• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen HADIAH PUSAT MEMBELI BELAH DENGAN PEMBELIAN CIMB 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen HADIAH PUSAT MEMBELI BELAH DENGAN PEMBELIAN CIMB 2014"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen HADIAH PUSAT MEMBELI BELAH DENGAN PEMBELIAN CIMB 2014

1. Setiap penyebutan “CIMB” merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Tempoh Kempen

2. “Kempen HADIAH PUSAT MEMBELI BELAH DENGAN PEMBELIAN CIMB 2014”

(“Kempen ini”) akan berlangsung dari 13hb DISEMBER 2014 hingga 18hb FEBRUARI

2015, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

3. CIMB menyimpan hak apabila memberikan notis yang mencukupi untuk menukar

tempoh dan/atau permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen.

Kelayakan

4. Kempen ini adalah terbuka kepada semua pemegang kad kredit utama yang

memegang kad-kad kredit (kecuali CIMB Platinum BusinessCard dan CIMB Partner

Card) yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia sahaja (“Kad Penyertaan”) yang

nombor telefon bimbitnya didaftarkan di bawah penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U Mobile dan dikekalkan di dalam rekod

CIMB kecuali pihak yang dirujuk dalam Klausa 5 di sini (“Peserta Layak").

5. Kategori orang berikut adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini:

(i) Bukan individu termasuk tetapi tidak terhad kepada Pemilik tunggal,

Perkongsian, Organisasi/Persatuan Kebajikan/Bukan Untung, Pelanggan

Korporat dan Komersial, syarikat tersenarai awam, syarikat sendirian berhad, kelab, persatuan dan koperasi; dan/atau

(ii) Wakil dan/atau ejen-ejen (termasuk ejen-ejen pengiklanan dan promosi) CIMB,

VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura, mempunyai pejabat di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore

048622 (“VISA”) dan MasterCard Worldwide, sebuah syarikat diperbadankan di

bawah Negeri Delaware, mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utama di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of

America (“MasterCard”) (termasuk subsidiarinya dan syarikat-syarikat

berkenaan).

Kriteria Pendaftaran

6. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak mesti mendaftarkan penyertaannya

dalam Kempen ini sama ada dengan:-

(a) respons kepada servis mesej singkat (“SMS”) yang dihantar kepadanya melalui

balasan SMS dengan menaip G1 dan menghantar ke 62666 semasa Tempoh Kempen; atau

(b) SMS dengan menaip G2 ATAU A1 ATAU A2 ATAU A3 ATAU A4 ATAU A5

<kosong>enam digit terakhir nombor kad pengenalan dan menghantar ke 62666 semasa Tempoh Kempen.

(2)

Peserta Layak harus menanggung caj telekomunikasi standard yang dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar.

Semua Kad Penyertaannya termasuk kad(kad-kad) kredit tambahan selepas itu akan dikesan secara automatik untuk tujuan mengira Perbelanjaan Runcit (ditakrifkan dalam Klausa 12 di bawah).

7. Peserta(Peserta-peserta) Layak mesti mendaftarkan penyertaan SMS mereka

dengan nombor telefon bimbit yang didaftarkan di bawah penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, DiGi atau U Mobile sahaja yang dikekalkan di dalam

rekod CIMB. SMS yang dihantar dari nombor telefon bimbit yang tidak dikekalkan

dengan CIMB tidak akan layak untuk menyertai Kempen ini.

8. Pendaftaran hanya boleh dibuat oleh Peserta Layak yang merupakan pemegang kad

prinsipal sahaja.

9. Apabila pendaftaran berjaya dilaksanakan, Peserta Layak akan menerima satu

pengesahan melalui SMS. Pengesahan tersebut akan dihantarkan ke nombor telefon bimbit yang digunakan untuk pendaftaran. Pendaftaran SMS tidak akan dianggap berjaya dilaksanakan sehingga Peserta Layak menerima pengesahan SMS dari 62666.

10. Sekiranya SMS adalah tidak lengkap, satu SMS akan dihantarkan kepada Peserta

Layak tanpa kos untuk memaklumkan kepada mereka untuk mendaftarkan semula melalui SMS. Peserta Layak mesti memastikan bahawa mereka telah menaipkan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan yang betul di dalam SMS.

Hadiah dan Kriteria Penyertaan

11. Peserta-peserta Layak akan mendapat hadiah yang dinyatakan dalam jadual di

bawah sekiranya Peserta Layak mencajkan kepada Kad Penyertaan mereka perbelanjaan harian terkumpul yang dinyatakan di jadual di bawah di antara jam 9a.m. hingga 11p.m. dalam satu hari semasa Tempoh Kempen di mana-mana pusat membeli belah berikut:-

(i) Suria KLCC; atau

(ii) Pavilion Kuala Lumpur; atau

(iii) Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall (dianggap sebagai satu pusat

membeli belah); atau

(iv) Pusat Membeli Belah 1 Utama; atau

(v) Sunway Pyramid.

Peringkat *Perbelanjaan harian

terkumpul yang dicajkan ke Kad Penyertaan (RM)

Hadiah **Had

Hadiah Harian

1 1,000 - 2,999 La gourmet 300 ml Termos

Jar Makanan dengan Sudu

108

2 3,000 - 4,999 Philips Bluetooth pembesar

suara mudah alih (BT100B/00)

(3)

3 5,000 dan ke atas Philips Sistem Mikro Klasik (MCM2300/12)

11

* Perbelanjaan harian terkumpul yang dinyatakan dalam jadual di atas mesti timbul

daripada Perbelanjaan Runcit (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 12 di bawah) dan mesti dibelanjakan dalam pusat membeli belah yang sama. Peserta Layak tidak boleh agregat amaun-amaun daripada pusat membeli belah yang berlainan untuk membentuk perbelanjaan harian terkumpul.

** Jika hadiah harian tidak diberikan, baki hadiah harian akan dikumpulkan untuk hari yang seterusnya. Jika hadiah harian dalam satu peringkat telah mencapai hadnya, Peserta Layak yang layak untuk mendapatkan hadiah harian dalam peringkat tersebut tidak akan mendapat hadiah harian dalam peringkat lain. Contohnya, jika hadiah harian dalam Peringkat 3 telah mencapai hadnya, Peserta Layak yang layak untuk mendapatkan hadiah harian dalam Peringkat 3 tidak akan mendapat hadiah harian dalam Peringkat 1 dan Peringkat 2.

12. Perbelanjaan Runcit bermakna transaksi pembelian untuk barangan dan servis

tertanggung untuk penggunaan peribadi dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian. Bagi mengelakkan waswas, transaksi-transaksi berikut adalah secara ekspres dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai transaksi yang layak:-

i) Transaksi yang dibuat pada CIMB Platinum BusinessCard dan CIMB Partner

Card;

ii) Transaksi Tunai Kuasi – (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau

perjudian);

iii) Ansuran bulanan di bawah mana-mana kemudahan pembayaran ansuran

yang disediakan oleh CIMB atau mana-mana bank lain;

iv) Arahan tetap/servis pembayaran auto;

v) Bayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, bayaran

tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj penipuan atau fi, caj atau penalti lain-lain yang dikenakan oleh CIMB atau selainnya;

vii) Transaksi untuk bayaran yang dibuat untuk premium insuran dan/atau

apa-apa jenis sumbangan takaful;

viii) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai;

ix) Transaksi yang dibuat oleh Peserta Layak dengan mana-mana pedagang

berkenaan dengan atau dikawal oleh mereka atau ahli keluarga mereka (sama ada sebagai pekerja, majikan, pemegang syer atau pengarah) iaitu transaksi oleh Peserta Layak dengan mana-mana perbadanan atau entiti perniagaan di mana dia atau mana-mana ahli keluarganya adalah pekerja atau majikan atau bekerja dengan atau mempunyai syer atau minat di dalam atau adalah seorang pengarah tidak harus dianggap sebagai transaksi layak; dan

x) transaksi pembelian layak yang kemudiannya dibatalkan atau dibayar balik,

dipertikaikan, tanpa kebenaran atau transaksi penipuan.

Apa-apa penentuan oleh CIMB tentang apa merupakan perbelanjaan runcit adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana cara sekalipun.

(4)

13. Perbelanjaan Runcit adalah dikira secara harian berdasarkan jumlah perbelanjaan pemegang kad kredit (utama dan tambahan) yang disatukan. Jika pemegang kad mempunyai beberapa akaun kad kredit, perbelanjaan runcit yang dibuat ke atas semua kad kredit oleh pemegang kad kredit utama dan tambahan akan disatukan dan tidak akan dilihat secara individu untuk memenuhi amaun layak yang dinyatakan dalam Klausa 11 di atas dan Kriteria Penyertaan dalam Tempoh Kempen.

C o n t o h : P e m e g a n g k a d A m e m p u n y a i s a tu k a d k re d it C IM B V is a In f in ite , 2 k a d k re d it ta m b a h a n C IM B V isa In f in ite d a n 1 k a d k re d it C IM B M a st e rC a r d . S e m u a P e rb e la n ja a n R u n c it p a d a m a n a -m a n a k a d k r e d it te rs e b u t a k a n d is a tu k a n d a n t id a k a k a n d ilih a t se c a ra in d iv id u u n t u k m e m e n u h i a m a u n la y a k y a n g d in y a ta k a n d a la m K la u s a 1 1 d i a ta s d a n K rite r ia P e n y e rta a n K e m p e n in i.

14. Pengesanan Perbelanjaan Runcit adalah berdasarkan:-

(a) tarikh dan masa transaksi (Masa Malaysia) seperti yang dikekalkan dalam rekod

CIMB; dan

(b) keterangan transaksi yang mengandungi butiran pusat membeli belah di mana

transaksi dilakukan.

Keterangan transaksi adalah diberikan oleh bank-bank pemeroleh masing-masing dan CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa keterangan transaksi yang tidak betul atau jika keterangan transaksi mengandungi butiran pusat membeli belah di mana kedai terletak yang mungkin menyebabkan Perbelanjaan Runcit tidak dapat dikesan.

15. Peserta Layak hanya layak untuk mendapat maksimum satu (1) hadiah semasa

Tempoh Kempen. Jika Peserta Layak layak untuk lebih daripada satu (1) hadiah, Peserta Layak akan diberikan hadiah dalam peringkat layak yang tertinggi. Untuk mengelakkan waswas, pemegang kad tambahan tidak layak untuk menerima sebrang hadiah di bawah Kempen ini.

16. Hadiah akan diberikan berdasarkan tarikh dan masa Perbelanjaan Layak. Jika hadiah

harian adalah tidak cukup untuk memenuhi jumlah Peserta Layak yang layak dalam satu hari, hadiah akan diberikan kepada Peserta Layak berdasarkan susunan keutamaan berikut:-

(i) Peserta Layak yang memenuhi amaun layak yang dinyatakan dalam Klaussa 11

di atas pada masa terawal dalam hari tersebut;

(ii) sekiranya terdapat seri dalam mencapai amaun layak yang dinyatakan dalam

Klausa 11 di atas pada masa terawal, Peserta Layak yang mempunyai jumlah amaun wang semua Perbelanjaan Runcit yang dilakukan pada hari tersebut yang tertinggi akan diberikan hadiah;

(iii) sekiranya terdapat seri dalam jumlah amaun wang semua Perbelanjaan Runcit

yang dilakukan pada hari tersebut, Peserta Layak yang mempunyai nombor transaksi Perbelanjaan Layak yang dilakukan dalam hari tersebut yang paling banyak akan diberikan hadiah.

17. Hadiah akan dikurierkan kepada alamat surat-menyurat Peserta Layak yang layak yang

dikekalkan dengan CIMB dalam sepuluh (10) hingga dua belas (12) minggu dari tamat Kempen ini. Hadiah adalah tidak boleh dipindahmilik atau ditukar untuk wang tunai atau kredit.

(5)

18. Peserta Layak harus bertanggungjawab untuk memastikan nombor telefon dan alamat surat-menyurat mereka yang diberikan adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB. Pemberitahuan dan penghantaran hadiah oleh CIMB akan berdasarkan nombor telefon dan alamat surat-menyurat Peserta Layak yang dikekalkan dalam rekod CIMB. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Layak bagi apa-apa kehilangan (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang diakibatkan olehnya) yang dialami sekiranya nombor telefon dan alamat surat-menyurat Peserta Layak dalam rekod CIMB tidak terkini atau betul.

19. Semua Peserta Layak bersetuju dan membenarkan CIMB untuk mendedahkan

maklumat mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/ejen yang dilantik untuk menghantar hadiah.

20. Pada masa menerima hadiah, akaun kad kredit Peserta Layak MESTILAH TIDAK

delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan dalam definisi CIMB, jika tidak, Peserta Layak tidak akan layak untuk menerima hadiah.

Terma-terma dan Syarat-syarat Am

21. Gambar Hadiah ditunjukkan dalam sebarang pemasaran dan iklan kolateral adalah

untuk tujuan visual sahaja dan warna mungkin berbeza daripada hadiah sebenar yang diterima. Peserta Layal tidak dibenarkan untuk memilih atau menukar warna atau model hadiah yang dihantar kepada mereka.

22. CIMB menyimpan hak untuk menggantikan hadiah dengan barangan lain yang sama

nilai pada bila-bila masa dengan 3 hari notis terdahulu kepada Peserta Layak.

23. CIMB, VISA dan MasterCard berhak untuk menerbitkan atau memaparkan nama,

gambar dan bandar kediaman Peserta Layak yang layak untuk mendapat hadiah di bawah Kempen ini untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai olehnya. Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta Layak di sini memberi kebenaran dan bersetuju bahawa CIMB, VISA dan MasterCard mempunyai kebebasan untuk menerbitkan nama, gambar dan bandar kediaman mereka tanpa apa-apa pampas an untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. Ketidakpatuhan akan menyebabkan Peserta Layak alternatif dipilih.

24. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak bersetuju untuk terikat oleh

Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB.

25. Kepada tahap sepenuhnya yang dibenarkan di sisi undang-undang, CIMB, VISA dan

MasterCard secara ekspres mengecualikan dan menolak sebarang representasi, jaminan atau endorsan, tersirat atau ekspres, bertulis atau lisan, kepada semua hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Semua risiko, kerugian, kerosakkan dan/atau kecederaan berkenaan dengan penggunaan hadiah harus ditanggung oleh Peserta Layak. CIMB, VISA atau MasterCard tidak akan melayani sebarang aduan berkenaan dengan hadiah-hadiah. Sekiranya Peserta Layak tidak berpuas hati dengan mana-mana hadiah, Peserta Layak tersebut harus menuntut hak dengan penjual/pembekal yang relevan secara terus.

(6)

26. CIMB berhak untuk mengubah, memotong atau menambahkan apa-apa kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau menggantikan atau menukar hadiah-hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini dan/atau memanjangkan, mengubah, memendekkan, menghentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen dengan memberikan notis yang mencukupi kepada Peserta Layak. Tiada pampasan dalam tunai atau bentuk lain akan diberikan kepada Peserta Layak untuk apa-apa kerugian atau kerosakkan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak secara langsung atau tidak langsung akibat daripada pengubahan, pemotongan, penambahan atau perubahan Terma-terma dan Syarat-syarat dan/atau penambahan, pengubahan, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini.

27. Terma-terma dan Syarat-syarat ini (seperti yang sama boleh diubah dari masa ke

semasa berdasarkan kepada Klausa 26) harus dibaca bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat mana-mana kad kredit CIMB yang Peserta Layak mungkin tertakluk dan harus mengatasi apa-apa ketidaksejajaran terma-terma, syarat-syarat, peruntukan-peruntukan atau representasi-representasi di dalam mana-mana material promosi yang mengiklankan Kempen.

28. Keputusan CIMB dan/atau hakim CIMB berkenaan semua aspek Kempen ini adalah

muktamad, mengikat dan konklusif.

29. CIMB, VISA atau MasterCard tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab untuk

hadiah-hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini. CIMB, VISA dan MasterCard tidak akan menerima apa-apa liabiliti (termasuk tanpa batasan, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, sampingan, akibat, teladan, punitif atau ganti rugi khas daripada mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang tertimbul samada secara kontrak, tort, kecuaian atau lain-lain yang berkaitan dengan Kempen, walaupun sekiranya CIMB, VISA dan MasterCard telah dinasihati atas kemungkinan kerugian tersebut terlebih dahulu, dan semua kerugian tersebut adalah dikecualikan secara ekspres.

30. Dengan persetujuan atau penerimaan hadiah, Peserta Layak bersetuju untuk

membebaskan CIMB, VISA dan MasterCard dan anggota sekutu dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen mereka masing-masingnya daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB, VISA dan MasterCard dan anggota sekutu dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen masing-masingnya berkenaan dengan penyertaan Peserta Layak dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan hadiah.

31. CIMB, VISA dan MasterCard tidak menerima tanggungjawab untuk apa-apa implikasi

cukai yang tertimbul daripada hadiah atau penggunaannya. Apa-apa obligasi pemfailan cukai atau apa-apa pembayaran cukai yang harus dibayar ke mana-mana autoriti yang disebabkan oleh penerimaan hadiah adalah tanggungjawab tunggal peserta. Setiap peserta harus bertanggungjawab untuk mendapatkan nasihat bebas atas implikasi kemungkinan yang timbul terhadap situasi kewangan peribadinya.

32. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau

kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. Walau

(7)

apa pun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatatkan dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia untuk terma-terma dan syarat-syarat ini harus mengawal operasi Kempen, versi Bahasa Malaysia untuk Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan digunapakai.

33. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkenaan Kempen ini, Peserta Layak boleh

menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat, nombor telefon dan faksimili berikut (atau mempunyai alamat, nombor telefon dan faksimili lain di mana CIMB boleh menukar dengan memberikan notifikasi kepada Peserta Layak): Bahagian Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur penulis panjatkan Kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat serta hidayahnya sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi melalui

Model logit regresi ZIP menjelaskan bahwa probabilitas penderita TBC dalam satu rumah tangga tidak dipengaruhi oleh jumlah anggota rumah tangga dengan jenis pekerjaan utama

Implikasi dari penelitian ini adalah : 1) Berangkat dari judul skripsi yang memilki arti yang sangat luas, maka itulah yang terjadi pada hasil penelitian penulis. Penelitian

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Berdasarkan hasil wawancara yang telah dilakukan terhadap 10 informan terdapat beberapa jenis penyakit yang dapat diobati menggunakan tumbuhan obat oleh

yang senantiasa memberikan segala rahmat sehingga dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Pengaruh Return On Investment, Return On Equity, Total Asset Turn

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),

Pada diagnosa ketiga menyusun intervensi untuk mengatasi masalah kurang aktivitas bermain adalah kaji aktivitas yang di sukai klien seperti bermain, bercerita dan belajar