PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA ( KOD KURSUS : UQU 10103)
PENILAIAN KURSUS
1. Penilaian akan dilakukan berdasarkan Tugasan Individu, Laporan Tugasan Berkumpulan, Tugasan Pembentangan Berkumpulan dan Peperiksaan Akhir.
2. Agihan markah adalah seperti berikut:
Tugasan Individu – 15 %
Tugasan Berkumpulan (Laporan) – 35 % Tugasan Berkumpulan (Pembentangan) – 20%
Peperiksaan Akhir – 30 %
JUMLAH – 100%
ARAHAN UMUM
1. Tugasan Individu (Kuiz) akan dilaksanakan pada Minggu ke-10 (12 – 18 Disember 2021).
2. Topik yang terlibat adalah Topik 8 iaitu ‘Pilihan Raya’ yang akan disampaikan oleh pegawai Akademik Pilihan Raya melalui program wacana pada minggu tersebut.
3. Semua pelajar diwajibkan menyertai program wacana tersebut.
4. Soalan kuiz akan diterbitkan melalui sistem AUTHOR UTHM selepas sahaja program tamat dan akan ditutup selewat-lewatnya pada 18 Disember 2021 jam 11.59 malam.
5. Sila jawab dalam tempoh yang ditetapkan.
6. Pelajar yang tidak menyertai program, tidak mengambil kuiz atau lewat menjawab kuiz mengikut tempoh ditetapkan, pelajar tidak akan diberikan sebarang markah.
7. Pemarkahan akan diberikan berdasarkan rubrik berikut:-
RUBRIK PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU
RUBRIK HURAIAN
CEMERLANG
( 13 – 15 ) 13 hingga 15 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu BAIK
( 10 – 12 ) 10 hingga 12 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu MEMUASKAN
( 7 – 9 ) 7 hingga 9 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu SEDERHANA
( 4 – 6 ) 4 hingga 6 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu LEMAH
(1 – 3) 1 hingga 3 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu
PANDUAN TUGASAN
Panduan Tugasan Individu (Kuiz) [ 15 % ]
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA ( KOD KURSUS : UQU 10103)
1. Pelajar perlu menulis laporan tugasan secara berkumpulan. Bilangan ahli kumpulan 7 hingga 10 orang sahaja.
2. Pembahagian kumpulan dan penetapan ahli kumpulan akan ditetapkan oleh pensyarah.
3. Penilaian pensyarah terhadap hasil tugasan pelajar berkumpulan merangkumi elemen olahan idea dan pandangan yang relevan, serta memantau keterlibatan dan sumbangan semua ahli dalam kumpulan.
4. Perincian tugasan :-
a. Penulisan adalah sepanjang 3 5 hingga 40 halaman (tidak termasuk muka hadapan, biodata dan gambar, isi kandungan, rujukan dan lampiran)
b. Penulisan adalah berdasarkan Tema Tugasan yang ditetapkan pensyarah masing- masing atau melalui undian.
Tema Tugasan
c. Setiap kumpulan perlu menyediakan tajuk tugasan masing-masing berdasarkan tema yang diperoleh atau ditetapkan pensyarah.
d. Prinsip kaedah ini adalah bersifat lebih fleksibel dalam memberi ruang kepada pensyarah dan pelajar untuk lebih kreatif dan kritis meneroka ilmu dalam kursus ini.
BIL TEMA
1 Kedaulatan
2 Sistem Persekutuan
3 Perlembagaan Dan Peruntukan Utama 4 Patriotisme
5 Nasionalisme 6 Integriti
7 Isu Semasa Dan Cabaran Dalam Kenegaraan 8 Sains Dan Teknologi (Ir 4.0)
9 Hubungan Antarabangsa Dan Keharmonian Serantau
10 Transformasi Nasional (Wawasan Kemakmuran Bersama 2030) 11 Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
12 Pilihan Raya
Panduan Laporan Tugasan Berkumpulan [ 35 % ]
e. Isi kandungan tugasan ini boleh dibincangkan dalam pelbagai skop contohnya daripada aspek sejarah, perkembangan semasa, evolusi dan transformasi dan tidak boleh menyentuh isu-isu yang sangat sensitif sehingga boleh melanggar Akta Hasutan.
f. Perlu dipastikan bahawa setiap tugasan yang diberikan itu perlu seiring dengan pengisian ilmu yang dipelajari melalui topik setiap bab dalam kursus.
g. Perbincangan tugasan pelajar boleh menjurus kepada persoalan pokok mahupun penelitian tentang faktor, proses, impak, dan cadangan dengan mengaitkan isu masa kini sebagai contoh dan kesan kesinambungan daripada isu masa lalu.
Contoh pembinaan tajuk:- Tema : Pilihan Raya
Tajuk : Relevansi proses pilihan raya masa kini terhadap simbolik demokrasi berparlimen di Malaysia
5. Pelajar perlu menyediakan proposal penulisan tugasan dan perlu mendapatkan persetujuan pensyarah selewatnya pada hari kuliah minggu ke-2 (17 hingga 21 Oktober 2021) sebelum memulakan penulisan.
6. Format penulisan tugasan ialah seperti berikut :- a. Font Times New Roman bersaiz 12, Langkau 1.5
b. Mengandungi abstrak (ringkasan penulisan), pengenalan, perbincangan (huraian dan ulasan) dan kesimpulan / penutup. Pembahagian pecahan isi boleh diubahsuai mengikut kesesuaian tajuk tugasan yang diberikan.
c. Penggunaan gambar, rajah, peta dan sebagainya yang relevan dan berkaitan penulisan adalah digalakkan. Sila nyatakan sumber rujukan.
d. Patuhi format penulisan akademik UTHM.
e. Menyenaraikan sekurangnya minimum 10 rujukan artikel jurnal terkini (tidak termasuk rujukan lain seperti buku, akhbar dan lain-lain) di bahagian rujukan.
7. Tugasan yang dihantar perlu disusun mengikut panduan turutan berikut :-
✓ Muka hadapan, biodata setiap ahli (nama, no matriks, alamat semasa (kolej), alamat kampung, emel, no. telefon, dan lain-lain) beserta gambar rasmi pelajar.
✓ Isi kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah, Abstrak (BM & BI)
✓ Bab 1 : Pendahuluan
✓ Bab 2 : Sorotan Kajian
✓ Bab 3 : Metodologi Kajian
✓ Bab 4 : Analisis Kajian
✓ Bab 5 : Penemuan/ Perbincangan Kajian dan Kesimpulan
✓ Rujukan, Lampiran (sekiranya ada)
8. Penghantaran Laporan Tugasan Berkumpulan dalam bentuk softcopy selewat-lewatnya pada hari kuliah minggu ke-12 (26 hingga 31 Disember 2021) di dalam sistem AUTHOR UTHM. Penghantaran tugasan kumpulan dalam bentuk bercetak tertakluk kepada arahan pensyarah masing-masing.
9. Laporan Tugasan Berkumpulan yang telah dihantar akan menjadi hak milik universiti sepenuhnya, pelajar tidak boleh menuntutnya semula atau mana-mana bahagian dalam kandungannya. Namun kredit nama pelajar yang terlibat dikekalkan.
10. Sila gunakan format muka hadapan dan rubrik pemarkahan tugasan berkumpulan
TUGASAN BERKUMPULAN TEMA :
TAJUK :
KOD KURSUS UQU 10103 / UWS 10103
NAMA KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
FAKULTI/ PUSAT PUSAT PENGAJIAN UMUM & KOKURIKULUM
NAMA PELAJAR
1. NAMA (NO MATRIKS) (NO.TELEFON) 2.
3.
SEKSYEN
NO. KUMPULAN
SEMESTER/ SESI
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR
MARKAH TUGASAN
RUBRIK PENILAIAN LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN (35%)
Nama Kursus : Kursus Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia
Kod Kursus : UQU10103
Semester/ Sesi : 1 / 20212022 Seksyen :
Kumpulan :
Nama Ketua Kumpulan dan No. Matrik :
Tajuk Tugasan :
Pengetahuan - Kandungan 20% Markah
/20
• Membahaskan permasalahan kajian yang melibatkan isu sosial dengan jelas.
• Membincangkan latar isu sosial dalam hal yang dikaji secara terkini.
• Menjelaskan metod yang digunakan mengikut standard penulisan akademik.
• Menganalisis dan membincangkan dapatan kajian terhadap isu sosial dengan terperinci.
• Membuat kesimpulan dengan baik.
Komen:
Persembahan/ Gaya Penulisan 7.5% Markah
/7.5
• Setiap topik disusun secara teratur.
• Isi utama dinyatakan dengan jelas.
• Penulisan butiran, contoh dan analisis yang teratur.
• Tiada kesilapan fakta.
• Tatabahasa, ejaan dan tanda baca adalah betul.
Komen:
Pentadbiran 7.5% Markah
/7.5
• Penulisan mengikut garis masa yang ditetapkan.
• Kekemasan dalam mengurus laporan dengan baik.
• Memenuhi halaman yang ditetapkan.
• Beretika dalam membuat rujukan dalam teks mengikut panduan akademik.
• Bertanggungjawab membuat senarai rujukan dengan lengkap.
Komen:
Markah Keseluruhan 35% Markah
/35 Ulasan Keseluruhan:
Tandatangan : Nama Pensyarah :
Tarikh :
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA (KOD KURSUS : UQU 10103)
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA ( KOD KURSUS : UQU 10103)
1. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil penulisan atau laporan tugasan kumpulan mereka secara video / media rakaman.
2. Tempoh pembentangan adalah 5 hingga 7 minit bergantung kepada arahan pensyarah.
Setiap kumpulan perlulah merujuk kepada pensyarah masing-masing berkenaan pelaksanaan tugasan ini dari semasa ke semasa.
3. Kaedah pembentangan video perlulah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing seperti :-
✓ Lakonan
✓ Bual bicara / temu bual / forum
✓ Powtoon / Tik Tok
✓ Dokumentari
✓ Lain-lain teknik yang difikirkan sesuai.
4. Pemarkahan akan mengambil kira kreativiti pelajar, kelancaran, pengurusan termasuk ketepatan masa, isi perbincangan, bahan / medium yang digunakan dan kerjasama kumpulan.
5. Medium pembentangan perlu dihantar kepada pensyarah dalam bentuk softcopy melalui AUTHOR UTHM.
6. Penghantaran video pembentangan tugasan ini perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari kuliah minggu ke-13 (2 hingga 6 Januari 2022) iaitu seminggu selepas penghantaran laporan bertulis tugasan kumpulan. Sebarang kelewatan akan menyebabkan markah ditolak.
7. Video tugasan pembentangan berkumpulan yang telah dihantar akan menjadi hak milik universiti sepenuhnya, pelajar tidak boleh menuntutnya semula atau mana- mana bahagian dalam kandungannya. Namun kredit nama pelajar yang terlibat dikekalkan.
8. Rubrik penilaian pembentangan berkumpulan adalah sebegaimana berikut:-
Panduan Tugasan Pembentangan Berkumpulan [ 20 % ]
RUBRIK PENILAIAN TUGASAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (20%)
Nama Kursus : Kursus Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia
Kod Kursus : UQU10103
Semester/ Sesi : 1 / 20212022
Seksyen :
Kumpulan :
Nama Ketua Kumpulan dan No. Matrik :
Tajuk Tugasan :
KRITERIA PEMBENTANGAN 10% RATING MARKAH / ULASAN
• Bahan persembahan adalah amat tersusun atur dan amat menarik.
• Pembentangan adalah amat mantap.
• Pengurusan masa yang amat baik.
• Pembentangan menganalis isu/ permasalahan dengan mendalam berkaitan dengan tajuk.
• Pembentangan mengaitkan isu kontemporari dengan jelas terperinci.
Cemerlang 8 – 10 [Markah x Darab 2]
• Bahan persembahan adalah tersusun atur dan menarik.
• Pembentangan adalah mantap.
• Pengurusan masa yang baik.
• Pembentangan menganalis isu/ permasalahan dengan baik berkaitan dengan tajuk.
• Pembentangan mengaitkan isu kontemporari dengan jelas.
Baik 6 – 7 [Markah x Darab 2]
• Bahan persembahan adalah memuaskan.
• Pembentangan adalah memuaskan.
• Pengurusan masa yang memuaskan.
• Pembentangan menganalis isu/ permasalahan dengan memuaskan berkaitan dengan tajuk.
• Pembentangan mengaitkan isu kontemporari secara umum.
Sederhana 4 – 5 [Markah x Darab 2]
• Bahan persembahan kurang memuaskan.
• Pembentangan adalah kurang memuaskan.
• Pengurusan masa yang kurang memuaskan.
• Pembentangan menganalis isu/ permasalahan dengan lemah berkaitan dengan tajuk.
• Pembentangan mengaitkan isu kontemporari dengan lemah.
Lemah 2 – 3 [Markah x Darab 2]
• Bahan persembahan sangat lemah isi kandungan.
• Pembentangan adalah sangat lemah.
• Pengurusan masa yang sangat lemah.
• Pembentangan menganalis isu/ permasalahan dengan sangat lemah berkaitan dengan tajuk.
• Pembentangan mengaitkan isu kontemporari dengan sangat lemah.
Sangat Lemah 0 – 1 [Markah x Darab 2]
Tandatangan : Nama Pensyarah :
Tarikh :
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA ( KOD KURSUS : UQU 10103)
1. Peperiksaan Akhir akan dilaksanakan selepas Minggu Ulangkaji.
2. Pelajar yang tidak mengambil Peperiksaan Akhir dikira GAGAL KURSUS dan perlu ulang semula kursus.
3. Peperiksaan ini dijawab secara individu dan pelajar dilarang meniru. Pelajar yang didapati meniru akan dikenakan tindakan tatatertib dan digagalkan.
4. Pelajar hanya diberi satu peluang sahaja mengikut tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.
5. Peperiksaan diadakan secara atas talian melalui sistem AUTHOR UTHM. Sebarang perubahan kaedah peperiksaan akan dimaklumkan kemudian.
6. Pelajar perlu bersedia sepenuhnya pada hari peperiksaan. Pastikan liputan internet stabil dan peralatan gajet seperti telefon bimbit, laptop, tablet berada dalam keadaan baik (bateri penuh).
7. Semua butiran dan maklumat pelajar juga perlu diisi dengan lengkap dan tepat.
8. Panduan peperiksaan terkini akan diedarkan oleh penyelaras sebelum tiba hari peperiksaan.
9. Rubrik Peperiksaan Akhir adalah sebagaimana berkut :-
Markah Keterangan
Wajaran markah Peperiksaan Akhir adalah berjumlah 30%.
Soalan adalah berbentuk Objektif sebanyak 80 soalan. Tiada markah diberikan pada jawapan yang salah.