• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN MEDIA

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

1. SPR sentiasa berusaha dari masa ke masa menyelesaikan apa

juga masalah yang dikenal pasti dan dipelajari dalam setiap Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil. SPR sentiasa berikhtiar menambahbaik proses Pilihan Raya mengikut kerangka undang-undang di samping kemampuannya yang sebenar.

2. Sepanjang sejarahnya semenjak PRU pertama sehinggalah PRU

Ke-12 selama lebih 50 tahun, SPR telah mengemukakan dan memperkenalkan pelbagai pindaan dan perubahan undang-undang dan peraturan Pilihan Raya untuk menambahbaik proses Pilihan Raya di negara ini. Meskipun demikian, SPR memang sedar bahawa selaras dengan kepesatan pembangunan yang telah mengubah bentuk fisikal (geografi) banyak Bahagian Pilihan Raya serta pertambahan penduduk yang sentiasa berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain dan peningkatan kualiti hidup mereka, maka proses Pilihan Raya memang wajar harus sentiasa disesuaikan dengan realiti kemajuan dan perubahan itu, seperti yang dialami oleh negara-negara demokrasi yang lain.

3. Atas kesedaran itulah, SPR amat berterima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP) dan semua pihak yang terlibat mengemukakan

(2)

pelbagai pandangan dan cadangan hingga dapat melahirkan syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya di negara ini.

4. Sepanjang tempoh enam bulan penjalanan JPKP, SPR telah menerima Laporan Awal yang mengandungi 10 syor dan Laporan Akhir yang mengemukakan 22 syor untuk dikaji dan diambil tindakan mengikut kesesuaian dan keupayaan. Mesyuarat Khas SPR pada 18 April 2012, telah membincangkan dengan panjang lebar kesemua syor berkenaan secara terperinci bagi mengenal pasti dan menentukan mana-mana syor yang boleh dan mampu dilaksanakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, manakala syor-syor yang tidak dapat dilaksanakan dalam PRU Ke-13 akan dikaji secara lebih mendalam dan terperinci dari semua sudut Perlembagaan dan undang-undang, peraturan pilihan raya serta kemampuan teknikal dan pengurusan SPR.

5. Sebelum ini, SPR telahpun mengumumkan persetujuannya untuk

melaksanakan tujuh daripada 10 syor Laporan Awal dalam PRU Ke-13 akan datang. Tujuh syor berkenaan adalah seperti yang berikut:

5.1 Penggunaan Dakwat kekal pada PRU Ke-13

SPR telah bersetuju untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam PRU Ke-13 akan datang. Bagi tujuan ini, SPR telah meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang mengandungi peruntukan penggunaan dakwat kekal dalam urusan semasa pengundian yang telah diwartakan pada 13 Februari 2012 dan berkuatkuasa pada 15 Februari 2012. Taklimat berkaitan dengan peraturan penggunaan dakwat kekal telahpun diberikan kepada petugas-petugas pilihan

(3)

raya di seluruh negara. Berikutnya, SPR akan melaksanakan program penerangan kepada semua pihak yang berkaitan berhubungan dengan kaedah penggunaan dakwat kekal.

5.2 Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan anggota PGA dan pasangan

SPR telah bersetuju untuk melaksanakan sistem pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan anggota PGA serta pasangan. Walau bagaimanapun, bagi golongan anggota berkenaan yang tidak dapat mengundi awal kerana bertugas di luar kawasan operasi, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. Untuk tujuan pelaksanaannya dalam PRU Ke-13, pindaan undang-undang mengenainya sedang disemak oleh Jabatan Peguam Negara. Pindaan juga melibatkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 berserta dengan pindaan kepada borang-borang yang berkaitan. Program taklimat kepada petugas-petugas pilihan raya sedang dijalankan. SPR juga telah mengadakan mesyuarat dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubungan dengan pelaksanaan pengundian awal.

5.3 Pembersihan Daftar Pemilih

Tindakan dan usaha pembersihan Daftar Pemilih telah dan sentiasa dijalankan secara agresif oleh SPR bagi menyediakan Daftar Pemilih untuk PRU Ke-13 yang lebih

(4)

kemas dan teratur. SPR sentiasa melaksanakan langkah-langkah pembersihan Daftar Pemilih secara bersungguh-sungguh mengikut undang-undang dengan kerjasama pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ATM dan PDRM. SPR dan JPN juga telah mendapat kerjasama daripada MIMOS untuk membuat verifikasi terhadap Daftar Pemilih.

5.3 Memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) kepada 14 hari

SPR telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh pameran Rang DPT daripada 7 hari sebelum ini kepada 14 hari. Sehubungan dengan itu, SPR telah menggubal pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 berhubungan dengan perkara berkenaan.

5.5 Ketelusan proses mengundi

(a) SPR telah bersetuju untuk meningkatkan

ketelusan semasa proses pengundian. Perubahan pelan susun atur dan kedudukan ejen-ejen parti di dalam Tempat Mengundi akan dilakukan dalam PRU Ke-13 akan datang.

(b) Bagi pengundi golongan Orang Kelainan Upaya

(OKU), SPR telah bersetuju terhadap syor untuk membenarkan orang kepercayaan pengundi OKU masuk bersamanya bagi membantu menandakan kertas undi. Peruntukan berkenaan, iaitu Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)

(5)

(Pindaan) 2012 telah diwartakan pada 13 Februari 2012 dan mula berkuatkuasa pada 15 Februari 2012.

5.6 Penambahbaikan kepada proses pencalonan

SPR telah bersetuju untuk memansuhkan proses bantahan terhadap kertas pencalonan pada Hari Penamaan calon. Selain itu, SPR juga telah bersetuju untuk memansuhkan tempoh tiga hari penarikan balik pencalonan. Peruntukan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 telah digubal dan sedang disemak oleh Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

5.7 Pengukuhan SPR

SPR menyambut baik dan mengalu-alukan syor untuk memperkasa SPR berhubungan dengan kuasa perundangan dan selaras dengan maksud Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Untuk tujuan penambahan jumlah perjawatan dalam organisasi Urus Setia SPR, SPR telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan tambahan perjawatan yang secukupnya.

6. Bagi syor-syor dalam Laporan Akhir yang mengandungi 22

perkara tersebut, SPR telah mengkaji secara mendalam setiap syor tersebut dan mendapati ada yang boleh dilaksanakan dalam tempoh jangka masa yang segera, manakala sebahagian lagi memerlukan kajian secara lebih mendalam kerana melibatkan pindaan

(6)

Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, SPR telah membuat keputusan seperti yang berikut:

6.1 Memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di perwakilan Malaysia atau secara pos

SPR telah meneliti syor tersebut dan bersetuju untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos. Syor supaya mereka berada yang di luar negara mengundi di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara telah dibincangkan dengan pihak Kementerian Luar Negeri. SPR mendapati proses ini amat sukar dilakukan atas faktor logistik dan pengurusannya yang kompleks dan rumit. Ini kerana sistem pilihan raya yang diamalkan di Negara ini adalah berdasarkan “sistem pemilihan perwakilan mengikut kawasan pilihan raya” (constituency representation system). Melalui sistem ini, rakyat Malaysia di luar negara berdaftar di pelbagai Bahagian Pilihan Raya yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, kaedah yang paling praktikal adalah bagi mereka mengundi secara pos dan semua kertas undi pos dihantar kembali kepada Pegawai Pengurus masing-masing di negeri-negeri di tempat mereka berdaftar.

6.2 Memberikan kemudahan mengundi secara pos kepada petugas-petugas SPR dan media

(a) SPR perlu memberikan peluang kepada petugas-petugas membuat pilihan sama ada mengundi secara pos atau sebaliknya bagi memastikan tugas mereka tidak

(7)

terganggu di tempat bertugas pada Hari Mengundi. Jika petugas-petugas SPR dibenarkan meninggalkan tempat bertugas untuk pergi mengundi di Tempat Mengundi di mana mereka sebenarnya mengundi sudah pasti akan menjejaskan kelancaran proses pengundian di Tempat Mengundi di mana mereka bertugas.

Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukan kepada mana-mana pegawai pilihan raya yang dikehendaki menjalankan tugas pada Hari Mengundi untuk mengundi secara pos. Walau bagaimanapun, SPR akan memberikan keutamaan melantik petugas-petugas pilihan raya dalam kalangan mereka yang berdaftar di tempat mereka bertugas. Mereka ini akan mengundi sebagai pengundi biasa di tempat bertugas.

(b) Bagi petugas-petugas media, SPR telah bersetuju

memberi kemudahan untuk mengundi secara pos dengan mengikut subperaturan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Bagi tujuan ini, petugas-petugas media perlu memohon kepada Pegawai Pengurus di tempat mereka telah didaftarkan, dan permohonan untuk mengundi secara pos itu perlu disokong oleh majikan masing-masing.

(8)

6.3 Pengundi luar kawasan

SPR berpandangan bahawa untuk membenarkan pemilih mengundi di luar kawasan tempat mengundi masing-masing adalah bercanggah dengan prinsip pemilihan wakil rakyat bagi mewakili Bahagian Pilihan Raya dan memberikan perkhidmatan kepada pengundi-pengundi di dalam Bahagian Pilihan Raya yang wakil rakyat berkenaan telah dipilih. Selain itu, pelaksanaan kaedah membuka Pusat Mengundi bagi pemilih-pemilih di luar kawasan adalah amat sukar dilaksanakan dari segi pengurusannya. Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan pemilih mengundi di Bahagian Pilihan Raya di mana mereka telah didaftarkan. Perlembagaan juga menetapkan pemilih perlu didaftarkan di tempat bermastautin.

6.4 Membenarkan pra-pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun

SPR menyambut baik syor untuk memperkenalkan sistem pra-pendaftaran seseorang warganegara sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun. Walau bagaimanapun mereka hanya layak menjadi pengundi dalam pilihan raya apabila mencapai umur 21 tahun. Namun begitu, ini tertakluk kepada pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

(9)

6.5 Tarikh pembubaran Parlimen

Pembubaran Parlimen adalah diperuntukkan di bawah Perkara 55 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, sebarang syor untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen perlulah dibuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

6.6 Kerajaan Sementara (caretaker government)

SPR akan membuat kajian berhubungan dengan langkah untuk menyediakan garis panduan dan kod etika (code of conduct) yang perlu dikenakan terhadap kerajaan sementara (caretaker government) semasa tempoh selepas pembubaran Parlimen sehingga kepada selesainya urusan pengundian. Perkara ini perlu bagi menjamin wujudnya keadaan pertandingan yang adil atas landasan yang sama rata dalam kalangan semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.

6.7 Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubungan kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran

SPR telah bersetuju untuk mengkaji secara terperinci berhubungan dengan syor supaya diambil tindakan terhadap mereka yang memberikan maklumat palsu di dalam borang pendaftaran untuk menjadi pemilih.

6.8 Memanjangkan tempoh berkempen

SPR telah bersetuju untuk melaksanakan syor supaya tempoh berkempen bagi PRU Ke-13 akan datang tidak

(10)

kurang daripada 10 hari. Untuk PRU Ke-13 akan datang, perkara ini akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan selepas Parlimen dibubarkan, iaitu semasa SPR menetapkan tarikh-tarikh penting bagi menjalankan pilihan raya.

6.9 Akses kepada media yang bebas dan saksama

SPR bersetuju untuk mengambil langkah-langkah tertentu untuk menyediakan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon-calon yang bertanding dalam PRU Ke-13 akan datang. Untuk tujuan itu, SPR akan mengadakan perbincangan di peringkat tertinggi dengan pihak-pihak yang berkenaan.

6.10 Pembersihan daftar pemilih yang berterusan

SPR telah bersetuju untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu bagi memastikan urusan pembersihan Daftar Pemilih dilakukan secara berterusan dengan kerjasama semua agensi yang berkaitan termasuk JPN, ATM, PDRM dan MIMOS. SPR akan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja berada dalam Daftar Pemilih. Untuk tujuan pembersihan secara berterusan, SPR akan menjalankan urusan tersebut berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. SPR juga telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan pihak MIMOS dalam usaha membersihkan Daftar Pemilih. Perbincangan berterusan dengan pihak MIMOS akan diadakan secara berkala.

(11)

Berhubungan dengan syor untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen bagi tujuan mengawasi pelaksanaan kerja SPR dan urusan berkaitan dengan Daftar Pemilih, SPR mendapati bahawa syor penubuhan sebuah lagi badan lain itu untuk mengawasi bidang fungsi SPR adalah bercanggah dengan kedudukan dan kebebasan SPR di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

6.11 Penelitian Daftar Pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih

SPR telah bersetuju membuat penelitian berhubungan dengan syor untuk mempamerkan nama-nama pemilih yang didapati terlalu ramai berdaftar di satu-satu alamat bertujuan membolehkan mereka tampil untuk mengemaskinikan alamat mereka dengan SPR. Dengan cara itu, SPR akan dapat mengemaskinikan alamat lengkap setiap pemilih dalam Daftar Pemilih Induk (DPI). Buat masa ini peruntukan undang-undang sedia ada tidak memberi kuasa kepada SPR untuk mempamerkannya.

6.12 Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya

SPR akan mengkaji syor tersebut secara terperinci memandangkan undang-undang yang sedia ada hanya membenarkan bantahan terhadap Daftar Pemilih Tambahan semasa tempoh pameran pada setiap suku tahun. Daftar Pemilih Induk merupakan Daftar Pemilih yang telah melalui pelbagai proses undang-undang termasuk bantahan dan

(12)

siasatan awam sebelum disahkan dan diwartakan. Selain itu, sebarang tindakan pembersihan atau pemotongan terhadap Daftar Pemilih hanya dapat dibuat selepas SPR mendapat pengesahan daripada pihak berwajib, iaitu JPN berhubungan dengan status kematian atau pelucutan kewarganegaraan seseorang pemilih.

6.13 Kajian ke arah pendaftaran secara automatik

SPR perlu membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan cadangan untuk memperkenalkan sistem pendaftaran secara automatik di negara ini. Syor ini melibatkan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

6.14 Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya

SPR telah meneliti perkara ini. Penggunaan alamat untuk mendaftar sebagai pemilih dengan menggunakan alamat selain daripada alamat pada kad pengenalan memerlukan kajian lebih terperinci. Ini kerana jika pendaftaran dibenarkan menggunakan alamat tempat bekerja atau sebagainya yang sentiasa berubah dari masa ke semasa dikhuatiri boleh mendorong kepada berlakunya penipuan dan dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk tujuan kepentingan politik bagi menentukan kemenangan dalam pilihan raya.

(13)

Penggunaan alamat lain daripada alamat dalam kad pengenalan mungkin terdedah kepada unsur-unsur penipuan yang sukar dikawal oleh SPR. Walau bagaimanapun, SPR akan mengkaji sistem pendaftaran pemilih mengikut alamat selain alamat pada kad pengenalannya jika terdapat amalan sedemikian dilakukan oleh negara lain.

6.15 Memperkasa kedudukan SPR

SPR menyambut baik usaha untuk memperkasa kedudukan SPR di sisi perundangan serta kedudukan struktur fungsi SPR sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pilihan raya di negara ini. Sehubungan dengan itu, SPR bersetuju atas syor supaya proses pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota-anggota SPR perlu dibuat kajian semula secara teliti dan terperinci sebagai usaha untuk memberikan keyakinan tentang kedudukan SPR sebagai badan yang benar-benar bebas daripada pengaruh pihak Eksekutif dan Legislatif.

6.16 Penstrukturan dan pengukuhan SPR

SPR telah bersetuju untuk mebuat kajian terperinci selaras dengan syor JPKP bagi memastikan organisasi SPR distruktur semula dengan kuasa perundangan yang sewajarnya. Begitu juga keperluan untuk menambah sumber manusia dan menaik taraf perjawatan serta peruntukan kewangan yang mencukupi selaras dengan

(14)

pengukuhan struktur dan penambahan kuasa perundangan dan perjawatan yang disyorkan.

6.17 Memperluaskan Akademi Pilihan Raya

SPR menyambut baik syor JPKP supaya Akademi Pilihan Raya (APR) SPR diperluaskan dan diperkasa bagi memastikan peranan dan fungsinya mencapai objektif yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, SPR akan meneliti secara terperinci dari pelbagai sudut kepentingannya kepada APR dan SPR tentang syor supaya sebuah Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh wakil-wakil parti politik dan NGOs ditubuhkan untuk memberikan nasihat yang sesuai tentang pelaksanaan program dan aktiviti APR.

6.18 Pengasingan fungsi utama SPR

SPR telah bersetuju untuk mengkaji secara terperinci berhubungan dengan syor pengasingan tiga fungsi utama SPR seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti penyediaan daftar pemilih; menjalankan pilihan raya; dan menjalankan persempadanan semula bahagian pilihan raya.

6.19 Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak

SPR akan membuat kajian yang terperinci berhubungan dengan syor tersebut berlandaskan matlamat untuk mewujudkan pembahagian jumlah kerusi yang adil kepada

(15)

setiap negeri sesuai dengan kepentingan sistem pilihan raya di negara ini.

6.20 Persempadanan Bahagian Pilihan Raya yang seimbang

SPR telah bersetuju untuk menjalankan urusan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya selaras dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan dibawah Bahagian I Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan. Untuk tujuan itu SPR akan menjalankan persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya secara saksama sesuai dengan prinsi-prinsip yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

6.21 Peruntukan dana kepada parti politik

SPR berpandangan syor peruntukan dana awam kepada parti-parti politik dan calon-calon yang menang dalam pilihan raya mengikut jumlah kerusi yang dimenangi perlu dibuat kajian secara mendalam kerana ia melibatkan peruntukan bajet kerajaan dan wang rakyat untuk membiayai aktiviti parti politik.

6.22 Sistem pilihan raya yang baru

SPR telah bersetuju untuk mengkaji secara terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada rakyat dan negara jika sistem pilihan raya yang diamalkan sekarang (berdasarkan sistem First-Past-The-Post dan pemilihan mengikut

(16)

kawasan pilihan raya) bertukar kepada suatu sistem yang lain.

SPR sebagai sebuah badan bebas bertanggungjawab melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya berdasarkan tiga fungsi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab tersebut secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Sekian dan terima kasih

...t.t...

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)

Pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 19 April 2012

Referensi

Dokumen terkait

Dalam pendidikan inklusi, pemenuhan kebutuhan anak luar biasa tidak dimulai dari penyesuaian-penyesuaian anak terhadap sistem pendidikan, metode, maupun lingkungannya,

Jika pegawai sudah memiliki sikap positif dalam menjalankan pekerjaan yang diberikan kepadanya namun, pemimpin tidak memberikan motivasi pada pegawai tersebut maka

Dari hasil analisis perbandingan metode koreksi bias beta selama satu tahun, dua tahun dan lima tahun, dapat disimpulkan bahwa pada periode satu tahun dan dua tahun pada

Pada model akhir dari uji multivariat, kelompok yang berusia lanjut ( 45 tahun) berisiko 2,5 kali untuk memiliki kondisi kesehatan buruk. Kemudian, mantan perokok atau orang

No Waktu (menit) Akumulasi Waktu (menit) Pembacaan Resapan Air (cm) Akumulasi Infiltrasi (cm) Infiltrasi (cm/jam) Log (Akumulasi Waktu) Log (Alkumulasi Infiltrasi) 1. Keadaan tanah

Manfaat yang diharapkan dari penelitian ini adalah untuk memperoleh data yang valid tentang karakteristik mekanik dan fisik tulang sapi potong jenis simmental sehingga

Hakikatnya, cadangan persempadanan semula oleh SPR mengandungi gerrymandering dan malapportionment yang tidak adil walaupun Seksyen 2 (c) Jadual Ke-13, Perlembagaan

Sebagai konsekuensinya bermunculan televisi lokal di berbagai kota besar, bahkan kota kabupaten di berbagai wilayah di Indonesia, yang merupakan media