• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAGAIMANA TRAGEDI MENJADIKAN MEREKA LEBIH TABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAGAIMANA TRAGEDI MENJADIKAN MEREKA LEBIH TABAH"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

BAGAIMANA TRAGEDI MENJADIKAN KITA LEBIH TABAH Oleh:

DR.MURUKESU A/L M.MARGAPANDU PENGETUA CEMERLANG

SMK TERUSAN SUGUT. BELURAN. SABAH

Tragedi tidak semestinya berakhir dengan kesedihan malah ramai yang telah melalui tragedi yang teruk, terus hidup dan menghadapi dunia dengan lebih tabah. Banyak pengalaman hidup yang hebat boleh dipelajari daripada insiden dalam kehidupan kita sama ada melalui hentaman yang dahsyat atau sentuhan yang lembut. Sesetengah daripada kita mungkin terpaksa biarkan jari kita terbakar walaupun mengetahui api itu panas manakala yang lain pula hanya perlu fikir sejenak untuk menyedari kejahilan kita. Biarpun dari satu kejutan yang besar mahupun jentikkan yang lembut, kita sentiasa pelajari sesuatu daripada pengalaman kita sendiri atau dari pengalaman orang lain. Bagi orang telah pernah dicabar hebat oleh kepahitan dunia, perlu menyedari bahawa mengalah tidak semestinya bererti dia telah gagal. Seseorang itu gagal hanya kerana tidak berusaha untuk mencuba atau menghadapi cabaran tersebut.

Setiap orang yang telah mencapai kejayaan yang hebat, pastinya berpunca daripada suatu impian. Impian inilah yang mendorong seseorang menghadapi pelbagai cabaran, halangan dan keperitan untuk mencapai kejayaan tersebut. Walaupun menghadapi pelbagai halangan, kekecewaan atau kegagalan bagi mencapai kejayaan tersebut, individu tersebut tidak pernah berputus asa. Setiap kali halangan berlaku individu tersebut akan berusaha mencari alternatif lain atau akan membuat beberapa penyesuaian bagi mengatasi halangan tersebut. Individu ini akhirnya akan berjaya mencapai kejayaan atau matlamat yang ditujui kerana berani bermimpi, berani mencuba, berani untuk gagal dan beranai mengatasi segala cabaran, walaupun mereka telah melalui pelbagai cabaran atau tragedi yang teruk.

Dalam artikel ini telah saya dimuatkan beberapa tragedi teruk yang telah menimpa individu-individu tertentu namun akibat kecekalan hidup akhirnya mereka berjaya mencapai kehidupan yang bahagia sesudahnya.

Cerita 1-“Mengapa Saya?”

Dunia ini penuh dengan kegagalan, keperitan, penipuan, kesengsaraan, ketidakadilan, tiada harapan dan kematian. Sesetengah orang mengatakan bahawa kehidupan ini tidak adil kerana yang kejam menjadi kaya yang baik mati awal. Mereka yang menjadi mangsa keadaan ini sering mengeluh “Mengapa Saya?”

Di dunia yang sama ini juga kita dapati, ada kegembiraan, ada kasih sayang, ada kekayaan, ada keamanan dan ada keadilan. Dalam keadaan ini adakah sesiapa yang telah menerima semua pengurniaan ini secara jujur mengeluh “Mengapa Saya?”

Hakikatnya “Tragedi, kesedihan, kesengsaraan, kemarahan, dendam, kegembiraan, kekurangan dan kejayaan, semuanya ada di asam garam kehidupan kita.”

Cerita 2- “Saya Lebih Baik Daripada Lipas”

Walaupun ramai bekas penagih dadah yang telah pulih daridapa ketagihan ini telah memulakan kehidupan yang baru, namun mereka masih enggan atau tidak rela menyatakan nama mereka. Ada seorang bekas penagih dadah telah menjelaskan perkara ini dengan menjelaskan bahawa bukan nama itu yang penting tetapi yang paling penting ialah apa yang dia telah lakukan kepada kehidupan seterusnya. Perjalanan kisah hidup baru bekas penagih ini bermula daripada kata-kata nasihat neneknya. Kata nasihat inilah yang telah berjaya menyelamatkan nyawanya daripada tiga tragedi yang dialami penagih itu sendiri.

(2)

kesedihan akibat dihalau dari rumah, sudahpun merupakan dua tragedi dalam kehidupannya. Tragedi yang ketiga sedang dalam kemenjadiannya. Dia bersungguh untuk membunuh diri. Nasib baik seorang daripada rakannya telah memberitahu berita ini kepada nenek penagih ini. Setelah mendengar berita ini, neneknya menemui penagih tersebut lalu berkata “Mengapa kau benci sangat dengan penghidupan kau ini?” Sambungnya lagi “Malah lipas pun boleh lari lintang pungkang untuk menyelamatkan nyawa apabila diancam. Inikan kau?”. Kata neneknya lagI “Hai, apakah kau ini lebih teruk daripada lipas tersebut? Adakah kau begitu lemah? Tiada impian? Tiada harapan?”

Kata-kata ini telah memberi satu hemtaman kuat di sanubari penagih tersebut dengan cukup mendalam. Dia merasakan bahawa tentunya dia lebih kuat dan hebat daripada lipas tersebut. Dia berasa begitu malu dan bersalah. Dia menyedari bahawa tiada siapa pun untuk dipersalahkan dalam hal ini kecuali dirinya sendiri. Dengan serta merta dia telah mengambil keputusan untuk memasuki pusat pemulihan dadah. Dalam masa dua tahun, dia telah melalui pelbagai sesi sesi kaunseling, aktiviti keagamaan, sembahyang, berdoa untuk memulakan kehidupan yang lebih bersih, memohon maaf serta kasih sayang terhadap dirinya. Dia telah mula memperolehi kekuatan dalamannya.

Hari ini, pada umur 33 tahun, dia telah berkahwin dan hidup bahagia dengan kehidupan baru yang penuh keriangan dan bermakna.

Cerita 3-“Empat Kematian dalam Empat Tahun”

Debbie Gisonni merasakan bahawa dia boleh mengawal segala-galanya dalam hidupnya. Apa tidak, dia adalah seorang ekskutif yang handal dan berpendapatan tinggi dan berkerja di Silicon Valley, USA. Namun pada suatu hari dunianya telah bergegar...

Pada tahun 1984, ibunya Vita dikesan ada ketumbuhan dalam otaknya yang menyebabkan dia lumpuh keseluruhan badannya. Beberapa tahun kemudian, adik bungsunya pula membunuh diri. Beberapa bulan kemudiannya bapanya dikesan menghidapi barah tulang. Emak saudara kesayangnya pula dikesan menghidap barah payu dara. Kesemua mereka meninggal di antara tahun 1990 ke 1994.

Dunai Debbie hampir musnah. Trajedi yang telah menempa keluarganya telah menyebabkan Debbie hampir menjadi gila. Dunia bagaikan neraka baginya. Segala kemewahan hidupnya, keselesaannya serta jawatan dan pangkat tidak bermakna lagi baginya. Namun selepas beberapa ketika Debbie telah cuba memulakan kehidupan barunya semula. Debbie telah meninggalkan tempat kerja lamanyan serta merta dan menubuhkan satu syarikat baru milik sendirinya yang diberi nama “Real Life Lessons”. Tujuan utama penubuhan syarikat ini adalah untuk membantu mereka yang telah melalui kejadian kematian dan bunuh diri dalam kelurga mereka. Dia telah berusaha mencari erti kebahagian di tempat kerja, di rumah dan dalam kehidupan itu sendiri.

Akhirnya Debbie telah menjumpai jawapan yang dicari-carinya-iaitu kekuatan kasih sayang. Jawapan yang menyarankan untuk kita menyayangi semua aspek dalam kehidupan kita, untuk memberi dan menerima kasih sayang. Untuk memulakan penghidupan yang bahagia, Debbie mula mempelajari masakan ibunya. Tidak lama kemudian dengan masakan cara ibunya, Debbie berjaya menyediakan makan-makan enak untuk rakan-rakannya. Kemudian Debbie melibatkan diri dalam dunia seni, lukisan, kecergasan fizikal, feng sui, menari, muzik dan lawak ketawa. Kini Debbie bertukar dirinya daripada orang kecewa dan benci dunia kepada dewi kegembiraan dan membantu orang lain menjadi sepertinya. Sumber utama Debbie meneruskan kehidupan ialah dua insan yang Debbie amat sayangi iaitu –suaminya dan anjingnya.

Bila kita kehilangan seseorang, kita sering berfikir “apa akan dia lakukan tanpa saya?”

manakala mereka ini di dunia lain pula akan fikirkan “apa yang kamu telah lakukan bersama mereka”.

Kehidupan ini penuh dengan kesukaran, cabaran, kekecewaan dan juga kegembiran. Laluilah kesemuanya, semoga kita dapat dengan bangganya menyatakan

(3)

Cerita 4-Matahari Terbit Selepas Ia Terbenam

Matahari terbenam dengan penuh kegelapan pada malam hampa 26 Desember 2004. Hari yang paling malang akibat satu tragedi dasyat ‘ombak tsunami pembunuh’ yang berpunca dari gempa bumi di Aceh. Tetapi matahari tetap terbit pada hari berikutnya dan hari-hari seterusnya.

Hanya dua minggu selepas tragedi dasyat ini, seyuman di kalangan penduduk yang ditimpa malang ini, mula kembali. Para remaja mula bermain bola di kem-kem mangsa tragedi. Sekolah-sekolah telah mula dibuka. Di satu kem mangsa-mangsa tsunami, di Sri Langkah, permainan kriket telah menjadi permainan harian. Di Phuket, Thailand, satu kawasan yang paling teruk mengalami kerosakan, secara berpadu penduduk-penduduk tempatan dan pelancung telah “tatookan” badan mereka dengan perkataan “26Dec2004”.

Di sebuah kem mangsa-mangsa tsunami, di Port Blair, India, cinta berputik antara sepasang kekasih, Sanjay dan Kalpana. Tak kala tragedi ini masih dalam ingatan, mereka berdua telah melangsungkan perkhawinan mereka di kem yang sama pada 16 Jan 2006.

Di Khoa Lok, satu kawasan yang dijejas teruk akibat tsunami di Thailand, program pelancungan “Tsnami Tour” 3-hari telah dimulakan dengan bayaran US85 seorang. Program ini telah mendapat sambutan yang bergitu hebat dari penduduk tempat dan pelancung asing. Ini telah meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. Pelancung yang biasanya dahulu melawat tempat-tempat hiburan dan pantai sebelum tsunami, kini bertukar kepada melancung ketempat-tempat-tempat-tempat baru seperti tokong, tempat simpanan mayat mangsa tsunami sementara dan menghadiri majlis-majlis pengkembumian.

“Tsunami Tour” telah bermula dengan 300 orang sebagai kumpulan pertama. Manakala bagi matahari pula, tidak pernah berhenti, terbit.

“ Ada dua cara untuk melalui kehidupan kita. Pertama, hidup ini seperti tiada apa-apa yang mujizat (miracle). Kedua, hidup ini semuanya mujizat.”

“Apa saja yang tidak membunuh saya, membuat saya kuat dan bijak.”

Jangan takut kehidupan kita akan berakhir,

takutlah bahawa kehidupan kita tidak akan bermula semula.

Cerita 5-Tragedi Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia

Daripada laporan, tragedi yang paling teruk di dunia bukan merujuk kepada perang dunia kedua. Tragedi yang paling teruk ialah ‘kebuluran’ yang berlaku di pedalaman negeri Cina antara tahun 1959 sehingga 1961, megorbankan 40 ke 80 juta nyawa penduduk negeri Cina.

Mengikut catatan, Ketua Negeri Cina, Chariman Mao Tse-tung berhasrat untuk menolak Cina menandingi atau menyaingi Britain dalam masa 15 tahun. Dalam usaha lonjakan harimau ini, berpuluh ribu rakyat telah dikerah menghasilkan besi dan steel dengan peralatan ketuhar primatif. Tindakan ini telah menyebabkan masalah kekurangan makanan namun keadaan ini tidak diberi perhatian atau dipulihkan. Keadaan bertambah teruk tanpa makanan. Kebularan teruk telah berlaku. Untuk terus hidup ada sesetengah ibu bapa telah merebus anak-anak mereka dan makannya. Sebahagian daripada daging masak ini dijual sebagai daging dagangan.

Tetapi hari ini atas kesedaran dan kekuatan padu rakyat negeri Cina, negeri Cina bangun tegak semula dan Berjaya melepasi tragedi kelaparan. Negara ini kini menjadi sebuah negara yang pesat membangun di dunia. Hatri ini rakyat negeri ini dapat menikmati hasil lumayan yang tidak terhingga.

(4)

“Setiap permulaan, bermula dari salah satu kesudahan”

“Tidak ketahui bilakan subuh akan menjelma, tapi awal-awal lagi saya telah buka semua jendala di rumah saya”

Kehidupan adalah satu siri pengalaman, setiap satu membuat kita menjadi dewasa. Kerana dunia ini dibina untuk membentuk perwatakan, maka kita mesti belajar bahawa semua halangan

dan kesedihan yang kita lalui dengan tabah akan membantu kita maramaju ke hadapan.

Referensi

Dokumen terkait

Pada hari ini Senin tanggal dua puluh bulan juni tahun dua ribu sebelas, kami yang bertanda tangan di bawah ini Panitia Pengadaan Barang / Jasa untuk pekerjaan tersebut diatas yang

Berkaitan dengan hal tersebut, apabila ada yang keberatan dengan penetapan ini agar mengajukan sanggahan secara tertulis kepada Kelompok Kerja III Unit Layanan Pengadaan

Sehubungan dengan terjadinya maintanance server LPSE sehingga pengguna tidak dapat brouwsing kedalam aplikasi LPSE pada tanggal 7 Juli 2017 mengakibatkan pokja

Sesuai dengan surat nomor : 027/ 31.13/ POKJA6.BJL-PS/ DI SNAKESWAN/ 2015/ KL-PBJ tanggal 12 Nopember 2015 hal Penetapan Lelang Sederhana Paket/ Pekerjaan tersebut di atas

Respon imun nonspesifik umumnya merupakan imunitas bawaan (innate immunity) dalam arti bahwa respon zat asing dapat terjadi walaupun tubuh sebelumnya tidak pernah terpapar

Bentuk humor sama dengan bentuk kebahasaan yang berupa kata, frasa dan juga ungkapan. Bentuk bahasa yang termasuk humor adalah bentuk kata, frasa, atau ungkapan

(kuis) sebanyak dua kali sebelum UTS dan dua kali sebelum UAS (rincian detailnya tercantum dalam rancangan pembelajaran semester (RPS). Kompetensi Softskill : Manajemen

Penilaiam terhadap kualitas layanan ditinjau dari dimensi Affect of Service (faktor-faktor yang mempengaruhi layanan) yang meliputi emphaty (empati), responsiveness