• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Arus pembangunan yang pesat pada masa kini telah meningkatkan tahap teknologi kepada tahap yang lebih tinggi. Proses mengayak juga tidak terkecuali. Oleh itu system perancangan yang lebih teliti dan efisien dalam melakukan proses ayakan menjadi isu yang hangat

diperbincangkan.

Proses ayakan menggunakan penapis yang digunakan untuk memisahkan bahagian yang tidak diingini mengikut saiz, dari bahan dan serbuk pukal yang mempunyai saiz zarah kecil dan bahan doh atau campuran cecair.

Alat ini digunakan secara meluas dalam dunia sains dan teknologi di makmal makanan, makmal bahan binaan, makmal tanah, tanah ujian tanah dan di dunia kuliner. Di samping memisahkan bahan-bahan serbuk atau pukal, penapis juga digunakan untuk memisahkan bahan doh atau campuran cecair, contohnya semasa membuat santan tradisional. Penapis boleh dibuat daripada logam, polimer dan kayu.

(2)

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Teknologi adalah satu bidang kuasa dimana dapat membantu dalam menyelesaikan masalah kepada manusia.Projek yang dipilih ialah mesin pengayak tepung.Jadi,pernyataan masalah dibina bagi menyelesaikan masalah:

I. Mengambil masa dan tenaga jika menggunakan kaedah lama.

II. Sejauh manakah ketahanan sesuatu mesin dalam jangka masa panjang.

III. Masalah yang wujud paada mesin pengayak yang ada di pasaran:

a) Berat .

b) Sukar diselengara.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

I. Mereka bentuk mesin pengayak tepung dengan reka bentuk dan saiz yang sesuai bagi pengusaha kecil.

II. Membina atau membangun mesin yang dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

III. Menguji mesin tersebut dari segi ketahanan,mutu penghasilan,kebersihan dan keselamatan.

(3)

1.4 SKOP KAJIAN

Kajian dijalankan adalah tertumpu ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan dan seterusnya mengenalpasti faktor yang paling mempengaruhi dalam industri pembuatan.kajian memfokuskan kepada industri kecil yang didefinasikan sebagai industri yang mempunyai modal yang kecil atau mempunyai pekerja yang tidak begitu ramai. Projek mesin pengayak ini mempunyai beberapa limitasi yang telah dikenal pasti.Diantara:

I. Berat maksimum yang mampu diayak oleh mesin pengayak ialah maksimum seberat 8 kg hingga 12kg.

II. Mesin ini bersaiz sederhana yang bertujuan untuk memudahkan pengusaha-pengusaha sederhana menyediakan tempat untuk meletakkan mesin ini dan memudahkan pengguna untuk mengalihkan kemana-mana sahaja untuk dibawa dan digunakan.

III. Mesin ini dikendalikan orang dewasa sahaja demi menjaga keselamatan pengguna untuk menggunakan mesin ini .

(4)

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Dalam persekitaran perniagaan semasa, tidak dinafikan bahawa penggunaan teknologi membawa kepentingan bagi meningkatkan daya saing dan prestasi perniagaan. Disebabkan oleh zaman yang serba canggih dan bergerak pantas memaksa industri ini untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak pengguna dan untuk menghasilkan keuntungan dan pendapatan yang lebih lumayan. Oleh yang demikian , penting bagi IKS mengambil langkah-langkah untuk memodenkan dan menambah baik mesin , peralatan dan operasi mereka bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti mereka. Selain itu, kaedah yang sistematik dan berhemah dapat membantu kami dalam mereka bentuk mesin yang lebih ideal dan kemas.

(5)

1.6 RUMUSAN

Kesimpulannya,daripada perlaksanaan projek ini dapat belajar cara yang sesuai untuk sesuatu kajian dengan menggunakan topik-topik diatas.Objektif merupakan satu kajian dalam menetapkan sesuatu projek dan matlamat itu harus dicapai setelah mesin siap dicipta.Seterusnya penyata masalah adalah satu kunci untuk mencipta sebuah projek.Hal ini kerana daripada penyataan masalah yang boleh memudahkan daripada permasalahan yang terdapat daripada masalah orang ramai.Selain itu,skop kajian adalah satu kajian yang membataskan sesuatu projek di mana dengan skop kajian memudahkan mencapai objektif dan matlamat sesuatu projek.

(6)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Literatur bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan kajian. Kajian literatur digunakan untuk memberikan konteks kajian dengan melihat kajian yang telah dijalankan dalam bidang kajian tersebut dan bukan sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik lain. Kandungan dalam bab ini boleh mengandungi satu pengenalan ringkas kepada tajuk kajian, konsep atau toeri yang berkaitan, kajian terdahulu yang ada kaitan dalam bidang kajian dan rumusan bab ini. Tajuk umum isu atau bidang yang menjadi tumpuan perlu dikenalpasti seterusnya menyediakan konteks yang sesuai untuk tinjauan literature. Istilah “literature” bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan kajian. Kajian literature digunakan untuk memberikan kajian dengan melihat kajian yang telah dijalankan dalam bidang kajian tersebut dan bukan sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik lain. Trend keseluruhan tajuk cadangan dalam teori, bukti dan kesimpulan. Bagi memperjelaskan lagi projek yang telah dihasilkan di sini disertakan tentang cara binaan dan kelebihan “Mesin Pengayak Tepung” yang dihasilkan berbanding dengan alat yang telah sedia ada di pasaran pada masa kini.

(7)

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Pada peringkat awal,kami menemui artikel jurnal mengenai teknolgi terhadap Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dikarang oleh Jasminum Sambac bertarikh selasa,November 2,2010 dalam blog beliau mengatakan teknologi memain peranan dalam ekonomi khususnya

IKS,kecanggihan teknolgi bergantung pada pengusaha samada ingin menggunakan tenaga manusia atau mesin tetapi tegas beliau lagi dalam era permodenan ini teknologi adalah kemudahan terbaik dalam mengurangkan tenaga manusia,masa,dan kos dan pengusaha-pengusaha industri makanan mestilah menghadapi cabaran seperti kitaran hayat produk yang pendek , kepelbagaian produk, inventori yang minimum, pemprosesan serentak untuk produk yang berbeza dan mempunyai masa penghantaran yang singkat (Jovan,2000; Jiang, P., Zhou, G., Lia, Y., 2002).

Selain itu juga, kepentingan amalan keselamatan makanan dapat dilihat apabilawujudnya pelaksanaan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) di dalamindustri makanan. HACCP ini telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan hasrat untuk mengenal pasti bahaya dan risiko yang berlaku dan langkah untuk menghindari atau mengurangkan tahap bahaya demi memastikan pengeluaran makanan yang selamat(Semos dan Kontogeorgos, 2007)HACCP.

Isu daya saing dan strategi terbaik memasarkan produk akhir yang berkualiti sememangnya telah menjadi topik yang sekian lama dibincangkan di peringkat antarabangsa. Salah satu strategi positif yang dipersetujui ialah mewujudkan satu system piawai yang diiktiraf dunia seperti HACCP, ISO 9000, GMP, TQM, bagi memastikan barangan yang memenuhi piawai ini mendapat pasaran yang lebih luas. Namun begitu,bagi pengguna yang mementingkan aspek keselamatan makanan dan kesucian produk,standard mutu sahaja masih tidak menjanjikan barangan tersebut boleh diguna atau dinikmati dengan sempurna.

Menurut Zaim Shah (2009), kualiti yang rendah merupakan masalah utama yang dihadapi oleh industri. Pengeluaran dan masalah kekurangan kos akan melemahkan keupayaan syarikat untuk bersaing di dalam pasaran negara mahupun pasaran antarabangsa.

(8)

2.3

KONSEP DAN TEORI

I.

CARA TRADISONAL:

Sebelum wujudnya mesin , cara yang digunakan adalah menggunakan tangan dan penapis .Ayakan menggunakan tangan memakan masa dan tenaga yang besar untuk kuantiti banyak. Selain itu,saiz pada jaringan penapis agak besar.Jika di biarkan hasil tepung selepas diayak masih dalam bentuk ketulan.Ini menyebabkan makanan yang dimasak atau digoreng tidak memenuhi selera.

Jika ada lebihan tepung pada jaring penapis yang tidak hancur,kebanyakannya mengambil sudu atau sebaliknya menekan ketulan tepung tersebut jadikan ia hancur.itu adalah lebihan kerja yang tidak perlu ada proses pembuatan makanan.Dari segi kebersihan pula,masih di dalam kawalan dimana sarung tangan dipakai ketika proses ayakan dilakukan dan sarung kepala ditutup sepenuhnya bagi mengelak helaian rambut gugur pada tapisan tepung.Ini adalah salah satu dari undang-undang etika kerja.Keadaan atau persekitaran tempat pemprosesan masih bersih dimana kualiti makanan dapat dijaga.

(9)

II. PENGGUNAAN MESIN

Penggunaan mesin bukan sahaja menjimatkan masa, malah secara tidak langsung, pengusaha dapat meningkatkan penghasilan produk untuk memenuhi permintaan

pelanggan.Tambahan pula, mesin tersebut juga direka cipta mengikut kesesuaian dan spesifikasi pelanggan.Mesin tersebut juga boleh mudah alih dan tidak sukar untuk diselenggara .

Pengguna boleh memberi idea sama ada memerlukan mesin separa automatik atau sepenuhnya automatik.Proses ayakan memang senang diuruskan, namun apa yang merumitkan ialah apabila tepung yang ingin diayak dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. Masalah inilah yang sering diahadapi oleh pengusaha pemakanan.

Melalui Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan Makanan 1985, kerajaan telah menetapkan garis panduan kepada para pengusaha industri makanan yang bertujuan melindungi orang ramai atau pengguna daripada tindakan yang membahayakan kesihatan dan penipuan di dalam penyediaan, pemprosesan, jualan, penggunaan makanan dan juga yang berkaitan dengannya. Selain itu juga, kepentingan amalan keselamatan makanan dapat dilihat apabila wujudnya pelaksanaan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) di dalam industri makanan.

HACCP ini telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan hasrat untuk mengenal pasti bahaya dan risiko yang berlaku dan langkah untuk menghindari atau mengurangkan tahap bahaya demi memastikan pengeluaran makanan yang selamat (Semos dan Kontogeorgos, 2007).

(10)

III. STAINLESS-STEEL

Keluli tahan karat adalah logam paduan dari beberapa unsur logam dengan komposisi tertentu. Sehingga didapatkan sifat baru dari logam tersebut yang lebih kuat, lebih tahan terhadap menghakis, dan sifat unggul lain. Keluli tahan karat terbahagi menjadi beberapa grade

berdasarkan struktur metalurginya. Khusus untuk aplikasi dalam pembuatan mesin pengolah makanan, biasanya digunakan jenis keluli tahan karat gred makanan (SS 304, SS 304L, SS 316, SS316L).

Penggunaan alat pengolah makanan yang diperbuat daripada logam tahan karat (stainless steel) menjadi keperluan bagi industri pemprosesan makanan. Hal ini dilakukan agar kualiti produk makanan atau minuman yang dihasilkan tetap terjaga dan selamat bagi kesihatan pelanggan.

Keluli tahan karat mudah dibersihkan, anti menghakis, dan tahan terhadap bakteria.Pada hi-grade keluli tahan karat mudah dibersihkan daripada pencemaran luar kerana mempunyai permukaan yang halus. Sifat keras dan ketahanan impak keluli tahan karat juga memberikan kesan positif semasa proses pembersihan komponen dilakukan. Ketahanan terhadap kakisan yang tinggi memudahkan pengguna boleh membersihkan dengan pembersihan dan disinfektant yang tergolong menghakis.

Terdapat pelbagai jenis keluli tahan karat yang terdapat dipasaran . Antaranya:

i. Keluli tahan karat austenit-sifat keupayaan kimpal yang baik dan biasa digunakan dalam perindustrian.

ii. .Keluli tahan karat martensitic-kekuatan mekanikal dan daya ketahanan kakisannya keupayaan kimpal yang rendah.

iii. Keluli tahan karat dupleks-mempumyai kekuatan inovasi yang tinggi dan tahan terhadap tekanan retak kakisan .bahan ini juga mempunyai kemampuan kimpal yang tinggi .

(11)

IV .JENIS MOTOR

Motor digunakan sebagai penukar tenaga elektrik kepada tenaga mekanik (penukaran tenaga elektromekanik). Penghubung kepada sistem elektrik & sistem mekanik.Jenis penukaran (ulang-alik):

I. Mekanik >elektrik>penjana II. Elektrik>mekanik>motor

Motor AC adalah jenis motor elektrik yang bekerja menggunakan voltan AC (Alternating Current). Motor AC mempunyai dua buah bahagian utama iaitu "stator" dan "pemutar". Stator merupakan komponen motor AC yang statik. Pemutar merupakan komponen motor AC yang berputar. Motor AC boleh dilengkapi dengan penggerak kekerapan berubah-ubah untuk mengawal kelajuan sekaligus mengurangkan penggunaan dayanya.

Motor AC segerak adalah motor AC, bekerja pada kelajuan tetap pada sistem frekuensi tertentu. Motor ini memerlukan arus terus (DC) untuk penjanaan kuasa dan mempunyai torque awal yang rendah, dan oleh kerana itu motor sinkron sesuai untuk kegunaan awal dengan beban rendah, seperti pemampat udara, perubahan kekerapan dan generator motor. Motor sinkron mampu untuk memperbaiki faktor kuasa sistem, sehingga sering digunakan pada sistem yang menggunakan banyak kuasa.

Pada mesin kami,kami mengubahsuai beberapa mekanisme dari segi kedudukan,pergerakan dan kestabilan apabila berada dalam mesin.

(12)

VI. PENGGUNAAN WAYAR

Kategori wayar dan warna wayar adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum seseorang itu menjalankan kerja- kerja pendawaian elektrik, sekiranya penyambungan wayar silap dilakukan ianya akan menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik atau litar pintas akan berlaku. Pendawaian terbahagi kepada 2 jenis iaitu Pendawaian Satu Fasa (single phase) dan Pendawaian Tiga Fasa (Three Phase). Kaedah Pendawaian Satu Fasa sesuai digunakan untuk bangunan kecil yang tidak menggunakan peralatan elektrik yang banyak dan tidak memerlukan bekalan elektrik yang tinggi antaranya seperti rumah, pejabat kecil dan kedai. Manakala kaedah Pendawaian Tiga Fasa kebiasaannya digunakan bagi sebuah bangunan yang besar antaranya seperti sekolah, universiti, bangunan pejabat dan masjid.

Bagi Pendawaian Satu Fasa (single phase), wayar asas pendawaian terbahagi kepada tiga jenis.Tiga wayar asas tersebut adalah:

I. Wayar Hidup (Life) II. Wayar Neutral III. Wayar Bumi (Earth)

Setiap jenis wayar yang digunakan dalam kerja pendawaian mempunyai warna yang berbeza. Ini bertujuan agar ketiga- tiga wayar ini dapat dibezakan bagi mengelakkan berlaku kesilapan semasa membuat penyambungan pada pendawaian.

Kategori wayar mengikut warna tersebut adalah: i. Wayar Merah/ Coklat - Wayar Hidup (Life) ii. Wayar Biru/ Hitam - Wayar Neutral

iii. Wayar Hijau/ Hijau jalur kuning - Wayar Bumi (Earth)

Perlu diingat, setiap jenis wayar hanya boleh disambung dengan jenis wayar yang sama sahaja. Pastikan langkah- langkah keselamatan dipatuhi semasa membuat kerja pendawaian dan elakkan kecuaian.

(13)

VII. JENIS PLAG

Plag dan soket elektrik mungkin berbeza di setiap negara mengikut bentuk, saiz serta jenis penyambung. Jenis yang digunakan di setiap negara ditetapkan oleh badan penguatkuasa piawaian kebangsaan masing-masing, misalnya SIRIM di Malaysia.Jenis plag dilabelkan mengikut kod huruf dari penerbitan kerajaan A.S, ditambah dengan komen pendek yang menyatakan negara asal serta bilangan sesentuh.

Secara umumnya, Kelas IEC merujuk kepada pengkelasan peralatan elektrik sama ada ia dibumikan atau tidak, serta darjah penebatan yang digunakan. Misalnya, Kelas I merujuk kepada peralatan yang dibumikan, manakala Kelas II merujuk kepada peralatan tidak dibumikan yang dilindungi dengan dua lapisan penebat.

I. Jenis A (100-125V/15A), 2 pin, tidak dibumikan II. Jenis B (100-125V/15A), 3 pin, dibumikan III. Jenis C (250V/2.5A), 2 pin, tidak dibumikan IV. Jenis D (250V/5A), 3 pin, dibumikan V. Jenis E 2 pin (dengan alur bumi)

VI. Jenis F (250V/16A), 2 pin (dengan klip bumi) VII. Jenis H (250V/16A), 3 pin, dibumikan

VIII. Jenis I (240V/10A), 3 pin, dibumikan IX. Jenis J (250V/10A), 3 pin, dibumikan X. Jenis K (250V/10A), 3 pin, dibumikan XI. Jenis L (250V/10-16A), 3 pin, dibumikan

(14)

2.4

RUMUSAN

Berdasarkan kajian literature yang kami dapati , bahawa mesin yang sedia ada tidak memenuhi piawaian . Keselamatan tidak diutamakan dari segi bentuk , saiz , dan fungsi mesin tersebut yang memerlukan pengendalian . selain itu , kami mendapati bahawa kos yang

diperlukan amat tinggi bagi industri industri kecil . Di samping itu,kajian lepas cukup mengukuhkan fakta mengenai projek kami

(15)

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan satu kaedah melalui kajian yang mempunyai penerangan sistematik berkenaan aliran aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pemilihan metologi dalam pembangunan projek merupakan aspek terpenting bagi memastikan projek yang dibangunkan dapat dilaksanakan mengikut langkah secara tersusun dan sistematik. Perbincangan dan penghuraian idea kerja perlulah dilaksanakan kerana ia penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Perbincangan bersama penyelia projek mestilah dilakukan agar penghuraian idea-idea yang bernas serta berkaitan dengan projek dapat dilakukan serta mendapat sokongan daripada penyelia.Sehubungan dengan itu, bab ini akan menerangkan setiap langkah yang diambil dalam penghasilan reka bentuk projek yang dilaksanakan. Selain itu, bab ini turut dimuatkan juga penerangan secara terperinci tentang proses dan konsep reka bentuk projek kami.

(16)

3.2 CARTA ALIR PROJEK

Rajah 3.1: Carta Alir Projek Mengenal pasti reka bentuk Konsep reka bentuk Keperluan reka bentuk Pemilihan komponen Proses reka bentuk Analisis reka bentuk Perancangan Proses febrikasi Pengubahsuaian Pengujian reka bentuk Tidak berjaya Berjaya Pengumpulan data

(17)

3.2.1 Penerangan Carta Alir

Carta aliran adalah sejenis rajah yang mewakili suatu algoritma atau proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambaran rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara langkah demi langkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah yang

menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data. Aliran data tidak selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah aliran data; sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam menganalisis, mereka bentuk,

mendokumentasi atau menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang. Pada permulaan, kami berbincang untuk memilih tajuk projek. Pemilihan projek ini, berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha industry kecil-kecilan. Selepas banyak idea yang diperkenalkan dan dibincangkan dengan penyelia, kami telah sepakat untuk menghasilkan sebuah mesin iaitu “Flour Sifter Machine” (Mesin Pengayak Tepung)”. Selepas itu, kami mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek. Skop dan objektif ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku. Pembentangan projek satu, melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, pernyataan masalah, kajian literasi, metodologi, lukisan berbantu computer dan lain-lain.

(18)

3.3 PERALATAN, BAHAN DAN KOS

3.3.1 Peralatan

Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa proses untuk membina projek yang dilakukan. Tanpa alat bantuan kerja ini, projek yang dilakukan tidak dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan sempurna. Antara alatan yang digunakan untuk membina “Mesin Pengayak Tepung” adalah seperti jadual dibawah.

Jadual 3.1 : Peralatan dan Kegunaan

PERALATAN KEGUNAAN

Digunakan untuk mengukur ketebalan bahan kerja dan juga digunakan untuk mengukur diameter lubang pada bahan kerja.

Vernier Caliper

Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja . Saiz mata gerudi juga berbeza mengikut saiz lubang yang hendak dibuat. Mata Gerudi

(19)

Digunakan untuk mengikir bahan kerja. Kikir digunakan bagi, tujuan mengikir tempat yang mempunyai lebihan besi selepas dipotong. Kerja ini dilakukan Kikir bagi tujuan kekemasan projek.

Digunakan untuk mengetuk dan mengemaskan permukaan yang tidak sakata.

Ganding Getah

Alat ini digunakan untuk mengukur sesuatu yang panjang.

Pita Pengukur

Alat ini digunakan untuk mengukur sudut tepat 90°.

(20)

Digunakan untuk mengetatkan bolt dan nat yang terdapat pada projek.

Spanar

Mesin ini digunakan untuk melakukan kerja- kerja memotong selari , meluas , mengerek, memotong tirus, mencanai dan mengilap pada komponen projek.

Mesin Larik

Alat ini digunakan untuk melindungi mata daripada terkena serpihan terpercik semasa melakukan kerja.

(21)

Mesin ini digunakan untuk tujuan pemotongan dan juga digunakan untuk meratakan permukaan yang telah dikimpal, mata mesin ini boleh ditukar untuk memotong atau meratakan permukaan komponen. Mesin Canai

Mesin ini digunakan untuk mencantumkan sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan bahan khas seperti logam.

Mesin Kimpal Mig

Alat ini digunakan untuk melindungi muka daripada terkena percikan api kimpalan serta melindungi mata dari kesakitan akibat api kimpalan yang Topeng Muka Mengimpal kuat

(22)

Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja.

Mesin Gerudi

Digunakan untuk memastikan bahan kerja dalam keadaan sama paras.

Timbang Air

Bagi proses menyembur projek untuk tujuan kekemasan. Penyambur Berwarna

(23)

3.3.2 Bahan Projek

3.3.2.1 Motor Mesin Jahit

:

Rajah 3.2: Motor Mesin Jahit

Merujuk pada rajah 3.6 projek ini menggunakan motor mesin jahit yang mempunyai nilai torque yang tinggi . Tujuan bagi memilih motor ini adalah kerana projek ini memerlukan motor yang mampu menggerakkan bahan penapis yang diperbuat daripada stainless steel.

(24)

3.3.2.2 Besi Hollow

Rajah 3.3 : Besi Hollow

Besi hollow digunakan sebagai kerangka pada mesin pengayak tepung. Ini kerana besi hollow dapat menampung beban motor dan tepung yang digunakan.

3.3.2.3 Bolt dan Nat

Rajah 3.4 :Bolt dan Nat

Penggunaan bolt dan nat adalah satu kaedah untuk penyambungan dan memudahkan proses pemasangan serta peleraian semasa projek dibuat

(25)

3.3.2.4 Penapis Tepung

Rajah 3.5 : Penapis Tepung

Penggunaan penapis tepung adalah untuk meyaring tepung kepada partikal yang halus. Pada penapis tepung ini terdapat wire mesh yang berfungsi sebagai penapis tepung dan wire

mesh ini dibuat daripada dawai besi tahan karat yang halus.

3.3.2.5 Bekas Plastik

Rajah 3.6 : Bekas Plastik

Penggunaan bekas plastik adalah tempat untuk menampung dan menyimpan tepung dalam kuantiti yang ditetapkan.

(26)

3.3.2.6 Corong

Rajah 3.7: Corong

Penggunaan corong adalah untuk mengawal kuantiti tepung yang banyak daripada memasuki penapis.

3.3.2.7 Crank Shaft

Rajah 3.8 : Cam Shaft

Penggunaan cam shaft untuk pertukaran kuasa putaran daripada motor kepada pergerakan ulang alik (linear actuation).

(27)

3.3.2.8 Pedal Kaki

Rajah 3.9 : Pedal Kaki

Penggunaan pedal kaki ini adalah untuk mengawal kelajuan motor dan mengekalkan kelajuan motor.

(28)

3.3.3 Bahan dan Kos

Jadual 3.2 : Senarai Bahan Dan Kos

Bil Bahan Kuantiti Harga (RM)

1 Bekas plastik

2 10.00(seunit)

2

Penapis tepung 1 6.60(seunit)

3 Motor mesin jahit

(satu set)

1 58.00(seunit)

4 Besi hollow 2x2

(20kaki)

1 7.60(seunit)

5 Bolt dan nat 6 0.80(seunit)

6 Roller 4 2.00(seunit)

7 Penutup lubang 4 1.00(seunit)

8 Spray 2 6.90(seunit)

(29)

3.4 PROSES PEMBINAAN

3.4.1 Membuat Lakaran dan Lukisan Projek

Proses pertama untuk memulakan kerja atau membina projek ialah dengan membuat lakaran bagi tujuan untuk memudahkan proses atau pelaksanaan seterusnya dan secara tidak langsung dapat mempermudahkan proses kerja dalam membina projek ini. Dengan terdapatnya lakaran atau lukisan ini perbincangan dapat dibuat dengan lebih jelas dan perlaksanaan kerja lebih teratur dan lebih lancar. Dimensi projek boleh dibuat dan dihasilkan. Rajah 3.10 menerangkan tentang lakaran awal projek ini.

(30)

Rajah 3.10 menunjukkan lakaran dan lukisan pada mulanya dibuat pada kertas sahaja dan lukisan tersebut dilakar dengan menggunakan kaedah lukisan kejuruteraan. Ini kerana projek boleh dilihat dan difahami dengan jelas. Lukisan ortografik dan isometric dapat dilihat dengan jelas pada Lampiran A. Selepas proses membuat lukisan asas projek, setiap komponen pada projek dilukis secara bersama bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja dalam melaksanakan dan membina projek. Seterusnya, projek ini boleh difahami boleh dilihat dan difahami dari tiga suduk serentak iaitu sudut pandangan atas, hadapan dan tepi. Pada setiap bahagian terdapat beberapa bahagian-bahagian kecil dalam setiap asas tersebut. Setiap bahagian dilukis dengan lebih terperinci bagi tujuan untuk mempermudahkan pelaksanaan pembinaan projek ini.

3.4.2 Proses Membina Rangka Projek

Lukisan atau lakaran bagi setiap bahagian asas tersebut telah dilukis dalam Software

Autodesk Inventor 2016 supaya lakaran atau lukisan tersebut nampak lebih jelas dan menarik.

Dalam proses melakar tersebut ukuran projek ini telah dikeluarkan dan dicatat dengan lebih tepat dan terperinci. Bahagian ini sangat penting kerana bahagian ini adalah bahagian utama projek ini dan bahagian ini adalah tempat pelaksanaan atau tempat sistem projek ini diletakkan. Setiap ukuran dan juga dimensi mestilah tepat supaya tidak berlaku perkara yang tidak menghalang pergerakan sistem projek ini.

(31)

3.4.3 Proses Fabrikasi

Setelah pelbagai penetilian yang dibuat seperti membeli barang terhadap reka bentuk ini, akhirnya pemasangan boleh dibuat dengan cekap dan lancar. Pemasangan akan diperhati semula melalui konsep rekabentuk yang telah direka dengan pelbagai kedudukan rekabentuk.

3.4.3.1 Mengukur Panjang Komponen

Mengukur panjang komponen yang ingin dipotong sebelum besi itu dipotong.

Menandakan hasil bacaan pengukur dengan menggunakan kapur yang sesuai. Mengunakan ‘cm’ dalam bacaan ketika kerja mengukur dan membina projek.

3.4.3.2 Melakukan Grinding Pada Besi Yang Dipotong

Rajah 3.11: Memotong Besi Rajah 3.12:Mencanai Besi

Besi yang dipotong mempunyai sudut yang tajam. Ia akan menyebabkan kecederaan ketika melakukan kerja dengan lalai. Grinding dilakukan bertujuan untuk melincinkan sudut yang dipotong itu. Meratakan sisa yang ada pada besi yang dipotong. Melincinkan permukaan besiyang dipotong dan hilangkan karat.

(32)

3.4.3.3 Menyusun Komponen Seperti Lakaran Yang Telah Dibuat

Rajah 3.13:Komponen Yang Siap Disusun

Besi atau komponen yang dipotong atau yang telah diselesaikan dari mengukur dan memotong, satu kan semua komponen tersebut sacara rawak. Susunan disusun mengikut

gambaranyang telah dilakar diatas kertas kerja. Cantumkan semua komponen menggunakan tape yang kuat buat sementara.

3.4.3.4 Mengimpal Pada Besi Yang Telah Siap

Rajah 3.14: Mengimpal Besi

Cantumkan setiap komponen antara satu sama lain. Ia hanya dikimpal sedikit dibahagian hujung komponen. Bertujuan untuk mendirikan rangka projek secara tidak rasmi. Untuk

membentuk awal projek tersebut. Hasil kimpalan itu tidaklah terlalu kuat, kerana mudah untuk diceraikan semula jika dipasang.

(33)

3.4.3.5.Memeriksa sudut

Setelah siap dipasang secara tidak rasmi, permehatian secara fizikal dilakukan untuk mengenal pasti sama ada rangka projek itu sesuai atau sama dengan apa yang dibincangkan didalam kertas kerja. Sekiranya camtungan itu terdapat sedikit kecacatan pada sudut tertentu ia perlu diceraikan semula dan dipotong untuk mendapatkan ukuran yang tepat.

3.4.3.6Mengukur semula komponen

Rajah 3.15 : Mengukur Semula Komponen

Setelah komponen dicantumkan secara tidak rasmi, ukur semula kepanjangan komponen mengikut ukuran yang ditetapkan.

(34)

3.4.3.7 Mereka bentuk shaft

Rajah 3.16 : Ukuran shaft Diameter = 55mm

Panjang shaft = 52mm Diameter shaft = 12mm

Proses:

I. Keluli padu dipilih.

(35)

II. Keluli besi dipotong oleh pemotong besi mengikut ukuran yang betol.

Rajah 3.18 : Proses memotong keluli padu

III. Penggunaan mesin larik.melarik muka kedua-belah.

Rajah 3.19 : Proses melarik

IV. Melarik keseluruhan mengikut ukuran yang ditetapkan sehingga selesai.

(36)

V. CAM Shaft siap diguna dan dipasang

Rajah 3.21 : Cam Shaft

3.4.3.8 Mengemaskini Komponen Mesin

Rajah 3.22: Mengemaskini Komponen Mesin

Memastikan kesemua komponen yang ingin digunakan dalam projek dalam keadaan yang baik. Pastikan produk yang dihasilkan itu tidak mengalami sebarang kerosakan pada mana-mana bahagian yang terdapat pada projek. Percubaan pemasangan kesuluruhan komponen untuk memastikan dimana bahagian untuk penambahbaikan sebelum mesin siap diuji untuk kali kedua.

(37)

3.4.3.9 Proses Pemasangan Komponen

Setelah kesemua komponen telah siap dikemaskini. Proses pemasangan komponen mula dipasang mengikut langkah yang ditentukan. Segala karat yang terdapat pada besi komponen perlu dicuci sebelum dipasang.

i. Sebelum mencamtumkan kesemua besi komponen tersebut, pastikan ia dalam keadaan selamat digunakan. Grinding semula kesan pada bahagian yang dikimpal.

ii. Mulakan dengan mengimpal pada bahagian tapak rangka projek tersebut

iii. Setelah selesai mengimpal pada bahagian tapak projek, teruskan dengan mengimpal pada bahagian badan projek.

iv. Cantumkan beberapa komponen penting pada bahagian badan projek.

v. Kimpal tapak pemegang motor pada bahagian atas rangka projek.

vi. Membuat beberapa lubang untuk memasang pemegang motor pada bahagian lain

vii. Mengimpal plat stainless steel untuk dijadikan . Besi yang sudah dicantumkan.

viii. Ketuk sisa pada bahagian yang telah dikimpal.

ix. Grinding pada bahagian yang dikimpal supaya tidak kelihatan kasar tajam.

x. Dirikan projek yang telah dikimpal untuk melihat sudut atau hasil projek yang dikimpal.

xi. Lakukan pengujian terhadap projek tersebut.

(38)

3.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah kajian perlulah dikaji dahulu supaya kajian mendapat medologi yang diingini. Metodologi projek ini menunjukkan kaedah atau pendekatan atau kerangka yang digunakan di dalam penyelesaian projek ini. Kajian metodologi menunjukkan kaedah dan pendekatan yang digunakan seperti kaedah pengumpulan data, model, carta alir, pemilihan kaedah, dan bahan yang terbaik. Selain itu, membuat perubahan rekabentuk, ataupun sistem dan juga membuat pengujian pada bahan projek. Seterusnya, kajian metodologi projek ini juga menunjukkan factor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan sesuatu kaedah atau pendekatan tertentu.

(39)

Referensi

Dokumen terkait

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

Konsekuensi yang diharapkan klien dapat memeriksa kembali tujuan yang diharapkan dengan melihat cara-cara penyelesaian masalah yang baru dan memulai cara baru untuk bergerak maju

• Orang di dunia kerja Tidak dapat Serohani dengan mereka yang full-time di gereja. • Fungsi utama dari

Kekuatan konsumen dapat menangkap nilai lebih dengan memaksa terjadinya penurunan harga, tuntutan untuk kualitas atau layanan yang lebih baik (yang otomatis akan

Pencahayaan tersebut dapat diubah menjadi instalasi pencahayaan yang lebih efisien untuk hasil yang sama atau lebih baik dengan konsumsi energi dan biaya yang lebih rendah..

selama 3 dan 4 menit menujukkan pola pandu gelombang yang jelas dan tidak terputus-putus, hal ini berkaitan dengan proses polimerisasi rantai organik yang telah