• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 PENGENALAN

1.1

PENDAHULUAN

Pada masa kini, mesin amat diperlukan bagi pengusaha dan pengeluar kuih tart. Ini kerana bukan hanya pada musim perayaan sahaja bahkan pada waktu biasa juga ramai pelanggan yang membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak dan ingin disiapkan pada masa yang singkat. Hal ini menyebabkan masalah kepada para pengusaha dan pengeluar kerana rata-rata menggunakan acuan yang hanya boleh membentuk satu atau tiga sahaja sarang kuih tart. Dengan mesin kami ini, masalah ini dapat diatasi kerana mesin yang kami hasilkan ini mempunyai banyak tempat acuan.

Idea ini kami dapat berdasarkan pemerhatian yang kami jalankan terhadap pengeluar dan peniaga-peniaga kuih tart dalam industri kecil. Kami dapati pengeluar dan peniaga-peniaga dalam industri kecil ini menghadapi masalah dalam membentuk acuan kuih tart. Oleh sebab itu, kami bercadang untuk menghasilkan satu produk untuk membantu pengusaha industri kecil bagi memudahkan kerja mereka dalam penghasilan acuan kuih tart.

Kelebihan mesin kami ialah, kami menggunakan kayu dan tidak menggunakan besi supaya mesin ini lebih ringan dan dapat dialihkan dengan mudah. Mesin ini juga dapat menghasilkan acuan dalam pelbagai bentuk.

Mesin ini dapat menjimatkan masa dan juga tenaga kerja bagi pengusaha, pengeluar dan peniaga-peniaga kuih tart dalam industri kecil.

(2)

RAJAH 1.1.1 Contoh kuih tart

Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.1.1 terdapat beberapa jenis tart yang kini berada di pasaran. Contohnya, tart telur dan tart nenas. Seperti yang sedia maklum, tart telur atau tart kastard diperbuat daripada tepung dan telur. Tart telur ini adalah pastri yang boleh didapati di Hong Kong dan di negara Asia lain. Tart telur ini terdiri daripada satu lapisan luar pastri yang dipenuhi dengan kastard telur dan kemudiannya dibakar. Manakala tart nenas pula diperbuat daripada tepung dan jem.

Kebiasaanya tepung adunan yang diguanakan adalah tawar kerana intinya yang manis.

Inti tart nenas ini diperbuat daripada jem nenas. Tart nenas ini sangat popular di Brunei, Malaysia dan Singapura.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Masa yang diambil untuk membentuk sedulang kuih tart. Penggunaa tenaga kerja yang banyak untuk membuat bentuk kuih tart serta kuantiti aduanan kuih yang tidak sama.

RAJAH 1.2.1 Cara Terdahulu

(3)

Rajah 1.2.1 menunjukkan cara-cara membuat kuih tart secara manual. Seperti yang kita tahu, kaedah ini agak leceh dan lambat. Oleh itu, kaedah ini menyebabkan tenaga kerja banyak digunakan. Selain itu, masa yang digunakan agak lama untuk menyiapkan satu bentuk acuan kuih tart berbanding menggunakkan mesin.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Merekabentuk dan membina mesin acuan kuih tart supaya dapat membentuk sedulang kuih tart dalam masa yang singkat. Dengan adanya mesin ini, tenaga kerja dapat dikurangkan dan juga dapat menjimatkan kos pembuatan kuih tart.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

I. Sejauh manakah kuih tart boleh dibawa ke pasaran?

II. Adakah mesin ini diperlukan di dalam industri?

III. Apakah perbezaan diantara mesin yang sedia ada dengan mesin ini?

1.5 SKOP KAJIAN

Secara umumnya projek ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudan dan kesenangan kepada para pengguna dan juga untuk menghasilkan hasil kerja yang berkualiti dan terurus. Setiap projek dan konsep yang hendak dihasilkan memerlukan penghasilan yang berinovasi, efektif dan bermutu tinggi dari segi rekabentuk serta fungsinya dan pastinya ia boleh digunakan dengan selamat. Bagi mencapai objektif ini, kami telah menetapkan beberapa skop projek seperti di bawah:

I. Saiz produk 9X8X10 CM

(4)

II. Sasaran untuk industri-industri kecil III. Menggunakan kayu

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Melaksanakan sesuatu projek, kepentingan kajian di dalam projek ini ialah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna yang ingin membentuk acuan kuih tart.

I. Menghasilkan mesin yang harganya mampu dimiliki oleh pengusaha kecil II. Mesin yang mampu menghasilkan banyak bentuk acuan dalam satu masa III. Pengusaha kecil dapat mengambil tempahan yang banyak

1.7 RUMUSAN BAB

Bab ini membincangkan tentang objektif yang ingin dicapai dalam melakukan projek ini. Selain itu, ia juga disertakan dengan skop kajian dan penyataan masalah.

Tujuan penyataan masalah ini dibincangkan adalah kerana projek yang ingin dijalankan ini perlu untuk mengatasi masalah-masalah yang telah dikenalpasti bagi memenuhi keinginan serta menarik minat para pengguna. Antara aspek paling penting ialah projek ini haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan serta memenuhi kehendak pengguna.

(5)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Literature bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji sesuatu permasalahan yang terdapat di dalam kajian. Kajian literature juga digunakan untuk memberi konteks kajian dengan melihat kajian yang telah dijalankan dalam bidang kajian tersebut dan bukan hanya meringkaskan sesuatu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lain.

Kandungan di dalam bab ini ialah pengenalan ringkas kepada tajuk kajian, konsep atau teori yang berkaitan, kajian terdahulu dan rumusan bab.

Membuat kajian terhadap bahan-bahan yang terlibat di dalam membangunkan rekabentuk mesin acuan kuih tart. Melalui kajian ini, ia dapat membantu kami dalam mengetahui fungsi-fungsi dan kendalian bahan-bahan yang teribat. Di samping itu juga, kami dapat membuat pemilihan bahan yang terbaik berdasarkan objektif kajian.

2.2 PANDUAN IDEA

(6)

Untuk menjadikan projek ini lebih berjaya kami perlu berpandukan pada produk-produk yang sedia ada. Ia akan menjadikan sumber untuk menjalankan projek ini. Dengan ini, kami dapat mengolahkan produk-produk yang sedia ada supaya dapat diaplikasikan pada mesin merekabentuk dan membina acuan kuih tart ini. Reka bentuk dan fungsi sesuatu produk itu akan diubah mengikut kesesuaian projek.

2.3 KONSEP/TEORI

Tart kastard diperkenalkan di Hong Kong pada 1940-an oleh cha chaan teng.

Ia, kemudian diperkenalkan di kedai kopi barat dan bakeri untuk bersaing dengan restaurant dim sum, khususnya untuk yum cha. Sewaktu kebangkitan ekonomi zaman 1950-an, Lu Yu mengambil pimpinan dengan tart telur kecil. Yang ironiknya, tart telur kecil kini adalah sebuah hidangan dim sum umum dan biasanya adalah lebih manis daripada dihidang di bakeri.

Satu teori mencadangkan tart telur Cina adalah penyesuaian tart Inggeris dengan intipati kastard. Guangdong telah lama berada rantaunya di China dengan hubungan yang paling kerap dengan Barat, khususnya Britain. Sebagai bekas tanah jajahan British, Hong Kong menggunakan sesetengah masakan British. Satu lagi teori mencadangkan bahawa tart telur berubah dari pastri tart telur Portugis yang lebih mirip, dikenali sebagai pastel de nata, mengembara ke Hong Kong melalui tanah jajahan Portugis Macau.

Gabenor yang terakhir Christopher Patten adalah seorang penggemar tart telur di Hong Kong.

2.4 ANALISIS

(7)

JOHOR BAHRU, 15 Januari – Seramai 16 bakal usahawan telah mengikuti dengan jayanya kursus Pembuatan Kuih ‘Hokkaido Cheese Tart’ anjuran Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru. Kursus telah diadakan di Makmal PKT Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan telah dikendalikan oleh Puan Zaimah binti Daud yang merupakan seorang usahawan IAT yang berjaya. Menurut Puan Rubiah binti Ahmad, Penolong Pegawai Pertanian, melalui kursus ini peserta dapat mempelajari teknik pembuatan yang betul dan dapat belajar secara terus dengan pengajar. Menurutnya lagi, pihak Jabatan Pertanian akan mengadakan kursus yang boleh mendatangkan keuntungan kepada bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Pihak Jabatan Pertanian juga akan mengajurkan kursus mengikut kehendak pasaran serta yang mendapat ‘trending’ yang tinggi.

Rajah 2.4.1 tart telur

2.5 KAJIAN SPESIFIKASI MESIN ACUAN KUIH TART DI PASARAN

Pelbagai jenis mesin acuan kuih tart yang telah dipasarkan dipasaran. Setiap mesin mempunyai kebolehan, keunikan dan ciri-ciri reka bentuk yang tersendiri yang telah disuaikan oleh penciptanya sendiri. Pencipta menciptanya atas dasar permasalahan yang timbul hasil daripada pemerhatian terhadap pengguna.

(8)

Bi l

Jenis Mesin Kuantiti produk yang dihasilkan

Kos dipasaran (RM) 1

1

128.71

2

6 150.00

3

2 170.00

(9)

Jadual 2.5.1 Jenis-jenis mesin

2.6 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN PADA PROJEK

1. Bateri

Rajah 2.6.1

Bateri menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk kimia dimana ia akan menukar tenaga kimia kepada tenaga elektrik apabila penggunaanya diperlukan. Tenaga elektrik diperoleh daripada tindakan kimia antara dua jenis

(10)

plambum yang direndam dalam elektrolite. Bateri ini digunakan untuk menghidupkan motor.

2. Suis

Rajah 2.6.2

Dalam bidang elektronik, suis merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan arah aliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain. Jenis suis yang paling lazim ialah jenis elektromekanikal dengan satu atau lebih set sesentuh elektrik. Setiap set sesentuh boleh jadi salah satu daripada dua keadaan sama ada ‘tertutup’ yang bermaksud kedua-dua sesentuh adalah bersentuhan dan membenarkan aliran elektrik, ataupun ‘terbuka’ yang bermaksud sesentuh adalah berasingan dan tidak mengalirkan arus elektrik.

3. Bearing

(11)

Rajah 2.6.3

Bearing adalah satu komponen yang berfungsi untuk mengurangi geseran pada mesin atau komponen-komponen yang bergerak dan saling menekan antara satu sama lain.

Pada gear shaft yang beroperasi pada mesin, shaft tersebut menahan beban mesin yang berviarasi dan beban tersebut harus ditanggung oleh bearing. Arah gerakan shaft ke kiri dan kanan. Bearing menahan radial load dan thrust load untuk menjaga supaya shaft tetap berputar.

Bearing digunakan untuk menahan/menyangga komponen-komponen yang bergerak. Bearing biasanya dipakai untuk menyangga perputaran pada shaft, di mana terjadinya banyak geseran. Antara fungsi bearing:

I. Mengurangi geseran

II. Menahan beban shaft dan mesin III. Menahan radial load dan thrust load

IV. Mempermudah pengantian dan mengurangi biaya operasional

4. Bolt and nut

(12)

Rajah 2.6.4

Ia digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih. Mempunyai pelbagai saiz dan sesuai digunakan untuk mengikat komponen. Ia boleh ditanggalkan dengan mudah berbanding ikatan kimpalan. Komponen ini paling banyak digunakan dalam projek ini pada setiap bahagian.

5. Motor Power Window

Rajah 2.6.5

Motor penggerak regulator berputar searah jarum jam atau arah sebaliknya menggerakkan regulator jendela untuk diubah menjadi gerak naik

(13)

turun. Jenis motor yang digunakan pada sistem power window adalah motor DC. Motor listrik menggunakan tenaga listrik dan tenaga magnet untuk menghasilkan tenaga mekanikal. Operasi motor tergantung pada interaksi dua medan magnet. Secara sederhana dikatakan bahawa motor listrik bekerja dengan prinsip bahawa dua medan magnet dapat dibuat berinteraksi untuk menghasilkan gerakan. Tujuan motor adalah untuk menghasilkan daya yang menggerakkan (torsi).

2.7 ANGGARAN KOS

BI L

BAHAN KUANTITI HARGA/UNI

T (RM)

JUMLAH

1 KAYU 2 20.00 40.00

2 SUIS 1 10.00 10.00

3 ACUAN KUIH 2 15.00 30.00

4 MOTOR POWER

WINDOW

1 40.00 40.00

5 WAYAR 1 20.00 20.00

JUMLAH RM 140.00

Jadual 2.7.1 Anggaran Kos

2.8 PERALATAN PROJEK

(14)

Peralatan-peralatan yang digunakan untuk menjayakan sebuah mesin adalah seperti berikut:

Rajah 2.8.1 Mesin kimpalan MIG

Digunakan untuk menyambung besi-besi bagi dijadikan rangka. Kumain yang terhasil menyambung besi-besi untuk dijadikan produk. Mesin MIG ini dapat dioperasikan secara manual dengan menarik picu untuk mengeluarkan leburan logam bagi proses menyambung besi menggunakan proses kimpalan. Proses untuk mengimpal menggunakan kaedah MIG juga adalah lebih mudah berbanding kimpalan arka yang lain. Kebanyakkan kimpalan-kimpalan yang dibuat di bengkel-bengkel juga adalah kimpalan MIG.

Prinsip asas kimpalan MIG dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod bersentuhan dengan logam asas. Arka menghasilkan haba yang akan meleburkan logam asas dan hujung elektrod.

Leburan elektrod dan logam asas bercampur membentuk kolam leburan dan sebati apabila sejuk untuk menghasilkan kumai kimpalan. Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan (dalam bentuk gelungan) melalui unit suapan dawai.

Bekalan gas lengai melindungi arka dan kolam leburan daripada udara atmosfera.

(15)

Kimpalan MIG kebiasaannya digunakan untuk menyambungkan komponen- komponen yang berasingan untuk dijadikan produk.

MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan. Antara kelebihan MIG:

I. Proses boleh diautomasikan (gabungan dengan robot) II. Proses lebih cepat

III. Hasil kimpalan bermutu tinggi

IV. Arka dan lubang kimpal mudah dilihat semasa melakukan pengimpalan V. Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan

VI. Boleh mengimpal semua jenis logam utama

Rajah 2.8.2 Welding Mask

Rajah 2.8.2 menunjukkan alat keselamatan yang digunakan semasa kerja pengimpalan dilakukan bagi membantu pengimpal untuk melihat dan juga untuk melindungi bahagian muka pengimpal daripada tercedera

(16)

Rajah 2.8.3 Mesin Pemotong Mudah Alih (grinder)

Mesin grinder merupakan mesin yang bertujuan untuk mengasah benda kerja seperti pisau dan pahat atau dapat juga bertujuan untuk membentuk benda kerja seperti merapikan hasil pemotongan, merapikan hasil las, membentuk lengkungan pada benda kerja yang bersudut, menyiapkan pernukaab benda kerja untuk dilas dan lain-lain.

Mesin grinder mampu untuk menghasilkan kecepatan sekitar 11000-15000 rpm. Dengan kecepatan tersebut mata grinder yang merupakan komposisi aluminium oksida dengan kekasaran serta kekasaran yang sesuai, dapat menggerus permukaan logam sehingga menghasilkan bentuk yang diinginkan. Dengan kecepatan tersebut juga, mesin grinder juga dapat digunakan untuk memotong benda logam dengan menggunakan mata grinder yang dikhususkan untuk memotong.

(17)

Rajah 2.8.4 Mini grinding machine

Mata grinding machine adalah mesin canai mudah alih yang mengacu pada pembuatan bentuk datar dan permukaan yang rata pada sebuah benda kerja yang berada di bawah batu grinder yang berputar. Pada umumnya mesin grinder digunakan untuk penggerindaan permukaan meja mesinnya bergerak horizontal bolak balik.

Benda kerja dicengkam pada meja magnetik, digerakkan ke hadapan dan belakang di bawah batu grinder. Meja pada mesin grinder mendatar dapat dioperasikan secara manual atau automatic yang dapat diatur pada bahagian mata alat.

(18)

Rajah 2.8.5 Mesin gerudi tangan

Mesin gerudi yang digunakan ialah jenis gerudi tangan. Mesin ini digunakan untuk menebuk lubang pada permukaab besi mahupun permukaan kayu. Mesin ini mudah digunakan kerana ia boleh digunakan pada kedudukan yang berlainan.

Rajah 2.8.6 Mata gerudi besi

Mata gerudi yang digunakan ialah jenis stainless steel. Ia sesuai digunakan untuk menebuk pada pelbagai jenis besi sama ada lembut mahupun besi keras. Ia juga sesuai digunakan untuk menebuk lubang pada permukaan kayu

(19)

Rajah 2.8.7 skru

Ia digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih. Mempunyai pelbagai saiz dan sesuai digunakan untuk mengikat komponen. Ia boleh ditanggalkan dengan mudah berbanding ikatan kimpalan.

Rajah 2.8.8 Skru dan pengikat

Ia digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih. Mempunyai pelbagai saiz dan sesuai digunakan untuk mengikat komponen. Ia boleh ditanggalkan dengan mudah berbanding ikatan kimpalan

2.9 RUMUSAN BAB

(20)

Kesimpulan setelah menjalankan kajian terhadap barang-barang dan komponen yang diperlukan untuk membina projek ini, didapati komponen yang mempunyai spesifikasi yang sesuai perlu digunakan bagi membendung sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini. Selain itu, ia juga amat penting agar komponen ini dapat menjimatkan kos untuk projek tahun akhir ini serta dapat menambah pengetahuan tentang bahan-bahan yang digunakan untuk projek ini. Dalam pada itu, projek akhir ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah sulit yang tidak dapat diselesaikan.

(21)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi ialah aspek yang perlu dikaji untuk menghasilkan sesuatu projek.

Perancangan proses perlu diteliti sebaik mungkin untuk menghailkan suatu projek atau produk yang berkualiti. Berikut adalah turutan segala proses atau tatacara yang perlu dilalui sebelum suatu produk itu siap sepenuhnya. Kaedah kerja perlu dilakukan dengan teratur dan sesuai bagi mendapatkan kerja dan hasilyang lebih baik dan terjamin. Dengan adanya kaedah kerja yang teratur, maka segala kerja dan tugas yang ingin dilakukan dapat diikuti dan dilaksanakan dengan teratur dan selamat. Dalam bab ini akan membincangkan mengenai langkah-langkah kerja yang akan dilakukan untuk menyiapkan projek ini. Setiap langkah kerja yang akan dilakukan akan diterangkan bersama rajah yang boleh membantu pemahaman mengenai penghasilan projek ini.

Metodologi termasuk koleksi falsafah teori, konsep atau idea kerana ia berkaitan dengan sesuatu bidang siasatan. Kaedah merujuk kepada lebih daripada satu set mudah kaedah, sebaliknya ia merujuk kepada rasional dan andaian falsafah bahawa kajian sebagai garis bawah berbanding dengan kaedah saintifik.

Ini asalah punca mengapa kesusasteraan ilmiah sering mengandungi satu bahagian pada para penyilidik.

Setiap langkah projek ini adalah satu proses untuk menyiapkan projek itu.

Setiap langkah mesti diikuti satu persatu dan perlu dilakukan dengan teliti. Jika beberapa kesilapan berlaku ia boleh membuat projek mungkin tidak dapat beroperasi atau mungkin tidak kelihatan kemas dan sempurna.

(22)

3.2 KONSEP KERJA PRIME

Projek ini menggunakan konsep kerja PRIME I. P – Problem Statement (Pernyataan Masalah) II. R – Research (Penyelidikan)

III. I – Invention (Ciptaan/Pembuatan) IV. M – Modification (Pengubahsuaian)

V. E – Evaluation (Penilaian)

1. PROBLEM STATEMENT (P)

Proses mengenal pasti masalah dilakukan terlebih dahulu supaya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penjual kuih tart. Kebanyakkan penjual kuih tart mempunyai masalah untuk membuat kuih tart dalam kuantiti yang banyak, masa yang diambil terlalu lama serta tenaga kerja yang digunakan terlalu banyak. Ini bertujuan bagi memastikan segala masalah yang ada pada mesin kuih tart dapat di reka bentukkan semula menjadi lebih baik dengan memberikan imej serta fungsi baru kepadanya.

2. RESEARCH (R)

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan. Instrument kajian ini digunakan sebagai asas untuk memperoleh data seperti mana yang dikehendaki untuk mencapai objektif.

Kaedah yang digunakan ialah dengan kaedah soal selidik. Instrument yang digunakan untuk memperoleh data terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan

(23)

kualititatif. Kuantitatif dijalankan melalui borang soal selidik dan kualitatif dijalankan melalui temubual dan pemerhatian untuk memperoleh data yang lebih tepat.

3. INVENTION (I)

Memulakan projek dengan maklumat yang ada melalui hasil pencarian yang dilakukan.

4. MODIFICATION (M)

Pengubahsuaian dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pada mesin.

Pengubahsuaian dilakukan bermula daripada meneliti rekabentuk projek jika terdapat alat-alat yang tidak perlu digunakan bagi mengurangkan kos dan berat mesin. Pengubahsuaian ini amat penting bagi memastikan produk yang dihasilkan mengikuti spesifikasi yang betul, keselamatan yang tinggi serta memudahkan pengguna, ia mungkin dapat dipasarkan. Produk yang berpatutan harga serta memenuhi kehendak pengguna mampu memasuki pasaran negara dengan mudah jika ianya menjadi suatu tarikan dan tidak mustahil mampu menguasai pasaran dunia lantas mendatangkan hasil yang lumayan kepada pelabur.

5. EVALUATION (E)

(24)

Proses pengujian adalah amat penting dalam proses penghasilan sesuatu rekabentuk projek. Pengujian juga menentukan kestabilan, keupayaan, kebolehgunaan, objektif yang ditetapkan dan keselamatan projek yang dihasilkan. Kerja-kerja pemasangan dan uji kaji bagi projek ini adalah dilakukan selepas proses pengukuran dan proses pemotongan dilakukan. Kerja pemasangan yang dilakukan adalah mengikuti perancangan yang dilakukan pada peringkat awal. Selain itu, uji kaji adalah amat penting dan bertujuan untuk memastikan setiap pengukuran yang dilakukan adalah tepat dan menjamin kestabilan dan keselamatan struktur projek.

3.3 CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili suatu proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambar rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara selangkah demi selangkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah yang menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data. Aliran data tidak selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah aliran data sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam menganalisis, merekabentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang.

Pada permulaan, telah dibincang untuk memilih tajuk projek Pemilihan projek ini, berdasarkan permasalahan yang dilakukan dipersekitaran yang mendatangkan kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas banyak

(25)

idea yang diperkenalkan dan di bincangkan dengan penyelia, persepakatan untuk menghasilkan satu produk dihasilkan. Selepas itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan Projek 1, melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, penyataan masalah, kajian literature, metadologi, lukisan berbantu komputer dan lain-lain. Selepas projek diluluskan dan dterima, pelaksanaan aktiviti projek seperti proses merekabentuk dibuat untuk penghasilan projek. Apabila projek sudah siap, semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang dicipta. Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah proses akhir selepas pembentangan kedua.

(26)

Jadual 3.3.1 Carta alir perlaksanaan projek

(27)

3.4 MENGENALPASTI MASALAH

Terdapat beberapa kaedah bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini antaranya masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara ahli kumpulan serta komen atau pandangan dari pihak ketiga. Pengumpulan maklumat dan data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang projek yang dirancang juga perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang masalah. Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada pensyarah, ahli-ahli kumpulan dan laman web yang berkaitan dengan mesin acuan kuih tart ini juga banyak membantu dalam mengatasi dan mengenalpasti masalah yang timbul apabila menghasilkan rekaan tersebut.

3.5 PERANCANGAN RANGKA DAN PELAKSANAAN PROJEK

Proses merekacipta merupakan kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi menghasilkan suatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas suatu projek.

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam proses merekacipta ialah:

3.5.1 Mencari maklumat

Proses mencari maklumat dan menganalisis bahan rujukan mengenai komponen-komponen dan peralatan-peralatan yang perlu dilakukan sepanjang projek ini dijalankan. Peralatan yang telah dikenalpasti dan disenaraikan untuk diambil tindakan seterusnya.

(28)

3.5.2 Membuat lakaran secara kasar

Lakaran secara kasar telah dilakukan di dalam tiga jenis lakaran. Lakaran secara kasar ini menggunakan imaginasi dan idea yang telah dikenalpasti semasa tinjauan dilakukan. Lakaran yang telah dilakukan diatas kertas dilaksanakan sebelum diadaptasi menjadi lebih berkualiti dan mantap tanpa ada sebarang permasalahan.

Rajah 3.5.2.1 Lakaran 1

(29)

Rajah di atas menunjukkan reka bentuk lakaran 1 dan kuantiti pengeluaran adalah banyak berbanding lakaran 2 dan lakaran 3

Rajah 3.5.2.2 Lakaran 2

Rajah di atas menunjukkan lakaran 2, di mana ia memerlukan tenaga kerja yang banyak dan kuantiti pengeluaran juga sedikit.

(30)

Rajah 3.5.2.3 Lakaran 3

Rajah di atas menunjukkan reka bentuk lakaran 3 dan kuantiti pengeluarannya adalah sedikit.

3.5.3 Proses Pengujian

Melakukan proses pengujian peralatan dan komponen dari segi kesesuian. Pengujian dilakukan untuk menentukan peralatan dan komponen tersebut dapat beroperasi dengan baik.

3.6 PEMILIHAN IDEA

a. Jadual Penilaian Bermatrik

(31)

Pemilihan konsep yang dilakukan dengan membuat perbezaan konsep dengan konsep rujukan (Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan menilai setiap konsep yang terdapat untuk menentukan konsep yang terbaik. Langkah ini dinamakan Matrik Evaluation (Jalil, M.K.A.2000) seperti yang ditunjukkan di jadual 3.6.1 dibawah. Keputusan yang diperoleh ditentukan berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang terdapat. Oleh itu, sebarang kelemahan yang terdapat dalam rekabentuk yang dipilih boleh ditambah baik. Jadual 3.6.1 di bawah menunjukkan perbandingan diantara rekabentuk lakaran 1, 2 dan 3 dengan konsep rujukan.

Merujuk rajah 3.6.1 di bawah, skala 1-5 digunakan merupakan nilai yang paling baik. Manakala 1 merupakan nilai yang kurang baik. Lakaran 1 menjadi pilihan yang memuaskan dengan nilai 21.

Lakaran 2 dan lakaran 3 tidak dipilih kerana mendapat nilai yang sedikit berbanding lakaran 1.

Jadual 3.6.1 Jadual Penilaian Bermatrik

(32)

Kriteria Lakaran 1 Lakaran 2

Lakaran 3

Konsep Rujukan

Kos Penghasilan 5 1 3

D

Penyelenggaraan 3 5 3

A

Keselesaan Pengguna 4 3 3

T

Keselamatan 4 5 3

U

Kuantiti Pengeluaran 5 3 1

Jumlah 21 17 13 M

(33)

3.7 LUKISAN BERKOMPUTER

Rajah 3.7.1 lukisan berkomputer

Rajah di atas menunjukkan lukisan penuh bagi lakaran 1 menggunakan AutoCAD

(34)

3.8 KESIMPULAN

Kesimpulan, kami mendapat pengetahuan dengan lebih jelas tentang membuat projek. Data yang dikumpulkan sangat membantu dan penting untuk pembinaan projek ini. Hal ini memudahkan lagi kerja kami dalam menyelesaikan projek ini. Data-data ini dikumpul melalui melayari internet dan maklumat daripada pensyarah. Bab ini juga menerangkan tentang kos bahan, harga serta jumlah keseluruhan yang diperuntukkan bagi menyiapkan projek ini.

Kajian rekabentuk juga dijalankan bagi membantu memudahkan proses mereka bentuk projek. Factor pemilihan bahan juga amat penting dalam penghasilan projek ini. Hal ini kerana, pemilihan barang yang tidak sesuai akan merosakkan pada projek yang dihasilkan. Contohnya, penggunaan besi yang tidak sesuai akan menyebabkan projek patah dan rosak.

Kegagalan dalam pemilihan bahan juga akan menyebabkan kos lebih tinggi untuk membeli bahan yang baru.

(35)

Referensi

Dokumen terkait

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

” Permohonan pemeriksaan banding diajukan secara tertulis oleh pemohon atau kuasanya yang khusus dikuasakan untuk itu kepada Pengadilan Tata Usaha Negara yang menjatuhkan

“Secara akademik kami akan menerjunkan tim kami, kami juga punya pakar lingkungan, kesehatan masyarakat, sosial politik, kesemuanya saya berharap bisa melakukan kajian ini

Kekuatan konsumen dapat menangkap nilai lebih dengan memaksa terjadinya penurunan harga, tuntutan untuk kualitas atau layanan yang lebih baik (yang otomatis akan