HSR3013 - SEJARAH DAN PENSEJARAHAN
TAJUK:
PELBAGAI ALIRAN DAN PENDEKATAN DALAM HISTORIOGRAFI SEPERTI TRADISIONAL, KONVENSYIONAL, ORIENTALIS, LIBERAL
KOLONIAL, MODEN, NASIONALIS, ILMIAH, PLURALISME PANDANGAN PASCA MODEN. DENGAN MEMILIH DUA ALIRAN DAN PENDEKATAN INI, BAHASKAN CIRI DAN PEMIKIRAN ALIRAN
1.0 PENGENALAN.
Historiografi (sejarawan) adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku berdasarkan fakta. Ia ditulis dengan tangan oleh seorang penulis. Fungsi adalah untuk mengajar dan lambang kemegahan kepada generasi semasa mengarang dan keturunan-keturunan mereka.1Penulisan
sejarah yang ditulis tanpa adanya fakta boleh dianggap sebagai penipuan bagi seorang sejarawan. Fakta yang ditulis harus memiliki kedudukan yang penting pada sejarah dan sekiranya tiada dianggap sebagai mustahil. Sekiranya sejarah yang ditulis tidak mempunyai fakta, maka sejarawan akan mengalami kesukaran dalam merumuskan fakta sejarah. Fakta inilah yang kemudiannya membezakan di antara seorang sejarawan dengan seorang sastrawan. Hal ini disebabkan oleh, seorang sastrawan perlu menulis sebuah karya sastera yang tidak menekankan pada fakta dan kebiasaanya. Seorang sasterrawan membuat karya sastera dengan pemahaman fantasi sasterawan semata-mata . Dalam menulis sejarah seorang sejarawan perlu menulis apa yang dipikirkan, dikatakan, dikerjakan, dirasakan dan dialaminya.
Historigrafi (sejarawan) merupakan kata dasar dari perkataan history dan grafi. Perkataan history bermaksud sejarah manakala grafi adalah tulisan. Gabungan di antara history dan grafi telah membentuk sebuah perkataan iaitu historigrafi yang bermaksud tulisan sejarah. Tulisan sejarah terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang pertama bersifat ilmiah dan tidak bersifat ilmiah. Bersifat ilmiah dikenali sebagai problem orinted yang bermaksud mana-mana karya sejarah yang ditulis adalah bersifat ilmiah serta mampu memecahkan masalah atau problem solving. Manakala, tidak bersifat ilmiah pula atau no problem oriented merupakan karya bersifat tulisan sejarah yang ditulis mengikut kaedah yang sempurna dari segi penelitian.
Sebagai pengetahuan tambahan, asas kepada penulisan sejarah yang sering kita pelajari, baca, rungkaikan dan kita bawa wujud di perpustakaan-perpustakaan awam pada asasnya merupakan historiografi. Perkara ini adalah untuk kita pelajari dan memahami apa yang dikatakan penulisan dalam sejarah. Menurut R.G. Collingwood, matlamat utama mempelajari sejarah adalah dengan mendapatkan pengetahuan dari manusia.2 Oleh yang
1 Mohd, Taib Osman, Bahasa, Jilid IV Bil 1, 1964/65, hlm 44.
demikan, historiografi buka didefinisikan sebagai karya tulisan kajian yang mengadungi kisah-kisah di sampaing mencerminkan penceritaan sejarah pada seseuatu peristiwa sejarah. Pada peringkat awal historiografi dipertemukan oleh manusia sejak manusia mula mengenal tulisan atau ketika mereka mula melangkah masuk ke zaman sejarah. Pada ketika itu, setiap manusia mula mempelajari akan tulisan dan pada waktu itu, muncul kesedaran untuk menulis berkaitan perihal diri sebagai seorang manusia, keluarga dan hidup bermasyarakat serta mentadbir negara.
2.0 LATAR BELAKANG HISTORIOGRAFI TRADISIONAL
Historiografi tradisional merupakan antara karya penulisan sejarah yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh para sejarahwan. Masyarakat ini mentadbir sesebuah kerajaan yang mana kerajaan ini belakangkan pada agama Hindu/Budha serta terdapat juga kerajaan yang berbelakangkan kepada agama Islam.
Historiografi tradisional adalah tulisan sejarah yang telah digunakan pada abad 4 M sampai abad 16 M. Historiografi tradisioal dianggap sebagai corak penulisan yang diterima dalam kelompok karya penulisan ilmiah. Penulisan sejarah tradisional dikatakan bermula dari zaman Hindu sehingga masuk serta berkembangnya melalui ajaran agama Islam. Penulisan sejarah ini juga sebenarnya berfokuskan kepada masalah-masalah pemerintahan terhadap raja-raja yang mempunyai kuasa, kepentingan-kepentingan diraja dan peraturan-peraturan istana yang menjadi syarat utama. Di zaman Hindu-Buddha, penulisan sejarah secara umumnya ditulis di dokument bertujuan supaya generasi yang akan datang boleh dapat mengetahui peristiwa yang berlaku di zaman dahulu. Penulisan sejarah tradisional, diteruskan lagi sehingga kemunculan agama Islam.
Bahan-bahan historiografi tradisional merupakan tulisan inskripsi, prasasti, monumen dan buku. Di dalam zaman Hindu terdapat banyak hasil-hasil sejarah seperti batu bersuratinskripso Melayu yang ditemui di Bangka bertarikh 683 masihi yang menerangkan catatan sejarah. Seterusnya perkembangan ini diteruskan lagi dengan perkembangan sehingga lahirnya karya seperti Hikayat Raja-Raja Pasai dan seterusnya muncullah karya lain yang bersifat pseudo-historis.3
Historiografi tradisional merupakan antara tradisi masyarakat istana. Perkara ini adalah untuk menghapuskan tradisi-tradisi lama yang mana pada kebiasaanya merupakan tradisi lisan. Dengan mengadakan langkah-langkah seperti ini adalah langkah permulaan bagi pengumpulan tradisi ini untuk dibukukan
2.1 LATAR BELAKANG HISTORIOGRAFI MODEN
Historiografi moden merupakan penulisan sejarah untuk menekankan pemikiran dan pengaruh pada zaman itu. Historiografi ini merupakan maklum balas terhadap hampir seluruh negara-negara jajahan yang pernah keluar dari belenggu penjajahan dan penindasan. Reaksi ini mula muncul setelah kebangkitan dari bangsa mereka.
Historiografi di Asia Tenggara bermula berkembang pada abad je-19 dengan kemasukan ilmu pengetahuan dan kebudayaan barat. Menjelang abad ke-16 sehingga abad ke-19 yang banyak ditulis oleh orang-orang Eropah. Dalam historiografi banyak sumber yang digunakan untuk menghasilkan penulisan sejarah yang baik. Antaranya adalah menggunakan hikayat, berita Cina dan juga sumber-sumber arkeologi. Penulisan historiografi nasional merupakan di kalangan orang-orang yang mahir dalam bahasa, kesusteraan dan juga sejarah. Historiografi nasional juga tidak hanya menggunakan sejarah terhadap orang-orang besar serta negara malah, wujud juga terhadap kemanusian dari segi kebudayaan.
Historiografi ini tidak menekankan akan kepada siapa pencatat sejarah berkenaan akan tetapi ia menekankan lebih kepada pemikiran dan juga pengaruh. Historiografi ini juga lebih kepada kisah akan sesuatu perkara yang telah dicatatkan oleh sejarawan berdasarkan fakta yang sedia ada.4 Melalui perkara tersebut, historiografi moden dapat disimpulkan 3 Seperti: Sejarah Melayu, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Aceh, Hikayat Merong, Salasilah Melayu dan Bugis dan
ain-lain lagi.
sebagai hasil yang dikumpul dari para sarjana untuk meningkatkan penekanan dalam sesuatu zaman dalam pelbagai aspek dan juga kaedah.
3.0 CIRI-CIRI HISTORIOGRAFI
Menurut John Tosh, sejarah mempunyai hubung kait dengan masa lampau. Beliau menggambarkan pada peringkat awal bahawa sejarah merupakan kajian yang betul-betul berlaku.5 Ciri-ciri penulisan sememangnya wujud dalam kalangan sejarawan barat dan
sejarawan Melayu. Historiografi sejarawan Melayu mempunyai ciri yang tersendiri dalam menghasilkan pensejarahan. Contohnya adalah seperti Sulalatus Salatin, Raja-Raja Pasai, Tuhfat al-Nafsi, Bustan al-Salatin dan lain-lain lagi. Karya ini memaparkan ciri-ciri historiografi Melayu dan ia boleh digunakan dalam penulisan kembali sejarah kebangsaan Malaysia.
3.1 HISTORIOGRAFI TRADISIONAL
MITOS DAN LAGENDA
Historiografi tradisional mempunyai beberapa ciri. Antara cirinya adalah mitos dan lagenda. Dalam penulisan Melayu sememangnya tidak asing dengan unsur mitos dan lagenda. Hal ini disebabkan sejarawan pada ketika itu menurut perintah seorang Sultan. Penggunaan unsur-unsur mitos dan lagenda ini adalah sebagai lambang kesaktian Sultan dan salah satu menghormatan kepada Sultan dan juga para pembesar sesebuah negara.6
Menurut pandangan Ismail Hamid dalam bukunya yang bertajuk The Malay Islamic Hikayat penulisan orang Melayu adalah dalam bentuk penceritaan yang lebih kepada pandangan Alam Melayu sebelum kemunculan Islam.7 Hal ini disebabkan, pada ketika itu
masyarakat Melayu di peringkat awal kesemuanya beragama Hindu. Masyarakat Melayu
5 Tosh, J., The Pursuit Of History Aims, Methods and New Directions in The Study of Modern History, 3nd ed.,
Harlow England: Longman, 2000.
6 Harun Mat Piah et.al., Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,edisi
kedua,1988.
lebih percaya kepada kuasa luar biasa dan magis seperti contoh dapat mengawal roh serta mampu menguasai dunia.8
Berbeza pula lagenda yang mana ia merupakan kisah-kisah yang berkaitan tokoh-tokoh yang terkenal pada suatu era dahulu. Boleh jadi tokoh-tokoh tersebut pernah hidup ketika sejarah tempatan atau sekadar kepercayaan sesetengah masyarakat Melayu pada ketika itu. Ciri-ciri lagenda dapat dilihat dalam sejarah Melayu. Contohnya dalam kisah Raju Suran turun ke dalam laut hinggkan peti kaca tersebut jatuh ke negeri Dika yang diduduki oleh kaum Bu Sum dan Raja Suran hidup bersama isteri dan anaknya seperti berikut:
..Maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci dan pesawat dari dalam maka Raja dihulurkan oranglah kedalam laut maka peti itu pun tenggelam
maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam
peti itu pelbagai kekayaan Allah..Maka Peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika.9
Seterusnya terdapat juga penggunaan mitos dan lagenda yang menunjukkan kegagahan dan kekuatan seorang tokoh. Antara cerita yang dapat digambarkan adalah padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuah emas apabila raja Suran turun ke Bukit SiGuntang.10
UNSUR KEAGAMAAN
Ciri historiografi tradisional yang seterusnya adalah dari segi unsur keagamaan. Unsur ini merupakan ciri yang sememangnya terdapat dalam historiografi Melayu. Selepas kemunculan ajaran agama Islam di Tanah Melayu kesemua Sultan telah memeluk Islam. Oleh hal yang demikian, sejarawan telah menggunakan unsur ini dalam menunjukkan pengaruh dan kelebihan agama Islam yang disebarkan.
8 Rajantheran,M., Sejarah Melayu: KesanHubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka,1999.
9 A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,1996.
Di sampaing itu, sejarawan juga menyatakan bagaimana penerapan ajaran agama Islam mula mendapat tempat di kalangan Sultan untuk memeluk Islam.11 antara karya yang
dapat dibuktikan adalah dalam hikayat Raja-Raja Pasai di mana pengarangnya teleh menceritakan berkenaan seorang sufi yang bernama Syeikh Ismail mengislamkan Mera Silu. Kemudian dikatakan bahawa Merah Silu membaca al-Quran setelah memeluk Islam tanpa mempelajarinya.
Diikuti dengan kisah Raja Kecil Besar di Melaka yang diislamkan. Pengislaman Raja Kecil Besar ketika bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W lalu beliau diajarkan oleh baginda mengucap dua kalimah syahadah. Setelah pengislaman beliau menukar nama kepada Sultan Muhhamad Syah. Dalam mimpi Raja Kecil Besar bertemu Rasulullah S.A.W, beliau dikhabarkan sebuah kapal akan tiba esok harinya dan beliau hendaklah turut serta berlayar. Perkhabaran berita tersebut membuatkan Raja Kecil Besar bangun dari beradu dan mendapati badanya berbau narwastu dan kemaluannya sudah berkhatan. Setelah itu, disebelah petang betul sampai kapal-kapal yang membawa Syeikh Abdul Aziz. Beliau turun dan sembahyang asar di Pasai.
Nyatalah demikian seperti dalam mimpi itu, Maka raja pun bergurulah pada
Makhdum akan tertib sembahyang
Baginda digelarnya seperti Sabda Nabi Sallaallahu Shallallahu’ alaihi wa sallam sultan Muhammad Syah.12
Terdapat juga unsur keagamaan yang dipengaruhi pengaruh Arab. Contohnya dalam karya Sulalatus Salatin yang sering mengaitkan jalan penceritaan dengan kuasa Maha Allah. Di samping itu, perkataan yang sering digunakan seperti segala makhluknya, dengan izin Allahakhbr dan sebagainya.13 Tambahan lagi, dalam karya Misa Melayu penggunaan ayat
al-Quran digunakan oleh pengarang seperti ‘Wa innallah la tukhliful miaad’ dan beberapa ayat yang lain bagi menunjukkan pengaruh Islam.14
11 Harun Mat Piah et.al., Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006. 12 A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu.
13 Ibid.
TIADA NAMA PENGARANG
Hasil karya penulisan yang dibuat kebiasaannya tidak mempunyai nama pengarang. Setiap karya yang dihasil tidak mempunyai nama penulis. Perkara ini disebabkan oleh sejarawan Melayu mahu merendah diri dengan hasil penulisannya. Di sampaing itu juga, ia merupakan sikap hormat terhadap Sultan. Buktinya dalam Sulalatus Salatin watak Tun Seri Lanang mengunakan perkataan fakir. Contoh dailog adalah:
Adapun kemudian dari itu telah berkata fakir
Yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkatan pengetahuan ilmunyaan
Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazi murakkabun alala jahlihian.15
Menurut Mahayudin Haji Yahaya (2000) suasana penulis, penyalinan dan penterjemahan Melayu diterapkan dengai nilai-nilai Islam yang mendorong untuk bersifat tawadhu. Khususnya ketika seorang pengarah adalah pengamal Tasawuf.16
Selain dari itu terdapat juga penyataan dari Amin Sweeney (1980) menyatakan bahawa norma masyarakat Melayu yang tidak mahu seseorang itu menunjuk-nunjuk diri sendiri dalam keadaan secara langsung dan nyata.17
3.2HISTORIOGRAFI MODEN
TEMA PENULISAN
Menurut tokoh barat seperti Herodotus adn juga Thucydides mereka melihat aspek politik seperti peperangan merupakan antara tema dalam penulisan yang digunakan dalam pensejarahan di Greek pada zaman pra-helenistik. Selain itu juga, Herodatus telah menggunakan dalam peristiwa Perang Parsi yang mana telah membawa kejayaan kepada Greek. Tajuk karya beliau adalah ‘Histories/ The Persian Wars’. Sepanjang kehidupan
15 A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu.
16 Mahayudin Haji Yahaya, Karya Klasik Melayu-Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 14. 17 Amin Sweeney, Authors and Audiences in Traditional Malay Literature, Berkeley: Center for South
Herodatus beliau telah menghasilkan sebanyak sembilan buah buku dan antara salah satunya adalah Sejarah Perang Pasai.18
CARA PENYAMPAIAN
Dalam menghasilkan karya cara penulisan sangat penting dalam sesebuah penulisan sejarah. Berdasarkan cara penulisan dari Herodotus dan juga Thucydides mendapati mereka menggunakan kaedah yang berbeza. Penulisan Herodotus lebih kepada objektif seperti mana dalam karya Sejarah Perang Pasai yang ingin menjaga dari hilangnya tentang perkara yang dilakukan oleh manusia. Selain itu juga, beliau mahu mengelak dari tindakan mengagungkan orang Yunani dan orang Parsi dari hilang kemasyuran.19
Berbeza pula pendapat Thucydides yang mana Perang Peloponesia lebih hebat jika dibandingkan dengan Perang Parsi. Hal ini kerana, perang ini merupakan peristiwa yang berlarutan sehingga berlakunya pelbagai kesengsaraan yang sangat dahsyat. Walau bagaimanapun Herodotus masih menggunakan cara pemerhatian dalam melihat kejadian yang berlaku selain mencari maklumat dan sumber-sumber bertulis. Herodotus juga menggunakan cara mengembara untuk meluaskan pengetahuan ke negara seperti Yunani, Mesir, Palestin, Parsi dan negara lain semasa Perang Parsi.20
Bagi Thucydides, beliau menggunakan cara melawat medan-medan perang dan dengan sendirinya mengikut aliran Hippocrates untuk memerhati dengan sendiri kejadian yang berlaku cara depan mata. Beliau juga, menggunakan temuduga akan saksi kejadian dalam mendapatkan bukti dalam mencatat fakta yang sahih.
PENGGUNAAN BAHAN
Dalam karya Perang Parsi, Herodutos menggunakan pendekatan yang baru untuk membolehkan karya itu dianggap sebagai karya pensejarahan.21 Dalam Perang Parsi
Herodotus telah menjelajah ke negara kota untuk mengumpulkan makluma dan menyambung
18 Muhd. Yusof Ibrahim. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm
32.
19 R. Suntharalingam. Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, hlm 11. 20 J. B. Bury. The Ancient Greek Historian, hlm 37.
21 Muhd Yusif Ibrahim. Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan Dan Karya.
penjelajahan ke negara persisiran Laut Mediterranean sekitar tahun 465 hingga 44 sebelum masihi. Dikatakan Herodotus menghasikan sembilan buah buku berdasarkan fakta dan tiada rekaan.22
Seterusnya dalam penyampaian Thucydides, beliau menggunakan kandungan yang berunsurkan pidato yang dimuatkan untuk menjelaskan akan sesuatu perkara. Pidato yang digunakan bukan hanya berusur politik malah ia merangkumi peperangan, pengebumian dan sebagainya. Selain itu, pidato ini merupakan tafsiran Thucydides sendiri dalam mengemukakan sesuatu perkara. Contohnya ketika wabak penyakit melanda Athens pada tahun 430 dan 429 sebelum masihi di mana beliau tidak menerangkan akan penyembuhan adalah dengan bergantung dengan nasib dari rawatan perubatan.23
4.0 PEMIKIRAN DAN PENDEKATAN
Tahap penelitian sejarah sememangnya merupakan penelitian yang digunakan untuk mempelajari peristiwa pada masa lampau. Tujuan adalah untuk membuat penulisan sebagai sistematik dan berobjektif. Terdapat lima tahap dalam historiografi sejarah iaitu menentukan topik, pengumpulan sumber (heuristik), kritikan sumber (verifikasi), pentafsiran (interpretasi) dan penulisan sejarah (historiografi).24
Menentukan topik merupakan langkah pertama. Topik dipilih dan disesuaikan dengan hal-hal berikut:
1) Keaslian topik yang hendak dikaji. Adakah topik tersebut sudah dibahaskan atau tidak.
2) Kemudahan yang wujud dengan hal-hal yang seperti:
a. Kebolehcapaian terhadap sumber dengan mudah atau sukar dalam mencari sumbe. Lebih baik memilih topik yang sudah ada dan muda dicari.
b. Kemampuan menggunakan sumber tersebut.
22 Sivachandralinham Sundara Raja. 2002. Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution
Sdn. Bhd. hlm 33.
23 Peter Gay and J. Gerald Cavenagh. 1972. Historians At Work. Jilid 1. New York Harper: Row Publisher. hlm
2.
c. Ruang lingkup perlulah disesuaikan dengan media yang akan persembahkan sebagai laporan.
3) Topik yang dipilih perlulah mempunyai nilai khas dan membawa maksud tertentu.
Pengumpulan sumber (heuristik) adalah untuk mencari dan mengumpulkan pelbagai data sebagai bentuk peristiwa untuk mengetahui akan kejadian sejarah yang sahih dan boleh diterima pakai. Oleh itu, sejarawan perlulah mencari pelbagai sumber baik melalui metode historiografi.
Kritikan sumber (verifikasi) merupakan penilaian terhadap sumber sejarah. Kritikan ini merupakan kerja intelektual dan rasional yang mengikuti metodologi sejarah guna mendapatkan matlamat suatu kejadian.25 Kritikan ini memerlukan pemeriksaan terhadap
kebenaran laporan akan sesuatu peristiwa. Antara kritikan yang perlu adalah mempersoalkan apakah sumber itu asli atau palsu. Mengkaji penggunaan dokumen sama ada dari segi bahan atau material pembuatan. Seterusnya mempersoalkan berkaitan dengan isi kandungan yang ditulis di dalamnya. Terdapat beberapa langkah dalam membuat penilain intrinsik antara:
a. Menentukan sifat sumber tersebut adakah ianya rasmi/ formal atau tidak rasmi/ informal.
b. Menilai penulis sumber disebabkan beliau merupakan informasi yang menulis kenyataan berkenaan.
c. Membandingkan setiap pandangan saksi tentang sumber yang diperolehi. Setiap soalan dikhususkan untuk memperolehi jawapan sehingga memeprolehi objektif.
Pentafsiran (interpretasi) merupakan mentafsir fakta sejaran dengan merangkaikan fakta tersebut menjadi satu kesatuan yang boleh diterima akal. Selain itu, pentafsiran juga merupakan pandangan terhadap teori akan sesuatu peristiwa. Peristiwa dulu akan dapat di tafsirkan dalam bentuk data, dokumen perpustakaan, buku dan lain-lain sehingga ia dapat mendokong proses pentafsiran.
5.0 KESIMPULAN
Historiografi merupakan tahap akhir bagi penelitian sejarah iaitu penulisan sejarah. Penulisan sejarah ini sebenarnya telah melalui beberapa proses menentukan topik, pengumpulan sumber (heuristik), kritikan sumber (verifikasi), pentafsiran (interpretasi) dan penulisan sejarah (historiografi). Kepelbagaian historiografi juga terbahagi kepada beberap jenis bahagian antaranya historiografi tradisional yang merupakan penulisan sejarah yang banyak terpengaruh dengan istana, raja dan kawasan pemerintahan. Penggunaan mitos dan lagenda memberikan corak penulisan sejarah sangat menarik dan mempunyai rentetan cerita yang seronok dibaca.
BIBILIOGRAFI
Ahmad, A. S. (1986). Sulalatus salatin (Sejarah Melayu)/diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad.
Bury, J. B. (1909). The ancient Greek historians.
Collingwood, R.G.(1976). The Idea of History. Oxford: Oxford University Press.
Drs Hariyanoo. (1995). Mempelajari Sejarah Secara Efektif. Jakarta: Pustaka Jaya
Hamid, I. (2014). The Malay Islamic Hikayat.
Kratz, E. U. (1982). Amin Sweeney: Authors and audiencces in traditional Malay literature. (Monograph Series, No. 20.) x, 83 pp. Berkeley: Center for South and South-east Asia Studies, University of California, 1980. $7. Bulletin of the School of Oriental and African Studies, 45(03), 630-631.
Muhd. Yusof Ibrahim. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Piah, H. M. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pranoto, S. W. (2010). Teori dan Metodologi Sejarah. Yogyakarta: Graha ilmu.
Purwanto, B. S. E. (2015). Mitos Kekuasaan Dunia Melayu.
RAHIM, N. A., SUJUD, A., AFFENDI, N. R. N., & ROSLAN, S. N. A. (2012). A PERSPECTIVE OF MALAY QUATRAIN IN MEDIA TECHNOLOGY. Revista de Administratie Publica si Politici Sociale, 8.
Rajantheran, M. (1999). Sejarah Melayu: kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rathbone, R. (1985). The pursuit of history: aims, methods and new directions in the study of modern history. By John Tosh. London: Longman, 1984. Pp. ix+ 205.£ 4.95 paperback. The Journal of African History, 26(2-3), 278-278.
Sartono Kartodirdjo. (1982). Pemikiran Dan Perkembangan Historiografi Indonesia.
Supriatna, N. (2006). Sejarah. PT Grafindo Media Pratama.