• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Integriti Sebagai Mediator Antar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peranan Integriti Sebagai Mediator Antar"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Halimatus Saadiah Mat Saad1 Baharom Mohamad1 Sharifah Hayaati Syed Ismail2 1

Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, Kota Kinabalu Sabah 2

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Abstrak

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepuasan kerja menurut perspektif Islam (KKI) mengikut dimensi (KKI Ruhiyyah, KKI Intelek, KKI Sosial dan KKI Material) terhadap integriti dan prestasi kerja. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengukur peranan integriti sebagai variabel mediator dalam hubungan antara kepuasan kerja menurut perspektif Islam (KKI) mengikut dimensi (KKI Ruhiyyah, KKI Intelek, KKI Sosial dan KKI Material) dan prestasi kerja. Kaedah pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik dilaksanakan terhadap 390 orang responden yang terdiri daripada Guru Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah rendah yang terdapat di negeri Sabah. Data bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen integriti InNi (Amini Abdullah et.al, 2005) dan instrumen prestasi kerja (Mohd. Zakaria, 2005). Sementara soal selidik kepuasan kerja menurut perspektif Islam dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan interpretasi unsur-unsur kejadian manusia oleh Imam Al-Ghazali (1980 dan 1976). Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian AMOS versi 18. Keputusan analisis Structural Equation Modeling (SEM) menunjukkan bahawa KKI Ruhiyyah (=0.425, p<0.01) KKI Intelek (0.207p<0.01dan KKI Sosial (0.128p<0.05) memberi kesan secara signifikan terhadap integriti dengan menjelaskan sebanyak 33% varians. Selain itu, hubungan Integriti(0.622p0.01Material (0.111p<0.05 dan KKI Sosial (0.102p<0.05) memberi kesan langsung yang signifikan terhadap prestasi kerja dengan menyumbang sebanyak 49% varians. Manakala dapatan kajian menunjukkan bahawa integriti bertindak sebagai mediator penuh (full mediation) dalam model kajian antara KKI ruhiyyah dan KKI intelek dengan prestasi kerja, sementara hanya bertindak sebagai mediator separa (partial mediation) antara KKI sosial dengan prestasi kerja. Secara keseluruhannya kajian ini memberikan jawapan alternatif tentang bagaimana integriti GPI yang diurus berdasarkan kepuasan kerja menurut perspektif Islam mampu menentukan prestasi kerja. Seterusnya, hasil penyelidikan ini juga diharapkan mempunyai signifikan dan impak positif dalam perancangan modal insan khususnya dalam bidang pendidikan bagi melahirkan Guru Pendidikan Islam yang berprestasi tinggi.

Kata kunci: Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam (KKI), Integriti, Prestasi Kerja.

The Role of Integrity as a Mediator between Work Satisfaction and Work Performance in the Perspective of Islam: An Empirical Approach Using SEM/AMOS Model

Abstract

(2)

Imam al-Ghazali (1980 and 1976). The data were analysed using the AMOS software version 18. The results of the Structural Equation Modelling (SEM) analysis showed that Spiritual WSI (β=0.425, p<0.01), Intellectual WSI (β=0.207, p<0.01), and Social WSI (β=0.128, p<0.05) gave a significant effect to integrity by explaining 33% variance. Furthermore, the relation of Integrity (β=0.622, p<0.01), Material (β=0.111, p<0.05), and Social WSI (β=0.102, p<0.05) gave a direct significant effect to work performance by contributing 49% variance. On the other hand, study findings also showed that integrity acted as a full mediator in the study model between Spiritual WSI and Intellectual WSI with work performance, while only acted as partial mediator between Social WSI and work performance. As a whole, this research provided an alternative answer on how the integrity of IETs managed based on work satisfaction in the perspective of Islam can determine work performance. It is hoped that the findings of this research will have a significant and positive impact in planning human capitals, especially in the field of education to produce more high-performance IETs.

Keywords: Work Satisfaction in the Perspective of Islam (WSI), Integrity, Work Performance

Pengenalan

Penyelidikan ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah menghasilkan modal insan yang berprestasi tinggi. Ini kerana insan merupakan aset paling penting jika dibandingkan dengan aset seperti modal, tanah, bangunan dan sebagainya (Abdul Shukor Abdullah, 2004). Prestasi kerja yang baik akan terhasil apabila organisasi memberikan perhatian kepada aspek-aspek kepuasan kerja seperti hubungan sosial dalam organisasi, gaji, pengiktirafan dan sebagainya (Narita Ramdzam, 2010). Namun, kepuasan yang diperolehi menjadi tidak bermakna sekiranya tidak diselangi dengan nilai etika iaitu integriti. Ini kerana, penerapan nilai integriti akan menjadi pemangkin kepada tindak tanduk yang lebih berhikmah dalam organisasi dan memberi impak yang besar kepada pembentukan generasi berkemahiran dan bertaqwa (muttaqin) yang terbangun akal budinya (Sapie Sabilan et. al, 2011).

Justeru dalam sektor pendidikan, Guru Pendidikan Islam yang merupakan tonggak pembentuk nilai jati diri masyarakat umumnya dan pelajar khususnya perlu diperkukuhkan kreadibilitinya dengan memberi penekanan terhadap kepuasan kerja, integriti dan prestasi kerja mereka. Ini kerana ketiga-tiga variabel yang digunakan dalam kajian ini mempunyai hubungan yang amat rapat dengan dua peranan utama Guru Pendidikan Islam (GPI) iaitu yang pertama sebagai pendidik yang memberikan pendidikan formal terhadap pelajar, pemantap ideologi sosial serta agen pembentuk integriti (Khadijah Abdul Razak et.al 2011) dan kedua, sebagai penjawat awam yang bertugas dari segala aspek pentadbiran termasuklah kewangan, kecekapan pengurusan dan juga menonjolkan imej dasar awam (Abdul Rahim Abdul Rashid, 2007).

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i. Memastikan adakah terdapat penyesuaian munasabah yang signifikan bagi model sumbangan langsung dan tidak langsung variabel kepuasan kerja menurut perspektif Islam (mengikut dimensi ruhiyyah, material, sosial dan intelek), integriti dan prestasi kerja terhadap Guru Pendidikan Islam.

ii. Menentukan sama ada Integriti mempunyai pengaruh sebagai pemboleh ubah mediator terhadap hubungan antara KKI (mengikut dimensi ruhiyyah, material, sosial dan intelek) dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Permasalahan Kajian

(3)

rasuah di 85 buah negara, mendapati 10 buah negara teratas yang mempunyai kadar penerimaan rasuah yang rendah adalah dalam kalangan negara maju. Sementara 10 buah negara yang mempunyai kadar penerimaan rasuah yang tinggi adalah dalam kalangan negara membangun dan miskin (Kurata, 1998). Dalam kajian ini, pada tahun 1998, Malaysia menduduki tempat ke-29 pada skala 5.30 (Kurata, 1998), pada tempat ke-32 pada skala 5.1 daripada 99 buah negara pada tahun 1999 (Transparency international, 1999), pada tempat ke-36 pada skala 4.8 daripada 90 buah negara (Eigen, 2000). Seterusnya berada di tempat ke-36 pada skala 5.0 daripada 91 buah negara (Eigen, 2001), di tempat ke-33 pada skala 4.9 daripada 102 buah negara pada tahun 2002 (Eigen, 2002) dan di tempat ke-37 pada skala 5.2 daripada 133 buah negara pada tahun 2003 (Eigen, 2003). Sehubungan dengan itu juga, pada tahun 2007, negara berada di tangga 43 daripada 179 buah negara di dunia pada skala 5.1 (Institut Integriti Malaysia(IIM), 2008). (Skala 0 adalah paling dicemari rasuah dan 10 adalah paling bersih daripada rasuah).

Di samping itu, kepesatan pembangunan pengurusan organisasi menyebabkan istilah integriti menjadi penting dan sering dijadikan kajian hubungan untuk menyelesaikan pelbagai kerumitan dalam pengurusan profesionalisme (Pattison, S. dan Edgar, A., 2011). Golongan profesionalisme memerlukan beberapa nilai peribadi (personel value) untuk membimbing strategi pengurusan agar mempunyai kesinambungan dengan pemikiran dan tindakan organisasi. Oleh itu, istilah “integriti” merupakan istilah nilai (value) yang paling sesuai digunakan (Pattison, S. dan Edgar, A.,2011). Perkara ini dibuktikan dengan beberapa kajian yang pernah dilakukan berkenaan integriti dan produktiviti (Ones et. al., 1998, Mikulay dan Goffin, 1998) integriti dan prestasi kerja (Ones dan Viswevaran, 1993) serta integriti dan persekitaran kerja (Mehrabian, 2000). Mikulay dan Goffin (1998) menyatakan kebanyakan majikan cenderung menggunakan alat ukuran integriti untuk menjangkakan sikap yang ada kepada bakal pekerja mereka. Daripada analisis alat ukuran tersebut, pihak majikan berkemampuan untuk membuat tapisan pekerja ataupun mengenal pasti langkah-langkah yang seharusnya diambil untuk mengatasi kepelbagaian masalah integriti yang dilakukan oleh bekerja.

Kejayaan sesebuah sekolah sebagai institusi sosial yang bertemakan pendidikan juga perlu berasaskan sistem yang berintegriti (Abdul Rahim Abdul Rashid, 2007). Dalam konteks Pendidikan Islam, suatu penyusunan, pengukuhan dan penyelarasan latihan Guru Pendidikan Islam juga dituntut agar penerapan nilai-nilai murni dan nilai-nilai keagamaan dapat berjalan secara sepadu dan berkesan. Hal ini disokong oleh Abdul Rahim Abdul Rashid (2007) yang menyatakan bahawa peranan institusi sosial dalam abad ke 21 perlu diteliti khususnya dari aspek integriti. Sebagai salah satu institusi sosial, kelemahan integriti di sektor pendidikan didapati memberi kesan negatif yang menimbulkan pelbagai masalah sosial (Abdul Rahim Abdul Rashid, 2007). Hal ini dipersetujui oleh Mohamad Yusoff Akope (2000) yang menyatakan sektor pendidikan juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah yang berkaitan dengan isu-isu integriti. Hasil kaji selidik sebuah universiti tempatan pada tahun 2003 menunjukkan 30.5 peratus pelajar universiti sanggup menerima rasuah sekiranya terdapat peluang untuk melakukannya (Ku Seman Ku Hussain, 2008). Sikap pelajar dalam kajian ini tentunya mempunyai perkaitan dengan sikap masyarakat terhadap integriti, justeru kajian ini dengan sendirinya memberikan persoalan kepada kita, di manakah kesilapannya?. Sedangkan di peringkat rendah lagi mereka telah didedahkan dengan subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral untuk membentuk sahsiah dan jati diri untuk membentengi diri mereka daripada melakukan sebarang salah laku. Menurut Ku Seman Ku Hussain (2008), segala permasalahan haruslah dikembalikan kepada analogi akar, iaitu dengan memulakan usaha membanterasnya dari peringkat awal lagi. Oleh itu keperluan-keperluan untuk meningkatkan tahap integriti Guru Pendidikan Islam yang sepatutnya menjadi teladan dalam memahami, menghayati dan mengamalkan nilai integriti kepada diri pelajar, perlu diteliti dan diberi perhatian khusus.

(4)

membantu penjawat awam untuk lebih teliti dalam setiap tugas yang dilaksanakan. Abdul Rahim Abdul Rashid (2007) menyatakan sumber manusia yang berintegriti juga bergantung kepada prestasi tenaga manusia itu sendiri seperti berpendidikan, mempunyai kemahiran, mudah menerima perubahan dan inovasi, rajin, dedikasi serta dapat melaksanakan tugas juga tanggungjawab bagi menjayakan wawasan organisasi. Secara bertimbal balik, kelemahan dari segi integriti juga merupakan salah satu punca negara kurang produktif.

Sorotan kajian

Sorotan kajian adalah berkisar tentang variabel utama yang digunakan dalam kajian ini iaitu integriti, kepuasan kerja menurut perspektif Islam dan prestasi kerja.

i. Integriti

Integriti dalam konteks penyelidikan ini didefinisikan sebagai:

“Pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi.” (Jamiah Manap et.al, 2005)

Definisi ini digunapakai kerana kesesuaiannya dengan elemen tempatan kerana menurut Pattison dan Edgar (2011) integriti merupakan kepatuhan sedaya mungkin kepada nilai komuniti setempat.

Sehubungan dengan itu juga, individu dikatakan mempunyai integriti yang tinggi apabila tindakannya selaras dengan nilai-nilai murni yang dipegangnya (Jamiah Manap et.al, 2005). Oleh sebab dalam kajian ini responden yang dikaji adalah dalam kalangan Guru Pendidikan Islam, maka GPI yang berintegriti adalah GPI yang mempunyai ciri-ciri yang selaras dengan nilai-nilai Islam.

Nilai-nilai komuniti setempat yang diterapkan dalam definisi ini juga merupakan nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama seluruh rakyat Malaysia termasuklah sektor pendidikan, yang terkandung di dalam Tonggak Dua Belas iaitu, menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta (Institut Tadbiran Awam Negara, 1992). Kesemua nilai tersebut pula diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu kesucian hati (bersih), amanah dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak. Sungguhpun terdapat tiga dimensi, penyelidik hanya akan mengambil kira satu variabel utama sahaja iaitu integriti sebagai ukuran dalam penyelidikan ini.

ii. Kepuasan Kerja menurut perspektif Islam (KKI)

Definisi bagi kepuasan kerja menurut perspektif Islam di dalam kajian ini ialah ketenangan yang diperolehi sebelum, semasa dan selepas melakukan pekerjaan, berdasarkan keyakinan bahawa kerja itu adalah ibadah yang dilaksanakan demi mencapai keredaan Allah S.W.T (Sharifah Hayaati, 2010, Halimatus Saadiah, 2008). Perkara yang dimaksudkan dengan ketenangan sebelum melakukan kerja adalah kerana adanya niat yang dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T, sementara ketenangan semasa bekerja ialah apabila perjalanan pelaksanaan pekerjaan itu lurus dan tidak melangggar syariat yang ditentukan oleh Allah S.W.T, dan ketenangan selepas bekerja secara tidak langsung lahir apabila matlamat menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah tercapai. Sementara variabel KKI yang akan digunakan adalah didasarkan kepada unsur penciptaan manusia menurut al-Quran dengan merujuk kepada interpretasi kejadian oleh al-Ghazali berdasarkan empat dimensi KKI iaitu, dimensi ruhiyyah, intelektual (‘aqliyyah), sosial (nafsiyyah) dan material (jasadiyyah).

a) Kepuasan Kerja Ruhiyyah

(5)

disebut juga dengan tubuh halus (jism lathif), dan yang kedua membawa maksud nyawa yang hanya Allah S.W.T sahaja Maha mengetahuiNya seperti mana firman Allah yang bermaksud :

“ Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”

(Surah al-Isra’ (17): 85)

Istilah ruhiyyah dalam penyelidikan ini adalah merujuk kepada maksud yang pertama iaitu hati. Unsur ruhiyyah ini digambarkan oleh al-Ghazali sebagai raja dalam sebuah kerajaan. Fungsi ruh yang paling utama ialah untuk melihat hakikat (kebenaran) kerana dari situlah ia mendapat keseronokan. Dalam kepuasan ruhiyyah pula, apabila seseorang pekerja bekerja dengan mempunyai matlamat yang jelas dan benar kerana TuhanNya maka dari situlah pekerja itu mencapai kepuasan dalam bekerja.

Kepuasan kerja ruhiyyah dalam kajian ini merujuk kepada kepuasan yang ditunjangi oleh kepuasan intrinsik seorang Muslim apabila pekerjaan itu dilakukan demi mencapai keredaan dan pendekatan diri (taqarrub) kepada Allah, ikhlas dalam membuat perkara-perkara kebajikan dan takut hukuman dosa sekiranya pekerjaan yang dilakukan tidak berada dalam landasan yang benar.

b) Kepuasan Kerja Intelektual (‘aqliyyah)

Unsur akal diumpamakan oleh al-Ghazali sebagai Perdana Menteri (al-Ghazali, 1976) dengan menyatakan semakin tinggi ilmu yang diperolehi seseorang maka semakin tinggilah keseronokannya. Al-Ghazali juga menekankan bahawa ruh yang berakal dan berpengetahuan akan dapat menguasai setiap segala cabang ilmu dan akan memberi implikasi terhadap perilaku, sehinggakan beliau menyatakan bahawa dengan akal, manusia dapat membezakan antara sifat-sifat asal semula jadi manusia yang inginkan kebaikan dengan sifat yang buruk.

Dalam kajian ini kepuasan kerja intelektual adalah merujuk kepada pengiktirafan terhadap intelektual dan keilmuan pekerja yang ditonjolkan melalui syura, perbincangan dan pembuatan keputusan.

c) Kepuasan Kerja Sosial (nafsiyyah)

Unsur nafsiyyah ini membawa maksud unsur nafsu yang merupakan himpunan bagi perasaan manusia. Antara unsur nafsu yang dinyatakan oleh al-Ghazali (1976) ialah unsur pergaulan sosial. Di mana menurutnya kegembiraan akan bertambah sekiranya mempunyai hubungan yang baik dengan raja. Dalam konteks pekerjaan bolehlah diertikan ‘raja’ dengan majikan.

Dalam kajian ini seorang GPI yang mencapai kepuasan kerja sosial dalam bekerja adalah apabila mencapai kepuasan dalam hubungan bersama individu sekelilingnya termasuklah pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah dan majikannya. Di samping itu mereka juga selesa dengan persekitaran pekerjaan sehinggakan tidak berkeinginan untuk meninggalkan pekerjaan itu, mempunyai matlamat yang sama dengan organisasi sekolah dan mampu menimba pengalaman.

d)Kepuasan Kerja Material (jasadiyyah).

Unsur material (jasadiyyah) ini dinamakan juga oleh al-Ghazali sebagai unsur nafs yang membawa maksud zat ataupun sifat fizikal manusia itu sendiri yang diciptakan daripada tanah. Beliau juga menyatakan perkara yang dimaksudkan dengan unsur jasadiyyah ini ialah badan dan perkara-perkara yang dapat dilihat dan disentuh. Bahkan al-Ghazali juga mengaitkan unsur jasad ini dengan pangkat dengan menyatakan “Seseorang itu amat gembira diberi jawatan Perdana Menteri” (Pangkat sebagai Unsur Jasadiyyah) (al-Ghazali, 1976:17).

(6)

minuman, pakaian dan perhiasan serta kediaman dan keamanan (Haron Din et.al, 1989). Sepertimana yang difirmankan oleh Allah S.W.T bermaksud:

“Maka Kami berfirman: "Wahai Adam, sesungguhnya iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai-bagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari."

(Surah Taha (20): 117-119)

Unsur jasad merupakan instrumen atau wasilah untuk melakukan aktiviti demi kesempurnaan diri. Justeru dalam kajian ini kepuasan material (jasadiyyah) ini ialah kepuasan kerja daripada aspek gaji dan pangkat.

iii) Prestasi kerja

Prestasi kerja di dalam kajian ini didefinisikan sebagai keupayaan seseorang pekerja mencapai tahap produktiviti kerja samaada dari aspek kuantiti atau kualiti (Mohd. Zakaria, 2005). Terdapat tujuh dimensi prestasi kerja iaitu merangkumi pengetahuan tentang kerja, sikap, membuat pertimbangan, delegasi, kecekapan peribadi, kebolehan merancang dan kepimpinan, tetapi dalam penyelidikan ini, penyelidik mengambil kira satu variabel utama sahaja sebagai variabel bersandar iaitu prestasi kerja.

Terdapat beberapa teori yang boleh menyumbang kepada pemahaman terhadap prestasi kerja. Sungguhpun demikian, tiada satu teori yang mampu memberikan penjelasan terhadap prestasi kerja secara lengkap (Rusli dan Shamsiyati, 2011). Justeru beberapa teori dan pemahaman perlu digabungkan untuk menyumbang kepada perbahasan berkenaan prestasi kerja di dalam penyelidikan ini. Walaupun kebanyakan teori-teori ini biasanya dikaitkan dengan teori motivasi, namun motivasi memainkan tiga peranan iaitu pertama; menjana, kedua; mengubah tingkah laku dan ketiga; mengekalkan usaha untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Ketiga-tiga peranan ini boleh dikaitkan secara langsung mahupun tidak langsung dengan prestasi kerja (Rusli dan Shamsiyati, 2011). Dalam kajian ini teori-teori prestasi kerja yang bersifat keupayaan ataupun kebolehan individu dalam mencapai produktiviti dijadikan sandaran untuk memenuhi tujuan penyelidikan dengan tumpuan kepada teori pengharapan oleh Victor H.Vroom (1964) bagi merujuk dimensi prestasi kerja. Ini kerana, teori pengharapan yang dikemukakan oleh Victor H.Vroom (1964) merupakan teori yang membuat pengenalpastian terhadap faktor yang menyebabkan manusia ingin bekerja keras dan ingin berjaya dalam organisasi. Teori ini menyatakan bahawa manusia akan melakukan apa yang terdaya mereka lakukan pada bila-bila masa mereka mahu melakukannya. Pendekatan Vroom ini dilihat bersesuaian dengan kajian integriti, kepuasan kerja dan prestasi kerja, di mana integriti merujuk kepada tingkahlaku, hasil daripada tingkahlaku pula akan menghasilkan output yang merupakan petunjuk kepada prestasi kerja seseorang sementara kepuasan kerja pula menjana prestasi kerja yang tinggi.Teori ini juga mengaitkan tiga perkara iaitu semangat bekerja, prestasi kerja dan juga kepuasan kerja (Mohd. Zakaria, 2005).

Metodologi Kajian

(7)

Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu, soalan mengenai maklumat demografi responden, Instrumen Nilai Integriti (InNI), Instrumen Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam dan prestasi kerja seperti jadual berikut :

Jadual 1:Instrumen Soal Selidik

Responden yang dipilih dalam kajian ini terdiri daripada Guru Pendidikan Islam seluruh negeri Sabah. Sebanyak 450 keping borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dan sebanyak 390 (86.6 %) soal selidik yang lengkap diisi dan boleh dianalisis.

Kerangka Kajian

Berdasarkan perbahasan sebelum ini, kerangka kajian adalah seperti berikut:

Rajah 1: Kerangka Kajian

Dapatan Kajian

i. Profil Responden

Analisis statistik berbentuk frekuensi dan peratus digunakan bagi menerangkan profil responden. Keseluruhan maklumat adalah seperi jadual di bawah.

Jadual 2: Profil demografi responden (N-390)

Jantina Kekerapan Peratusan(%)

Lelaki 111 28.5

Perempuan 279 71.5

Total 390 100.0

Bahagian No.Item Jumlah Item

Bahagian I Demografi 8 Item

Bahagian II Integriti 48 Item

Bahagian III Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam 18 Item

Bahagian IV Prestasi Kerja 22 Item

(8)

Taraf Akademik Tertinggi

Kekerapan Peratusan(%)

SRP/PMR 1 0.3

SPM/MCE 17 4.4

STPM 7 1.8

Diploma 80 20.5

Sarjana Muda 272 69.7

Sarjana 23 3.3

Total 390 100

Gaji (Termasuk elaun)

Kekerapan Peratusan(%)

RM1000-RM2000 60 15.4

RM2000-RM3000 120 30.8

RM3001-RM4000 182 46.7

RM4001 Ke atas 28 7.2

Total 390 100

Kategori tempat bertugas

Kekerapan Peratusan(%)

Bandar/Pekan 137 35.1

LuarBandar/Pedalaman 253 64.9

Total 390 100.0

ii. Analisis Data

Perisian AMOS 18.0 digunakan untuk menguji hipotesis yang menyatakan tidak terdapat penyesuaian munasabah yang signifikan bagi model sumbangan langsung dan tidak langsung variabel kepuasan kerja menurut perspektif Islam (mengikut dimensi ruhiyyah, material, sosial dan intelek), integriti dan prestasi kerja terhadap Guru Pendidikan Islam dan untuk menentukan sama ada Integriti mempunyai pengaruh sebagai pemboleh ubah mediator terhadap hubungan antara KKI (mengikut dimensi ruhiyyah, material, sosial dan intelek) dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Penggunaan analisis lintasan SEM AMOS (Analysis of Moment Structure) ini berkemampuan untuk mengenal pasti kesan langsung dan tidak langsung antara variabel eksogen (tidak bersandar), mediator dan juga variabel endogen (bersandar) yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Perbandingan dan kekuatan analisis laluan SEM berbanding analisis lain misalnya analisis regresi berganda ialah, analisis SEM akan memberi cadangan untuk meningkatkan kesesuaian model dengan data, iaitu dengan mempamerkan nilai Modification Indices (MI). Dengan nilai MI ini, penyelidik dapat mengenal pasti item-item yang bertindih (redundant) dan membuat sambungan penghubung (covarians) antara item tersebut. Dalam masa yang sama kekuatan hubungan antara variabel pendam (elipse/unobserve) dan variabel yang diperhatikan (latent/observe) juga dapat dikenal pasti.

(9)

Jadual 3: Kriteria Struktur Lintasan SEM

Kriteria Ciri-ciri

Unidimensi Apabila faktor pemuatan melebihi 0.5

Kesahan Kesahan konvergen

 Nilai AVE melebihi 0.5 Kesahan konstruk

 Persepadanan indeks (Fitness indexes)

Chisq p>0.05 RMSEA<0.80 GFI>0.90 AGFI> 0.90 CFI>0.90 TLI<0.90 Chisq/df <5.0 Kesahan discriminant

 korelasi antara variabel

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan dalaman  Alpha cronbach >0.7 Kebolehpercayaan konstruk

 Nilai CR > 0.6 Averange Variance Extracted

 AVE > 0.5

Sumber: Zainudin Awang. 2012. A Handbook on SEM (Structural Equation Modeling), Using AMOS Graphic. Kota Baharu: Universiti Teknologi Mara Kelantan.

iii. Model Pengukuran

Berikut adalah rajah pengukuran SEM yang dapat dibina:

(10)

Jadual 4: Kesahan dan faktor Pemuatan (Reliability and factorloadings)

Jadual 5:Kesahan Discriminant (Discriminant Validity) : Korelasi Antara Variabel

KRuhiyyah KIntelek KMaterial KSosial Prestasi Kerja

Daripada model pengukuran dan jadual pengukuran persepadanan indeks yang diperoleh, maka H1 mengatakan terdapat penyesuaian munasabah yang signifikan bagi model sumbangan langsung dan tidak langsung variabel kepuasan kerja menurut perspektif Islam (mengikut dimensi ruhiyyah, material, sosial dan intelek), integriti dan prestasi kerja terhadap Guru Pendidikan Islam adalah diterima.

(11)

iv. Model Struktural

Model struktural dianggarkan dengan menggunakan kaedah maximum likehood estimation (MLE). Rajah di bawah memaparkan keputusan indeks fit yang terhasil. Didapati semua padanan yang diukur daripada kajian ini adalah mencapai nilai-nilai yang dicadangkan untuk sebuah model yang baik. Model ini memberikan sumbangan sebanyak 33% terhadap integriti dan 49% varian terhadap prestasi kerja guru.

Secara keseluruhan analisis SEM adalah berdasarkan model berikut:

Rajah 3: Model Sumbangan Langsung dan Tidak Langsung Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam (Mengikut Dimensi Ruhiyyah, Material, Sosial dan Intelek), Integriti dan

Prestasi Kerja Terhadap Guru Pendidikan Islam.

Perkaitan yang signifikan antara variabel dapat dilihat daripada jadual berikut:

Jadual 7: Anggaran parameter ( Regression Weight) Bagi model yang telah diubahsuai.

Catatan:

C.R = Critical Ratio * signifikan pada 0.05 S.E = Standard Error

Path Beta

Estimate

Estimate S.E C.R P Keputusan

Integriti <--- Material 0.011 0.024 0.022 0.495 0.621 Tidak Signifikan Integriti <--- Sosial 0.077 0.128 0.031 2.492 0.013 Signifikan Integriti <--- Intelek 0.14 0.207 0.042 3.364 *** Signifikan Integriti <--- Ruhiyyah 0.413 0.425 0.057 7.290 *** Signifikan Prestasi <--- Integriti 0.559 0.622 0.065 8.543 *** Signifikan Prestasi <--- Ruhiyyah 0.055 0.062 0.048 1.137 0.255 Tidak

Signifikan Prestasi <--- Intelek 0.025 0.041 0.034 0.726 0.468 Tidak

(12)

Daripada keputusan yang diperoleh didapati terdapat model sumbangan yang signifikan antara tiga dimensi KKI iaitu ruhiyyah, intelek dan sosial terhadap prestasi kerja melalui integriti. Jadual di bawah menunjukkan ringkasan keputusan hipotesis-hipotesis kajian.

Jadual 8: Ringkasan keputusan hipotesis-hipotesis kajian.

Panduan Baron dan Kenny (1986) digunakan bagi hipotesis H2 yang menyatakan integriti mempunyai pengaruh sebagai pemboleh ubah mediator terhadap hubungan antara KKI (mengikut dimensi ruhiyyah, material, sosial dan intelek) dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Jadual 9: Keputusan Pengaruh Mediator Integriti terhadap KKI, ruhiyyah, KKI Intelek, KKI Sosial, KKI Material dan Prestasi Kerja

Variabel Bebas Variabel Mediator

Model 1 (IV & DV) Std. Beta

Model 2 (IV & DV Bersama MV) Std. Beta

Keputusan

KKI Ruhiyyah Integriti .401* .070 Mediator Penuh KKI Intelek Integriti .271* .024 Mediator Penuh

KKI Sosial Integriti .282* .106* Mediator Separa

Jadual di atas menunjukkan bahawa KKI ruhiyyah tidak memberi kesan signifikan terhadap prestasi kerja GPI tanpa kehadiran integriti (=.070, p>0.01) namun signifikan bersama integriti (=.401, p<0.01) . Oleh itu, integriti bertindak sebagai mediator penuh terhadap hubungan antara KKI ruhiyyah dengan prestasi kerja GPI. Maka H2(a) disokong penuh. Begitu juga dengan KKI intelek juga tidak menunjukkan kesan signifikan terhadap prestasi kerja tanpa kehadiran mediator integriti (=.024, p>0.01) namun signifikan bersama integriti (=.271, p<0.01). Oleh itu KKI intelek juga berperanan sebagai mediator penuh dalam hubungan antara KKI intelek dengan prestasi kerja. Maka H2(b) disokong penuh. Sementara KKI sosial memberi kesan signifikan terhadap prestasi kerja tanpa kehadiran integriti (=.282, p<0.01) dan juga signifikan bersama integriti (=.106, p<0.01) serta nilai beta koefisien ( berkurangan. Oleh itu integriti bertindak sebagai mediator separa terhadap hubungan antara KKI sosial dengan prestasi kerja. Maka H(c) disokong separa.

Hipotesis Kajian Keputusan

H2(a) Integriti berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara KKI ruhiyyah dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Disokong

H2(b) Integriti berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara KKI intelek dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Disokong

H2(c) Integriti berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara KKI sosial dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Disokong separa

H2(d) Integriti berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara KKI, material dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

(13)

Perbincangan

Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa tanpa integriti, KKI material dan KKI sosial memberikan pengaruh kepada prestasi kerja GPI, atau dengan kata lain, seseorang yang tidak mempunyai integriti dalam dirinya dipengaruhi oleh kepuasan material dan sosialnya untuk meningkatkan prestasi kerjanya. Sedangkan KKI yang dikaji dengan melalui integriti sebagai mediator memperlihatkan bahawa GPI memerlukan KKI ruhiyyah, KKI intelek dan KKI sosial, sementara KKI material tidak mempengaruhi seseorang GPI dalam prestasi kerjanya. Dengan kata lain, seseorang yang mempunyai integriti hanya perlu dipuaskan kehendak rohani, akal dan sosialnya. Sedangkan kepuasan material tidak menjadi kepentingan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa KKI ruhiyyah memberikan pengaruh yang lebih kuat terhadap integriti GPI berbanding aspek kepuasan yang lain.

Justeru dapatan ini adalah selari dengan pandangan Imam al-Ghazali (1988) yang menyatakan untuk mengubah sikap seseorang adalah dengan mengubah unsur dalaman manusia itu sendiri iaitu kekuatan akal, kesempurnaan hikmah (ruhiyyah) dan kelurusan nafsu keinginan (Khairani Zakariya,2012) . Di mana daripada ketiga-tiga unsur ini ketinggian akhlak seseorang itu adalah apabila matlamat utama kehidupannya hanyalah kerana Allah semata. Penjelasan beliau dapat dilihat daripada petikan berikut (al-Ghazali, 1988):

“Bagusnya akhlak itu kembali kepada kelurusan kuatnya akal dan sempurnanya hikmah dan kepada kelurusan kuatnya amarah dan nafsu keinginan.”

Imam al-Ghazali juga melanjutkan perbincangannya dengan menyatakan bahawa ketinggian akhlak ini terhasil dengan dua cara iaitu yang pertama melalui kurnia Ilahi secara fitrah dan kedua, dengan cara mujahadah dan riadah. Dalam cara yang pertama beliau menjelaskan bahawa manusia yang dianugerahi ketinggian akhlak dilahirkan dengan akal yang sempurna, akhlak yang baik dan kecukupan nafsu, hal ini lumrahnya berlaku kepada para anbiya’. Sementara cara yang kedua bermaksud ketinggian akhlak itu adalah dengan cara latihan diri melakukan perbuatan yang berakhlak. Misalnya untuk menjadi seorang yang pemurah adalah dengan cara melakukan perbuatan orang yang pemurah.

Penerangan Imam al-Ghazali ini berkesinambungan dengan aspek perubahan yang difirmankan Allah S.W.T bermaksud:

“ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

(Surah ar-Ra’d (13):11 )

Ayat ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb Rahimahullah (Sayyid Qutb,2001) bahawa terdapat hubungan antara tindakan manusia dengan kehendak (masyi’ah) Allah. Di mana Allah tidak mengubah sesuatu nikmat atau penderitaan manusia itu melainkan apabila manusia itu sendiri mengubah perasaan, amalan dan realiti kehidupan mereka. Kehendak (masyi’ah) undang-undang Allah adalah berlaku bergantung pada bagaimana cara manusia melayani undang-undang ini dengan tindak tanduk mereka. Dalam menerangkan ayat ini juga Abu Bakar Jabir al-Jazairi (2007) menyatakan bahawa antara sunnah kejadian manusia ialah Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri iaitu dengan cara memurnikan dan menyucikan diri daripada perkara-perkara mungkar.

(14)

Kesimpulan

Kajian ini telah mengenal pasti elemen yang manakah dianggap paling penting untuk membangunkan integriti individu sebagai mediator atau jambatan untuk mencapai prestasi kerja. Oleh itu kajian ini menjelaskan bahawa elemen rohani, sosial dan intelek merupakan unsur yang perlu dibangunkan dan digilap agar matlamat untuk menanam “personel value” (nilai peribadi) di dalam sesebuah organisasi khususnya sekolah mampu dilaksanakan. Maka idealisme sekularisme yang bersifat material dan menjadi penghalang kepada pencapaian Falsafah Pendidikan Islam perlulah ditepis.

Guru Pendidikan Islam bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu dan penjawat awam semata-mata, tetapi lebih utama daripada itu, mempunyai tanggungjawab mendidik individu agar memiliki sahsiah yang tinggi. Justeru Guru Pendidikan Islam haruslah terlebih dahulu mempunyai kebijaksanaan dan profesionalisme dalam menginterpretasikan ilmu mereka dalam bentuk tingkah laku berintegriti.

Secara keseluruhannya kajian ini memberikan jawapan alternatif tentang bagaimana integriti GPI yang diurus berdasarkan kepuasan kerja menurut perspektif Islam mampu menentukan prestasi kerja. Iaitu, integriti GPI terbentuk melalui kepuasan ruhiyyah, penaakulan akal dan hubungan sosialnya. Sumber manusia dalam pentadbiran pendidikan Islam ini perlulah dibangunkan secara menyeluruh merangkumi aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani agar selari dengan kehendak syariat yang melambangkan kewujudan paradigma tauhid dalam organisasi pendidikan. Dengan akal dan ruh manusia mampu mengawal kehendak nafsu dan jasad untuk meningkatkan kualiti kehidupan berbanding makhluk yang lain.

Rujukan

Abdul Rahim Abd. Rashid. 2007. Integriti Institusi Sosial: Resiliensi Terhadap Perubahan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Shukor Abdullah. 2004. Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran dan Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Ghazali, Imam Abu Hamid Muhamed Bin Muhammad. 1976. Kimya’us Saadah (Kimia Kebahagiaan). Terj. Abdul Majid Bin Hj. Khatib. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Kota Bharu, Kelantan dengan Kerjasama SH. Muhammad Ashraf, Lahore Pakistan.

Al-Ghazali, Imam Abu Hamid Muhamed Bin Muhammad. 1988. Ihya Ulumuddin. Terj. H. Ismail Yakub. Victory Agensi: Kuala Lumpur.

Amini Abdullah, Azimi Hj. Hamzah, Ezhar Tammam, Sidek Mohd. Noah, Nurizan Yahya dan Halimah@Alma Othman. 2005. Laporan Kajian Audit Nilai Integriti Staf Universiti Putra Malaysia. Serdang : Bahagian Perancangan Korporat, UPM.

Baron. R.M, and Kenny, D.A. 1986. The Moderator-Mediator Variable Distinction in Sosial Psychological Research: Conceptual Strategic and Statistical Considerations. Journal of Personality and Social Psychology, 56(6), 1173-1182.

Eigen,P. 2000. Transparency International releases the Year 2000 Corruption Perceptions index. (atas talian) http://www.transparency.org/cpi/2000/cpi2000.html. Dicetak 3 Sept. 2012.

Eigen,P. 2002. Transparency International: Corruption Perceptions Index 2002. (atas talian) http://www.transparency.org/cpi/2002/cpi2002.html. Dicetak 3 Sept. 2012.

Eigen,P. 2003. Transparency International: Corruption Perceptions Index 2003. (atas talian) http://www.transparency.org/cpi/2003/cpi2003.html. Dicetak 3 Sept. 2012.

Hair, J.E., Anderson, R.E Tattham, R.L. and Black,W.C. 1998. Multivariate Data Analysis. 5th Ed. Upper Saddle River; Prentise Hall.

Halimatus Saadiah Mat Saad. 2008. Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam: Kajian di Pejabat Daerah Ranau Sabah. Tesis Sarjana. Bahagian Pengajian Syariah,Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Haron Din, Hassan Salleh, Sulaiman Yasin .1989. Manusia dan Islam. (Edisi Kelima). Selangor:Hizbi Marketing Sdn. Bhd.

(15)

Institut Tadbiran Awam Negara. 1992. Tonggak Dua Belas (The Twelve Pillars). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir Abdullah, Norizan Yahaya, Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatus Saadiah Hamsan. 2005. Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti, Prosiding Seminar Kebangsaan Sumber Manusia 2005, anjuran Universiti Teknologi Malaysia. 2- 3 Februari 2005.Hotel Sifitel, Senai, Johor Bahru. http://jurnalakademik.blogspot.com/2006/09/pemantapan-nilai-integriti-individu.html. Dicetak 25 Januari 2011.

Khadijah Abdul Razak. 2011. Profesionalisme Guru Pendidikan Islam: Konsep dan Amalan. Proceeding International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education (ICERIALE) 2011. 26-28 September. Langkawi, Kedah. 453-462.

Khairani Zakariya @ Abd Hamid, 2012, Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja Menurut Imam al-Ghazali : Aplikasinya dalam Program Tarbiah Sekolah-sekolah Menengah Aliran Agama Berasrama di Negeri Kedah, Malaysia, Jurnal ATIKAN, 2(1) 2012. 79.(atas talian) http://atikan-jurnal. com/wpcontent/ uploads/2012/ 06/ 5.khairani. usm_ .jun_.12. pdf. Dicetak 15 Julai 2012. Ku Seman Ku Hussain. 2008. Analogi Akar, Pokok dan Rasuah. Dalam Anis Yusal Yusoff dan Zubayry

Abady Sofian. Politik, Isu-Isu Integriti : 2000-2008. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd., Institut Integriti Malaysia (IIM)., 38-41.

Kurata, P.1998. Eighty-five Countries Ranked for Perseived Corruption.(atas talian) http://www.usis-australia.gov. Dicetak 10 Sept. 2012.

Mehrabian, A. 2000. Beyond IQ: Broad-Based Measurement of Individual Success potential or “Emotional Intelligence”. Genetic, Social & General Psychology Monographs, 126 (2), 133-239. Mikulay, S.M., and Goffin, R.D. 1998. Measuring and Predicting Counter Productivity in the Laboratory

Using Integrity and Personality Testing, Educational and Psychological Measurement. Sage Journal. 58(5):768-790.

Mohamad Yusoff Akope. 2000. Integriti Dalam Pendidikan: Ancaman Rasuah dan Cabaran Menanganinya. Seminar Ke Arah Peningkatan Integriti di Kalangan Pendidik. 12 Julai 2000. Melaka :Anjuran Badan Pencegah Rasuah Malaysia.

Mohd. Zakaria Bin Mat Khazani. 2005. Hubungan Antara Iklim Organisasi dan Prestasi Kerja di Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah di Semenanjung Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Malaya.

Narita Ramdzam. 2010. Gelagat Pekerja dan Prestasi Kerja: Sejauh Mana Perkaitannya?. Buletin INTAN. 35 (1):31-40.

Ones, Deniz S., Viswesvaran, Chockalingam; Schmidt, Frank L. 1993. Comprehensive Meta-Analysis of Integrity Test Validities: Findings and Implications for Personnel Selection and Theories of Job Performance. Journal of Applied Psychology. 78(4), Aug 1993. 679-703.

Ones, Deniz S., Viswesvaran Chockalingam. 1998. The Effects of Social Desirability and Faking on Personality and Integrity Assessment for Personnel Selection. Human Performance .11( 2-3): 245-269

Pattison, S. and Edgar, A. 2011. Integrity and the Moral Complexity of Proffessional Practise. Nursing Philosophy .12(2): 94-106.

Rusli Ahmad dan Shamsiyati Shamsuddin. 2011. Pengurusan dan Penilaian Pestasi Pekerja. Kuching: RS Publication.

Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Suhana Mohamad Kip dan Mohd. Shahril Ahmad Razimi. 2011. Membangun Personaliti Insan Guru dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja. Proceeding International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education (ICERIALE) 2011. 26-28 September. Langkawi, Kedah. 913-920.

Sayyid Qutb Rahimahullah. 2001 . Tafsir fi Zilal Al-Quran. Terj. Yusoff Zaky Haji Yacob. Kota Bharu Kelantan : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

(16)

Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab.Halim Tamuri, Isahak Othaman dan Mohd. Sabri Mamat. 2009. Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM. Journal of Islamic and Arabic Education. 1(2): 31-50.

Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan. 2010. Mewujudkan Perkhidmatan Awam Cemerlang Melalui Pementapan Etika Kerja dan Integriti.Buletin INTAN. 35 (1):3-10.

Transparency International. 1999. Corruption Perceptions Index. (atas talian) http://www/transparency.org/cpi/1999/cpi1999.html. Dicetak 10 Sept 2012.

Vroom V.H. .1995. Work and Motivation. New York: John Wiley.

Zainudin Awang. 2012. A Handbook on SEM (Structural Equation Modeling), Using AMOS Graphic. Kota Bharu: Universiti Teknologi Mara Kelantan.

Pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, Kota Kinabalu Sabah: hsms004@yahoo.com

Prof Madya Dr. Baharom Mohamad, Pensyarah Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, Kota Kinabalu Sabah.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian dilakukan untuk membandingkan keefektifitasan dari kedua kelompok perlakuan dengan tujuan memperbaiki keseimbangan sehingga dapat meningkatkan kualitas

PILARLIMA MANDIRI dalam menetapkan perhitungan gaji karyawan lebih rendah dari standar yang ditetapkan pemerintah yang mengacu pada surat Keputusan Gubernur

Saat ini kerap terjadi pelanggaran privasi di media sosial berbasis ojek online, timbulnya pelanggaran privasi pada ojek online ini karena aplikasi

Tujuan dalam penelitian ini adalah memperbaiki proses dan hasil belajar muatan ipa tema 4 menggunakan model pembelajaran DL siswa kelas 5 SD Negeri Dukuh 01

Soal tersebut digunakan untuk memperoleh data tes awal dan tes akhir siswa sehingga mendeskripsikan bagaimana pengaruh penerapan model pembelajaran kooperatif

Kompetensi Dasar Materi Pokok/ Pembelajar an Kegiatan Pembelajaran Indikator Penilaian Alokasi Waktu Sumber Belajar Teknik Bentuk Instrumen Contoh Instrumen kehidupan

sehingga informasi secara tahunan perusahaan dapat diketahui, tidak mengalami delisting selama periode penelitian, menyajikan lapor- an keuangannya dalam satuan mata uang

Formasi Oyo, dan Formasi Wonosari batulempung, napal tufan, batugamping terumbu, dan kalkarenit pegunungan struktural terbiku kuat S 4 andesit tua Formasi Bemmelen,