• Tidak ada hasil yang ditemukan

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

EJEN TEMPAT MENGUNDI BUKU PANDUAN

Disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

(4)
(5)

KANDUNGAN

B

ahagian

i PENGENALAN

Muka Surat

1. Tujuan 1

2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 1

3. Fungsi- Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 1

4. Pelantikan Ejen Tempat Mengundi 2

5. Kelayakan Ejen Tempat Mengundi 3

6. Pelanggaran Kelayakan Pelantikan Ejen Tempat Mengundi 4

7. Istilah-istilah Penting 4

8. Kebenaran Masuk ke Tempat Mengundi 9

(6)

B

ahagian

ii

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EJEN TEMPAT MENGUNDI PADA HARI MENGUNDI

Muka Surat

1. Tugas Ejen Tempat Mengundi Sebelum Pengundian Bermula 10

2. Tugas dan Tanggungjawab Ejen Tempat Mengundi Semasa 11 Pengundian

3. Memerhati Penandaan Dakwat Kekal 11

4. Memerhati Tatacara Mengurus Pengundi Cacat/Uzur Yang 12 Namanya Di Dalam Daftar Pemilih Di Bilik Pengundian Di

Tingkat Atas Sekolah/Pusat Mengundi Pada Hari Pengundian

5. Syarat Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengundi Bagi Ejen 14 Tempat Mengundi

6. Ejen Tempat Mengundi Bertugas Sepanjang Masa atau Secara 14 Bergilir

7. Kebenaran Membuat Bantahan Oleh Ejen Tempat Mengundi 15

8. Larangan ke atas Ejen Tempat Mengundi Semasa Berada Di 15 Dalam Tempat Mengundi (Saluran)

9. Penutupan Tempat Mengundi (Saluran) 16

(7)

B

ahagian

iii PENUTUP

Muka Surat

1. Penutup 17

SENARAI LAMPIRAN

Muka Surat

Lampiran 1 - Borang Pelantikan Ejen Tempat Mengundi 18

Lampiran 2 - Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) 19

Lampiran 3 - Cara Memeterai Peti Undi 20

Lampiran 4 - Contoh Susun Atur Tempat Mengundi 21

Lampiran 5 - Akuan Mengenai Identiti (Borang 10) 22

Lampiran 6 - Akuan Mengenai Keengganan Mengeluarkan Kertas Undi 23 (Borang 10A)

Lampiran 7 - Akuan (Borang 11) 24

Lampiran 8 - Borang Akuan Pengundian (Borang SPR 765) 25

Lampiran 9 - Penyata kertas Undi (Borang 13) 26

(8)
(9)

B

ahagian

i PENGENALAN

1. Tujuan

1.1 Buku panduan ini adalah bertujuan untuk membolehkan Ejen Tempat Mengundi (ETM) menjalankan tugas dengan baik dan berkesan bagi pihak Calon semasa Hari Mengundi.

1.2 Dengan cara ini Ejen Tempat Mengundi dapat menjaga kepentingan Calon dalam pengurusan pilihan raya dan seterusnya memastikan urusan pilihan raya berjalan secara saksama mengikut undang-undang.

2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah sebuah badan bebas yang terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima orang Ahli yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dengan bebas dan saksama.

2.2 Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha selaku Ketua Pentadbir yang bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

(Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan)

3. Fungsi-Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya

3.1 Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai 3 fungsi utama seperti berikut:

3.1.1 Menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan Pilihan Raya Kecil.

3.1.2 Menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan

pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih.

(10)

3.1.3 Mewujudkan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dan menjalankan kajian semula persempadanan Bahagian- Bahagian Pilihan Raya.

(Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan)

4. Pelantikan Ejen Tempat Mengundi

4.1 Pelantikan Ejen Tempat Mengundi

4.1.1 Pelantikan Ejen Tempat Mengundi adalah berdasarkan kepada subseksyen 14(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

4.1.2 Pihak yang bertanggungjawab melantik Ejen Tempat Mengundi adalah Calon atau Ejen Pilihan Raya. Tugas dan tanggungjawab Ejen Tempat Mengundi adalah untuk membantu Calon bagi membuat pemerhatian pelaksanaan proses pengundian supaya ianya berjalan mengikut undang- undang yang ditetapkan.

4.1.3 Bagi memudahkan Calon atau Ejen Pilihan Raya melantik Ejen Tempat Mengundi, format Borang Pelantikan Ejen Tempat Mengundi seperti LAMPIRAN 1 boleh digunapakai. Borang pelantikan Ejen Tempat Mengundi ini perlu mengandungi maklumat Calon atau Ejen Pilihan Raya, Bahagian Pilihan Raya, nama Pusat Mengundi, nama penuh Ejen Tempat Mengundi yang dicadang untuk dilantik berserta Nombor Kad Pengenalan dan alamat surat menyurat dan nombor telefon.

4.2 Syarat-syarat sebelum Ejen Tempat Mengundi menjalankan Tugas

4.2.1 Sebelum memulakan tugas Ejen Tempat Mengundi hendaklah menyerahkan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) dokumen seperti yang berikut:

(a) Surat pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi yang ditandatangani oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya.

(b) Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah

ditandatangani seperti di LAMPIRAN 2

(11)

(c) Dokumen pengenalan diri.

4.2.2 Seseorang Ejen Tempat Mengundi yang dilantik boleh menjalankan tugas sepanjang proses pengundian atau secara bergilir-gilir. Bagi Ejen Tempat Mengundi yang bertugas secara bergilir-gilir ia hendaklah bertugas sekurang-kurangnya dua jam sebelum digantikan dengan ejen lain.

(Subseksyen 14 (1A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 4.2.3 Semasa proses pengundian diadakan, hanya seorang Ejen

Tempat Mengundi bagi setiap calon boleh menjalankan tugas di sesuatu Tempat Mengundi (Saluran).

5. Kelayakan Ejen Tempat Mengundi

5.1 Kelayakan seseorang Ejen Tempat Mengundi adalah seperti berikut:

5.1.1 Warganegara Malaysia

5.1.2 Umur tidak kurang daripada 21 tahun

5.1.3 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan keganasan atau kecurangan oleh mahkamah 5.1.4 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan

calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan atau telah dilepaskan dari penjara setelah menjalani hukuman pemenjaraan

5.1.5 Bukan seorang yang didaftarkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959

5.1.6 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan

calon, ia tidak disabitkan di atas suatu kesalahan di bawah

subseksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan

persamaan dalam mana-mana undang-undang yang lain

(12)

5.1.7 Bukan seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 66 (4) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam mana-mana undang- undang yang lain

5.1.8 Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan (Subseksyen 13 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

6. Pelanggaran Kelayakan Pelantikan Ejen Tempat Mengundi 6.1 Apa-apa pelanggaran syarat-syarat pelantikan oleh Calon ataupun

Ejen Pilihan Raya di bawah subseksyen 13 (1) atau subseksyen 21(1) –(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit bila disabit kesalahan mengikut subseksyen 27 (1) –(2) Akta yang sama.

6.2 Pelantikan Ejen Tempat Mengundi yang tidak mengikut syarat- syarat yang ditetapkan boleh menyebabkan satu petisyen pilihan raya boleh dibuat sepertimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 32 (c) dan (d) Akta Kesalahan Pilihan 1954.

7. Istilah-Istilah Penting

7.1 Pegawai Pengurus (PP)

Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi mengendalikan pilihan raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan.

(Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958) 7.2 Penolong Pegawai Pengurus (PPP)

Adalah seorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi membantu Pegawai Pengurus mengendalikan Pilihan Raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan.

(Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958)

(13)

7.3 Pembantu Pilihan Raya (PPR)

Adalah seseorang pegawai yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan membantu beliau dalam urusan pentadbiran yang berkaitan dengan Pilihan Raya.

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.4 Ketua Tempat Mengundi (KTM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi mengetuai sesuatu Tempat Mengundi (Saluran) dan mengendali proses pengundian.

(Subperaturan 12 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.5 Kerani Pengundian (KP)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengundian di Tempat Mengundi (Saluran).

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.6 Kerani Mengira Undi (KMU)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengiraan undi di Tempat Mengira Undi.

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.7 Penyelia Pusat Mengundi (PPM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan menyelia sesuatu Pusat Mengundi semasa Pilihan Raya dijalankan.

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

(14)

7.8 Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu menyemak nama pengundi dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) untuk menentukan Tempat Mengundi (Saluran) semasa pilihan raya diadakan.

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.9 Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan membantu menunjuk arah kepada pengundi, membantu pengundi di kalangan orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia Pusat Mengundi (PPM).

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.10 Calon

Adalah seseorang yang kertas pencalonannya yang sah diterima oleh Pegawai Pengurus untuk bertanding dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya.

(Seksyen 2, Akta Pilihan Raya 1958) 7.11 Ejen Pilihan Raya (EPR)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon bagi mewakili dirinya untuk menjalankan semua urusan berhubung dengan pilihan raya di mana Calon itu bertanding.

(Subseksyen 12 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.12 Ejen Tempat Mengundi (ETM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan proses pengundian di dalam Tempat Mengundi (Saluran) berjalan mengikut undang- undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

(Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

(15)

7.13 Ejen Mengira Undi (EMU)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan Proses Pengiraan Undi di dalam Tempat Mengira Undi berjalan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

(Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.14 Pemerhati Pilihan Raya

Adalah seseorang ataupun sebuah badan yang diluluskan oleh SPR untuk memerhati proses pilihan raya di tempat-tempat urusan pilihan raya yang ditetapkan oleh SPR dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR.

7.15 Barung SPR

Adalah sesuatu tempat di Pusat Mengundi yang digunakan bagi membantu pemilih untuk menyemak nama-nama pemilih bagi tujuan menentukan Tempat Mengundi (Saluran).

(Subseksyen 26A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.16 Hari Mengundi

Adalah suatu tarikh yang ditetapkan dalam notis yang disiarkan dalam warta mengikut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, bermula dari permulaan hari mengundi sehingga masa pengisytiharan pilihan raya oleh Pegawai Pengurus disebut sebagai hari mengundi.

(Subseksyen 2 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.17 Masa Mengundi

Adalah sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh SPR bagi tujuan membolehkan pengundi mengundi di dalam sesuatu pilihan raya.

(Subperaturan 11 (5)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.18 Pusat Mengundi

Adalah sesuatu tempat yang diwartakan oleh SPR bagi menjalankan urusan pengundian.

(Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)

(16)

7.19 Tempat Mengundi

Adalah sesuatu tempat di dalam Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh SPR sebagai Tempat Mengundi (Saluran).

(Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958) 7.20 Pusat Penamaan Calon

Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan mengemukakan kertas-kertas penamaan bakal-bakal Calon untuk tujuan pertandingan dalam sesuatu pilihan raya.

(Subperaturan 6 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.21 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi

Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan menjumlahkan semua keputusan yang diterima sama ada daripada semua Ketua Tempat Mengundi atau keputusan- keputusan pengundian pos.

(Subperaturan 25D (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.22 Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)

Adalah senarai nama pemilih yang terkini dan telah disahkan oleh SPR bagi tujuan pilihan raya.

(Subperaturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.23 Zon Larangan 50 Meter

Adalah suatu kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan larangan dalam jarak 50 meter atau mana-mana jarak yang difikirkan sesuai dari Pusat Penamaan Calon atau dari Pusat Mengundi.

(Subseksyen 24A (2) dan 26 (1) (e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.24 Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran)

Adalah suatu helaian nombor yang bercetak yang akan diberikan

oleh Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) kepada pengundi

bagi tujuan memudahkan pengundi mengenal pasti Tempat

Mengundi (Saluran).

(17)

7.25 Pengundi OKU dan Pengundi Uzur

Adalah pengundi dikalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pengundi uzur yang layak untuk diberi keistimewaan mengundi di Tempat Mengundi (Saluran) 1 di tingkat bawah bangunan Pusat Mengundi berkenaan walaupun namanya tersenarai di dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) di Tempat Mengundi (Saluran) yang terletak di tingkat atas. Pengundi dalam kategori ini adalah pengundi yang cacat anggota kaki dan tidak mampu berjalan tanpa bantuan orang lain atau pengundi uzur yang dalam keadaan tidak sihat dan tidak mampu bergerak sendiri ke tingkat atas tanpa bantuan orang lain. Di samping itu, pengundi berkenaan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke Tempat Mengundi.

7.26 Dakwat Kekal

Dakwat Khas yang dibekalkan oleh SPR bagi kegunaan Kerani Pengundian untuk menanda atau mencalitkan pada jari telunjuk kiri pengundi atau mana-mana bahagian jari pengundi yang hadir sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi tersebut.

7.27 Menanda/mencalit Dakwat Kekal

Melakukan satu tanda dengan cara mencalitkan dakwat kekal di jari telunjuk kiri pengundi atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau di jari telunjuk kanan (jika tiada jari kiri) atau mana-mana jari dari ruas pertama hingga ke hujung jari mengikut tatacara yang ditetapkan oleh SPR sebelum seseorang pengundi boleh dikeluarkan kertas undi.

8. Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengundi

Mereka yang dibenarkan masuk ke Tempat Mengundi (Saluran) adalah seperti berikut:

8.1 Pengundi;

8.2 Calon;

8.3 Ejen Pilihan Raya;

(18)

8.4 Ejen Tempat Mengundi yang bertugas mengikut masa/giliran yang ditetapkan;

8.5 Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus;

8.6 Ahli-Ahli Panel SPR dan Pegawai-pegawai SPR;

8.7 Petugas-petugas pilihan raya dan orang-orang lain yang bertugas secara rasmi di Tempat Mengundi (Saluran);

8.8 Orang yang dipercayai oleh pengundi yang tidak terdaya (OKU) oleh sebab buta atau cacat fizikal seperti takrif di bawah Peraturan 19 (11) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981;

8.9 Pemerhati Pilihan Raya yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap dan sah boleh dibenarkan berada di kawasan Pusat Mengundi (jika berkenaan);

8.10 Orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh SPR dari masa ke semasa.

B

ahagian

ii

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EJEN TEMPAT MENGUNDI PADA HARI MENGUNDI

1. Tugas Ejen Tempat Mengundi Sebelum Pengundian Bermula 1.1 Ejen Tempat Mengundi hendaklah memastikan peti undi yang

akan digunakan semasa pengundian adalah kosong sebelum dimeteraikan oleh Ketua Tempat Mengundi. Sekiranya Ejen Tempat Mengundi tidak hadir, Ketua Tempat Mengundi akan menunjukkan peti undi yang kosong kepada pegawai polis yang bertugas di luar Tempat Mengundi (saluran) sebelum memeterainya. Contoh memeterai peti undi seperti di LAMPIRAN 3.

(Subperaturan 18 (2B) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

1.2 Ejen Tempat Mengundi juga boleh memeterai peti undi itu dan

menandatangani pada perekat keselamatan jika mahu berbuat

demikian.

(19)

1.3 Menyelaras waktu bermula dan tamat pengundian mengikut jam RTM.

2. Tugas dan Tanggungjawab Ejen Tempat Mengundi Semasa Pengundian

2.1 Memerhatikan proses pengundian bagi pihak Calonnya di Tempat Mengundi (Saluran). Contoh Susun Atur Dalam Tempat Mengundi (Saluran) seperti di LAMPIRAN 4.

2.2 Menandakan kehadiran pemilih di dalam senarai DPPR yang dibawa bersama-samanya untuk tujuan rekod beliau berhubung pemilih-pemilih yang telah menerima kertas undi di Tempat Mengundi (Saluran).

2.3 Memerhatikan proses KTM menguruskan pengundi OKU/uzur yang membawa orang yang dipercayai dan dinamakan untuk mengundi bagi pihaknya. Orang tersebut hendaklah seorang warganegara Malaysia, berumur 21 tahun dan hendaklah mengisi Borang Akuan Mengenai Identiti dan Penamaan (Borang 10) seperti di LAMPIRAN 5.

2.4 Merujuk kepada Ketua Tempat Mengundi sekiranya ada keraguan terhadap proses pengundian dan identiti seseorang pengundi.

Walaubagaimanapun, apa-apa keputusan yang dibuat oleh KTM adalah muktamad.

2.5 Memerhatikan proses menanda atau mencalit jari pengundi sebelum kertas undi dikeluarkan.

3. Memerhati Penandaan Dakwat Kekal

3.1 Memerhati pemilih yang hadir untuk mengundi menunjukkan jari telunjuk kiri atau tangan kiri atau tangan kanan (jika tiada tangan kiri) kepada Kerani Pengundian untuk diperiksa sama ada terdapat tanda atau calitan dakwat kekal di jari berkenaan.

3.2 Memerhati Kerani Pengundian mengurus tanda atau calitan

dakwat kekal di jari telunjuk kiri atau mana-mana bahagian yang

ditetapkan oleh KTM.

(20)

3.3 Memerhati bahawa KTM tidak mengeluarkan kertas undi kepada pemilih yang enggan di tanda atau dicalit dakwat kekal.

3.4 Memerhati urusan atau tindakan yang diambil oleh KTM jika ada pemilih enggan ditandakan atau dicalit dakwat kekal. KTM akan merekodkan nama pemilih dengan menggunakan Borang 10A (Akuan Mengenai Keengganan Mengeluarkan Kertas Undi) (LAMPIRAN 6) dengan alasan seperti berikut:

(a) pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk dipastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;

(b) pengundi itu enggan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;

(c) jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda yang menunjukkan bahawa Kertas Undi telah dikeluarkan kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih; atau

(d) jari telunjuk kiri pengundi itu tidak ditandakan dengan dakwat kekal tetapi telah terdapat tanda yang menunjukkan bahawa Kertas Undi telah dikeluarkan kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih.

4. Memerhati Tatacara Mengurus Pengundi Cacat/Uzur Yang Namanya Di Dalam Daftar Pemilih Di Bilik Pengundian Di Tingkat Atas Sekolah/Pusat Mengundi Pada Hari Pengundian

4.1 Peranan Ejen Tempat Mengundi yang berada di Tempat Mengundi (Saluran) yang terlibat dengan proses pengeluaran kertas undi OKU

4.1.1 Mengambil perhatian berhubung taklimat ringkas oleh Ketua

Tempat Mengundi mengenai tatacara yang akan diambil

oleh Ketua Tempat Mengundi berhubung pengeluaran

Kertas Undi kepada pemilih cacat/uzur yang sedang

menunggu di Tempat Mengundi (Saluran) 1.

(21)

4.1.2 Memerhati proses kertas undi dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam sampul khas sebelum dibawa ke Tempat Mengundi (Saluran 1).

4.1.3 Menanda dalam buku DPPR yang dibawanya pengundi- pengundi yang telah dikeluarkan kertas undi.

4.1.4 Apabila KTM membawa balik Sampul Khas daripada Tempat Mengundi (Saluran) 1 memerhati KTM membuka Sampul Khas yang mengandungi kertas undi dan memasukkannya ke dalam peti undi.

4.1.5 Menerima dan menyimpan Borang SPR 765 yang diserah oleh KTM kepada setiap Ejen Tempat Mengundi manakala satu salinan disimpan oleh KTM.

4.2 Ejen Tempat Mengundi (Saluran) Yang Bertugas di Saluran 1 4.2.1 Mengambil makluman penerangan ringkas oleh Ketua

Tempat Mengundi berhubung tatacara proses pengundian oleh pengundi cacat/uzur yang menumpang mengundi di saluran tersebut.

4.2.2 Memerhati pemilih OKU mengisi Borang 11 (seperti di LAMPIRAN 7) di hadapan Ketua Tempat Mengundi.

4.2.3 Memerhati pemilih OKU ditanda dakwat kekal di jari telunjuk kiri sebelum kertas undi diserahkan kepada pemilih tersebut.

4.2.4 Selepas pengundi cacat/uzur menanda kertas undi, Ejen Tempat Mengundi hendaklah memerhati tindakan Ketua Tempat Mengundi memasukkan kertas undi pengundi cacat/

uzur ke dalam Sampul Khas dan digamkan.

4.2.5 Menandatangani Borang Akuan Pengundian (Borang SPR

765) (seperti LAMPIRAN 8) dan menyerahkan kepada

Ketua Tempat Mengundi untuk dibawa balik ke saluran asal

di mana kertas undi pengundi cacat/uzur dikeluarkan.

(22)

5. Syarat Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengundi Bagi Ejen Tempat Mengundi

5.1 Seseorang Calon/Ejen Pilihan Raya boleh melantik lebih dari seorang menjadi Ejen Tempat Mengundi bagi satu-satu Tempat Mengundi (Saluran). Walau bagaimanapun, hanya seorang Ejen Tempat Mengundi sahaja yang mewakili seseorang Calon boleh dibenarkan masuk ke Tempat Mengundi pada satu-satu masa semasa pengundian.

(Subseksyen 14(1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

5.2 Ketua Tempat Mengundi tidak akan membenarkan mana-mana Ejen Tempat Mengundi masuk ke Tempat Mengundi (Saluran) kecuali ia dapat menunjukkan :

(a) Surat pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi yang disediakan oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya.

(b) Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah diisikan dengan sempurna dan ditandatangani.

(c) Pas Petugas Ejen Tempat Mengundi yang diluluskan SPR (d) Dokumen pengenalan diri.

(Subperaturan 15(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

6. Ejen Tempat Mengundi Bertugas Sepanjang Masa atau Secara Bergilir

6.1 Seseorang Ejen Tempat Mengundi boleh bertugas sepanjang masa pengundian atau secara bergilir-gilir. Walau bagaimanapun, seseorang Ejen Tempat Mengundi perlu bertugas sekurang- kurangnya 2 jam sebelum penggantinya mengambil alih.

(Subseksyen 14(1)(1A), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

6.2 Jika seseorang Ejen Tempat Mengundi meninggalkan tugas

sebelum tempoh 2 jam tamat, tempatnya tidak boleh dengan Ejen

Tempat Mengundi yang lain.

(23)

6.3 Apabila seorang Ejen Tempat Mengundi hendak digantikan dengan seorang Ejen Tempat Mengundi yang lain, beliau hendaklah menyerahkan salinan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang ada padanya kepada penggantinya dan seterusnya meninggalkan Pusat Mengundi tersebut.

6.4 Ejen Tempat Mengundi yang terakhir hendaklah membawa balik salinan DPPR yang diguna pakai semasa bertugas selepas tamat tempoh pengundian.

6.5 Ejen Tempat Mengundi yang bertugas tidak boleh sama sekali meninggalkan Tempat Mengundi (Saluran) tanpa kebenaran Ketua Tempat Mengundi.

6.6 Kegagalan untuk menurut perintah Ketua Tempat Mengundi menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(Subperaturan 15 (6) (d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7. Kebenaran Membuat Bantahan Oleh Ejen Tempat Mengundi 7.1 Ejen Tempat Mengundi adalah dibenarkan menyuarakan rasa tidak

puas hati terhadap proses pengundian dengan membuat bantahan secara bertulis berserta bukti atau alasan kepada Ketua Tempat Mengundi dan Pegawai Pengurus.

8. Larangan ke atas Ejen Tempat Mengundi Semasa Berada Di Dalam Tempat Mengundi (Saluran)

8.1 Ejen Tempat Mengundi adalah tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara seperti yang berikut:

8.1.1 Mempamerkan apa-apa simbol parti atau sebarang bentuk tulisan atau rayuan yang ada kaitan dengan pilihan raya pada pakaian, topi, kasut atau apa-apa barang lain.

8.1.2 Merokok.

8.1.3 Membawa senjata-senjata yang merbahaya.

(24)

8.1.4 Berkomunikasi dengan pengundi.

8.1.5 Bertengkar atau bertelagah dengan mana-mana pihak.

8.1.6 Menggunakan telefon bimbit.

8.1.7 Mengganggu kelancaran proses pengundian.

Peringatan:

Ketua Tempat Mengundi berhak untuk tidak membenarkan mana-mana Ejen Tempat Mengundi berada di dalam bilik Tempat Mengundi (Saluran) sekiranya tidak mematuhi arahan.

9. Penutupan Tempat Mengundi (Saluran)

9.1 Tempat Mengundi (Saluran) akan ditutup sebaik sahaja pengundian tamat mengikut masa yang ditetapkan (diwartakan).

Walau bagaimanapun bagi mereka yang masih berada di dalam Tempat Mengundi (saluran) mereka semasa pintu ditutup, mereka masih boleh dibenarkan mengundi.

9.2 Ketua Tempat Mengundi akan menutup mulut peti undi sebaik sahaja masa pengundian tamat dan memeteraikannya.

Ejen Tempat Mengundi boleh menandatangani pada perekat keselamatan jika mereka mahu berbuat demikian.

9.3 KTM akan melengkapkan Borang 13 (Penyata Kertas Undi) dan menandatanganinya. ETM boleh menurunkan tanda tangan jika ia mahu berbuat demikian (Borang 13 seperti di LAMPIRAN 9)

9.4 Ejen Tempat Mengundi boleh juga menandatangani pada perekat keselamatan yang ditampal di sampul-sampul yang mengandungi dokumen yang digunakan ketika proses pengundian iaitu Sampul No. 1 dan Sampul No. 4, jika mereka ingin berbuat demikian.

9.5 Ejen Tempat Mengundi dikehendaki keluar dari bilik Tempat

Mengundi (Saluran) bagi membolehkan KTM menguruskan

persediaan mengira undi. Walau bagaimanapun jika Ejen Tempat

Mengundi tersebut juga dilantik sebagai Ejen Mengira Undi maka

Ketua Tempat Mengundi bolehlah membenarkannya mereka

berada di dalam bilik tersebut sekiranya ejen-ejen berkenaan

(25)

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti ada surat pelantikan, Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) dan memiliki dokumen pengenalan diri.

9.6 Bagi Pengundian Awal, kertas undi akan dikira pada Hari Mengundi biasa dan peti undi yang mengandungi kertas undi akan disimpan dengan selamat di tempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus atau disimpan di lokap Polis.

B

ahagian

iii PENUTUP

Bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan licin dan lancar, Ejen Tempat Mengundi hendaklah mematuhi segala arahan dan nasihat yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya seperti di dalam buku panduan ini.

Tanpa kerjasama Ejen-Ejen Tempat Mengundi, Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan licin dan lancar.

SELAMAT BERTUGAS

(26)

BORANG PELANTIKAN EJEN TEMPAT MENGUNDI

Saya………No.Kad Pengenalan ...

adalah Calon/Ejen Pilihan Raya yang bertanding bagi bahagian pilihan raya;

………..…………...…………

(Nama Bahagian Pilihan Raya)

Dengan ini melantik nama yang tersebut di bawah sebagai ejen saya sebagai;

* EJEN TEMPAT MENGUNDI

yang bertugas bagi pihak saya di Pusat Mengundi………...……….

Nama: Rahim bin Ismail

No.Kad Pengenalan: 570115-05-4575

Alamat Surat Menyurat: 2, Jalan Bunga Raya Taman Hang Tuah Melaka

No.Telefon: ………

Tandatangan Calon/Ejen Pilihan Raya ………

Tarikh:………...

* Potong yang tidak berkenaan

Roslan bin Ahmad 500727-04-2003

N.27 Merlimau

S.K.Merlimau 2

012-2244407

tt

27 Februari 2011

LAMPIRAN 1

(27)

AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Borang A

[Subseksyen 5(1)]

BORANG SUMPAH KERAHSIAAN

Saya,………...……….……..…

No. Kad Pengenalan ……… beralamat ………...

………...……….

bersumpah bahawa saya tidak akan melakukan dalam pilihan raya bagi bahagian pilihan raya/kawasan pilihan raya ………....

apa-apa perkara yang ditegah oleh seksyen 5* Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], yang telah dibacakan kepada saya.

Bertarikh pada ... 2011

……….

Tandatangan orang yang mengangkat

sumpah

Di hadapan saya,

………

Tandatangan

Pengerusi atau Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya

Pengarah Pilihan Raya Negeri Pegawai Yang Hak

• Seksyen ini mestilah dibacakan kepada pembuat akuan oleh orang yang mengambil akuan ini.

Rahim bin Ismail

570115-05-4575 Taman Hang Tuah, Melaka

N.27 Merlimau

27 Februari

tt

tt

2, Jalan Bunga Raya

LAMPIRAN 2

(28)

Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Sebelum Pengundian

Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Selepas Pengundian

LAMPIRAN 3

 

 

(29)

LAMPIRAN 4

 

   

 

 

 

(30)

LAMPIRAN 5

DUTI SETEM DIKECUALIKAN PERATURAN – PERATURAN PILIHAN RAYA

(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981 BORANG 10

[Subperaturan 19(10)]

AKUAN MENGENAI IDENTITI DAN PENAMAAN

Saya, ……….

(Nama Penuh)

No.K.P. ……….. beralamat ………...

(Alamat)

………...

mengaku bahawa saya ialah seorang warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang dipercayai dan dinamakan oleh ………

(Nama Pengundi)

No.K.P. ………... yang tidak berdaya untuk mengundi.

Nombornya dalam daftar pemilihan ialah ...

...………....

Tandatangan

Diakui di hadapan saya pada ………. 20 ...

..………

Ketua Tempat Mengundi

(31)

DUTI SETEM DIKECUALIKAN

LAMPIRAN 6

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

BORANG 10A [Peraturan 19A]

AKUAN MENGENAI KEENGGANAN MENGELUARKAN KERTAS UNDI

Saya, .………

(Nama Penuh)

No. K.P ………. ialah * Ketua Tempat Mengundi/Orang Yang Bertindak Di Bawah Kuasa Ketua Tempat Mengundi di pusat mengundi ………...

(Nama Pusat Mengundi)

bagi tempat Mengundi ………... mengaku bahawa saya telah enggan mengeluarkan (No. Saluran)

Kertas undi kepada ...

(Nama Pengundi)

No. K.P ………. atas alasan seperti yang berikut:

(No. K.P. Pengundi)

*(a) pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk dipastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;

*(b) pengundi itu enggan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;

*(c) jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih;

atau

*(d) jari telunjuk kiri pengundi itu tidak ditandakan dengan dakwat kekal tetapi telah terdapat tanda yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih Tarikh:

.………..

Tandatangan Ditandatangani di hadapan

………

Tandatangan Saksi

Nama :

No. K.P. :

Tarikh :

*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.

CATATAN (jika perlu) :

………

………

………

(32)

LAMPIRAN 7

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

BORANG 11 [Subperaturan 20(1)]

AKUAN

Saya, ... No.K.P. ...

(Nama Penuh)

beralamat ...

(Alamat)

mengaku bahawa sayalah orangnya yang bernama

……… dalam daftar pemilih yang sekarang ini berkuat kuasa bagi daerah mengundi (unit pendaftaran) ………

………..

Saya selanjutnya mengaku bahawa saya belum lagi mengundi sama ada di sini atau di tempat lain dalam bahagian Pilihan Raya ………. atau di mana-mana Bahagian Pilihan Raya lain dalam pilihan raya umum/pilihan raya kecil.

...

Tandatangan atau Tanda Pengundi

Diakui di hadapan saya pada ……….. 20 ……….

...

Ketua Tempat Mengundi

(33)

LAMPIRAN 8

BORANG SPR 765 BORANG AKUAN PENGUNDIAN

Kami, nama dan No. K.P seperti yang dinyatakan di bawah mengakui bahawa kami telah menyaksikan pengundian pemilih yang bernama :

...

(Nama Penuh dalam huruf besar)

dan nombor siri pemilih ialah ... dalam daftar pemilih pendaftaran ... dalam pilihan pilihan raya umum /pilihan raya kecil ...

Tandatangan : ... Tandatangan : ...

Nama : ... Nama : ...

No.K.P : ... No.K.P : ...

Ejen Parti : ... Ejen Parti : ...

Tandatangan : ... Tandatangan : ...

Nama : ... Nama : ...

No.K.P : ... No.K.P : ...

Ejen Parti : ... Ejen Parti : ...

Diakui di hadapan saya pada ... 20...

...

Ketua Tempat Mengundi

(34)

Sek Keb Ladang Lumadan 1 014/11/01

N.11 Permatang Pasir

500

425

420 5

tt

6 Mac 2011 Ahmad bin Abdullah

178/27/06 P.178 Sipitang

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

Borang 13 [Subperaturan 24(1)]

PENYATA KERTAS UNDI

Nama Pusat Mengundi………...…... No. Tempat Mengundi Saluran)…………...

No. Kod Daerah Mengundi………..………...…...

Bahagian Pilihan Raya ..………...………...

A - Bilangan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus

Jumlah keseluruhan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus ((a)+(b)) = B - Bilangan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi

J

Jumlah keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi ((c)+(d)) = C - Bilangan “kertas undi rosak” (Kertas undi yang dipulangkan kepada

ketua tempat mengundi yang telah dibatalkan dan ditanda “ROSAK”

oleh ketua tempat mengundi dan tidak dimasukkan ke dalam peti undi)

D - Bilangan kertas undi yang tidak digunakan (A-B) E - Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi (A-C-D)

Saya memperakui bahawa penyata di atas adalah betul.

…………...

Tandatangan Bertarikh ………....…. ...………...

Nama Ketua Tempat Mengundi

No. Siri Kertas Undi No. Siri Kertas Undi

Dari Hingga

Bil.

Kertas

Undi Dari Hingga

Bil.

Kertas Undi

000001 000100 100

000201 000300 100

000401 000700 300

Jumlah (a) 500 Jumlah (b)

No. Siri Kertas Undi No. Siri Kertas Undi

Dari Hingga

Bil.

Kertas

Undi Dari Hingga

Bil.

Kertas Undi

000001 000100 100

000201 000300 100

000401 000625 225

Jumlah (c) 425 Jumlah (d)

Nama Calon atau Ejen Pilihan Raya

atau Ejen Tempat Mengundi No. K/P

Parti/Bebas Tandatangan

Ismail bin Kasim 701231-03-5033 Kunci t.t

Nordin bin Daud 681101-01-5111 Kelapa Sawit t.t

7

LAMPIRAN 9

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Sebagai konsekuensinya bermunculan televisi lokal di berbagai kota besar, bahkan kota kabupaten di berbagai wilayah di Indonesia, yang merupakan media

Karena dengan keterbatasan tenaga kerja yang ada dan sudah adanya penambahan tenaga kerja yang dilakukan pada proyek Pembangunan UPT Puskesmas Karangpucung maka alternatif

Kondisi tersebut merupakan suatu potensi dalam mendukung pengembangan Pasar Daerah Gempol dimana sektor pertanian merupakan salah satu sektor penggerak ekonomi masyarakat dan

Telah mengikuti pelatihan berbasis kompetensi pada jabatan Tenaga Ahli Perencanaan Material MRO yang dilakukan oleh lembaga pelatihan yang kredibel dan

Dari hasil analisis perbandingan metode koreksi bias beta selama satu tahun, dua tahun dan lima tahun, dapat disimpulkan bahwa pada periode satu tahun dan dua tahun pada

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi dan

No Waktu (menit) Akumulasi Waktu (menit) Pembacaan Resapan Air (cm) Akumulasi Infiltrasi (cm) Infiltrasi (cm/jam) Log (Akumulasi Waktu) Log (Alkumulasi Infiltrasi) 1. Keadaan tanah