• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1 Umrah

Al-hamdulillah pada setiap tahun minat masyarakat islam untuk menunaikan ibadat umrah sangat tinggi, khususnya semasa cuti sekolah. Ini satu kesedaran yang patut dibanggakan. Moga umrah yang kita lakukan akan diterima Allah dan dapat meningkatkan ketaqwaan untuk mentaati setiap arahan dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Ibadat umrah boleh ditunaikan pada bila-bila masa sama ada dalam musim haji atau bukan dalam musim haji.

Apakah yang dimaksudkan dengan umrah? Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Hukumnya pula ialah fardhu. Ijma‟ ulama‟ mengatakan wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan menyempurnakannya.

Dalil terhadap kewajipan umrah, firman Allah yang bermaksud : “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”

(al Baqarah : 196)

Sebelum menyempurnakan ibadat umrah perlulah dibuat persiapan. Persiapan perlu dilakukan supaya ibadat kita menjadi sah dan mendapat balasan yang mabrur dari Allah, langkah pertama ialah menuntut ilmu. Alangkah rugi orang yang beribadat tetapi tidak mengetahui hujung pangkal apa yang dilaksanakannya dan hanya bergantung dengan orang lain dan amat malang sekali jika apa yang dilaksanakan pula adalah salah, janganlah kita termasuk dalam kelompok ini.

(2)

2

Kepentingan dan kelebihan orang yang berilmu jelas terpancar melalui firman Allah yang bermaksud :

“Allah swt mengangkat kedudukan orang-orang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat”

(al Mujadalah : 11) Saidina Ali ada menyebut :

“Ilmu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga kamu sedangkan kamu menjaga harta, ilmu menjadi hakim, harta sesuatu yang dihakimi, harta berkurangan jika dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila disebarkan”

Bagaimana persiapan kita untuk mengerjakan umrah? apa yang perlu dimulakan ? apa yang boleh dilakukan dan apa pula yang ditegah ? atau tak ambil kisah maklumlah umrah senang je !

Mungkin ini yang bermain difikiran kita ? Mari kita lihat satu persatu berkaitan ibadat umrah. Pelaksanaan ibadat umrah akan sempurna apabila kita telah selesai mengerjakan semua rukun dan wajib umrah. Apakah rukun dan wajib umrah ?

Rukun Umrah

Terdapat 5 rukun umrah : 1- Niat

2- Tawaf 3- Sa‟ie

4- Bercukur atau bergunting 5- Tertib pada kesemua rukun

(3)

3

Rukun umrah ialah pekerjaan asas yang perlu dilakukan, sekiranya tidak dilakukan salah satu daripadanya sama ada secara sengaja atau tidak atau terlupa maka umrah tidak sah.

Perlu diambil perhatian sebelum memulakan perjalanan kerohanian umrah ini, hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada jadual penerbangan. Pada kebiasaannya jadual penerbangan adalah seperti berikut :

MASUK MAKKAH

1- KLIA – Jeddah – Makkah (persiapan seperti mandi sunat ihram, memakai ihram dan solat sunat ihram dilakukan di Malaysia) MASUK MADINAH

2- KLIA – Jeddah – Madinah – Makkah (persiapan seperti mandi sunat ihram, memakai ihram dan solat sunat ihram dilakukan di Madinah sebelum bertolak ke Makkah)

PELAKSANAAN IBADAT UMRAH …

1- Niat ihram umrah - setelah jemaah haji melaksanakan amalan sunat sebelum berniat ihram seperti mengerat kuku, menipiskan kumis atau bercukur, mandi sunat ihram, memakai pakaian ihram serta solat sunat ihram jemaah boleh memulakan ibadat umrah dengan berniat umrah iaitu melafazkan niat seperti berikut :

“sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah ta‟ala”

Jemaah disunatkan perbanyakkan talbiah atau zikir selepas berniat ihram, elakkan bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

(4)

4

Kelebihan dan tuntutan bertalbiah atau zikir jelas sepertimana hadith daripada Sahl bin Said RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“ Tiadalah seorang Islam bertalbiah kecuali bertalbiah sama dengannya yang di sebelah kanan dan kiri daripada batu, pohon kayu, atau tanah liat, sehingga terputus jarak bumi dari sini ke sini dan dari sini ke sini “

(Riwayat al Tarmizi, Ibn Majah, al Bahaqi, al Hakim dan sahihnya) Di dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Telah datang kepadaku Jibril, dan memerintahkan daku supaya menyuruh sahabatku mengangkat suara mereka ketika bertahlil dan bertalbiah”

(Riwayat Malik, al Syafie, Abu Daud, al- Nasaie dan al Tarmizi)

Setelah lafaz niat ihram umrah dilafazkan maka jemaah terikat dan perlu menjaga 13 jenis larangan semasa dalam ihram sehingga jemaah telah tahallul umrah iaitu dengan bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut.

Dimanakah tempat untuk melafazkan niat ihram umrah ?

Lafaz ihram umrah hendaklah dilafazkan di miqat iaitu tempat yang telah ditetapkan. Pada kebiasaannya bagi jemaah yang terlibat dalam perjalanan terus masuk ke Makkah mereka hendaklah berniat umrah di miqat yang dikenali sebagai Qarnul Manazil, jemaah akan berniat semasa dalam pesawat. Jika berniat selepas pesawat melepasi kawasan Qarnul Manazil umrah masih dikira sah tetapi dikenakan dam (mengikut jenis nya), dan jika sengaja maka dosa pula. Berdasarkan pengalaman, adalah dinasihatkan agar

(5)

5

jemaah umrah berniat ihram umrah setelah 5 jam atau 6 jam berada dalam pesawat (pesawat bertolak).

Jika penerbangan memasuki Madinah terlebih dahulu maka niat umrah adalah di masjid Miqat iaitu terletak di Bir Ali (Zulhulaifah) iaitu semasa perjalanan dari Madinah ke Makkah, begitu juga persiapan amalan sunat sebelum niat ihram seperti memotong kuku, menipiskan kumis, mandi sunat ihram dan sebagainya dilakukan di bangunan penginapan Madinah bukannya di Malaysia.

Dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah bas akan berhenti di masjid Miqat, maka jemaah akan melafazkan niat di masjid tersebut. Namun demikian jemaah dibolehkan berniat sebelum sampai ke miqat iaitu berniat di bangunan

penginapan atau di atas bas semasa di Madinah sebelum berangkat ke Makkah. Bagi jemaah yang berhajat melaksanakan umrah yang kedua dan

seterusnya (dikira sebagai umrah sunat) semasa di Makkah, jemaah hendaklah keluar ke Tanah Halal seperti ke Ji‟ranah (22km dari Makkah), Tan‟im (5km dari Makkah), atau Hudaibiyah (29km dari Makkah), atau jemaah juga boleh ke Arafah ini kerana Arafah juga adalah Tanah Halal.

Pada kebiasaannya jemaah akan pergi ke Tan‟im memandangkan jarak lebih dekat dan mudah mendapat pengangkutan ke sana. Sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan pastikan pergi ke sana bersama teman, terutamanya jemaah wanita.

2- Tawaf - bila pula akan laksanakan ibadat tawaf ? Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya. Jemaah akan menyempurnakan ibadat tawaf semasa di Makkah. Jemaah akan dibawa untuk tawaf umrah secara berkumpulan (hanya tawaf untuk pertama kali di pandu oleh petugas muassasah).

(6)

6

Ingat semula syarat-syarat sah tawaf dan sunat-sunat tawaf. Syarat Sah Tawaf

1- Menutup aurat

2- Suci daripada hadas besar dan kecil

3- Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis 4- Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad

5- Menjadi Kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan

6- Dilakukan dalam Masjidil Haram dan luar binaan Kaabah, Hijr Ismail dan Syazarwan

7- Mengekalkan niat tawaf

8- Cukup 7 pusingan dengan yakin

Jemaah bolehlah mulakan tawaf dengan tenang dan pastikan syarat-syarat ini dipatuhi, insyaAllah moga di mudahkan Allah.

Jemaah sering kali diperingatkan agar pastikan cukup 7 pusingan dengan yakin, sekiranya tidak yakin atau masih dalam was-was bilangan tawaf yang telah dibuat, maka hendaklah di tambah pusingan tawaf supaya benar-benar yakin cukup 7 pusingan. Ibadat tawaf sebagai asas bagi menyempurnakan rukun yang lain, sekiranya tawaf tidak sah maka ibadat sa‟ie dan bercukur atau bergunting juga tidak sah dan perlu diulang semula.

Bagaimana pula dengan bacaan doa, idtiba‟ dan amalan lain lain seperti isyarat tangan semasa tawaf ? Itu semua adalah amalan sunat semasa tawaf, jika dibuat akan menambahkan kualiti dan fadhilat tawaf, namun jika tidak dapat dilakukan tawaf masih sah dan diterima Allah. Antara perkara-perkara sunat semasa dalam tawaf ialah :

1- Berjalan kaki

2- Beridtiba‟ (memakain ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan) sunat bagi lelaki pada tawaf yang diiringi dengan sa‟ie.

(7)

7

3- Mengucup Hajarul Aswad ketika permulaan tawaf

4- Istilam Hajarul Aswad atau melakukan isyarat tangan tapak tangan ke arah Hajarul Aswad

5- Istilam Rukun Yamani 6- Melakukan ramal

7- Berturut-turut mengelilingi Kaabah sehingga 7 pusingan 8- Tawaf dengan Tawadhuk dan khsuyuk

9- Melakukan solat sunat tawaf 2 rakaat setelah selesai tawaf 10- Berdoa atau berzikir semasa tawaf

3- Sa‟ie – bila pula akan lakukan ibadat sa‟ie ? Sai‟e ialah berjalan berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah mengikut syarat-syaratnya. Ibadat sa‟ie dilakukan selepas selesai tawaf dengan sempurna. Syarat sah sa‟ie ialah:

1- Dilakukan setelah sempurna tawaf

2- Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah

3- Cukup tujuh kali ulang alik dengan yakin. Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah di kira sekali.

4- Hendaklah sampai ke penghujung tempat sa‟ie di kaki Bukit Marwah dan kaki Bukit Safa pada setiap pusingan sa‟ie.

5- Melakukan sa‟ie di tempat yang di tentukan 6- Mengekal niat sa‟ie

Sa‟ie dengan sempurna dan tenang, dan sebaiknya lakukan juga amalan-amalan sunat semasa sa‟ie, amalan-amalan sunat semasa sa‟ie ialah :

1- Dalam keadaan wudhuk

2- Dilaksanakan sejurus selepas mengerjakan tawaf 3- Keluar ke tempat sa‟ie melalui pintu Safa

(8)

8

5- Mengadap kea rah Kaabah sambil bertakbir, dan bertahlil semasa berada di Bukit Safa dan Marwah untuk memulakan sa‟ie

6- Muwalat (berturut-turut)

7- Berlari anak pada setiap pusingan apabila berada di kawasan bertanda lampu hijau

8- Beridtiba‟ pada semua pusingan 9- Berjalan kaki

10- Mengelak kesesakkan 11- Berdoa dan berzikir

Setelah sempurna sa‟ie maka bolehlah melaksanakan rukun umrah yang keempat iaitu bercukur atau bergunting.

4- Bercukur atau bergunting

Bercukur atau bergunting iaitu menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut setelah sempurna melakukan ibadat tawaf dan sa‟ie. Ia dikenali sebagai tahallul umrah, dengan bercukur atau bergunting maka jemaah bebas dari 13 larangan ihram dan dikira sempurna melakukan ibadat umrah.

Jemaah dinasihatkan agar bercukur atau bergunting sebaik sahaja selesai sa‟ie, jika tidak mengambil tindakan demikian dibimbangi jemaah akan terlupa. Terdapat kes jemaah umrah yang terlupa untuk bergunting, kebiasaannya mereka yang bercadang bergunting di bangunan penginapan tetapi apabila pulang bilik mereka tidak berbuat demikian, mungkin kerana keletihan atau sibuk dengan perkara lain. Ingat ! jika tidak bergunting kita dikira masih lagi dalam keadaan berihram dan terikat dengan 13 larang ihram.

Afdhal bagi lelaki bercukur dan bagi wanita sunat gunting rambut sepanjang ruas jari dari mana-mana sudut kepala. Bagi yang tidak mempunyai rambut, pastikan benar-benar botak licin. Bagi mereka yang botak licin hanya sunat dilalukan mata pisau di atas kepala sebagai syarat. Jika tidak berbuat demikian

(9)

9

adalah tidak mengapa, kerana ia adalah termasuk dalam perkara sunat. Jemaah tersebut gugur daripada melakukan salah satu rukun kerana ketiadaan rambut untuk bercukur atau bergunting (sebab botak licin).

Pastikan jemaah yang hendak digunting atau dicukur rambutnya telahpun sempurna sa‟ie. Boleh digunting rambut sendiri atau rakan-rakan lain yang telah sempurna sa‟ie, mana-mana dahulu boleh dilakukan sama ada rambut sendiri kemudian barulah rambut kawan atau sebaliknya. Bagi jemaah wanita pastikan aurat tidak didedahkan kepada orang ramai ketika bergunting. 5- Tertib pada kesemua rukun

Bermaksud jemaah hendaklah mengikut tertib rukun umrah satu persatu bermula dengan niat ihram, tawaf, sa‟ie dan bercukur atau bergunting.

Wajib Umrah

Tidak cukup dengan hanya mempelajari rukun umrah, jemaah juga harus membekalkan diri dengan mempelajari perkara berkaitan wajib umrah. Terdapat 2 perkara yang dikategorikan sebagi wajib umrah iaitu :

1- Berniat ihram di miqat

2- Meninggalkan larangan ihram

Wajib umrah ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan umrah. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, umrah tersebut tetap sah, tetapi dikenakan dam menurut syarat-syaratnya. Dan jika ditinggalkan dengan sengaja jemaah akan menanggung dosa pula.

(10)

10 1- Niat Ihram di Miqat

Niat ihram ialah lafaz niat untuk mengerjakan ibadat umrah. Niat tersebut hendaklah dilafazkan di miqat. Namun dibolehkan lafaz sebelum miqat.

Contoh Lafaz niat ihram umrah :

“ Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta‟ala”

Apakah yang dimaksudkan dengan miqat ?

Miqat ialah ketentuan tempat atau sempadan atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Miqat pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu miqat Zamani dan miqat Makani.

1- Miqat Zamani umrah pula ialah sepanjang masa selain dari masa sedang berihram haji.

2- Miqat Makani ialah ketentuan tempat atau sempadan untuk berniat ihram haji atau umrah.

Miqat Makani haji atau umrah bagi penduduk Luar Makkah iaitu: I. Yalamlam atau pun dikenali juga sebagai al- Sa’diyyah

Yalamlam ialah nama sebuah bukit yang terletak berhampiran Laut Merah di Semenanjung Tanah Arab. Jaraknya lebih kurang 89 kilometer dari Makkah. Yalamlam ialah miqat bagi penduduk Yaman dan orang yang datang dari arahnya.

(11)

11

II. Zulhulaifah atau pun dikenali juga sebagai Abyar Ali/ Bir Ali Zulhulaifah ialah kawasan yang jaraknya lebih kurang 425 kilometer dari Makkah dan lebih kurang 10 kilometer dari Masjid Nabawi. Zulhulaifah ialah miqat bagi penduduk Madinah dan orang yang datang dari arahnya.

III. Al- Juhfah

Al- Juhfah ialah kawasan yang jaraknya lebih kurang 187 kilometer dari Makkah. Al- Juhfah ialah miqat bagi penduduk Syam (Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria) dan orang-orang yang dating dari arahnya.

IV. Qarn al-Manazil atau pun dikenali juga sebagai al-Sayl

Qarn al-Manazil ialah kawasan yang jaraknya lebih kurang 94 kilometer dari Makkah. Qarn al-Manazil ialah miqat bagi penduduk Najd atau orang yang datang dari arahnya.

V. Zatu ‘Irqin atau pun dikenali juga sebagai al- Daribah

Zatu „Irqin ialah kawasan yang jaraknya lebih kurang 94 kilometer dari Makkah. Zatu „Irqin ialah miqat bagi penduduk Iraq atau orang yang datang dari arahnya.

Maksud Hadith :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah ialah Zulhulaifah, bagi penduduk negeri Syam ialah al- Juhfah, bagi penduduk Najd ialah Qarn al-Manazil, bagi penduduk Yaman ialah Yalamlam. Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan iaitu dan juga bagi orang-orang yang datang melaluinya dari negeri-negeri lain yang

(12)

12

hendak menunaikan haji dan umrah. Bagi mereka yang tinggal di tempat yang kurang jarak jauhnya dari kawasan miqatnya yang ditentutkan, maka miqat mereka ialah di tempat mereka sendiri hinggakan penduduk Makkah miqat mereka ialah di Makkah juga.

Muttafaq alaih

Pada masa kini, kebiasaannya hanya dua miqat sahaja yang dilalui oleh jemaah haji dari Malaysia iaitu :

1. Qarn al-Manazil- Bagi jemaah haji yang dijadualkan penerbangan masuk ke Jeddah dan seterusnya ke Makkah dari Malaysia.

2. Zulhulaifah- Bagi jemaah haji yang dijadualkan penerbangan masuk ke Jeddah kemudian Madinah atau terus ke Madinah dari Malaysia selepas itu barulah ke Makkah.

Walau bagaimanapun menurut pandangan para ulama‟ jemaah haji boleh berniat ihram sebelum melepasi kawasan atau sempadan miqat, tetapi yang terbaik adalah sebaik sahaja memasuki/tiba di miqat yang ditetapkan.

2. Meninggalkan larangan semasa dalam ihram

Jemaah perlu memahami perkara berhubung larangan semasa dalam ihram. Walaupun hanya perkara wajib, jemaah perlu memberi tumpuan dan perhatian kerana dibimbangi akan memberi kesan terhadap mencapai matlamat umrah yang mabrur.

Meninggalkan larangan semasa dalam ihram bermaksud setelah jemaah berniat ihram sama ada haji atau umrah maka haram melakukan perkara yang ditegah, sekiranya melakukan perkara tersebut maka dikenakan dam menurut syarat-syaratnya. Sekiranya dilakukan juga dengan sengaja maka ia akan memberi kesan dosa.

(13)

13

Larangan ihram adalah seperti berikut :-

1- Menutup kepala atau sebahagian daripadanya (lelaki sahaja). 2- Menutup muka (perempuan sahaja).

3- Memakai pakaian yang berjahit secara bercantum atau bersarung (lelaki sahaja). (Memakai kain pelekat dengan cara tidak menyarung ke dalamnya adalah dibenarkan)

4- Memakai sarung tangan.

5- Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan. (Perlu diingatkan bagi kes rambut/bulu yang gugur bukan disebabkan oleh usaha atau perbuatan tangan maka tidak berdosa dan tidak dikenakan dam begitu juga dengan kuku).

6- Mengerat atau memotong kuku.

7- Memakai wangi-wangian sama ada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung (Sabun, Ubat Gigi atau Shampoo yang ada wangian dibenarkan penggunaannya hanya sekadar keperluan bagi tujuan pembersihan sahaja). Penggunaan minyak ubat/gosok yang terdapat wangian seperti minyak serai wangi, balm dan sebagainya adalah dibenarkan.

8- Memakai minyak di rambut atau janggut dan semua bulu muka selain daripada tumbuhan di pipi dan di dahi.

9- Memotong/menebang/mengerat atau mencabut pokok-pokok di Tanah Haram.

10- Memburu binatang buruan yang halal di makan atau membinasakannya di Tanah Haram atau Tanah Halal.

11- Melakukan mukadimah (pendahuluan) persetubuhan. 12- Bersetubuh.

13- Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin.

Jemaah akan dikira bebas daripada semua larangan ihram setelah selesai melakuan Tawaf, Sa‟ie dan Bercukur atau Bergunting.

(14)

14

Berdasarkan pengalaman penulis, perkara mengenai larangan dalam ihram sering mengelirukan jemaah, khususnya dikenakan dam atau tidak, berdosa atau tidak berdosa, sengaja atau tidak sengaja, jika dilakukan dalam keadaan lupa dan sebagainya...

Sekiranya jemaah memerlukan penjelasan dan bantuan bagi menyelesaikan permasalahan ini dan sebagainya mereka dinasihatkan merujuk terus kepada Guru Agama yang bertugas di hotel Makkah dan Madinah (Pusat Perkhidmatan Maktab dan Zon), jangan merasa malu dan teragak-agak serta elakkan sama sekali menghantar wakil (kawan) untuk bertanya kepada Guru Agama. Sepatutnya jemaah yang memerlukan bantuan hendaklah datang bertanya terus kepada Guru Agama. Ini penting bagi mengelak perasaan was-was timbul di kemudian hari.

Firman Allah yang bermaksud :

„ ..bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui...“

(al Nahl : 43)

Penulis : Haji Nukman bin Haji Fadzil Pengurus Kanan (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji

Referensi

Dokumen terkait

: PERATURAN BUPATI BONE B0LANGO TENTANG PERUBAHAN KEEMPAT ATAS PERATURAN BUPATI BONE BOLANGO NOMOR 43 TAHUN 2020 TENTANG PENJABARAN ANGGARAN PENDAPATAN DAN BELANJA

4.4 Pengembangan Galeri Nasional Meningkatnya kualitas pengelolaan Galeri Nasional 219,2.. Jumlah naskah inventarisasi nilai tradisi 50 50 2. Jumlah peserta internalisasi

Puji dan syukur atas kehadirat Allah SWT yang telah memberikan limpahan rahmat, taufik, serta hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul

Aktifitas manusia banyak menyediakan terjadinya tempat perindukan yang cocok untuk pertumbuhan vektor malaria, seperti genangan air, selokan, cekungan-cekungan yang terisi air

Keadaan tersebut menyebabkan tindakan anestesi di rumah sakit dilakukan oleh perawat anestesi sehingga tanggung jawab terhadap pelayanan ini menjadi tidak jelas khususnya untuk

Ang bawat tao'y karapat-dapat sa lahat ng karapatan at kalayaang nakalahad sa Pahayag na ito, nang walang ano mang uri ng pagtatangi, gaya ng lahi, kulay,

“menginstruksikan kepada pustakawan untuk melakukan promosi kepada pengunjung baik itu siswa sekolah, PNS, maupun masyarakat umum pada saat ada buku baru, Kebijakan

Strategi pengendaliannya, digunakan tiga buah sensor untuk mendeteksi batas permukaan air tangki air, sensor 1 akan mendeteksi batas atas permukaan air tangki