• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMBASAN KULIAH SEBELUM INI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "IMBASAN KULIAH SEBELUM INI"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

IMBASAN KULIAH SEBELUM INI Tiga Peringkat Perjalanan Seseorang Salik

i. Peringkat permulaan. ii. Peringkat perjalanan. iii. Peringkat kesudahan.

Kedekatan Murid dan Mursyid

 Murid dan mursyid (guru) bolehlah diumpakan sebagai bumi dan benda-benda langit.

 Biasanya, murid-murid yang dekat dengan mursyidnya (dari segi rohani dan juga dari segi jasmani), akan lebih mudah sampai dan mencapai.

(2)

2

 Biasanya juga, murid-murid yang jauh dari mursyidnya (dari segi rohani dan jasmani) lambat sampai dan mencapai.

 Namun kita sedia maklum bahawa Allah boleh sampaikan dan capaikan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Pada pandangan orang2 zaman dahulukala, benda-benda langit yang bergerak laju dikira sebagai dekat dengan bumi. Benda-benda langit yang bergerak lambat pula dikira jauh daripada bumi.

Oleh itu ada 7 jalan d langit sana iaitu dari dekat ke jauh :

1. Bulan (Al-Qamar) – Selesaikan perjalanannya dalam 1 hari. 2. Planet Utarid – lebih kurang 3 bulan (87 hari).

3. Planet Zuhrah – 224 hari.

4. Matahari – 365 hari (1 tahun).

5. Planet Marikh – dekat 2 tahun (687 hari).

6. Planet Musytari – lebih kurang 12 tahun (4,333 hari). 7. Planet Zuhal – lebih kurang 30 tahun (10,832 hari).

Salik – dikatakan juga sebagai orang yang sedang dalam perjalanan kerohanian. Oleh itu ada salik jenis salik al-qamar, salik uthoorid, salik zuhrah, salik asy-syams, salik mariikh, salik al-musytari dan salik az-zuhal. Mereka berjalan mengikut rel/orbit yang benar, tidak

melencong.

Contohnya – Salik al-qomar ialah seorang yang dekat dengan guru dari segi rohani dan jasmaninya. Biasanya salik al-qomar lebih cepat sampai dan mencapai.

Salik az-zuhal pula jauh dari guru. Maka biasanya dia lambat menyudahkan perjalanannya.

Ada pula orang yang hanya melihat dari jauh sahaja, dia tidak berguru, tidak mengikut jalan/orbit yang dilandaskan, maka biasanya dia tidak akan dapat sampai dan mencapai.

(3)

3 Sihir oleh Manusia dan Jin

Ramai orang takut akan sihir-shiri yang dilakukan oleh manusia, tetapi kurang ambil kesah akan sihir-sihir yang dilakukan oleh golongan jin. Jin-jin tertentu sangat handal dalam permainan sihir. Contohnya :

i. Kita disihir supaya melihat tempat yang buruk, kotor dan menjijikkan sebagai tempat yang indah, bersih dan menarik. ii. Kita disihir supaya sedap melihat, mencium dan merasa

makanan-makanan yang sebenarnya kotor, jijik dan geli.

iii. Kita disihir supaya mata kita melihat rupa jin-jin yang buruk dan mengerikan menjadi cantic jelita dan kacak.

iv. Kita disihir supaya bau jin-jin tertentu yang sangat busuk menjadi harum wangi.

Matahari, Nyamuk dan Lebah

Imam Al-Ghazali membawa cerita perihal makhluk2 ini supaya kita dapat ingat Allah, mukasyafah, pandang tembus, memandang Allah, pandang Yang Satu pada yang banyak, mengEsakan af’al, mengEsakan asma’, mengEsakan sifat, menghilangkan syirik khafi, menepatkan tauhid.

Seboleh-bolehnya apabila kita terpandang/sengaja memandang matahari, nyamuk, lebah dan lain-lain, kita akan ingat Allah, yang dalam bahasa sufinya ialah memandnag Allah/nampak Allah.

Penglihatan kita tembus, tidaklah tersangkut setakat makhluk sahaja dan melupakan Allah.

Pandang ada dua jenis iaitu pandang dengan mata kepala dan pandang dengan mata hati (iaitu dalam fikiran).

Inilah yang dikatakan, pandang apa dan ke mana sahaja pun, akan ingat Allah.

(4)

4

Pandang (dengan mata kepala atau mata hati) apa dan ke mana sekalipun, tak akan terlepas daripada Allah.

Oleh itu, dalam bahasa kaum sufi, keadaan sebegini disebut sebagai pandang apa dan ke mana sahajapun, NAMPAK ALLAH. (*perlu diingat betul2, bahasa kaum sufi banyak yang tidak sama dengan bahasa kita sehari-hari sekalipun perkataan yang digunakan adalah sama).

Orang yang melihat makhluk, tetapi terhenti setakat makhluk, tidak tembus sampai kepada Allah, dia akan memuji memuja makhluk. Orang yang melihat makhluk,

dan tidak terhenti setakat makhluk, tembus sampai kepada Allah,

dia akan memuji memuja Allah.

Tazkirah FB Abu Zulfiqar no. 236 (Februari 9, 2016)

Sekiranya kita membaca karya2 Imam Al-Ghazali, kita akan dapat lihat bahawa Imam Al-Ghazali bukan sahaja mahir dalam ilmu agama, tetapi juga banyak ilmu dalam matematik, geografi, astronomi, biologi,

kebudayaan, pemerintahan, fizik, kedoktoran, sejarah, perbandingan agama, falsafah, kimia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan lain-lain.

*Bahagian imbasan ini hanyalah RINGKASAN kepada kuliah-kuliah sebelum ini. Untuk mendapatkan huraian sepenuhnya, mestilah dengan mengikuti

/menonton/mendengar kuliah-kuliah sebelumnya. Orang yang pertama kali membaca/menonton/mendengar, jangan berpada dengan imbasan ini sahaja.

(5)

5

PERKONGSIAN UNTUK MALAM INI

Imam Al-Ghazali menulis dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Cinta Allah : Maka ketahuilah bahawa kebodohan manusia itu lebih

besar daripada kebodohan nyamuk. Bahkan, bentuk anak Adam pada menelungkupkannya dia atas nafsu keinginan duniawi itu (*bagaikan) bentuk kupu-kupu pada berterbangannya kepada api.

Kerana bersinarlah bagi manusia itu cahaya keinginan dari segi lahir bentuknya. Ia tidak tahu bahawa di bawahnya itu racun yang

merendamkan lagi membunuh.

Maka senantiasalah ia melemparkan dirinya kepadanya, sehingga ia terbenam di dalamnya. Ia terikat dan binasa untuk selama-lamanya. Maka semoga adalah kebodohan manusia itu seperti kebodohan kupu-kupu. Bahawa kupu-kupu dengan tertipunya dengan zahiriyyah cahaya, jikalau ia terbakar, nescaya ia terlepas dengan seketika. Dan manusia itu akan kekal dalam neraka sepanjang abad atau dalam masa yang panjang.

Kerana itulah Rasulullah saw berseru dan bersabda : “Bahawa aku itu

yang menahan dengan tempat mengikat tali celanamu dari api neraka. Dan kamu itu terbang ke neraka seperti terbangnya kupu-kupu.” (Bukhari & Muslim)

Ini adalah suatu gemerlapan yang ajaib, daripada keajaiban2 ciptaan Allah Taala pada haiwan yang paling kecil. Padanya daripada

keajaiban2, di mana jikalau berkumpullah orang2 dahulu dan orang2 yang kemudian untuk mengetahui akan hakikatnya, nescaya lemahlah mereka dari hakikatnya itu. Dan mereka tiada akan menengok kepada hal2 yang terang dari bentuknya yang zahiriyyah. Ada pun

(6)

makna-6

makna yang demikian itu, yang tersembunyi, maka tidaklah yang melihat padanya selain Allah Taala.

Kemudian pada setiap haiwan dan tumbuh-tumbuhan itu ada

keajaiban dan keajaiban2 yang khusus, yang tidak berkongsi padanya yang lain.

Perhatikanlah kepada tawon (*lebah) dan keajaiban2nya.

Bagaimanakah Allah mewahyukankan kepadanya sehingga ia membuat rumah di bukit-bukit, pada pohon kayu dari apa yang dibuatnya rumah itu. Bagaimana ia mengeluarkan dari air liurnya akan lilin dan air madu. Dijadikan salah satu dari keduanya itu terang dan dijadikannya yang lain itu ubat.

Kemudian, jika anda memperhatikan akan keajaiban2 urusannya, pada memperoleh bunga-bungaan dan bunga2 yang putih dan

terpeliharanya dari najis dan kotoran, patuhnya tawon itu kepada salah satu dari kumpulannya, yang lebih besar tubuhnya itu dan itu adalah rajanya. Kemudian apa yang diperintahkan oleh Allah Taala kepada rajanya itu, dari keadilan dan keinsafan di atas sesamanya, sehingga sesungguhnya akan dibunuh di atas pintu pelaksanaan, setiap yang terjatuh daripadanya di atas najis, nescaya anda telah menunaikan daripadanya itu, akan suatu keajaiban lagi, yang penghabisan dari keajaiban, jikalau anda itu melihat pada diri anda sendiri, kosong dari kesusahan perut anda dan kemaluan anda, nafsu syahwat diri anda dalam permusuhan dengan teman2 anda dan menguasai kawan2 anda. Kemudian, tinggalkanlah semua itu dari anda.

Dan perhatikanlah kepada tawon itu membangun rumahnya daripada lilin dan usahanya dari sejumlah bentuk2 akan bentuk yang bersegi enam. Ia tidak membangun rumah yang bundar, yang empat segi dan lima segi. Akan tetapi yang enam segi, kerana suatu khasiat pada

(7)

7

bentuk enam segi itu, yang pendeklah para insiur daripada mengetahuinya.

Iaitu bentuk yang terluas dan yang paling meliputi ialah bundar dan yang mendekati kepada yang bundar. Bahawa bentuk yang empat segi itu keluar daripadanya sudut2 yang sia2. Dan bentuk tawon itu bundar, yang memanjang. Maka ditinggalkannya ebntuk yang empat segi,

sehingga tidak sia-sialah sudut2 itu, lalu tinggal menjadi kosong.

Kemudian, kalau dibangunkannya rumah itu bundar, nescaya tinggallah di luar rumah itu lubang2 yang sia-sia. Bahawa bentuk yang bundar itu apabila dikumpulkan, nescaya ia tidak terkumpul dengan teratur.

Dan tiadalah bentuk dalam bentuk2 itu yang mempunyai sudut2 yang mendekati pada meliputi selain dari yang bundar. Kemudian teraturlah sejumlah daripadanya di mana tidak tinggal lagi sedudah

berkumpulnya itu suatu lubang pun, selain yang enam segi. Inilah khasiatnya bentuk ini.

Maka perhatikanlah bagaimana Allah Taala mengilhamkan kepada

bintang tawon, di atas kecil bentuk tubuhnya dan lembut pendiriannya, lantaran kasih sayang kepadanya, perhatikan dengan wujudnya dan apa yang diperlukan kepadanya, supaya ia merasa enak dengan

hidupnya. Maka Maha Sucilah Dia. Alangkah agung keadaan-Nya, amat luas kasih sayangNya dan nikmatNya.

Maka ambillah I’tibar dengan gemerlapan yang sedikit ini, dari haiwan yang terpandang hina. Tinggalkanlah diri anda akan keajaiban2

kerajaan bumi dan langit. Bahawa kadar yang sampai pemahaman kita yang singkat kepadanya itu menghabiskan semua umur, tanpa

(8)

8

Dan tiada andingan bagi apa yang diliputi oleh ilmu kita, kepada apa yang diliputi oleh ilmu khalayak ramai semuanya, kerana apa yang dipilih oleh Allah Taala dengan ilmuNya. Bahkan setiap apa yang diketahui oleh makhluk, tidak mustahak untuk dinamakan ilmu di sebelah ilmu Allah Taala.

Maka dengan memperhatikan pada ini dan yang semisal dengan dia, nescaya bertambahlah ma;rifah yang diperoleh dengan yang termudah dari dua jalan.

Dengan bertambahnya ma’rifah maka bertambahlah cinta. Maka jikalau adalah anda itu mencari kebahagiaan bertemu dengan Allah Taala, maka campakkanlah dunai ini di belakang anda. Habiskanlah umur anda pada zikir yang berkeekalan dan fiir yang berkeharusan. Semoga anda memperoleh keuntungan daripadanya dengan kadar yang sedikit. Akan tetapi, anda akan mencapai dengan yang sedikit itu kerajaan yang besar yang tiada penghabisan padanya.

PEMBERITAHUAN

*Nota-nota kuliah untuk hadirin ini, walau sebanyak mana pun ilmu-ilmu agama di dalam dada, jangan dibaca dan cuba difaham begitu sahaja tanpa

mengikuti/mendengar/menonton syarahannya, lebih-lebih lagi pada kalam-kalam Imam Al-Ghazali sendiri. Jika tidak, kebarangkalian untuk tidak faham

atau salah faham memang tinggi. Berhati-hati dan selamat mengambil manfaat.

*Sekiranya anda mahu print nota-nota kuliah Kitab Cinta dari internet, paparan terbaik adalah dalam bentuk booklet. Pergi ke Printer Properties - Page Setup -

Page Layout - dan pilih Booklet - Ok - Print.

*Semua 164 kali kuliah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di Surau An-Nur ini boleh diulang-ulang dengar/tonton rakamannya di Youtube. Tuliskan “syarah ihya” atau “kitab cinta ihya” pada carian Youtube. Selamat mengambil manfaat.

Referensi

Dokumen terkait

a. Glover mendefinisikan manajemen sebagai kepandaian manusia menganalisa, merencanakan, memotivasi, menilai dan mengawasi penggunaan secara efektif sumber-sumber manusia

[r]

Berdasarkan uji antibakteri yang telah dilakukan, formula optimum sabun cair ekstrak etanol rimpang jahe merah mempunyai aktivitas

PRAKOSO ARI WIBOWO. Pengembangan Mesin Penanam Benih Jagung dengan Pengolahan Tanah Minimum Bertenaga Traktor Roda Dua. Dibimbing oleh WAWAN HERMAWAN. Mesin penanam,

Selanjutnya dijabarkan pula bahwa esensi konsep agropolitan adalah: (1) memperkenalkan unsur-unsur gaya hidup kota (urbanism) pada lingkungan perdesaan, (2) memperluas hubungan

Sardjito terhadap pengobatan dan memperbaiki kontrol glikemik kelompok intervensi dibandingkan dengan kelompokkontrol dengan masing-masingnilai p adalah 0,023(p<0,05)

Metode yang digunakan adalah dengan melakukan penggantian Air Circuit Breaker dari konvensional menjadi motorize, melakukan modifikasi unit pengatur kecepatan pada

Tersangka kemudian mengajukan permohonan pra-peradilan di pengadilan negeri Jakarta Selatan. Perkara ini kemudian diregister dengan perkara nomor 4