• Tidak ada hasil yang ditemukan

Meningkatkan Pencapaian and Minat Murid

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Meningkatkan Pencapaian and Minat Murid"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

MENINGKATKAN PENCAPAIAN DAN MINAT MURID TAHUN 4 DALAM TAJUK PERLINDUNGAN HAIWAN DARIPADA CUACA MELAMPAU

1

Tam Hui Teng 2

Amir Hamzah Bin Sharaai 1

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 2

Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia : huiteng_tam@hotmail.com

Diterima untuk diterbitkan pada:1 April 2012

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penggunaan kaedah buku besar dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid tahun 4 terhadap tajuk Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca Melampau. Seramai 10 orang murid dari tahun 4 di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Instrumen pengumpulan data mencakupi ujian (ujian pra dan ujian pasca), soal selidik dan temu bual. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keputusan min skor yang signifikan setelah kaedah buku besar diperkenalkan berbanding dengan pengajaran secara tradisional. Di samping itu, hasil soal selidik dan temu bual juga menunjukkan rata-rata dalam kalangan kumpulan sasaran berasa lebih seronok dan berminat terhadap pengajaran sains yang menggunakan kaedah buku besar. Rumusannya, kaedah buku besar juga boleh diperkenalkan kepada murid-murid dalam subjek sains selain daripada subjek bahasa. Kaedah ini harus diperkenalkan dalam kalangan murid untuk meningkatkan pencapaian dan minat mereka terhadap sains di samping memupuk budaya membaca.

Kata kunci: kaedah buku besar, pencapaian, minat

PENGENALAN

Menurut Strickland dan Morrow (1990) melalui Mohana Nambiar (1993), buku besar merupakan buku kanak-kanak yang diperbesarkan saiznya berbanding dengan buku bersaiz normal. Ia merupakan cara yang paling efektif bagi murid untuk terlibat dalam aktiviti membaca.

Ciri-ciri istimewa buku besar ini ialah ia mempunyai illustrasi yang menarik, berwarna-warni, mempunyai kata yang dapat diulang-ulang, mempunyai plot dan mempunyai pola teks yang berima untuk dapat dinyanyikan (Siti Aisyah & Yohana, 2002).

(2)

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

Di samping itu, buku besar ini juga merupakan cara yang biasa digunakan dalam aktiviti membaca bersama (shared reading) yang diperkenalkan oleh Holdaway (1979). Semasa aktiviti membaca bersama dijalankan, buku besar boleh digunakan untuk meningkatkan lagi minat murid untuk membaca.

Tambahan, pengajaran dengan menggunakan buku besar dapat membantu membina keadaan bilik darjah yang selamat dan selesa (Mohana Nambiar, 1993). Tingkah laku dan pencapaian murid-murid dapat ditingkatkan apabila mereka belajar dalam keadaan tidak tertekan. .

Membaca buku cerita atau mendengar cerita merupakan trend yang tidak pernah ketinggalan zaman (Choo, V.M., 2005). Ia sesuai diperkenalkan oleh semua golongan tidak mengira orang dewasa ataupun kanak-kanak. Semua orang terhibur apabila membaca buku cerita dan ada pula yang berupaya menyatakan semula isi yang terdapat dalam buku cerita itu.

Nani Menon (2010) memberi penjelasan bahawa buku besar yang mempunyai gambar-gambar menarik dapat merangsangkan pemikiran kreatif dan kritis kanak-kanak. Malahan, beliau juga mengatakan bahawa gambar boleh menceritakan segala-gala isi kandungan tanpa mencetakkan teks yang banyak. Justeru, gambar-gambar dapat menerangkan sesuatu topik dengan lebih berkesan jika berbanding dengan penerangan sahaja. Tambahan pula, murid-murid akan mengingati apa yang mereka telah lihat. Hal ini adalah kerana gambar-gambar yang mempunyai pelbagai warna dan dapat menarik perhatian murid terutama bagi murid yang mempunyai kecerdasan penglihatan spatial.

PENYATAAN MASALAH

Saya membuat kajian terhadap topik Perlindungan Haiwan daripada Cuaca Melampau kepada murid Tahun 4 adalah kerana murid-murid ini mempunyai masalah untuk mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada haiwan yang tinggal di kawasan cuaca lampau dan sukar membezakan haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan yang terlampau panas dengan haiwan yang tinggal di kawasan yang terlampau sejuk. Hal ini wujud kerana murid-murid tidak pernah menonton video atau buku yang berkaitan, contohnya rancangan National Geography. Oleh itu, gambar diperlukan untuk membantu murid mengenal pasti ciri-ciri istimewa yang terdapat pada haiwan yang tinggal di cuaca melampau.

Melalui pengalaman saya, saya dapati bahawa murid begitu malas untuk membuat ulangkaji. Terdapat sesetengah murid tidak membuat kerja rumah yang telah diberikan. Alasan mereka ialah mereka sudah lupa menyiapkannya dan ada sesetengah murid menyatakan bahawa mereka adalah tidak faham topik tersebut. Ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai motivasi untuk belajar dan mereka tidak dapat memahami topik yang telah diajar dengan sepenuhnya.

(3)

mengambil kira faktor-faktor yang memainkan perhatian kanak-kanak seperti elemen-elemen yang terdapat dalam televisyen.

PERSOALAN KAJIAN

Terdapat dua persoalan dalam kajian ini, iaitu

a) Adakah terdapat perubahan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran sains selepas kaedah buku besar diperkenalkan?

b) Adakah kaedah buku besar dapat menarik minat murid berbanding dengan pengajaran tradisional?

METODOLOGI

Kajian ini telah dijalankan terhadap 10 orang murid tahun 4 di mana markah ujian yang diperoleh pada ujian awal tahun adalah kurang daripada 45%. Tiga instrument telah digunakan untuk mengumpulkan data seperti yang ditunjukkan di bawah:

a) Ujian

Ujian pra dan ujian pasca telah diberikan kepada responden untuk menentu perubahan pencapaian mereka setelah kaedah buku besar diperkenalkan. Item-item dalam ujian pra dan ujian pasca adalah sama, iaitu 6 soalan objektif dan 2 soalan struktur.

b) Soal selidik

Borang soal selidik yang dibina mempunyai dua bahagian. iaitu bahagian A (4 soalan) dan bahagian B (6 soalan) yang menyoal tentang kefahaman dan minat responden terhadap pengenalan kaedah buku besar.

c) Temu bual

6 orang responden dipilih untuk menjalankan sesi temu bual, iaitu 3 orang responden yang telah meningkat markah terbanyak dalam ujian dan 3 orang responden yang mendapat peningkatan markah terendah dalam ujian pasca.

Teknik temu bual yang digunakan adalah soalan separa berstruktur. Ia merupakan soalan khusus yang disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan (Merriem, 1998)). Langkah pelaksanaan kajian tindakan telah ditunjukkan di Jadual 1.

Jadual 1: Langkah pelaksanaan kajian

No. Langkah Cara pelaksanaan

1. Pengenalan kepada topik secara

tradisional

Buku teks digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri dan tingkah laku haiwan yang boleh membantu mereka daripada tinggal di kawasan yang terlampau panas atau sejuk.

2. Menjalankan ujian-pra Kertas ujian telah diberikan kepada murid-murid untuk mengenal pasti pencapaian mereka selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3. Pelaksanaan kaedah buku besar

TopikPerlindungan Hawain daripada Cuaca Melampau diajar sekali lagi dengan menggunakan kaedah buku besar.

4. Menjalankan ujian-pasca

(4)

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, Jadual 1: Langkah pelaksanaan kajian (sambungan) 5. Menjalankan soal

selidik

Borang soal selidik diberikan kepada murid untuk mengenal pasti perasaan mereka terhadap kaedah buku besar yang digunakan.

6. Temu bual 6 orang responden dipilih untuk menjalankan sesi temu bual.

7. Analisis data Data yang dikumpul dianalisis dan dilaporkan.

Analisis data a) Ujian

Rajah 1: Markah ujian pra dan ujian pasca responden

Rajah 1 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pasca responden. Rajah ini jelas

menunjukkan bahawa semua responden (N=10) yang telah diberikan pengajaran dengan menggunakan buku besar adalah terdapat peningkatan pencapaian dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Terdapat tiga orang responden mendapat markah tertinggi dalam ujian pasca, iaitu sebanyak 90%. Responden yang mendapat peningkatan mendadak adalah R07, iaitu telah meningkat sebanyak 50% dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Manakala peningkatan pencapaian yang paling sikit dalam kalangan 10 orang responden adalah R05, iaitu dia hanya telah meningkat sebanyak 10 markah sahaja.

Jadual 2: Perbandingan Nilai Min antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian N Min

Ujian Pra Ujian Pasca

10 42.50

10 77.00

Jadual 2 menunjukkan perbandingan nilai min antara ujian pra dan ujian pasca. Pengenalan

buku besar dalam mata pelajaran sains telah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian ujian murid. Perbezaan nilai min dalam ujian pra dan ujian pasca yang diperoleh oleh

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

R01 R02 R03 R04 R05 R06 R07 R08 R09 R10

M

a

rk

a

h

,

%

Responden, R

(5)

responden adalah signifikan, i tinggi daripada nilai min dalam pasca adalah sebanyak 34.5%.

Hasil kajian ini adalah sejajar tahun 2002 di mana pencapaia kepada kumpulan sasaran. P mengembangkan kemampuan dalam mata pelajaran bahasa.

b) Soal selidik

i. Bahagian A

Jadual 3: Dapatan Soal Sel

No. Kenyat Bilangan 1. Saya faham apa yang tel

semasa cikgu mengajar d buku besar.

Sebab:

9 1

2. Cerita dalam buku besar difahami.

Jika tidak setuju, tulisk

9 1

3. Belajar sains dengan me dapat membantu saya m peperiksaan.

8 3

4. Saya dapat ingat semula i terdapat dalam buku besa

n, iaitu nilai min responden dalam ujian pasca ( lam ujian pra (42.5). Perbezaan nilai min bagi 4.5%.

jar dengan hasil kajian Siti Aisyah dan Yohana paian murid juga telah meningkat setelah buku be n. Pengkaji melaporkan bahawa aktiviti mem puan berbahasa dan mengajarkan baca-tulis oleh g

sa.

Selidik Mengenai Kefahaman Responden Terha

No. yataan Bilangan 1. telah diajar oleh cikgu

ar dengan menggunakan

9 1

2. sar adalah senang

liskan sebabnya:

9 1

3. n menggunakan buku besar menghadapi

8 3

4. ula isi kandungan yang buku besar berbanding dengan

6 4

kan dapatan soal selidik mengenai kefahaman

uhan dalam soal selidik mengenai kefahaman re pengenalan kaedah buku besar bagi ujin pra dan ujian

ohana Arismanti pada buku besar diperkenalkan embaca cerita dapat h guru kepada murid 1. Saya faham apa yang telah diajar oleh cikgu

semasa cikgu mengajar dengan menggunakan buku besar.

Sebab:

1

2. Cerita dalam buku besar adalah senang difahami.

Jika tidak setuju, tuliskan sebabnya:

1

3. Belajar sains dengan menggunakan buku besar dapat membantu saya menghadapi

peperiksaan.

3

4. Saya dapat ingat semula isi kandungan yang terdapat dalam buku besar berbanding dengan buku teks.

4

n responden (N=10)

(6)

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

Rajah 2 menunjukkan dapatan keseluruhan dalam 4 soal selidik yang berkaitan dengan

kefahaman responden terhadap pengenalan buku besar. Dengan merujuk kepada keempat-empat soalan soal selidik ini, terdapat 78% orang responden adalah bersetuju bahawa pengajaran dengan menggunakan kaedah buku besar dapat meningkatkan kefahaman mereka berbanding dengan pengajaran secara tradisional. Manakala, bakinya, iaitu 22% orang responden memilih tidak setuju dengan kenyataan ini. Secara keseluruhannya, nisbah responden yang setuju dengan pengenalan buku besar dapat meningkatkan kefahaman mereka adalah lebih tinggi daripada nisbah responden yang tidak setuju.

Peningkatan pencapaian murid-murid dalam kajian menunjukkan pengajaran dengan menggunakan buku besar dapat membantu murid untuk memahami dan ingat isi pelajaran yang telah dipelajari berbanding dengan pengajaran tradisional. Keputusan soal selidik ini menunjukkan kebanyakan responden adalah setuju bahawa cerita dapat meningkatkan kefahaman mereka. Menurut Gree, M.C. (2004) dalam artikelnya, cerita dapat membantu membentukkan imej yang jelas kepada pembaca di samping untuk membantu dalam pengingatan semula isi. Hal ini adalah kerana cerita telah mewujudkan konteks dalam sesuatu situasi yang dapat membantu murid untuk menghubungkaitkan konsep yang perlu dipelajari.

Cerita dapat menghubungkaitkan pengalaman lama dengan pengalaman yang baru (Frisch, J.K. & Saunders, G., 2008), dengan ini pembelajaran berlaku dan pengetahuan baru senang diingati. Menurut kajian mereka, murid-murid dapat menerima konsep yang lebih banyak apabila mereka mendengar cerita. Secara tidak langsung, pencapaian murid akan meningkat akibat penerimaan maklumat yang lebih banyak. Hal ini adalah sejajar dengan hasil kajian ini di mana terdapat peningkatan pencapaian murid dalam ujian setelah kaedah buku besar diperkenalkan.

Di samping itu, hasil kajian ini yang menunjukkan pengenalan buku besar telah memberikan kesan pencapaian yang positif kepada murid-murid juga disokong oleh Jaimah (2007) yang menyatakan bahawa kemahiran bercerita seperti menggunakan teknik buku besar, bercerita boneka dan bercerita main peranan dapat meningkatkan prestasi murid dalam pelahiran idea atau pendapat dalam bahasa Melayu. Hasil kajian daripada Lina dan Erlin Isnaning (2010) juga menunjukkan terdapat peningkatan kemampuan murid bercerita dengan berpandukan buku besar. Buku besar menarik hati murid dan meningkatkan motivasi mereka untuk mellibatkan diri dalam pembelajaran, maka pencapaian murid dapat ditingkatkan.

ii. Bahagian B

Jadual 4: Dapatan Soal Selidik Mengenai Minat Responden Terhadap Buku Besar

No. Kenyataan Bilangan

responden yang setuju

Bilangan responden yang tidak

setuju 1. Saya sangat suka cara cikgu mengajar dengan

menggunakan buku besar.

(7)

Jadual 4: Dapatan Soal S

Sebab-sebab: 2. Saya lebih minat

pelajaran sains deng besar berbanding denga

10 0

3. Cerita dalam buku besa untuk belajar. walaupun bukan bertuj peperiksaan.

9 1

6. Saya berharap cikgu a besar untuk mengajar sa

Rajah 3 di atas menunjukka

responden terhadap pengena responden yang setuju (78% kepada mereka dari segi kefaha tidak setuju (22%). Ia menunj positif terhadap kefahaman me

c) Temu bual

Hasil temu bual menerangkan untuk belajar. Sebab mereka suk

oal Selidik Mengenai Minat Responden Terhadap (sambungan)

2. t cikgu mengajar mata ngan menggunakan buku dengan buku teks.

10 0

3. buku besar menarik hati saya 10 0

4. pat dalam buku besar dapat 9 1

5. mula buku besar tersebut rtujuan untuk menghadapi

9 1

6. u akan menggunakan buku ar sains bagi topik yang

8 2

patan responden terhadap minat dalam buku besa

uruhan dalam soal selidik mengenai minat respond pengenalan kaedah buku besar

ukkan dapatan keseluruhan dalam soal selidik nalan kaedah buku besar. Secara keseluruha %) dengan pengenalan kaedah buku besar m fahaman adalah lebih tinggi daripada peratusa nunjukkan responden-responden adalah mem n mereka setelah kaedah buku besar diperkenalka

kan pengajaran buku besar dapat menarik hati da ka suka akan buku besar ialah buku besar telah

93% pelajaran sains dengan menggunakan buku besar berbanding dengan buku teks.

0

3. Cerita dalam buku besar menarik hati saya untuk belajar.

0

4. Gambar yang terdapat dalam buku besar dapat menarik hati saya.

1

5. Saya akan baca semula buku besar tersebut walaupun bukan bertujuan untuk menghadapi peperiksaan.

1

6. Saya berharap cikgu akan menggunakan buku besar untuk mengajar sains bagi topik yang seterusnya.

2

besar melalui borang

sponden terhadap

dik mengenai minat uruhannya, peratusan r memberi maanfaat usan responden yang emberi respons yang

lkan oleh guru.

dan minat responden ah menyampaikan isi

(8)

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

pengajaran melalui cerita, mudah difahami, tulisannya besar dan gambar-gambar yang dianggap cantik, berwarni-warni dan mempunyai tetingkap yang boleh dibuka.

Dalam kajian ini, cerita merupakan salah satu punca untuk menarik minat murid terhadap pengajaran guru dengan menggunakan buku besar. Ia adalah selaras dengan hasil kajian daripada Begoña Illán Martínez, 2007. Dalam perbincangan beliau, murid-murid adalah suka dengan cerita dan mereka berterus-terus bertanya mengenai jalan cerita yang seterusnya.

Responden suka akan guru mengajar dengan menggunakan buku besar berbanding dengan buku teks kerana ia mudah difahami. Menurut Loukin, N (2006), gambar-gambar dalam cerita berhubungkait dengan ayat-ayat yang hendak disampaikan, maka murid lebih mudah memahami sesuatu konsep. Ia disokong oleh dapatan kajian daripada Ibraheem Saeed Al-Ja’afari pada tahun 2009 di mana gambar-gambar dapat membantu murid untuk menjelaskan sesuatu perkataan dengan ringkas.

Tambahan, cerita mempunyai satu siri peristiwa yang dihubungkan bersama (Brady, P & Saliklis, E., 2009 di mana ia mempunyai plot yang melibatkan permulaan, perkembangan, klimaks dan penutup. Ia menghubungkaitan konsep dari satu peringkat ke satu peringkat. Akiviti daripada saling kait antara peristiwa dan konsep dalam cerita, mengingati satu bahagian dalam sesuatu cerita dapat membantu mengingatkan bahagian-bahagian lain dalam cerita tersebut seperti yang dinyatakan oleh Menurut Green, M.C. pada 2004.

Nani Menon (2010) mengatakan bahawa buku besar membenarkan semua kanak-kanak melihatnya dengan jelas walaupun bilangan murid ramai dalam kelas. Hal ini dapat dijelaskan sama seperti responden yang menyatakan bahawa tulisan dalam buku besar adalah besar.

Ilustrasi dalam buku besar menarik hati semua peserta (Choo, V.M., 2005). Melalui sesi temu bual dalam kajian ini, responden-responden adalah suka dengan gambar-gambar yang terdapat dalam buku besar. Mereka tertarik kerana mereka menganggap ia berwarna-warni dan menarik. Salah seorang responden juga mengatakan bahawa dia suka gambar-gambar dalam buku besar kerana terdapat ekspresi muka pada haiwan-haiwan dan ia nampak lucu. Hasil kajian daripada Ibraheem Saeed Al-Ja’afari (2009) juga menyokong bahawa gambar -gambar adalah menarik hati murid dan ia membantu murid untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran

Melalui laporan kajian Jaimah dan Zakaria (2007), ia melaporkan bahawa murid-murid dapat memberi tumpuan yang lebih tinggi semasa pengajaran dengan menggunakan bercerita bersama buku besar berbanding dengan teknik pengajaran tanpa menggunakan bercerita. Tambahan, lebih ramai murid telah memberi pendapat dan menyatakan kembali fakta yang diberikan oleh guru berbanding dengan pengajaran kaedah kuliah. Hasil kajian yang sama juga ditunjukkan dalam penyelidikan ini di mana responden-responden menyatakan mereka dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar dengan menggunakan buku besar kerana mempunyai cerita dan gambar yang cantik.

(9)

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pengajaran dengan menggunakan kaedah buku besar dapat membantu murid dalam peningkatan pencapaian dan minat mereka untuk belajar sains berbanding dengan pengajaran secara tradisional. Cerita merupakan satu teknik pengajaran yang amat terpengaruh untuk mengajar murid-murid sekolah. Ia dapat meningkatkan keseronokan, motivasi, perasaan ingin tahu dan imaginasi mereka dalam pembelajaran. Di samping itu, keperluan emosi, kognitif dan psikososial murid dapat dipenuhi secara menyeluruh (Malkina, 1995).

Pada pendapat saya, pengajaran dengan menggunakan kaedah buku besar meningkat lagi keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Gambar-gambar yang menarik dan tulisan teks yang besar dan ringkas dalam buku besar dapat membantu murid untuk memahami cerita dan isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru.

Di samping itu, pengajaran dengan menggunakan kaedah buku besar telah mewujudkan satu keadaan di mana murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan tidak tertekan. Secara tidak langsung, pencapaian murid dapat ditingkatkan.

RUJUKAN

Amna Ali Al-Ma’mari. (2009). Using Big Book and PowerPoint in Storytelling. Ministry of Education, Sultanate of Oman, 24, 148–155.

Azhad Nilam. (July 9, 2009). PPSMI Dimansuh 2012. Retrieved March 27, 2011, from http://eputra.com/ppsmi-dimansuh-2012/

Begoña Illán Martínez. (2007). A story-based approach to teaching English. Encuentro 17, 2007, pp. 52-56.

Brady, P & Saliklis, E. (2009, October 18-20). The Structure of a Story. Retrieved September 28, 2011, from

http://digitalcommons.calpoly.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1038&context=aen_fac

Choo, V.M. (2005). Stories and Inquiry across the Curriculum. Jurnal Pendidikan GERAK 2005, 17, 1–6.

Emi Puwanti. (2011). Upaya Peningkatan Motivasi Belajar Membaca Melalui Media Big Book Di Ba Aisyah Bakipandeyan 02 Sukoharjo Kelompok B. Retrieved 17, September, 2011, from http://etd.eprints.ums.ac.id/13500/

Frisch, J.K., & Saunders, G. (2008). Using Stories in an Introductory College Biology Course. JBE, 42(4), 164–169.

Green, M.C. (2004). Storytelling in Teaching. Retrieved August 28, 2011, from http://www.psychologicalscience.org/observer/getArticle.cfm?id=1562

(10)

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

Jaimah Abdul Manaf & Zakaria Amin. (2007). Peningkatan Kemahiran Lisan Melalui Teknik Bercerita: Suatu Kajian Tindakan dalam Kalangan Murid Prasekolah Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Warcana Intelektual XIII, 13, 11–34.

Loukia, N. (2006). Teaching Young Learners Through Stories: The Development of a Handy Parallel Syllabus. The Reading Matrix, 6(1), 25-40.

Mohana Nambiar. (1993). Early Reading Instruction–Big Books in the ESL Classroom. The English Teacher, 22.

Nesamalar, C, Saratha, S, & Teh, S.C. (2005). Reading: The Big Book approach. In ELT Methodology Principles and Practices (pp 103 -105). Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

Siti Aisyah & Yohana Arismanti. (2002). Penggunaan Buku Besar (Big Book) dalam Mengembangkan Kemampuan Berbahasa Anak (Dengar – Cakap – Baca – Tulis) di Taman Kanak-kanak. Journal Pendidikan, 3(1).

Siti Zarinah Sahib. (2010). Buku Cerita Saiz Besar Lebih Menarik. MyMetro. Retrieved from http://www.hmetro.com.my/articles/Bukuceritasaizbesarlebihmenarik/Article

Teijlingen, E. R. V., & Hundley, V. (2001). The important of pilot study. Social Research Update, 35

Gambar

Gambar yang terdapatGambar yang terdapat dalam buku besar dapatpat dalam buku besar dapat

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulan yang dapat disimpulkan berdasarkan hasil penelitian tentang pengaruh pemberian ekstrak buah pare ( Momordica charantia Lynn ) terhadap kolesterol pada tikus wistar

3URGXNWLYLWDVGLWHQWXNDQROHKGXDIDNWRU\D LWX NRQGLVL WDSDN WXPEXK GDQ YLWDOLWDV WHJDNDQ 6XSUL\DQWR HWDO 3RKRQVHQJRQGLKXWDQ UDN\DW DNDQ PDPSX WXPEXK GHQJDQ EDLN MLND GLGXNXQJ ROHK

Manakah yang lebih baik metode latihan sirkuit dengan metode latihan interval untuk peningkatan kapasitas VO2Max pada atlet bulutangkis Unit Kegiatan Olahraga

Dari hasil penelitian ini dapat disimpulkan bahwa bakteri kandidat probiotik yang terdapat pada saluran pencernaan ikan bandeng ( Chanos chanos ) adalah

Ekstraksi dingin memungkinkan banyak senyawa terekstraksi, meskipun beberapa senyawa memiliki kelarutan terbatas dalam pelarut ekstraksi pada suhu kamar, sedangkan metode

SITI KURNIA: Karakter Vegetatif dan generatif beberapa varietas tanaman kedelai (Glycine max. L.) Toleran Aluminium.. Dibimbing oleh Eva Sartini Bayu dan

Alur di bagian hulu ini biasanya mempunyai kecepatan yang lebih besar dari bagian hilir, sehingga saat musim hujan, material hasil erosi yang diangkut tidak saja partikel sedimen

Prinsip veracity berarti penuh dengan kebenaran. Nilai ini diperlukan oleh pemberi pelayanan kesehatan untuk menyampaikan kebenaran pada setiap klien dan untuk