia 2006b).

(21)

orang ramai tentang keselamatan laman web serta aktiviti dalam ruang siber melalui penyediaan kerangka undang-undang dan peraturan yang kondusif (Dewan Negara Malaysia 2001c). Perlindungan kebersendirian menerusi perundangan perlindungan data adalah perlu bagi masyarakat maklumat kerana pengaliran data peribadi yang besar berlaku menerusi rangka telekomunikasi, contohnya kad kredit, pemprosesan transaksi dan maklumat kesihatan (Dewan Negara Malaysia 1998b).

Agenda IT Kebangsaan (NITA) dilancar sebagai satu kerangka pada peringkat kebangsaan bertujuan menyokong agenda kerajaan dalam membangun masyarakat bermaklumat di Malaysia (Dewan Rakyat Malaysia 2001e; Malaysia 2001a). Selain itu, langkah lain yang dilaksana oleh kerajaan adalah melaksana MSC dengan 7 aplikasi utama, penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC), bagi merangka NITA bagi membantu menyusun strategi pembangunan dan penggunaan teknologi maklumat, membangun E-Komuniti, mewujud persekitaran E-Dagang, mewujud banyak ISP bagi menggalak penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat, menggalak pembangunan industri gantungan tempatan, mengadakan undang-undang siber untuk melindungi pengguna dan industri seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Telemedicine 1997 dan penubuhan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Dewan Negara Malaysia 1998c).

(22)

Jurang digital adalah isu yang perlu ditangani oleh kerajaan kerana jurang digital boleh membantut usaha kerajaan membangun masyarakat bermaklumat. Isu jurang digital turut menjadi perbahasan dalam kalangan penggubal polisi dan kerajaan digesa mengambil langkah drastik dan berkesan bagi menangani jurang digital (Dewan Rakyat Malaysia 2003). Menurut laporan Unit Perancang Ekonomi (UPE), pada tahun 2006 negeri Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan tahap kemahiran yang tinggi berbanding negeri lain. Laporan UPE turut menunjukkan 90 peratus dari daerah luar bandar di Malaysia berada di bawah kadar purata capaian kepada Internet. Pada tahun 2006, capaian kepada Internet adalah sekitar 500,000 sedangkan sasaran kerajaan dalam tahun 2010 adalah dua juta capaian (Dewan Rakyat Malaysia 2006b).

(23)

Selain itu, kerajaan juga menyedia prasarana telekomunikasi ICT termasuk komputer serta Internet terutamanya di kawasan luar bandar melalui penubuhan pusat ICT seperti Internet Desa, Infodesa, pembekalan komputer di sekolah, pusat komuniti dan masjid (Dewan Negara Malaysia 2001c; Dewan Negara Malaysia 2010a) serta Pusat Internet 1Malaysia (Dewan Negara Malaysia 2010d). Inisiatif lain yang diperkenal adalah pelaksanaan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK), penubuhan Pusat Internet Rakyat (PIR), peluasan liputan selular awam melalui pembinaan 873 menara telekomunikasi baharu di seluruh negara termasuk 212 di Sabah dan 203 di Sarawak dan penyediaan RM1 bilion daripada dana pemberian perkhidmatan universal atau USP bagi pelaksanaan pengagihan satu juta komputer riba kepada golongan kurang berkemampuan (Dewan Rakyat Malaysia 2010d).

Refleksi dan Kritik

Analisis menunjukkan salah satu sebab pengenalan ICT kepada rakyat adalah bagi tujuan membentuk masyarakat bermaklumat. Istilah ‘masyarakat bermaklumat’ mulai diguna dalam perbahasan berkaitan dengan ICT dalam Dewan Rakyat Malaysia dan Dewan Negara. Bagi membangun masyarakat bermaklumat kerajaan perlu mengatasi beberapa halangan seperti kadar celik computer yang rendah. Menurut World Competitiveness Yearbook, IMD 2008-2009, Malaysia menduduki tempat ke-24 dari aspek kemahiran teknologi maklumat berbanding negara Sweden, Finland, Denmark, Singapore dan India (Malaysia Productivity Corporation - MPC 2009). Kedudukan pengguna Internet pula adalah pada kedudukan ke-49 berbanding negara Denmark, Iceland, Sweden, Finland, Republik Korea, United Kingdom dan Germany. Jurang digital menjadi isu utama di Malaysia, namun kerajaan didapati serius menangani isu jurang digital dengan melaksana beberapa program seperti Program Internet Desa, Infodesa dan menyedia komputer ke sekolah seluruh negara.

5.2.5 Maklumat Kerajaan

(24)
(25)

dengan kerajaan dengan mengguna nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal. Usaha memperbaiki perkhidmatan maklumat kerajaan dibuat melalui beberapa inisiatif di bawah MAMPU dan juga beberapa agensi yang lain (Dewan Rakyat Malaysia 2010f). Kerajaan juga menganggap televisyen sebagai medium penting bagi menyalur maklumat kerajaan (Dewan Negara Malaysia 2007d). Bagi tujuan tersebut, RTM bekerjasama dengan stesen penyiar ASTRO kerana mempunyai perkhidmatan satelit terus ke rumah. Kerjasama ini membolehkan penduduk khususnya di pedalaman negeri Sabah dan Sarawak menerima siaran TV1, TV2 dan siaran bebas lain ke udara tanpa perlu membayar yuran langganan bulanan. Pendekatan kerjasama ini diambil kerana pelaksanaan melalui kaedah konvensional melibatkan masa dan kos yang tinggi bagi menyedia kemudahan asas seperti menara pemancar dan talian komunikasi (Dewan Rakyat Malaysia 2010i).

(26)

Penyebaran maklumat kerajaan kepada orang awam adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetap di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan 1972. Arahan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Jemaah Menteri mengenai peraturan kawalan keselamatan perlindungan maklumat untuk semua agensi kerajaan adalah dikawal selia oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Ketua jabatan menerusi peraturan sedia ada bertanggungjawab mengurus penggredan dokumen kerajaan kepada dua kategori utama iaitu maklumat rahsia besar, rahsia, sulit dan terhad serta maklumat yang terbuka (Dewan Rakyat Malaysia 2005b). Kerajaan membenar capaian maklumat rahsia melalui pengkelasan semula terhadap sebarang maklumat rahsia rasmi tanpa had masa menurut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Dewan Rakyat Malaysia 1989b). Namun begitu, kerajaan didakwa gagal mengkelas semula maklumat kategori rahsia besar, rahsia, sulit dan terhad menyebabkan orang awam serta pihak swasta menghadapi kesukaran mencapai maklumat kerajaan khususnya bagi menjalankan urusniaga dan sebagainya. Justeru, sebahagian penggubal polisi mengesa kerajaan menggubal Akta Kebebasan Maklumat bagi membenarkan orang ramai mencapai maklumat kerajaan kecuali dalam kes khas seperti keselamatan negara atau kerahsiaan peribadi (Dewan Rakyat Malaysia 1989b; Dewan Rakyat Malaysia 2005b).

(27)

Kerajaan memandang serius berkaitan pengurusan e-mel dan laman web kerajaan dengan mengeluar pekeliling dan arahan mengenai pengurusan e-mel dan membuat pemantauan secara berkala. Namun maklumat dalam portal rasmi kerajaan didapati sering mendapat teguran dalam kalangan penggubal polisi dan penyelidik bidang maklumat. Walaupun kerajaan melaksana inisiatif yang baik seperti MSC, tetapi maklumat dalam sistem kerajaan tidak diurus dengan baik (Dewan Negara Malaysia 2000a). Antara masalah berkaitan pengurusan maklumat kerajaan adalah maklumat yang disedia dalam portal rasmi kerajaan bukan merupakan maklumat terkini, tidak memapar maklumat yang lengkap, engin carian yang tidak memapar maklumat yang dicari serta pautan yang tidak berkaitan (Dewan Rakyat Malaysia 1998a). Keadaan tersebut didakwa berpunca akibat daripada kurang pemahaman mengenai implikasi dan potensi Internet sebagai kemudahan capaian maklumat rasmi kerajaan oleh sebahagian kakitangan kerajaan. Sedangkan penerbitan elektronik adalah mudah dengan kos yang minimun. Jika hal ini dapat difahami, kerajaan boleh mempamerkan rang undang-undang yang sedang digubal oleh kerajaan bagi mendapat maklum balas dari rakyat (Dewan Rakyat Malaysia 1997b). Walaupun diakui undang-undang siber di Malaysia adalah komprehensif namun sewaktu pengubalan draf undang-undang siber pakej pertama, kandungan draf undang-undang tersebut tidak dipamerkan dalam Internet bagi tujuan mendapat maklumat balas dari masyarakat umum (Dewan Rakyat Malaysia 1997b). Penggunaan ICT seperti aplikasi kerajaan tanpa kertas seharusnya dapat mengurangi saiz pentadbiran awam dengan drastik namun perkara berlaku dengan sebaliknya penambahan mendadak daripada 21,000 orang pada tahun 2003 kepada 43,544 orang pada tahun 2010. Hal ini menimbul persoalan berkaitan keberkesanan dan menunjukkan percanggahan di antara dasar kerajaan dengan pelaksanaan dasar (Dewan Negara Malaysia 2010g).

Refleksi dan Kritik

(28)

menyedia keperluan maklumat kepada rakyat. Maklumat yang disedia dalam portal kerajaan bukanlah maklumat terkini, pautan kepada bukan maklumat yang sepatutnya dan maklumat tidak mencukupi adalah antara rungutan berkait maklumat kerajaan yang sering kedengaran. Keadaan ini menimbulkan persoalan adakah kerajaan tidak mengiktiraf maklumat sebagai sumber kepada negara? Kajian ini mendapati punca utama maklumat kerajaan tidak didapat dicapai dengan mudah di Malaysia bukan disebabkan oleh teknologi, tetapi komitmen dan kesungguhan kepimpinan politik dan birokrasi peringkat atasan untuk mengguna dengan sebaiknya kemudahan teknologi maklumat demi membekal perkhidmatan dan maklumat yang baik kepada rakyat Malaysia. Kakitangan awam perlu menyedari kepentingan berkongsi maklumat kepada rakyat kerana selain perlu penyediaan maklumat berguna kepada rakyat, juga hal ini dapat mengurangkan kos pentadbiran kerajaan. Selain itu, perkongsian maklumat turut memberi peluang kepada sektor swasta dan pengguna sektor ketiga menambah nilai kepada maklumat sedia ada (Saxby 2011). Dengan teknologi ICT, kerajaan sepatutnya tidak lagi berfungsi dengan tindakan dan polisi secara atas bawah dengan sektor awam bagi mencipta maklumat. Budaya perkongsian perlu diwujudkan bagi mencipta peluang membangun idea dan maklumat dalam semua lapisan masyarakat. Selain itu, mekanisme tradisional melalui lobi, proses konsultasi parlimen dan penggubalan polisi atas bawah yang berlaku di berbagai peringkat pembangunan polisi perlu dihapus.

5.2.6 Ekonomi

(29)

komoditi kepada ekonomi berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan (Dewan Negara Malaysia 1997g). Keupayaan inovasi turut diakui penting bagi membangun ekonomi berasaskan maklumat (Dewan Rakyat Malaysia 2007h, Malaysia 2011). Hal ini selari dengan saranan World Economic Forum (WEF) agar Malaysia beralih kepada ekonomi berasaskan maklumat yang didorong oleh inovasi (Dewan Rakyat Malaysia 2009b). Pada tahun 2009, sektor ICT menyumbang 9.8 peratus kepada KDNK (Malaysia 2011) dan menjadi salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang berpotensi menjana pendapatan tinggi kepada negara (Dewan Rakyat Malaysia 2007i; Dewan Rakyat Malaysia 2010j). Dalam belanjawan 2010 kerajaan menganjak Malaysia kepada satu tahap dan bentuk model ekonomi baharu berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi. Justeru, sektor ICT terus menjadi fokus utama bagi Malaysia dan dijangka menyumbang kepada KDNK sebanyak 10.2% menjelang tahun 2015 (Malaysia 2011).

Bagi membangun sistem ekonomi berasaskan maklumat beberapa faktor perlu diatasi, antaranya ialah kebebasan maklumat (Dewan Rakyat Malaysia 2007g). Maklumat yang tepat dan cepat diperlukan bagi membuat keputusan sama ada untuk perniagaan, pelaburan, pendidikan, penyelidikan, keselamatan, mahupun politik. Masyarakat yang menguasai dan berupaya memperoleh maklumat dengan tepat dan cepat mempunyai kelebihan dalam penguasaan ekonomi berasaskan maklumat. Justeru, kebebasan media mesti diwujud untuk memberi kelebihan kepada masyarakat dalam menerokai pengetahuan, pasaran peluang perniagaan, perkhidmatan pekerjaan dan sebagainya. Media berperanan sebagai pemangkin dalam menjana pertumbuhan ekonomi berasaskan maklumat, mengawal dan mengimbang dalam sistem politik demokrasi (Dewan Rakyat Malaysia 2008h).

(30)

memberi galakan istimewa untuk syarikat yang kehadirannya mendorong syarikat lain menjalankan operasi di bandar teknologi tersebut (Dewan Rakyat Malaysia 1996d). Bagi memacu pembangunan ekonomi berasaskan maklumat dan inovasi, kerajaan turut menggubal Model Inovasi Negara. Model Inovasi Negara adalah satu usaha kerajaan untuk menghasil teknologi baharu bagi membantu meningkat eksport barangan dan pelaburan dalam negara. Model ini menggabung semua faktor yang berkaitan seperti tenaga pekerja, sumber kewangan, pembangunan keusahawanan, pasaran dan dasar kerajaan yang berkaitan. Melalui model ini, kerajaan mensasar capaian sekurang-kurangnya 5% pengkomersilan hasil R&D selain membangun syarikat dan usahawan techno baharu berasaskan sains dan teknologi (Dewan Rakyat Malaysia 2008f). Selain itu, bagi memastikan model inovasi berjaya, MOSTI mengkaji semula dan mengemas kini Dasar Sains dan Teknologi Kedua (2002 hingga 2010). MOSTI turut mengemukakan kerangka pelan strategik dan pelan tindakan dengan tujuan membangun modal insan untuk penjanaan ilmu, membudaya kreativiti dan inovasi, mempertingkat penyelidikan R&D untuk pengkomersialan dan memperkasa masyarakat untuk menjana pendapatan dan kesejahteraan melalui sains, teknologi dan inovasi. Kerajaan turut mengkaji semula polisi yang berkaitan dengan undang-undang harta intelek dan prosedur imigresen serta memudah cara pembiayaan dan pakej insentif bagi menggalak penyelidikan dan inovasi (Dewan Rakyat Malaysia 2007k). Bagi menjadikan industri multimedia kreatif berkembang dengan dinamik, Dasar Industri Kreatif Negara dirancang untuk digubal manakala projek Penyiaran Televisyen Terestrial Digital Negara (DTTB) dilaksanakan.

(31)

maklumat dalam sektor awam, pembangunan piawai, pangkalan maklumat dan rangkaian data serta menggalak kesedaran mengenai kepentingan teknologi maklumat. MOSTI juga memberi perhatian terhadap keperluan masyarakat luar bandar bagi membantu menjana pendapatan dan mempertingkat kesejahteraan serta kualiti hidup. Bagi tujuan tersebut, projek inovasi komuniti dilaksana oleh kerajaan (Dewan Rakyat Malaysia 2008i). Selain itu, kerajaan turut memperuntuk sumber bagi mempertingkat R&D dalam bidang yang berkaitan dengan industri maklumat. Kerajaan juga menggalak pengwujudan rantaian antara industri maklumat dengan sektor ekonomi yang lain supaya penglibatan syarikat tempatan dan nilai tambah sektor ICT dapat dipertingkat (Dewan Rakyat Malaysia 1991). Prasaran dan keupayaan dalam industri maklumat turut dipertingkat kerana berpotensi menyumbang kepada perkembangan industri baharu terutamanya industri bioteknologi (Dewan Rakyat Malaysia 2000c). Sehingga hujung tahun 2010, bidang multimedia kreatif menyumbang sebanyak 1.6% kepada KDNK. Kerajaan terus memberi penekanan kepada multimedia kreatif terutamanya animasi bagi simulasi, pengiklanan dan hiburan serta pembangunan permainan komputer. Kerajaan turut mempertingkat teknologi digital agar banyak kandungan dapat disalur dengan cekap dan berkesan (Malaysia 2011). Beberapa syarikat tempatan menunjukkan keupayaan untuk menghasil dan menjual produk ICT bernilai tinggi. Nilai eksport ICT Malaysia bernilai 1.2 Bilion ringgit sehingga tahun 2003. Namun, nilai tersebut perlu ditingkatkan dan banyak lagi syarikat tempatan yang kompetitif perlu diwujudkan (Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004). Bidang kajian lain seperti bioteknologi dan pengaruhnya kepada ICT serta industri kandungan kreatif turut dibiayai dan diterokai oleh kerajaan. Bagi menggalak aktiviti R&D, kerajaan menawar insentif kepada penyelidik menerusi pemberian kadar pembayaran royalti sebanyak 80%, manakala baki 20% kepada institusi penyelidikan. Galakan ini bertepatan dengan hasrat kerajaan bagi memasti harta intelek yang berjaya dikomersial dapat menjana hasil pulangan yang maksimum kepada negara (Dewan Rakyat Malaysia 2007k).

(32)
(33)

Kerajaan turut merancang dan berusaha menambah bilangan penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) melalui program pembangunan modal insan dan brain gain. Bagi tujuan tersebut, kerajaan menambah bilangan calon peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) daripada 200 orang kepada 400 orang setahun mulai 24 September 2008 (Dewan Rakyat Malaysia 2008i). Melalui rancangan MyBrain15 yang dilancar pada tahun 2008 pula, kerajaan menyasarkan 60,000 daripada tenaga pengajar di IPT mempunyai ijazah peringkat PhD. Agenda ini menjadi satu daripada 18 agenda kritikal dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara. Sehingga Oktober 2009, seramai 6900 orang daripada 26,700 iaitu kira-kira 26% daripada pensyarah IPTA memiliki ijazah peringkat PhD. Kerajaan menetapkan pada tahun 2010, empat buah universiti penyelidikan hendaklah mempunyai komposisinya 75% pensyarahnya berkelayakan PhD dan 75% bagi keseluruhan IPTA pada tahun 2015 (Dewan Rakyat Malaysia 2009g). Berkaitan dengan bilangan penyelidik, saintis dan jurutera (RSE), pada tahun 2006 nisbah RSE adalah 17.9 bagi setiap 10,000 tenaga kerja (Dewan Rakyat Malaysia 2009h) dan meningkat kepada 21 orang pada tahun 2009 (Dewan Rakyat Malaysia 2009g). MOSTI pula menetapkan sasaran 50 RSE bagi setiap 10 ribu tenaga kerja sepanjang RMK9 (Dewan Rakyat Malaysia 2008i). Manakala menjelang tahun 2015, nisbah RSE dijangka 60 orang bagi setiap 10,000 penduduk (Dewan Rakyat Malaysia 2009g).

(34)

bulan selepas menjalani latihan (Dewan Negara Malaysia 2010b). Beberapa inisiatif lain turut dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan bilangan pengkaji yang mahir dan berkeupayaan dalam bidang Sains dan Teknologi. Antaranya dengan menambah bilangan penajaan Skim National Science Fellowship (NSF) di bawah Program Pembangunan Modal Insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi daripada 200 orang pada 400 orang setahun mulai tahun 2008, menambah peruntukan pembangunan sebanyak RM157.98 juta bagi tempoh dari 2008 sehingga 2010 bagi pembangunan modal insan di bawah Program NSF dan mewujud sektor kritikal dalam bidang Bioteknologi, Industri, Sains Marin dan Angkasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, lain-lain bidang Sains dan Teknologi berkaitan dengan pertanian (Dewan Rakyat Malaysia 2009h).

(35)

Bagi memajukan industri maklumat, faktor infrastruktur terkini, polisi menyeluruh dan pekerja berpengetahuan sahaja adalah tidak mencukupi. Kerajaan perlu memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat kerana maklumat berkaitan industri maklumat berteras ICT masih baharu di Malaysia. Hal ini menyebabkan kesamaran tentang perundangan, operasi teknikal, ilmu dan industri maklumat dan komputeran dalam kalangan sebahagian masyarakat termasuk penggubal polisi (Dewan Rakyat Malaysia 1997c). Malaysia perlu pemimpin yang mempunyai bentuk kepemimpinan baharu yang serasi dan selari dengan zaman maklumat (Dewan Rakyat Malaysia 1997h). Kepimpinan birokrasi dan politik Malaysia pada semua peringkat hendaklah memahami teknologi maklumat secara menyeluruh. Dasar perlu diubahsuai dan dasar baharu perlu digubal sesuai dengan era maklumat. Aktiviti menjana, menyebar dan mengguna maklumat pula perlu dijadikan budaya bagi membantu membangun ekonomi berasaskan maklumat (Dewan Rakyat Malaysia 2007h). Bagi menjamin kejayaan inovasi negara, kerajaan juga perlu menyedia ruang diskusi terbuka serta pentadbiran yang berkesan, bertanggungjawab dan telus (Dewan Negara Malaysia 2009c).

Refleksi dan Kritik

Pertumbuhan industri berorientasi eksport tidak dapat membawa Malaysia mencapai sasaran ekonomi wawasan 2020 (Tengku Mohd Azzman 2008b). Bagi mengatasinya, ICT melalui agenda MSC diguna untuk membuat lompatan kuantum bagi mencapai wawasan tersebut. MSC adalah percubaan bagi membangun gugusan industri yang dinamik bermatlamat untuk menghasil produk dan perkhidmatan multimedia berasaskan ICT yang inovatif. MSC boleh menjadi pencetus kepada industri aplikasi dan kandungan di Malaysia (Tengku Mohd Azzman 2008b).

(36)

dan agenda yang berkesan. Selain itu rancangan dan inisiatif kerajaan berkaitan ekonomi berasaskan maklumat perlu diperjelas dan difahami oleh semua peringkat masyarakat.

Kajian ini turut mendapati wujud perkaitan yang jelas antara keperluan menyedia infrastruktur ICT dengan matlamat mengubah ekonomi berasaskan maklumat dan difahami oleh penggubal polisi. Pendekatan kerajaan yang mengaitkan ICT dengan perkembangan sosial dan ekonomi adalah selaras dengan perkembangan semasa di peringkat antarabangsa. Bagi mengesan keberhasilan gagasan k-ekonomi, kerajaan dianjurkan untuk melaksana kajian impak dalam kalangan seluruh kakitangan awam serta pemimpin politik pada semua peringkat. Selain polisi yang baik, pelaksanaan polisi juga hendaklah dilaksana dengan serius. Selain daripada itu, ekonomi perkhidmatan seperti pendidikan bank, insurans, logistik, pelancongan, perkapalan, perkhidmatan utara dan sebagainya juga harus dimantapkan.

5.2.7 Pendidikan ICT

(37)

53 buah kolej komuniti induk, dengan 42 buah telah beroperasi dan 11 buah lagi dalam peringkat pembangunan (Dewan Rakyat Malaysia 2010d). Program pendidikan ICT turut diberi kepada golongan dewasa. Program seumpama ini disaran mengguna kemudahan yang ada di universiti awam dan dijalankan pada waktu cuti semester (Dewan Negara Malaysia 2000d). Bagi ahli masyarakat yang bekerja, kerajaan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan pengetahuan ICT mereka (Dewan Rakyat Malaysia 2005c).

Selain galakan, kerajaan turut memperuntuk sejumlah dana bagi tujuan pendidikan ICT. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan memperuntuk perbelanjaan sebanyak RM594.4 juta bagi pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta Program Kursus ICT (Dewan Negara Malaysia 2003). Sementara itu, peruntukan sebanyak RM205.5 juta bagi melaksana program pengkomputeran sekolah di seluruh negara (Dewan Negara Malaysia 2001a). SKMM turut memperuntukkan RM45 juta bagi melaksana projek school.net bagi menyedia perkhidmatan Internet di sekolah (Dewan Negara Malaysia 2007e). Pada tahun 2000, kementerian Pendidikan melaksana projek penyediaan infrastruktur fizikal dan pengkomputeran di semua sekolah rendah dan menengah yang mempunyai pelajar melebihi 150 orang dengan matlamat mencapai nisbah satu komputer kepada setiap sepuluh pelajar menjelang tahun 2005. Makmal komputer dengan komputer terkini, kemudahan rangkaian setempat (LAN) dan Internet dibina di sekolah dan dibekal antara 10 hingga 40 komputer mengikut jumlah pelajar. Pada tahun 2000, penggunaan buku elektronik (e-buku) secara rintis di 50 buah sekolah rendah dan 50 buah sekolah menengah diperkenalkan dan melibatkan hampir 8,000 pelajar. Bagi memastikan majoriti rakyat mendapat manfaat, kerajaan turut digesa agar pusat pendidikan yang berteras teknologi maklumat dibangunkan di seluruh negara (Dewan Rakyat Malaysia 1998b).

Refleksi dan Kritik

(38)

kerajaan mengubal polisi dan menyedia dana bagi membiayai program terutama bagi melahir golongan celik ICT. Namun begitu, sebahagian sekolah terutama di luar bandar didapati belum dapat menikmati program ICT sepenuhnya kerana sebahagian sekolah di pedalaman tidak mempunyai kemudahan tenaga elektrik. Masalah lain yang dikaitkan dengan kadar celik komputer dalam kalangan pelajar sekolah adalah kekurangan infrastruktur komputer dan tenaga pakar akibat tarikan di sektor industri (Raslan 2002). Selain itu, masalah lain adalah kekurangan perancangan yang menyeluruh berkaitan Pembelajaran Berasaskan Computer (CAL) lantaran tidak ada penekanan terhadap penggunaan komputer sebagai medium pembelajaran. Selain itu, program celik komputer di sekolah tidak ada kesinambungan di antara satu program dengan program sedia ada. Komputer yang diderma atau sedia ada ditinggal dan terbiar apabila program baharu seperti penubuhan kelab komputer diperkenal (Raslan 2002).

5.3 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA TEMU BUAL

Bahagian ini membentang analisis dan interpretasi data yang dikumpul mengguna teknik temu bual. Analisis data sumber daripada temu bual diasing daripada data analisis kandungan dokumen kerana soalan temu bual tidak berdasarkan sektor yang ditetapkan dalam Bab 2. Pendekatan temu bual terbuka dipilih bagi mengenal pasti isu berkaitan polisi maklumat dalam kalangan penggubal dan pelaksana polisi maklumat kebangsaan Malaysia. Seramai empat orang responden yang terlibat secara langsung dengan pembangunan dan pelaksanaan polisi maklumat di Malaysia ditemu bual dengan justifikasi pemilihan seperti yang dibentang dalam perenggan 4.4.9 dalam Bab 4. Kajian ini memilih teknik temu bual tidak berstruktur agar responden yang ditemu bual dapat memberi jawapan yang anjal dan memberi peluang kepada responden untuk bebas mengutara apa sahaja isu yang berkaitan dengan polisi maklumat di Malaysia selari dengan pandangan Robson (2011). Temu bual dengan responden yang juga merupakan tokoh utama polisi maklumat di Malaysia juga dijangka dapat menghasil data yang unik dan diluar jangka (Kulkarni 1999).

(39)

ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Bagaimanpun, responden yang ditemu bual tidak diminta memberi ulasan terhadap semua isu, sebaliknya responden hanya diminta mengulas isu yang dikaitkan secara khusus dengan polisi maklumat Malaysia. Justifikasi mengapa isu tertentu sahaja dipilih untuk dianalisis dalam bahagian ini dijelaskan dalam Bab 4 (Perenggan 4.4.10).

Sektor berkait polisi maklumat di Malaysia yang disoal kepada responden adalah seperti berikut:

a. Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (Ahmad Naqiyuddin 2008; Lallana 2004; Tengku Mohd Azzman 2008b; Xue 2005).

b. Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA) (Lallana 2004; Tengku Mohd Azzman 2008b; Xue 2005).

c. Koridor Raya Multimedia (MSC) & Multimedia Development Corporation (MDeC) (Lallana 2004; Tengku Mohd Azzman 2008b; Xue 2005).

d. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) (Ahmad Naqiyuddin 2008a; Lallana 2004; Xue 2005).

e. Maklumat kerajaan (Arnold 2007; Rowlands et al. 2002; Smith et al. 2000; Smith 2004).

f. Perpustakaan dan perkhidmatan maklumat (Abdus Sattar 1993; Oli 1991; Wijasuriya 1979, 1981). Kajian mendapati perpustakaan dan perkhidmatan maklumat dikaitkan dengan polisi maklumat sekitar 1980-an dan awal 1990-an. Selepas jangka masa tersebut, perpustakaan dan perkhidmatan maklumat tidak dikaitkan dengan polisi maklumat.

(40)

berdasarkan interpretasi penulis sesuai dengan kajian berbentuk kualitatif (Samuel et al. 2001).

5.3.1 Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC)

NITC adalah akronim kepada National IT Council iaitu satu badan koordinasi berkaitan teknologi maklumat tertinggi peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh beberapa menteri mewakili kementerian yang berkenaan serta wakil dari sektor swasta. NITC diiktiraf sebagai agensi pusat dan forum yang bertanggungjawab mengkoordinasi polisi maklumat di Malaysia kerana dianggotai oleh semua ketua agensi atau kementerian yang bertanggungjawab kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), termasuk Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta agensi bukan berteras ICT seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

NITC adalah forum yang merentas semua agensi kerajaan polisi pada peringkat kebangsaan namun wujud pertindanan dari segi bidang tugas pada peringkat operasi. Kelemahan koordinasi didapati ketara terutama berkaitan dengan implementasi Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA). Selain itu, NITC didakwa sebagai tidak lagi memainkan peranan sebagai agensi koordinasi polisi maklumat di Malaysia. Hal ini dibukti dengan kegagalan mengadakan mesyuarat koordinasi NITC secara berkala. Koordinasi yang tidak diamal dan diberi keutamaan menyebabkan NITC terpinggir.

(41)

sudah bermula pada tahun 1998. Hal ini menimbulkan kesukaran terutamanya apabila kerajaan hendak membuat perjanjian persefahaman atau kerjasama berkaitan ICT dengan negara yang telah beranjak kepada percantuman antara komunikasi dan teknologi maklumat. Dalam hal ini, kerajaan Malaysia diwakili oleh kedua-dua menteri dari KTAK dan MOSTI untuk menandatangani perjanjian tersebut. Keadaan serupa turut berlaku apabila kerajaan Malaysia perlu menghantar perwakilan dari kedua-dua kementerian untuk mewakili Malaysia ke persidangan atau mesyuarat seperti The International Telecommunication Union (ITU) dan persidangan yang berkaitan dengan ICT yang lain. Akibat daripada keadaan pemisahan teknologi maklumat dan komunikasi ini, Malaysia tidak mendapat pulangan dari pelaburan yang dibuat disamping berlakunya pembaziran sumber. Keadaan yang sedemikian tidak berlaku di negara lain terutamanya Korea dan Finland yang mendapat pulangan yang baik lantaran koordinasi yang baik. Selain itu, beberapa faktor seperti masalah demografi dan kecelaruan dalam kalangan badan politik, kepimpinan dan penjawat awam turut memberi impak kepada pemisahan antara komponen komunikasi dan teknologi maklumat (IT).

(42)

5.3.2 Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA)

Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah polisi utama yang dikaitkan dengan polisi maklumat kebangsaan di Malaysia. NITA dibangun sebagai satu kerangka yang melihat ICT sebagai pemangkin kepada pembangunan masyarakat bermaklumat manakala MSC berfungsi menjadikan ICT sebagai satu sektor baharu bagi pembangunan sektor ekonomi seperti dalam Rajah 5.1 di bawah.

Rajah 5.1 Inisiatif Dual Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan Sumber: Responden

Polisi maklumat Malaysia adalah tidak bersifat komprehensif dari sudut disiplin akademik dan amalan. Dari sudut disiplin akademik, polisi maklumat yang komprehensif perlu meliputi perkara seperti maklumat dari disiplin sains perpustakaan, perkomputeran, telekomunikasi, dan penyiaran iaitu multimedia. Selain tidak komprehensif, dokumen rasmi yang boleh dirujuk sebagai polisi maklumat utama juga tidak ada. Meskipun dokumen polisi maklumat tidak wujud secara rasmi, namun komponen dan koordinasi antara agensi telah wujud secara ad-hoc. Antara komponen dan badan koordinasi sedia ada adalah seperti MDeC, NITC, Jawatankuasa Pelaksana MSC, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dan Jawatankuasa Kabinet berkaitan Jalur Lebar. Justeru, apa yang perlu diwujudkan oleh kerajaan Malaysia ialah satu kerangka polisi maklumat komprehensif yang menyepadu komponen dan agensi berkaitan maklumat.

Koridor Raya Multimedia (MSC) sasaran pembangunan

ekonomi

Agenda IT Kebangsaan (NITA) sasaran pembangunan

sosial

ICT sebagai

Sektor ICT sebagai

(43)

Dari sudut amalan, polisi maklumat yang komprehensif perlu ditadbir oleh satu badan induk kebangsaan. Segala hal yang berkaitan dengan komunikasi dan maklumat perlu diletak di bawah naungan seperti yang diamalkan oleh Singapura. Sebaliknya di Malaysia, sektor yang berkaitan maklumat terletak di bawah tanggungjawab kementerian yang berbeza. Misalnya, pada tahun 2004, komponen komunikasi di bawah Kementerian Teknologi, Air dan Komunikasi (KTAK) dan perpustakaan di bawah Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA), tetapi mulai tahun 2010, komponen komunikasi dan perpustakaan berada di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudyaan (KPKK), manakala komponen teknologi maklumat kekal di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Justeru, satu kementerian yang khusus mengendali maklumat merupakan keperluan yang kritikal.

(44)

5.3.3 Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Multimedia Development Corporation (MDeC)

a) MSC

Pada tahun 1996, Perdana Menteri Malaysia melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai mekanisme utama bagi mencapai wawasan 2020. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah program strategik ke-2 berkaitan maklumat di Malaysia selepas NITA. Jika NITA memfokus kepada pembangunan sosial, MSC pula berperanan menjadikan ICT sebagai satu sektor industri dengan sasaran pembangunan ekonomi. MSC adalah percubaan bagi membangun gugusan industri yang dinamik bermatlamat untuk menghasil produk dan perkhidmatan multimedia berasaskan ICT yang inovatif. MSC berperanan untuk membangun persekitaran teknologi bertaraf dunia dengan menarik syarikat bertaraf dunia bagi membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat berasaskan maklumat. Selain itu, MSC dijangka mencetuskan aplikasi ICT sebagai sektor baharu pertumbuhan bagi membangun industri berasaskan maklumat. Walaupun gagasan MSC adalah satu gagasan yang baik, namun idea berkaitan MSC bukan datang dari dalam negara. MSC adalah hasil daripada konsultasi kerajaan dengan McKinsey & Associates bagi mewujudkan “Malaysia Eutopia” iaitu masyarakat bermaklumat yang dilengkapi oleh infrastruktur teknologi maklumat. MSC merupakan projek pertama bagi NITC.

b) MDeC

(45)

kreatif dapat dicapai. Selain itu, sebagai usaha untuk menjayakan kandungan kebangsaan, budaya perkongsian kandungan atau maklumat perlu diterap dalam kalangan pendidik.

5.3.4 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

SKMM adalah agensi penyelia dan penguatkuasa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) iaitu akta berkaitan Undang-Undang Siber yang memantau industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Aktiviti dan perkhidmatan yang dikawal oleh AKM 1998 termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan dalam talian, kemudahan dan rangkaian yang diguna bagi memberi perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekal menerusi kemudahan dan rangkaian. Sewaktu penggubalan akta ini, input pakar tempatan adalah pada tahap yang minimum. AKM 1998 adalah akta yang diadaptasi dari pihak ketiga iaitu hasil konsultasi oleh Dr. Terrence Austin Cutler, Principal Cutler & Co. Australia. Cutler juga merupakan Ahli Panel Penasihat Antarabangsa MSC sejak 1998. Akta ini didakwa pernah ditawar untuk dilaksanakan di Australia namun ditolak oleh kerajaan Australia. AKM 1998 adalah Akta yang berkaitan dengan percantuman sedangkan pada waktu penggubalan akta tersebut percantuman masih tidak dapat dilaksana kerana teknologi lebar jalur tidak dapat menyokong percantuman ICT. Kerajaan Malaysia didakwa mengadaptasi akta tersebut bagi membuktikan bahawa Malaysia mempunyai Undang-Undang Siber, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Bil Jaminan bagi menyokong gagasan MSC.

5.3.5 Maklumat Kerajaan

(46)

Malaysia. Dokumen rahsia terus berstatus rahsia walaupun melangkaui jangka masa yang ditetapkan. Keadaan ini menyumbang kepada kesukaran mendapat dokumen tersebut walaupun sebaran maklumat kepada rakyat adalah penting terutamanya yang berkaitan dasar dan pelaksanaan dasar kerajaan. Selain itu maklumat seperti caj, prosedur memperoleh lesen tertentu, yuran serta pemprosesan dalam talian untuk permohonan biasiswa dan permohonan perkhidmatan kerajaan sukar dicapai oleh rakyat. Keadaan ini tidak membantu meningkatkan taraf hidup dan keselesaan rakyat.

Tidak sahaja terhad kepada maklumat rahsia, maklumat kerajaan yang lain juga sukar dicapai dan tersedia dalam keadaan minimal terutama capaian melalui dalam talian. Batasan capaian kepada maklumat kerajaan bukan berpunca dari masalah polisi tetapi berkaitan dengan pengoperasian dan pelaksanaan. Antara punca yang dikenal pasti ialah sikap kakitangan kerajaan terhadap maklumat kerajaan. Meskipun menyedari dari segi prinsip, semakin banyak maklumat disebar kepada rakyat adalah semakin baik, namun dari sudut pelaksanaan, pegawai kerajaan didapati berhati-hati untuk mengeluarkan suatu maklumat. Pegawai kerajaan mahu memastikan agar maklumat yang mereka keluarkan tidak menimbulkan masalah dan persoalan yang boleh membebankan mereka pada masa hadapan. Malah terdapat sebahagian pegawai kerajaan yang bersikap cenderung bekerja dalam suasana orang ramai tidak mengetahui banyak maklumat kerajaan kerana beranggapan jika orang ramai mengetahui banyak perkara tentang kerajaan, maka keadaan tersebut bakal menimbulkan masalah kepada mereka. Justeru, kakitangan kerajaan cenderung untuk berpandangan bahawa maklumat kerajaan perlu didedah dengan kadar yang paling minimum kepada umum.

Laman web rasmi agensi kerajaan yang masih berada pada tahap yang minimum serta tidak menyedia maklumat yang sepatutnya dikatakan berpunca daripada kakitangan agensi kerajaan yang tidak memahami atau mengamalkan konsep kitar hayat maklumat. Keadaan ini disumbang oleh beberapa faktor berikut:

(47)

b. Kemampuan jabatan kerajaan untuk menyebar maklumat secara konsisten dan berterusan belum sampai ke tahap yang memuaskan.

c. Pegawai berhati-hati dengan maklumat yang hendak disebar. Maklumat perlu diolah dan dilakukan dengan betul kerana menjadi tanggungjawab pegawai kerajaan terbabit.

d. Proses mengolah dan menyedia maklumat dalam bentuk yang mudah perlu kepada kemahiran dan latihan.

e. Pegawai kerajaan beranggapan bahawa penyebaran maklumat kerajaan tidak memberi keuntungan sama ada kepada individu mahupun jabatan.

Selain itu, kegagalan menyedia maklumat yang sepatutnya pada masa yang tepat oleh kerajaan Malaysia juga berpunca dari faktor budaya. Kerajaan Malaysia masih belum mempunyai budaya pendokumenan yang jelas. Berbeza dengan AS, pembangunan kandungannya adalah berkembang maju kerana terdapat tradisi pendokumenan yang baik. Oleh kerana semua maklumat kerajaan didokumenkan, maklumat berkaitan dengan kerajaan AS boleh diperoleh dan dicapai dengan mudah dan pantas. Di Malaysia, kegagalan menyedia maklumat yang sepatutnya kepada rakyat juga disebabkan agensi kerajaan yang kurang memberi komitmen, tidak distruktur dan tidak mempunyai strategi jangka panjang. Agensi kerajaan didakwa sekadar melaksana operasi harian biasa. Pengkomputeran dalam agensi kerajaan juga didapati masih rendah kerana tidak ada agensi kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap usaha tersebut. Pada masa ini perkomputeran agensi kerajaan diselia oleh MAMPU. Namun begitu MAMPU tidak mempunyai cukup keupayaan bagi mengurus pengkomputeran kerajaan kerana MAMPU bukan sebuah agensi kerajaan yang mempunyai agenda kebangsaan. Tambahan pula pengkomputeran dalam agensi kerajaan hanyalah sebahagian daripada tanggungjawab yang dipikul oleh agensi ini. Selain tidak mempunyai kuasa terhadap pengkomputeran pada peringkat negeri.

(48)

semakin berkembang dalam kalangan kakitangan kerajaan, namun kerajaan elektronik belum dilaksana sepenuhnya. Antara puncanya adalah penggunaan kerajaan elektronik secara intensif memerlukan masa yang panjang kerana aplikasi e-kerajaan bukan setakat aplikasi mel elektronik dan memuat turun dokumen tetapi melibatkan aplikasi yang kompleks seperti perjanjian elektronik. E-kerajaan juga tidak dapat dilaksana sepenuhnya kerana terdapat dalam kalangan penjawat awam yang masih tidak mahir mengguna teknologi maklumat terutamanya pegawai kanan. Selain daripada itu, kerajaan juga didakwa tidak mewajibkan penggunaan teknologi maklumat secara serius.

5.3.6 Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat

Perpustakaan dan perkhidmatan maklumat diakui perlu memain peranan sebagai agensi pusat bagi penyedia, dan penyelia maklumat negara. Namun kerajaan didapati tidak memberi perhatian serius kepada hal ehwal perpustakaan. Hal ini akhirnya memberi kesan kepada polisi maklumat secara umum. Antara masalah perpustakaan ialah bidang kuasa dan pentadbiran perpustakaan yang berbeza. Perpustakaan negeri terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri manakala sebahagiannya di bawah Majlis Tempatan.

Selain masalah pentadbiran dan bidang kuasa perpustakaan, perpustakaan awam turut mengalami masalah infrastruktur. Perpustakaan awam didakwa masih tidak mempunyai infrastruktur maklumat yang terkini. Bagi menawarkan perkhidmatan maklumat yang baik kepada masyarakat, perpustakaan perlu kepada infrastruktur maklumat seperti Sistem Pengkatalogan Kebangsaan dan perpustakaan Ubiquitous. Perpustakaan Ubiquitous adalah pusat sumber merentas sempadan dan masa yang membolehkan orang ramai meminjam dan memulangkan bahan bacaan dan maklumat di mana-mana perpustakaan di seluruh negara.

(49)

matlamat menjadikan masyarakat bermaklumat selain berfungsi menyedia kandungan tempatan ke dalam rangkaian Internet. Namun pelaksanaannya dipersoal kerana ketiadaan wakil dari perpustakaan negara sebagai ahli dalam NITC. Perpustakaan terus terasing dari aliran utama maklumat negara kerana tidak ada pihak yang menganggap bahawa sains perpustakaan adalah sebahagian daripada komponen polisi maklumat. Hal ini bukan saja berlaku pada peringkat amalan, malah pengkaji dalam bidang polisi maklumat didapati tidak mengaitkan perpustakaan dengan polisi maklumat selepas kajian Sajjad pada tahun 1996. Polisi maklumat didapati dikaitkan dengan bidang perpustakaan bermula pada tahun 1979 dan 1981 oleh Wijasuriya sebagai respon kepada program NATIS oleh UNESCO. Selepas kajian Sajjad, polisi maklumat di Malaysia dikaitkan dengan teknologi maklumat dan Internet seperti kajian oleh Ramli (2001), Mashkuri et al. (2002), International Telecommunication Union (2002) dan Xue (2005) dan pengawalaturan kandungan oleh Ida (2004).

Selain daripada itu, perpustakaan yang diletak di bawah Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) turut mengundang persepsi yang tidak sihat, kerana umumnya KEKWA dikaitkan dengan perkara budaya dan warisan negara sedangkan konsep masyarakat maklumat yang didokong oleh perpustakaan adalah bentuk masyarakat masa hadapan dan dinamik.

5.3.7 Isu Lain yang Turut diKemuka oleh Responden

Selain daripada isu yang dikemuka di atas, responden turut mengutara beberapa isu yang penting berkaitan dengan polisi maklumat di Malaysia. Isu yang

Referensi

Dokumen terkait

Indikator Pengakuan Bahwa Majalah Femina Memberi Banyak Informasi Untuk Wanita memiliki nilai rata-rata/mean 3,37 yang berarti bahwa dari skala 1- 4, range jawaban responden

Dengan demikian penelitian ini mendukung hipotesis secara tanda dan mendukung secara nilai signifikansi, pada penelitian ini didapatkan hasil bahwa Experential marketing

Pada Gambar 5.4 (bagian B), perubahan anomali positif yang relatif tinggi (mencapai 60 μGal) dimungkinkan akibat penambahan massa jenis fluida (pemanfaatan air tanah di daerah

“oh iya mbak malah untuk kegiatan kegiatan yang menyangkut program KB itu lebih banyak kita yang tentukan dari pihak paguyuban sendiri, kayak misalnya ngadain penyuluhan

Dari hasil survei terlihat bahwa PT Bank Central Asia Tbk adalah perusahaan dengan kinerja yang memuaskan (dari hasil survei responden menyatakan kinerja perusahaan: 54% sangat

Berdasarkan data yang disajikan pada Tabel 5.11 dapat diketahui bahwa pada tingkatan manajer, aspek iklim psikologis baik secara bersama-sama maupun sendiri-sendiri tidak

132 Hal ini telah di lakukan oleh Posyandu Lansia Anggrek sebagai pelaksana program posyandu lansia, kuantitas 6-8 staf atau kader yang dimiliki oleh Posyandu Lansia sudah

Kader-kader dengan warna khas (etnis, suku, agama, jender) menyelimuti tubuh PAN. Mulai dari cara berpakaian hingga sikap yang dijalankan. Namun hal ini tak