• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dunia kini telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu negara membangun yang maju di rantau Asia Tenggara. Pengiktirafan seperti ini merupakan satu tilik tolak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 sebaris dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika, Jepun dan German. Untuk mencapai objektif ini, elemen pendidikan juga perlu dimajukan dan dinaiktaraf. Keperluan untuk meningkat taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya dapat melahirkan lebih ramai para cendiakawan yang pakar dalam bidang akademik menjelang tahun 2020.

Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan salah satunya adalah penyediaan MSC (Multimedia Super Coridor). Ia merupakan suatu projek teknologi maklumat yang penting kepada Malaysia untuk peningkatan pada taraf ekonomi negara, pendidikan rakyat khususnya sains dan

(2)

teknologi, peningkatan dalam perdagangan antarabangsa dan pentadbiran negara supaya bersifat lebih bersistematik dan efisyen.

Sekolah Bestari telah diperkenalkan di bawah projek MSC (Multimedia Super Coridor) di mana sekolah-sekolah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan yang canggih seperti komputer multimedia yang dapat membantu para guru mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik. Penggunaan komputer yang meluas kini telah membenarkan pembangunan perisian yang berbentuk pendidikan diwujudkan dan digunakan dalam kelas sebagai salah satu bahan bantu mengajar bagi guru dan satu bahan pendidikan berbantukan komputer kepada pelajar. Ini bersesuaian dengan pendapat Robert Taylor (1980) yang telah mengklafikasikan penggunaan media komputer kepada tiga kategori. Kategori yang pertama iaitu komputer bertindak sebagai tutor dan ia berperanan sebagai pengajar kepada pengguna iaitu pelajar, manakala kategori yang kedua iaitu tool. Di dalam perkara ini, komputer membantu guru atau pelajar melaksanakan tugasan atau kerja. Kelas yang ketiga iaitu tutee yang bermaksud komputer akan melaksanakan arahan daripada pengguna untuk melakukan sebarang tugasan.

Justeru itu, dalam pembangunan perisian PBK ini, ia akan menyentuh bab Jual Beli dan Sewaan berdasarkan silibus KBSM. Dalam Surah al-Baqarah 2:275 yang bermaksud:

Maksudnya: “Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..”

(3)

Di dalam ayat di atas, al-Quran telah menyatakan jual beli atau perniagaan adalah halal dilakukan manakala riba hukumnya haram. Ini menunjukkan bahawa Islam melarang keras perlaksanaan riba (faedah) dalam urusan jual beli.

Secara terminologinya, terdapat beberapa definisi jual beli yang dikemukakan oleh ulama’ fiqh yang secara umum maksud dan tujuannya adalah sama. H.M Arsjad Thalib Lubis telah mendefinisikan jual beli itu sebagai memiliki sesuatu yang berupa harta melalui proses pertukaran yang berlaku dengan izin syara’. Menurut ulama’ Malikiyyah, Syafi’iyah dan Hanabilah (Dr. A. Rahman Ritonga, 1999: 125), jual beli didefinisikan sebagai:

Maksudnya: “Saling bertukar harta dengan harta dalam bentuk pemindahan milik dan pemilikan.”

Sistem jual beli Islam yang dipelopori oleh Rasulullah s.a.w didasari dengan satu prinsip yang utama iaitu, atas dasar suka sama suka dalam pertukaran barang. Dalam Hadith dari Abi Sa’id al-Khudri yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Ibn Majah dan Ibn Hibban, Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Jual beli itu didasari kepada suka sama suka.”

(Riwayat al-Baihaqi)

Manakala sewaan pula berasal dari bahasa arab ijarah bermaksud sewa atau upah (Idris al-Marbawi, 1990: 10). Mengikut istilah pula, sewaan adalah melakukan akad penyerahan sesuatu yang bermanfaat yang diketahui (maklum), yang dikehendaki dan diperlukan orang, yang boleh diberikan dan yang halal, dengan pembayaran yang

(4)

maklum (al-Syarbaini,tt: 410). Al-Quran ada menyentuh bab sewaan ini dalam Surah at Talaq yang bermaksud:

Maksudnya: “…kemudian jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya…”

(Surah at-Talaq 65: 6)

Ijarah atau sewaan merupakan salah satu bentuk kegiatan muamalah yang

penting dalam memenuhi keperluan hidup manusia, seperti sewa-menyewa, kontrak atau menjual jasa perhotelan dan lain-lain lagi.

Ledakan kemajuan teknologi serta kecanggihan terkini dalam segala bidang seharusnya diambil perhatian yang lebih serius oleh umat Islam khasnya para

pendakwah serta dai’e agar tidak ketinggalan dengan arus kecanggihan dunia masa kini. Kita seharusnya mengambil langkah yang lebih efektif supaya segala pergerakan dan perlakuan mencapai suatu manfaat yang lebih berguna. Walau bagaimanapun, segala kemajuan ini tidak bermakna jika segala aspek dalam muamalat Islam dipinggirkan terutamanya dalam bidang ekonomi Islam. Umat Islam seharusnya mengeluarkan segala daya usaha yang ada supaya dapat menonjolkan pengamalan ekonomi Islam seterusnya membuktikan kepada dunia bahawa sistem ekonomi Islamlah yang paling adil dan terbaik untuk dilaksanaan. Ini kerana ekonomi Islam berlandaskan syara’ yang

bersumberkan al-Quran, sunnah dan ijma’ ulama. Nilai-nilai yang ada dalam ekonomi Islam menjadi satu kelebihan bagi sistem ini berbanding dengan sistem-sistem yang sedia dan digunapakai masa kini seperti sistem ekonomi kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan.

(5)

Bidang pendidikan tidak boleh ringan kerana ia merupakan nadi penggerak bagi bidang penting seperti politik, ekonomi dan sosial (Ee Ah Meng, 1996). Sistem

pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesat dengan kehendak dan aspirasi negara. Berikutan perkembangan ini, untuk mencapai hasil pendidikan yang berkesan dan berkualiti tinggi pendekatan pendidikan haruslah dipertingkatkan, dipelbagaikan dan diperkemaskan selari dengan perkembangan pesat teknologi informasi.

Dengan kemajuan ini pembangun (perisian) telah membangunkan sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dalam bab Jual Beli dan Sewaan yang akan menyentuh tentang aspek teori, praktikal dan pemahaman. Bertitik tolak daripada itulah, sekiranya kita menggunakan kemajuan teknologi dengan sebaiknya maka segala pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih efektif dan berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Manusia telah dikurniakan akal fikiran oleh Tuhan yang Maha Esa. Salah satu tujuan manusia diberikan akal adalah supaya mereka dapat hidup dengan sempurna di dunia ini serta dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Akal berfungsi membantu manusia mencipta pelbagai perkara dan benda untuk memudahkan mereka dalam pelbagai urusan dan dengan tidak secara langsung. Pelbagai ilmu dan teknologi telah berjaya diwujudkan. Sebagai contoh, manusia di Mesir telah berjaya menemui cara atau ilmu membuat kertas dari pokok papyrus. Secara umumnya, ilmu dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan dan ia saling berkait antara satu sama lain.

(6)

Teknologi komputer juga adalah salah satu contoh hasil dari pemerhatian dan pengkajian yang mendalam oleh manusia yang bertujuan untuk memudahkan urusan duniawi manusia. Dengan teknologi ini juga telah berjaya merancakkan lagi

perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi dan pertanian.

Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari arus gelombang ledakan teknologi komputer di mana ia telah memudahkan para pendidik untuk melahirkan satu generasi yang mampu memperkembangkan bakat diri menjadi manusia yang sepadu antara akademik dan akhlaknya serta harmonis dalam setiap aspek sepertimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Pendidikan di Malaysia adalah satu proses atau usaha pendidikan yang berterusan dan sempurna dan menjadi tanggungjawab bagi setiap pendidik untuk

merealisasikan objektif ini seterusnya dapat melahirkan dan membentuk sebuah generasi yang memiliki kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Atas sebab ini, para guru harus menggunakan segala kemahiran yang dimiliki dan mengaplikasi secara maksimum sumber-sumber yang wujud di sekeliling mereka. Salah satu sumber tersebut adalah komputer dan perisian yang berbentuk pembelajaran (PBK). Malah dalam satu kajian, penggunaan komputer dan perisian berbentuk pembelajaran (PBK) telah mempercepatkan proses pendidikan dan berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Ia terbukti lebih berkesan dari penggunaan alat-alat yang konvesional seperti papan tulis dan kapur.

(7)

1.3 Pernyataan Masalah

Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran dahulu, kebanyakan para guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu menggunakan kaedah “Chalk and Talk” di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis. Ini kerana kaedah ini mudah dilaksanakan tanpa perlu membuat

persediaan yang lama oleh guru tersebut. Tetapi bagi pelajar suasana pempelajaran sebegini membuat mereka bosan dan jemu kerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru sahaja yang mengemukakan kandungan dan pelajar hanya mendengar serta suasananya yang statik dan sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan minat pelajar-pelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran itu berkurangan. Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mata Pelajaran Pendidikan Islam merupakan satu satu daripada mata pelajaran teras yang harus diambil oleh semua pelajar muslim sekolah menengah dan sering berlaku masalah di sekolah-sekolah di mana pelajar-pelajar digabungkan daripada beberapa kelas yang berbeza dan ini mengambil masa yang agak lama. Ini akan melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan senario ini, guru terpaksa menghadapi masalah dalam pengendalian masa. Dengan bantuan bahan Bantu mengajar (BBM) yang menggunakan komputer, guru dapat menguruskan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan bijak kerana ia mudah dikendalikan (Adam, J A ,1993). Guru juga tidak perlu lagi menerangkan isi kandungan pelajaran secara menyeluruh, memadai dengan penerangan terhadap isi kandungan yang penting-penting sahaja. Ini kerana di sini komputer telah mengambil peranan guru yang dahulunya sebagai tutor kepada pelajar.

(8)

1.4 Objektif Projek

1.4.1 Objektif utama penghasilan projek ini adalah untuk menghasilkan satu prototaip aplikasi komputer dengan menggunakan teknologi Multimedia untuk kegunaan pelajar-pelajar tingkatan empat dalam bab jual beli dan sewaan, Pendidikan Islam di sekolah menengah di Malaysia.

1.5 Tujuan Perisian

Di antara tujuan perisian ini dibangunkan adalah:

1.5.1 Memberi pemahaman secara jelas dan menarik minat pelajar dalam mempelajari bab jual beli dan sewaan dengan bantuan penggunaan unsur-unsur tambahan multimedia kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar tingkatan empat dan lima. 1.5.2 Membantu pelajar tingkatan empat dalam mendalami isi kandungan bab jual

beli dan sewaan dengan mengikuti semua program yang telah disediakan dalam perisian contohnya penyediaan soalan latih tubi dan mengikuti pembelajaran dalam tutorial.

1.5.3 Membantu pelajar memahami sub-sub topik dalam bab jual beli dan sewaan dengan bantuan video.

1.5.4 Membantu guru dan pelajar dalam proses pengulangan isi pelajaran tajuk jual beli dan sewaan pada bila-bila masa.

1.5.5 Sebagai memenuhi tuntutan semasa yang mementingkan penggunaan dalam teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.

Referensi

Dokumen terkait

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

Kekuatan konsumen dapat menangkap nilai lebih dengan memaksa terjadinya penurunan harga, tuntutan untuk kualitas atau layanan yang lebih baik (yang otomatis akan

Pencahayaan tersebut dapat diubah menjadi instalasi pencahayaan yang lebih efisien untuk hasil yang sama atau lebih baik dengan konsumsi energi dan biaya yang lebih rendah..

selama 3 dan 4 menit menujukkan pola pandu gelombang yang jelas dan tidak terputus-putus, hal ini berkaitan dengan proses polimerisasi rantai organik yang telah