• Tidak ada hasil yang ditemukan

BENGKEL INTERAKSI KEBUDAYAAN PELAJAR MALAYSIA-CHINA 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BENGKEL INTERAKSI KEBUDAYAAN PELAJAR MALAYSIA-CHINA 2014"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

”Interaksi Silang Budaya Teras Persefahaman Malaysia-China”

LAPORAN AKTIVITI

BENGKEL INTERAKSI

KEBUDAYAAN PELAJAR

MALAYSIA-CHINA 2014

TARIKH

23 FEB - 2 MAC 2014

TEMPAT

SICHUAN VOCATIONAL AND TECHNICAL COLLEGE OF

COMMUNICATIONS (SVTCC)

SICHUAN, CHINA

ANJURAN

URUSETIA ARTISUKMA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2013/2014

(2)

”Interaksi Silang Budaya Teras Persefahaman Malaysia-China”

LAPORAN AKTIVITI

1.0 PENDAHULUAN

Negara Kita, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang mempunyai kepelbagaian dan keistimewaan dari beberapa segi, terutamanya dari segi kebudayaan.

Tamadun sesebuah negara amatlah bergantung kepada tahap kebudayaan negara tersebut. Di samping itu, tidak ada sesebuah negara yang dapat melangkah kepada era yang lebih majmuk dan maju jika kebudayaannya tidak dapat diwariskan dan dipertahankan.

Oleh itu, Bengkel Interaksi Kebudayaan Pelajar Malaysia-China 2014 telah dianjurkan pada 23 Februari – 2 Mac 2014 di SVTCC, Sichuan, China untuk memberi kesedaran budaya kepada peserta-peserta Bengkel Interaksi Kebudayaan Pelajar Malaysia-China 2014 di samping meluaskan ilmu dan pengetahuan tentang kebudayaan negera China.

2.0 PENGISIAN PROGRAM/AKTIVITI

Bengkel Kebudayaan

Peserta-peserta mempelajari tarian “Dikir Bertingkah”, tarian “Pelbagai Etnik Malaysia” dan “Visit Malaysia Year 2014” sebagai persediaan untuk Majlis Penutup Persembahan Kebudayaan.

Lawatan di Sekitar Kampus SVTCC

Peserta-peserta meneroka kampus SVTCC termasuklah kolej kediaman, fakulti, kantin, kedai runcit dan kemudahan sukan di samping mengenali sejarah kampus SVTCC.

Sesi Pengenalan Etnik China dan Pakaian Tradisional

Peserta-peserta diberi peluang mencuba pakaian tradisional etnik China dan mengetahui etnik-etnik china yang terdapat di China.

(3)

”Interaksi Silang Budaya Teras Persefahaman Malaysia-China”

Bengkel Kebudayaan “Taichi”

Peserta-peserta mempelajari kungfu Cina iaitu Taichi termasuklah sejarah dan ilmu pengetahuan tentang Taichi.

Bengkel Kebudayaan “Teh”

peserta mempelajari cara membuat dan minum teh. Peserta-peserta juga diajari tentang ilmu teh dan jenis-jenis teh.

Bengkel Kebudayaan “Tarian Etnik Cina”

Peserta-peserta diberi peluang mempelajari tarian Etnik Tibet. Budaya-budaya etnik tibet juga diterangkan.

Majlis Penutup Persembahan Kebudayaan

Peserta-peserta mempersembahkan “Budaya Teh”, Kungfu Cina “Taichi” dan Tarian “Etnik Tibet” yang dipelajari semasa bengkel kebudayaan. Selain itu, peserta-peserta juga mempersembahkan “Catwalk Pakaian Etnik Malaysia” dan 3 tarian iaitu “Dikir Bertingkah”, “Tarian Pelbagai Etnik” dan “Visit Malaysia Year 2014”.

Explorasi Budaya Sichuan “Sichuan Opera”

Peserta-peserta diberi peluang menonton persembahan “Sichuan Opera” yang melibatkan pelbagai budaya Sichuan seperti Penukaran topeng, Akrobatik, Kungfu, Opera dan sebagainya.

Explorasi Makanan Sichuan

Peserta-peserta melawat ke “Jinli” di mana tempat ini terdapat banyak gerai makanan yang terdiri daripada pelbagai makanan Sichuan. Peserta-peserta juga diberi peluang untuk menikmati makanan terkenal Sichuan iaitu “Chengdu Hot Pot”.

Lawatan ke Museum Wenchuan

Wenchuan merupakan tempat yang mengalami gempa bumi pada 12 Mei 2008. Museum tersebut meunjukkan bangunan-bangunan yang runtuh akibat gempa bumi, video dan gambar mengenai cerita gempa bumi.

(4)

”Interaksi Silang Budaya Teras Persefahaman Malaysia-China”

Selain itu, gambar-gambar wira yang menyelamatkan mangsa gempa bumi turut dipamerkan.

Lawatan ke Chengdu Researh Base of Giant Panda Breeding

Giant Panda merupakan simbolik China. Penyelidikan tentang pembiakan Panda dijalankan untuk memastikan giant panda tidak mengalami kepupusan. Ilmu pengetahuan tentang Giant Panda ditunjukkan melalui video-video yang dipaparkan.

Explorasi agama Buddha

Peserta-peserta melawat ke Leshan Giant Buddha dan Mount Emei di mana kedua-dua tempat ini merupakan simbolik agama Buddha. Kuil-kuil Cina dan dewa-dewi Cina mempunyai sejarah dan cerita masing-masing. Keunikan bangunan kuil Cina dan patung besar Buddha yang dibina sejak beratus-ratus tahun dahulu amat mengagumkan.

Sesi Pembentangan Aktiviti Pelajar

Peserta-peserta membentangkan aktiviti pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala pemudahcara SVTCC membentangkan aktiviti pelajar yang dijalankan di SVTCC. Peserta-peserta dan pemudahcara diberi peluang membincang tentang program Interaksi Kebudayaan yang bakal diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Julai 2014.

Lawatan Sambil Belajar “the Three Kingdoms”

Wuhou Shrine adalah muzium yang paling berpengaruh peninggalan Tiga-kerajaan di China. Ia dibina dalam tempoh Barat Jin (265-316) dalam penghormatan Zhuge Liang, ahli strategi tentera dan politik yang terkenal yang menjadi Perdana Menteri Shu Han Negeri dalam tempoh Tiga Kerajaan (220-280). Peserta-peserta mempelajari lebih lanjut tentang sejarah “the Three Kingdoms” dengan penerangan yang diberikan.

Sesi Perkongsian “Postmortem”

Dalam sesi ini, peserta UKM dan fasilitator SVTCC berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari serta diperolehi daripada program ini.

(5)

”Interaksi Silang Budaya Teras Persefahaman Malaysia-China”

3.0 SENARAI NAMA ORGANISASI : (Lampiran A)

SENARAI NAMA PESERTA : (Lampiran B)

4.0 KESIMPULAN

i. Kelebihan/kebaikan aktiviti

a) Mempelajari budaya-budaya China seperti budaya teh, kungfu Taichi dan tarian etnik Tibet serta mendedahkan diri kepada kehidupan kampus dan aktiviti pelajar di SVTCC

b) Memperkenalkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia kepada pelajar SVTCC

c) Mempublisitikan budaya Malaysia yang unik melalui persembahan kebudayaan dan sesi berinteraksi

d) Memberi pendedahan kepada peserta tentang kursus akademik, kehidupan dan aktiviti pelajar di luar Negara

e) Melatih peserta bekerja dan bertindak secara berkumpulan dalam penyiapan program dan semasa program dijalankan

ii. Permasalahan yang timbul

Masalah Penyelesaian

Kekangan masa untuk mencari penajaan Mulakan persediaan program sekurang-kurangnya 5 bulan sebelum tarikh program

Terdapat pelajar yang tidak membawa Kad Matrik mengakibatkan mereka tidak dapat menikmati promosi tiket pelajar bagi lawatan kebudayaan

Peserta harus diingati untuk membawa Kad Matrik.

Kesusahan untuk mencari makanan halal apabila

berada di luar kampus Peserta boleh menyediakan makanan sendiri seperti cup Maggie. ID log masuk untuk Kemudahan wifi di kampus tidak

dapat disediakan Pemudahcara SVTCC boleh berbincang dengan pihak sekolah untuk menyediakan ID log masuk bagi kemudahan wifi di kampus

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhan, program ini memberi banyak kebaikan dan pendedahan kepada mahasiswa/i menghadapi dunia luar dan dapat memperkenalkan nama Universiti Kebangsaan dipersada dunia. Peserta-peserta program turut memberi respon yang amat positif terhadap penganjuran program tersebut. Pihak kami amat menghargai segala sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Pusat Kebudayaan, Unit Kenderaan dan pihak-pihak berkenaan. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

(6)

”Interaksi Silang Budaya Teras Persefahaman Malaysia-China”

Disediakan oleh

……….. JISHA LIANG CHAY YI Ketua Pengarah

Bengkel Interaksi Kebudayaan Pelajar Malaysia-China 2014 Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh

………..

Dato' Drs. Rafie Hj. Mohammad Penasihat

Bengkel Interaksi Kebudayaan Pelajar Malaysia-China 2014 Universiti Kebangsaan Malaysia

(7)

”Interaksi Silang Budaya Teras Persefahaman Malaysia-China”

LAMPIRAN A SENARAI NAMA ORGANISASI

Penaung

Y.Bhg.Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Ir Dr Othman A.Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM Penyelaras

Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM Penasihat

Dato' Drs. Rafie Hj. Mohammad Ketua Pusat Kebudayaan, UKM

Ketua Pengarah

Jisha Liang Chay Yi FEP/3 A136750 Setiausaha

Ang Min Zhee FST/1 A145728 Bendahari

Ong Yi Min FSSK/1 A145375 Pengarah Pemasaran Yeoh Zhi Ying FFAR/1 A146934 Young Kai Sien FFAR/1 A144426

Lim Pei Yen FFAR/1 A146941 Pengarah Cenderamata Felicia Loh Ee Lin FFAR/1 A144398

(8)

”Interaksi Silang Budaya Teras Persefahaman Malaysia-China”

LAMPIRAN A SENARAI NAMA ORGANISASI

Pengarah Publisiti & Multimedia Lim Vee Nee FTSM/2 A142184 Pengarah Pengangkutan & Penginapan Farrah Salwani Binti Nazeri FUU/1 A146452

Nor Syuhada Mohd Azam FEP/2 A139400 Pengarah Persembahan

Syahida Fariza binti Soriahidayat FSK/2 A140214 Ashwani bt Abdul Rahman Subramaniam FSK/2

Pengarah Tugas-Tugas Khas Nurul Hana Abdullah Ba'awi FPEN P59078

(9)

”Interaksi Silang Budaya Teras Persefahaman Malaysia-China”

LAMPIRAN B SENARAI NAMA PESERTA

NO NAMA PENUH NO MATRIK FAK/THN

1 Jisha Liang Chay Yi A136750 FEP/3

2 Farrah Salwani Binti Nazeri A146452 FUU/1

3 Nurul Hana Abdullah Ba'awi P59078 FPEN

4 Ong Yi Min A145375 FSSK/1

5 Nor Syuhada Mohd Azam A139400 FEP/2

6 Ang Min Zhee A145728 FST/1

7 Leng Bing Shu A136521 FSSK/3

8 Yeoh Zhi Ying A146934 FFAR/1

9 Young Kai Sien A144426 FFAR/1

10 Koo Hui Sien A144430 FFAR/1

11 Felicia Loh Ee Lin A144398 FFAR/1

12 Lim Pei Yen A146941 FFAR/1

13 Lim Vee Nee A142184 FTSM/2

14 Syahida Fariza binti Soriahidayat A140214 FSK/2 15 Ashwani bt Abdul Rahman Subramaniam A140848 FSK/2

Referensi

Dokumen terkait

Dalam gambar di atas ditunjukkan suatu rangkaian untuk mengukur dengan tepat dan secara kontinu nilai puncak tegangan tinggi bolak balik terhadap bumi.Arus i yang tergantung pada

Inti dari sambutan Wakil Kepala Dinas Pari- wisata, yaitu diawali mengucapkan terima kasih atas kepedulian dari Universitas Ciputra Surabaya, yang telah memberikan pelatihan

Plant administration juga terdiri atas satu divisi saja yaitu Divisi Plant Administration yang bertugas untuk menangani semua proses administratif produksi, seperti

Berdasarkan hasil penelitian, analisis, serta pembahasan yang telah diuraikan penulis maka dapat disimpulkan bahwa, (1) Ada hubungan negatif yang tidak signifikan

Peserta didik mampu belajar cara belajar (learning to learn), (2) Kepemimpinan sekolah yang kuat dalam mengkoordinasikan, menggerakkan dan menyerasikan semua

Pejabat yang ditunjuk adalah Pejabat di Lingkungan Pemerintah Kota Banjarbaru yang mendapat pendelegasi wewenang atau yang ditunjuk oleh Walikota untuk melaksanakan

Cara mengimplementasikan sistem pendu- kung keputusan menentukan besar biaya pembangunan di PT Buana Cipta dengan Logika fuzzy metode Sugeno menggunakan 4 kriteria

25 Tahun 2003 tentang Tindak Pidana Pencucian menentukan bahwa tugas PPATK antara lain mengumpulkan, menyimpan, menghimpun, menganalisis, mengevaluasi informasi yang