• Tidak ada hasil yang ditemukan

Demokrasi Pilihan Raya Contoh di Indones

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Demokrasi Pilihan Raya Contoh di Indones"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS PILIHAN RAYA

Nama:Arif Anwar bin Lokmanol Hakim (A152409)

Nama pensyarah: Dr Jamaie bin Haji Hamil

(2)

1.0 EPISTOMOLOGI DAN PEMBAHAGIAN DEMOKRASI

Demokrasi adalah bentuk pemerintahan yang setiap rakyat memiliki hak yang sama rata dalam pengambilan keputusan yang menentukan kehidupan mereka. Demokrasi juga dapat diertikan sebagai bentuk pemerintahan yang dipegang oleh rakyat atau rakyatlah yang mempunyai kedaulatan tertinggi. Demokrasi membenarkan rakyatnya untuk berpartisipasi baik secara langsung atau dengan perwakilan dalam perkhidmatan, perbahasan dan juga pembuatan undang-undang.

Demokrasi berasal dari bahasa Yunani dari kata Demokratia yang bererti "kekuasaan rakyat". Demokratia terdiri dari dua perkataan, iaitu demos yang bererti rakyat dan kratos yang bererti kekuatan atau kekuasaan. Demokrasi mencakupi keadaan sosial, ekonomi dan budaya yang memungkinkan terjadinya praktikal kebebasan politik baik secara bebas dan setara.

Menurut Charles Costello, pengertian demokrasi adalah sistem sosial dan politik pemerintahan diri dengan kekuasaan-kekuasaan pemerintah yang dibatasi dengan undang-undang untuk melindungi hak-hak persorangan rakyat. Hans Kelsen pula mendefinisikan demokrasi sebagai pemerintahan oleh rakyat dan untuk rakyat serta yang melaksanakan kekuasaan negara ialah wakil-wakil rakyat yang terpilih di mana rakyat telah yakin segala kehendak dan kepentingannya akan diperhatikan dalam pelaksanaan kekuasaan negara. Di samping itu, Sidney Hook menghuraikan demokrasi adalah bentuk pemerintahan di mana keputusan-keputusan pemerintah yang penting secara langsung atau tidak didasarkan dari kesepakatan majoriti yang diberikan secara bebas daripada rakyat yang dewasa (St. Benn and R.s Peters. 1964).

(3)

pemisahan kekuasaan dan tanggungjawab yang baik oleh pihak yang telah terpilih untuk mengikut dalam pelaksanaan suatu sistem demokrasi (Aim Abdulkarim 2001).

Prinsip demokrasi menurut Al-Madudui ialah kedaulatan rakyat, pemerintahan berdasarkan persetujuan dari yang diperintah, kekuasaan majoriti, hak-hak minoriti, jaminan hak asasi manusia, pemilihan yang bebas, adil dan jujur, persamaan di depan undang-undang, proses undang-undang yang wajar, pembatasan pemerintah secara perlembagaan, pluralisme sosial, ekonomi dan politik serta nilai-nilai toleransi, pramatisme, kerjasama, dan muafakat.

Demokrasi pula terbahagi dua jenis, iaitu demokrasi langsung, yakni pemilihan terus daripada rakyat terhadap pemimpin mereka dan keterlibatan dalam proses pembuatan undang-undang. Manakala demokrasi tidak langsung merupakan pemilihan rakyat terhadap wakil rakyat mereka dan wakil rakyat yang terlibat dalam pembuatan undang-undang. Dalam masa yang sama, terdapat dua ideologi demokrasi, iaitu demokrasi liberal seperti kebanyakan negara amalkan dan demokrasi komunis seperti diamalkan di Korea Utara (A. Ubaedillah dan Abdul Rozak 2008).

2.0 PENGENALAN PILIHAN RAYA

(4)

Seterusnya, pilihan raya ini adalah menjadi keperluan di mana ia berfungsi bagi menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi yang mana mengiktiraf kerajaan merupakan pilihan majoriti rakyat. Ia juga bagi mengekalkan pucuk pimpinan di mana jika pucuk pimpinan sebelumnya mempunyai rekod baik dan mensejahterakan rakyat serta mempertahankan agama dan bangsa mereka dan umumnya, maka pucuk pimpinan akan dipilih semula. Selain itu, pemilihan calon adalah untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan. Mana-mana calon atau parti politik bertanding memang akan mewakili semua atau kawasan tersebut yang menang dan berkelayakan, maka dinaikkan sebagai menteri atau majlis perbandaran. Di samping itu, ia juga menguatkan kestabilan dan keabsahan dalam satu organisasi dan komuniti politik untuk elakkan digulingkan oleh rakyat yang membuatkan kerajaan dan negara tidak stabil. Akhir sekali, ia sekaligus memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan negara (Fafadat 2016).

(5)

Pilihan raya ini dimulakan dengan pembubaran dewan untuk memberi laluan bagi memilih kerajaan baru. Seterusnya, akan berlangsungnya penamaan calon untuk menghantar calon-calon daripada parti politik atau parti politik yang bertanding. Mereka dikehendaki mengisi borang mengikut ketetapan badan pilihan raya masing-masing. Kemudian, mereka diberi kebebasan berkempen bagi merebut hati pengundi. Di sinilah media akan beri keluasan buat parti-parti menyampaikan janji manifesto mereka. Dalam masa yang sama, parti-parti politik boleh membuat strategi masing-masing untuk mencapai kemenangan dan menggunakan semua sumber yang ada bagi promosikan diri mereka dan menyerang pihak sana (Fafadat 2016).

Untuk pilihan raya untuk menyatakan kehendak pengundi, ia mestilah bebas dan adil. 'Bebas' bermakna semua orang yang berhak mengundi mempunyai hak untuk didaftarkan dan mengundi dan mesti bebas untuk membuat pilihan mereka. Di Afrika Selatan, setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas berhak untuk mengundi. Pilihan raya ini sebagai 'bebas' apabila anda boleh membuat keputusan sama ada atau tidak untuk mengundi dan mengundi secara bebas untuk calon atau parti pilihan anda tanpa rasa takut atau ugutan. Pilihan raya 'bebas' juga merupakan salah satu di mana anda yakin yang anda mengundi untuk kekal rahsia anda.

'Adil' bermakna semua parti politik yang berdaftar mempunyai hak yang sama rata untuk bertanding pilihan raya, kempen sokongan pengundi dan mengadakan mesyuarat dan perhimpunan. Ini memberikan mereka peluang yang adil untuk meyakinkan pengundi untuk mengundi mereka. Pilihan raya yang adil juga merupakan salah satu di mana semua pengundi mempunyai peluang yang sama untuk mendaftar, di mana semua undi dikira dan di mana keputusan yang diumumkan mencerminkan jumlah undi yang sebenar (Civic Academy tahun tidak diketahui).

(6)

adil dan tidak condong ke arah parti atau calon. Secara keseluruhan, kebebasan politik bersuara, suara hati, persatuan dan pemasangan mesti dilindungi supaya calon-calon dan parti-parti boleh kempen tanpa halangan dan mempunyai peluang untuk menyampaikan mesej politik dan platform mereka kepada pengundi.

Ada satu lagi keperluan penting. Demokrasi untuk bekerja yang mana semua orang mesti bersetuju untuk menerima keputusan yang sah pilihan raya diadakan secara bebas. Rakyat dan pihak yang kehilangan kuasa atau yang telah gagal untuk menang perlu bersedia untuk menerima kekalahan. Jika yang kalah enggan menerima pemenang, kesahihan pilihan raya ini akan berkurangan dan sistem politik mungkin akan ditanda dengan konflik dan ketidakstabilan. Ujian utama bagi demokrasi adalah pemindahan yang berjaya dan kuasa secara aman daripada satu pihak yang lain. Sesungguhnya, ini adalah ujian yang berterusan bagi mana-mana demokrasi sudah walaupun ditubuhkan (Democracy web tahun tidak diketahui).

3.0 KEBEBASAN PILIHAN RAYA

Kebebasan pilihan raya adalah sangat penting dalam memastikan integriti dan ketelusan demokrasi pilihan raya wujud dalam suasana harmoni dalam sebuah negara demokrasi. Hal ini bagi menjamin hak rakyat dan warganegara dalam mengundi pemimpin/wakil dan parti politik yang berkelayakan memimpin.

(7)

Ketelusan pilihan raya adalah keupayaan orang ramai untuk melihat dan mengesahkan setiap langkah penting dalam pilihan raya, langkah yang perlu ada ialah senarai pengundi yang boleh mengundi, orang yang melakukan undian, pengiraan undi dan rantaian jagaan. Keempat-empat perkara adalah kunci kepada akauntabiliti awam dalam pilihan raya. Ketelusan pilihan raya bukan slogan, bukan agenda radikal, bukan pendapat seseorang, tidak kenaifan dan ia bukan hanya untuk pakar-pakar dan ahli akademik. Ketelusan dibumikan dalam hak asasi manusia (Black Box Voting.org). Governans yang telus bagi proses pilihan raya dan mengundi adalah diperlukan bukan sahaja untuk memastikan proses keduanya berjalan dengan lancar, tetapi juga bagi membuatkan pilihan raya tersebut diterima umum sekaligus mampu mengelakkan konflik yang boleh menggugat kestabilan negara (Kartini & Nadzri 2008).

3.1 PILIHAN RAYA 5 TAHUN SEKALI

Hampir semua negara demokrasi mengadakan pilihan raya 4-5 tahun sekali. Itulah tempoh cukup dan relevan dalam memberi peluang kepada rakyat untuk mengundi kerajaan pilihan mereka. Contohnya, Malaysia dan Amerika Syarikat mengadakan pilihan raya sekali 5 tahun walaupun pelaksanaannya adalah berbeza. Dalam kebanyakan negara maju, seorang Perdana Menteri atau Presiden dihadkan jumlah penggal boleh perintah untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa jika lama mentadbir (Utusan Online 2008). Tidak kisah bentuk pemerintahan namun tempoh ini adalah gap terbaik dalam menyuburkan ketelusan pilihan raya. Ia memberi peluang sama rata untuk rakyat menilai pentadbiran kerajaan, sementara kerajaan diberi masa cukup untuk gubal polisi dan menyusun strategi menang pilihan raya seterusnya.

(8)

dalam tempoh yang mencukupi dalam membina semula imej baik di mata rakyat kerana sejarah sudah buktikan sebarang krisis parti bakal menjatuhkan mereka dalam pilihan raya.

Faktor kedua adalah memberi ruang kepada kerajaan untuk mentadbir dan membuat serta laksanakan polisi-polisi yang bermanfaat buat rakyat (jika ya) dalam tempoh relevan dan mencukupi merujuk kepada artikel oleh (Mike Steketee 2015) mengenai kestabilan politik dan contoh kes Australia. Sudah tentu setiap Perdana Menteri/Presiden dan menteri dalam setiap penggal ada sahaja polisi baru. Sesebuah polisi baru sudah tentu memakan masa untuk melihat keberkesanan lebih-lebih lagi jika negara tersebut baru bertukar kerajaan atau penggal sebelumnya di mana keadaan ekonomi perlu memakan masa dipulihkan. Polisi-polisi inilah yang akan membolehkan rakyat merasai dalam tempoh mencukupi akan nikmat polisi tersebut. Ia juga memberi ruang buat rakyat untuk menilai polisi yang dilaksanakan tersebut sama ada bermanfaat atau tidak dan diterjemahkan dalam mengundi.

Faktor ketiga adalah lebih kepada penyertaan rakyat yang mana mereka berpeluang untuk menyuarakan hasrat mereka sama ada melalui petisyen, demonstrasi, himpunan dan terlibat langsung/tidak langsung memberi cadangan kepada kerajaan polisi dan penyelesaian sepatutnya dibuat. Melalui inilah kerajaan akan pertimbangkan cadangan tersebut untuk dilaksanakan. Lima tahun adalah tempoh matang jika mengikut perlembagaan, walau bagaimanapun Perdana Menteri dalam demokrasi berparlimen ada hak untuk bubarkan paling awal 3 tahun setengah mengikut potensi kemenangan.

(9)

3.2 BEBAS TAWARKAN DIRI (PENAMAAN CALON)

Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.

- Suruhanjaya Pilihan Raya

Malaysia-Hal ini menunjukkan setiap ketelusan pilihan raya perlu ada hari penamaan calon. Kebiasaannya, misalnya di Malaysia yang mana tempoh pembubaran parlimen & DUN dengan penamaan calon dalam tempoh 10 hari. Ketika hari penamaan calon, semua akan kemukakan borang penamaan calon masing-masing mengikut peraturan undang-undang negara masing-masing. Jika dilihat di Malaysia, amalan ada penyokong dan pencadang adalah langkah kesuburan demokrasi sedia ada. Ketika inilah rakyat sesebuah negara mengenalpasti calon dan parti yang bertanding.

Terdapat dua manfaat di sebalik penamaan calon, iaitu membolehkan rakyat kawasan atau rakyat negara tersebut mengetahui calon dan parti politik yang bertanding bagi merebut kemenangan. Dari sinilah, rakyat akan menentukan lebih awal calon dan parti mana yang ada kemampuan dan mempunyai rekod yang cukup baik dalam memimpin dan menentukan polisi yang mensejahterakan rakyat, agama, masyarakat dan negara. Dalam masa yang sama, rakyat akan mendapat manfaat untuk mengkaji sikap dan personaliti seseorang calon demi memastikan calon yang dipilih nanti berkredibiliti.

(10)

3.3 KEMPEN

Kempen sudah menjadi elemen wajib dalam pilihan raya. Setiap negara mempunyai undang-undang dan cara dapat permit serta kempen tersendiri yang bertujuan untuk memastikan suasana berkempen aman dan sentosa. Writ atau permit adalah yang wajib diambil dan dipohon jika mahu berkempen secara terbuka (SPR 1958). Melalui kempen inilah parti politik begitu aktif untuk kemenangan tanpa mengira taktik sekalipun dan rakyat boleh menilai mana satu yang terbaik untuk diundi.

Berkempen menjadi medan untuk parti politik mengatur strategi terbaik tanpa mengira matang atau kotor asalkan meraih kemenangan (Sinar Harian 2013). Namun, pilihan raya yang matang adalah berkempen tidak menyerang pihak lain, hanya promosikan diri calon dan parti sahaja. Tidak kisah berapa tempoh kempen, ia membuka ruangan untuk berkempen bagaimana dalam media sosial, internet, cara kempen bersemuka di rumah atau terbuka. Lazimnya, parti politik akan membuat berkempen terbuka dalam satu majlis untuk menunjukkan jumlah hadirin mungkin mewakili pengundi mereka. Justeru, berkempen akan menjadi medan pertarungan dan persaingan tinggi dalam pesta demokrasi kerana masing-masing akan bersaing demi menggenggam kemenangan.

Manifesto adalah menjadi keperluan untuk memberi gambaran kepada rakyat jika mereka menang, apa yang mereka bakal buat (Astro Awani 2013). Melalui berkempen, parti politik masing-masing membuat manifesto mengikut keadaan semasa negara dan bentuk janji itu mestilah bombastik dan relevan untuk menyilau mata rakyat. Justeru, manifesto adalah ibarat janji parti politik kepada rakyat. Dari situlah rakyat akan berfikir dan bakal menentukan undi parti yang terbaik. Manifesto kerajaan lazimnya bermatlamat kekalkan dan mengungkit kebaikan yang dibuat penggal sebelum ini, pembangkang pula akan lebih kepada manifesto baru dan mereformasi sesetengah masalah di negara tersebut. Akan tetapi, ada sesetengah butiran manifesto gabungan parti politik tidak ditunaikan seperti dipetik kata-kata di bawah:

- Manifesto itu bukan satu janji

(11)

Berkempen juga akan membuka mata rakyat untuk meneroka warna-warni berkempen dalam suasana demokrasi liberal. Warna-warni merujuk serangan, fitnah, memuji diri sendiri, mengungkit kebaikan dan bermacam-macam bentuk taktik kempen yang boleh dilihat (Utusan Online 2013). Bagi yang ada internet dan media sosial, suasana berkempen kotor akan dilihat 24 jam justeru berkempen ini juga memberi peluang rakyat siasat agar nanti undian bukan kerana emosi dan sentimen, tapi bersifat rasional (Malaysiakini 2013). Bagi yang baru bertatih dalam dunia demokrasi, yakni pengundi kali pertama akan berasa teruja untuk melihat warna-warni seperti ini kerana remaja suka meneroka dan jiwa masih muda mengikut sentimen kebaikan mereka.

Satu lagi yang menjadi trend namun tidak dikaji oleh mana-mana pihak, peniaga pasti mendapat durian runtuh ketika berniaga di tempat berkempen seperti makanan, wisel sorakan dan sebagainya (Utusan Online 1999). Hal ini kerana pihak berkempen dan rakyat yang menyaksikannya akan terasa lapar dan ada hajat untuk membeli makanan atau keperluan lain. Hal ini akan sekaligus memberi keuntungan besar buat peniaga mahupun restoran-restoran berhampiran tempat berkempen. Hal ini serupa jika berniaga di kawasan demonstrasi atau kawasan rapat umum jika ada kes melibatkan pimpinan parti politik kesukaan mereka. Begitulah warna-warni demokrasi apabila mendengar istilah berkempen yang bertujuan mendambakan kemenangan seperti politik Machavelli ‘Matlamat menghalalkan cara’.

3.4 BEBAS MEMILIH (MENGUNDI)

(12)

Peoples’ power adalah konsep terpenting menggambarkan dalam demokrasi, kuasa rakyat adalah keramat, menentukan semua perjalanan politik negara melalui pemilihan pemimpin mahupun membuat demonstrasi (Common Transition 2016). Dalam konteks mengundi, tidak kisah apa jenis sistem pilihan raya seperti first-past-the-post, two rounded majority dan sebagainya, namun undi rakyat adalah bernilai. Misalnya, di sesuatu kawasan yang mana pengundi atas pagar lebih ramai maka undi merekalah penentunya (Utusan 2002). Selaras dengan kebanyakan negara, perlembagaan menetapkan kuasa rakyat mengundi adalah 5 tahun sekali mengikut tempoh tertentu yang ditetapkan (Berita Harian 2015).

Akhirnya, saat dinantikan, iaitu pengiraan undi di mana ejen calon, calon dan lain-lain yang berkenaan menyaksikan jumlah undi yang mereka terima dan undi majoriti jika terpakai. Keputusan akhir pengiraan undi adalah penentu kesudahan seseorang calon dan parti politik yang bertanding majoritinya diterima oleh rakyat.

Dalam konteks ketelusan, memang lazimnya ejen calon dan calon perlu ada. Tambahan pula, prosedur kerahsiaan kertas undi perlu dijaga dan semua peti undi dibawa pulang ke tempat penjumlahan undi tanpa tertinggal sekalipun. Keputusan rakyat perlu dihormati oleh semua pihak (BERNAMA 2008). Tiada paksaan buat rakyat untuk memilih pemimpin parti politik/wakil yang mereka inginkan (Sinar Harian 2016). Ketelusan bermaksud juga tiada manipulasi pengiraan undi demi memenangkan sesuatu pihak yang lazimnya di pihak kerajaan dan tiada unsur-unsur lain yang menghalang rakyat membuat pengundian.

3.5 MEDIA YANG BEBAS

(13)

Pada tahun 2005, persidangan antarabangsa tahunan World Press Freedom Day (UNESCO 2005) menghasilkan perisytiharan yang menegaskan "media yang bebas dan majmuk adalah penting untuk memastikan ketelusan, akauntabiliti dan penyertaan sebagai elemen asas pembangunan tadbir urus yang baik dan hak asasi manusia berdasarkan". Tambahan pula, pengisytiharan itu menggesa negara anggota untuk "menghormati fungsi media berita sebagai faktor penting dalam tadbir urus yang baik, penting untuk meningkatkan kedua-dua ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses membuat keputusan dan untuk berkomunikasi prinsip-prinsip tadbir urus yang baik kepada masyarakat".

Ketelusan dan kebebasan pilihan raya membawa erti keperluan media yang bebas. Semua media perdana dari televisyen, akhbar hingga media elektronik perlu meneutralkan berita dan juga melaporkan semua pihak parti kerajaan dan pembangkang (Malaysian Digest 2015). Kebanyakan negara maju sudah mengamalkan media yang bebas. Buktinya, Amerika Syarikat dan Jepun selalu sahaja bertukar kerajaan, malah boleh dikatakan setiap penggal saling bertukaran (KPRU 2013), tambahan kematangan rakyat di sana jauh meninggalkan kematangan rakyat negara Malaysia yang bersifat sentimen. Hal ini bertepatan seperti dalam Perlembagaan Malaysia berkenaan kebebasan bersuara seperti pada Bahagian I, Perkara 10(1).

Kebebasan media dalam konteks pilihan raya ialah memberi peluang sama rata kepada semua pihak tanpa mengira kepentingan umum melalui penyiaran manifesto, janji mahupun penyampaian laporan semasa kedua-dua belah pihak (Berita Harian 2012). Hal ini sekaligus membuka ruang buat rakyat dan netizen terbuka minda untuk mengetahui mana pihak yang lebih baik untuk diundi sama ada mengekalkan kerajaan sedia ada atau bertukar kerajaan. Inilah baru dinamakan politik matang dan mencapai tahap demokrasi sepatutnya dalam konteks yang betul. Dimensi baru dalam politik dunia jika berbentuk penyebaran media internet (Cristina & Yovina 2016), kini dimensi media diperbaharui demi mencapai kebebasan media sebenar.

(14)

Berbalik semula kepada perbincangan tadi, dalam konteks masyarakat demokratik, media yang bebas dan adil akan memberikan sepenuhnya ruang kepada parti-parti politik yang bertanding untuk berkempen secara terbuka dan lebih mudah. Pemberian ruang yang lebih bebas kepada parti-parti politik yang bertanding tidak bermaksud hanya ingin menang pilihanraya. Langkah memberikan kebebasan dan keadilan yang lebih baik adalah alat untuk menjadikan masyarakat lebih terdidik dan matang (Malay Mail Online 2014).

4.0 KAJIAN KES NEGARA CONTOH - INDONESIA

Indonesia merupakan negara ketiga terbesar kepadatan populasi. Ia mempunyai banyak kepulauan, provinsi dan kabupaten. Pilihan raya di negara ini mengamalkan sistem campuran, iaitu first-past-the-post, proportional dan two-round majority kerana jumlah penduduknya terlalu ramai. Mula sekali, apabila tamat tempoh penggal 5 tahun, maka terbubarnya kesemuanya anggota dari daerah hingga Presiden. Pilihan raya pemilihan Anggota Perwakilan Daerah (DPRD) dan Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR – status tinggi daripada DPRD) dibuat serentak. DPR berfungsi sebagai ahli parlimen kuasanya sama seperti sistem presiden yang kuasa mereka berhubung dengan kuasa presiden dan wakilnya. DPRD pula berfungsi menyuarakan dan mengetuai daerah yang dibawahnya ada kabupaten, kota dan kecamatan yang dibuat pilihan raya daerah yang bakal diselaraskan menjelang tahun 2020.

Pemilihan DPRD Provinsi dan Kabupaten (kini ada 560 anggota tidak termasuk 7 wilayah yang diadakan Pilkada memilih gabenor) dibuat secara first-past-the-post yakni setiap rakyat daerah memilih wakil mereka yang bertanding mewakili parti politik. Gabungan ahli DPRD dalam satu wilayah provinsi membentuk Dewan Perwakilan Daerah (sama taraf dengan DUN) Calon yang menang mewakili daerah tersebut.

(15)

(undi popular tertinggi peroleh paling banyak kerusi) dan provinsi yang dimenangi oleh mereka. Jika menang lebih ½ provinsi dan menang lebih 20% (atau bergabung jika bawah 20%), baru boleh hantar calon presiden dipasangkan wakil presiden. Pilihan raya presiden dibuat 1-2 bulan selepas itu. Presiden dan pasangan wakilnya yang menang boleh membentuk kabinet dan ketuai negara serta kerajaan. Barisan kabinet adalah bukan anggota DPR mahupun DPRD.

Two-round majority dibuat untuk pilihan raya umum daerah (Pilkada) serentak bagi tujuh wilayah provinsi (Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Aceh, Bangka Belitung, Banten, Gorontalo, Sulawesi Barat & Papua Barat) di Indonesia (Komisi Pemilihan Umum). Jika lebih 2 calon untuk setiap provinsi, kemudian dapat tidak sampai 50%, dibuat pusingan kedua. Orang yang menduduki tempat ketiga undian dan ke bawah disingkirkan dari pusingan kedua (MStar Online 2016) dan (Marthin 2007).

Indonesia dipilih sebagai negara paling telus dan bebas pengendalian pilihan raya oleh Komisi (Suruhanjaya) Pemilihan Umum kerana ia merupakan negara jiran dan banyak sumber berita boleh diambil. Negara tersebut memang demokrasi mereka sangat subur dan bebas serta telus sekalipun sistem dibuat macam miskin dan caca merba. Namun ciri demokrasi tersebut patut dicontohi oleh Malaysia, tidak perlu tukar sistem pilihan raya tetapi ketelusan pengendaliannya. Tambahan pula, sistem pilihan raya presiden memang legislatif, eksekutif dan kehakiman semua asing. Nikmat kebebasan pilihan raya dan media hanya diperoleh oleh rakyat sana selepas era reformasi 1998 yang menyaksikan Suharto (Sabah Daily 2014) selaku presiden dijatuhkan oleh kuasa rakyat dan ia juga menyebabkan rata-rata ketua-ketua setiap jabatan, kehakiman dan menteri dipenjarakan.

Sumber berita diambil daripada pelbagai, iaitu (Sabah Daily 2014), (Malay Mail Online 2014), (Mastura 2009), (Utusan Online 2009) dan (Sinar Harian 2014).

(16)

Seterusnya, diceritakan berkenaan pilihan raya lima tahun sekali, seperti presiden dan wakilnya dikehendaki menjalankan tugas di Pejabat Republik tempoh genap 5 tahun, 2 penggal maksimum seperti dalam pindaan Pasal 7, UUD (Undang-undang Dasar):

- Presiden dan Wakil Presiden memegang jabatan selama lima tahun, dan sesudahnya dapat dipilih kembali dalam jabatan yang sama, hanya untuk satu kali masa jabatan –

Hal inilah dimaksudkan presiden boleh menjalankan tugas sehingga 5 tahun, maksimum dua penggal serta mempunyai banyak masa untuk menggubal polisi baru yang mensejahterakan rakyat dan mengkaya ekonomi. Tempoh yang genap itu juga sekaligus mengelakkan kuasa presiden sesuka hati memilih tarikh pilihan raya seperti diamalkan di negara-negara sistem majoriti kerusi.

Di samping itu, dari sudut penamaan calon apa yang menjadi ciri pilihan raya bebas adalah tidak membayar wang deposit dan tiada calon bebas (tiada parti) bagi pemilihan DPR dan presiden. Hal ini sekaligus memberi kebebasan buat mana-mana parti politik masuk bertanding tanpa perlu sediakan wang.

Dari sudut berkempen pula adalah sangat aman dan tidak ada provokasi serta pengendalian publisiti untuk semua parti sangat terbuka. Semua calon presiden dan wakil presiden telah dibenarkan di media perdana untuk berdebat dan membentangkan manifesto masing-masing dan ia memang dibuat waima bukan pilihan raya. Debat yang diadakan berlaku dengan tenang dan setiap politikus terlihat ingin membentangkan dengan sejelas-jelasnya manifesto mereka. Lebih membanggakan ialah hampir tiada sindiran berbentuk peribadi yang dilontarkan oleh calon-calon yang berdebat.

(17)

Hal ini menunjukkan media perdana dan akhbar semuanya bebas berdebat sesama mereka mahupun promosikan janji dan manifesto mereka kepada rakyat Indonesia. Sepatutnya dalam berkempen, kita selaku kerajaan sewajarnya beri ruangan kebebasan media sekurang-kurangnya setiap kali pilihan raya umum. Kedua, tiada provokasi dan pergaduhan sesama penyokong dan ahli politik, tiada fitnah wujud dan inilah budaya demokrasi matang yang patut diaplikasi di negara-negara lain.

Tempoh berkempen 21 hari bagi pilihan raya presiden adalah cukup lama. Tempoh 21 hari, memang pelaksanaan kempen sangat subur dan telus tambahan kematangan rakyat sana ada. Hal ini sekaligus memberi peluang lama untuk rakyat didedahkan pelbagai manifesto, janji dan berkempen terbuka. Mungkin 21 hari itu juga relevan kerana Indonesia merupakan negara besar dan kepadatan penduduk tinggi, justeru tempoh berkempen ditetapkan relevan kerana faktor geografi yang memaksa calon presiden/wakil pergi berkempen dan bertemu dengan rakyat.

Tempoh bertenang pula dalam tempoh tiga hari adalah untuk beri peluang kepada rakyat tentukan undian mereka untuk siapa. Di situ menampakkan latihan buat rakyat mengundi calon secara rasional, bukan sentimen dan rakyat telah mempunyai sifat sebegitu.

Apabila diselak pula mengenai pengundian, apa yang mengejutkan Komisi Pemilihan Umum (KPU) membenarkan semua rakyat yang mempunyai kad pengenalan untuk mengundi tanpa perlu dijemput oleh badan berkenaan. Badan berkenaan sebelum ini hanya menghantar surat jemputan kepada para pengundi berdasarkan daftar pemilih dan mereka yang menerima surat jemputan sahaja boleh mengundi. Bagaimanapun setelah pelbagai pihak membantah dan mendakwa kira-kira 40 juta penduduk Indonesia tidak dapat mengundi, akhirnya Mahkamah Konstitusi mengarahkan peraturan baru itu diperkenalkan. Di Indonesia penduduk berusia 17 tahun adalah layak untuk mengundi dan bagi wanita yang telah berkahwin lebih awal, mereka juga dikira layak mengundi. Hal ini bermaksud pendaftaran secara automatik.

(18)

Sebaliknya, kertas senarai calon dan lambang parti hanya ditampal di pusat pengundian untuk dijadikan rujukan pengundi membuat pilihan. Pelbagai tempat seperti taman, rumah persendirian atau rumah kedai diubahsuai menjadi pusat pengundian dan di sekitar kawasan berkenaan turut dimeriahkan dengan 'konsert mini' dan gerai menjual makanan.

Pusat pembuangan undi hanya menggunakan khemah, bukan di dalam bangunan tetap dan ia banyak terdapat di kawasan penempatan penduduk dan pengundi hanya perlu berjalan tidak sampai 500 meter untuk mengundi. Jumlah pusat pembuangan undi yang banyak juga dapat mengelakkan daripada berlaku kesesakan. Kotak atau peti undi pula tidak seragam, ada yang diperbuat daripada besi serta kotak barangan dan keadaan itu dilihat seolah-olah seperti pilihan raya 'olok-olok' sahaja. Mereka hanya perlu tebuk pada kotak parti politik/calon sahaja dan diletakkan tersusun tanpa dimasukkan ke dalam kotak undian bagi pengundian DPRD (calon dari mana-mana parti atau bebas). DPR (semua parti politik bertanding) dan presiden disediakan kotak undian.

Begitu juga pasukan keselamatan seperti polis, tentera atau 'samseng parti' tidak ada yang mengawal pusat pengundian dan semuanya mereka urus sesama sendiri dengan penuh kepercayaan. Apa yang menarik perhatian ialah sesiapa pun boleh memasuki pusat pengundian tanpa sebarang permit atau surat kebenaran khas. Mereka diberi kertas undi calon DPRD dan (parti politik) bagi merebut kerusi terbanyak di DPR dan (presiden yang dijalankan beberapa bulan selepas itu).

Pemilih Indonesia yang tinggal di luar negara pula ada wakil yang menjaga kebajikan mereka menerusi pengundian eksklusif untuk memilih wakil tersebut. Walau bagaimanapun ada satu sahaja unsur hak pengundian spoil, iaitu tentera dan polis tidak dibenarkan mengundi kerana dikehendaki berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan semasa pilihan raya. Alasannya adalah kerana bagi mengelakkan daripada timbulnya gerakan oleh tentera khususnya untuk merampas kuasa atau mengguling kerajaan pilihan rakyat sebagaimana berlaku pada zaman orde baru.

(19)

Akhir sekali, dibincangkan media perdana di Indonesia sangat neutral dan bebas tanpa mengira pilihan raya mahupun di luar. Mengenai nilai-nilai kebebasan akhbar dan medoa sendiri telah diiktiraf di dalam UUD 1945, iaitu ditetapkan dalam Pasal 28, Pasal 28 E Ayat (2) dan (3) serta Pasal 28 F. Oleh itu, jelas negara telah mengakui bahawa kebebasan mengemukakan pendapat dan kebebasan berfikir adalah merupakan sebahagian daripada kewujudan negara yang demokratik dan berkebijakan atas undang-undang. Akhbar tidak dimiliki oleh parti pemerintah secara rasmi. Dalam kempen politik, semua media massa dituntut memberikan bahagian yang sama bagi semua parti atau calon-calon presiden, walaupun akhbar/media tersebut dimiliki oleh ahli parti secara individu.

Dalam masa yang sama, iklan kempen oleh setiap parti yang bertanding di kaca televisyen tanpa henti. Tidak kisahlah parti pemerintah ataupun parti pembangkang, semuanya diberikan peluang untuk menyampaikan manifesto masing-masing. Setiap parti politik yang berkempen di televsiyen menggunakan pelbagai idea yang kreatif dalam memikat pengundi. Dengan itu, rakyat Indonesia boleh mengenal parti politik atau calon yang layak untuk diundi.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, setiap negara demokrasi sudah tentu ada sistem pilihan raya yang berbentuk pelbagai jenis seperti first-past-the-post, proportional dan two-round majority dan banyak lagi. Hal ini memberi peluang kepada rakyat negara masing-masing untuk memilih wakil mereka ke bangunan parlimen atau dewan serta membentuk kerajaan. Proses dijalankan melalui pembubaran dewan, penamaan calon, berkempen, pengundian dan akhir sekali pengiraan undi. Keputusan penuh diterima yang menunjukkan majoriti rakyat memilih siapa yang layak (parti politik dan calon).

(20)

Penamaan calon atau bebas menawarkan diri adalah elemen kedua di mana sebaiknya tidak perlu membuat peraturan penyediaan deposit dan meraikan calon sebanyak mana yang boleh. Berkempen mestilah dalam suasana aman tanpa provokasi sesama penyokong dan ahli politik. Justeru, tunjukkan kematangan dalam berpolitik agar negara menjadi maju dalam semua aspek. Selain itu, kebebasan berkempen hendaklah dilaksanakan telus, iaitu sebaiknya memberi ruangan cukup buat calon/parti politik menyampaikan janji dan isi debat mereka. Dalam masa yang sama, tempoh berkempen mencukupi memberi peluang calon dan parti politik bermanifesto dan berkempen serta membuat strategi secara optimum dan efektif.

Tiba masanya pengundian maka rakyat berduyun-duyun turun mengundi untuk memilih calon atau parti politik yang dikehendaki. Istilah peoples’ power adalah merupakan istilah kuasa utama dalam menentukan kemenangan sesebuah calon/parti politik. Peoples’ power hendaklah disemarakkan melalui turunkan had minimum umur untuk mendaftar sebagai pengundi atau dibuat secara automatik untuk membolehkan lebih ramai mengundi bagi menunjukkan ciri demokrasi yang sebenar. Akhir sekali, pengiraan undi dibuat dan akhirnya diumumkan kemenangan yang perlu dihormati dengan penuh kematangan namun perlu dibuat secara telus.

Tidak banyak negara demokrasi yang benar-benar telus dan bebas dalam pilihan raya. Indonesia antara negara contoh yang boleh diambil iktibar walaupun terpaksa diuruskan 230 juta penduduk. Oleh sebab itu, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya negara masing-masing sewajarnya meraikan lagi demokrasi dan membebaskan sistem pilihan raya dalam cengkaman mereka dan dalam masa yang sama, kebebasan pilihan raya terletak di bahu mereka. Kebebasan dan ketelusan pilihan raya mengukuhkan peoples’ power dan meletakkan negara masing-masing di kedudukan negara maju dan makmur.

6.0 RUJUKAN

Ace.com. The Importance of the Media to Elections. http://aceproject.org/ace-en/topics/me/onePage. [7 April 2017].

(21)

Astro Awani 2013. Analisis: Mengumpan kebolehpercayaan rakyat. http://www.astroawani.com/blog/analisis-mengumpan-kebolehpercayaan-rakyat-11655. [8 April 2017].

A. Ubaedillah & Abdul Rozak 2008. Pendidikan Kewarganegaraan Edisi Ketiga (Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Masyarakat Madani. Jakarta: Penerbit Prenada Media Group.

Berita Harian 2015. Kuasa rakyat pilih kerajaan ketika pilihan raya – Najib. http://www.bharian.com.my/node/79642. [8 April 2017].

Bernama.com 2008. Keputusan P/raya Kecil Permatang Pauh Cermin Amalan Demokrasi Segar, Kata Najib. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=355425. [7 April 2017].

Black Box Voting. Election Transparency. http://blackboxvoting.org/transparency/#fn-1294-1. [10 April 2017].

Civics Academy. What are free and fair elections?

http://www.civicsacademy.co.za/video/free-and-fair-elections/. [4 April 2017].

Commons Transition 2016. This is How People Power Wins an Election: The Story of Ahora Madrid. http://commonstransition.org/this-is-how-people-power-wins-an-election-the-story-of-ahora-madrid/. [8 April 2017].

Cristina Margaretta & Yovina Susanti Suhandri 2016. Era Media Lama vs Media Baru. kapsel2016.blogspot.my/2016/09/era-media-lama-vs-media-baru.html. [5 April 2017].

Democracy Web. Free, Fair, & Regular Elections: Essential Principles. http://democracyweb.org/elections-essential-principles. [4 April 2017].

Fafadat 2016. Maksud & Fungsi Pilihan Raya.

https://fafadat1a16.blogspot.my/2016/09/maksud-pilihan-raya-pilihanraya-sering.html. [2 April 2017].

(22)

G.S Kartha 2015. Kerala elections: A question of stability. India Today. http://indiatoday.intoday.in/story/kerala-elections-a-question-of-stability/1/435897.html. [8 April 2017].

Kajian Politik untuk Perubahan 2013. Pertukaran Kerajaan Tidak Akan Membawa Kehancuran Negara. https://kprumalaysia.org/2013/05/03/pertukaran-kerajaan-tidak-akan-membawa-kehancuran-negara/. [7 April 2017].

Kamaluddin 2012. Manifesto Bukan Janji, Tawaran Mega PR Hanya Janji Ditaburi. http://pakdin.my/manifesto-bukan-janji-tawaran-mega-pr-hanya-janji-ditaburi/.

[8 April 2017].

Kartini & Nadzri 2008. Pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya : Governans ke arah ketelusan. Kertas kerja Seminar Politik Malaysia. Anjuran Pusat Penerbitan

Universiti, Universiti Teknologi MARA. Shah Alam, 16-18 Januari.

Komisi Pemilihan Umum. Pencalonan Pilkada 2017.

http://www.kpu.go.id/index.php/pages/detail/2016/846. [10 April 2017].

Malaja 2015. Hukum Media Massa “Perbandingan Sistem Pers Indonesia dengan Korea Salatan”. Penulisan artikel. Program Studi Ilmu Komunikasi Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Budaya, Universitas Trunojoyo Madura, Bangkalan.

Malay Mail Online 2014. Ada apa dengan media bebas dan adil.

http://www.themalaymailonline.com/opinion/affendy-hasni/article/ada-apa-dengan-media-bebas-dan-adil. [6 April 2017].

Malaysiakini 2011. SPR: Kemenangan parti ikut sentimen pengundi. https://www.malaysiakini.com/news/167512. [8 April 2017].

Malaysian Digest 2015. Kebebasan Media: Menyampaikan Kebenaran atau Menjaga Kepentingan Pihak Tertentu. http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/566763-kebebasan-media-menyampaikan-kebenaran-atau-menjaga-kepentingan-pihak-tertentu.html. [7 April 2017].

Mastura 2009. Demokrasi Malaysia vs Indonesia.

(23)

Marthin Simangunsong 2007. Hasil Penelitian Sistem Pemerintahan Presidental di Indonesia dan Amerika Syarikat (Suatu Kajian Perbandingan). Tesis Falsafah. Lembaga Penelitian Universitas HKBP Nommensen, Medan.

Mike Steketee 2015. Four-year terms could be the key to political stability. http://www.abc.net.au/news/2015-10-09/steketee-four-year-terms-could-be-key-to-political-stability/6839864. [9 April 2017].

Mohammad Sattar Mullah 2008. The Role of Election Commission for Holding a Free and Fair Election in Bangladesh; an Analysis. Chittagong: University of Chittagong.

M Star 2017. Pilihan Raya Gabenor Jakarta Diheret Ke Pusingan Dua. M Star. http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/02/16/pilihan-raya

jakarta/#R7Csj0Jcodzq6gdS.99. [6 April 2017].

Pengajian Malaysia 2015. Undang-undang & Peraturan Pilihan Raya. http://pmprosespilihanraya.blogspot.my/2015_07_01_archive.html. [7 April 2017].

Sabah Daily 2014. Perbandingan Media Indonesia & Media Malaysia? http://www.sabahdaily.com/2014/01/perbandingan-media-indonesia-media.html. [2 April 2017].

Shakil Hameed 2013. Peluang parti bertanding akses media bukti keikhlasan kerajaan. Berita Harian, 30 April: 14.

Sinar Harian 2013. Kempen pilihan raya semakin sengit dan kreatif melalui pengiklanan. http://www.sinarharian.com.my/politik/kempen-pilihan-raya-semakin-sengit-dan-kreatif-melalui-pengiklanan-1.155876. [9 April 2017].

Sinar Harian 2014. Pemilu Indonesia 'ringkas' tapi menarik.

http://www.sinarharian.com.my/pemilu-indonesia-ringkas-tapi-menarik-1.273502. [10 April 2017].

St. Benn and R.s Peters. 1964. Principels of political thought. New York: Collier Books.

(24)

Suruhanjaya Pilihan Raya. Fakta-Fakta Umum untuk Calon. http://www.spr.gov.my/index.php/penjalanan-pilihan-raya?layout=edit&id=20. [8 April 2017].

UNESCO 2005. World Press Freedom Day 2005; Dakar Declaration. Dacar: Afrika.

US Legal. Nomination of Candidates. https://elections.uslegal.com/nomination-of-candidates/. [9 April 2017].

Utusan Online 2009. Damainya suasana pilihan raya di Indonesia. Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm. [5 April 2017].

Utusan Online 1999. Hadkan kepada dua penggal. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=1999&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm. [9 April 2017].

Utusan Online 2013. Hentikan fitnah, bohong, hasut.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130517/px_02/Hentikan-fitnah-bohong-hasut. [8 April 2017].

Utusan Online 2002. Pengundi atas pagar jadi faktor penentu. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2002&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.htm. [7 April 2017].

Utusan Online 1999. Rezeki kempen pilihan raya. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

Referensi

Dokumen terkait

No Waktu (menit) Akumulasi Waktu (menit) Pembacaan Resapan Air (cm) Akumulasi Infiltrasi (cm) Infiltrasi (cm/jam) Log (Akumulasi Waktu) Log (Alkumulasi Infiltrasi) 1. Keadaan tanah

Pendapat ulama yang menolak dan menerima mas}lah}ah sebagai dalil ijtihad dalam menetapkan hukum, jika diperhatikan secara seksama tampaknya tidak ada perbedaan

13 Berdasarkan pengertian pencurian yang dikemukakan oleh Poerwardarminta dan pengertian pencurian dalam Pasal 362 KUHPidana, jelaslah bahwa semua tindakan atau perbuatan

Bagi akademik, penelitian ini diharapkan dapat berguna untuk dapat menjadi dokumen akademik bagi mahasiswa/i Ilmu Komunikasi Universitas Komputer Indonesia dalam

Tegangan lebih ini muncul pada jaringan tegangan menengah karena sambaran petir baik langsung (jarang terjadi) maupun sambaran tidak langsung (sering terjadi),

Sesudah datanya lengkap maka akan dibuat kesimpulan (Anggito and Setiawan, 2018). Lokasi penelitian ini adalah Desa Ujung Tanjung III yang terletak di Kecamatan

[r]

Puji syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas berkat dan rahmat- Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan makalah Praktek Kerja Industri Pengolahan Pangan (PKIPP) ini