• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Toffler (1980) dalam teorinya jelas membincangkan tentang peranan ilmu pengetahuan dan teknologi terhadap pembentukan masyarakat baru terhadap dasar kemajuan sesebuah negara menuju era globalisasi abad ke-21. Globalisasi pula dilihat sebagai proses multi dimensi bertujuan untuk menyeragamkan ekonomi, politik dan budaya sedunia.

Menurut Mahathir (1991) cabaran dan persaingan dalam proses ke arah ekonomi baru dan persejagatan ilmu telah menuntut Malaysia untuk melaksanakan pembaharuan bagi mencapai wawasan negara maju menjelang abad 2020 sesuai seperti kata Pelling dalam Mohd Fadzil (2008) sendi utama kepada persaingan ekonomi baru ialah kecemerlangan dan kebijaksanaan intelek.

Hasrat dan keinginan ini hanya akan dapat dicapai melalui pembangunan modal insan minda kelas pertama kerana kekayaan intelek pada sumber ini akan

(2)

2

menerajui perubahan dan berkebolehan mengurus harta intelek secara bijaksana (Mahathir, 1991; Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).

Bersesuaian dengan ini bidang sains dan teknologi di sekolah adalah merupakan kunci dan pemangkin kepada persaingan sejagat terhadap penguasaan ilmu sains dan teknologi yang sejajar dengan matlamat negara bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Sejarah telah membuktikan semua negara maju memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi (Hassan, 2001). Seiring dengan matlamat tersebut maka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat inkuiri telah disyorkan agar pelajar-pelajar dapat memahami hubungkait antara konsep-konsep sains dengan persekitaran untuk mencapai tahap penguasaan yang tinggi terhadap bidang sains (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Selain dari aspek pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni, sukatan pelajaran sekolah menengah kini juga menekankan kebolehan berkomunikasi dan berbincang secara jelas dan munasabah tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan sains.

Namun begitu jika dilihat kepada pencapaian pelajar dalam jurusan sains bagi subjek-subjek sains tulen masih rendah. Menurut satu kajian yang telah dijalankan, purata peratusan pelajar yang mampu mencapai gred cemerlang (A1 dan A2) selama empat tahun berturutan bagi subjek biologi hanya 21.4%, fizik 15.7% dan kimia 22.6% sahaja (Sumber; Unit Ujian MARA, 1996-1999) dan peratusan pencapaian ini masih lagi berada pada tahap yang sederhana sehingga tahun 2011 di mana peratusan pelajar yang mampu memperolehi gred A+, A dan A- bagi subjek biologi hanya 40.49%, fizik 34.05% dan kimia 34.20% sahaja (Sumber; Unit Ujian MARA, 2012).

Fenomena ini membayangkan bahawa pemahaman konsep sains pelajar di negara ini masih lagi tidak kukuh dan tidak bersepadu sedangkan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek sains termasuk sains tulen pada hari ini banyak

(3)

3

menekankan penglibatan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan pemikiran aras tinggi. Jika tahap peratusan penguasaan bagi subjek sains masih berterusan pada tahap yang sederhana maka sesuatu tindakan untuk tujuan penambahbaikkan perlu dilakukan terhadap sistem pendidikan yang ada di Malayisa.

Seiring dengan itu hasrat kerajaan untuk memansuhkan peperiksaan PMR mulai tahun 2016 dijangka akan membawa perubahan besar terhadap sistem pendidikan di Malaysia amnya memandangkan ia lebih berorientasikan peperiksaan. Perubahan ini dilihat akan menjadi medium terbaik untuk melahirkan pelajar yang cemerlang sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan di mana salah satunya ialah melahirkan insan yang berpotensi tinggi dan berketerampilan serta berupaya mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

Matlamat utama perubahan sistem pendidikan ini adalah untuk melahirkan modal insan yang boleh berhadapan dan mampu menangani pelbagai cabaran dan halangan serta kesukaran sepanjang hayat mereka. Selain itu mereka juga diharap akan mudah menyesuaikan diri dan tidak bersikap individualistik malahan selesa serta mudah bekerja dengan pelbagai pihak tanpa sebarang alasan dan sempadan agama dan bangsa untuk merealisasikan aspirasi negara (Toffler, 1991).

Demi mencapai matlamat tersebut, penghayatan terhadap ilmu pengetahuan dan kefahaman sains boleh dipertingkatkan dan peratusan pelajar yang mendapat gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan teknik serta kaedah pengajaran sesuai dengan cara pelajar belajar. Teori-teori pembelajaran yang berkaitan perlu diambil kira dan sesuai dengan cara dan gaya belajar yang pelbagai dalam kalangan pelajar yang berbeza kebolehan dan kemahiran.

Menurut Felder (1996) terdapat pelajar yang cenderung kepada pembelajaran melalui penglihatan dan pendengaran, ada juga pelajar yang lebih selesa dengan

(4)

4

pembelajaran melalui bahan manipulatif atau reflektif, ada pula pelajar yang cenderung belajar secara berkumpulan malah tak kurang juga pelajar yang suka belajar secara berseorangan. Walau apa pun pilihan cara belajar seseorang pelajar, guru seharusnya menjadi pembimbing dan pemudah cara melalui pelbagai strategi pengajaran yang sesuai terhadap kelompok pelajar yang diajar samaada lebih sesuai berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar.

Seiring dengan cabaran alaf baru, segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dan tanpa sempadan. Arus kemodenan ini turut dirasakan dalam sistem pendidikan malah ianya sangat praktikal jika proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan pelajar di mana salah satunya ialah pembelajaran yang berasaskan web. Ia kini dianggap sebagai salah satu cara pembelajaran yang wajar dipupuk dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme yang diaplikasikan pada laman web merupakan satu alternatif kepada kaedah pembelajaran yang sedia ada di mana proses pembelajaran yang berlaku tidak semestinya secara bersemuka dengan guru. Kaedah alternatif menggunakan laman web ini berupaya mewujudkan peluang interaksi secara sinkronous (contoh seperti chatting) dan asinkronous (contoh seperti email) antara pelajar-pelajar dan pelajar-instruktor, proses pembelajaran berlaku secara dua hala sehingga boleh menggalakkan pembelajaran secara kooperatif-kolaboratif (Lau & Mohammad, 2002).

Salah padanan cara pelajar belajar dengan strategi pengajaran guru akan menyebabkan pelajar bosan dan hilang tumpuan terhadap pembelajaran seterusnya menyumbang kepada tahap pencapaian dan prestasi akademik yang rendah. Salah satu objektif dalam kurikulum sains abad ke-21 untuk sekolah menengah adalah untuk membolehkan pelajar memilih, menganalisis dan menilai maklumat berkenaan dengan bijak dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1998).

(5)

5

Adalah sangat penting bagi pelajar untuk menguasai kesemua pengetahuan dan asas yang kukuh tentang ilmu sains bermula dari peringkat rendah sebagai penentu kejayaan bagi sebarang dasar dan cabaran di peringkat pengajian tinggi seterusnya ke dunia sebenar kehidupan mereka. Ini sesuai dengan pendapat Lawson (1995) yang mengatakan pengetahuan lampau berperanan dalam membina kematangan dan kedewasaan seseorang.

Kegagalan menguasai kemahiran dan pengetahuan asas dengan mantap merupakan antara penyebab keciciran, pembentukan sikap negatif, kurang keyakinan diri, kurang berdaya saing dan menyebabkan ciri-ciri kelemahan mempengaruhi pencapaian peringkat tinggi (Ishak Haron & Koh Boh Boon, 1983). Pandangan yang sama turut dirumuskan oleh Kilpatrick, Swafford dan Findell (2001) kerana menurut mereka kefahaman peringkat rendah sebagai kaedah yang komprehensif dan menjadi asas untuk memajukan kecekapan dan keberhasilan pada peringkat yang lebih tinggi.

1.2 Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian adalah berdasarkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan dan pembelajaran berasaskan laman web.

1.2.1 Pembelajaran Berorientasikan Peperiksaan.

Di Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran sains masih tetap berorietasikan peperiksaan dan penekanan kepada keputusan peperiksaan semata-mata sehingga mengabaikan proses pembelajaran yang sebenar walaupun telah

(6)

6

hampir lebih 10 tahun KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah) menggantikan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah).

Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dihadapi oleh pelajar-pelajar di Malaysia tetapi ia juga merupakan masalah sejagat. Menurut Abdul Razak et al. (1996) amalan pendidikan masa kini pada keseluruhannya masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah pembelajaran tradisional di kelas. Pendekatan hafalan melibatkan petua dan cara ringkas yang menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna. Pelajar akan lebih banyak menghafal rumus yang sedia ada atau petua yang dicipta guru tanpa mengetahui konsep sebenar. Walaupun amalan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan hafalan dan ingatan kembali serta berpusatkan guru dipatuhi sepenuhnya oleh para guru ketika mengajar sains namun peratusan pelajar yang cemerlang dalam sains masih berkurangan malahan Kemahiran Proses Sains Asas dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu tidak dapat dikuasai oleh ramai pelajar menyebabkan bilangan pelajar gagal berterusan tinggi (Mohd. Fadzil, 2008).

Penggunaan kaedah pembelajaran secara tradisional seratus peratus secara berterusan di dalam kelas akan membuatkan pelajar hilang tumpuan seterusnya membuatkan mereka bosan. Manakala penggunaan buku teks sepenuhnya akan membantutkan semangat inkuiri mereka. Tanpa disedari, situasi sebegini akan membuatkan pelajar hanya menghafal isi kandungan pelajaran sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Secara sedar ataupun tidak situasi yang berterusan sekian lama ini telah menunjukkan kegagalan peranan guru sebagai penyalur ilmu untuk seumur hidup kerana guru hanya berjaya menghasilkan pelajar yang exam-oriented tanpa mencungkil semangat inkuiri yang ada di dalam diri pelajar dengan lebih mendalam. Sikap pelajar seperti ini adalah tidak efektif dalam pembentukan bakat professional yang sanggup dan mampu menghadapi cabaran globalisasi abad ke-21 seperti yang tercatat dalam lembaran ahli Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur (2011).

(7)

7

Cara pelajar diajar dan belajar pada masa kini, menyebabkan pengetahuan yang dikuasai tidak kekal dan pelajar gagal menggunakan prinsip dan proses saintifik untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka (Abu Bakar, 1995).

1.2.2 Pembelajaran Secara Laman Web WebQuest.

Adalah menjadi tanggungjawab golongan pendidik pada hari ini untuk melakukan sedikit pembaharuan kepada teknik dan strategi serta kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya kesan daripada proses pembelajaran akan mampu meningkatkan ketahanan pelajar dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran alaf baru abad ke-21. Proses pembelajaran sains seharusnya memfokuskan pelajar kepada aktiviti untuk menyelesaikan masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif yang memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Proses pembelajaran sains memerlukan pemahaman konsep yang lebih tinggi kerana apabila pelajar mempelajari sains secara terbuka maka mereka akan dapat menyiasat alam sekitarnya dengan lebih bermakna kerana pelajar itu sendiri yang akan mencari maklumat dan memberikan makna kepada maklumat tersebut secara saintifik (Majalah Pendidik, 2007).

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa kaedah pengajaran guru mempengaruhi pemahaman konsep dan keseronokan pelajar untuk belajar. Bruner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses di mana pelajar boleh membina idea baru berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar juga berupaya membina makna tentang dunia dan mensintesiskan

(8)

8

pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini (Brooks & Brooks, 1993). Mereka akan berupaya membentuk konsep dan peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.

Sehubungan dengan itu wajarlah pengajaran sains berasaskan inkuiri penemuan dan inkuiri terbimbing diketengahkan untuk meningkatkan pemahaman sains pelajar. Di dalam proses pembelajaran secara pendekatan inkuiri ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran pelajar dan mengelakkan pembelajaran secara hafalan semata-mata (Lai, 2007). Proses interaksi ini berpusatkan kepada pelajar sekaligus meminimumkan pemusatan pelajar kepada guru.

Terdapat pelbagai teori dan pendekatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan bagi merealisasikan pendekatan inkuiri di antaranya ialah mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara laman web-WebQuest. Menurut Dodgie (1995) WebQuest diasaskan dari idea inkuiri dan konstruktivisme kerana ia memupuk aktiviti pembelajaran secara konstruktif dengan menggunakan pelbagai sumber dari laman web dan tugas yang diberikan kepada pelajar adalah tugasan yang direka oleh guru.

Dalam konteks ini pelajar adalah “autonomous” (bebas) dan mereka

bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran mereka. Penyertaan aktif pelajar akan menggalakkan proses komunikasi dan bekerjasama sesuai dengan konsep WebQuest yang menggabungkan pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif. WebQuest juga boleh membantu pelajar mencapai piawaian yang memfokuskan kepada kemahiran berfikir secara kritikal dan juga kemahiran menganalisa. Ini amat berguna untuk kajian sains. Pengaplikasian WebQuest untuk subjek kimia dijangkakan boleh mengatasi kesukaran pelajar memahami ilmu kimia secara menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah difahami dan menyeronokkan melalui aktiviti berkumpulan yang direka oleh guru.

(9)

9

Idea utama WebQuest terbentuk daripada saling hubungkait antara disiplin, teori dan konsep di mana perkara yang diketahui dan tidak diketahui akan bertambah secara tetap. Pendidikan yang efektif dan menyeluruh memberi individu pandangan tentang dunia yang bukan sahaja berbeza malahan saling berkaitan. Semua disiplin mempunyai hubungan yang penting dalam menyediakan kerangka semulajadi dan efektif untuk menyusun kurikulum sekolah. Kerangka ini penting untuk menunjukkan perubahan kefahaman dan juga penyusunan disiplin serta aplikasinya kepada dunia semulajadi dan juga yang direka oleh manusia.

Manakala kajian mengenai jantina terhadap pencapaian subjek sains khasnya juga telah ada dijalankan dan mempunyai dapatan kajian yang berbeza-beza. Namun pelajar perempuan didapati mempunyai ciri-ciri positif yang menyumbang kepada pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Terdapat juga kajian-kajian diawal 1990-an yang menunjukkan pelajar lelaki mempunyai kecekapan yang lebih baik terhadap penguasaan penggunaan komputer dan internet terhadap matapelajaran sains dan matematik (Zalizan Mohd Jelas et al, 2005)

Selain itu kecekapan, kemahiran, persepsi, minat dan sikap terhadap penggunaan komputer dan internet semasa pembelajaran juga boleh mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Penyelidikan oleh Ahmad Fauzi (2011) menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan mengikut jantina iaitu sikap pelajar lelaki terhadap komputer adalah lebih positif berbanding pelajar perempuan. Dalam perkembangan berkaitan juga melalui kajian Morahan-Martin (1998) mendapati penggunaan internet lebih didominasi oleh kaum lelaki sejak ia diperkenalkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kesemua hujah yang di huraikan dalam latar belakang kajian di atas, dapat dikatakan bahawa kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran masih

(10)

10

lagi didominasi oleh guru sahaja manakala pelajar hanya berperanan sebagai penerima maklumat yang pasif. Ini bertepatan dengan rumusan yang dibuat oleh Mohamad Fadzil (2008) apabila beliau mendapati amalan pendidikan sains masih lagi dikuasai oleh kaedah pengajaran secara berhierarki, berbentuk objektif dan menekankan maklumbalas, kaedah tradisional ini berorientasikan guru dan hanya guru memainkan peranan penting untuk menyampaikan pengetahuan manakala pelajar hanya menjadi penerima yang pasif. Penilaian yang dibina hanya untuk mengukur kemajuan atau tahap masteri dan menguji pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar (Azman, 1989; Mohd Fadzil, 2003).

Pada masa yang sama, ramai golongan cerdik pandai menyatakan ketidakyakinan mereka terhadap pengajaran berpusatkan guru sebagai kaedah yang boleh menyokong pemikiran yang kompleks dan beraras tinggi dalam kalangan pelajar, sedangkan untuk mempelajari dan menguasai subjek sains perlu didokong oleh tahap pemikiran kritis, kreatif dan bersifat saintifik (Harlan, 1996).

Pendekatan pembelajaran seharusnya sesuai dan mengambil kira perbezaan pencapaian dan cara belajar individu serta minat pelajar semasa merekabentuk bahan pengajaran kerana setiap pelajar mempunyai aras kecerdasan yang berbeza dan kesesuaian cara pembelajaran yang berbeza juga. Menurut Perez (2005), WebQuest adalah suatu aktiviti pembelajaran yang menggunakan sepenuhnya sumber dari laman web dan dipersembahkan oleh pelajar melalui tugasan yang perlu diselesaikan dalam konteks yang betul dan teratur, penyertaan pelajar akan menggalakkan mereka bekerja secara berautonomi dan berpasukan serta bekerjasama. Pendapat di atas telah disokong oleh pengasas WebQuest itu sendiri iaitu Dodge (1995), yang menyatakan penggunaan WebQuest ialah sebagai alternatif untuk menggalakkan pembelajaran secara aktif secara bekerjasama dalam kumpulan dengan menggunakan maklumat dari laman web.

Melalui WebQuest kumpulan pelajar akan dapat belajar melalui kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk

(11)

11

melihat adakah dengan belajar secara WebQuest ini boleh memberi hasil dan kesan lebih baik dari segi pengetahuan pelajar berbanding pelajar yang belajar secara tradisional di dalam kelas. Setiap pelajar akan belajar mengikut kemahiran mereka, pengetahuan asal dan semasa mereka, minat serta sikap mereka semasa belajar. Menurut Exline (2000) menyatakan bahawa suatu perbezaan itu bukanlah bererti suatu penamat, tetapi perbezaan tersebut ialah suatu jalan untuk menuju penamat. Pengetahuan asas akan sentiasa berkembang dan berubah sepanjang hayat. Kebolehan dan kemahiran untuk terus belajar seharusnya menjadi hasil pembelajaran yang diharapkan.

Jantina juga merupakan diantara perkara yang hendak dikaji, kerana terdapat kajian lalu yang mengatakan jantina mempengaruhi cara pelajar belajar secara laman web. Menurut satu kajian menyatakan pelajar lelaki lebih cenderung belajar melalui penggunaan internet berbanding pelajar perempuan (Busch, 1995). Selain daripada itu beberapa persepsi pelajar yang belajar secara WebQuest dinilai di antaranya ialah persepsi pelajar terhadap persembahan keseluruhan laman web, persepsi pelajar terhadap pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran laman web, persepsi pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi yang diperolehi semasa belajar secara laman web dan persepsi pelajar terhadap isu masa yang ditetapkan untuk belajar menggunakan laman web.

Oleh yang demikian itu, suatu bahan pengajaran yang sesuai berasaskan pendekatan pembelajaran WebQuest dihasilkan dengan menggabungkan kaedah pendekatan inkuiri dan konstruktivisme dan kaedah pembelajaran kooperatif serta kolaboratif. Laman web ini menjadi medium pembelajaran ke atas sebahagian pelajar aliran sains tingkatan empat bagi mata pelajaran kimia manakala guru bertindak sebagai pembimbing dan pemudahcara.

(12)

12 1.4 Objektif Kajian

Berikut merupakan objektif kajian ini:-

i. Menyediakan dan menguji bahan pengajaran bertajuk jirim berasaskan kaedah pembelajaran secara WebQuest.

ii. Menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar antara belajar menggunakan kaedah pembelajaran secara WebQuest dengan kaedah pembelajaran secara tradisional bagi tajuk Jirim.

iii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam mempengaruhi pembelajaran secara WebQuest untuk mata pelajaran kimia bertajuk Jirim.

iv. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk Jirim.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah seperti berikut:-

i. Adakah bahan pengajaran berasaskan WebQuest untuk subjek kimia tingkatan empat berjaya dihasilkan?

(13)

13

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pencapaian pelajar menggunakan kaedah pembelajaran secara WebQuest dengan kaedah pembelajaran secara tradisional bagi tajuk Jirim?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam pembelajaran secara WebQuest untuk pembelajaran mata pelajaran kimia?

iv. Apakah persepsi pelajar terhadap persembahan keseluruhan WebQuest semasa belajar menggunakan WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk Jirim?

v. Apakah persepsi pelajar terhadap pendekatan pembelajaran menggunakan WebQuest semasa belajar menggunakan bahan pembelajaran WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk Jirim?

vi. Apakah persepsi pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi yang diaplikasikan semasa proses pembelajaran WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk Jirim?

vii. Apakah persepsi pelajar terhadap peruntukan dan nilai masa yang ditetapkan semasa proses pembelajaran WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk Jirim?

(14)

14 1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini adalah seperti berikut:-

i. Ho1 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar antara pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran secara WebQuest dengan kaedah pembelajaran secara tradisional bagi tajuk Jirim.

ii. Ho2 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam mempengaruhi pembelajaran secara WebQuest untuk pembelajaran mata pelajaran kimia.

1.7 Kerangka Konsep Kajian WebQuest

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian Pengujian Keberkesanan WebQuest Persembahan Laman Web Pendekatan Pengajaran Kemahiran Komunikasi Isi Pembelajaran Persepsi

(15)

15

Berdasarkan kerangka konsep kajian yang ditunjukkan pada Rajah 1.1 di atas menunjukkan empat perkara penting mengenai persepsi pelajar yang belajar menggunakan pendekatan bahan pembelajaran WebQuest diukur menggunakan set soalan kaji selidik yang mengandungi 20 item soalan. Penilaian persepsi hanya dilakukan kepada pelajar yang belajar secara WebQuest sahaja.

Persepsi pelajar terhadap pembelajaran secara WebQuest akan diterjemahkan melalui respon pelajar terhadap item-item soalan yang terdapat dalam borang kaji selidik. Apabila pelajar memberikan respon yang baik dan positif mengikut skala maka ia boleh memberikan petunjuk bahawa pelajar sebenarnya mampu dan bersedia untuk belajar mengikut kaedah pendekatan berpusatkan pelajar seperti pembelajaran berbentuk inkuiri terbimbing yang diaplikasikan dalam WebQuest.

Minat dan persepsi yang positif merupakan elemen penting dalam penguasaan sesuatu bidang atau ilmu yang ingin diterokai. Tanpa minat dan persepsi yang negatif akan membantutkan proses pembelajaran yang berkesan. Elemen persepsi yang dinilai dibahagikan kepada empat iaitu persepsi pelajar terhadap persembahan WebQuest, kaedah pendekatan pembelajaran menggunakan WebQuest, kemahiran komunikasi pelajar dan peruntukan masa yang ditetapkan untuk pelajar

Elemen lain yang turut mempengaruhi keberkesanan bahan pembelajaran WebQuest ialah tahap pengetahuan asal dan tahap pemahaman semasa terhadap penyampaian ilmu yang disampaikan. Maklumat yang disampaikan mestilah difahami dan boleh diterima dengan berkesan. Bahan pengujian seperti soalan pre dan soalan post digunakan untuk menguji tahap pencapaian sebelum dan selepas proses pembelajaran menggunakan WebQuest.

Dapat dilihat disini, proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan web seharusnya bukan sahaja bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para pendidik menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan persekitaran pembelajaran

(16)

16

yang efektif malah ia juga dapat melibatkan penyertaan aktif dalam kalangan pelajar semasa proses P&P dijalankan (Norazah Nordin; Ngau Chai Hong, 2009). Menurut kajian yang dijalankan oleh Chang (2001), adalah untuk melihat sama ada proses pembelajaran secara web dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar semasa proses pembelajaran dijalankan dan mempertingkatkan kemajuan pembelajaran dikalangan pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan sebanyak 85.84% pelajar mengatakan pembelajaran web sangat sesuai dan ia memberikan keseronokan semasa proses pembelajaran dijalankan.

1.8 Carta Alir Kajian WebQuest

Carta alir pada Rajah 1.2 di bawah menunjukkan keseluruhan aliran kajian. Carta alir kajian ini bertepatan dengan aliran kerja berdasarkan rekabentuk model pembelajaran ADDIE.

Mengikut carta alir kajian ini ia bermula dengan proses pemilihan pelajar. Pada fasa ini segala permasalahan kajian yang hendak diselesaikan dikenalpasti secara menyeluruh. Dalam kajian ini proses menganalisis pelajar sangat penting kerana setiap pelajar mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan minat serta sikap yang berbeza. Semasa menganalisis pengkaji perlu juga melihat aspek persekitaran pembelajaran serta matlamat pengajaran kerana ia akan mempengaruhi rekabentuk bahan pengajaran yang sesuai bagi menjelaskan keseluruhan keperluan analisis pelajar yang telah dibuat.

Seterusnya bahan pengajaran yang telah dirancang mengikut keperluan analisis pelajar akan dilaksanakan. Pang (1998) dalam kajiannya mengenai proses mengoptimumkan penggunaan web bagi mempertingkatkan hasil pengajaran,

(17)

17

pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran menggunakan web melibatkan penemuan dan penerimaan sumber, komunikasi, melakukan aktiviti P&P dan menghasilkan web.

Rajah1.2 : Carta Alir Kajian

Oleh kerana kajian ini menggunakan kaedah True-experimental iaitu perbandingan satu jenis perlakuan sahaja atau disebut sebagai Pre-test dan Post-test control group design. Kedua-dua kumpulan pelajar tersebut diberikan ujian awal atau Pre-test untuk mengukur tahap pengetahuan awal (01) selanjutnya pada salah satu kelompok pelajar tersebut diberikan perlakuan (X) iaitu proses pembelajaran secara

Tahap pencapaian pelajar

Persepsi pelajar terhadap laman web

WebQuest

Ujian post

Tahap pencapaian pelajar mengikut

jantina Kaedah Pembelajaran secara

WesQuest

Kaedah Pembelajaran secara Tradisional Ujian post Sampel Rawatan Sesudah Rawatan Soalan kaji Pelajar Berbeza dari segi

x Kemahiran x Pengetahuan x Minat x Sikap Sampel Kawalan Sebelum Rawatan Ujian pre

(18)

18

WebQuest manakala satu kelompok pelajar lagi tidak diberikan apa-apa perlakuan iaitu pembelajaran di kelas seperti biasa. Sesudah selesai perlakuan kedua kelompok pelajar tersebut diberikan ujian yang sama sekali lagi dikenali sebagai post-test (02) seperti Jadual 1.1 di bawah.

Jadual 1.1 : Kerangka Konsep Kajian Rekabentuk Quasi-Experimental

E = simbol bagi kelompok pelajar yang belajar secara WebQuest. P = simbol bagi kelompok pelajar yang belajar secara tradisional.

1.9 Rasional Kajian

Rasionalnya kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan sama ada aplikasi WebQuest ini berkesan untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar seterusnya juga mampu untuk menjadi medium pembelajaran yang lebih baik berbanding pembelajaran yang biasa dijalankan di kelas. WebQuest ialah bahan pembelajaran yang menerapkan ciri-ciri inkuiri dan koperatif yang dikatakan berkesan untuk menghasilkan pengetahuan berbanding kaedah pembelajaran menyoal dan mencari jawapan semata-mata.

Ini bertepatan dengan pendekatan inkuiri yang merupakan suatu proses pembelajaran yang dinamik. Pembinaan soalan-soalan inkuiri pula perlu dirancang secara sistematik untuk menggalakkan murid berfikir secara induktif (Dewey, 1963). Penguasaan kemahiran proses sains terhadap subjek sains merupakan asas bagi membolehkan sains lebih mudah didekati dan difahami serta disukai oleh semua

E :

0

1

X 0

2

(19)

19

pelajar di mana kemahiran-kemahiran yang mereka kuasai dapat digunakan bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran sains tetapi juga dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian.

Manakala semua aktiviti pembelajaran secara inkuiri dan interaksi yang telah dirancang dan direka dengan baik seharusnya meningkatkan pemahaman yang menyeluruh dalam diri pelajar kerana pelajar akan berkomunikasi dan bekerja di dalam sebuah kumpulan. Ini akan meningkatkan kefahaman mereka serta mengekalkan pengetahuan untuk jangkamasa yang lebih lama.

1.10 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk menggunakan bahan pembelajaran secara WebQuest di mana pendekatan inkuiri sebagai proses pembelajaran yang berkesan dan menyeluruh dan sebagai kaedah alternatif untuk membantu pelajar memahami isi mata pelajaran kimia dengan lebih baik. Selain itu kaedah koperatif yang ditekankan di dalam WebQuest boleh mendidik pelajar untuk belajar bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan maklumat, berbincang dan memberi makna terhadap maklumat yang diperolehi. Pelajar disusun mengikut tahap pengetahuan yang hampir sama kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil seramai tiga atau empat orang pelajar. Guru-guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dan pembimbing serta bekerja bersama-sama kumpulan pelajar untuk membantu mereka menyudahkan hasil tugasan mereka sepanjang proses pembelajaran berlaku.

(20)

20 1.11 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini terhad kepada pelajar tingkatan empat aliran sains tulen yang mengambil mata pelajaran kimia dari Sekolah Menengah Kluster Kecemerlangan di Daerah Pontian. Responden adalah terdiri daripada dua kumpulan pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang hampir sama. Dapatan kajian bergantung kepada keupayaan responden menjawab soalan pre-test dan post-test serta soalan kaji selidik. Rekabentuk laman web kajian ini menggunakan aplikasi model pembelajaran WebQuest berasaskan pendekatan secara inkuiri. Kajian ini tidak boleh melibatkan kumpulan pelajar yang lebih besar disebabkan tempoh masa kajian juga terhad.

1.12 Maksud Istilah

Terdapat pelbagai konsep, maksud dan istilah digunakan dalam kajian ini. Oleh itu penerangan istilah yang diguna pakai dalam kajian ini adalah seperti yang dihuraikan di bawah:-

1.12.1 Model Pembangunan WebQuest

Menurut Dodgie (1995), WebQuest adalah merupakan satu aktiviti pembelajaran secara laman web yang berorientasikan penyiasatan di mana beberapa atau kesemua maklumat yang berinteraksi dengan pelajar datangnya daripada sumber-sumber di internet. Proses pembelajaran WebQuest mempunyai enam

(21)

21

komponen utama iaitu bahagian pengenalan, bahagian tugasan, bahagian proses, bahagian sumber, bahagian penilaian dan bahagian kesimpulan.

1.12.2 Pendekatan Inkuiri

Inkuiri didefinisikan sebagai kaedah mencari kebenaran, maklumat dan pengetahuan secara menyoal. Dalam kajian ini pendekatan inkuiri merujuk kepada satu proses pengajaran dan pembelajaran di atas talian apabila pelajar memainkan peranan aktif untuk menyiasat konsep sains dan menemui jawapannya sendiri seperti menurut Dodgie (1995), yang menyatakan peranan guru adalah sebagai fasilitator dan pembimbing murid untuk memahami konsep sains.

1.12.3 Fahaman Konstruktivisme

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sepadan dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik (Brooks & Brooks, 1993).

(22)

22

1.12.4 Kaedah Pembelajaran Koperatif dan kolaboratif

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif ialah suatu kaedah yang menekankan kerjasama antara rakan sepasukan untuk mencapai objektif yang ditentukan. Ahli sepasukan saling membantu berbincang dan berhujjah bersama kumpulan ketika menyelesaikan permasalahan sains. Rockwood (1995) kedua-dua kaedah pembelajaran ini menggambarkan konsep atau pendekatan yang sama yang menegaskan pada pendekatan pembelajaran melalui kerja sama berkumpulan. Namun terdapat sedikit perbezaan berkenaan cara bekerja dalam kumpulan, bagi pembelajaran koperatif.

Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja namun semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Manakala bagi pendekatan kolaboratif pula, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka dan menyelesaikan masalah bersama-sama.

1.12.5 Penggunaan Teknologi dan Multimedia

Teknologi membawa maksud sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam merekacipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Daripada perkataan latin “Teknos” bermaksud teknik atau cara atau kaedah. “Logos” pula bermaksud kaji atau belajar. Oleh itu teknologi lebih bermaksud kaedah, cara atau idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan. Manakala multimedia pula ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer dan ia lebih menarik berbanding televisyen, audio dan video sahaja (Waterworth, 1992).

(23)

23 1.12.6 Pembelajaran Aktif

Pembelajaran aktif ialah pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993), embelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.

1.12.7 Pemikiran Saintifik

Pemikiran saintifik adalah satu proses berfikir yang bermula daripada pengalaman deria atau pancaindera untuk mendapat kebenaran dan pengetahuan. Pemikiran saintifik juga berasaskan prinsip rasional dan logik kerana sesuatu yang tidak rasional dan tidak logik dengan sendirinya juga dianggap tidak saintifik. Sebab itulah bagi mereka yang terdahulu berpegang kepada ajaran logik semata-mata akan menolak adanya wahyu dan mukjizat kerana dianggap tidak logik. Dalam pemikiran saintifik tumpuannya adalah lebih kepada prinsip empirikal iaitu bukti saintifik.

(24)

24 1.13 Rumusan

Kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu memudahkan dan meningkatkan kefahaman pelajar mengatasi kesukaran pembelajaran kimia dan membantu guru dalam penyediaan kaedah alternatif berbanding kaedah tradisional. Kaedah pembelajaran WebQuest ini dijangka boleh menarik minat pelajar dan menghilangkan rasa bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas. WebQuest menggabungkan pendekatan inkuiri dan kaedah koperatif.

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menilai adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar menggunakan kaedah tradisional berbanding kaedah laman web-WebQuest. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap pembelajaran secara WebQuest. Selaian itu persepsi pelajar yang belajar menggunakan kaedah pembelajaran WebQuest juga dapat ditentukan iaitu persepsi dari segi persembahan WebQuest, isi pembelajaran dan pendekatan menggunakan WebQuest, kemahiran komunikasi dalam WebQuest dan masa pembelajaran semasa belajar secara WebQuest.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian ini menunjukkan bahwa terdapat hubungan yang positif antara Alokasi Dana Desa dengan pembangunan desa dan juga terdapat persepsi positif masyarakat

Dari ketiga penelitian tersebut terdapat kesamaan yaitu perencanaan strategis menggunalan metode Enterprise Architecture Planning (EAP) yang menghasilkan arsitektur data, aplikasi,

Landasan teori, dalam bab ini dijelaskan tentang teori pendukung yang digunakan untuk pembahasan dan cara kerja dari rangkaian Teori pendukung itu antara lain tentang

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran