• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM

TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI:

TINJAUAN AWAL

Oleh:

Md Yunus Abd Aziz Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Arif Fahmi Md. Yusof Abd. Hamid Abdul Murad Kolej Universiti Islam Malaysia

Abstrak

Konsep Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh kerajaan dan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Pada asasnya konsep ini diperkenalkan untuk memberi gambaran sebenar terhadap Islam kepada masyarakat Islam khususnya dan masyarakat lain amnya di Malaysia. Ia adalah satu agenda pembangunan yang menyeluruh dari aspek sikap dan tindakan untuk membentuk masyarakat yang unggul berteraskan prinsip-prinsip Islam. Pada masa ini terdapat pelbagai tafsiran mengenai Islam Hadhari yang ditonjolkan kepada masyarakat oleh pelbagai pihak. Oleh itu kajian ini cuba untuk memahami persepsi masyarakat terhadap Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ia bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman, sikap dan tanggapan masyarakat Islam mengenai Islam Hadhari yang diperkenalkan dan sumber maklumat mereka.

PENDAHULUAN

Konsep Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia dan diumumkan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Tujuan konsep ini diperkenalkan ialah untuk mewujudkan satu persepsi yang betul berkaitan dengan Islam yang menjadi anutan masyarakat Islam amnya dan masyarakat Melayu khususnya di Malaysia dalam menghadapi arus dunia global dan semasa.

(2)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Pendekatan kerajaan yang kurang jelas mengenai konsep ini di peringkat awal telah menyebabkan persepsi yang berbeza di kalangan masyarakat hasil dari pandangan dan tafsiran yang dikemukakan oleh pelbagai golongan terhadapnya. Umum mengetahui bahawa masyarakat Islam di Malaysia sangat terdedah kepada tafsiran, gambaran dan pandangan yang pelbagai. Oleh yang demikian satu kajian perlu untuk mengetahui sejauh manakah masyarakat faham mengenai konsep ini untuk dibuat kayu ukur terhadap kejayaan penerapannya di samping membetulkan lompang-lompang yang perlu.

MATLAMAT KAJIAN

Antara tujuan kajian ini adalah:

1. Untuk mengenalpasti sejauhmana maklumat masyarakat Islam mengenai Islam Hadhari.

2. Untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat Islam tentang apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari.

3. Untuk mendapat maklumat mengenai tanggapan mereka terhadap konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan ini.

4. Untuk mengetahui sumber maklumat masyarakat dalam me-mahami sesuatu isu khususnya yang berkaitan dengan agama. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian awal (exploratory) untuk memahami persepsi masyarakat terhadap Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kajian ini dijalankan secara deskriptif. la dilakukan dalam bentuk kajian survey (survey research). Kajian dijalankan hanya kepada masyarakat Islam di Lembah Kiang. Kutipan data dilakukan oleh numerator yang dibahagikan tugas mengikut kawasan yang telah ditentukan. Antara kawasan yang ditentukan adalah Gombak, Shah Alam, Bangi, Hulu Langat, Ampang dan Putrajaya.

Sasaran awal responden adalah seramai 600 orang, namun hanya 556 responden yang telah menjawab soalan kaji selidik ini. Penganalisaan data dalam kajian ini ditumpukan kepada aspek latarbelakang responden yang terlibat dan persepsi mereka terhadap Islam Hadhari. Analisis dilakukan dari empat aspek:

1. Profil responden.

2. Kefahaman responden sebelum dan selepas diperkenalkan perlaksanaan Islam Hadhari.

(3)

3. Pandangan responden terhadap sepuluh prinsip yang telah digariskan oleh pihak kerajaan mengenai Islam Hadhari. 4. Bagaimanakah responden-responden memperolehi maklumat

mengenai Islam Hadhari. DAPATAN KAJIAN

Ini adalah hasil dapatan kajian yang telah dijalankan terhadap 556 responden yang telah menjawab soalan kaji selidik yang bertajuk "Kajian Awal Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Islam Hadhari". BAHAGIAN A.

Profil Responden

Untuk menjayakan penyelidikan ini, seramai 556 responden telah mengambil bahagian dengan menjawab soalan kaji selidik yang telah dikemukakan kepada mereka untuk mengukur tahap kefahaman mereka terhadap Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

1. Jantina.

Daripada keseluruhan responden 556 yang menjawab soalan kaji selidik seramai 284 (51.1%) adalah lelaki manakala 272 (48.9%) adalah perempuan. Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 1.

Jadual 1: Jantina

Jantina Kekerapan Peratus %

Lelaki 284 51.1

Perempuan 272 48.9

Jumlah 556 100

2. Umur responden.

Tiada had umur yang tertentu bagi responden yang menjawab soalan kaji selidik, walaubagimanapun bagi memudahkan analisa dilakukan peringkat umur telah dibuat pengkelasan seperti di jadual 2. Secara umumnya sebahagian responden adalah golongan muda dan sebahagian lagi dewasa.

(4)

Tahap Pendidikan Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kekerapan 3 92 Peratus % 0.5 16.5 Kolej/Institut 63 Universiti Jumlah 11.3 393 70.7 556 100

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Peringkat Umur Kekerapan Peratus %

15-25 309 55.6 26-35 159 28.6 36-45 56 10.1 46 ke atas 32 5.8 Jumlah 556 100 3. Pendidikan.

Pendidikan responden telah dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej/Institut dan Universiti. Daripada keseluruhan 556 responden, Sekolah Rendah 3 (0.5%), Sekolah Menengah 92 (16.5%), Kolej/ Institut 63 (11.3%), Universiti 393 (70.7%) dan tidak berkaitan 5 (0.9%). Maklumat lengkap sebagaimana di jadual 3.

Jadual 3: Tahap Pendidikan

4. Pekerjaan.

Un:uk penganalisaan pekerjaan is telah dipecahkan kepada 2 sektor iaitu sektor awam dan sektor swasta. Daripada keseluruhan 556 (100%) responden seramai 181(32.6%) daripada sektor awam manakala 162 (29.1%) daripada sektor swasta dan 213 (38.3%) tidak berkaitan. Maklumat lengkap sebagaimana di jadual 4.

(5)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Jadual 4: Sektor Perkerjaan

Sektor perkerjaan Kekerapan Peratus %

Sektor Awam 181 32.6

Sektor Swasta 162 29.1

Tidak Berkaitan 213 38.3

Jumlah 556 100

5. Bangsa

Kajian ini dipecahkan mengikut tiga kaum majoriti yang utama iaitu Melayu 550 (98.9%), Cina 3(0.5%), India 1(0.2%), lain-lain 1(0.2%) dan tidak berkaitan 1(0.2%). Maklumat lengkap di Jadual 5.

Jadual 5: Pecahan Responden mengikut bangsa

Bangsa Kekerapan Peratus % 4.

Melayu 550 98.9 Cina 3 0.5 India 1 0.2 Lain-lain 1 0.2 Tidak Berkaitan 1 0.2 Jumlah 556 100 BAHAGIAN B.

Kajian terhadap pemahaman responden sebelum dan selepas Islam Hadhari dilaksanakan.

1. Soalan ini ingin melihat pemahaman responden sebelum konsep Islam Hadhari diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Penyataan 1:

"Sebelum konsep Islam Hadhari diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, saya belum pernah mendengar atau mempunyai pengetahuan tentang konsep ini."

Daripada 556 responden (100%), 31 responden (5.6%) sangat tidak setuju, 99 responden (17.8%) tidak setuju, 102 responden

(6)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

(18.3%) udak pasti, manakala 190 responden (34.2%) setuju dengan pernyataan yang diberikan, 133 responden (23.9%) sangat setuju dan

responden (0.2%) tidak berkaitan.

Dan maklumat ini didapati lebih separuh daripada responden belum pernah mendengar Konsep Islam Hadhari.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 6. Jadual 6:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 31 5.6

Tidak setuju 99 17.8 Tidak pasti 102 18.3 Setuju 190 34.2 Sangat setuju 133 23.9 Tidak berkaitan 1 0.2 umlah 556 100

2. Soalan ini ingin mengukur sejauh manakah tahap kefahaman responden mengenai Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan.

Penyataan 2:

"Buat masa sekarang saga masih belum mempunyai gambaran yang jelas mengenai Islam Hadhari".

Daripada 566 responden (100%), hanya 30 responden (5.4%) sangat tidak setuju dengan pernyataan yang dikemukakan, 144 responden (25.9%) tidak setuju, manakala 90 responden (16.2%) tidak pasti, 192 responden (34.5%) bersetuju dengan pernyataan yang dikemukakan dan 100 responden (18%) sangat setuju dengan pernyataan bahawa responden yang menjawab solan kaji selidik masih belum mempunyai gambaran yang jelas mengenai Islam Hadhari.

Maklumat memberi gambaran bahawa separuh daripada respondan ( 52.5 %) masih belum mempunyai gambaran yang jelas mengenai Islam Hadhari.

(7)

Jadual 7

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 30 5.4

Tidak setuju 144 25.9 _

Tidak pasti 90 16.2

Setuju 192 34.5

Sangat setuju 100 18

Jumlah 566 100

3. Soalan ini bertujuan untuk mendapat pandangan masyarakat terhadap perlaksanaan Islam Hadhari, adakah ia hanya satu gimik politik kerajaan?

Penyataan 3:

"Pada pandangan saya, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Kerajaan merupakan gimik politik semata-mata."

Daripada 566 responden (100%), 54 responden (9.7%) sangat tidak setuju, 118 responden (21.2%) tidak setuju, manakala 234 (42.1%) tidak pasti, 93 responden (16.7%) bersetuju, 55 responden (9.9%) sangat setuju dan 2 responden (0.4%) tidak berkaitan.

Dapatan menunjukkan sebahagian besar responden ( 42.1 %) masih belum pasti adakah ia benar-benar atau bukan satu gimik politik.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 8. Jadual 8:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 54 9.7

Tidak setuju 118 21.2 Tidak pasti 234 42.1 Setuju 93 16.7 Sangat setuju 55 9.9 Tidak berkaitan 2 0.4 Jumlah 566 100

(8)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

4. Soalan ini ingin melihat adakah konsep Islam Hadhari ini merupakan kesinambungan dari dasar kerajaan yang terdahulu.

Penyataan 4:

Islam Hadhari adalah kesinambungan dari dasar Islamisasi kerajaan sebelum ini seperti Penerapan Nilai-nilai Islam, Bersih Cekap dan Amanah, Masyarakat Madani dan lain-lain.

Daripada 566 responden (100%) yang menjawab soalan kaji selidik, 14 responden (2.5%) sangat tidak setuju, 22 responden (4.0%) tidak setuju, manakala 148 responden (26.6%) tidak pasti, 288 responden (51.8%) setuju dan 84 responden (15.1%) sangat setuju dengan penyataan yang telah diberikan.

Sebahagian besar responden (66.9%) bersetuju bahawa is adalah kesinambungan dari dasar Islamisasi kerajaan sebelum ini.

Maklumat penuh sebagaimana di Jadual 9. Jadual 9:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 14 2.5

Tidak setuju 22 4.0

Tidak pasti 148 26.6

Setuju 288 51.8

Sangat setuju 84 15.1

Jumlah 566 100

5. Soalan ini ingin melihat adakah responden berpandangan bahawa matlamat kerajaan memperkenalkan konsep ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Islam.

Penyataan 5:

"Pada pandangan saya, konsep Islam Hadhari diperkenalkan untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Islam."

(9)

Keseluruhan 566 responden (100%), 22 responden (4%) sangat tidak setuju manakala 40 responden (7.2%) tidak setuju dengan pernyataan yang diberikan, 95 responden (17.1%) tidak pasti manakala 275 responden (49.5%) bersetuju dengan pernyataan yang diberikan, 123 responden (22.1%) sangat setuju dan 1 responden (0.2%) tidak berkaitan.

Dapatan ini menunjukkan majoriti responden (72%) bersetuju dengan penyataan ini.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 10. Jadual 10:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 22 4

Tidak setuju 40 7.2 Tidak pasti 95 17.1 Setuju 275 49.5 Sangat setuju 123 22.1 Tidak berkaitan 1 0.2 Jumlah 566 100

6. Soalan ini melihat pandangan responden terhadap matlamat kerajaan memperkenalkan konsep Islam Hadhari.

Penyataan 6:

"Pada pandangan saya, konsep ini diperkenalkan untuk mewujudkan persepsi yang betul terhadap Islam dalam menghadapi arus dunia global dan semasa agar umat Islam tidak ketinggalan."

Daripada keseluruhan 566 responden (100%), 21 responden (3.8%) sangat tidak setuju manakala 45 responden (8.1%) tidak setuju manakala 89 responden (16%) tidak pasti, 255 responden (45.9%) setuju dengan pemyataan yang diberikan, 144 responden (25.9%) sangat setuju dan 2 responden (0.4%) tidak memberikan respon.

(10)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Jadual 11:

Skala Kekerapan Peratus % i.

Sangat tidak setuju 21 3.8

Tidak setuju 45 8.1 Tidak pasti 89 16 Setuju 255 45.9 Sangat setuju 144 25.9 Tidak berkaitan 2 0.4 Jumlah 566 100

7. Persoalan ini melihat sejauh mana harapan responden terhadap komitmen kerajaan terhadap konsep yang diperkenalkan ini. Penyataan 7:

"Pada pandangan saya, Kerajaan harus komited dalam pembangunan konsep Islam Hadhari di Malaysia dan bukan memperjuangkan pada masa-masa tertentu sahaja."

Daripada keseluruhan responden yang menjawab soalan kaji selidik hanya 14 responden (2.5%) sangat tidak setuju, 15 responden (2.7%) pula tidak setuju dengan pernyataan yang diberikan, 56 responden (10.1%) tidak pasti manakala 200 responden (36%) bersetuju, 269 responden (48.4%) sangat setuju dengan pernyataan yang diberikan dan 2 responden (0.4%) tidak berkaitan.

Majoriti responden amat positif dan mengharapkan komitmen berterusan oleh pihak kerajaan dalam meneruskan konsep ini.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 12. Jadual 12:

Skala Kekerapan Peratus to

Sangat tidak setuju 14 2.5

Tidak setuju 15 2.7

Tidak pasti 56 10.1

(11)

setuju 269 48.4 Ti

Sangat

berkaitan 2 0.4

Jumlah 566 100

8. Soalan ini ingin mengetahui pandangan responden mengenai punca kecelaruan pemahaman masyarakat terhadap konsep ini.

Penyataan 8:

"Pada pandangan saya, kecelaruan terhadap prinsip ini timbul kerana terdapat orang yang kurang pengetahuan atau berkepentingan cuba memberi penerangan tentang konsep Islam

Hadhari kepada masyarakat."

Daripada keseluruhan responden hanya 12 responden (2.2%) sangat tidak setuju dan 28 responden (5%) tidak setuju, 119 responden (21.4%) tidak pasti manakala 258 responden (46.4%) setuju manakala 134 (24.1%) sangat setuju dan 5 responden (0.9%) tidak memberikan respon.

Majoriti responden (70%) berpandangan bahawa punca kecelaruan pemahaman masyarakat terhadap konsep ini disebabkan oleh orang yang kurang pengetahuan atau berkepentingan yang cuba memberi penerangan tentang konsep Islam Hadhari kepada masyarakat.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 13. Jadual 13:

Skala Kekerapan Peratus % Sangat tidak setuju 12 2.2

Tidak setuju 28 5 Tidak pasti 119 21.4 Setuju 258 46.4 Sangat setuju 134 24.1 Tidak berkaitan 5 0.9 Jumlah 566 100

(12)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

9. Soalan ini ingin melihat respon responden terhadap maklumat lanjut mengenai Islam Hadhari.

Penyataan 9:

"Setelah konsep Islam Hadhari diperkenalkan saya telah mencari maklumat melalui pertanyaan atau membuat pembacaan tambahan untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan dengan konsep ini."

Daripada 556 responden (100%) hanya 22 responden (4%) sangat tidak setuju, manakala 58 responden (10.4%) tidak setuju, 142 responden (25.5%) tidak pasti manakala 294 responden (52.9%) bersetuju dengan pernyataan yang diberikan, 35 responden (6.3%) sangat setuju dan 5 responden (0.9%) tidak berkaitan.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 14. Jadual 14:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 22 4

Tidak setuju 58 10.4 Tidak pasti 142 25.5 Setuju 294 52.9 Sangat setuju 35 6.3 Tidak berkaitan 5 0.9 Jumlah 566 100

10. Soalan ini ingin melihat hasrat dan minat responden untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsep Islam Hadhari. Penyataan 10:

"Sekiranya terdapat usaha untuk memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai konsep Islam Hadhari saya akan mengikuti

program tersebut."

Daripada keseluruhan responden hanya 9 responden (1.6%) sangat tida K setuju, 26 responden (4.7%) tidak setuju manakala 131 responden (23.6%) tidak pasti manakala 300 responden (54%)

(13)

setuju dengan pernyataan yang diberikan, 87 responden (15.6%) sangat setuju dan 3 responden (0.5%) tidak berkaitan.

Majoriti responden (69.6%) berminat untuk mengetahui lebih lanjut konsep ini.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 15. Jadual 16:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 9 1.6

Tidak setuju 26 4.7 Tidak pasti 131 23.6 Setuju 300 54 Sangat setuju 87 15.6 Tidak berkaitan 3 0.5 Jumlah 566 100 BAHAGIAN C.

Sepuluh Prinsip Islam Hadhari Yang Telah Digariskan Oleh Kerajaan.

Dalam bahagian ini iaitu dari soalan 11 sehingga 20, kajian ini ingin melihat pandangan responden terhadap sepuluh prinsip yang menjadi asas kepada konsep Islam Hadhari yang di-perkenalkan oleh kerajaan dan hubungannya dengan kemantapan pemahaman masyarakat terhadap Islam dan konsep Islam Hadhari itu sendiri.

Penyataan 11:

"Melalui prinsip "Keimanan

dan ketakwaan kepada

Allah" saya fikir is cukup untuk memantapkan kefahaman umat Islam khususnya dan masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadhari "

Daripada 556 responden yang menjawab solan kaji selidik 23 responden (4.1%) sangat tidak setuju, 54 responden (9.7%) tidak setuju manakala 97 responden (17.4%) tidak pasti, 243 responden

(14)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

(43.7%) bersetuju, 136 responden (24.5%) sangat setuju dan 3 responden (0.5%) tidak berkaitan.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 17. Jadual 17:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 23 4.1

Tidak setuju 54 9.7 Tidak pasti 97 17.4 Setuju 243 43.7 Sangat setuju 136 24.5 Tidak berkaitan 3 0.5 JUMLAH N 566 100 Penyataan 12:

"Melalui prinsip "Kerajaan adil dan beramancth" saya fikir is cukup untuk memantapkan kefahaman urrurt Islam khususnya dan masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadahri."

Daripada 566 responden (100%), 30 responden (5.4%) sangat tak bersetuju dan 57 responden (10.3%) tidak setuju, 128 responden (23%) tidak pasti manakala 260 responden (46.8%) bersetuju, 78 responden (14%) sangat setuju dan 3 responden (0.5%) tidak berkaitan.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 18. Jadual 18:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 30 5.4

Tidak setuju 57 10.3 Tidak pasti 128 23 Setuju 260 46.8 Sangat setuju 78 14 Tidak berkaitan 3 0.5 JUMLAH 566 100

(15)

Penyataan 13:

"Melalui prinsip "Rakyat berjiwa merdeka" saya fikir ia cukup untuk memantapkan kefahaman umat Islam khususnya dan masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadhari."

Dalam soalan ini terdapat 6 item iaitu sangat tidak setuju mewakili 28 responden (5%), tidak setuju mewakili 82 responden (14.7%) dan 175 responden (31.5%) tidak pasti, 199 responden (35.8%) bersetuju, manakala 69 responden (12.4%) sangat setuju dan 3 responden (0.5%) tidak berkaitan.

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 19. Jadual 19:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 28 5

Tidak setuju 82 14.7 Tidak pasti 175 31.5 Setuj u 199 35.8 Sangat setuju 69 12.4 Tidak berkaitan 3 0.5 JUMLAH 566 100 Penyataan 14:

"Melalui prinsip "Penguasan Ilmu Pengetahuan" saya fikir ia cukup untuk memantapkan kefahaman umat Islam khususnya

dan masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadhari."

Daripada keseluruhan 566 responden (100%) yang menjawab soalan kaji selidik hanya 19 responden (3.4%) sangat tidak setuju, 42 responden (7.6%) tidak bersetuju dan 98 responden (17.6%) tak pasti, 275 responden (49.5%) setuju, 118 responden (21.2%) sangat setuju dan 4 responden (0.7%) tidak berkaitan.

(16)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Jadual 20:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 19 3.4

Tidak setuju 42 7.6 Tidak pasti 98 17.6 Setuju 275 49.5 Sangat setuju 118 21.2 Tidak berkaitan 4 0.7 JUMLAH 566 / 100 . Penyataan 15:

"Melalui prinsip "Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif' saya fikir is cukup untuk memantapkan kefahaman umat Islam khususnya clan masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadhari."

Dalam soalan ini terdapat 5 item iaitu sangat tidak setuju 28 responden (5%), tidak setuju 55 responden (9.9%), tidak pasti 118 responden (21.2%), setuju 272 responden (48.9%), sangat setuju 79 responden (14.2%) dan tidak berkaitan 4 responden (0.7%).

Ivlaklumat lengkap sebagaimana di Jadual 21. Jadual 21:

Skala Kekerapan Peratus (-)/6

Sangat tidak setuju 28 5

Tidak setuju 55 9.9 Tidak pasti 118 21.2 Setuju 272 48.9 Sangat setuju 79 14.2 Tidak berkaitan 4 0.7 JUMLAH 566 100

(17)

Penyataan 16:

"Melalui prinsip "Kehidupan berkualiti" saya fikir ia cukup untuk memantapkan kefahaman umat Islam khususnya dan masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadhari."

Dalam soalan ini juga terdapat 5 item yang dianalisis iaitu sangat tidak setuju 24 responden (4.3%), tidak setuju 58 responden (10.4%), tidak pasti 127 responden (22.8%), setuju 270 responden (48.6%), sangat setuju 73 responden (13.1%), tidak berkaitan 4 responden (0.7%).

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 22. Jadual 22:

Skala Kekerapan Peratus

Sangat tidak setuju 24 4.3

Tidak setuju 58 10.4 Tidak pasti 127 22.8 Setuju 270 48.6 Sangat setuju 73 13.1 Tidak berkaitan 4 0.7 JUMLAH 566 100 17. Penyataan 17:

"Melalui prinsip "Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita" saya fikir ia cukup untuk memantapkan kefahaman umat Islam khususnya dan masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadhari."

Dalam soalan ini terdapat 5 item iaitu sangat tidak setuju 29 responden (5.2%), tidak setuju 65 responden (11.7%), tidak pasti 141 responden (25.4%), setuju 251 responden (45.1%), sangat setuju 66 responden (11.9%) dan tidak berkaitan 4 responden (0.7%).

(18)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Jadual 23:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 29 5.2

Tidak setuju 65 11.7 Tidak pasti 141 25.4 Setuju 251 45.1 Sangat setuju 66 11.9 Tidak berkaitan 4 0.7 JUMLAH 566 100 Penyataan 18:

"Melalui prinsip "Keutuhan budaya dan moral" saya fikir is cukup untuk memantapkan kefahaman umat Islam khususnya dan masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadhari."

Datum soalan ini terdapat 5 item iaitu sangat tidak setuju 31 responden (5.6%), tidak setuju 55 responden (9.9%), tidak pasti 131 responden (23.6%), setuju 251 (45.1%), sangat setuju 85 responden (15.3%) dan tidak berkaitan 3 responden (0.5%).

Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 24. Jadual 24:

Skala Kekerapan Peratus %

Sangat tidak setuju 31 5.6

Tidak setuju 55 9.9 Tidak pasti 131 23.6 Setuju 251 45.1 Sangat setuju 85 15.3 Tidak berkaitan 3 0.5 JUMLAH 566 100

(19)

Penyataan 19:

"Melalui prinsip "Pemuliharaan alam semula jai" saya fikir

ia cukup untuk memantapkan kefahaman umat Islam khususnya dan masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadhari."

Terdapat 5 item yang akan dianalisa iaitu sangat tidak setuju 23 responden (4.1%), tidak setuju 71 responden (12.8%), tidak pasti 155 responden (27.9%), setuju 238 responden (42.8%), sangat setuju 65 responden (11.5%) dan tidak berkaitan 4 responden (0.7%). Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 25.

Jadual 25:

Skala Kekerapan Peratus % Sangat tidak setuju 23 4.1

Tidak setuju 71 12.8 Tidak pasti 155 27.9 Setuj u 238 42.8 Sangat setuju 65 11.7 Tidak berkaitan 4 0.7 JUMLAH 566 100 Penyataan 20:

"Melalui prinsip "Kekuatan pertahanan" saya fikir ia cukup untuk memantapkan kefahaman umat Islam khususnya dan

masyarakat amnya mengenai konsep Islam Hadhari."

Dalam soalan ini terdapat 5 item taitu sangat tidak setuju 30 responden (5.4%), tidak setuju 65 responden (11.5%), tidak pasti 132 responden (23.7%), setuju 252 responden (45.3%), sangat setuju 74 responden (13.3%) dan tidak berkaitan 3 responden (0.5%).

(20)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Jadual 26:

Skala Kekerapan Peratus % Sangat tidak setuju 30 5.4

Tidak setuju 65 11.7 Tidak pasti 132 23.7 Setuju 252 45.3 Sangat setuju 74 13.3 Tidak berkaitan 3 0.5 JUMLAH 566 100 BAHAGIAN D

Sumber maklumat mengenai Islam Hadhari.

Soalan ini ingin menyelidik sumber yang digunakan oleh responden untuk mendapat maklumat mengenai Islam Hadhari. Penyelidik telah mencadangkan beberapa medium atau saluran yang kebiasaannya digunakan masyarakat di Lembah Kiang untuk mendapatkan maklumat. Dalam soalan ini terdapat 6 medium yang akan dianalisis untuk melihat bagaimananakah mereka memperolehi maklumat mengenai Islam Hadhari

a. Ceramah di masjid dan surau.

Kaji selidik telah dijalankan kepada 566 responden mengenai cara mereka mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari. Daripada keseluruhan responden yang mengambil bahagian 89 responden (16%) menyatakan mereka mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari daripada ceramah di masjid dan surau manakala 467 responden menyatakan mereka mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari daripada sumber-sumber yang lain. Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 27.

(21)

Jadual 27: Pecahan responden yang mendapat maklumat berkaitan Islam Hadhari di masjid dan surau.

Skala Kekerapan Peratus %

Ya 89 16

Tidak 467 84

JUMLAH 566 100

b. Seminar

Daripada keseluruhan responden yang menjawab solan kaji selidik seramai 122 responden (21.9%) menyatakan mereka mendapatkan maklumat tentang Islam Hadhari daripada seminar-seminar yang diadakan manakala 434 responden (78.1%) menyatakan mereka tidak mendapatkan maklumat mengenai Islam Hadhari dengan menggunakan kaedah seperti yang dinyatakan. Maklumat penuh sebagaimana di Jadual 28.

Jadual 28: Pecahan responden yang mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari melalui seminar.

Skala Kekerapan Peratus %

Ya 122 21.9

Tidak 434 78.1

JUMLAH 566

. & 100 c. Media cetak

Daripada keseluruhan responden yang menjawab soalan kaji selidik seramai 398 responden (71.6%) menyatakan mereka mendapatkan maklumat tentang maksud dan pengertian konsep Islam Hadhari melalui media cetak manakala 158 responden (28.4%) menyatakan mereka tidak mendapatkan maklumat mengenai Islam Hadhari melalui cara sebagaimana yang dinyatakan. Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 29.

(22)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Jadual 29: Pecahan responden yang mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari melalui media cetak

Skala Kekerapan Peratus %

Ya 398 71.6

Tidak 158 28.4

JUMLAH 566 100

d. Media elektronik.

Seramai 566 responden (100%) yang menjawab soalan kaji selidik seramai 326 responden (58.6%) menyatakan bahawa mereka mendapatkan maklumat melalui media elektronik manakala 230 responden (41.4%) menyatakan mereka tidak mendapatkan maklumat melalui media elektronik. Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 30.

Jadual 30: Pecahan responden yang mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari melalui media elektronik

Skala Kekerapan Peratus %

Ya 326 58.6

Tidak 230 41.4

JUMLAH 566 100

e. Perbincangan.

Keseluruhan responden yang menjawab soalan kaji selidik seramai 138 responden (24.8%) menyatakan ya mereka mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari melalui perbincangan manakala 418 responden (75.2%) menyatakan mereka tidak mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari melalui perbincangan. Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 31.

(23)

Jadual 31: Pecahan responden yang mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari melalui perbincangan

Skala Kekerapan Peratus %

Ya 138 24.8

Tidak 418 75.2

JUMLAH 566 100

f. melalui cara.

Daripada keseluruhan responden yang menjawab soalan kaji selidik seramai 31 responden (5.6%) bersetuju manakala 525 (94.4%) menyatakan tidak. Maklumat lengkap sebagaimana di Jadual 32.

Jadual 32: Pecahan responden yang mendapatkan maklumat berkaitan Islam Hadhari melalui lain-lain cara.

Skala Kekerapan Peratus %

Ya 31 5.6

Tidak 525 94.4

JUMLAH 566 100

KESIMPULAN

Daripada hasil kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa sebahagian masyarakat masih belum mempunyai pandangan yang jelas mengenai konsep Islam Hadhari. Ini adalah kerana penerangan berkenaan Islam Hadhari agak tertumpu kepada golongan berpendidikan atau mereka yang mencari maklumat sahaja akan memahami konsep Islam Hadhari. Keseluruhan masyarakat memandang baik usaha kerajaan dalam memperkenalkan konsep ini dan mereka amat berharap agar kerajaan komited dalam menjayakan konsep ini. Gagasan Islam Hadhari perlu diletakkan di atas landasan Islam yang Syumul. Masyarakat menerima baik kesemua prinsip Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan dan mencadangkan agar kerajaan perlu lebih mempelbagaikan saluran maklumat bagi memastikan dasar yang diperkenalkan itu sampai ke sasaran. Selain itu, sikap positif yang ditunjukkan oleh masyarakat terhadap perlaksanaan konsep

(24)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Islam Hadhari ini adalah satu harapan terhadap kerajaan yang ada bagi memastikan keunggulan tamadun Islam ke tahap yang lebih gemilang.

Gambaran yang diberikan di dalam tinjauan ini memperlihatkan harapan masyarakat setuju terhadap konsep yang diperkenalkan. Oleh yang demikian pihak yang berwajib perlu memastikan konsep ini tidak hanya menjadi satu retorik semata-mata. Tindakan yang menggambarkan kontra kepada konsep ini akan mengalih persepsi dan sokongan masyarakat dan ini adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan. Akhir sekali, penyelidik berharap agar hasil penyelidikan ini dapat dikembangkan dan dimanfaatkan bersama.

(25)

BIBLIOGRAFI

Abdul Kadir, Zainal Abidin. 2004. Pembudayaan Islam Hadhari di Malaysia; Satu Ulasan. Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia.

n.a. 7 Febuari 2005. "Islam Hadhari". http://www.islam.gov.my. Baba, Sidek. 2004. "Mengenal Islam Hadhari". http://www.yadim.

com.my

http://www. islamhadhari.net — article

Abd. Al-Hamid Mohsin. 1996. Tajdid al-Fikr al-Islami. U.S.A. Al-Bahi, Muhammad. 1971. al-Fikr al-Islami fi Tatawwurihi. Kaherah. Qutb, Sayyid. 1967. Ma'alim fi al-Tariq.

Abd. Majid, Muhamad Kamil. 2004. 'Islam Hadhari Dari Perspektif Pemikiran Islam' Kertas kerja Seminar Antarabangsa Islam Hadhari anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur. 24 —25 Nov.

Al-Qaradhawy, Yusuf. 2000. Hajat al-Basyariyyah ila al-Risalah al- Hadhariyyah li Ummatina. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-Qaradhawy, Yusuf. 1997. al-Sahwah al-Islamiyyah wa Humum al- Watan al-Arabi wa al-Islami. Kaherah: Maktabah Wahbah. Abu Sulayman, Abd. Al-Hamid. 1994. Azmah al-Aql al-Muslim.

U.S.A.

Mat Diah, Abdul Halim. 2004. `Peranan Intelektual Islam Dalam Penerapan Islam Hadhari', Kerta kerja Seminar Antarabangsa Islam Hadhari pada 24-25 Nov. 2004 di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

(26)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian yang penulis dapatkan pengumpulan dan pengelolaan dana zakat mal produktif yang di lakukan badan amil zakat nasional Kota Makassar

Sedangkan untuk model III, yaitu kemitraan inti-plasma yang dikelola oleh petani secara individu, karena jumlah petani yang mengikuti program tersebut terbatas hanya sebanyak

Penelitian ini bertujuan untuk mengevaluasi penggunaan beberapa jenis tepung daun murbei sebagai suplemen pengganti konsentrat komersial pada kambing yang diberi pelepah

Penelitian ini bertujuan untuk memilih calon pejantan sapi Aceh yang dipelihara di Balai Pembibitan Ternak Unggul ± Hijauan Pakan Ternak (BPTU-HPT) Sapi Aceh Indrapuri

Berdasarkan hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa penggunaan tepung ulat kandang ( Alphitobius diaperinus ) dalam pakan tidak dapat memperbaiki penampilan

RS ASRI MEDIKA Klinik Spesialis hanya Anak, Penyakit Dalam, Bedah, Kandungan & Kebidanan RS MITRA KELUARGA BEKASI DOKTER SPESIALIS RAWAT JALAN YANG TIDAK KERJASAMA DENGAN

Dari lampiran 1 dapat dilaporkan bahwa suku Moraceae merupakan salah satu suku dari jenis-jenis tanaman koleksi di Kebun Raya Purwodadi yang paling banyak diparasiti

Implementasi prinsip yakin pada rukun iman dalam konseling Islam, di mana konselor Islam harus mendalami konsep prinsip yakin pada rukun iman yang terkandung