• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN AM STAF SEKOLAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN AM STAF SEKOLAH"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN AM STAF SEKOLAH

1. Arahan Am

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru, tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahamai dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian sahaja.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.

1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.

1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

1.9 Menjadi “role-model”.

1.10 Menunjukkan kepimpinan melalui teladan.

1.11 Semua guru menjalankan tugas satu pasukan- TEAM. (Together Everyone Achieve More)

2. Kehadiran

2.1 Semua guru hendaklah sampai di sekolah sebelum pukul 7:00 pagi.

2.2 Bagi guru-guru yang bertugas harian, mereka hendaklah sampai sebelum 6:45 pagi untuk menjaga dan mengatur murid-murid bertugas.

2.3 Semua kakitangan sokongan hendaklah sampai di sekolah untuk bertugas pada pukul 8:00 pagi dan balik pada pukul 5:00 petang.

2.4 Semua staf WAJIB mencatat masa sampai dan balik dengan sistem berkomputer „sign-in & sign-out‟.

2.5 Sekiranya staf keluar dari kawasan sekolah untuk urusan RASMI semasa waktu sekolah, alasan dan tujuan keluar perlu dibuat dalam buku rekod di bilik Guru Besar.

2.6 Sekiranya staf tidak dapat turun bekerja disebabkan sakit atau hal-hal lain, staf berkenaan perlu memaklumkan Guru Besar dan Penolong Kanan (Pentadbiran) pada awal pagi melalui telefon (SMS) supaya Guru Pengganti (sit-in) dapat diatur. Staf berkenaan perlu menunjukkan surat akuan doktor bagi mengesahkan bahawa sakit. Surat akuan doktor ini akan dimajukan ke Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei. Gagal berbuat demikian, staf berkenaan dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.

3. Buku Rekod Mengajar

3.1 Buku rekod mengajar guru hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk disemak dan ditandatangani pada pagi setiap hari Isnin. Jika cuti jatuh pada hari tersebut, maka buku rekod mengajar hendaklah diserahkan pada pagi hari Selasa.

(2)

3.2 Guru mestilah membawa buku rekod mengajar ke dalam kelas ketika mengajar

4. Guru Penyayang Bertugas Harian

4.1 Guru penyayang yang bertugas harian mesti menjalankan tugas dengan serius mengikut kawasan yang ditetapkan.

4.2 Guru yang dipertanggungjawabkan mesti bertugas mengawal murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin sekolah setiap hari.

4.3 Menjaga keselamatan murid semasa waktu rehat dan selepas waktu sekolah. 4.4 Mengisi kehadiran murid pada papan kehadiran murid dan dalam buku

kehadiran murid.

4.5 Ketua guru yang bertugas harian dikehendaki menulis laporan dalam buku rekod laporan harian.

4.6 Memeriksa kebersihan dan kekemasan bilik darjah, anak tangga, varendah serta kebersihan di sekitar kawasan sekolah dengan menyuruh murid-murid menyapu dan mengutip sampah-sarap mengikut jadual.

5. Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

5.1 Ketua Panitia mata pelajaran perlu mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran sekurang-kurangnya 4 kali setahun. (mengikut takwim sekolah) 5.2 Ketua Panitia mata pelajaran dikehendaki mengeluarkan surat panggilan

kepada semua anggotanya bermesyuarat dengan salinan kepada Guru Besar. 5.3 Minit mesyuarat panitia mata pelajaran hendaklah disiapkan dalam tempoh

seminggu selepas mesyuarat diadakan.

5.4 Ketua Panitia menyediakan fail mata pelajaran yang mempunyai nombor fail dan kertas minit

6. Cuti

6.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (pp) 0046.SJ/A/ (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru layak mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

6.2 Cuti Sakit

6.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta diterima.

6.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.

6.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau berselang-seli akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk ditentukan pembayaran gaji.

6.3 Cuti Tanpa Gaji

6.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.

6.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas semua cuti rehatnya habis.

(3)

6.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

6.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

6.3.5 Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum mula tarikh bercuti.

6.4 Cuti Rehat Khas

6.4.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

6.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

6.5 Cuti Keluar Negeri

6.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

7. Guru Pengganti (‘Sit-In’)

Semua guru hendaklah mengamalkan sikap saling membantu dalam hal „sit-in‟ (Guru Pengganti) apabila rakan sejawat berurusan rasmi. Guru yang tidak hadir mengajar hendaklah menyediakan kerja murid untuk diserahkan kepada guru pengganti. Penolong Kanan (Pentadbiran) ditugaskan untuk mengatur „sit-in‟.

8. Pakaian

8.1 Guru hendakalah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.

8.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

8.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

8.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

8.4.1 Guru perempuan - seluar trek/ panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

8.4.2 Guru lelaki- seluar, seluar trek/ panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

9. Perhubungan Sesama Guru

9.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata mereka. Guru juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

9.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat/ kepercayaan guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

(4)

9.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

9.4 Guru mengamalkan „esprit de corp‟.

9.5 Guru bekerjasama sebagai satu pasukan / TEAM.

10. Bilik Guru

10.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

10.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free

period’. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru

untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 10.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab

memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

11. Perjawatan dan Pengajaran

11.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Guru Besar atau Pembantu Tadbir.

11.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Penolong Kanan atau Guru Besar.

12. Tugas

12.1 Guru-guru akan diberi tugas berbentuk kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Guru-guru mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

12.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya, menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar

13. Jadual Waktu

13.1 Guru darjah hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

13.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar

13.3 Guru meti mematuhi masa jadual waktu- jangan keluar dari kelas lebih awal atau masuk kelas lewat.

14. Jadual Kedatangan Pelajar

14.1 Setiap guru darjah akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

14.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru darjah atau guru yang masuk ke kelas pada waktu pertama.

(5)

14.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.

14.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

14.5 Analisa mesti dibuat setiap akhir bulan dan disemak oleh Guru Besar atau Penolong Kanan yang diarahkan oleh Guru Besar. Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar. Alamat pelajar perlu sentiasa dikemaskinikan.

15. Keselamatan Harta Benda Sekolah

Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa kepada pengetahuan Guru Besar, PK (HEM) atau Guru Disiplin

16. Kebersihan

16.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru darjah. Alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

16.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik tersebut.

16.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua, staf sokongan dan pelajar.

17. Surat-Menyurat

17.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

17.2 „Letter-head‟ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Guru Besar .

18. Surat Yang Diterima

18.1 Sebahagian daripada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.

18.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah tindakan diambil.

18.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan diedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:

18.3.1 Mengambil fail yang berkenaan daripada Pembantu Tadbir jika fail itu tidak ada dalam simpannya.

18.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.

18.3.3 Memulangkan semula fail itu kepada Pembantu Tadbir.

19. Pergi ke Jabatan Pendidikan / Jabatan Pendidikan Daerah

19.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada masa sekolah.

19.2 Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di PPD/JPN.

(6)

20. Pelawat

20.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu. 20.2 Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau

penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar

20.3 Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat.

21. Membeli Barang

21.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh dari pejabat.

21.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Penolong Kanan dahulu sebelum diluluskan oleh Guru Besar

21.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

21.4 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Guru Besar, Pembekal dan Penerima.

22. Kegiatan Kokurikulum

22.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini, hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

22.2 Kecederaan pelajar yang serius mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan Guru Besar dengan segera serta pelajar dihantar ke hospital dengan secepat mungkin.

22.3 Semua guru dikehendaki menjaga disiplin pelajar.

23. Mesyuarat Guru

23.1 Dari semasa ke semasa, Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah wajib.

23.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan.

23.3 Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan Guru Besar, guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru walaupun berlainan pendapat.

24. Buku Stok/ Inventori

Ketua Panitia atau Penolong Kanan bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemas kini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Guru Besar atau Penolong Kanan.

25. Tanda Nama

25.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah

(7)

26. Keahlian PIBG

26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli PIBG sekolah.

26.2 Semua guru mesti hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG

27. Penggunaan Alat-Alat ICT

27.1 Penggunaan alat-alat ICT hendaklah betul serta mengikut peraturan.

27.2 Selepas menggunakan alat ICT dalam kelas, bilik khas atau bilik mesyuarat hendaklah merekod ke dalam Buku Rekod

27.3 Alat-alat lain digunakan dengan baik dan bertanggungjawab serta dipulangkan kembali dengan segera dalam keadaan baik.

27.4 Jika alat-alat rosak, kerosakan hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan alat tersebut digantikan jika perlu.

28. Arahan dan Pekeliling

28.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

28.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.

28.3 Sekiranya surat pekeliling dari Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD, guru hendaklah mengembalikannya dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

29. Telefon/Faks

Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.

30. Acara atau Majlis Sekolah

30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 30.2 Jika guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena itu, disarankan (1) Kiranya teknik supervisi akademik berbasis pemodelan teman sejawat dapat diterapkan di berbagai sekolah dalam melakukan

Jenis penelitian yang digunakan yaitu penelitian dan pengembangan (RnD). Masalah dalam penelitian ini yaitu: 1) bagaimana mengembangkan LKS konservasi kura-kura

Penelitian yang dilakukan pada testis tikus yang dipaparkan Cadmium (Cd) 10 mg/g berat badan memperlihatkan bahwa pemberian vitamin C 10 mg/kg berat badan secara intraperitoneal

Kondisi ketidakberdayaan yang dihadapi penyandang cacat, sebagaimana dikemukakan Hayes dan Cuskelly dalam Bowes dan Hayes (1999:29-38) merupakan pengaruh dari

Menunjukkan faktor- faktor yang mempengaruhi kepuasan peserta Askes dalam pelayanan dokter keluarga yang perlu dipertahankan, karena pada umumnya tingkat pelaksanaannya

Fasad bangunan akan memiliki bukaan pada ruang interaksi yang merupakan tempat untuk mengasah Pembelajaran dan Daya Ingat untuk lebih aktif dalam menerima informasi

Dari uraian latar belakang di atas, dapat dirumuskan permasalahannya adalah “Bagaimana membentuk sebuah sistem informasi (3D) untuk manajemen gedung?.” Dari rumusan masalah

Dalam perhitungan tersebut telah dihasilkan nilai-nilai analisis regresi ganda dan dapat disimpulkan bahwa dalam pengujian overall semua variabel independent (luas wilayah,