• Tidak ada hasil yang ditemukan

sejarah permainan wau

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "sejarah permainan wau"

Copied!
53
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk Kajian

Permainan

Tradisional

Masyarakat Negara

Kita

Wau

-Isi Kandungan

(2)

Bil

Tajuk

M/S

1.

Tajuk Kajian

1

2.

Senarai Kandungan

2

3.

Penghargaan

3

4.

Objektif Kajian

4

5.

Kaedah Kajian

• Pemerhatian • Sumber • Soal selidik • Menemubual • Pandang Dengar

5

6.

Hasil Kajian

• Nama permainan • Latar belakang • Tujuan dimainkan

• Alat-alat yang digunakan

Cara dimainkan

6 - 38

7.

Rumusan

39 - 40

8.

Lampiran

41 - 44

9.

Rujukan

45

Penghargaan

(3)

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran untuk menyiapkan kajian ini. Kesampaaian di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya folio ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kapada ibu bapa, ……….. dan ……… yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada, Encik……… guru sejarah tingkatan 3 An nur yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang kajian dijalankan. Tidak lupa, rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan tidak kira agama dan bangsa. Saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden-responden kerana sudi ditemubual. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan folio ini. Sekian, Wassalam.

(4)

Kajian ini dibuat kerana ingin mencapai objektif-objektif berikut. Antara objektif yang dapat saya capai dalam membuat kajian ini ialah memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3. Memenuhi keperluan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat Malaysia. Mengetahui lebih mendalam tentang Permainan Tradisional yang dikaji. Mengenalpasti asal usul Permainan Tradisional yang dikaji.

Memberi cadangan untuk meningkatkan taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya terkenal diseluruh Negara. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).

Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri

(5)

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya menggunakan 5 kaedah iaitu : 1.Pemerhatian 2.Sumber 3.Soalselidik 4.Menemubual 5.PandangDengar

Berdasarkan kaedah pemerhatian, saya dapat memberi cadangan untuk meningkatkan taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya terkenal diseluruh Negara serta dapat melihat reka bentuk permainan yang dikaji. Melalui kaedah sumber pula, saya dapat memperoleh banyak bahan melalui Internet,Perpustakaan,Soal selidik dan sebagainya. Di samping itu, dari segi soal selidik, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang Permainan Tradisional yang dikaji serta dapat mengeratkan silaturahim di antara individu. Dalam kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah rujukan.Saya telah membuat rujukan melalui internet dan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan permainan tradisional untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan folio ini. Selain itu,saya juga menggunakan kaedah pemerhatian. Saya melihat dan memerhati cara permainan congkak. Disamping itu,saya juga telah menemubual jiran-jiran di kawasan perumahan serta rakan-rakan mengenai permainanWau. Dan akhir sekali,saya menggunakan kaedah pandang dengar dengan menonton rancangan majalah 3 yang disiarkan di TV3.

(6)

Teraju Tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai Permaian masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

(7)

Asal-Usul

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsure-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama. Negeri yang Mempopularkan Permainan ini ialah di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, juga dengan negeri-negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di negeri-negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau dimainkan selepas menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian ini iaitu wau. Kaum yang Terlibat dalam permainan ini ialah kaum melayu. Majorotinya, kaum melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di samping itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai contoh, kaum Cina dan India.

(8)

Wau bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut berperanan sebagai pengerat hubungan antara penduduk setempat. Permainan wau menguji kemahiran kecekapan individu dalam menerbangkannya. Pada masa kini, wau merupakan salah satu tarikan pelancong di Malaysia.

(9)

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau.

(10)

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

(11)

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah,

(12)

wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

(13)

Wau kucing Wau Daun Wau Helang Wau Bulan

Wau Jalabudi Wau Kenyalang Wau Merak Wau Puyuh

Layang-Layang

(14)

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau.

(15)

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

(16)

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara

(17)

Latar Belakang Wau

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.

Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

(18)

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :

Seni Pertukangan: Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan

(19)

pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

(20)
(21)

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling

(22)
(23)

Dikir Barat

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :

1.Karut Selampit 2. Karut Menora

3. Karut Jenaka Mak Yong 4. Karut Wau Bulan

(24)

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat

In Formal Malay (Translation in Brackets) Eh Wau Bulan 2X

(“Wau Bulan” is a specially shaped kite) Wau Bulan teraju tiga

(25)

string for flying) Ini malam sama-sama (Tonight, all of us together)

Sama-sama bersuka-ria (Together, we all have a good time)

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

(26)

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

(27)

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

(28)
(29)

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

(30)
(31)

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

(32)

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

• Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.

• Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

• Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

• Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.

• Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

• Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

(33)

Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :

• Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

• Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.

(34)

Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada

(35)

benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti

:-• Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.

• Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

• Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.

• Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.

• Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap,

(36)

satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

(37)
(38)

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

• Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.

• Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

• Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

• Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.

• Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

• Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.

(39)

• Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.

• Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah

:-• Ukur kertas dengan saiz bingkai.

• Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.

• Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’

(40)

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

• Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.

• Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

• Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.

• Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas

(41)

kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.

• Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

• Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

(42)
(43)

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau

(44)

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

• Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.

• Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.

• Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.

• Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.

(45)

Jenis Koleksi Wau Tradisional

Jenis Koleksi Wau Tradisional

Wau Bulan

Wau Jala Budi

Wau Merak

Wau Kucing

(46)

Kesimpulan

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

(47)

Rumusan

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang

warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di negara yang tercinta ini. Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang Permainan Tradisional Wau.Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati Permainan

Tradisional orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah.Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami permainan tradisional dengan mendalam, maka akan timbul semangat patriotisma dalam diri manusia.

Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun itu bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang terdekat. Oleh itu, usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara belum merdeka lagi.

(48)

Setelah melebihi separuh abad, usaha itu kini boleh dilihat jelas hasilnya. Tetapi kita masih perlu melakukan sesuatu untuk memastikan perpaduan ini berterusan.

Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab

dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama.

Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yang berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.

Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika kita sentiasa bekerjasama dan tolong- menolong antara satu sama lain. Ia akan bersemangat kekitaan pada diri bangsa Malaysia.

Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara untuk hidup aman dan damai dalam masyarakat luar kerana tahap disiplin kita yg tinggi.

(49)

Lampiran

Jenis-Jenis Wau

Wau Bulan Wau Kucing Wau Daun

Wau Helang Wau Jalabudi Wau Kenyalang

(50)
(51)
(52)
(53)

Buku ilmiah

• Nama pengarang : Mohamad Nazri Ahmad

• Tajuk : Wau dan seni Tekat

• Tahun Terbit : 2000

• Tempat Terbit : PUSTAKA MAWAR 18, Lebuh Biru

Taman kampung Kuantan

41300 Klang

Selangor Darul Ensan

Intenet • http//malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm DVD • Kelantan….place to visit Majalah • Dewan Siswa • Edisi Mei 2007

Referensi

Dokumen terkait

Kegiatan ini dilaksanakan berdasarkan Peraturan Rektor Universitas Negeri Semarang Nomor 14 Tahun 2012 tentang Pedoman Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) bagi mahasiswa

Hal ini mengindikasikan bahwa perlakuan pelapisan benih mengunakan gum arab + asam askorbat dan gum arab + ekstrak manggis dapat mempertahankan viabilitas benih, yang sejalan dengan

Beberapa peristiwa historis atau tepatnya keadaan sosial masyarakat yang merupakan penegasan identitas orang Pelauw maupun komunitas muslim Hatuhaha secara

Lurus terus hingga perempatan lalu belok ke arah timur menuju Jalan Merak.. Apotek Sehat ada di

Suhardjo (2003) menyatakan bahwa pentingnya pengetahuan gizi didasarkan pada 3 kenyataan, yaitu (1) status gizi yang cukup adalah penting bagi kesehatan dan

Oleh karena itu, dengan menggunakan pendekatan semiotika milik Barthes (1991) dan teori elemen visual milik Dyer (1982), penelitian ini bertujuan untuk

Budaya, Pendidikan Penelitian Lapangan Dalam N egeri (Kecil) SBK Riset Dasar Bidang Fokus Sosial Humaniora, Seni Budaya, Pendidikan Penelitian Lapangan Dalam Negeri

Pada penelitian ini akan memfokuskan pada salah satu perusahaan benang sintetis dengan cacat produk yang melebihi standar yang telah ditetapkan yaitu “Perusahaan Golden