• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Masalah dedaun dan sampah-sampah kecil samada basah atau kering yang tidak terkawal ke merata-rata tempat termasuklah halaman rumah bukanlah perkara yang baru.

Mesin dan alat yang sedia ada tidak mampu menangani masalah ini. Sungguhpun begitu, beberapa inovasi yang telah dibangunkan untuk membantu supaya dedaun dan sampah yang tidak dikawal dapat diuruskan dengan sistematik. Namun, alat-alat tersebut kurang memberi kesan kepada pengguna. Hal ini disebabkan oleh jumlah kuantiti dedaun dan sampah yang dikumpul adalah kurang memuaskan. Pemerhatian telah dibuat di persekitaran kawasan lapang iaitu kawasan persekitaran perkampungan, perumahan dan kawasan-kawasan di tempat belajar.

Dedaun dan sampah ini boleh membuatkan persekitaran rumah menjadi tidak terurus sekaligus menjadikan halaman rumah tersebut tidak menarik. Perkara ini justeru mendatangkan ketidakselesaan kepada tuan rumah mahupun jiran tetangga

.

Dengan yang demikian, inisiatif untuk membantu proses pembersihan kawasan halaman rumah cuba dibangunkan dengan tujuan untuk memudahkan proses kutipan atau pengumpulan daun-daun serta sampah di persekitaran yang hendak dibersihkan.

(2)

2 Rajah 1.1 Gambar menunjukkan dedaun serta sampah di halaman.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Melalui pemerhatian yang dibuat terdapat beberapa pernyataan yang telah dikenalpasti untuk menghasilkan alat ini ialah :

i. Kesukaran membersihkan dedaun atau sampah sekitar halaman rumah mahupun kawasan yang luas.

ii. Sakit belakang yang tidak dapat dielak semasa menyapu atau mencakar dedaun atau sampah.

iii. Mengambil masa yang lama untuk melakukan kerja pembersihan.

iv. Alat yang sedia ada agak berbahaya kepada kanak-kanak.

(3)

3 1.3 OBJEKTIF

Dalam merekabentuk dan mencipta alat ini, objektif kajian perlu diberi lebih perhatian agar objektif ini dapat dicapai dan membuahkan hasil, antara objektif kajian ini ialah:

i) Mereka bentuk Adjustable Multipurpose Collector (AMC) menggunakan tenaga manusia.

ii) Memfabrikasikan Adjustable Multipurpose Collector.

iii) Menguji kecekapan Adjustable Multipurpose Collector.

1.4 SKOP PROJEK

Dalam menyiapkan projek ini terdapat beberapa skop yang telah ditetapkan agar projek ini dapat disiapkan dan tidak melanggar mana-mana garis panduan yang telah

ditetapkan dalam skop ini, antaranya ialah :

i. Adjustable Multipurpose Collector digunakan untuk membersihkan dedaun kering atau basah serta sampah kecil.

ii. Adjustable Multipurpose Collector hanya boleh digunakan pada permukaan rata.

iii. Bergerak dan berfungsi dengan kombinasi sprocket.

iv. Menggunakan konsep seperti conveyer untuk menggerakkan dedaun dan sampah kecil ke tempat tong sampah.

v. Menggunakan tenaga manusia untuk mengerakkannya.

(4)

4 1.5 KEPENTINGAN PROJEK

Projek ini dijalankan bertujuan untuk membantu kerja-kerja membersihkan dedaun dan sampah di sekitar halaman rumah dan kawasan-kawasan lapang. Alat yang bakal dibangunkan mampu mengutip dedaun dan sampah secara cepat dengan kuantiti yang banyak dalam satu masa. Ia tidak memerlukan pengguna untuk mengutip dedaun dan sampah dengan menggunakan tangan. Selain memudahkan kerja-kerja pembersihan, dan mampu mempercepatkan proses berkenaan.

(5)

5

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur atau kajian ilmiah, boleh didefinisikan sebagai satu proses kajian terdahulu bagi membantu di dalam proses penambahbaikkan sesuatu projek yang akan dihasilkan. Adanya kajian literatur ini adalah untuk menerangkan serba sedikit berkenaan dengan maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari laman sesawang dan pemerhatian seterusnya dapat mencapai objektif utama pelaksaan projek ini. Selain itu, memudahkan urusan dalam pemilihan bahan, jenis-jenis bahan yang digunakan dan segala maklumat sebelum memulakan projek tersebut.

Terdapat beberapa produk inovasi yang menampilkan ciri-ciri yang sangat efisien dan dapat memenuhi keperluan produk di dalam situasi tertentu. Sungguhpun skop kajiannya mungkin berbeza tetapi secara keseluruhannya tujuan utamanya sama iaitu mengutip dan mengumpul dedaun kering atau basah serta sampah kecil yang banyak.

Inovasi terdahulu juga dapat membantu dalam proses pemilihan konsep, alatan yang digunakan, rekabentuk, dan sebagainya bagi memastikan sebarang kelemahan dalam menghasilkan prototaip alat pengumpul dedaun dapat diminimumkan sebaiknya.

(6)

6 2.2 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH PENYELIDIK

TERDAHULU

JADUAL 2.1: KAJIAN TERDAHULU 1

PERKARA KETERANGAN

Nama reka bentuk/ kaedah Pencakar/Tradisional

Mekanisma

1) Mencakar dedaun dan sampah.

2) Mengumpulkan pada satu tempat

Rajah 2.1 Pencakar

Kelebihan Kos murah

Kekurangan • Sukar

• Lambat

• Meletihkan (menggunakan tenaga manusia sepenuhnya)

Rujukan https://www.google.com/pembersihan.daun/688&b iw=360&hl

(7)

7 JADUAL 2.2: KAJIAN TERDAHULU 2

PERKARA KETERANGAN

Nama reka, bentuk/ Kaedah Hand Blower/Angin

Mekanisma

1) Menggunakan tenaga angin.

2) Mengumpulkan dedaun serta sampah kecil yang berselerak.

Rajah 2.2 Hand Blower

Kelebihan Cepat dan mudah

Kekurangan

• Menggunakan minyak petrol

• Kos yang mahal

• Menghasilkan pencemaran bunyi

Rujukan

https://www.coursehero.com/file/p4sgl1i0/Di- samping-itukaedah-proses-pengutipan-dedaun- terbahagi-kepada-dua-iaitu/

(8)

8 JADUAL 2.3: KAJIAN TERDAHULU 3

PERKARA KETERANGAN

Nama reka bentuk/ Kaedah Mesin pengutipan dedaun dan sampah

Mekanisma 1) Menyapu dan mengumpul dedaun dan sampah.

2) Menggunakan motor untuk menggerakkannya.

Rajah 2.3 Mesin Pengutipan dedaun dan sampah

Kelebihan Mudah dan senang dibawa

Kekurangan Menyapu dedaun dan sampah dengan kuantiti yang sedikit

Rujukan https://www.familyhandyman.com/landscaping/law n-care/what-is-a-lawn-sweeper/

(9)

9 2.3 TEORI / KONSEP

CIRI-CIRI KONSEP YANG AKAN DIGUNAKAN

Bagi menginovasikan alat pengutip dedaun serta sampah kecil yang sedia ada, projek ini menggunakan rekabentuk serta mekanisma yang lain selain contoh yang diberikan. Pada masa kini, terdapat pelbagai rekabentuk alat atau mesin untuk mengutip dedaun atau sampah kecil dihasikan. Namun begitu, masih terdapat kekurangan kepada penghasilan alat atau mesin tersebut.

Projek Adjustable Multipurpose Collector ini dihasilkan menggunakan konsep rantai dan sprocket di mana konsep sprocket ini tidak memerlukan sumber kuasa elektrik bagi memastikan alat ini beroperasi.

2.3.1 PENGENALAN SPROCKET / GEGANCU

Sprocket adalah roda bergerigi yang berpasangan dengan rantai, trek, atau objek panjang yang bergerigi lainnya. Sprocket berbeza dengan puli di mana sprocket memiliki gigi sedangkan puli pada umumnya tidak mempunyai gigi. Sprocket yang digunakan pada basikal, motosikal dan pada mesin lain samaada untuk menghantar gerakan berputar antara dua shaft di mana gear tidak sesuai atau untuk memberikan gerakan linear ke landasan, pita dan lain-lain. Berkemungkinan bentuk sprocket yang paling biasa boleh di dapati di dalam basikal, di mana aci pedal membawa roda pemancaran yang besar memacu rantai dan seterusnya mendorong pemancaran kecil pada gandar roda belakang.

Sprocket mempunyai pelbagai rekabentuk, effisiensi setiap sprocket ditentukan pada rekabentuk setiap sprocket. Ianya tidak mempunyai bebibir. Sesetengah sprocket digunakan dengan ‘timing belt’ yang mempunyai gerigi untuk memastikan ‘timing belt’

itu dalam keadaan center.

(10)

10 Rajah 2.4 Sprocket

2.3.2 ROLLER CHAIN / BUSH ROLLER CHAIN

Rantai adalah sejenis penggerak yang kebanyakannya digunakan sebagai

‘mechanical power’ di dalam banyak bidang di perindustrian mahupun pemesinan agrikultural. Ia juga terdapat pada kereta dan basikal. Rantai pada kebiasaannya didorong oleh roda bergerigi ataupun dipanggil sprocket. Konsep ini ringkas dan cekap banyak digunapakai dalam industri.

Rantai direka bentuk untuk mengurangkan geseran dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kecekapan.

Rajah 2.5 Roller Chain

(11)

11 2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN

2.4.1 KAJIAN TERDAHULU 1

Hanya menggunakan pencakar dedaun dan sampah yang diperbuat daripada bahan plastik dan batang kayu. Malah proses ini menggunakan tenaga manusia yang banyak.

Pencakar ini mempunyai lebar 39.4 cm, manakala ketinggian 40 cm dan beratnya ialah 1.5 kg.

Rajah 2.6 Pencakar

2.4.2 KAJIAN TERDAHULU 2

Mesin ini membuang dedaun dan sampah kecil menggunakan tenaga angin.

Selain itu, mesin ini juga menggunakan enjin 7.5 kuasa kuda dengan 5.5 kW.

Mempunyai tekanan 270 M bar dan menggunakan 260 M bar. Menggunakan saiz enjin 25.4 cc. Mesin ini dijual di pasaran dengan harga RM500 hingga RM800. Mesin ini menggunakan enjin 2 strok dan beratnya sekitar 4.3 kg.

Rajah 2.7 Hand Blower

(12)

12 2.4.3 KAJIAN TERDAHULU 3

Mesin ini menggunakan motor untuk bergerak dan dikawal oleh calat kawalan.

Malah mesin ini juga mempunyai berus untuk menyapu dedaun.

Mesin ini menggunakan motor DC 12V. Berat mesin ini kira kira 4 kg dan panjangnya sekitar 44 cm. Tinggi dan lebar mesin ini masing-masing 29 cm dan 34 cm.

Rajah 2.8 Mesin Pengutip Automatik

(13)

13 2.5 Kajian komponen yang digunakan

2.5.1 Mild Steel

Mild steel atau keluli ringan adalah jenis keluli karbon dengan kandungan karbon rendah dan ia juga dipanggil keluli karbon rendah, julat akan berbeza-beza berdasarkan sumbernya, tetapi biasanya antara 0.05 peratus hingga 0.25 peratus mengikut berat. Keluli karbon yang tinggi sebalinya akan berkisar antara 0.30 peratus dan karbon 0.20 peratus.

Rajah 2.9 Mild Steel

2.5.2 Sprocket

Sprocket ialah satu roda yang memiliki profil gigi yang berpanca dengan satu rantai, runut atau bahan bergelonggong atau berlekuk yang lain. Ia jelas berlainan dengan gear dengan mana sprocket tidak akan sekali-kali berpanca bersama-sama dengan terus dan daripada takal kerana tidak memiliki bebibir pada kedua-dua belahnya. Sprocket digunakan dengan meluas pada basikal, motosikal, kereta, kereta kebal dan mesin bagi memindahkan pergerakkan putaran antara dua aci di mana penggunaan gear tidak bersuaian atau bagi memindahkan pergerakkan linear ke runut, pita dan sebagainya.

(14)

14 Rajah 2.10 Sprocket

2.5.3 Roller Chain

Rantaian roller atau rol roller belukar adalah jenis pemacu rantai yang paling biasa digunakan untuk penghantaran kuasa mekanikal ke atas pelbagai jenis jentera domestik, perindustrian dan pertanian, termasuk penghantar, mesin kawat dan tiub, mesin cetak, mesin cetak, motosikal dan basikal. Ia terdiri daripada satu siri penggelek silinder pendek yang diadakan bersama-sama dengan pautan sampingan. Ia didorong oleh roda bergigi yang dipanggil pemancuan. Ia adalah cara penghantaran kuasa yang mudah, boleh dipercayai dan efisien.

Rajah 2.11 Roller Chain

(15)

15 2.5.5 Penyapu Berus

Menghilangkan dedaun, habuk atau kotoran dan juga menggunakannya untuk menggosok di luar lantai dan longkang. Ciri – cirinya ialah bulu yang keras, sesuai untuk penggunaan luaran atau untuk menggosok.

Rajah 2.12 Penyapu Berus

2.5.6 Roda

Roda getah boleh didapati dalam pelbagai saiz dari l00x32mm hingga 400xl00mm. Pembuatan roda ini terdiri daripada getah dan tayar teras terdiri daripada logam atau plastik. Sebagai ikatan yang dibuat antara getah dan teras yang terdiri daripada logam atau plastic membantu meningkatkan kualiti. Disamping itu, ini juga membolehkan roda untuk diganti apabila haus. Antara kelebihan roda ini ialah mempunyai kos yang efektif, kelihatan menarik dan menyerap kejutan.

Rajah 2.13 Roda

(16)

16 2.6 RUMUSAN BAB

Bab ini telah menerangkan teori atau konsep projek ini dengan menjelaskan tentang bahan yang hendak digunakan. Melalui ini, ianya dapat memudahan lagi kerja- kerja yang dilakukan dalam penghasilan alat ini. Data- data yang telah dikumpulkan dan dianalisis adalah data yang amat penting dalam membuat projek akhir ini. Selain itu, pemilihan bahan yang betul merupakan aspek yang penting untuk dititikberatkan dalam sesuatu rekabentuk yang dihasilkan. Maka, proses pemilihan bahan untuk projek ini telah dipilih dengan baik bagi menjadikan alat ini dihasilkan lebih baik daripada inovasi yang sedia ada. Oleh hal yang demikian, kajian serta idea baru untuk menginovasikan alat pengutipan sampah mahupun dedaun dengan menggunakan konsep sprocket dan roller chain ini dapat membantu memudahkan lagi kerja pengutipan ini dijalankan.

(17)

17

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Kajian metodologi merupakan proses dan kaedah yang dijalankan bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Disamping itu, ianya menerangkan mengenai sumber-sumber data yang diperolehi untuk melengkapi kajian ilmu. Sumber sumber data yang diperolehi daripada kajian literasi yang diproses dan dianalisis untuk mendapatkan matlamat yang lebih tepat.

Perancangan dan pemilihan kajian metodologi haruslah dibuat dengan teliti dan sebaik mungkin bagi memastikan data yang terkumpul bersesuaian dengan objektif kajian yang ingin dicapai. Segala maklumat yang tidak berkaitan haruslah ditolak terlebih dahulu bagi memastikan kajian yang dijalankan tidak terpesong dan mempunyai maklumat yang diperlukan sahaja. Metodologi kajian terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu:

i. Mengumpul data dan maklumat mengenai kajian

ii. Membuat pemerhatian dan kajian terhadap proses yang dijalankan oleh kajian.

iii. Membuat kajian terhadap pemilihan bahan kejuruteraan dan kos yang terlibat.

(18)

18 3.2 PROSES MEREKA BENTUK

3.2.1 Mengenalpasti Masalah

Masalah pertama yang dapat dilihat ialah kebanyakkan mesin atau alat pengutipan dedaun dan sampah sedia ada kurang dari segi pengumpulan dedaun serta sampah. Masalah ini menyebabkan pengguna lebih memilih menggunakan pencakar.

Oleh itu, tercetusnya idea kami untuk mereka bentuk sebuah alat yang boleh mengumpul lebih banyak dedaun dan sampah.

3.2.2 Pencetus Idea Merekabentuk

Pencetus idea merekabentuk projek ini daripada mesin pengutip tin. Mesin pengutip tin menggunakan konsep yang sama iaitu pengumpulan dan pembersihan.

Mesin pengutip tin dikhususkan untuk mengutip tin dan barang-barang yang besar seperti botol, sikat dan lain-lain. Manakala, alat kami hanya diskopkan untuk mengumpul dedaun kering atau basah serta sampah-sampah kecil.

3.2.3 Pemilihan Rekabentuk Projek

Pemilihan projek perlu mempunyai beberapa gambar lakaran yang dibincangkan. Pemilihan rekabentuk projek perlu sekurang-kurangnya 2 atau 3 lakaran proses ini diakhiri dengan perbincangan berkumpulan satu lakaran projek akan ditamatkan. Proses ini penting bagi melancarkan kemajuan projek.

3.3 Carta Alir Projek

Bagi menghasilkan sesuatu projek, terdapat beberapa langkah perlu diikuti untuk memastikan projek yang akan dilakukan itu berjalan dengan jayanya. Langkah- langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

(19)

19 Jadual 3.1 Carta Alir Projek

MULA

PEMILIHAN TAJUK PROJEK

PENYELIDIKAN PROJEK

MEMAHAMI KONSEP

REKA BENTUK AWAL

REKA BENTUK AKHIR

PEMASANGAN (OPERASI)

PENGUJIAN

MODEL (PROJEK)

TAMAT TIDAK

YA

(20)

20 3.4 KONSEP KERJA PRIME (PRIME CONCEPT)

Dalam menyiapkan projek ini, kami telah menggunakan konsep PRIME sebagai rujukan dan ianya lebih memudahkan projek kami. Maksud konsep prime disini ialah:

3.4.1 Problem Statement (P)

i. Penyataan Masalah

Mengalami kesukaran membersihkan halaman sekitar rumah daripada dedaun dan sampah kecil dengan menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan pencakar serta mesin pengutip dedaun dan sampah yang sedikit. Melalui ini, kerja-kerja

pengutipan mengambil masa yang lama dan juga perlu menggunakan tenaga yang banyak. Penyataan masalah boleh dirujuk pada item 1.2.

3.4.2 Research (R)

i. Penyelidikan

Kajian yang dilakukan dalam projek akhir ini adalah melalui internet dan juga kaedah temuramah dengan pihak berkaitan dengan projek akhir kami. Penyelidikan ini boleh dirujuk pada iem 2.2 sehingga 2.4.

(21)

21 3.4.3 Invention (I)

i. Percambahan Idea

a) Analisis Konsep Rekabentuk

Membincangkan tentang rekabentuk yang dicadangkan untuk dibangunkan melalui hasil kajian dan analisis yang dijalankan. Rekabentuk data yang dikenalpasti akan dibangunkan dalam projek ini.

a) Rekabentuk 1

Rajah 3.1: RekaBentuk 1

Kelebihan

1) Rekabentuk yang memudahkan pengguna menggunakannya 2) Mempunyai pemegang yang boleh dilaraskan

Kekurangan

1) Tidak mempunyai tong sampah

Rajah 3.1: RekaBentuk 1

(22)

22 b) Rekabentuk 2

Rajah 3.2: RekaBentuk 2

Kelebihan

1) Mempunyai tong sampah

Kekurangan

1) Kedudukan tong sampah yang agak jauh daripada pemegang 2) Rekabentuk pengaut yang kurang sesuai

(23)

23 c) Rekabentuk 3

Rajah 3.3: Rekabentuk 3

Kelebihan

1) Kedudukan tong sampah lebih dekat dengan pemegang lebih memudahkan pembuangan dedaun dan sampah di dalam tong sampah.

2) Rekabentuk pengaut yang mempunyai pemanjangan dibahagian bawah dapat membantu mengaut dedaundan sampah dengan lebih banyak.

3) Rekabentuk penyangkut plastik sampah yang baik bagi memudahkan proses pembuangan.

(24)

24 ii. Pemilihan idea

a) Jadual Penilaian Bermatrik

Pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan konsep dengan konsep rujukan (Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan menilai setiap konsep yang terdapat untuk menentukan konsep yang terbaik. Langkah ini dinamakan Matrix Revolution Method (Jalil, M.K.A, 2000) seperti yang ditunjukkan di jadual 3.4.3 dibawah. Keputusan yang diperolehi ditentukan berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang terdapat. Oleh itu, sebarang kelemahan yang terdapat dalam rekabentuk yang dipilih boleh ditambah baik.

Jadual 3.2 dibawah menunjukkan perbandingan di antara rekabentuk konsep 1, 2 dan 3 dengan konsep rujukan

Jadual di bawah menunjukkan penilaian terhadap 3 rekabentuk/konsep yang kami dapati:

1. RENDAH 3. SEDERHANA 5. TINGGI

KONSEP/REKABENTUK I ll lll

1. Kos Pembuatan 1 5 3

2. Keselamatan 3 3 3

3. Ergonomik 3 3 3

4. Rekabentuk 1 1 5

JUMLAH 8 12 14

Jadual 3.2: Penilaian Bermatrik

(25)

25 iii. Pemilihan Bahan

a) Anggaran Kos

Bil. Komponen Anggaran Kos (RM)

1 Angle Bar -

2 Motorcycles Front Sprocket RM 7/pcs – Rm49/7pcs

3 Roller Chain RM 10

4 Penyapu Berus RM 12

5 Rim Wheel Barrow 4 inch

4.10/350-4 RM 12/PCS – RM 48/4PCS

JUMLAH RM 119

Jadual 3.3: Anggaran Kos

(26)

26 3.5 LUKISAN BERBANTU KOMPUTER

Rajah 3.4 : Pandangan Atas ( TOP VIEW)

Rajah 3.5 : Pandangan Hadapan (FRONT VIEW)

Rajah 3.6 : Pandangan Sisi (SIDE VIEW)

(27)

27 3.6 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Jadual berikut adalah peralatan yang digunakan bagi tujuan memfabrikasi projek ini :

Jadual 3.4 Alatan yang digunakan

Alatan Kegunaan

Mesin kimpalan MIG • Digunakan untuk

menyambung besi-besi bagi dijadikan rangka.

• Kumai yang terhasil menyambung besi-besi.

Mesin pencanai • Digunakan untuk menghakis

sisa-sisa yang tajam supaya bahan projek digunakan dengan selamat.

Mesin pemotong • Digunakan untuk memotong

besi-besi mengikut saiz besi yang diperlukan.

• Pemotongan mengikut saiz yang diukur.

(28)

28

Safety Shield • Dipakai semasa menyimpal

bahan projek supaya habuk tidak memasuki mata.

Sarung tangan • Digunakan untuk menyimpal

supaya tangan tidak terkena spark dari kimpalan yang dibuat.

Angkup vernier • Digunakan untuk mengukur

ukuran yang lebih kecil dan lebih terperinci .

• Dan memberikan ketepatan yang diukur.

(29)

29

Pita pengukur • Digunakan untuk mengukur

ukuran dan saiz projek dan memberikan perinci terhadap ukuran yang mahu dilakukan.

Mesin gerudi • Digunakan untuk membuat

lubang pada besi.

(30)

30 3.7 PROSES FABRIKASI

Jadual 3.5 Proses Pemasangan Projek

Gambarajah Aktiviti

• Proses pemotongan besi

dijalankan untuk bahagian yang diperlukan pada alat nanti.

• Mengukur dan membuat penandaan pada bahagian besi sebelum melakukan proses pemotongan bagi saiz besi yang perlu digunakan pada sesuatu bahagian.

• Membuat lubang pada bahagian rangka yang menggunakan skru untuk proses pemasangan alat.

(31)

31

• Melakukan proses pemasagan berus pada shaft tayar.

• Membuat penebukan lubang pada sprocket.

• Menjalankan kerja welding sprocket kepada shaft.

• Menjalankan proses

penyambungan shaft pada tayar.

(32)

32

• Menjalankan kerja welding pada rangka sepenuhnya.

• Membuat pemasangan rantai pada rangka.

• Melakukan proses welding pada pemegang (handle).

• Menjalankan kerja pemasangan penyangkut plastik sampah.

(33)

33 3.8 PROSEDUR UJILARI

1. Membawa alat ke tempat halaman yang luas serta tanah rata yang dipenuhi sampah-sampah kecil mahupun dedaun.

2. Membuat pengubahan (adjusting) pada pemegang (handle) mengikut keselesaan dan ketinggian pengguna.

3. Kemudian. memegang handle untuk mengawal alat.

4. Seterusnya, hanya menolak sahaja alat untuk menyapu sampah atau dedaun yang sedia ada.

5. Kemudian, semasa ianya ditolak berus akan berputar arah lawan jam dan menolak sampah ke dalam pengaut.

6. Bahagian pengaut akan bergerak dengan mengikut rantai ke atas mengikut arah jam.

7. Seterusnya, pengaut akan membuang sampah kecil ke dalam plastik sampah yang disediakan di bahagian belakang troli mengikut kuantiti yang telah dikaut.

8. Akhirnya, pengaut akan berpusing kembali dan terus menerus mengaut sampah kecil dan dedaun yang sedia ada.

Referensi

Dokumen terkait

Sehubungan dengan itu penulis melihat pendekatan kepada penyediaan brif projek oleh pelanggan secara komprehensif akan menjadikan penyediaan Kehendak Kerajaan lebih jelas dan

1.4.1 Objektif utama penghasilan projek ini adalah untuk menghasilkan satu prototaip aplikasi komputer dengan menggunakan teknologi Multimedia untuk kegunaan

Mengenalpasti matlamat mengikut kerangka teori kajian pengkaji ialah proses pertama memilih tajuk-tajuk yang akan diajar dengan melihat kepada tujuan umum apa yang hendak

Hasil projek ini dapat menambah kesedaran pemandu – pemandu di jalan raya untuk menjaga jarak kenderaan mereka dengan kenderaan hadapan khususnya ketika kesesakan jalan

Melalui dapatan kajian ini adalah diharapkan ia dapat membantu pihak pengurusan universiti dengan menjadikan kajian ini sebagai sumber rujukan dan maklumat dalam membentuk

Berdasarkan kajian literatur dari beberapa jurnal ilmiah, artikel, buku dan penelitian yang pernah dilakukan belum ditemukan penelitian maupun buku yang secara khusus membahas

Antara aspek yang akan diberi perhatian oleh pengkaji dalam sorotan literatur dan teori ini ialah angkubah yang telah ditetapkan dalam skop kajian iaitu Potensi Aktiviti

Di dalam format artikel ilmiah tidak diperkenankan adanya tinjauan pustaka sebagaimana di laporan penelitian, tetapi diwujudkan dalam bentuk kajian literatur terdahulu state of the art