• Tidak ada hasil yang ditemukan

Komitmen kerajaan dalam memerangi gejala merokok tidak pernah berakhir. Kempen

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Komitmen kerajaan dalam memerangi gejala merokok tidak pernah berakhir. Kempen"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 SET 2

Soalan 1 :Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani gejala merokok dalam kalangan remaja dan akibat-akibat daripada perbuatan merokok. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Umum mengetahui bahawa merokok merupakan tabiat tidak sihat yang membawa keburukan bukan sahaja kepada perokok terbabit, bahkan orang sekitarnya. Kajian menunjukkan bahawa 70 peratus penyebab pelajar merokok semata-mata kerana ingin mengelakkan tekanan.Tekanan berpunca daripada bebanan tugasan sekolah, harapan tinggi ibu bapa ditambah dengan naluri perasaan remaja yang suka memberontak. Faktor utama yang menyumbang kepada perlakuan merokok adalah perubahan gaya hidup dan pemikiran, pengaruh rakan sebaya, selain mengimport budaya negatif dari negara luar.

Komitmen kerajaan dalam memerangi gejala merokok tidak pernah berakhir. Kempen “Tak Nak” yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah bertujuan untuk mendidik generasi akan datang supaya bebas dari dihinggapi tabiat buruk itu. Tabiat benci merokok juga perlu disemai sejak di bangku sekolah bagi membawa kesan terhadap kanak-kanak dan seterusnya belia, serta golongan dewasa. Kerajaan juga mengambil beberapa langkah lain untuk membendung tabiat merokok termasuk menaikkan tarif produk tembakau. Peningkatan percukaian dan penetapan harga minimum rokok diyakini dapat mengurangkan permintaan terhadap rokok dalam kalangan perokok baharu.

Peraturan larangan penjualan peket kecil 14 batang rokok dan kurang juga adalah langkah kawalan mengelak mereka yang baru berjinak-jinak dengan rokok. Namun, bagi perokok yang sudah tegar, tidak akan berganjak dan tetap akan terus merokok. Kementerian Kesihatan menggunakan pendekatan drastik dengan meletakkan gambar organ-organ dalaman yang rosak akibat gejala merokok pada semua kotak rokok. Kementerian juga mewajibkan kesemua pengeluar dan pengedar rokok mendaftar dan memohon satu lesen khas sebelum menghasilkan atau menjual produk tembakau masing-masing. Melalui akta itu, kerajaan juga akan mengawal harga minimum rokok bagi mengelakkan perang harga dalam kalangan pengeluar yang kini dikesan semakin rancak. Selain itu, penubuhan kumpulan antimerokok dan kumpulan sokongan berhenti merokok yang terdiri daripada kalangan pelajar sendiri haruslah digerakkan oleh setiap sekolah seperti penubuhan PRS, pengawas dan sebagainya. Jangan dilupakan bahawa khidmat bantuan berhenti merokok juga penting bagi memberi bantuan dan nasihat kepada pelajar yang ingin berhenti merokok.

Sebagai intiha, merokok merupakan suatu gaya hidup yang memudaratkan. Menyedarkan perokok tentang bahaya tabiat merokok memang tidak mudah.Kesungguhan merokok perlu datang daripada dalam diri individu itu sendiri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Menangani Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja’, oleh Hj. Samat bin Buang, Fokus, Mei, 2009)

(2)

2

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata dihinggapi tabiat buruk seperti yang terdapat dalam petikan di atas.

[2 markah] ii) Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya kegiatan merokok

dalam kalangan remaja mahupun dewasa? Berikan tiga faktor.

[3 markah]

iii) Gejala merokok dalam kalangan pelajar semakin serius dari hari ke hari. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku kepada masyarakat jika sekiranya gejala ini terus menular dalam kalangan remaja?

(3)

3 Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kisah Pak Husain tidak berakhir di situ sahaja. Ketika Jepun menyerah pada tahun empat puluh lima, waktu itu rompakan menjadi-jadi. Rompakan berlaku di Tuk Lukup. Berlaku di Sabak. Berlaku di Pengkalan Datu. Awan ketakutan berkembang hitam di tiap-tiap buah kampung yang agak terpencil. Ketika pendaratan perompak di Kampung Padang Pak Amat, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu. Senapangnya yang diambil daripada seorang askar Punjabi yang telah mati ( waktu dia menguburkan mayat-mayat mereka pada permulaan perang), telah dipergunakan buat pertama kali. Bedilannya itu telah menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa. Menyelamatkan semua orang kampung. (Akhirnya Pak Husain menyerahkan senapang itu kepada kerajaan apabila semuanya normal).

(Dipetik daripada cerpen ‘Pahlawan Buntung’ oleh S.Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Apakah yang berlaku selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945? [2 markah] ii) Pada pendapat anda, apakah yang anda akan lakukan sekiranya ternampak

sekumpulan perompak?

[3 markah] iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni

yang lain daripada keseluruhan cerpen.

(4)

4 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tiba-tiba Tuan Puteri Pinang Masak masuk tangan, “Wahai ayahanda, adakah patut berulang-alik bertanyakan hal orang di geliung itu? Bukankah baik kiranya dipersilakan anak-anak geliung itu naik ke istana?”

Baginda raja termakan cakap puterinya itu lalu ia menitahkan negeri dihiasi dan orang besar-besar pergi menjemput anak-anak geliung itu ke istana.

“Silalah encik-encik dan tuan-tuan naik ke darat. Kalau hendak menyabung, gelanggang ada: hendak bercatur berjugar, tapaknya ada dan jika hendak berkenduri hidangan ada disediakan lengkap dengan balainya,” kata Datuk Orang Kaya Besar.

“Terima kasih. Silalah tuan-tuan berjalan dulu, kami mengikut dari belakang.”

Setelah mendapat izin isterinya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian lengkap Awang Sulung pun pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamatnya. Bujang Selamat disuruhnya mengepit Kinantan Sucinya, iaitu seekor ayam laga yang cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tunda menuju ke pangkalan Negeri Pati Talak Terengganu.

(Dipetik daripada “Pelayaran yang Penuh Peristiwa” dalam antologi Harga Remaja, DBP)

i) Berikan maksud termakan cakap.

[2 markah] ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah mendapatkan

izin dari isterinya sebelum berangkat ke Negeri Pati Talak Terengganu?

[3 markah] iii) Sekiranya anda Awang Sulung, bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk

membalas layanan mesra yang diberikan oleh Datuk Orang Kaya Besar?

(5)

5 Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DI PERPUSTAKAAN Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi di puncak sepi

di sana sini

kepala- kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapapun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka Yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman Bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera

tak berpantai

betapapun kuteguk darinya dahaga tak pernah langsai Shafie Abu Bakar

Alam yang Hijau,2007

(6)

6

i) Berdasarkan sajak Di Perpustakaan, nyatakan perkara yang dialami oleh penyajak semasa berada di perpustakaan dalam rangkap kedua.

[ 3 markah] ii) Apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk menggalakkan

anak-anak supaya memiliki semangat membaca? [3 markah] iii) Senaraikan empat nilai yang terdapat dalam sajak Di Perpustakaan.

(7)

7

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Jawab semua soalan

a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) siku - siku-siku (ii) angkut - angkut-angkut (iii) kuda - kuda-kuda

[6 markah]

(b) Tukar ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat-ayat cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.

Zamarul bertanya kepada Muis sama ada Muis boleh mengajarkannya memasang komputer. Muis bersetuju dengan permintaan Zamarul. Zamarul kemudiannya meminta Muis menuliskan cara-cara untuk memasang komputer pada masa itu juga. Muis mengatakan bahawa Zamarul tidak perlu risau kerana dia berjanji akan mengajarkannya selepas balik sekolah pada hari itu. Seterusnya, Zamarul memberitahu Muis bahawa dia ingin membeli sebuah komputer pada minggu hadapannya dan ingin memasangnya sendiri. Dia juga meminta Muis menyenaraikan komponen-komponen komputer yang diperlukan. Muis menyukai rancangan Zamarul dan dia berjanji lagi bahawa dia akan datang ke rumah Zamarul untuk mengajar Zamarul cara-cara memasang komputer tersebut.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga terdiri daripada bacaan luas, pemainan bahasa, dan kerja penyelidikan. (ii) Rakyat Malaysia menunjukkan sikap yang pro-aktif dalam usaha membantu pihak kerajaan mentangani kes denggi yang melanda.

(iii) Walau pun kebanyakan penduduk di kawasan setinggan itu berpindah, namun boleh dikata rata-rata mereka tidak berpuas hati terhadap sikap pemaju.

(8)

8

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Banyak perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh masyarakat untuk menahan vandalisme daripada terus-menerus berleluasa. Pengajaran merupakan tunjang yang dapat mengubat penyakit sosial ini dan diharapkan mampu menyemai perasaan cintakan harta benda awam. Sehubungan itu, masyarakat setempat perlu prihatin dan berasa terpanggil untuk mengambil tindakan tanpa perlu mengharapkan pihak berkuasa membuat serbuan.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Masyarakat kini terlalu leka mengejar kebendaan sehingga lalai akan tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga. Kadang-kadang sesuatu yang ingin dicapai itu bukan sahaja tidak kesampaian, sebaliknya terpaksa kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki. Hal seperti ini wajar dijadikan iktibar supaya kita tidak menyesal pada kemudian hari. Oleh itu, kita seharusnya menyediakan masa yang berkualiti untuk diri sendiri dan keluarga kerana masa bersama-sama ahli keluarga amat bererti. Hakikat yang perlu disedari ialah kita hendaklah bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara agar kesejahteraan hidup dapat dikecapi.

(9)

9

Soalan 4: Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer hamzah L. Kadir

(vii) Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari.

Mengapakah anda berpendapat demikian.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu.

Referensi

Dokumen terkait

Pada gambar 4 merupakan activity diagram usulan pemesanan dengan proses pelanggan masuk ke website toko kurnia collection, lalu pilih menu produk maka sistem

Miskonsepsi disebabkan oleh banyak hal, yaitu pengetahuan awal siswa yang memang bersifat miskonsepsi, guru-guru di sekolah yang juga masih mengalami miskonsepsi dalam

Para Tenaga Kerja Indonesia yang terancam hukuman mati masih banyak terjadi di Arab Saudi yang menyebabkan pemerintah Indonesia seharusnya lebih bertindak tegas agar

Hasil eksperimen pada arsitektur network deep learning menunjukkan bahwa ukuran testing data memiliki pengaruh terhadap tingkat akurasi dan loss dari pendeteksi

Jika kebijakan awal ini dinilai mampu berjalan dengan baik, maka penulis meyakini bahwa kebijakan ini mampu membuka pandangan masyarakat Amerika Serikat pada umumnya dan para

Kepala Badan dan Pejabat-Pejabat lainnya di lingkungan Badan Komunikasi dan Informasi, Perpustakaan dan Kearsipan diangkat dan diberhentikan oleh Bupati atas usulan Sekretaris Daerah

Rancang bangun alat ukur denyut nadi dengan pulse sensor berbasis mikrokontroler Arduino Nano dan Android diharapkan dapat membantu masyarakat serta dunia medis

Judul paragraf, huruf kecil (kecuali huruf pertama pada kata pertama yang harus ditulis dengan huruf kapital), diinden, dicetak miring, diakhiri titik. ( Urutan