1
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN
Perkembangan Janin Semesta Pertama
• 0 ke 4 minggu
Berlaku perkembangan sel sebaik sahaja telur yang disenyawakan tertanam di dinding rahim. Dalam tempoh empat minggu embrio mempunyai kepala dan ekor. Makanan embrio diambil dari karung telur yang terlekat padanya.
• 5 ke 8 minggu
Dalam tempoh ini jantung sudah mula kelihatan. Hal ini dapat dilihat dengan pengesan ultrabunyi. Kepala juga mula kelihatan dengan jelas
• 9 ke 12 minggu
2 Perkembangan Janin Semesta Kedua
• 13 ke 16 minggu
Uri terbentuk. Fungsi uri adalah untuk menghubungkan antara fetus dan bayi.
• 17 ke 20 minggu
Ibu mula merasa pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi sekarang seberat 340 gram dan panjangnya 25 sm
• 21 ke 24 minggu
Bayi mula pandai tidur dan bangun tidur. Matanya mula berkembang dan boleh focus.
Perkembangan Janin Semesta ketiga
• 29 ke 32 minggu
Paru-paru mula berkembang. Mula membuat pergerakan seperti menghisap jari. Panjangnya sekitar 38 sm dengan berat 1.6kg
3 • 33 ke 36 minggu
Mata mula berkelip. Bayi pula mula pandai menelan air dan kencing. Ia juga besar dan memenuhi ruang dalam rahim menyebabkan ia sukar bergerak dan berpusing dengan bebas.
• 37 ke 40 minggu
4
MILESTONE Apakah milestone?
Ia adalah kaedah untuk mengukur perkembangan otak bayi. Pertumbuhan seseorang bayi diukur dengan timbangan dan panjang manakala milestone pula mengukur perkembangan otak bayi.
Terdapat juga sedikit perbezaan di antara milestone seseorang bayi dengan yang lain akan tetapi milestone yang diberikan adalah sebagai garis panduan untuk memantau perkembangan agar tindakan segera dapat diambil jika didapati bayi tidak mampu mencapai milestone yang dijangkakan.
Sebagai contoh, bayi yang menghadapimasalah pendengaran dan penglihatan akan dapat dikenal pasti dan langkah-langkah pemulihan akan disarankan. Sudah tentu bayi sebegini tidak Berjaya mencapai milestone yang dicadangkan.
• 1 bulan
Menangis apabila lapar atau basah, manakala senyum sebagai respons kepada bunyi yang enak didengar.
• 2 bulan
Menggenggam erat barang yang diletak atas tangan, serta mengeluarkan bunyi dari mulut
Mengasingkan bilik tidur anak
Apabila anak anda berusia tiga tahun ke atas, tibalah masanya untuk melatih anak anda tidur sendiri, tidak sesuai bagi anak-anak terus tidur ditemani ibu bapa. Kita hendaklah melatih anak agar berdikari. Latihan yang awal sebegini akan
membuatkan anak lebih yakin terutamanya apabila tiba masa cuti persekolahannya. Namun bukanlah cabaran yang mudah untuk menjadikan mereka berani.
Faktor-faktor yang perlu dilakukan:
• Menjadikan tempat tidur anak-anak seakan akan tempat tidur ibu bapa atau tempat dia biasa tidur
5
• Warna dinding dan cadar sebaiknya mempunyai warna yang sama • Begitu juga dengan pencahayaan dan lampu dibiarkan sama
• Bau haruman ibu bapa disemburkan agar menyerupai bau di bilik ibu bapa. Jadikan bilik itu tempat bermain dan bermesra terlebih dahulu, maknanya jangan memarahi anak-anak atau ditegur di bilik itu. Ibu bapa harus membentuk satu memori yang indah sahaja di situ agar dia
menyukainya.
Pupuk sikap berani
Sekiranya makan di kedai makan atau restoran, cuba latih anak untuk memesan sendiri makanan dan minuman kegemarannya. Semasa membayar,bawa dia sekali untuk melihat cara kita membuat pembayaran. Pembelian barangan yang mudah seperti ais krim dan gula-gula boleh juga dibuat olehnya sendiri. Ibu bapa hanya bertindak sebagai pemerhati. Sekiranya berkunjung ke tempat keramaian atau ke pusat membeli belah, kita hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga. Beritahu anak dengan menggunakan arahan yang mudah difahami Contohnya: “ kalau baby tak Nampak mama atau papa, baby mesti tunggu di tepi dinding dekat dengan tangga. ” Latih anak untuk berbuat begitu agar tidak berlaku masalah anak hilang di
tempat-tempat begini.
Solat Jemaah
Amat penting mengadakan solat berjemaah beramai-ramai kerana di sini akan timbul suasana mesradan saling bekerjasama di kalangan anak-anak.Ibu bapa boleh mengambil peluang pada waktu begini untuk memberi nasihat dan pandangan kepada anak-anak dan bertanya apakah yang dihadapi pada hari ini. Dengarkanlah segala rungutan dengan sabar dan berilah nasihat yang wajar.
Makan bersama
Suasana makan digunakan sebaiknya bagi memupuk kasih sayang. Apabila ibu mencedok nasi kepada anak, ia merupakan satu tindakan yang amat
menggembirakan hati si anak. Janganlah membiarkan anak makan sambil menonton televisyen kerana ini menghilangkan suasana mesra yang cuba diwujudkan.
6 Kerja Rumah
Anak-anak harus diberikan tugas di rumah. Melalui pemberian tugas-tugas ini akan mendidik mereka lebih bertanggungjawab. Contohnya seperti melipat selimut. Walaupun anak melipat dengan cara yang tidak betul dan tidak kemas,namun hargailah kerajinannya dan sentiasa member galakan untuk melakukannya. Melalui penghargaan dan galakan ini akan terus member semangat kepada mereka untuk belajar dan memperbaiki tugasan yang dilakukan.
7
Stimulasi prenatal ( Bayi dalam kandungan)
Pakar-pakar mencadangkan bayi di dalam kandungan diberi simulasi
kerana pembentukan otak berlaku di rahim. Pembentukan otak yang disimulasikan akan menjadi lebih cergas dan berkembang pesat. Bayi yang belum lahir turut merasa kesan bunyi di sekitarnya dan mula bertindak balas. Bunyi berlaku melalui degupan jantung ibu, suara ibu bapa dan bunyi bising disekitarnya. Bayi akan merasa tekanan akibat sentuhan dari ibu atau orang lain malah pergerakan ibu juga turut dirasai. Bahkan ia dapat mengesan rasa makanan daripada cara pemakanan ibunya. Dalam keadaan ini keadaan emosi bayi turut berubah dari masa ke semasa.Dari itu, boleh dikatakan bayi dan ibunya saling merasakan dan mempunyai perhubungan yang cukup erat baik dari segi emosi dan kimia. Pepatah orang tua sering mengaitkan keinginan si ibu sebagai keinginan si bayi. Justeru apa yang diinginkan si ibu akan dicari bagi memastikan si kecil tidak kempunan. Namun pemberian nutrisi yang baik sahaja tidak mencukupi dan para pakar mencadangkan agar pembelajaran awal diberikan yang dipercayai boleh membentuk bayi yang amat sihat dan pintar.
Faedah lain termasuklah
• Mengikat kemesraan dengan bayi
• Mengenal dengan pantas bunyi dan muzik
• Bayi belajar mengingat dan pandai member tumpuan terhadap apa yang dipelajari
• Membentuk ritma pembelajarannya • Kefasihan bertutur
• Meningkatkan tumbesaran otak dengan pantas • Mengurangkan stres bersalin
Cara-cara yang dicadangkan:
• Membaca dengan kuat dan bercerita dengannya • Mendengar muzik yang indah
8
• Jika pandai bermain muzik, selalulah bermain untuknya • Bertutur dengannya
• Menggosok perut seolah mengusapnya • Sering berinteraksi dengannya
• Gunakan lampu suluh dan dekatkan pada perut. Ia akan memerhatikan cahaya itu. Sekiranya sudah memiliki anak-anak yang lain pastikan mereka turut serta dalam aktiviti bermain dengan bayi dalam kandungan. Cara ini dapat memupuk ikatan kasih sayang yang erat di kalangan anak-anak.
9
Ujian mengesahkan kehamilan
Apabila haid tidak datang si isteri mula berasa resah. Bagi yang belum mempunyai anak seribu harapan dan doa terhimpun mudah-mudahan
dikurniakan zuriat penyeri rumah tangga. Bagi yang sudah mempunyai ramai anak,merasa risau mengenangkan anak-anak masih kecil lagi masakan mahu menambah pula?
Maka ujian kehamilan akan dilakukan bagi mengesahkannya. Bagaimanakah ujian ini dilakukan? Apakah bentuk ujian yang paling baik dan tepat?
Perlukah berjumpa doktor untuk memastikan hamil? Jika hamil bagaimanakah menentukan tempoh hamil dan jangka masa bersalin?
Semasa hamil, uri yang terbentuk akan mengeluarkan hormon HCG
(human chorianic Gonadotropin). Hormon ini akan masuk ke dalam darahibu dan terlimpah ke dalam pundi kencing HCG hadir di dalam air kencing pada hari ketujuh kehamilan. Semakin kandungan membesar, semakin saiz uri bertambah dan lebih banyak HCG hadir di dalam darah dan air kencing ibu. Jumlah maksima HCG boleh dikesan semasa kandungan berusia lapan minggu. Selepas itu ia beransur-ansur kurang dan hilang dari air kencing. Ujian kehamilan dibuat berdasarkan konsep ini.
Pada alat pengesan kehamilan, anti serum atau antibodi terhadap HCG disapukan. Apabila HCG bertemu dengan antibodi tersebut, ia akan mengalami aglutisasi iaitu menjadi seolah-olah membeku.
Pembekuan tersebut menyebabkan timbulnya garisan merah kedua. Garisan merah yang pertama merupakan contoh sahaja dan terhasil apabila dibasahi air. Maka boleh dianggap kehadiran dua garisan sebagai positif dan satu garisan itu sebagai negatif. Bagi yang sukar mengandung, mereka terlebih dulu perlu
mengesan sama ada ovulasi, berlaku atau tidak. Semasa ovulasi ovary
mengeluarkan ovum atau telur. Ovum yang terhasil akan bergerak ke arah rahim untuk disenyawakan.
10
Hormon yang bertanggungjawab mengeluarkan telur ialah LH atau luteinizing hormone. Paras LH tinggi adalah sewaktu ovulasi iaitu pada hari ke 14. Alat mengesan ovulasi terdapat di farmasi dan ujian sendiri boleh dilakukan di rumah. Ambil sedikit air kencing pada hari ovulasi dan titikkan ke atas alat pengesan.
Kehadiran dua jalur garis merah menunjukkan kehadiran hormon. Bagi mereka yang kekurangan hormon ini sudah tentu tidak ada garisan merah yang timbul. Jika kekurangan hormon, pengambilan hormon tambahan melalui suntikan dan pil boleh diberikan.
Pemeriksaan ultrabunyi boleh juga dilakukan bagi mengesan kandungan. Ia amat ideal bagi kandungan yang berusia 10 minggu ke atas. Kandungan yang terlalu kecil sukar dikesan. Apabila melakukan imbasan ultrabunyi dengan
segera kita boleh mengesan umur kandungan dengan mengukur saiz kandungan.
Apabila kandungan sudah mencapai 24 minggu agak sukar untuk menentukan saiznya kerana tumbesaran akan dipengaruhi oleh faktor lain seperti genetik, dan nutrisi. Ini bererti saiz sudah tidak dapat menentukan dengan tepat saiz kandungan. Walau bagaimanapun ujian imbasan ultrabunyi tetap menjadi elemen yang penting kerana ia mampu mengesan keadaan fizikal janin dan membolehkan kita melihat status dan kedudukan janin tersebut.
11
BAYI YANG DILAHIRKAN PRAMATANG
Sering juga bakal ibu mengunjungi klinik mengadu mereka tidak pasti bilakah tarikh haid yang lalu. Ini bermakna mereka tidak pasti jangka kandungannya berapa minggu. Cara terbaik ialah dengan membuat imbasan ultrabunyi. Saiz bayi dikesan dan ukuran yang didapati akan memberi kita saiz atau umurnya. Cara tradisional yang boleh diguna pakai ialah merasa saiz rahim dengan tangan. Rahim biasanya tidak dapat dikesan kerana ia terlindung di bawah tulang pubis. Rahim boleh dikesan sebaik sahaja ia melepasi tulang pubis berumur 12 minggu. Apabila ia mencecah paras pusat ia berumur 20 minggu manakala apabila mencecah tulang dada
Xiphisternum ia berusia 34 minggu. Tempoh hamil yang tepat ialah pada 38 hingga 42 minggu.
Bagaimanapun kadangkala terdapat kelahiran bayi pada peringkat 28 minggu, di mana situasi ini dianggap sebagai sangat pramatang (extreme prematurity).
Sementara kelahiran bayi pada minggu 36 dan 37 pula, dianggap kelahiran pramatang yang sederhana (borderline prematurity).
Perkara ini penting difikirkan kerana ia berkait rapat dengan kemampuan seseorang bayi itu, untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di luar rahim ibunya nanti, semakin pramatang bayi itu, semakin sukar bagi dia kerana fungsi sistem dan organ dalam badan masih belum matang lagi.
Biasanya bayi yang dilahirkan pada minggu yang ke 36 ke atas, mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru, jika dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan pada minggu yang ke 28. Ini kerana sistem bayi pada peringkat itu seperti sistem pernafasan, fungsi hati, perkembangan fizikal dan urat saraf, sistem Urojenital dan kulitnya masih lagi kekurangan. Situasi ini hanya akan menimbulkan kesulitan bagi bayi berkenaan sahaja.
Kelahiran pada peringkat ke 28 minggu lazimnya membawa maut pada bayi terbabit suatu ketika dahulu. Namun sejak 20 tahun yang lampau sehinggalah sekarang, teknologi dan pengetahuan tentang jagaan bayi-bayi yang pramatang telah meningkat dengan pesatnya.
Bahkan ada pusat-pusat rawatan bayi khas di dunia yang telah Berjaya
12
23. Namun begitu, diingatkan bahawa semakin pramatang usia bayi tu, bertambah sukar baginya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
Tanpa rawatan khas, risiko kematian akan menjadi lebih tinggi. Jika sekiranya kelahiran bayi pramatang dapat dicegah atau dikurangkan sama ada menerusi ubat-ubatan dan kaedah merawat yang diperkenalkan sebelum berlakunya proses
kelahiran. Ini tentu akan menurunkan kejadian kematiannya. Malangnya tidak semua kelahiran pramatang dapat diketahui puncanya menyebabkan langkah-langkah intervensi sukar dirancang.
Tetapi sebahagian besar kelahiran pramatang kini, telah dapat diberhentikan dengan menggunakan ubat-ubatan tertentu jika proses kelahiran baru sahaja bermula.
13
PUNCA KELAHIRAN PRAMATANG BERLAKU Sebenarnya tiada jawapan yang spesifik bagi kes seumpamanya. Bagaimanapun perpecahan pada lapisan amonion, jika berlaku lebih awal (premature rupture of membrane) dan kontraksi otot rahim (uterine contraction) boleh membawa pada kelahiran bayi pramatang.
Ada juga sebahagian besar bakal ibu yang kerap kali, melahirkan janin
trimester kedua kerana bahagian servik tidak teguh ( cervical incompetence). Dalam kes begini, ia boleh dirawat menerusi satu pembedahan untuk meneguhkan
bahagian serviknya. Ini bagi mencegah dari berulang lagi pada masa akan datang. Bakal ibu yang mengalami darah tinggi (Preeclamptic toxaemia) atau
mempunyai uri yang tidak sesuai tempatnya (placenta previa), juga antara yang selalu melahirkan bayi pramatang. Dalam sesetengah kes, berlaku uri terkoyak dari dinding rahim (abruption placenta) menyebabkan pendarahan. Jika ia berlaku terlalu awal, bayi mungkin dilahirkan pramatang
Kadangkala seseorang bayi itu sendiri terpaksa dilahirkan dengan awal kerana berlaku sesuatu keadaan seperti ‘rhesus isoimmunisation’ di mana sel-sel darah merah janin pecah dengan cepatnya mengakibatkan antibodi si ibu masuk ke dalam peredaran darah janin.
Antara sebab berlakunya kelahiran pramatang ialah : TERPAKSA MEMPERCEPATKAN KELAHIRAN BAYI
Biasanya, sakit bersalin akan bermula dengan spontan tanpa paksaan. Pada kehamilan normal, bayi menentukan tarikh lahirnya sendiri yang biasanya akan jatuh di sekitar tarikh jangkaan lahir (EDD) yang dikira mengikut hari pertama haid yang terakhir di campur dengan sembilan bulan tujuh hari, iaitu tempoh penuh bagi kehamilan iaitu 40 minggu. Walau demikian, kita anggap bayi sudah sampai cukup bulan apabila mencapai 37 minggu kehamilan.
Bagi mereka yang haidnya tidak teratur menyebabkan percantuman benih agak lambat sedikit, kiraan EDD ini akan berganjak. Risiko bagi membiarkan bayi berterusan di dalam rahim sehingga melebihi tarikh jangkaan lahir (EDD) ialah, uri
14
mungkin rosak dan fungsinya untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi yang akan terjejas.
Ini boleh mengakibatkan kadangkala berlaku bayi mati sebelum bersalin, ataupun bayi menjadi lemas dan terus mati ketika dalam proses bersalin. Mengapa kita perlu mempercepatkan kelahiran sesetengah bayi?
Di antara sebabnya adalah seperti berikut:
1. Ibu yang mengalami penyakit darah tinggi ataupun toxemia kandungan
(preeclampsia) yang biasanya bermula ketika umur kehamilan mencapai tujuh bulan. Dalam keadaan ini fungsi uri terganggu menyebabkan bekalan oksigen dan makanan kepada bayi terjejas dan kesannya ialah gangguan dalam pertumbuhannya. Oleh itu bayi yang berkenaan perlu dilahirkan dengan cepat bagi mengelakkan risiko mati dalam perut.
2. Ibu yang mengidap penyakit kencing manis khususnya yang kurang stabil, dan paras glukosa dalam darahnya tidak dapat dikawal dengan ubat dan air kencing mengandungi gula. Bayi akan menghadapi risiko mati dalam perut. Sering kali bayi menjadi terlalu besar sehingga melebihi daripada
pertumbuhan yang normal dan ini boleh menyulitkan kelahiran. Mengikut amalan biasa adalah lebih baik dan selamat jika bayi dilahirkan sebelum cukup bulan iaitu mulai 37 minggu kehamilan.
3. Lain-lain keadaan yang menyebabkan pertumbuhan bayi terjejas adalah melalui penyakit yang dihidapi oleh ibu hamil seperti penyakit jantung kurang darah (anemia) atau keadaan yang tidak ketahui puncanya di mana uri rosak dan menjejaskan fungsi untuk membekalkan oksigen dan makanan.
Bayi yang terjejas pertumbuhannya kebiasaan akan dapat dikesan melalui timbang berat ibu yang tidak meningkat. Biasanya apabila mencapai bulan kelapan.
Pertambahan berat dalam lingkungan 10 hingga 12 kilogram. Namun begitu jika timbang berat tidak meningkat itu adalah pertanda pertama di mana apabila diperiksa perut ibu, rahimnya agak kecil dan menunjukkan bayi tidak membesar. Apabila ultrasound scanning dijalankan nyata sekali ukuran bayi memang jauh lebih
15
kecil daripada sepatutnya.Keadaan ini jika dibiarkan sampai cukup bulan mungkin bayi boleh mati dalam perut.
Kebiasaanya bayi seperti ini tidak boleh tahan proses sakit bersalin kerana kuncupan rahim akan menjejaskan bekalan oksigen kepadanya. Oleh itu jika keadaan gangguan pertumbuhan bayi ini agak teruk, lebih selamat lagi dilahirkan secara pembedahan, tetapi jika keadaannya belum sampai ke tahap
membimbangkan, ia masih berpeluang untuk dipaksa kelahirannya secara induction. Seeloknya bertemulah dengan pakar sakit puan anda untuk mendapat keterangan lebih jelas.
4. Sesetengah orang memang memilih tarikh tertentu untuk melahirkan bayi atau mereka lebih selesa memilih cara kelahiran yang dipaksa (induced) kerana dia tahu bila akan masuk ke hospital. Walau apa jua alas an, mungkin mereka lebih selesa untuk menghadapi keadaan ini. Bagaimanapun ia hanya boleh dilakukan apabila bayi telah cukup bulan, iaitu selepas 37 minggu ke atas.
5. 5.Bayi yang melebihi tarikh jangkaan bersalin iaitu lebih 40 minggu
(postmaturity), jika masih tiada tanda-tanda akan dilahirkan secara spontan dan saiz bayi telah mencapai ke tahap pertumbuhan yang memuaskan, lebih baik induction dilakukan untuk mencegah kemungkinan bayi lemas atau mati dalam perut.
Sekiranya boleh dielakkan doktor akan memberi ubat-ubatan dan memantau keadaan ibu agar dapat bersalin cukup bulan.
16
CIRI–CIRI UMUM BAYI YANG BARU LAHIR
Sebaik sahaja si kecil dilahirkan, pelbagai reaksi diberikan oleh setiap orang. Ramai juga yang terasa kekok atau takut untuk memegang si kecil yang baru lahir ini kerana rupanya yang ganjil, badanya yang lembik membuatkan orang yang
memegangnya merasa takut dan agak ngeri. Tetapi apabila diamati wajahnya barulah kita Nampak betapa comelnya dia. Kita akan dapat merasa kekuatan setiap tulangnya apabila dia menggeliat dan hari demi hari kita akan dapat melihat
perubahan yang agak ketara pada dirinya. Bentuk kepala
Bentuk kepala bayi agak ganjil dan tidak bersimetri. Semasa keluar, kepala yang lembut melalui ruang yang agak sempit lalu tulang tengkorak menyusun dirinya agar mudah bayi melaluinya. Tekanan yang dilalui melalui proses kelahiran menyebabkan bentuknya berbeza-beza. Kelahiran menggunakan forsep dan vakum turut
mempengaruhi kepala bayi. Apabila divakum kepala agak benjol disebabkan tarikan pam vakum.
Fontanel ialah ubun-ubun yang merupakan tompok lembut di tengah kepala. Secara beransur-ansur ia akan mengeras menjadi tulang tengkorak yang bersambung pada usia 18 bulan.
Mata
Warna agak kebiruan. Ada kalanya warna mata putih berubah menjadi kuning. Ini berlaku kerana masalah jaundis iaitu fungsi hati yang belum matang. Doktor akan mengesan jumlah toksin dalam darah bayi agar ia tidaklah terlalu tinggi dan mendatangkan bahaya. Sinaran ultraungu merupakan kaedah terbaik
Kaedah terbaik membuang bilirubin atau racun berwarna kuning itu dari darah. Apabila pancaran ultraungu terkena kulit bayi, ia memecahkan bilirubin kepada bahan buangan yang mudah dibuang iaitu melalui air kencing.
Kaki dan tangan
Lanugo merupakan bulu halus yang terdapat pada bayi pramatang. Ia akan hilang sendiri. Bayi sering bersalut bahan seumpama minyak atau lemak putih. Ini boleh
17
dibersihkan dengan minyak bayi. Kulit bayi baru lahir berbintik biru dan kelabu adalah normal
Buah dada
Bahagian buah dada agak besar dan bengkak bagi kedua-dua jantina. Haid
Ada kalanya ibu terperanjat melihat perdarahan seakan haid pada vagina anak perempuan. Sebenarnya ini adalah fenomena biasa di mana hormon-hormon ibunya masih terdapat dalam darahnya dan ia akan hilang sendiri
Darah bayi
Darah bayi tidak sama dengan darah orang dewasa. Hemoglobinnya adalah daripada jenis hemoglobin F.
18
MERANGSANG MINDA BAYI MELALUI PEMBENTUKAN SARAF DAN OTAK PEMBENTUKAN SARAF DAN OTAK
Pembentukan saraf dan otak berlaku sebaik sahaja persenyawaan ovum terjadi. Pada peringkat awal pembentukannya adalah berupa satu tub panjang yang
dinamakan “Neural tube”. Neural tube akan berkembang menjadi semakin kompleks sehinggalah terbentuknya otak dan saraf tunjang.
Otak merupakan pusat di mana segala maklumat tersimpan. Terdapat dua bahagian otak iaitu kiri dan kanan. Biasanya otak kiri lebih dominan. Otak kiri mengawal
sebelah kanan tubuh manakala otak kanan mengawal sebelah kiri tubuh. Ada juga sesetengah orang yang lebih cekap mengawal anggota di kiri tubuh atau dipanggil kidal.
Selain bertindak sebagai pusat kawalan anggota tubuh, pada otak terdapat ‘pusat bahasa’ ataupun dipanggil ‘Broca area’. Otak di bahagian ini, mengolah
menterjemah dan mengawal pertuturan. Otak juga merupakan pusat yang mengawal denyutan jantung dan pernafasan. Tindakan ini dinamakan tindakan luar kawal atau automatik.
Saraf terbahagi kepada dua jenis:
1. Saraf automatik yang bertindak sendiri
2. Saraf somatic yang bertindak mengikut kemahuan fizikal seperti berlari/ berjalan dan sebagainya. Saraf-saraf ini mengalirkan impuls elektrik.
Vitamin-vitamin yang penting bagi pembentukan saraf dan otak bayi ialah vitamin B kompleks termasuklah B1, B6, B12 yang sangat penting bagi pemanjangan sel saraf dan otak. Kalsium juga penting bagi membekalkan ion-ion positif di dalam saraf. Asid folik merupakan elemen yang penting bagi tumbesaran saraf. Kekurangan asid folik menyebabkan saraf tidak normal.
MASALAH KECACATAN SARAF
Spina bifida dan teratoma merupakan gejala kecacatan saraf. Pembentukan saraf yang tidak sempurna menyebabkan tulang belakang atau kepala menonjol
(seolah-19
olah bengkak). Ia kerap kali terjadi pada otak atau sacrum (saraf kawasan punggung).
Biasanya kerosakan saraf tidak dapat diubati secara pembedahan. Sekiranya ibu mempunyai sejarah Spina bifida, disarankan mengambil asid folik yang
mencukupi supaya kandungan seterusnya tidak mengalami hal yang sama. PENCAPAIAN MILESTONE
Kanak-kanak diuji perkembangan mentalnya melalui pencapaian milestone. Selepas memahami milestone ini, anda boleh mencuba kaedah-kaedah rangsangan bagi meningkatkan IQ bayi anda.
KAEDAH STIMULASI/ RANGSANG MINDA BAYI Ada dua cara atau kaedah stimulasi minda bagi bayi. Melalui deria bunyi
• Bercerita dengan bayi dengan nada yang lembut
• Muzik dan nyanyian (sebaik-baiknya nyanyian ibu sendiri) • Bunyi alam seperti ombak, angin, burung dan lain-lain
Melalui deria mata
• Warna-warna RBW (Red, Balck, White) sememangnya dapat menambah jumlah-jumlah sel-sel saraf di dalam otak dan membina IQ bayi. Warna-warna ini diimbas kepada bayi beberapa kali dalam sehari. Jangan terlalu lama untuk satu imbasan, memadailah dalam jangka masanya sekitar 20-30 saat sahaja. Ulangi imbasan 3 atau 4 kali setiap sesi.
• Bayi akan memberi reaksi dengan merenung warna-warna itu setiap kali ditunjukkan padanya. Warna ini perlu digabungkan pada satu kertas bagi mendapatkan impak yang maksimum.
TIPS
Mulakan permainan ringan sekiranya anak tidak mahu meneruskan pemakanannya. Contohnya, andaikan sudu sebagai burung yang datang untuk menyuap anaknya,
20
atau bayangkan makanan yang ingin disuap sebagai kapal terbang atau mainan binatang.
INFO
1 bulan : Mata mula menumpu kepada cahaya.
2 bulan : Badan melengkung bulat bila didudukkan. Mata menumpu kepada cahaya 3 bulan : Otot leher kuat dan boleh tegak. Boleh focus mata kepada objek dan bunyi. Bunyi-bunyian dengan mulut
4-5 bulan : Cuba bergolek. Boleh mencapai objek tapi belum pandai melepas dan memungut objek
21 WEANING
Bermula pada lahir sehingga usianya empat bulan bayi bergantung sepenuhnya kepada susu sebagai makanan tumbesarannya. Kini tibalah saat penting di mana bayi didedahkan kepada rasa yang lain. Proses ini dinamakan weaning oleh doctor-doktor.
MENGAPAKAH WEANING DIBUAT PADA USIA EMPAT BULAN?
Sebenarnya pada ketika ini usus bayi sudah terbentuk dengan lengkap dan bersedia bagi penghadaman makanan lembut atau separa pejal. Begitu juga dengan buah pinggang bayi yang mula berkembang pesat menjadi kuat dan berfungsi dengan normal. Sel-sel hati dan jantung turut berkembang. Sejajar dengan pertumbuhan bayi juga lebih banyak zat makanan diperlukan. Susu sahaja tidak cukup untuk tumbesaran bayi pada masa ini.
CARA-CARA
• Mulakan dengan makanan cair contohnya perahan oren
• Mulakan dengan sedikit-sedikit. Contohnya dengan pengambilan satu atau setengah sudu setiap hari.
• Sering menukar jus yang diberikan. Contoh jika hari ini diberi jus oren dan keesokannya pula perahan epal
• Jangan tambah gula kerana dikhuatiri bayi akan menyukai yang manis sahaja • Bila didapati bayi boleh menelan dengan baik mulalah menambah kuantitinya. • Selepas seminggu bolehla mencuba makanan yang pekat sedikit contohnya
biskut dicairkan dengan susu.
• Cuba sedikit-sedikit dan tambahkan kuantiti mengikut keperluan bayi
• Sebenarnya makanan asli yang belum diproses iaitu pisang dan nasi adalah lebih baik berbanding makanan cereal dalam paket. Ini adalah kandungan vitaminnya yang tinggi
Bayi yang sihat akan memiliki berat badan yang setara dengan usianya. Setiap bulan bawalah bayi anda untuk berjumpa doktor untuk ditimbang berat dan memantau pertumbuhannya.
22
Harus diingat bahawa berat badan yang melampau adalah memudaratkan dan jangan diambil ringan. Anda tentu tidak mahu dia membesar menjadi individu yang obes kelak.
INFO
Pastikan bayi diberi minum air dengan cukup dan anda juga boleh merebus tulang dan daging lalu diambil supnya. Ini kerana sup mempunyai kandungan zat besi dan kalsium tinggi.
23
MASALAH BAYI BARU LAHIR DAN CARA MENGATASI Keprihatinan ibu bapa terhadap tahap kesihatan anak-anak mesti menjadi keutamaan. Ini kerana melalui keprihatinan dan pemerhatian yang bersungguh-sungguh akan dapat mengawal masalah berkaitan bayi yang baru lahir.
Anda harus peka dan sentiasa berwaspada dengan apa sahaja tanda dan kelainan yang berlaku pada bayi. Di bawah ini adalah sambungan tanda-tanda bahaya pada bayi yang kadang-kadang dianggap normal oleh sesetengah ibu bapa.
Bayi tidak dapat menyusu
Sekiranya bayi tidak dapat menyusu, sila pastikan sebabnya. Bayi yang sumbing lelangitnya mungkin tak dapat menelan dengan baik dan doktor anda akan
menunjukkan cara penyusuan yang berkesan. Kemudian, pembedahan yang sesuai dibuat bagi menutup lelangit atau bibir yang sumbing. Bayi yang terlalu lemah juga kerap tidur dan enggan menyusu.Pemeriksaan darah, penentuan gula dalam darah dan tube feeding (penyusuan dengan tiub) perlu dibuat special chilid nursery yang ditubuhkan di hospital-hospital.
Jangka disangka bayi yang terlampau tidur itu sihat
Biasanya tidur yang melampau disebabkan bayi lemah dan kurang gula dalam darah Bayi tidak henti-henti menangis
Jika berhenti pun hanya apabila kepenatan disebabkan sakit perut. Mungkin perut menjadi kembung kerana terlalu banyak angin dalam usus. ‘Colic’ atau
penghadaman yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan kembung. Terjadi juga usus terbelit atau tertusuk (intusseption). Keadaan ini kritikal dan perlu perhatian yang serius
Muntah (Regurgitasi)
Kenapa bayi mudah muntah?Saluran tekak bayi amat pendek. Manakala, perut yang penuh menyebabkan makanan ditolak ke atas semula. Apabila bayi membesar, saluran menjadi panjang dan bayi tidak lagi mudah muntah.Saiz perut bayi yang kecil dan apabila menyusu dengan cepat, perut tidak dapat mengembang dengan cepat dan tekanan dalam perut menjadi tinggi. Ini menyebabkan bayi muntah.
24
Bayi yang baru lahir mempunyai sistem pencernaan yang lambat. Usus bekerja dengan lambat. Jika terdapat banyak saki baki makanan lama, maka ia akan memuntahkan makanan yang baru diberikan.
Najis berdarah
Jika bayi buang air besar bercampur darah dan muntah, sekali gus diperiksa bagi mengelakkan masalah dalam perut atau lebih serius.
Bayi tidak kencing
Ini menunjukkan sama ada bayi mengalami dehidrasi (kurang cecair dalam tubuh) ataupun kekeringan. Sekiranya tidak cukup air, bayi tidak kencing, menjadi resah dan menangis tanpa air mata. Keadaan ini bahaya kerana boleh merosakkan buah pinggang bayi.
Tali pusat yang sihat tidak berbau, kering dan jatuh dengan sendiri. Cuci tali pusat yang dibekalkan.
Bagi bayi lelaki, ada kalanya zakar tidak berada di dalam keradut zakar. Zakar mungkin terhalang oleh tisu-tisu lain. Sekiranya ini berlaku jangan biarkan lagi kerana ia akan menyebabkan kerosakan zakar dan kemandulan apabila ia dewasa. Bawalah berjumpa doctor untuk berbincang cara mengatasinya.
Tanda-tanda bahaya pada bayi
1. Menangis berterusan dan tidak berhenti 2. .Terlalu banyak tidur dan enggan bangun
3. Berat badan tidak bertambah selepas dua minggu atau makin berkurang 4. Tidak kencing dan buang air besar
5. Buang air besar bercampur darah 6. Kuning (pada kuli)
7. Muntah terlalu banyak 8. Perut kembung dankeras
25 Milestone Yang Normal Bagi Bayi
Semasa lahir otot leher masih belum kuat. Bayi belum boleh menyokong atau mengangkat kepalanya.
• 1 bulan ke 2 bulan bila didudukkan, ia boleh menyokong kepala dan selesa duduk di atas kusyen.
• 3 bulan boleh mengangkat kepala dan bahu apabila ditiarapkan dan bijak mengangkat kepala.
• 4 bulan boleh menolak bahagian badan ke atas ( bahu dan kepala)
• 5 bulan boleh menolak badan ke hadapan seperti orang sedang berenang. Dia belajar untuk berguling depan dan belakang.
• 6 bulan gemar bermain permainan yang boleh digoncang dan berbunyi. • 7 bulan boleh mengangkat benda- benda tetapi tidak tahu bagaimana
melepaskan genggaman. • 8 bulan boleh duduk sendiri.
• 9 bulan koordinasi tangan dan kaki lebih baik, boleh merangkak biasanya bergerak ke belakang dahulu kerana tangan lebih kuat daripada kaki.
• 10 bulan boleh berdiri tetapi tidak mampu menyeimbangkan badan. Jadi, dia memegang ( bergantung) perabot untuk berdiri.
• 11 bulan berjalan ke hadapan apabila kedua-dua tangan dipegang. • 12 bulan berjalan sambil bertatih
26
MASALAH YANG MEMBAHAYAKN BAYI BARU LAHIR Semasa kelahiran, ibu bapa mempunyai harapan yang tinggi agar anak yang dilahirkan selamat dan sempurna. Namun tidak dapat dinafikan ada diantara ibu bapa yang tidak sedar anak mereka sakit dan tidak membesar secara normal. Ibu bapa boleh melihat tanda-tanda yang berlaku bagi memastikan sama ada anak itu sakit atau tiak bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Usah mengambil ringan akan tanda-tanda yang mungkin membahayakan kepada bayi anda. Perhatilah bayi anda sentiasa dan peka kepada pertumbuhannya sehari-hari, mungkin ada yang tidak kena dengan bayi. Misalnya kalau bayi selalu
menangis atau terlalu banyak tidur. Semua itu kadang- kadang member tanda bahawa bayi anda bermasalah.
Contohnya bagi bayi lelaki, ada kalanya zakar tidak berada di dalam kerandut zakar. Zakar mungkin terhalang oleh tisu-tisu lain. Sekiranya ini berlaku, jangan dibiarkan lama kerana ia akan menyebabkan kerosakan zakar dan kemandulan apabila ia dewasa. Bawalah berjumpa doktor untuk berbincang cara mengatasinya.
Tanda – tanda bahaya pada bayi :
a) menangis berterusan dan tidak berhenti b) terlalu banyak tidur dan enggan bangun
c) berat badan tidak bertambah selepas 2 minggu atau makin berkurang d) tidak kencing dan buang air besar
e) buang air besar bercampur darah f) kuning pada kulit
g) muntah terlalu banyak h) perut kembung keras
i) pusat berbau busuk dan tidak sembuh j) tidak kencing dari 24 jam
27
Apakah Jaundis ( penyakit kuning) bayi yang baru lahir
Jaundis ialah kekuningan pada kulit( kadangkala pada mata). Jaundis berlaku pada bayi lahir apabila kandungan bilirubin( toksin kuning) dalam darah tinggi. Bilirubin diproses di hati dan dibuang dalam air kencing dan najis. Bayi baru lahir selalunya mempunyai hati yang belum matang dan kurang upaya untuk memproses bilirubin ini.
Terdapat beberapa jenis jaundis yang boleh dihadapi oleh bayi. Jaundis Fisiogik, Lebih kurang 50 peratus bayi baru lahir menghidapnya disebabkan oleh hati yang kurang matang. Biasanya ia bermula pada hari kedua hingga keempat selepas dilahirkan. Ia akan hilang dalam masa satu hingga empat minggu. Kebiasaanya ia tidak membimbangkan.
Jaundis Patologik, jaundis yang berlaku kurang dari 24 jam selepas kelahiran selalunya mempunyai punca patologik seperti penyakit atau terdapat kelainan pada hati, hemolisis disebabkan genetic, hemolisis rangsangan ubat dan lain-lain. Jaundis jenis ini yang meningkat dengan kadar cepat dan memerlukan rawatan awal.
Jaundis pada bayi yang diberikan susu ibu berlaku kerana bayi tidak cukup susu. Ibu disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ibu melambatkan pemberian susu, penggunaan puting tiruan, penghisapan dan dakapan tidak betul, menghadkan waktu penyusuan dan member susu formula. Perkara-perkara ini akan
menyebabkan bayi tidak cukup dan boleh mengakibatkan pengedaran Entrohepatik bilirin meningkat.
Manakala jaundis terlambat pula berlaku kerana beberapa enzim. Ia berlaku selepas hari ketiga kelahiran dan tahap paling tinggi terjadi pada hari ke 15.
Antara sebab-sebab berlaku Jaundis (penyakit kuning) : I. Pemecahan sel darah dalam tubuh bayi
II. Penyerapan najis( meconium) ke dalam darah III. Fungsi hati bayi tidak sempurna
IV. Organ perkumuhan tak mampu membuang toksik V. Alah pada susu ibu
28 Risiko Jika Tidak Merawat Penyakit Ini
Toksin Bilirubin yang banyak dalam darah akan menyerap masuk ke dalam otak dan akan menyebabkan kecacatan otak( dinamakan Kemicterus) dan boleh
menyebabkan kematian bayi. Ia juga boleh menyebabkan pekak dan “Cerebral Palsy”. Bawalah bayi ke klinik sekiranya kelihatan kuning dan dapatkan rawatan segera sebelum terlambat.
RAWATAN
Doktor akan memastikan keadaan bayi dan ujian darah dibuat. Bayi yang diletakkan di bawah lampu Ultraviolet. Sinaran ultraungu mampu menyingkirkan toksik kuning dan bilirubin. Seandainya toksik bilirubin terlalu banyak, maka pertukaran darah perlu di buat( exchange transfusion). Bagi mengelakkan jaundis yang disebabkan tidak cukup susu ibu dalam masa 1/3 jam selepas kelahiran. Ibu perlu mncari masa bersendirian dengan bayi mengenal dan menyesuaikan diri bersama. Ibu juga digalakkan tidur bersama bayi dan berikan susu ibu mengikut kehendak bayi.
29
KEPERLUAN IMUNISASI DALAM KESIHATAN BAYI
Imunisasi diperkenalkan apabila berjuta- juta orang mati akibat wabak penyakit campak pada abad ke 18 dan 19. Maka disinilah bermulanya pencarian vaksin untuk mengatasinya. Kejayaan penemuan vaksin telah mencipta era baru dalam dunia perubatan dunia di mana vaksin/ imunisasi menjadi satu “benteng” bagi menghalang kehadiran penyakit khususnya pada bayi.
Bagaimana Imunisasi Berkembang
Ketika wabak cacar menyerang Eropah, berjuta-juta orang mati setiap tahun. Ahli saintis dan doktor mendapati segelintir keluarga penggembala lembu dijangkiti cacar. Sebaliknya mereka dijangkiti penyakit “cacar lembu” daripada lembu. Selepas mendapat jangkitan ini, tubuh mereka dilindungi oleh penyakit cacar yang membawa maut. Hasil daripada penemuan itu, maka proses bertanam cacar dilakukan.
Kejayaan Imunisasi Cacar
Kejayaan imunisasi cacar begitu menakjubkan sehingga dunia berjaya
menghapuskan terus kuman cacar. Sehingga hari ini, tiada tanda lagi imunisasi cacar diberikan kepada kanak-kanak kerana penyakit ini sudah ditewaskan. Penyakit Yang Memerlukan Imunisasi
Penyakit-penyakit yang boleh membawa maut atau sukar diubati. Di bawah ini adalah penyakit tersebut dan penerangan ringkas mengenainya:
1) POLIO
Ialah jangkitan virus. Ia menyerang saraf tunjang dan otot, penyakit ini boleh berakhir dengan kematian atau badan menjadi lumpuh. Wabak polio sudah berkurang semenjak wujudnya imunisasi. Pemberian imunisasi polio akan menimbulkan kekebalan aktif terhadap penyakit Poliomielitis.
2) HEPATITIS B
Ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman iaitu virus Hepatitis B. hepatitis B merbahaya kerana sesetengah pesakit terus membawa vius Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka telah pulih daripada
30
jangkitannya. Jangkitan hati mebawa kepada demam kuning dan kanser hati. Bayi yang baru lahir menghadapi risiko tertinggi. Bayi yang dilahirkan kepada ibu yang merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis B mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidap barah hati.
3) DIPETERIA, PERTUSIS
Jangkitan batuk dan batuk kokol pada paru-paru. Biasanya membawa maut pada bayi. Penyakit pertusis atau batuk rejan adalah penyakit infeksi saluran yang disebabkan oleh bacteria Bordetella Pertusis. Gejalanya ialah batuk terus menerus sukar berhenti, muka menjadi merah atau kebiruan dan kadang- kadang bercampur darah. Batuk diakhiri dengan tarikan nafas panjang dan dalam berbunyi melengking. 4) CAMPAK ( MEASLES)
Bintik merah pada kulit boleh membawa maut. Imunisasi campak di Malaysia telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Sehingga kini, Sabah dan Sarawak masih memerlukan imunisasi. Semenanjung Malaysia sudah pun berjaya “menawannya” dan suntikan tidak diwajibkan lagi. Komplikasi dari penyakit campak ini adalah radang paru-paru, infeksi pada telinga, radang pada saraf, radang pada sendi dan radang pada otak yang boleh menyebabkan kerosakan otak yang tetap.Pencegahan adalah dengan cara menjaga kesihatan kita dengan makanan yang sihat, bersukan dan mendapat rehat yang cukup dan cara paling berkesan pencegahannya ialah dengan melakukan imunisasi. Pemberian imunisasi akan menimbulkan kekebalan aktif dan bertujuan untuk melindungi penyakit campak hanya dengan sekali suntikan dan diberikan pada usia anak Sembilan bulan atau lebih.
5) BEGUK ( MUMPS) Jangkitan kelenjar air liur 6) TIBI
Penyakit batuk kering. Vaksin yang diberi adalah BCG. 6) TETANUS
Jangkitan kuman yang boleh menyebabkan sawan dan kekejangan otot. Juga membawa maut. Penyakit tetanus merupakan salah satu infeksi yang berbahaya
31
kerana mempengaruhi sistem urat saraf dan otot. Bagaimanakah gejalanya dan apakah penyebabnya? Gejala tetanus umumnya dimulai dengan kejang otot rahang(dikenali juga dengan trismus atau kejang mulut) bersamaan dengan timbulnya pembekalan, rasa sakit dan kaku di otot leher, bahu atau punggung. Kejang- kejang secara cepat merambat ke otot perut, lengan dan peha.
7) HIB( Haemophilus Influenza Type B)
Radang otak yang berpunca dari selsema tetapi boleh melarat menjadi radang otak. Imunisasi Haemophilus Influenza B(HIB) adalah mncegah penyakit yang ditimbulkan kuman Heamophilus influenza type B yang terutama menyebabkan meningitis( radang selaput otak) dan pneumonia pada bayi. Vaksinasi merupakan
tanggungjawab bersama ibu bapa, doctor dan masyarakat. Kita perlu berganding bahu bagi membanteras penyakit- penyakit ini. Sekiranya vaksinasi bayi tidak lengkap, anda “ berhutang” kepada bayi anda yang sepatutnya member perlindungan yang sewajarnya.
JADUAL IMUNISASI BAYI Semasa
lahir
BCG,Hepatitis B
1 Bulan Hepatitis B dos kedua( Diptheria, pertusis, tetanus) 2 bulan DPT/oral polio-HIB (Haemophilus Influenza Type b) 3 bulan DPT/Oral polio( dos kedua) HIB
5 bulan Hepaitis B
9 bulan Campak ( Sabah dan Sarawak sahaja) 12 bulan MMR (Measles, Mumps, Rubella) 1 ½ Booster, DPT/ OPV
32
GIZI PEMAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI ANDA
Penyediaan makanan untuk bayi merupakan antara keperluan yang perlu
dititikberatkan oleh ibu selepas melahirkan. Ini kerana melalui gizi pemakanan bayi yang terancang akan member kebaikan pada bayi anda.
Makanan utama bagi bayi yang baru lahir adalah susu ibu. Susu ibu merupakan makanan lengkap bagi tumbesaran bayi. Kandungannya menepati gizi pemakanan bayi dan mudah dihadam oleh usus bayi.
Apabila bayi berusia tiga bulan ia sudah bersedia untuk mencuba makanan lain selain susu. Sekiranya tidak mencukupi untuk menampung tumbesarannya. CIRI-CIRI MAKANAN YANG SESUAI BAGI BAYI
1. Bentuk cecair dan separa pepejal
Makanan bentuk cecair dan separa pepejal sesuai bagi bayi yang tidak ada gigi dan sebelum pandai mengunyah. Cara ini selamat dan mengelak dari tercekik.
2. Bahan semulajadi
Bahan semulajadi yang tidak diproses adalah paling baik kerana mutu vitaminnya terpelihara. Contohnya seperti nasi, kanji dan buah- buahan 3. Segar dan kandungan vitamin tinggi
Bahan yang segar dan tidak disimpan lama 4. Mudah didapati
Boleh didapati dengan mudah dimana-mana supaya dapat disediakan hari-hari.
5. Bermula dengan makanan tanpa protein
Ia bertujuan untuk mengelakkan bayi daripada mengalami alahan LANGKAH UNTUK ELAK BAYI OBESITI
Berat bayi semasa lahir dipengaruhi oleh faktor pemakanan ibu, genetik dan jangka masa dalam kandungan ibu. Beberapa hari pertama kelahiran 10 peratus daripada berat bayi akan merosot. Ini kerana faktor kehilangan air dalam tubuh bayi. Selepas 10 hari barulah berat badan mula bertambah. Kenaikan berat badan yang normal
33
adalah antara 25 hingga 30 gram sehari bagi 3 bulan pertama. Selepas itu, 400 gram sebulan sehingga cukup setahun.
Cara mudah untuk mengingatinya ialah dengan berdasarkan umur dan jangka berat. Bagi yang berumur lima bulan jangkaan beratnya adalah dua kali ganda dari berat semasa lahir, manakala bayi anak yang berusia dua tahun pula jangkaan beratnya adalah empat kali ganda dari berat semasa lahir.
Fakta diatas dapat membantu ibu bapa memahami kaitan antara berat dan usus bayi. Pada kad imunisasi kanak-kanak sering diberikan graf “Road to Health Chart”. Anda boleh meminta doktor anda menerangkan penggunaannya sekiranya kurang pasti.
Satu masalah yang sering melanda kanak-kanak di Malaysia adalah kekurangan zat besi. Kanak-kanak atau bayi pucat, sering demam dan kurang aktif. Oleh itu pilihlah makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran hijau,ikan bilis dan ayam apabila menyediakan makanan mereka. Jangan dibiasakan anak-anak memakan telor setiap hari kerana telur kaya dengan protein tetapi kandungan zat besinya amat sedikit.
TENAGA DALAM MAKANAN DAN KEPERLUAN TENAGA BAYI
Tenaga dalam makanan ditukar kepada tenaga untuk mengendalikan aktiviti fizikal seharian. Makanan seharusnya mengandungi:
a) Karbohidrat b) Lemak c) Protein
Tenaga disukat dalam unit kalori. Satu gram karbohidrat mampu menghasilkan 4 kcal(kilokalori) manakala satu gram lemak mampu menghasilkan 9 kcal.
Kalori bertambah secara beransur-ansur dan peningkatannya menjadi ketara apabila mencapai usia 9 hingga 12 bulan. Ini menunjukkan keperluan tenaga bertambah sejajar dengan perkembangan aktivitinya.
34
Kalori yang berlebihan member kesan obesiti ( terlampau gemuk) pada kanak-kanak. Kanak-kanak yang terlampau gemuk akan membesar menjadi orang dewasa yang terlampau gemuk.
NFO
Keperluan tenaga bagi bayi yang berusia sehingga 2 bulan mengikut per kilogram berat adalah 116 kcal. Manakala bayi berusia 2 hingga 3 bulan sebanyak 109 kcal.3 hingga 4 bulan sebanyak 103 kcal, bayi berusia 4 hingga 5 pula adalah sebanyak 99 kcal, bayi berusia 5 hingga 9 bulan sebanyak 95 kcal dan bayi berusia 9 hingga 12 adalah sebanyak 112 kcal.
35
BAHAYA HELMINTIK DAN PARASIT PADA KESIHATAN KANAK- KANAK Jangkitan Helmintik dan parasit sememangnya sudah diketahui ramai mengenainya. Biasanya ia menyerang kanak-kanak pra sekolah melalui aktiviti yang diadakan. Tabiat kanak-kanak yang gemar bermain bersama-sama kawan sering
menjangkitkan masalah ini daripada seorang ke seorang yang lain. Bagaimanapun masalah ini sebenarnya amat mudah untuk ditangani sekiranya seorang ibu itu mempunyai ilmu untuk mengelakkan anak daripada dijangkiti dan mengetahui cara membasmi kuman tersebut jika dijangkiti.
Apabila seorang kanak-kanak kelihatan kurus, pucat dan tidak bermaya sering kali ibu terfikir mungkinkah anaknya terkena jangkitan cacing? Begitu juga parasit lain seperti kutu dan skabies.
BAHAYA HELMINTIK DAN PARASIT a) Roundworm
Sejenis cacing gelang sering menyedut zat makanan, vitamin dan mineral dari usus kanak-kanak menyebabkan kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan tidak bertenaga.
b) Hookworm
Sejenis cacing kerawit yang boleh menyedut 2.4ml darah sehari menjadikan kanak-kanak pucat dan anemia kerana kehilangan darah. c) Cacing
cacing yang berkelompok boleh mengganggu perjalanan usus menyebabkan usus tersumbat dan sekiranya ia berdekatan alur hempedu, ia boleh menyumbat salur hempedu menyebabkan jaundis. PERIHAL PARASIT
Parasit hidup dengan memakan zat makanan dari benda hidup yang lain. Manusia dijadikan perumah (host) yang digemari oleh parasit seperti cacing dan kutu. Ia masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan dan minuman yang tidak bersih. Ada cacing yang masuk ke dalam tubuh dengan meloloskan diri ke dalam kulit manusia. Ada cacing yang masuk ke dalam perut melalui makanan seperti daging dan ayam. Memasak dengan lama dan memastikan makanan masak sempurna akan membunuh cacing.
36
Cara yang sesuai untuk membunuh parasit ialah dengan membasmi kuman di tandas dan serbuk pembasmi kuman atau detergen. Memusnahkan sampah sarap dengan kaedah pembakaran atau ekomposing juga boleh memusnahkan larva dan saki baki parasit. Kaedah ekomposting ini juga mengeluarkan haba yang tinggi dan akan menghapuskan parasit ini. Penggunaan baja kimia juga baik kerana
kandungan baja kimia secara tidak langsung dapat membunuh parasit dan menghalang pembiakannya.
KESAN JANGKITAN PARASIT a) Amebiasis
Ameba hidup didalam air yang bertakung. Jangkitannya menyebabkan disentri. Demam sederhana. Sakit perut dan kadangkala darah dan lendir pada najis. Perut kembung dan cirit-birit berselang dengan sembelit disebabkan iritasi usus. Apabila contoh najis diambil, Ameba akan kelihatan di bawah mikroskop. Rawatan untuk masalah ini adalah dengan menggunakan antibiotik jeni Metronidazole.
b) Giardiasis
Ia biasanya dijangkiti melalui haiwan peliharaan seperti kucing. Anak akan mengalami cirit-birit dan bau najis yang sangat busuk. Perut menjadi kembung, kentut dan sendawa menjadi-jadi. Anak ini sering mengadu sakit perut dan berat badan menyusut. Rawatan untuknya adalah dengan menggunakan antibiotik jenis Metronidazole.
37
c) Skabies ( kudis buta)
Kemungkinan berjangkit ketika bermain pasir atau melalui haiwan peliharaan. Kanak- kanak akan sukar tidur pada waktu malam kerana merasa gatal- gatal pada tubuh. Lama kelamaan ia akan membentuk kudis dan mungkin bernanah. Rawatan untuk masalah ini adalah dengan menggunakan beberapa jenis ubat iaitu:
• Ubat jenis Antihistamine bagi mengurangkan gatal. • Krim jenis Benzyl benzoate atau crotarax lotion • Antibiotik jika ada kudis.
38 d) Head lice ( kutu kepala)
Berjangkit dari satu ke satu kepala anak yang lain. Kutu menghisap darah dan menyebabkan gatal. Lama kelamaan boleh menyebabkan kudis pada kepala. Rawatan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan ubat mengandungi Benzoate yang dicairkan.
39
JANA PEMIKIRAN ANAK DENGAN ILMU
Pada awal pendidikan anak-anak mereka lebih banyak bertanya. Sebagai contoh “ mak apa itu”? “ ayah apa itu”?. Oleh hal yang demikian, apa jua soalan yang ditanya, responlah dengan sebaiknya. Tunjukkan bahawa anda prihatin dengan setiap
pertanyaan mereka. Biarkan mereka belajar. Sebagai ibu bapa, anda pasti mahu mendidik anak- anak untuk lebih kreatif dan bijak dalam apa jua yang dipelajarinya. Mungkin ada antara anda akan mengatakan “ pergi main jauh-jauh , ayah penat ni”, atau ada juga hanya berkata “ tak tahulah, mak sibuk ni, baru balik kerja, nak masak pulak”.
Jika anda mempersoalkan tentang sesuatu, pasti ibu atau ayah akan menjawab dengan acuh tak acuh. Sebagai contoh jika anak bertanya mengenai kucing, ibu atau ayah akan menjawab “ oh itu meo” tanpa ada huraian dan penjelasan kepada anak. Dan tidak kurang juga ada mengatakan “ oh itu kucing”. Mungkin tak ramai ibu bapa mengatakan, “ oh..itu kucing Siam, sayang”. Manakah respon anda atau yang mana sepatutnya respon sebagai ibu atau ayah kepada persoalan si kecil itu? Tentu ramai yang mengatakan respon pertama dan kedua bukanlah respon yang baik. Namun kadang-kadang kepenatan kerja atau tekanan kerja di pejabat mengundang respon sedemikian. Apa yang perlu disedari oleh ibu dan ayah jika anak menerima respon seperti ini sebanyak tiga kali berturut-turut, besar
kemungkinan si kecil tidak akan bertanya lagi.
Walaupun begitu, ibu dan ayah adalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan. Jika kita sedari kesilapan itu, cepat-cepatlah memeluk anak, “ sayang, maafkan ibu ya. Ibu penat sangat tadi. Apa yang adik nak tahu? Tiada salahnya ibu dan ayah mengakui mereka telah silap, yang pentingnya kemesraan dibina semula dan naluri anak ingin tahu dipenuhi.
Tentu ramai mengatakan respon keempat dan kelima adalah terbaik. Respon ketiga pun boleh juga. Mungkin ramai pula mengatakan bahawa respon kelima adalah yang terbaik tetapi sukar dilaksanakan kerana terbatas oleh pengetahuan kita sendiri. Contohnya, tidak semua orang tahu semua nama jenis-jenis kucing.
40
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan serta pengetahuan tentang
pembangunan otak manusia, anak kecil berkebolehan mengenal nama benda-benda dalam persekitarannya.
Tiada istilah susah dalam kamus pembelajaran otak anak kecil. Kita yang
menentukan sesuatu itu susah ataupun senang. Jika kita mengajar anak, terangkan fakta tersebut dengan jelas supaya anak tidak keliru seperti “ sayang.. itu adalah kucing Siam, itu kucing Parsi, itu kucing Burma”. Dan anak akan mengenali dan membezakan kucing-kucing tersebut.
Ada beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk hidupkan persekitaran anak. Kita sebagai ibu bapa boleh mengajarnya nama benda-benda melalui perbualan, gerak geri dan bacaan. Kita sentiasa menceritakan kepada anak tentang apa yang
dilihatnya, apa yang didengarnya, apa yang di sentuh, dirasa dan dibaunya. Selain itu, apa yang berlaku bila si kecil anda yang berumur dua tahun ingin
menolong anda di dapur? Ramai di antara kita meminta ayah atau suami mengambil anak supaya tidak mengganggu anda bekerja di dapur. Anak yang berumur dua tahun itu hanya ingin tahu tentang apa yang ibu buat. Biasanya, dia hanya ingin tahu satu atau dua perkara sahaja dan kemudian akan beredar. Beritahu anak, tunjuk kepada anak apa yang ada-hanya satu atau dua perkara sahaja dan kemudian akan beredar. Beritahu anak,tunjuk kepada anak apa yang ada-hanya satu atau dua perkara sahaja, pasti dia akan berlalu pergi. Esok tunjukkan benda lain pula. Dengan cara ini anak akan sentiasa berminat untuk ke dapur. Tidak lagi ibu merungut ada anak dara yang malas ke dapur jika ketika kecil ia telah dimesrakan dengan dapur. Dalam erti kata lain, mula dengan yang mudah bagi anda, yang biasa tapi
sebenarnya luar biasa bagi anak. Rumah kita sendiri, dapur kita menyimpan khazanah ilmu yang boleh dikongsi dengan anak. Jika ayah berminat dengan kenderaan bermotor, kongsilah dengan anak-anak. Jika ibu suka berkebun,
kongsikan nama tanaman dalam kebun atau berkebun bersama anak. Dalam masa yang singkat anak akan mengenal dan tahu apa yang anda tahu kemungkinan dia lebih tahu daripada anda jika minat atau pengetahuan yang anda kongsikan dengannya dipertingkatkan.
41
Ibu-ibu yang sudah memahami naluri anak untuk belajar akan terus membakar keinginan anak untuk tahu dengan membeli buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan minatnya atau mendapatkan gambar-gambar yang tepat, jelas dan tidak mengelirukan tentang pelbagai subjek untuk dikongsi dengan anak. Hasilnya minat semula jadi anak terhadap ilmu akan terus dipupuk dan dipertingkatkan.
Ibu bapa harus memperuntukkan sedikit gaji bulanan untuk buku atau menjadi ahli perpustakaan dan akan meminjam buku yang berkaitan dengan minatnya. Ramai juga akan memanfaatkan jutaan maklumat yang boleh diperolehdaripada internet. Oleh itu, apabila ibu bapa faham tentang potensi yang ada pada anak-anak mereka, juga memahami yang anak boleh menerima apa sahaja maklumat yang diberi
dengan jelas, tepat dan penuh kasih sayang dan menyedari masa yang terbaik untuk ini adalah enam tahun yang pertama, pasti mereka akan mencari jalan dan juga wang untuk membangunkan anak mereka.
42
MUNTAH DAN REGURGITASI PADA KANAK- KANAK
Sistem gastro intestinal terbahagi kepada bahagian mulut, kerongkong, esophagus, perut, usus kecil dan usus besar. Setiap bahagianbertindak dan berinteraksi
bersama- sama membentuk satu sistem penghadaman yang efisyen. Apabila makanan masuk ke dalam mulut, enzim amylase pada air liur mula
memecahkan makanan. Makanan kemudian masuk ke kerongkong dan perut untuk proses seterusnya. Pada bahagian atas perut terdapat injap yang menghalang makanan yang separa hadam daripada memasuki kerongkong semula. Makanan ini seterusnya dihalakan ke usus untuk dicerna lagi secara berperingkat-peringkat. Pada usus kecil, pencernaan makanan menjadi lengkap dan zat-zat makanan mula diserap kedalam darah. Kemudiannya makanan itu dihantar ke arah usus besar di mana penyerapan air berlaku dan sisi makanan dihantar ke rektum.
Apabila bayi meminum susu kadang- kadang terjadi regurgitasi atau muntah di mana air susu keluar dari mulut dan hidung. Perkara ini sudah tentu membimbangkan hati ibu bapa. Sebab-sebab regurgitasi termasuklah injap yang kurang kuat yang
menyebabkan makanan dari perut naik semula melalui esophagus ke kerongkong dan mulut. Perut yang kecil juga mengandungi angin yang banyak menyebabkan ia menendang makanan ke atas. Bayi juga mempunyai tabiat sendiri yang gemar memuntahkan makanan. Namun begitu, cuba alihkan perhatiannya sebaik sahaja selepas makan agar dia lupakan tabiat itu.
Cara mengatasi muntah dan regurgitasi
1) Berilah susu dalam kadar yang sedikit dan tepuk belakangnya agar ia bersendawa. Sendawa dapat menyingkirkan angin yang banyak dalam perutnya.
2) Memakai pakaian yang longgar dan tidak menekan perutnya. 3) Minum sedikit tetapi kerap kali jika bayi masih lapar.
4) Gunakan botol susu yang kecil agar kandungan angin di dalamnya tidak banyak.
43
JANGKITAN PUNDI KENCING KANAK- KANAK
“HANA kerap sangat kencing. Baru je tukar seluar dalam dah basah semula. Macam ni memang terpaksalah guna pampers sentiasa”. Keluh Mary. Anaknya Hana
berusia tiga tahun terlalu kerap kencing. Biasanya kanak-kanak yang berusia tiga tahun keatas sudah pandai memberitahu ibunya yang dia mahu membuang air. Tapi berlainan pula dengan Hana. Dia langsung tidak memberitahu ibunya. Mungkin kerana terlalu kerap kencing, dia takut dimarahi. Di atas nasihat rakannya, Mary membawa Hana berjumpa doktor. Setelah diperiksa, doktor mengambil sampel air kencing Hana untuk dianalisis. Hasilnya doktor mengenal pasti bahawa Hana terkena jangkitan pundi kencing.
Bagaimanakah ini terjadi?
1) infeksi daripada pemakaian pampers yang terlalu lama. Semasa bayi Hana dihantar ke rumah pengasuh. Oleh kerana terlalu ramai bayi dijaga, pengasuh tidak sempat menukar lampin Hana setiap kali dia kencing. Kuman mula membiak di dalam lampin yang tidak disalin terlalu lama. Urea yang terdapat dalam air kencing mula menghakis kulit menyebabkan kulit nipis dan mudah ruam. Kulit juga akan dijangkiti kuman.
2) cara mencuci dan mandi yang tidak efektif.
Cara mencuci kencing dan najis perlulah efektif. Cara menyabun dan menyiram perlulah mengarah ke belakang dan bukan kearah vulva. Pastikan menggunakan air dan peralatan mandi yang bersih.
Tanda-tanda terkena jangkitan kencing
• Sakit semasa atau selepas membuang air kecil
• Rasa seolah-olah panas atau “burning sensation” pada ari-ari. • Kencing tidak puas
• Kencing sedikit tetapi berulang kali.
• Terasa hendak kencing yang tidak mampu ditahan.
Mungkin anak anda mengalami simptom ini namun belum pandai untuk memberitahu ibunya apa yang dialaminya.
44 Ujian klinikal
Ujian culture and sensitivity
Sampel air kencing diambil dan air kencing dititiskan ke dalam piring petri yang mengandungi medium pembiakan kuman. Kuman diteropong di bawah mikroskop dan dibunuh menggunakan antibiotik.
Swab for culture and sensitivity
Lendiran pada kemaluan diambil pada sedikit kapas dan dikulturkan sama seperti di atas.
Urine feme
Ujian ini boleh dilakukan di makmal klinik. Kertas kombo dicelup ke dalam air
kencing dan doktor mampu melihat sama ada terdapat protein atau darah dalam air kencing yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
RAWATAN
▪ Mendapatkan antibiotik menurut jenis kuman yang dikenal pasti. ▪ Menggunakan ubat yang mampu menukar pH air kencing. ▪ Mengubah cara mencuci dan cara mandi.
▪ Minum air banyak agar kuman dapat dikeluarkan dengan cepat. ▪ Melakukan toilet train dan senaman kemutan pada pundi kencing.
▪ Bagi anak yang sudah bersekolah, ajarlah mereka cara mencuci dengan baik dan amalkan membawa seluar dalam tambahan ke sekolah. Ini memudahkan mereka untuk bertukar ganti setiap kali membuang air kecil.
▪ Bagi kanak-kanak lelaki doktor menasihatkan supaya berkhatan segera bagi membuka cerutan pada hujung zakar dan mencegah berkumpulnya
45
ANAK YANG SERING BATUK
Masalah batuk di kalangan anak-anak kecil sering terjadi. Batuk yang terjadi boleh disebabkan oleh:
a) Hipersensitiviti b) Asma
c) Infeksi
Hipersensitiviti
Hipersensitiviti bermakna bayi terlalu sensitif terhadap kehadiran habuk dan cuaca yang terlalu sejuk.
Ciri- ciri bayi hipersensitif
1) Batuk pada waktu pagi atau malam atau apabila cuaca terlalu sejuk 2) Kulit mudah meruam
3) Selesema yang sukar untuk kering
Akan tetapi ia tidak demam, dan tidak kedengaran bunyi wheezing pada nafasnya. Bunyi menghembuskan wheezing bermaksud bunyi seumpama serunai yang kedengaran apabila ia bernafas. Bunyi ini terhasil disebabkan pengecilan saluran nafas.
Asma
Bronchiol asthma pula merupakan satu keadaan di mana pesakit meghadapi
kesukaran bernafas, batuk yang keras dan wheezing terdengar tatkala dia bernafas. Sebab-sebab asma
• Keturunan
• Keadaan perseitaran cuaca terlau sejuk • Udara kotor dan berhabuk
• Cacing pada usus • Stress
46 Asthma Extrinsic
1) Allergen iaitu bahan-bahan yang alah telah dikenal pasti 2) Ujian klinikal pada kulit member respon positif serta merta
3) Antibodi IgE tinggi dalam darah (boleh dikesan melalui ujian darah diklinik) 4) Bermula pada zaman kanak-kanak
5) Penghidapnya turut mempunyai alahan lain seperti alahan kulit Asthma Intrinsic
1. Tidak ada allergen yang khusus yang dikenal pasti sebagai pencetus asma. 2. Ujian skin test adalah negatif
3. Antibody IgE normal
4. Di kalangan orang dewasa
5. Tidak ada masalah alahan yang lain
Apakah mekanisma asma dan kenapa orang asma sering tercungap-cungap? Perlu diketahuibahawa perkara ini amat membahayakan nyawa. Bahan yang mendatangkan sensitivity kepada tubuh seseorang dipanggil allergen. Allergen masuk kedalam tubuh dan berinteraksi dengan IgE antibody.
Sel merembes yang dinamakan “cell mast” akan merembeskan bahan aktif yang mencetuskan pengecutan otot pada salur nafas dan merembeskan mucus yang pekat yang menyebabkan saluran nafas menjadi sempit dan bunyi wheezing kedengaran
RAWATAN
Theophyline, amonopphyline yang membuka semula pengecutan salur nafas. Nebulizer mengandungi salbutamol yang membuka salur nafas.
Doktor akan menganalisa dahulu sama ada anak perlu diberikan ubat- ubatan lebih lanjut atau memadai dengan ubat yang ringkas sahaja.
47
MERAWAT BATUK DAN KAHAK BAYI ANDA
Batuk dan kahak di kalangan bayi kecil adalah perkara yang sering dihadapi oleh mereka. Dalam situasi ini, sudah pasti ibu bapa merasa risau mengenangkan kesihatan anak yang tidak begitu baik. Namun begitu, rawatan-rawatan seperti anti-histamine atau anti-alahan boleh membantu mengatasinya.
Saluran pernafasan
Saluran pernafasan terbina daripada mulut/ hidung:tekak(tenggorok) dan berakhir di paru-paru. Selain itu otot-otot rangka turut membantu dalam penyedutan udara. Proses (exhale) udara keluar dari paru- paru berlaku secara automatik tanpa bantuan otot- otot.
Cara bayi bernafas yang normal
Apabila bayi bernafas, muka kelihatan tenang, perut kelihatan kembang ke depan melebihi dada. Tulang rangka pula tidak menonjol. Apabila gangguan pernafasan berlaku, bayi bernafas dengan mulut (mulutnya terbuka). Ini menyebabkan bayi sukar menyusu kerana mulut digunakan bagi tujuan bernafas. Otot-otot rangka akan digunakan untuk bernafas sehingga tulang rusuk kelihatan menonjol.
Tersedak
Bayi akan cepat tersedak sekiranya koordinasi pernafasan ada masalah. Air susu/air liur yang masuk ke dalam tenggorok( larynx) menyebabkan tersedak. Ini
menghalang air daripada masuk ke paru-paru. Air yang masuk ke paru-paru boleh mendatangkan pneumonia( paru-paru berair). Jika bayi tersedak,segera hentikan penyusuan dan biarkan kedudukannya mengiring. Tunggu sehingga ia tenang baru teruskan penyusuan
Mekanisme dan fisiologi batuk
Batuk ialah suatu proses “mekanisma protektif”. Apabila seseorang batuk, otot-otot “ diaphragm” dan “intercostal” turut mengecut. Proses ini mengeluarkan bahan-bahan yang terdapat pada tenggorok ke luar. Akan tetapi, sekiranya batuk berterusan dan menyukarkan bayi tidur dan menyusu ia akan memberi masalah kepada
48 Batuk alahan dan rawatan
Batuk alahan ( allergic cough) terjadi di kalangan bayi kecil yang mempunyai elemen igE tertentu dalam darah mereka. Di dalam udara terdapat pelbagi jenis habuk dan debunga (meskipun tidak dapat dilihat oleh mata kasar) apabila dihidu, ia masuk ke dalam saluran pernafasan dan mencetuskan reaksi batuk dan lelah bagi mereka yang mempunyai elemen igE tersebut.
1. ANTI-HISTAMIN
Anti-histamine seperti piriton / polaramine mengurangkan radang dan melegakan alahan.
2. BRONKODILATOR
Seperti ventokin diberikan secara pil / sedutan / sirap. Ia membuka saluran pernafasan dan memudahkan udara disedut. Ia juga memudahkan kahak dikeluarkan dari tekak.
3. ANTI-ALAHAN
Ubat-ubatan ini diberikan dalam tempoh yang singkat dan dibawah pengawasan doktor kerana ia mengandungi steroid.
4. KETOTIFEN
Amat berguna bagi meningkatkan kekuatan paru-paru dan mengurangkan serangan asma tetapi penggunaannya lama. Sila minta nasihat doktor sebelum memberi anak ubat ini.
RAWATAN
Antibiotik sangat penting bagi mematikan kuman. Ubat batuk:
a) Jenis Expecterant. Ubat batuk jenis ini mencair dan memudahkan kahak keluar.
b) Jenis Antitusive. Ia bagi batuk yang kering. Ia mengurangkan batuk dan tekak merasa lebih selesa.
49 x-ray
Merupakan pancaran radioaktif yang mampu menembusi badan kita. Gambar-gambar diambil dengan sinar-x ini boleh diabadikan pada kepingan filem. X-ray wajar dipertimbangkan jika bayi mengalami batuk dan demam yang panjang. Dikhuatiri jangkitan kuman akan menyebabkan paru-paru berair.
50
ADAKAH ANAK MEMPUNYAI MASALAH PENDENGARAN ? Pekak atau kurang daya dengar member impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Akan tetapi amat sukar bagi kita mengesan masalah ini pada bayi yang masih kecil. Adalah mustahak untuk memastikan keadaan ini dapat dikesan awal supaya rawatan dan kaedah sesuai untuk memulihkan ini dilakukan secepat mungkin. Tindakan yang pantas pasti akan membuahkan hasil positif dan member makna yang amat besar bagi anak-anak kerana waktu kecil merupakan tempoh pembelajaran yang paling penting dalam hidup mereka. Tindakan yang lambat merugikan anak menyebabkannya tertinggal segala ilmu yang sepatutnya diberikan padanya.
JENIS-JENIS PEKAK a) Jenis konduktif
masalah pada telinga luar dan telinga tengah. Bermakna masalah pada rongga telinga luar, gegendang telinga, osikel telinga. Pekak jenis ini selalunya disebabkan halangan atau bendasing yang menyekat saluran pendengaran.
b) ensori neural
Masalah dalam telinga dalam iaitu labyrinth, saraf ke lapan. Biasanya jenis
kecacatan yang dialami sejak lahir disebabkan pembentukan struktur telinga yang tidak sempurna.
c) Kedua-duanya sekali
Bagi masalah jenis konduktif, rawatan amat sukar sekali. Ini adalah kerana ia melibatkan penyakit serius seperti syphilis atau kencing manis. Vasodilator dan vitamin B1, B6 dan B 12 boleh digunakan. Manakala Vitamin A,C dan E digunakan sebagaiantisklerotik. Penggunaan alat mendengar boleh juga bagi membantu pendengaran. Alat ini dipasang pada tepi telinga dan meningkatkan magnitud bunyi atau bertindak sebagai amplifier.
51 Tanda-tanda pekak jenis konduktif
o Bercakap dengan suara perlahan o Tanda-tanda pekak sensori neural
o Pendengaran sangat sukar melebihi 60db o Tidak mampu bertutur dengan baik
o Bila bercakap akan memekik dengan kuat. Bagaimana bercakap dengan anak yang pekak
➢ Sebut secara perlahan dan sebutan jelas satu persatu. Pandang wajahnya dan gerakkan bibir dengan jelas.
➢ Berikan semangat padanya. Apabila dia berjaya memahami apa yang anda kata tunjukkan wajah yang riang.
RAWATAN
➢ Bagi jenis konduktif, rawatan dibuat berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti. Biasanya doktor membersihkan telinga dan member antibiotik jika terdapat infeksi pada telinga tengah.
➢ Penggunaan hearing aid atau alat pendengaran boleh diberi jika bersesuaian. MENGESAN ANAK YANG PEKAK
Masalah psikologi tentunya menjadi masalah utama mengapa anak itu kurang bertutur dan kurang bercakap. Sekiranya dia tidak mampu mendengar dengan baik sudah tentu pertuturan da kefahamannya kurang. Begitu juga dengan kebolehannya menguasai perbendaharaan kata.
Jika kita tidak mampu mengesan masalah ini, anak kita tentu tertinggal dalam
pelajaran atau dianggap pelajar yang lemah. Anak ini gemar bersendirian dan sering menjadi anti sosial. Dia mungkin gemar duduk dibahagian belakang sekali dalam kelas. Guru-guru sepatutnya peka dengan masalah ini dan berbincang dengan ibu bapa agar pemeriksaan lanjut oleh pakar telinga dilakukan secepat mungkin. Anak ini juga akan menguatkan suara bila bercakap dan sentiasa didengar seolah-olah menjerit-jerit. Jika anak anda berkelakuan seperti ini bawalah bertemu pakar telinga dahulu.
52
Ujian mengesan masalah telinga dipanggil audiometric. Alat audiometric mampu mengesan permasalahan telinga dan tahap pendengaran. Doktor mungkin juga melakukan “conductivity studies” bagi mengesan masalah berkaitan urat saraf telinga.
Dewasa ini, pusat bersalin cenderung mengadakan pemeriksaan telinga terhadap bayi yang baru lahir bagi membolehkan masalah seumpama ini dikesan lebih awal. Pemeriksaan susulan diadakan sehinggalah pakar berpuas hati dengan keputusan yang didapati. Ujian susulan dibuat sehinggalah bayi mencapai usia dua tahun. Anak yang pekak tidak bermakna mereka tidak pandai. IQ mereka mungkin lebih tinggi malahan mereka jauh lebih bijak dari orang normal. Hanya cara pendidikannya perlu diubah dan ruang untuk mereka dibuka untuk belajar menggunakan teknologi yang sesuai.