• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menaik taraf sistem Peparitan Kota Kinab

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Menaik taraf sistem Peparitan Kota Kinab"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

Ekonomi Perancangan dan Pembangunan

BC 30603

Perancangan dan Penilaian Projek

Tuan Haji Dullah B Haji Mullok

Tajuk Projek : Menaik taraf sistem Peparitan Kota Kinabalu

Skop Lokasi : Jalan UMS (berhadapan dengan 1 B Hypermall dan

Alamesra

Tarikh Akhir Hantar : 29 Oktober 2014

BIL

NAMA

NO MATRIK

TANDATANGAN

1.

Nurul Suhada Bt Ahmad

BB 12110466

2.

Fitrayanti Bt Rahman

BB 12110156

3.

Najaha Bt Hussien

BB 12110364

4.

Nor Umira Nazira Bt Nazir

BB 12110401

4.

Norfarizah Bt Jembri

BB 12160801

5.

Nurfarhana Bt Juani

BB 12110425

(2)

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKASURAT

1

Pendahuluan

2

2

Latar belakang

4

3

Penyataan masalah

5

4

Objektif Projek

6

5

Lokasi projek

8

6

Analisis kos dan faedah

9

7

Risiko dan ketidakpastian

14

8

Kesan kepada persekitaran

-

Positif

-

Negatif

16

17

9

Analisis kepekaan

20

10

Kesimpulan/cadangan

24

11

Lampiran

25

(3)

Pendahuluan

Di dalam kitab Ibnu al-Rurni „Kitabul I‟lan bi Ahkam Bunyan‟ atau The Book Communicating

Building Solution‟ ada menyatakan tentang masalah sistem peparitan dan saliran ataupun longkang. Ia merupakan implimentasi keimanan dalam tindakan terhadap Pencipta dan

persekitaran terutamanya. Di samping mengemukakan kaedah membina saliran yang betul

untuk menyalirkan air hujan dan juga air kumbahan atau air kotor yang di fahamkan sebagai

longkang atau parit, kitab beliau juga ada membicarakan tentang tanggungjawab

membersihkan dan menjaganya. (Zakiyah J., 2001)

Oleh itu, sistem perparitan sangat memainkan peranan yang penting bagi proses

pengawalan saliran pembentungan dari permukaan serta pengawalan kualiti air. Saliran

berfungsi untuk mengalirkan larian air ke kawasan tadahan air hujan misalnya seperti sungai,

tasik, laut dan juga kaki-kaki bukit. Justeru itu, jika sistem peparitan tidak di bina dengan

sempurna, hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah banjir kilat dan juga tanah runtuh

akibat struktur tanah yang lemah dan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu

kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan gravity.

Pergerakannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun

akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen

pembawa seperti aliran air. ( Mariana S. A.I, 2005)

Sistem perparitan ini juga merupakan suatu sistem penting yang turut berperanan untuk

menghalang tindakan air dari mengurangkan kekuatan dan ketahanan struktur tanah. Fungsi

asas sistem perparitan ini adalah mengalirkan air larian permukaan ke kawasan tertentu yang

lebih selamat dan ekonomi. Sistem ini juga merupakan sub sitem penempatan keseluruhannya.

Ia turut mempunyai peranan dalam aspek ekonomi, kesihatan, keselesaan dan keselamatan

awam. Perancangan bagi suatu sistem hendaklah selaras dengan perancangan pembangunan di

kawasan terbabit bagi memastikan sistem perparitan tersebut memenuhi keperluan. (Bazlan S.,

2010)

Perancangan bagi sistem menaiktaraf sistem perparitan hendaklah dirancang dengan

mengambil kira kepentingan sistem perparitan secara khusus. Unsur-unsur bagi penilaian

sistem perparitan ini perlulah diambil kira dalam memenuhi kehendak asas penempatan

misalnya seperti laluan semulajadi larian air, saluran-saluran dan pembentung. Masalah yang

perlu diberi perhatian adalah keadaan banjir, hal ini disebabkan kelemahan perancangan pada

(4)

kawasan yang tidak telap air yakni kawasan yang tidak meresap air misalnya jalan yang telah

diturap dengan simen atau jalan raya. Kecekapan suatu sistem dalam mengendalikan dan

mengawal larian air permukaan dapat mengawal kerosakan atau kehilangan nyawa. (Bazlan S.,

2010)

Di samping itu, aspek-aspek perancangan, pembinaan, rekabentuk, perlaksanaan dan

pengendalian sistem saliran perlu diambil kira supaya ianya mampu menjana pembangunan

dari sudut sosioekonomi dan kualiti persekitaran dapat di tingkatkan. Perancangan dan

rekabentuk peparitan dan saliran yang mengikut standard yang telah ditetapkan adalah penting

bagi mengurangkan risiko fenomena banjir dan sebagainya. Selain itu, Perancangan yang baik

dalam sistem perparitan di sepanjang bahu jalan bagi mengelakkan masalah takungan air juga

turut merupakan solusi bagi menangani masalah tersumbat. (Mariana S. A.I, 2005)

Oleh itu, kami cuba mengatasi masalah sistem saliran di bahagian lokasi yang kami

cadangkan dengan cara kami menaiktaraf sistem peparitan menggunakan roadside drain pada

kedua-dua bahagian jalan yang sebelum ini peparitan yang sedia ada hanya ada di bahagian

tengah jalan raya. Ia memerlukan hampir 4.0 kilometer untuk menyalurkan air hujan yang

bertakung di jalan raya ke Sungai Rempayan iaitu 1.9 kilometer dari lokasi kejadian. Kami

mendapati ianya mampu membantu mengatasi masalah utama bagi lokasi tersebut iaitu sistem

(5)

Latarbelakang

Kota Kinabalu merupakan sebuah bandar utama di Negeri Sabah di bawah Bayu. Kota

Kinabalu yang bermula dari kawasan persisiran pantai yang dipenuhi belukar yang telah

bertukar menjadi sebuah Bandar besar yang sibuk dan sesak dengan kepadatan penduduk dan

pembangunan yang semakin berkembang.

Dari segi budaya dan sejarahnya, negeri Sabah mempunyai populasi penduduk pada

tahun 2010 iaitu seramai 5,943 000 juta orang dan rakyat yang berbilang bangsa yang terdiri

daripada pelbagai suku dan kaum serta di fahamkan mempunyai 35 suku kaum. Kaum-kaum ini

mempunyai adat resam, kebudayaan dan agama mereka masing-masing. Di samping itu, dari

segi taraf hidup, rata-rata penduduk asli Bumi Sabah menikmati kehidupan yang mewah. Hal ini

kerana, hasil usaha kerajaan yang senantiasa ingin meninggikan taraf hidup dan ekonomi

mereka yang banyak tertumpu kepada kaum Bumiputera melaui bantuan pendidikan,

bimbingan, perniagaan dan sebagainya. Kegiatan ekonomi Sabah banyak tertumpu pada aktiviti

mengeksport kayu balak dimana, hutan negeri ini kaya dengan pelbagai jenis pokok kayu yang

bermutu tinggi. Oleh sebab itu, sektor perhutanan menjadi tulang belakang bagi ekonomi

negeri Sabah. ( Kim T.L dan Norzima, 1994)

Sabah mempunyai keluasan 73 711 kilometer persegi. Sabah merupakan negeri yang

kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. ( Kim T.L dan Norzima, 1994) Keluasan lokasi

projek menaiktaraf sistem perparitan yang akan di jalankan adalah bersamaan 351 kilometer

persegi iaitu di daerah Kota Kinabalu. Lokasi projek menaiktaraf sistem peparitan ini

menfokuskan kepada laluan utama dari Pekan besar Kota Kinabalu ke Tuaran dan ke utara

Sabah iaitu Kundasang, Tamparuli, Ranau , Kudat, Kota Belud dan sebagainya. Lokasi ini juga

berhadapan dengan Gedung Membeli belah terbesar di Sabah iaitu 1B Hypermall dan

berhampiran dengan Universiti yang menjadi kebanggaan Bumi Sabah iaitu Universiti Malaysia

Sabah. Lokasi ini juga merupakan laluan utama ke bangunan pentadbiran Kota Kinabalu dan

laluan utama bagi pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah khususnya.

Di samping itu, lokasi yang kami akan jalankan ini biasanya mempunyai masalah banjir

yang kerap di mana terdapatnya sisa pembentungan yang tidak effisien dan menyebabkan air

hujan bertakung di jalan raya seterusnya akan menghalang perjalanan kenderaan yang melalui

jalan tersebut. Maka dengan itu, kami menilai masalah utama dalam berpandukan

(6)

Penyataan Masalah

Masalah yang dihadapi di kawasan kajian kami ialah banjir yang berlaku akibat dari

hujan yang berterusan disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak cekap dan tidak terurus.

Dimana, jumlah sistem perparitan yang dibina adalah kurang dan kecil. Keadaan ini

menyebabkan parit tersebut tidak dapat menampung jumlah air terutamanya ketika musim

hujan. Selain itu, sistem perparitan yang tidak cekap menyebakan air melimpah ke jalan raya

dan kawasan sekeliling yang berhampiran dengan sistem perparitan. Keadaan ini bukan sahaja

menimbulkan masalah banjir bahkan menimbulkan kesesakan jalan raya yang sekaligus

memberi kesusahan kepada pengguna jalan raya untuk lalu kawasan tersebut. Oleh itu sistem

perparitan memerlukan pengawasan yang berterusan terutamanya kawasan-kawasan yang

kerap berlakunya masalah banjir. Di samping itu, sistem perparitan perlu di selenggara dari

semasa ke semasa untuk mengelakkan parit tersumbat. (Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed

Hussien, 2003)

Kawasan kajian kami ialah kawasan sekitar hadapan 1Borneo Hypermall yang

merupakan salah satu kawasan yang mampan dengan pembandaran. Pembandaran yang pesat

di sekitar 1Borneo menyebabkan banyak kawasan yang di modenkan, di mana kawasan tanah

rendah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit dan anak sungai serta

lembah yang telah ditembus dikawasan tersebut. Pembandaran yang pesat menyebabkan

banyak tanah lapang yang disimen untuk aktiviti pembangunan, perniagaan, pendidikan dan

perumahan di kawasan sekitar kajian kami. Oleh itu, air hujan tidak mampu diserap oleh bumi

yang menyebabkan masalah banjir ketika hujan lebat dan berterusan. Perkara ini diburukkan

lagi apabila di kawasan tersebut mempunyai sistem perparitan yang tidak effisien dan kecil

untuk menjimatkan ruang di kawasan berkenaan. (Malaysian Ghost Research Dalam

Pendidikan)

Hasil tinjauan kami, kawasan sekitar berhadapan 1Borneo Hypermall mempunyai sistem

perparitan yang tidak terurus dimana terdapat beberapa parit yang tersumbat dan berbau.

Sistem perparitan yang tidak terurus menunjukkan parit di kawasan tersebut mempunyai

longgokan sampah, kayu-kayu, bekas-bekas botol, daun-daun dan sebagainya menyebabkan

parit tersumbat. Keadaan ini sekaligus mengakibatkan pengaliran air menjadi tidak lancar.

Kawasan parit yang tersumbat turut menganggu masyarakat setempat kerana parit tersebut

mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dalam jangka masa yang lama. Bahkan jika

(7)

Objektif Kajian

Objektif daripada Pojek naik taraf sistem perparitan di kawasan Kota Kinabalu adalah:

1. Meningkatkan taraf saliran perparitan

2. Menjadikan kota kinabalu bandar yang selamat dan bersih

3. Mengurangkan kadar kebajiran yang berlaku di kawasan Kota Kinabalu

4. Meningkatkan keselesaan penduduk setempat.

Objektif untuk meningkatkan taraf saliran perparitan di Kota Kinabalu adalah untuk

meningkatkan taraf aliran air yang lebih terancang di perparitan yang sering kali dilanda banjir.

Dengan meningkatkan taraf saliran perparitan ini, ia dapat menampung kandungan air yang

akan melalui saliran tersebut. Oleh itu, sekiranya hujan turun dalam jangka waktu yang panjang

kawasan yang sering dilanda banjir tidak lagi mengalami kesulitan ini.

Seterusnya objektif bagi menaik taraf sistem perparitan ini bertujuan untuk menjadikan

Kota Kinabalu sebuah bandar yang selamat dan bersih adalah kerana, apabila bandar Kota

Kinabalu sering kali dilanda banjir atau parit tersumbat ia akan memberi kesan kepada

kesalamatan rakyat setempat serta mencemari keindahan dan kebersihan bandar Kota

Kinabalu. Hal ini kerana apabila banjir dan parit tersumbat berlaku ia akan menyebabkan

pelbagai penyakit akan timbul dimana akan membuatkan keselamatan rakyat setempat akan

terjejas. Tambahan lagi, apabila berlaku banjir atau parit tersumbat berlaku akan menimbul bau

yang tidak menyenangkan serta banyak sampah sarap. Situasi ini akan menyebabkan

kebersihan di bandar Kota Kinabalu dicemari.

Mengurangkan kadar kebajiran yang berlaku di kawasan Kota Kinabalu menjadi objektif

dalam menaik tarafkan sistem perparitan di Kota Kinabalu kerana, apabila sistem perparitan di

Kota Kinabalu di naik tarafkan ini akan menyebabkan parit dapat menampung jumlah air yang

banyak ketika hujan. Bahkan ia dapat menyalirkan air dengan baik serta menggurangkan

takungan air yang akan menyababkan banjir yang kecil, bau serta kerosakan jalan. Projek

menaik taraf perparitan ini akan membuatkan saiz parit akan lebih besar dan kedalam sesebuah

parit itu lebih dalam daripada parit biasa. Ini akan menjadikan parit tersebut lebih efektif untuk

mengalirkan air dan menampung air hujan ketika musim hujan.

Banjir dilaporkan sering berlaku akibat sistem perparitan yang tidak efektif bukan sahaja

berlaku di bandar Kota Kinabalu tetapi juga berlaku di setiap negeri sebagai contoh di Kuala

(8)

akhbar dari berita wilayah, kerajaan telah memperuntukkan RM6.05 juta untuk menaik taraf

sistem perparitan di George Town. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan dan Pengurusan

Lalu Lintas negeri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri bercadang untuk meningkatkan

keupayaan kadar air longkang sedia ada i kawasan berkenaan yang berukuran dua meter ke

saiz yang lebih besar iaitu 3.6 meter hingga 4.8 meter. Beliau berkata lagi “ Saya percaya orang Pulau Pinang tahu keadaan di Jalan Transfer dan Jalan Hutton, iaitu kawasan yang selalu

dilanda banjir sejak berpuluh-puluh tahun. Antara penyumbang kepada banjir adalah alitan air

balik yang tinggi di laut”. (Berita Wilayah: Naw Naw KLS, 15 okt 2014)

Menaik taraf perparitan ini bukan sahaja mengurangkan kadar banjir bahkan

meningkatkan keselesaan kepada penduduk setempat. Hal ini kerana, jika saliran perparitan

semakin baik, ia memberi keselesaan kepada penduduk setempat dengan menggurangkan

kesesakan jalan raya, menggurangkan kerosakan jalan serta memberi keselesaan kepada orang

ramai yang tinggal dan melalui kawasan tersebut. Malah, ia juga menunjukkan bahawa rakyat

Malaysia sangat prihatin terhadap kebersihan berikutan bandar Kota Kinabalu merupakan

tempat fokus pelancongan dari dalam mahupun luar Negara. Apabila kesesakkan jalan berlaku

akibat daripada parit tersumbat dan menyebabkan banjir, orang ramai terpaksa menggunakan

satu jalan sahaja untuk ke tempat yang ingin dituju dan ini akan menyebabkan penduduk di

kawasan tersebut tidak berasa selasa dangan keadaan seperti itu. Tambahan lagi, bajir dan

parit tersumbat akan menyebabkan jalan raya mengalami kerosakan. Hal ini kerana, air yang

bertakung akan menyebabkan tanah mendap dan merosakkan tar jaln hingga membuatkan

jalan berlubang. Keadaan ini membuatkan para pemandu kenderaan tidak selamat ketika

(9)

Lokasi Projek

Keluasan lokasi projek menaiktaraf sistem perparitan yang akan di jalankan adalah

bersamaan 351 kilometer persegi iaitu di daerah Kota Kinabalu. ( Kim T.L dan Norzima, 1994).

Akan tetapi lokasi projek kami ini hanyalah di laluan utama dari Pekan besar Kota Kinabalu ke

Tuaran dan ke utara Sabah iaitu Kundasang, Tamparuli, Ranau, Kudat, Kota Belud dan

sebagainya. Lokasi ini juga berhadapan dengan Gedung Membeli belah terbesar di Sabah iaitu

1B Hypermall dan berhampiran dengan Universiti yang menjadi kebanggaan Bumi Sabah iaitu

Universiti Malaysia Sabah. Lokasi ini juga merupakan laluan utama ke bangunan pentadbiran

Kota Kinabalu dan laluan utama bagi pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah khususnya.

Kawasan ini acap kali dilanda banjir terutama sekali apabila berlakunya hujan yang

berpanjangan menyebabkan kesesakkan jalan di kawasan tersebut. Hal ini kerana, pemandu

terpaksa mengelak kawasan yang dalam supaya kenderaan mereka tidak menggalami

kerosakan seperti dimasuki air pada enjin kenderaan. Di kawasan ini turut terdapatnya sistem

peparitan yang sedia ada tetapi sistem tersebut jauh dari lokasi yang sering berlakunya banjir.

Dari sudut pemerhatian ini, kami mendapati bahawa sistem peparitan sedia ada tidak dapat

membantu masalah yang timbul. Oleh hal yang demikian, kami bersetuju untuk bekerjasama

dengan Jabatan Kerja Raya Sabah bagi menaiktaraf sistem peparitan di kawasan tersebut.

(Lihat Rajah 1.0 dan 2.0 di bahagian lampiran)

(10)

Analisis Kos dan Faedah

Anggaran Kos

Penganggaran kos adalah merupakan salah satu langkah yang paling penting dalam

pengurusan sesuatu projek. Anggaran kos dapat menetapkan sesuatu garis dasar bagi kos

projek di pelbagai peringkat pembangunan projek. Anggaran kos pada peringkat pembangunan

projek adalah merupakan ramalan yang disediakan oleh jurutera. Menurut Persatuan Amerika

Jurutera Kos, kejuruteraan kos ditakrifkan sebagai kawasan yang amalan kejuruteraan di mana

penilaian teknik dan pengalaman yang digunakan dalam penerapan prinsip-prinsip dan

teknik-teknik saintifik kepada masalah anggaran kos, kawalan kos dan keuntungan.

Kos pembinaan bagi sesebuah projek terbahagi kepada dua iaitu, kos modal permulaan

dan kos operasi dan penyelenggaraan berikutnya. Peruntukan kos daripada akaun digunakan

untuk membangunkan fungsi kos pmbedahan diamana setiap jenis pengeluaran boleh diberikan

kepada ciri-ciri tertentu operasi. Selain tu, kos alokasi perlulah berkaitan dengan kategori kos

asas dalam proses peruntukan. Hal ini desebabkan, hubungan sebab dan akibat antara faktor

pengagihan dan item kos tersebut tidak dapat dekenal pasti. Dalam projek pembinaan, kos asas

dapat diklasidikasikan mengikut lima perkara iaitu (1) tenaga kerja, (2) bahan, (3) peralatan

pembinaan (4) penyeliaan pembinaan, dan (5) di atas kepala kontraktor umum. Kos asas

kemudian boleh diperuntukan secra proporsional kepada pelbagai tugas yang subbahagian

sesuatu projek.

kos bagi sesuatu projek ini bergantung kepada jenis longkang yang ingin dibuat, saiz dan

lokasi projek dan juga organisasi pengurusn, antara banyak pertimbangan. Hal ini adalah

penting untuk reka bentuk dan pembinaan keranan kos pembinaan adalah kos utama dan kos

komponen lain adalah tidak penting. Bagi pembinaan Roadside Drain ini, kos tenaga buruh,

matrial dan alatan adalah utama dalam memastikan projek ini berjlan dengan lancer dan

jayanya. Oleh itu, anggaran kos telah dibuat bagi memastikan projek ini berjalan dengan

(11)

Anggaran Kos Operasi:

Buruh dan material untuk penyelenggaraan dan pembaikan

1. buruh

2. pipe culvert (with dry weather flow)

3. Bata

Sebanyak 2,167 unit pipe culvert diperlukan untuk membuat parit sepanjang 3900 meter

(12)

Simen

1bag = RM18

1m2 = 1beg simen

1 X 3900meter = 3900 beg

Sebanyak 3900 beg simen diperlukan untuk memasang pipe culvert

Anggaran Kos

 Buruh dan material untuk penyelenggaraan dan

pembaikan (a)

taraf sistem peparitaan di jalan UMS Kota Kinabalu, Sabah.

PV(COST)= 1,060,060 + 1,123,664/ (1+0.05)0.5

= RM 2,131,096.41

FV = PV (1+i)n

FV = 2,131,096.41(1+0.05)0.5

(13)

Anggaran Faedah

Antara faedah yang boleh diperolehi daripada projek naik taraf perparitan di kawasan ini terdiri

daripada dua jenis faedah iaitu faedah kewangan dan faedah bukan kewangan.

Faedah kewangan ialah merujuk pada kos yang dianggarkan untuk projek ini sekiranya

dijalankan pada masa sekarang dan dalam tempoh 3 tahun dari sekarang. Merujuk pada jumlah

anggaran kos sebenar sekiranya projek ini dilaksanakan pada masa sekarang adalah seperti

berikut.

Kaedah Pengiraan:

PV(COST)= 1,060,060 + 1,123,664/ (1+0.05)0.5

= RM 2,131,096.41

Andaian sekiranya projek ini dilaksanakan pada tiga tahun akan datang, setelah meletakkan

anggaran dari segi gaji atau upah pekerja, masa, kos pengangkutan dan bahan-bahan yang

digunakan untuk melaksanakan projek tersebut, faedah sebenar pada tahun pertama

dianggarkan sebanyak RM 400 000, tahun kedua ialah RM 689 000 dan tahun ketiga ialah RM

755 000.

Faedah bukan kewangan ialah dapat mengatasi masalah banjir, memberi keselesaan

pada pengguna jalan raya dan memastikan Bandar mempunyai sistem perparitan yang

diselenggarakan dengan berkesan dan baik. Mengatasi masalah banjir adalah faedah utama

apabila ia berkait rapat dengan objektif projek ini dilaksanakan. Sebagaimana yang diterangkan

pada penyataan masalah bahawa masalah banjir di kawasan ini terjadi apabila hujan lebat dan

ia menyebabkan jalan raya dipenuhi dengan air yang datang daripada sistem perparitan yang

tidak sistematik. Ini menyebabkan para pengguna yang tinggal berdekatan di kawasan ini tidak

(14)

perparitan dijalankan, maka kita dapat mengatasi masalah banjir ini ketika hujan lebat. Air

longkang yang penuh dapat mengalir dengan baik. Masalah banjir kilat dapat diatasi dengan

efektif melalui sokongan meluluskan projek naik taraf sistem perparitan ini.

Seterusnya ialah dapat memberi keselesaan kepada para pengguna jalan raya. Apabila

projek ini dilaksanakan, air longkang tidak lagi melimpah ke atas permukaan jalan raya. Kita

juga dapat mengatasi masalah bau busuk yang datang dari longkang apabila sistem perparitan

ini dinaiktaraf kerana menjaminkan sistem pengairan air yang baik. Maka, pengguna jalan raya

dapat meneruskan perjalanan mereka tanpa terganggu dengan keadaan yang kurang

menyenangkan seperti ini.

Sistem perparitan ini berdekatan dengan jalan raya utama yang menjadi laluan orang

ramai. Oleh itu, wajar sekiranya sistem perparitan ini diselenggarakan dengan baik agar dapat

mencapai matlamat jabatan Perancang Bandar dan wilayah untuk memastikan Bandar dalam

keadaan yang baik dan harmoni. Sokongan kerajaan dalam pelaksanaan projek naik taraf

sistem perparitan ini amat diperlukan. Jadi, usaha meluluskan projek ini hendaklah disegerakan

(15)

Risiko dan Ketidakpastian

Mengikut Maylor (2003), definisi risiko boleh dibahagikan kepada dua kategori utama

iaitu risiko bermaksud sebarang keberangkalian untuk mengalami kerosakkan, kecederaan,

mudarat atau kehilangan. Manakala definisi kedua risiko membawa erti ketidakpastian yang

wujud dalam rancangan dan keberangkalian yang berlaku di luar jangkaan yang akan

menjejaskan peluang untuk mencapai kejayaan atau matlamat projek.

Masalah atau risiko yang dihadapi dalam projek menaiktaraf sistem perparitan ialah

keselamatan di mana kawasan pembinaan ini boleh memberi bahaya sama ada kepada perkerja

atau orang awam. Pekerja-pekerja terdedah dengan bahaya, kecederaan dan kehilangan

disebabkan beban, objektif tajam, bahan kimia, habuk dan lain-lain kerana mereka yang

menguruskan segala penambahbaikan sistem perparitan. Manakala keselamatan kepada

pengguna ialah apabila kawasan pembinaan parit berhampiran dengan kawasan awam. Sebagai

contohnya 1 Borneo merupakan pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan masyarakat awam

dan pihak tertentu tidak dapat menutup keseluruhan bangunan untuk menaikan taraf sistem

perparitan di kawasan sekitanya. Oleh itu, risiko keselamatan terhadap orang awam amat tinggi

di kawasan tersebut. (Noornadia 2010)

Menurut Dallas (2006) terdapat dua risiko yang akan wujud dalam sudut kualiti sesuatu

projek iaitu pematuhan spesifikasi dan manfaat yang diperolehi. Kualiti sistem perparitan boleh

terjejas jika kontraktor tidak mempunyai kemahiran yang selayaknya mengambil alih projek

tersebut. Sebagai contohnya kontaraktor yang gagal mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan

dalam dokumen kontrak akan menyebabkan mereka mengalami masalah kekurangan pekerja

dan peralatan untuk membolehkan projek tersebut siap seperti yang ditetapkan. Selain itu,

kualiti perparitan turut terjejas disebabkan oleh kualiti bahan yang digunakan tidak bagus dan

murah menyebabkan sistem perparitan yang di buat tidak utuh dan tahan lama. Oleh itu, di

penghujung projek tersebut, pembinaan tidak dapat disempurnakan dengan kualiti dan

spesifikasi yang dimahukan. Manakala risiko manfaat yang diperolehi wujud disebabkan oleh

kekurangan dalam pengurusan infrastruktur seperti dalam proses reka bentuk dan keadaaan

sekeliling projek dijalankan.

Selain itu, aspek tempoh masa merupakan salah satu ketidakpastian yang boleh berlaku

dalam naiktaraf sistem perparitan. Risiko ini boleh dikategorikan sebagai risiko operasi, di mana

ianya meliputi tempoh masa yang telah ditetapkan untuk penaiktaraf sistem perparitan dapat

(16)

sebagai contohnya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan kontraktor seperti berlaku

kerosakan dalam mesin atau jentera. Kerosakkan yang terjadi menyebabkan pekerja tersebut

tidak dapat menyambung pekerjaan mereka dan menyiapakan tugasan seperti yang telah

dirancang dalam jadual. Perkara ini bukan sahaja merugikan masa mereka tetapi akan

menjejaskan reputasi syarikat dan menyebabkan syarikat kehilangan peluang dalam

perniagaan. (Noornadia 2010)

Seterusnya, penglibatan kos dalam projek boleh dikategorikan sebagai risiko

ketidakpastian. Peruntukan atau sumber yang digunakan dalam naiktaraf sistem perparitan

ialah tenaga kerja, bahan binaan dan peralatan mesin yang dibayar mengikut kadar semasa

yang telah ditetapkan. Peningkatan kos yang melebihi bajet yang disediakan berlaku apabila

projek naiktaraf tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dan berlaku

penangguhan projek disebabkan oleh kerosakkan mesin. Selain itu, risiko kos melebihi bajet

berlaku apabila terdapat pekerja yang berhenti secara drastik atau cuti sakit. Hal ini

menyebabkan kurangnya tenaga kerja di kawasan pembinaan yang akan melambatkan proses

(17)

Kesan terhadap Persekitaran

Alam Sekitar Akibat Aktiviti Menaiktaraf Sistem

Perparitan.

Kesan Positif

(a) Penjagaan alam sekitar yang bersih

Projek menaiktaraf sistem perparitan ini akan membawa banyak kesan positif terhadap alam

sekitar. Sistem perparitan merupakan salah satu perkara terpenting yang perlu di titikberatkan

dalam menjalankan sesuatu proses pembandaran sesuatu kawasan. Di bandaraya Kota

Kinabalu misalnya, sistem perumahan yang berpolakan petempatan berpusat menampakkan

bangunan dan perumahan di bina secara berdekatan. Hal ini memerlukan sistem perparitan

yang teratur dan dapat malancarkan sistem saliran secara sistematik. Kesan positif yang utama

dalam projek menaiktaraf sistem perparitan ini adalah dapat mewujudkan bandar kota kinabalu

sebagai bandar yang bersih dan mempunyai sistem saliran perparitan yang sistematik. Di

bandaraya Kota Kinabalu, pengurusan sistem perparitan ini adalah di bawah unit Jabatan

Kejuruteraan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (Pelan Strategik Bandaraya Kota Kinabalu, 2011).

Kesan-kesan buruk daripada masalah perparitan yang tidak teratur dapat di kurangkan misalnya

masalah banjir yang sering berlaku di kawasan-kawasan yang mempunyai sistem perparitan

yang terlalu sempit. Di sebabkan oleh perparitan yang sempit ini wujudlah masalah seperti air

parit yang melimpah keluar apabila hujan lebat dan mengalirkan air ke kawasan jalan raya. Jika

hujan berterusan, masalah banjir akan berlaku di kawasan tersebut.

(b) Mengatasi masalah banjir

Di bandar kota kinabalu misalnya, kawasan setempat yang sering mengalami masalah

banjir akibat daripada sistem perparitan adalah seperti di kawasan sg. Moyog(Penampang), Sg.

Petagas (Kota Kinabalu) dan Sg. Dambai (Kota Kinabalu). Bagi kawasan-kawasan tersebut,

kerajaan telah meluluskan sejumlah RM36.0 juta bagi Rooling Plan pertama di bawah

Rancangan Malaysia Ke-10 dalam pelaksanaan Program Tebatan Banjir Sabah. Di samping itu,

kerajaan negeri juga telah meluluskan sejumlah RM53.5 juta bagi tempoh yang sama bagi 7

program yang bertujuan mengurangkan masalah banjir di Kota Kinabalu yang turut melibatkan

bandaraya lain seperti Tawau, Sandakan, Beaufort dan Tenom (Ulasan Menteri Sumber Asli dan

alam sekitar, Sidang Dewan Negara,2011).

(c) Mengelakkan pembiakan haiwan pembawa penyakit

Apabila sistem perparitan ini di naiktaraf, masalah pengaliran air daripada kawasan

(18)

gangguan seperti masalah tersumbat dan air bertakung sehingga menggangu ketenteraman

penduduk dan masyarakat setempat. Hakikatnya, jika sistem perparitan tidak di selenggara dan

di urus dengan baik, pembiakan haiwan-haiwan pembawa penyakit akan cepat membiak.

Pengurusan perparitan secara taratur amat perlu untuk mengelakkan haiwan-haiwan tersebut

mejadikan kawasan perparitan sebagai habitat utama. Oleh itu, projek menaiktaraf sistem

perparitan di daerah ini akan membawa kesan positif kerana salah satu habitat utama bagi

haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan lalat dapat di musnahkan

sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit merbahaya seperti Denggi, Malaria, dan

kencing tikus.

(d) Penjagaan habitat hidupan sungai dan lautan

Perparitan yang sistematik di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu juga amat penting

kerana ia memberi pengaruh terhadap persekitaran habitat hidupan sungai dan laut. Hal ini

demikian sesetengah sistem perparitan di kawasan perumahan dan kilang-kilang misalnya akan

di salirkan ke kawasan laut dan sungai. Jika sistem perparitan ini di selenggara dengan baik,

pengaliran air daripada parit atau longkang ke sungai dan laut adalah bersih daripada toksik

berbahaya yang datangnya dari sampah dan sisa buangan perindustrian. Dengan itu, habitat

hidupan sungai dan laut dapat terpelihara dengan baik. Hal ini juga akan mendukung hasrat

kerajaan dalam menjadikan bandaraya Kota Kinabalu sebagai bandar Hijau.

Kesan Negatif

(a) Kesesakan lalu lintas.

Projek menaiktaraf sistem perparitan di bandar Kota Kinabalu dikatakan boleh mengundang

beberapa kesan negatif kepada persekitaran dan juga penduduk. Hal ini demikian kerana

kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan terletak berdekatan dengan bahu jalan dan ia membabitkan

sepanjang jalan di kawasan pembinaan. Disebabkan kawasan tersebut adalah merupakan jalan

untuk menuju ke kawasan bandar, jadi banyak kenderaan yang sentiasa lalu lalang

menggunakan jalan tersebut termasuklah lori besar dan juga bas. Disebabkan kerja-kerja

menaiktaraf sistem perparitan ia adalah sedikit akan mempengaruhi sistem pergerakan jalan

raya dimana pergerakan lori menghantar barang keluar masuk ke kawasan pembinaan sistem

perparitan.

Tambahan pula, di kawasan tersebut mempunyai lampu isyarat yang akan

(19)

perparitan selesai sepenuhnya. Selain itu juga, pengguna jalan raya hendaklah mencari

alternatif lain untuk ke destinasi serta bijak mengatur masa perjalanan.

(b) Peningkatan Suhu

Projek menaiktaraf sistem perparitan merupakan aktiviti penambahbaikkan daripada

yang sedia ada dilebarkan ataupun disambungkan supaya sistem tersebut lebih berkesan atau

terancang. Sebagai contohnya, untuk melebarkan sistem perparitan ia melibatan kerja-kerja

seperti mencantas tumbuhan-tumbuhan kecil, pokok-pokok yang besar harus ditebang di

sepanjang kawasan pembinaan. Apabila banyak pokok ditebang, ia menyebabkan kawasan

tersebut terdedah dengan cahaya matahari. Memandangkan bandar Kota Kinabalu berdekatan

dengan pantai dan pulau, peningkatan suhu akan menyebabkan peningkatan aras laut yang

akan akan menyebabkan berlakunya banjir. Selain itu, kerosakan struktur pantai menerusi

hakisan tanah juga akan berlaku. Selain itu, juga peningkatan suhu juga boleh menjejaskan

kesihatan manusia terutamanya penduduk di kawasan bandar Kota Kinabalu. Contohnya,

kemungkinan besar seseorang akan mengalami tekanan jantung jika tidak dapat menyesuaikan

diri dengan perubahan keadaan suhu sekeliling terutamanya golongan tua yang mempunyai

risiko penyakit yang lebih tinggi. Penyakit-penyakit seperti batuk dan selsema juga mudah

tersebar ekoran daripada keaadaan suhu sekeliling yang tinggi. Di samping itu juga, seseorang

itu juga akan mudah berasa letih dan tidak bersemangat untuk bekerja jika suhu disekeliling

adalah tinggi (Jager, 1983).

(c) Perubahan Pandang Darat (budaya dan fizikal)

Kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan juga membawa perubahan terhadap

komponen fizikal apabila pokok-pokok itu ditebang untuk tujuan menaiktaraf sistem perparitan

ianya akan membentuk pandang darat budaya. Selain itu aktiviti mengorek tanah pula akan

mengubah pandang darat fizikal di kawasan tersebut. sebagai contohnya, tanah yang dikorek

mungkin akan meninggalkan lubang-lubang kecil yang dalam dan sukar ditimbus. Hal ini akan

menyebabkan kawasan tersebut mejadi gondol dan gersang. Selain itu juga, untuk melebarkan

kawasan parit, pandang darat budaya seperti stesen bas, pasar awam yang berdekatan dengan

kerja-kerja menaiktaraf harus dirobohkan untuk memberi laluan kepada kerja menaiktaraf.

(d) Pencemaran udara

Kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan seperti aktiviti memotong, melebur tembaga

dan besi serta memasang peralatan perparitan juga akan memberi kesan kepada kualiti udara

(20)

polimer,logam plastik dan sebagainya akan menyebabkan habuk dan debu berterbangan di

ruang udara seperti di sepanjang jalan berhampiran tapak naiktaraf perparitan di kawasan

berkenaan tercemar dengan ampaian habuk-habuk dan debu-debu. Selain itu juga

tumbuhan-tumbuhan kecil yang dicantas seterusnya dibakar akan mencemarkan kualiti udara serta

pembebasan karbon dioksida di kawasan tersebut. Ia juga akan memberikan kesan buruk

kepada kesihatan manusia kerana udara yang kotor akan mengganggu sistem pernafasan

(21)

Analisis Kepekaan

Dalam penerangan analisis kepekaan, projek yang akan di jalankan iaitu projek menaiktaraf

sistem perparitan di sekitar kawasan kota kinabalu banyak memberikan impak terhadap

persekitaran. Namun begitu, setiap projek yang bakal di jalankan sudah pasti mempunyai

halangan yang tidak dapat di elakkan untuk mencapai kesempurnaan projek yang bakal di

jalankan. Perubahan yang berlaku adalah samada dari segi perubahan sebahagian harga input

atau output atau perubahan kadar faedah ataupun perubahan lain. Setiap perubahan yang

wujud semestinya akan memberi impak terhadap pelaksanaan projek. Di dalam projek

menaiktaraf sistem perparitan ini, perubahan yang di jangka adalah dari segi kos perbelanjaan,

faedah dan pemilihan kawasan projek.

1) Perubahan kos perbelanjaan:

Dalam sesuatu projek, kos perbelanjaan adalah aspek utama yang perlu di nilai. Kos ini

melibatkan kos sebelum dan selepas projek di jalankan. Misalnya, di dalam projek

perparitan yang bakal di jalankan ini, jumlah kos adalah RM 1,060,060

Pengiraan analisis kepekaaan( sensitivity analysis):

Di andaikan kos buruh dan material projek mengalami perubahan peningkatan sebanyak

10%

Jenis Kos Harga (RM) Perubahan sebanyak 10%

KOS

(22)

 lain-lain kos 20,000 20,000

Total COSTs 1,060,060 1136,566

Andaikan Cukai Pendapatan

(5%) 63,603.6

56,828.3

Anggaran Kos Sebenar 1,123,664 1,193,394.3

*Dengan perubahan kos buruh dan material, berlaku perubahan terhadap kos sebanyak

RM 76506 dan menjadi RM841,566. Jumlah kos telah bertambah kepada RM 1136,566.

Analisis NPV baru selepas perubahan pembolehubah:

PV (COST) = 1136,566+ 1,193,394.3/ (1+0.05)0.5

= RM 2,273,808.427

PV (BENEFIT) = RM 400 000/ (1+.05)1 + RM 689 000 /(1+.05)2 + RM 755 000/(1+.05)3

PV (BENEFIT) = RM 380,952.38 + RM 624,943.31 + RM 652,197.39

PV (BENEFIT) = RM 1,658,093.08

Analisis NPV:

NPV= PV(BENEFIT) PV (COST)

= RM1,658,093.08- RM 2,273,808.427

= RM -615715.347

*Nilai NPV adalah negatif iaitu NPV<0, hal ini bermakna projek tidak akan memberi pulangan

dalam tempoh anggaran 3 tahun mendatang. Jika berlaku perubahan terhadap pemboleh ubah

(23)

2) Perubahan kadar faedah

Dengan andaikan kadar Faedah sebanyak 5% dan proses perjalanan projek selama 6 Bulan

maka ia menjadi 0.5 daripada 1 tahun

FV = n

PV =

PV (COST) = 1,060,060 + 1,123,664/ (1+0.05)0.5

PV (COST) = RM 2,131,096.41

PV (BENEFIT) = RM 400 000/ (1+.05)1 + RM 689 000 /(1+.05)2 + RM 755 000/(1+.05)3

PV (BENEFIT) = RM 380,952.38 + RM 624,943.31 + RM 652,197.39

PV (BENEFIT) = RM 1,658,093.08

NPV = PV (BENEFIT) – PV (COST)

NPV = 1,658,093.08 - 2,131,096.41

= RM-(473,003.33)

*Jika berlaku kenaikan kadar faedah sebanyak 2% maka pengiraan NPV baru

adalah seperti berikut:

PV(COST) = 1,060,060 + 1,123,664/ (1+0.07)0.5

PV(COST) = RM 2,111,085.68

PV (BENEFIT) = RM 400 000/ (1+.07)1 + RM 689 000 /(1+.07)2 + RM 755 000/(1+.07)3

PV (BENEFIT) = RM 373,831.8 + RM 666,081.4 + RM 729,886.04

(24)

New NPV = PV (BENEFIT) – PV (COST)

=RM 1,769,805.21- RM 2,111,085.68

=RM - 341,280.43

*Nilai NPV adalah negatif iaitu NPV<0, hal ini bermakna projek tidak akan memberi pulangan dalam tempoh anggaran 3 tahun mendatang. Jika berlaku perubahan terhadap pemboleh ubah

kadar faedah maka projek tidak boleh di teruskan.

Selain itu, terdapat juga perubahan dari segi quantitative terdapat juga perubahan lain yang di

jangka berlaku terhadap pelaksanaan projek di masa hadapan yang bakal memberi kesan

terhadap projek yang di jalankan misalnya:

3) Pemilihan kawasan projek:

Terikat dengan ordinan kerja-kerja perparitan:

Setiap projek perparitan yang di jalankan selalunya berdepan dengan masalah pengunaan

kawasan tanah awam ataupun tanah pemilikan persendirian. Projek yang di jalankan haruslah

mematuhi piawaian yang di tetapkan mengikut ordinan pengambilan tanah sedia ada.

contoh:

Sumber: Datuk Hj. Sukarti B. Wakiman(2011) , warta kerajaan negeri sabah, Jilid 27 THE LAND ACQUISITION ORDINANCE

Cap. 69

DIRECTION UNDER SECTION 5

Whereas it appears to the Yang di-Pertua Negeri that the land referred to in Gazette Notification No. 429/2011 should be acquired, but that until surveying work is completed,it is not possible to make an immediate declaration to that effect; now, therefore, in exercise of the powers conferred upon him by section 5 of the Land Acquisition Cap. 69 Ordinance, the Yang di-Pertua Negeri hereby directs that the authorised officers may do any works on the land connected with the use, to which the land is intended to be put on its acquisition, to wit, for the Construction of the Kota Kinabalu City Channel Drainage Improvement Works at Kampung Tebobon, Kota Kinabalu.

By His Excellency‟s Command,

(25)

Kesimpulan

Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan di buat ke atas kawasan kajian, kami mendapati

pelbagai masalah yang timbul dan perlu diatasi segera berikutan akan menyebabkan keadaan

yang sedia ada menjadi bertambah teruk. Di samping itu, kami juga mengambil kira

kesan-kesan positif mahupun negatif akibat daripada projek menaiktaraf sistem peparitan ini. Hal ini

sememangnya akan mengubah landskap yang sedia ada berikutan dari projek yang di jalankan

akan tetapi besar kemungkinan, projek ini akan membantu penduduk dari berlakunya banjir di

pertengahan jalan raya yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Beberapa cadangan bagi mengatasi banjir ini selain menaiktarafkan sistem peparitan ini

adalah mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan-kawasan yang dikenalpasti

banjir boleh berlaku dan hulu sungai yang merupakan kawasan tadahan air. Pihak kerajaan

perlulah menguatkuasakan akta dan undang-undang ke atas pemaju-pemaju perumahan yang

berkaitan dengan pembangunan tanah dan lereng berbukit . Sebagai contoh, kami

mencadangkan agar pihak berkuasa dapat mengenakan syarat yang khusus dan ketat supaya

mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan

pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam

sungai- sungai utama. Melalui cara ini, jumlah aliran air ke dalam sungai-sungai dapat dikawal

dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan hilir

sungai.

Seterusnya adalah penguatkuasaan undang- undang yang sedia ada secara bersungguh-

sungguh bagi menghalang masyarakat awam daripada membuang sampah ke dalam sungai,

parit dan longkang secara berterusan. Kita boleh menjadikan Negara Singapura sebagai contoh,

aspek ini telah berjaya membudayakan cara hidup rakyatnya di mana sampah sarap tidak

dibuang merata-rata sesuka hati sekaligus rakyat akan menjadi lebih berdisiplin dan teratur.

Akhir sekali, penswastaan projek penyelenggaraan dan membaikpulih sistem saliran dan

perparitan adalah sangat penting. Oleh yang demikian, penyelenggaraan secara berjadual

mestilah dilaksanakan terutama sekali di kawasan- kawasan mudah banjir. Pihak kerajaan juga

boleh menimbangkan kaedah penswastaan sebagai langkah untuk mengurangkan beban

kewangan kerajaan terutamanya dari aspek keperluan pertambahan tenaga manusia, peralatan,

teknologi dan kepakaran. Ini disebabkan kaedah ini mampu mempercepatkan perlaksanaan

projek-projek pengawalan banjir.

(26)

Lampiran

(27)

26

(28)

Sumber : Google Images

(29)
(30)

Biblografi

Thesis

Awang Saiful A. A. S.(2011). Kajian Keberkesanan Kolam Tadahan dalam Mengurangkan

Frekuensi Banjir : Universiti Teknologi Malaysia

Mariana, S.A A.(2005). Sistem Peparitan di Taman Durandah Emas, Siburan, Kuching, Sarawak:

Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Suhaily Y. C. N.(n.d). Kajian Pembangunan Terhadap Alam Sekitar :Universiti

Pendidikan Sultan Idris

Noornadia, Z. (2010). Penilian Risiko Dalam Projek Pembinaan Jalan : Fakulti Kejuruteraan

Awam, Universiti Teknologi Malaysia.

Artikel

Bazlan S. (2009). Sistem Perparitan . Universiti Utara Malaysia.

Hamidi I., Rokiah T. P. S. H. (2003). Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar.

Sintok: Universiti Utara Malaysia

Zakiyah J. (2001). Kepuasan Terhadap Perumahan dan Sistem Perumahan Berkonsepkan Islam,

Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia

Buku

Dalla, M.F (2006). “Value and Risk Management –A Guide to Best Practice”

Blackwell Publishing

Hendrickson C. (2008). Project Management for Construction, Fundamental Concept for

Owners, Engineers, Architects and Builders. 1st Edition Prentice Hall

Kim T.L dan Norzima (1994). Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Goodmark Enterprise, Kuala Lumpur

Maylor, H. (2003). “Project Management”.

3rd Edition Prentice Hall, Pearson Education Sdn Bhd

Laman Web

Keupayaan manusia mengubahsuai persekitaran fizikal dan landskap budaya melalui

penggunaan teknologi. (2012). Diperoleh Oktober 18, 2014 dari

(31)

ghost-research.org/education/kertas-penyelidikan-geografi/keupayaan-manusia-

mengubasuai-persekitaran-fizikal-dan-landskap-budaya-melalui-penggunaan-teknologi.html

Laporan taburan penduduk dan ciri-ciri asas demografi 2010. (2011). Diperoleh Oktober 24, 2014 dari http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id

Naik Taraf Sistem Perparitan Atasi Banjir Kilat Di P.Pinang. (2014). Diperoleh Oktober 20, 2014,

dari www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news

Pelan strategik pembandaran Kota kinabalu 2012-2015.(2011). Diperoleh Oktober 20, 2014 dari

http://www.dbkk.sabah.gov.my

Struktur Pentadbiran. (2011). Diperoleh Oktober 22, 2014 dari

http://www.jtu.sabah.gov.my/homepage/index.cfm?section=administration&action=stru cture&lang=BM

Ulasan Menteri Sumber Asli dan alam sekitar, Sidang Dewan Negara.(2011).

Diperoleh Oktober 8, 2014 dari http://www.nre.gov.my/Parlimen/Pages/Teras-Air

Dokumen Kerajaan

Referensi

Dokumen terkait

Untuk meningkatkan daya saing dengan hotel sejenis, rekomendasi yang bisa ditawarkan kepada pihak manajemen The Balava Hotel adalah dengan melengkapi fasilitas dan pelayanan yang

yang dikembangkan dari penelitian ini adalah modul ajar cetak berbantuan teknologi pada materi lingkaran untuk mengembangkan kecakapan abad 21 siswa SMA.. Proses

Aku yakin bahwa Sutan Seri Alam dapat menimba ilmu dari ketiga muridku yang pintar itu.&#34; Setelah mendengar perkataan Sutan Pamuncak, Raja Putri semakin yakin bahwa

Kandungan serat pada produk fig bar kacang kedelai, kacang hijau dan kacang dieng hampir sama dan tertinggi terdapat pada produk fig bar kacang kedelai.Nilai kalori

a) Pelayanan yang berkualitas dapat memberikan pengaruh positif dan signifikan terhadap loyalitas nasabah. Artinya semakin baik kualitas pelayanan yang diberikan bank semakin

kumpulan eksperimen menunjukkan bahawa kanak-kanak yang telah mengikuti program tersebut mempunyai kesedaran ,.yang .leblh, batkliterhadap keselamatan diri mereka berbanding

Instrumen pengumpul data kualitatif yang digunakan dalam penelitian ini adalah kumpulan kuesioner terstruktur yang terdiri dari kuesioner terkait penyakit Gagal Ginjal

This type of activity included transportation of goods and passengers using the aircraft flight arranged by the company that operates in the city