• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Hampir setiap hari berita – berita mengenai kemalangan ngeri yang menyebabkan kecederaan parah, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda disiarkan melalui media massa. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemalangan adalah satu masalah serius yang sukar diatasi.Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Dalam hal ini, kecuaian pemandu yang menjadi penyebab utama. Ramai pemandu kenderaan yang gemar memandu secara cuai dan melulu. Mereka tidak mematuhi undang - undang dan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, ada pemandu yang gemar mengikuti dengan rapat kereta hadapan. Perbuatan begini amat berbahaya kepada diri sendiri dan pemandu yang lain.

Kemalangan mengekori terlalu rapat kenderaan hadapan sering berlaku di beberapa tempat iaitu di lebuh raya sewaktu ingin memotong dan jalan sesak. Kemalangan ini disebabkan oleh pemandu yang tidak memandu dengan berhemah dan selamat. Untuk maklumat, Malaysia adalah di tempat ketiga yang memiliki jalan yang berbahaya dalam keputusan kemalangan pemandu belakang lebih kerap dipersalahkan berbanding pemandu depan. Pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada ketika hendak memulakan perjalanan dan memandu kenderaan dengan cermat kerana pandu cermat jiwa selamat.

Sekiranya masyarakat mengimplementasikan kewajipan masing masing, barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat dan pihak berkuasa haruslah menggembleng tenaga dan berganding bahu untuk memastikan kadar peningkatan kemalangan maut dapat dita ngani dengan berkesan, Bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Dengan ini, diharapkan agar masyarakat di Malaysia dapat hidup dengan sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah keselamatan jalan raya.

(2)

2 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Aksesori ini dinamakan `Safety distance sensor’. Sensor ini digunakan untuk memberi amaran jarak selamat kenderaan belakang kepada pemandu belakang. Alat ini sesuai digunakan ketika jalan sesak untuk memastikan jarak selamat kereta hadapan dan belakang.

Pada masa kini kemalangan langgar belakang sering berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang tidak menjaga jarak selamat. Tujuan pertama projek ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada pemandu – pemandu di Malaysia supaya sentiasa peka akan jarak selamat. Bagi projek ini, kami menghasikan sensor jarak selamat ini dan mengaplikasikan kemahiran dan kefahaman kami dalam bidang automotif selama kami belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ini. Seterusnya kami juga telah merujuk kepada standard yang telah ditetapkan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).

Dengan adanya alat ini pada kenderaan ia akan dapat mengurangkan jumlah kemalangan langgar belakang.

(3)

3

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Kemalangan jalan raya bukanlah perkara yang asing di negara ini. Kemalangan biasanya melibatkan pelanggaran dua atau lebih kenderaan di jalan raya mahupun lebuhraya. Kemalangan biasanya membawa kepada kecederaan ataupun kematian.

Negara kita adalah antara negara yang mempunyai angka kemalangan yang tinggi.

Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan di jalan raya. Antaranya ialah cuba memotong kenderaan lain/menukar lorong, cuai keluar dan masuk simpang, mengekori terlalu rapat kenderaan hadapan dan memandu melawan arus trafik. Antara faktor utama kemalangan ini adalah kurangnya tahap kesedaran pemandu – pemandu kita di Malaysia.

Mengekori terlalu rapat kenderaan hadapan adalah antara kemalangan yang semakin meningkat pada masa kini. Ini kerana pemandu yang memandu tidak perasan bahawa kereta mereka terlalu dekat dengan kereta hadapan. Situasi ini sering berlaku ketika di dalam kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas sering berlaku ketika waktu kemuncak iaitu 5.00 pm – 7.00 pm. Kesesakan lalu lintas atau lebih dikenali sebagai traffic jammed oleh rakyat Malaysia ini juga kerap terjadi ketika musim perayaan. Dalam banyak kes keputusan kemalangan ini, pemandu belakang lebih kerap dipersalahkan berbanding pemandu hadapan. Asasnya, pemandu belakang haruslah memandu pada jarak yang lebih selamat.

Idea asal ini tercetus apabila statistik kemalangan melanggar belakang kereta hadapan menunjukkan peningkatan yang drastik malah seperti tiada tanda akan menurun.

(4)

4

Bagi merealisasikan perkara tersebut, kami mencari jalan untuk menambah sistem keselamatan pada kenderaan. Maka akhirnya projek ini dihasilkan dengan matlamat mengurangkan kemalangan yang berlaku di negara ini. Harapan kami agar projek ini dapat membantu menurunkan kadar kemalangan langgar belakang.

Oleh kerana tajuk ini dipilih disebabkan kesedaran pemandu tentang kemalangan langgar belakang ini masih pada tahap yang rendah. Mereka masih mengekori kenderaan hadapan dengan terlalu rapat dan meningkatkan risiko berlakuya kemalangan.

(5)

5

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Sesebuah projek yang dicipta atau dibangunkan mempunyai objektif yang ingin dicapai. Objektif ini perlu bagi mengatasi fungsi atau apa yang hendak dicapai oleh kami.

Objektif utama projek ini ialah :

 Merekabentuk “ Car Safety Distance Sensor ” untuk digunakan pada prototaip

 Membina “ Car Safety Distance Sensor” yang memberitahu pemandu belakang jarak kereta mereka dengan kereta hadapan

 Menguji “ Car Safety Distance Sensor ” untuk mengetahui keberkesanan prototaip

1.5 SKOP KAJIAN

 Boleh digunakan sebagai aksesori keselamatan kenderaan

 Digunakan untuk kereta sedan

 Menggunakan Ultrasonic Sensor bagi mengesan kenderaan yang berada di belakang

 Sesuai digunakan ketika kesesakan lalu lintas

(6)

6

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil projek ini dapat menambah kesedaran pemandu – pemandu di jalan raya untuk menjaga jarak kenderaan mereka dengan kenderaan hadapan khususnya ketika kesesakan jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan langgar belakang yang kerap berlaku di negara ini. Tambahan pula, sistem keselamatan pada kenderaan dapat ditambah demi menjamin keselamatan pemandu dijalan raya. Antaranya kepentingan projek ini adalah:

 Memberitahu kepada pemandu belakang bahawa kenderaan mereka terlalu rapat

 Mengurangkan kemalangan langgar belakang khususnya ketika kesesakan lalu lintas

 Menggalakkan pemandu belakang menjaga jarak dengan pemandu hadapan

 Menambah aksesori keselamatan pada kenderaan jenis sedan

(7)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Kajian literatur atau kajian ilmiah, boleh didefinasikan sebagai satu proses kajian terdahulu bagi membantu di dalam proses rekabentuk terhadap sesuatu projek yang akan dihasilkan. Di dalam membuat sesuatu produk atau rekabentuk baharu, kajian literatur diperlukan bagi membantu dalam menghasilkan produk. Tanpa membuat kajian ini maka sesuatu produk yang hendak dihasilkan tidak mengikut keperluan serta penggunaan pada masa kini. Oleh itu, kajian ini amat penting bagi menentukan produk yang dihasilkan dapat diguna pakai dengan baik.

Melalui kajian ini, alat yang direka ini merupakan ciptaan baru untuk memenuhi keperluan yang dikehendaki tanpa menimbulkan sebarang masalah pada produk. Pada masa kini, secara umumnya pembelajaran tentang sensor ini agak sukar untuk difahami kerana ianya terdapat pada dalam kenderaan dan sukar untuk di lihat seperti sensor di dalam enjin dan sebagainya. Malah apabila untuk membuat ujikaji terhadap sebuah sensor ianya perlu lebih teliti dan mempunyai ruang yang agak terhad dan posisi sesebuah sensor juga agak terhad.

(8)

8

Dalam bab ini akan mengkaji tentang kemalangan yang melibatkan perlanggaran belakang kereta berpunca daripada tidak memandu mengikut jarak selamat yang telah ditetapkan. Kadar kemalangan di Malaysia meningkat oleh kerana sikap pemandu jalan raya yang degil. Disini disertakan juga data- data yang merekodkan tentang kemalangan setiap tahun dan puncanya , jika hal ini berlaku terlalu mendadak di Malaysia , reputasi di Malaysia akan menurun. Oleh itu , kami melakukan sedikit penyelidikan untuk mengaplikasikan projek kami untuk mengurangkan kemalangan di Malaysia pada masa yang akan datang .

2.2 STATISTIK

Kemalangan maut pada Ops Selamat kali ini menunjukkan penurunan sebanyak empat kes atau 1.7 peratus berbanding Ops Selamat 11/2017 yang mencatatkan 257 kes.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata sebanyak 22,411 kemalangan direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini berbanding 22,402 kes pada Aidilfitri tahun lalu, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak sembilan kes."Kemalangan maut mencatatkan 235 kes dengan jumlah kematian yang direkodkan sebanyak 248 kes, berbanding 257 kematian pada tahun lalu, penurunan sebanyak sembilan kes."Analisis terhadap Op Selamat 13 menunjukkan faktor terbabas sendiri menjadi punca utama kemalangan maut, dengan catatan sebanyak 142 kes."Faktor lain yang menjadi penyumbang kemalangan maut adalah melawan aliran trafik, cuba memotong kenderaan, cuai ketika keluar atau masuk simpang, mengekori terlalu rapat dan membuat pusingan U,"

Sumaber : Berita Harian Online Khamis, 28 Jun 2018 | 11:29am

(9)

9

2.2.1 Data Ops Sikap Dan Selamat

Jadual 2.1 Data Ops Sikap Dan Selamat JUMLAH

KEMALANGAN /TAHUN

OPS 2015 OPS 2016 OPS 2017 OPS 2018

Jumlah Kemalangan 17,632 19,572 20,752 21,041

Jumlah Kemalangan Maut 186 261 235 208

Jumlah Kematian 199 279 257 226

Peratus Kematian (%) 1.12 1.42 1.23 1.07

Purata Kematian Sehari 13.3 17.4 16.1 15.1

Sumber : ( Jabatan Keselamatan Jalan Raya | Statistic Kemalangan Jalan Raya )

Data ini menunjukkan bilangan/jumlah kemalangan dari tahun 2015 hingga 2018. Jumlah kemalgan meningkat dari tahun ke tahun dan purata kematian juga meningkat. Jika hal ini tidak dibendung, peratusan ini akan terus meningkat dari masa ke semasa. Jadi, kami mencipta Car Safety Distance Sensor dengan harapan dapat mengurangkan kemalangan di jalan raya.

(10)

10

2.2.2 Seksyen 22 Kanun Lebuhraya Malaysia

Berdasarkan kepada ujian undang-undang jalan raya dalam mendapatkan lesen memandu dengan jelas menyatakan :

Penunggang atau pemandu kenderaan yang berhemah hendaklah membenarkan sekurang- kurangnya jarak sebuah kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan bagi setiap 10km/j kelajuan. Contohnya pada kelajuan 30km/j sepatutnya jarak ialah 3 kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan. Sekiranya penunggang atau pemandu kenderaan melanggar bahagian belakang atau tepi kenderaan di hadapannya, itu merupakan kesalahannya sendiri dan ini bermakna penunggang atau pemandu kenderaan tersebut mengikut terlalu dekat. Kanun Lebuhraya bukan sahaja dipakai dalam ujian memandu bahkan ia telah dikuatkuasa melalui Seksyen 68 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu di belakang haruslah menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan. Jika tidak, ia memang menjadi kesalahan pemandu di belakang. Walaubagaimanapun, tidak semestinya ia menjadi kesalahan pemandu di belakang secara menyeluruh jika pemandu di hadapan cuai.

Sumber : Polis Diraja Malaysia

(11)

11

2.3 KAJIAN TERDAHULU

Oleh kerana projek yang kami ingin laksanakan ini ciptaan inovasi yang baharu , maka kami hanya menyediakan contoh inovasi yang hampir dengan projek kami.

2.3.1 Kawalan Pelayaran Adaptif (Autonomous Cruise Control System )

Rajah 2.1 Adaptive Cruise Control

Sumber : Eliteautorepair

Kawalan pelayaran adaptif atau dikenali sebagai Autonomous Cruise Control System adalah sistem kawalan pelayaran sedia ada untuk kenderaaan jalan raya yang secara automatik menyesuaikan kelajuan untuk mengekalkan jarak yang selamat dari kenderaaan di hadapan. Ia diperkenal pada tahun 2002 pada kereta Audi A8 pada hujung tahun 2002.

Sehingga 2019 , ia adalah antara 20 nama unik yang menggambarkan fungsi asas alat itu sendiri.

(12)

12

2.4 RUMUSAN BAB

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dalam bab ini, kami dapat mengkaji data-data kemalangan yang kerap berlaku mengikut tahun dan punca berlakunya kemalangan. Di samping itu, dapat mengkaji projek-projek terdahulu yang seakan sama dengan projek yang kami ingin jalankan, sedikit sebanyak maklumat yang kami kupas ini dapat melancarkan lagi perjalanan kami untuk menjalankan projek Car Safety Distance Sensor ini. Projek yang kami cipta boleh mengurangkan kemalangan dari jarak dekat ketika berada dalam kesesakan lalu lintas.

Oleh itu, data kemalangan mengikut tahun mungkin boleh dikurangkan jika kebanyakan pemandu mengaplikasikan Car Safety Distance Sensor ini pada kenderaaan mereka.

(13)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN BAB

Menurut Othman Mohamed (2001), metodologi merupakan prosedur yang sistematik menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan peraturan tersendiri bagi memastikan prestasi kajian penyelidikan dapat dicapai dengan baik dan sempurna. Sehubungan itu, bab ini membincangkan proses kerja yang telah dijalankan tentang perlaksanaan kerja, peralatan dan bahan yang digunakan. Di sini juga dinyatakan tentang penggunaan sensor ultrasonik. Ketepatan ukuran merupakan aspek utama yang diambil kira bagi menghasilkan projek yang tepat mengikut ukuran.

Selain itu, metodologi adalah satu kaedah yang diguna pakai dalam menghasilkan sesebuah projek. Metodologi yang digunakan adalah bagi membantu dalam menginovasikan sesuatu ciptaan dalam menghasilkan satu produk yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif projek ini. Projek Car Safety Distance Sensor ini adalah ciptaan kami sendiri berdasarkan kajian terdahulu dan hasil dari perbincangan berkumpulan serta nasihat dari penyelia projek. Rekabentuk dan projek yang kami hasilkan ini, masih belum ada di pasaran , dan fungsi projek ini juga boleh mengurangkan berlakunya kemalangan di jalanraya pada halaju yang rendah.

Antara kaedah tatakerja yang dijalankan semasa perlaksanaan projek ini ialah melakar rekabentuk board Car Safety Distance Sensor , cara memasang sensor dan komponen - komponen pada papan. Metodologi sangat penting bagi membantu projek berjalan dengan baik.

(14)

PEMILIHAN IDEA

14 3.2 CARTA ALIR PROSES PEMBINAAN PROJEK

PROSES FABRIKASI PROJEK PENYATAAN MASALAH,OBJEKTIF

KAJIAN & SKOP KAJIAN

PERCAMBAHAN IDEA

PILIHAN BAHAN

LAKARAN AWAL REKA BENTUK MULA

PENGUJIAN

BERJAYA TIDAK

TAMAT

(15)

Rajah 3.1 Carta Alir Proses Pembinaan Projek

15

3.3 REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian yang terlibat dalam sesuatu kajian. Selain itu, rekabentuk merupakan satu proses merumuskan satu perancangan untuk memenuhi kehendak manusia.

i) Lakaran simbol

Rajah 3.2 Lakaran Simbol ( Canva )

(16)

16 3.4 ANALISIS FUNGSI

Analisis fungsi bertujuan mengenalpasti fungsi-fungsi utama yang perlu dilakukan oleh reka bentuk. Takrif fungsi di sini merupakan ciri-ciri atau fungsi utama yang perlu ada pada sesuatu reka bentuk untuk memenuhi keperluan atau tujuan reka bentuk. Melalui analisis fungsi, masalah dapat dicerakin dengan lebih sistematik dan ini akan membantu dalam menghasilkan konsep reka bentuk pada peringkat penghasilan konsep penyelesaian. Dalam analisis fungsi, fungsi utama yang perlu ada pada reka bentuk dikenalpasti dengan membayangkan bagaimana sesuatu produk itu melakukan operasi.

3.4.1 Proses Dan Kaedah Penggunaan ( SOP )

Aliran Skop/ Sistem projek Fungsi Utama

Kereta belakang terlalu rapat

Sensor dapat membaca jarak kenderaan belakang

Sensor menghantar maklumat ke Arduino yang telah diprogramkan

Arduino akan menghantar bacaan ke

LED

LED akan menyala dan memberi amaran

Pemandu belakang dapat melihat lampu LED dan mengetahui jarak mereka

terlalu dekat

(17)

Rajah 3.3 Proses dan Kaedah Penggunaan

17

Fungsi alatan ini dibina adalah untuk memberitahu bahawa jarak kereta belakang terlalu rapat dengan kereta hadapan. Berdasarkan gambar rajah diatas menunjukkan cara- cara alat tersebut berfungsi. Pertama sekali, sensor dapat membaca jarak kenderaan belakang sekiranya kenderaan belakang terlalu rapat. Seterusnya, maklumat tersebut di hantar ke Arduino dan Arduino menghantar bacaan ke lampu LED seterusnya menyebabkan lampu LED menyala dan memberi amaran kepada pemandu belakang.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ini diperoleh berdasarkan pemerhatian kami terhadap kenderaan- kenderaan yang mengalami kemalangan langgar belakang. Selain itu, kami juga menggunakan statistik kemalangan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan data-data kemalangan jalan raya.

(18)

18 3.6 PEMILIHAN BAHAN

Bahan yang digunakan untuk projek ini adalah seperti berikut :

3.6.1 Arduino Genuino/UNO

Arduino adalah komponen utama untuk projek ini. Ia digunakan untuk menghantar bacaan yang diterima oleh sensor dan menghantar bacaan kepada LED untuk menyala.

Rajah 3.4 Arduino UNO

Sumber : Google Images

(19)

19 3.6.2 Ultrasonic Sensor

Ultrasonic sensor mengesan gelombang bunyi dan dapat digunakan untuk mengesan keberadaan suatu objek tertentu di depannya serta dapat mengesan jarak benda tersebut dari dirinya.

Rajah 3.5 Ultrasonic Sensor

Sumber : Google Images

(20)

20 3.6.3 Led Strip ( Red Only )

LED Strip digunakan sebagai lampu amaran yang diletakkan di belakang cermin kereta.

Voltan yang diperlukan pada lampu ini ialah 12V.

Rajah 3.6 LED Strip

Sumber : Google Images

(21)

21 3.6.4 Jumper Wire ( Male to Female )

Jumper Wire digunakan untuk menghantar arus dari Arduino ke Ultrasonic Sensor dan LED.

Rajah 3.7 Wire Jumper Male To Female

Sumber : Google Images

3.6.5 Jumper Wire ( Male to Male )

Jumper Wire digunakan untuk menghantar arus dari Arduino ke Ultrasonic Sensor dan LED.

(22)

Rajah 3.8 Wire Jumper Male To Male

Sumber : Google Images

22 3.6.6 TIP122 Transistor

Transistor TIP122 digunakan untuk menambah voltan pada LED.

Rajah 3.9 Transistor TIP122

Sumber : Google Images

3.6.7 Bateri AA 1.5V

Bateri membekalkan tenaga elektrik kepada Arduino dan kepada Breadboard.

Rajah 3.10 Bateri AA 1.5V

(23)

Sumber : Google Images

23 3.6.7 Breadboard

Breadboard adalah papan yang digunakan untuk membuat prototype atau rangkaian elektronik yang bersifat percubaan.

Rajah 3.11 Breadboard

Sumber : Google Images

3.6.8 Cermin Akrilid pada bingkai gambar

Cermin Akrilid digunakan untuk menggantikan cermin belakang model kereta pada prototaip.

(24)

Rajah 3.12 Akrilid pada bingkai gambar

Sumber : Google Images

24 3.7 PROSES PENGHASILAN

3.7.1 Proses pengumpulan bahan

Proses pertama ialah pengumpulan bahan terdiri daripada Arduino, Ultrasonic Sensor, LED Strip dan semua bahan yang telah dipilih.

3.7.2 Proses pengekodan

Proses pengekodan dilakukan menggunakan Arduino IDE.Aplikasi ini dimuat turun di dalam komputer riba kami.

Rajah 3.13 Proses Pengekodan

(25)

25

3.7.3 Proses penyambungan wayar mengikut kod yang telah dibuat

Rajah 3.14 Sambungan Wayar Pada Arduino

Terdapat 3 wayar ke Ultrasonik Sensor iaitu wayar merah, kuning, hijau dan coklat.

Wayar hijau berada di PIN 13. Manakala wayar kuning berada di PIN 12 dan wayar merah berada di PIN 11. Wayar coklat membekalkan kuasa dari Arduino iaitu 5V. Wayar hitam dan putih pula adalah wayar GND ( Grounding) yang disambung ke breadboard.

(26)

26

3.7.4 Sambungan wayar ke Ultrasonik Sensor

Rajah 3.15 Sambungan wayar ke Ultrasonik Sensor

Wayar merah di masukkan ke GND, wayar merah dimasukkan ke Echo, wayar hijau dimasukkan ke Trig dan wayar coklat dimasukkan ke Vcc.

(27)

27

Rajah 3.16 Penyambungan Wayar di Breadboard

TIP 122 Transistor ditambah ke Breadboard untuk menambah voltan ke LED kerana voltan yang dibekalkan oleh Arduino hanyalah 5V manakala voltan yang dipeerlukan oleh LED ialah 12V. Wayar negatif LED dimasukkan ke kaki negatif transistor dan wayar positif LED dimasukkan ke kuasa.

(28)

28 3.7.4 Menyambungkan bateri ke Arduino dan Breadboard

Rajah 3.17 Kuasa 6V ke Arduino

Proses ini dilakukan untuk memberi kuasa kepada Arduino. Bateri yang digunakan ialah bateri AA (1.5V) dengan menggunakan bekas bateri 6V. Voltan yang digunakan pada Arduino ialah 6V.

Rajah 3.18 Kuasa 12V ke Breadboard

(29)

Proses ini dilakukan untuk memberi kuasa kepada Breadboard. Bateri yang digunakan ialah bateri AA (1.5V) dengan menggunakan bekas bateri 12V. Voltan yang digunakan pada Breadboard ialah 6V.

29 3.7.5 Proses pemasangan

Dalam proses ini, semua bahagian digabungkan seperti rajah di bawah.

Rajah 3.19 Proses Pemasangan

(30)

30 3.7.6 Proses kemasan

Tujuan membuat proses kemasan adalah bagi memperkemaskan serta menambah daya tarikan projek dan menambah rumput palsu untuk mencantikkan projek

Rajah 3.20 Proses Kemasan

(31)

31

3.7.7 Lakaran Awal Dan Lakaran Akhir Projek

Rajah 3.21 Lakaran Awal Projek

3.7.8 Lakaran Akhir Projek

(32)

Rajah 3.22 Lakaran Akhir Projek

32

3.8 KOS KOMPONEN

Jadual 3.1 menunjukkan kos untuk penghasilan projek CAR SAFETY DISTANCE

SENSOR Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan harga yang lengkap beserta unit.

Jadual 3.1 Kos Komponen

BIL ITEM UNIT KOS

1. Arduino UNO R3 1 RM 40.00

2. Male Female & Male Male Jumper Wire 20 cm 12 RM 4.00

3. LED 5M 250 LED Red Only 1 RM 55.00

4. HR-SR04 Ultrasonic Distance Sensor for Arduino 1 RM 5.00

5. Remote Control Car Body Cover 2 RM 30.00

6. 1x830 points Breadboard 1 RM 8.00

7. 5m LED Red Only 1 RM 55.00

8. Battery case 6V&12V 2 RM 6.00

9. Battery AA 1.5V 12 RM 28.00

10. Connecter Pot 1 RM 1.00

JUMLAH

RM 232.00

(33)

33

3.9 RUMUSAN BAB

Metodologi dalam pembangunan projek merupakan aspek terpenting bagi memastikan projek yang dibangunkan dan dilaksanakan mengikut langkah secara tersusun dan sistematik. Ianya wajar dipatuhi bagi memastikan proses dirancang berjalan dengan lancar. Oleh itu, sepanjang kajian metodologi hendaklah sentiasa dirujuk supaya segala proses adalah mengikut perancangan.

Referensi

Dokumen terkait

Dari ketiga penelitian tersebut terdapat kesamaan yaitu perencanaan strategis menggunalan metode Enterprise Architecture Planning (EAP) yang menghasilkan arsitektur data, aplikasi,

Landasan teori, dalam bab ini dijelaskan tentang teori pendukung yang digunakan untuk pembahasan dan cara kerja dari rangkaian Teori pendukung itu antara lain tentang

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

Kekuatan konsumen dapat menangkap nilai lebih dengan memaksa terjadinya penurunan harga, tuntutan untuk kualitas atau layanan yang lebih baik (yang otomatis akan