• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Prinsip Kepimpinan Tadib Guru Pend

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tahap Prinsip Kepimpinan Tadib Guru Pend"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Tahap Prinsip Kepimpinan Ta’dib Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Di Pulau Pinang

DR. Ahmad Sukari Bin Mohamad

IPG Kampus Tuanku Bainun

(ahmadsukari@yahoo.com) DR. Mohd Nizam Bin Sahad

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM

Dr. Abdul Razak Bin Othman

Abstract

The purpose of this study was to identify the level of Religious Islamic Education teachers (GPI) on GPI ta'dib leadership principles. Ta'dib Leadership refers to the ability of teachers to have the basics of religious principles, trust and credibility in leading, guiding, emulating, adopting, shaping and influencing students by entrusting their manners, discipline and inculcate good deeds through the practices of parenting love, ta'dib personality, teaching and learning, role model and tarbiah culture. The focus of the study was to look at the levels of GPI ta'dib leadership principles from the dimensions of (a) the basis of religion, (b) trust, and (c) credibility. This survey research employed a questionnaire designed by the researcher and administered to 512 respondents representing the districts in the state of Penang. The reliability of the instrument was 0.953 (pilot study) and 0.961 (actual study). Data were analyzed by using SPSS version 20 and reported in the form of descriptive statistics of frequency, percentage, mean and graph only. The findings showed that the GPI ta'dib leadership principles level was high for each dimension. In sequence, the basis of religion (mean= 4.49) leads, follow by trust (mean= 4.16) and credibility (min= 4:05). Some aspects still need to be examined and improved.

Keywords: Ta’dib Leadership Principles, Basis of Religion, Trust, Credibility

Abstrak

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap prinsip kepimpinan ta’dib guru pendidikan Islam (GPI). Kepimpinan ta’dib merujuk kepada keupayaan guru yang memiliki prinsip asas-asas keagamaan, amanah dan wibawa dalam memimpin, membimbing, meneladani, menerap, membentuk, dan mempengaruhi pelajar dengan cara menitipkan adab, mendisiplinkan dan menyuburkan akhlak baik melalui amalan kasih sayang keibubapaan, sahsiah ta’dib, pengajaran dan pembelajaran, contoh teladan dan budaya pentarbiahan. Tumpuan kajian adalah untuk melihat tahap prinsip kepimpinan ta’dib GPI dari dimensi (a) asas keagamaan, (b) amanah dan (c) wibawa. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan satu set soal selidik yang direka bentuk oleh pengkaji dan ditadbir kepada 512 orang responden yang mewakili daerah-daerah dalam negeri Pulau Pinang. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah 0.953 (kajian rintis) dan 0.961 (kajian sebenar). Data dianalisis menggunakan SPSS versi 20 dan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif berbentuk kekerapan, peratusan dan min sahaja. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa prinsip kepimpinan ta’dib GPI berada pada tahap tinggi bagi setiap dimensi. Secara urutan, pegangan asas keagamaan (min= 4.49) mendahului pegangan yang lain diikuti amanah (min= 4.16) dan wibawa (min= 4.05). Beberapa aspek tertentu yang diteliti masih perlu diberi perhatian dan penambahbaikan.

(2)

1. Pendahuluan

Islam menganggap setiap individu mukalaf sebagai pemimpin. Seorang guru menjadi pemimpin kepada pelajar dan hal ehwal pengajaran dan pembelajaran sekolah. Guru sebagai ketua dan pemimpin bertanggungjawab merubah anak didik atau pelajar kepada amalan murni atau akhlak mulia selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara (Ahmad Mohd Salleh, 2008). Menurut Sidek Baba (2006) kejayaan atau kegagalan sesuatu pendidikan itu ditandai oleh sejauh mana guru mampu memimpin dan melahirkan murid yang mempunyai asas ilmu yang baik, bermaklumat dan berketerampilan serta memiliki kekuatan dalam menghubungkan dirinya kepada Allah SWT dan berkomunikasi dengan manusia.

Sebagai pemimpin kepada pendidikan pelajar-pelajar di kelas khususnya dan sekolah umumnya, seluruh sahsiah guru, penampilan dan pendekatan pembelajaran terhadap kurikulum dan ko-kurikulum menjadi perhatian para pelajar. Ini adalah kerana pelajar adalah ibarat kain putih yang menunggu untuk dicorakkan oleh guru masing-masing (Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), 2002). Justeru terkadang tutur kata guru dan tingkah laku guru adalah lebih terkesan di hati pelajar berbanding ibu bapa mereka sendiri (Sidek Baba, 2006). Apatah lagi pada umur kanak-kanak 6 tahun sehingga 12 tahun iaitu fasa pertengahan dan perkembangan. Fasa ini berbeza dari fasa permulaan 3-5 tahun dan fasa kanak-kanak akhir remaja 13-18 tahun (Hasan Langgulung, 1986). Lantaran itu, semua GPI seharusnya mempunyai satu set pegangan atau prinsip yang mendasari setiap amalan dan tingkah laku mereka dalam memimpin aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru agama, bentuk kepimpinan guru seharusnya dibina di atas landasan agama dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan terbaik (Surah Al-Ahzab: (33): 21)

2. Kerangka Teori

(3)

amalan seorang muslim dan memandu kehidupan mereka. Sementara menurut Ibn Taimiyyah (1977) dua prinsip utama yang perlu dipegang oleh pemimpin adalah amanah dan al-quwwah atau wibawa. (rujuk Rajah 1)

Rajah 1: Model prinsip kepimpinan ta’dib

Berdasarkan model di atas tiga dimensi utama prinsip kepimpinan ta’dib adalah asas keagamaan,

amanah dan wibawa (Ahmad Sukari, Mohd Nizam, 2012).

a. Asas keagamaan dalam model tersebut mempunyai 3 sub-dimensi iaitu akidah, ibadah dan akhlak yang merupakan asas pegangan keagamaan setiap individu muslim. GPI terutamanya perlu mempunyai pegangan yang kukuh terhadap ketiga-tiga sub-dimensi tersebut, menghayati dan beramal dengan tuntutan asas-asas keagamaan tersebut. Asas-asas keagamaan tersebut berupaya menjadikan seorang muslim sentiasa membesarkan Allah di mana sahaja, beribadah dengan bersungguh-sungguh, istiqamah serta akhlak dan adabnya berada di bawah panduan agama

b. Amanah dalam model ini merujuk kepada sikap bertanggungjawab, kesungguhan dalam bekerja dan kesedaran bahawa semua perlakuan dan amalannya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Sifat amanah juga melahirkan guru yang berwawasan dan sedia memimpin ke arah kebaikan pelajar dan organisasi.

c. Wibawa dalam model ini merujuk kepada keupayaan GPI yang berilmu pengetahuan dalam bidang yang diajar, berusaha menambah ilmu pengetahuan sedia ada termasuk ilmu

Amanah

Asas

keagamaan

(Akidah,Ibada

h,Akhlak)

Wibawa

(4)

sokongan, boleh dijadikan rujukan, bersahsiah mulia dan berupaya menitipkan adab dan membentuk akhlak pelajar ke suatu tahap yang lebih baik.

3. Penyataan Masalah

Guru agama yang berkepimpinan sepatutnya menjadi agen kepada keberkesanan sesuatu sistem pendidikan (Ab Halim, 2007) dan menjadi pewaris para nabi (H.R.Abu Daud, 3641), namun pendidikan pada zaman moden kini lebih banyak memberi perhatian kepada bangunan, alat dan bahan bantu mengajar dan sebagainya sehingga mencuaikan pembentukan watak dan peribadi seorang guru sejati. Jika usaha memperbetulkan keadaan hari ini tidak dilakukan maka sebarang usaha pemulihan atau pembaharuan dalam pendidikan adalah sia-sia (S.S Husain & S.A. Ashraf,1989).

Kisah berkaitan salah laku guru walau pun terpencil namun mendapat perhatian yang besar daripada masyarakat. Berita Harian pada 29 Jun 2007 melaporkan bahawa terdapat 200 guru terlibat dengan beberapa kes salah laku dan telah diambil tindakan. Menurut laporan tersebut, daripada jumlah itu 37 peratus melibatkan kes tidak hadir bertugas, 17 peratus kes cabul atau gangguan seksual, 15 peratus rasuah, 10.5 peratus pelanggaran tata kelakuan, tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah. Sejumlah 9.5 peratus membabitkan kes salah guna dadah, enam peratus terlibat dalam kes kecurian, tujuh peratus kes jenayah syariah dan satu peratus kes keterhutangan serius (Berita Harian, 2007).

Justeru majoriti guru di sekolah adalah melayu muslim, adalah dianggarkan bilangan guru muslim yang terlibat dengan kesalahan salah laku tersebut lebih besar nisbahnya berbanding guru bukan muslim (KPM, 2012). Malahan lebih jauh daripada itu, terdapat laporan salah laku yang melibatkan guru-guru agama walaupun jumlahnya kecil namun adalah suatu yang memalukan. Sebagai contoh, terdapat laporan guru agama sekolah rendah mencabul murid tahun satu (Harian Metro, 2010), menampar murid tahun satu kerana mengejek namanya (Bernama, 2009), berkhalwat dan didapati terlanjur dengan rakan sekolah lama semasa suami mengerjakan umrah (Harian Metro, 2/3/2010) dan mendera pelajar kerana mencuri sehingga mati di sebuah sekolah tahfiz di negeri Perlis (berita semasa, 2011).

(5)

berkaitan dimensi personaliti dan keperibadian positif GPI. Menurut kajian tersebut terdapat dalam kalangan GPI yang menunjukkan ketidakupayaan dalam menampilkan Islam sebagai ad-din sehingga sahsiah mereka tidak boleh dijadikan model adab dan teladan yang mulia kepada para pelajar.

4. Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap prinsip-prinsip kepimpinan ta’dib dalam kalangan GPI sekolah rendah di Pulau Pinang bagi dimensi (a) asas-asas keagamaan (akidah, ibadah, akhlak), (b) amanah dan (c) wibawa.

5. Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan “Apakah tahap prinsip-prinsip kepimpinan ta’dib dalam kalangan GPI sekolah rendah di Pulau Pinang bagi dimensi: (a) asas-asas keagamaan (akidah, ibadah, akhlak)?, (b) amanah? dan (c) wibawa?.

6. Metodologi kajian

Kajian kuantitatif ini berbentuk tinjauan (survey). Satu set soal selidik yang menggunakan skala likert bagi meninjau pandangan GPI berkaitan pegangan mereka terhadap dimensi-dimensi prinsip kepimpinan ta’dib telah digunakan. Skala Likert (5 poin) yang digunakan ialah tidak pernah, jarang-jarang, kadang-kadang, kerap dan sangat kerap. Soal selidik ini mengandungi 29 item yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Bahagian A (asas keagamaan) terdiri daripada 15 item (akidah; 4 item), (ibadah;7 item), dan (akhlak;4 item), Bahagian B (amanah) terdiri daripada 6 item dan Bahagian C (wibawa) terdiri daripada 8 item. Item soal selidik telah disemak oleh pakar dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia dan pakar Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. Nilai kebolehpercayaan

Cronbach alpha keseluruhan item ialah 0.953 (kajian rintis) dan 0.961 (kajian sebenar). Nilai kebolehpercayaan Cronbach alpha bagi Bahagian A adalah 0.815, Bahagian B adalah 0.602 dan Bahagian C adalah 0.832

(6)

Jadual 1: Bilangan dan peratusan responden mengikut PPD

PPD Peratus (%) dan Bilangan (n) Timur Laut 13.3 (68)

Barat Daya 18.2 (93)

SPU 27.7 (142)

SPT 26.6 (136)

SPS 14.3 (73)

Jumlah 100 (512)

Pengkaji menggunakan statistik deskriptif bagi menunjukkan skor min, peratusan dan sisihan piawai untuk menyatakan ciri-ciri sesuatu pembolehubah yang dikaji. Bagi tujuan menginterpretasi data berkaitan tahap prinsip kepimpinan ta’dib GPI, pengkaji mengguna pakai rumusan Nunally (1978) yang telah digunakan oleh Azhar Ahmad (2006) dan Kamarul Azmi Jasmi (2010) seperti dalam Jadual 2. Pengkaji turut menggunakan rumusan tahap ini bagi mendapatkan gambaran peratusan dan bilangan guru yang berpegang kepada prinsip kepimpinan ta’dib.

Jadual 2 : Skala tahap prinsip dan amalan kepimpinan ta’dib

Skor Min Interpretasi

4.01 – 5.00 Tinggi

3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

1.00 – 2.00 Rendah

7. Dapatan kajian

Dapatan menunjukkan min keseluruhan prinsip kepimpinan ta’dib adalah 4.34 sementara min bagi dimensi asas keagamaan adalah 4.49, amanah 4.16 dan wibawa 4.05.

7.1 Asas-Asas Keagamaan

(7)

Jadual 3: Tahap prinsip kepimpinan ta’dib responden bagi dimensi asas keagamaan 2 Kekuatan akidah perlu ditingkatkan untuk menjadikan

seseorang bertanggungjawab - - 0.21 27.7142 72.1369 4.72.45 3 Saya mendahulukan pandangan peribadi berbanding

pandangan agama dalam soal kehidupan(N) 62.7321 21.1107 10.252 4.121 211 4.38.97 4 Akidah yang benar mempengaruhi sikap dan perlakuan

saya

5 Bekerja dengan penuh iltizam merupakan satu ibadah 0.4

2 0.42 1.89 28.3145 69.1354 4.65.58 6 Amal ibadah yang ditunaikan tidak mempunyai kaitan

dengan adab saya (N) 64.5330 1576 4.322 9.448 6.846 4.201.29 7 Penjagaan adab dalam ibadah berupaya membentuk

sahsiah diri saya 0.42 0.42 210 35179 62.3319 4.58.59 8 Saya melaksanakan Ibadah wajib dengan

bersungguh-sungguh 10 Saya menjadikan seluruh dimensi kehidupan sebagai

ibadah - - 3.719 44.1226 52.1267 4.48.57 13 Saya mengingatkan diri supaya mengamalkan akhlak

Islam - - 1.26 28.1144 70.7262 4.7.49 14 Saya mengajak pelajar berbuat baik sesama manusia - 0.2

1 0.42 25.8132 73.6377 4.73.47 15 Saya segera membantu mereka yang dalam kesusahan - 0.2

1 6.634 61.1313 32164 4.25.58 Min Akhlak (keseluruhan)

SP 4.48.40

Min Dimensi Asas keagamaan 4.49

.35

(8)

ibadah. Ini menunjukkan tahap pegangan GPI terhadap asas keagamaan mengikut urutan adalah akidah, akhlak dan ibadah.

Secara lebih khusus, pegangan GPI terhadap sub dimensi akidah mengikut urutan adalah “Kekuatan akidah perlu ditingkatkan untuk menjadikan seseorang bertanggungjawab” dengan min 4.72 (s.p= .45), dikuti “Saya mengambil berat terhadap kefahaman akidah yang benar” dengan min 4.6 (s.p= . 55), ”Akidah yang benar mempengaruhi sikap dan perlakuan saya” dengan min 4.55 (s.p= .54) dan “Saya mendahulukan pandangan peribadi berbanding pandangan agama dalam soal kehidupan” dengan min 4.38 (s.p= .97). Berdasarkan dapatan kajian, nilai min yang tinggi bagi item “Kekuatan akidah perlu ditingkatkan untuk menjadikan seseorang bertanggungjawab” menunjukkan tahap keyakinan GPI yang tinggi terhadap kepentingan akidah serta mengakui perkaitannya dalam menjadikan seseorang itu bertanggungjawab.

Seterusnya pegangan GPI terhadap sub dimensi ibadah mengikut urutan adalah “Bekerja dengan penuh iltizam merupakan satu ibadah” dengan min 4.65 (s.p= .58), diikuti dengan “Saya melaksanakan Ibadah wajib dengan bersungguh-sungguh” dengan min 4.62 (s.p= .5), “Penjagaan adab dalam ibadah berupaya membentuk sahsiah diri saya” dengan min 4.58 (s.p= .59), “Saya menjadikan seluruh aspek kehidupan sebagai ibadah” dengan min 4.48 (s.p= .57), “Amalan sunat yang dilakukan memberikan kekuatan rohani kepada saya” dengan min 4.37 (s.p= .65), “Amal ibadah yang ditunaikan tidak mempunyai kaitan dengan adab saya” dengan min 4.20 (s.p= 1.29) dan “Saya memperbanyakkan amalan kebajikan supaya dicontohi pelajar” dengan min 4.18 (s.p= .73). Berdasarkan dapatan kajian, nilai min yang tinggi bagi item “bekerja dengan penuh iltizam merupakan satu ibadah” menunjukkan tahap kefahaman yang tinggi dalam kalangan GPI tentang konsep ibadah dalam Islam.

Sementara pegangan GPI terhadap sub dimensi akhlak mengikut urutan adalah “Saya mengajak pelajar berbuat baik sesama manusia” dengan min 4.73 (s.p= .47), diikuti “Saya mengingatkan diri supaya mengamalkan akhlak Islam” dengan min 4.7 (s.p= .47) , “Akhlak mulia yang saya amal menjadikan saya dihormati” dengan min 4.26 (s.p= .67) dan “Saya segera membantu mereka yang dalam kesusahan” dengan min 4.25 (s.p= .58). Berdasarkan dapatan kajian, nilai min yang tinggi bagi item “mengajak pelajar berbuat baik sesama manusia” menunjukkan sikap GPI yang mementingkan dakwah dan menyedari bahawa mereka perlu mengajak dan memimpin orang lain ke arah kebaikan.

(9)

Jadual 4: Analisis min tahap pegangan responden terhadap prinsip kepimpinan ta'dib dimensi asas keagamaan

Akidah % (n)

Ibadah % (n)

Akhlak % (n)

Asas keagamaan keseluruhan

% (n)

Tinggi 83 (425) 81.6 (418) 79.7 (408) 90 (461)

Sederhana Tinggi 16.6 (85) 18 (92) 20.1 (103) 10 (51)

Sederhana Rendah 0.2 (1) 0.4 (2) 0.2 (1)

-Rendah 0.2 (1) - -

-Keseluruhan % (n) 100 (512) 100 (512) 100 (512) 100 (512)

Merujuk kepada jadual 4 di atas, dapatan kajian bagi sub dimensi akidah menunjukkan bahawa daripada keseluruhan responden berjumlah 512 GPI, iaitu 83% (n= 425) berada pada tahap tinggi bagi sub dimensi akidah, 16.6% (n= 85) berada pada tahap sederhana tinggi, .2 % (n=1) berada pada tahap sederhana rendah dan 0.2 % (n=1) berada pada tahap yang rendah.

Dapatan kajian bagi sub dimensi ibadah menunjukkan seramai 81.6% (n= 418) GPI berada pada tahap yang tinggi, 18% (n= 92) berada pada tahap sederhana tinggi dan 0.4 % (n=2) berada pada tahap sederhana rendah. Sementara bagi sub dimensi akhlak pula seramai 79.7% (n=408) berada pada tahap yang tinggi, 20.1% (n= 103) berada pada tahap sederhana tinggi dan 0.2 % (n=1) berada pada tahap yang rendah.

Secara keseluruhan analisis min menunjukkan 90% (n= 461) GPI mempunyai tahap prinsip kepimpinan yang tinggi bagi dimensi asas keagamaan dan 10% (n= 51) GPI mempunyai tahap sederhana tinggi bagi dimensi prinsip asas keagamaan.

7.2 Amanah

(10)

Jadual 5: Tahap prinsip kepimpinan ta’dib responden bagi dimensi amanah

16 Mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai guru dengan baik

seperti berniaga semasa di sekolah (N)

36.9 18 Saya mampu menyiapkan segala kerja berkaitan sekolah

pada masa yang ditetapkan

kawasan sekolah 0.84 2.915 27.3140 50.4258 18.695 3.83.79 20 Saya perlu dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT jika

cuai membimbing adab pelajar 21 Saya berazam merubah akhlak dan adab pelajar menjadi

lebih baik - - 15 37.5192 61.5315 4.61.51 Min Dimensi Amanah

SP 4.16.37

Dapatan kajian menunjukkan daripada keseluruhan item, empat item berada pada tahap tinggi iaitu min melebihi 4.0 dan dua item berada pada tahap sederhana tinggi iaitu min di bawah 4.0. Pegangan GPI terhadap dimensi amanah mengikut urutan min pada tahap tinggi adalah “Saya berazam merubah akhlak dan adab pelajar menjadi lebih baik” dengan min 4.61(s.p= .51) diikuti “Saya perlu dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT jika cuai membimbing adab pelajar” dengan min min 4.41(s.p= .63), “Mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai guru dengan baik” dengan min min 4.22 (s.p= .59) dan “Wajar bagi seorang guru melakukan kerja sampingan seperti berniaga semasa di sekolah” dengan min 4.03 (s.p= .94).

Pegangan GPI terhadap dimensi amanah mengikut urutan min yang berada pada tahap sederhana tinggi adalah “Saya mampu menyiapkan segala kerja berkaitan sekolah pada masa yang ditetapkan dengan min 3.89 (s.p= .67) dan “Saya menegur salah laku pelajar walaupun di luar kawasan sekolah” dengan min 3.83 (s.p= .79).

(11)

Seterusnya, hasil analisis min terhadap tahap pegangan responden bagi dimensi amanah menunjukkan 59 % (n=302) berada pada tahap tinggi, 40.8% (n=209) berada pada tahap sederhana tinggi dan 0.2% (n=1) berada pada tahap sederhana rendah.

7.3 Wibawa

Dimensi wibawa responden diukur berdasarkan persepsi responden terhadap tahap keupayaannya dalam memimpin, menitipkan adab serta ilmu pengetahuan; ilmu kandungan pelajaran dan juga ilmu sokongan. Terdapat 8 item dikemukakan (22 – 29). Secara keseluruhan Jadual 6 menunjukkan min tahap wibawa responden berada pada tahap tinggi iaitu 4.05, namun ia lebih rendah berbanding min bagi prinsip kepimpinan ta’dib yang lain. (asas keagamaan;min= 4.49, amanah; min= 4.16)

Jadual 7: Tahap prinsip kepimpinan ta’dib responden bagi dimensi wibawa

B Wibawa 1 2 3 4 5 Min

SP %

(n) %(n) %(n) %(n) %(n) 22 Saya berupaya menitipkan adab baik dalam kalangan

pelajar 23 Saya mampu memimpin pelajar ke arah kebaikan - 0.4

2 25 Saya memiliki kemahiran jawi yang baik 0.2

1 1.26 12.162 63.7326 22.9117 4.08.64 26 Saya memiliki kemahiran al-quran yang baik - 0.8

4 12.162 65.6336 21.5110 4.08.60 27 Saya boleh dijadikan rujukan dalam ilmu berkaitan

keagamaan - 2.513 27.5141 60.5310 9.448 3.77.65 28 Saya berani memperkatakan kebenaran walaupun pahit

didengar 0.42 0.63 24.2124 56.6290 18.293 3.92.69

(12)

Pegangan GPI terhadap dimensi amanah mengikut urutan min pada tahap sederhana tinggi adalah “Saya berani memperkatakan kebenaran walaupun pahit didengar” dengan min 3.92 (s.p= .69) dan “Saya boleh dijadikan rujukan dalam ilmu berkaitan keagamaan” dengan min 3.77 (s.p= .65)

Berdasarkan hasil dapatan nilai min tinggi bagi item “Saya memiliki sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru” menunjukkan GPI mengakui bahawa mereka secara prinsipnya memiliki sahsiah yang sesuai untuk menjadi guru. Sementara nilai min sederhana tinggi bagi item ”Saya boleh dijadikan rujukan dalam ilmu berkaitan keagamaan” menunjukkan GPI secara prinsipnya mengakui bahawa mereka masih kekurangan ilmu dan bukan seorang yang pakar untuk menjadi rujukan kepada guru lain. Nilai min sederhana tinggi bagi item “Saya berani memperkatakan kebenaran walaupun pahit didengar” menunjukkan terdapat sebilangan kecil daripada GPI dari segi pegangannya tidak berani atau kurang berani dalam memperkatakan kebenaran sekiranya ia menyakiti orang lain.

Seterusnya, hasil analisis min terhadap tahap pegangan responden bagi dimensi wibawa menunjukkan 45.9% (n=235) responden berada pada tahap wibawa yang tinggi, 52.3% (n=268) responden mempunyai tahap wibawa sederhana tinggi dan 1.8% (n=9) berada pada tahap wibawa sederhana rendah.

8. Perbincangan Dapatan dan Implikasi

Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian bagi persoalan tahap prinsip kepimpinan ta’dib dalam kalangan GPI yang diperolehi daripada data kuantitatif. Secara keseluruhan, tahap pegangan GPI sekolah rendah di Pulau Pinang terhadap prinsip kepimpinan ta’dib GPI sekolah rendah di Pulau Pinang berada pada tahap yang tinggi bagi ketiga-tiga dimensi iaitu asas keagamaan, amanah dan wibawa. Secara urutan pegangan asas keagamaan (min= 4.49) mendahului pegangan yang lain, kemudian diikuti amanah (min= 4.16) dan wibawa (min= 4.05).

8.1 Asas-asas Keagamaan

Bagi dimensi asas keagamaan dapatan kajian menunjukkan pegangan GPI mengikut urutan adalah akidah, akhlak dan ibadah. Kajian ini hampir menyamai kajian oleh Burhanuddin Abdul Jalal (2010) terhadap penghayatan Islam di kalangan anggota angkatan tentera Malaysia yang menunjukkan penghayatan akidah dan ibadah adalah tinggi sementara penghayatan akhlak berada pada tahap sederhana tinggi.

(13)

tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan tahap asas pegangan GPI terhadap asas keagamaan adalah tinggi.

Secara lebih khusus hasil dapatan kuantitatif menunjukkan bagi sub dimensi akidah, GPI mempunyai pegangan yang tinggi terhadap kepentingan akidah serta mengakui perkaitannya dalam menjadikan seseorang itu bertanggungjawab (min 4.72). Mereka juga didapati sangat mengambil berat terhadap kefahaman akidah yang benar dan sedia mendahulukan pandangan agama berbanding pandangan peribadi. Bagi sub dimensi ibadah pula berdasarkan data kuantitatif, GPI didapati mempunyai tahap pegangan dan kefahaman yang tinggi tentang konsep ibadah dalam Islam (min 4.65). Mereka yakin ibadah wajib yang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh mempunyai perkaitan dengan pembinaan sahsiah diri dan memberikan kekuatan kepada rohani. Mereka juga yakin bahawa amal ibadah mereka perlu diperbanyakkan supaya dapat dicontohi oleh pelajar.

Seterusnya bagi sub dimensi akhlak berdasarkan data kuantitatif, GPI didapati mementingkan akhlak dan menyedari bahawa mereka perlu mengajak dan memimpin pelajar supaya beramal dengan akhlak-akhlak Islam (min 4.73). Selain daripada itu GPI mengakui mereka perlu mengamalkan akhlak Islam dengan mencontohi Nabi SAW dan seterusnya menjadikan diri mereka pula sebagai contoh kepada pelajar.

Secara keseluruhan kajian menunjukkan pegangan GPI terhadap prinsip kepimpinan ta’dib dimensi asas keagamaan adalah tinggi. Walaubagaimanapun bilangan 10% GPI mempunyai prinsip kepimpinan pada tahap sederhana tinggi masih tetap perlu diberi perhatian. Ini adalah kerana prinsip adalah sesuatu yang mendasari kepada sesuatu amalan dan menjadi faktor pendorong kepada seseorang untuk melakukan sesuatu amalan sebaik mungkin. Dapatan ini menunjukkan dimensi asas keagamaan perlu ditingkatkan kepada GPI dalam kumpulan sederhana tinggi. Menurut Shakirah Mat Akhir (2003) matlamat Pendidikan Islam tidak tercapai kerana kurangnya penghayatan asas keagamaan dari kalangan pelajar mahupun GPI sendiri. Mengikut teori pendidikan dan sosial al-Ghazali pendidikan kerohanian amat penting dalam memastikan tahap penghayatan yang tinggi dalam kalangan pelajar dan guru.

8.2 Amanah

(14)

Secara lebih khusus dapatan kuantitatif bagi dimensi amanah mendapati, GPI mempunyai keazaman yang tinggi dalam melaksanakan amanah untuk merubah akhlak dan adab pelajar (min 4.61). Mereka juga yakin mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai guru dengan baik dan sedia dipertanggungjawabkan diakhirat kelak jika cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik dan mengadabkan pelajar. Seterusnya dapatan kuantitatif menunjukkan GPI bagi item ”menegur salah laku pelajar walaupun di luar kawasan sekolah” dan ”mampu menyiapkan segala kerja berkaitan sekolah pada masa yang ditetapkan” berada pada tahap sederhana tinggi. Terdapat persamaan dapatan kajian ini dengan dapatan oleh Arifin Mamat (2011) iaitu guru-guru agama sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Selangor dari segi menepati waktu dan kesediaan untuk berkhidmat diluar waktu tugas rasmi berada pada tahap sederhana tinggi. Justeru itu peringatan tentang kewajipan GPI menegur salah laku pelajar walaupun diluar kawasan sekolah dan melengkapkan tugas pada masa ditentukan perlu diberi perhatian oleh GPI sendiri, pihak pengurusan sekolah dan juga Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

8.3 Wibawa

Hasil analisis menunjukkan GPI dari segi wibawa berada pada tahap yang tinggi namun lebih rendah berbanding asas keagamaan dan amanah. Hasil analisis min pula menunjukkan bilangan GPI yang berada pada tahap sederhana tinggi seramai 52.3% melebihi GPI yang berada pada tahap tinggi iaitu 45.9 %. Dapatan kajian juga menunjukkan seramai 1.8 % GPI berada pada tahap wibawa sederhana rendah. Ini menunjukkan masih terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan oleh GPI, pihak pengurusan sekolah dan JPN dalam meningkatkan tahap wibawa GPI terutama kepada kumpulan sasaran.

Secara lebih khusus dapatan kuantitatif bagi dimensi wibawa mendapati, GPI mengakui bahawa mereka secara prinsipnya memiliki sahsiah yang sesuai untuk menjadi guru (min= 4.21), mempunyai kesungguhan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam ilmu sokongan, berkeupayaan memimpin pelajar, berkemahiran dalam ilmu jawi dan al-quran. Data kuantitatif menunjukkan GPI mengakui mereka masih kekurangan ilmu dan bukan seorang yang pakar untuk menjadi rujukan kepada guru lain (min= 3.77). Seterusnya data kuantitatif menunjukkan terdapat sebilangan kecil daripada GPI dari segi pegangannya kurang berani dalam memperkatakan kebenaran sekiranya ia menyakiti orang lain. Golongan ini mungkin tidak sanggup menanggung cabaran dalam mempertahankan kebenaran ketika memimpin dan menangani sesuatu permasalahan.

(15)

Tingg i

Sede rhan

a Tin ggi

Sede rhan

a Re ndah 0

50 100 150 200 250 300 350 400 450 500

Asas Keagamaan Amanah

Wibawa

Carta 1: Carta tahap prinsip kepimpinan ta’dib GPI

9. Penutup

Hasil daripada dapatan kajian, tahap pegangan GPI terhadap prinsip kepimpinan ta’dib berdasarkan persepsi mereka terhadap diri masing-masing adalah tinggi. Dimensi asas keagamaan merupakan yang paling dominan, diikuti oleh dimensi amanah dan wibawa. Dapatan kuantitatif bagi dimensi asas keagamaan pula menunjukkan GPI mendahulukan akidah berbanding akhlak dan ibadah dari segi pegangan. Mereka turut percaya bahawa akidah yang benar mempunyai perkaitan dengan pelaksanaan tanggungjawab. Walaubagaimana pun bilangan 10% GPI berada pada tahap sederhana tinggi bagi dimensi asas keagamaan, 40.8 % pada tahap sederhana tinggi dan 0.2 % pada tahap sederhana rendah bagi dimensi amanah dan 52.3 % pada tahap sederhana tinggi dan 1.8 % GPI berada pada tahap sederhana rendah bagi dimensi wibawa menunjukkan masih terdapat dalam kalangan GPI yang perlu ditambah baik dari segi penghayatan terhadap asas keagamaan, amanah dan wibawa.

Berdasarkan hasil kajian beberapa item berada pada tahap sederhana tinggi dan perlu diberi perhatian oleh GPI, pihak pengurusan sekolah dan JPN adalah (a) penguasaan ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan, (b) keberanian dalam mempertahankan kebenaran jika pahit didengar, (c) kesediaan untuk menegur dan menta’dibkan pelajar diluar kawasan sekolah dan (d) menyiapkan kerja berkaitan sekolah pada masa yang ditentukan

(16)

berkesan dan menjadi role model kepada para pelajar. Justeru itu, adalah penting bagi Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai sekarang dan pada masa akan datang khususnya melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (PPPM) untuk memastikan bakal-bakal GPI dan GPI yang sedang dalam perkhidmatan mempunyai tahap kompetensi yang tinggi bagi ketiga-tiga dimensi tersebut iaitu asas keagamaan, amanah dan wibawa.

Rujukan

Al-Quran al-Karim.

Ab. Halim bin Tamuri, Mohd Izham Hamzah, Masribanun Bt. Duki, (2007), Penilaian Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Terhadap Amalan Kepimpinan GPI. Jurnal Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan, Vol 17, No 1, h. 33-55.

Ahmad Mohd Salleh (2008), Pengajian Agama Islam & j-Qaf, Selangor: Oxford Fajar.

Ahmad Sukari Mohamad, Mohd Nizam Sahad (2012), Model Kepemimpinan Ta’dib Guru Pendidikan Islam, prosiding dalam The 6th. ISDEV International Islamic Development Management

Conference, Universiti Sains Malaysia,(IDMAC 2012) 29-30 Oktober 2012

Arifin Mamat et. al (2011), Tahap Profesinalisme Guru-guru Agama Sekolah Rendah Agama – Jabatan Agama Islam Selangor: Satu Kajian tentang Sikap Guru, Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,

Azhar Ahmad (2006), Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islan dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah, Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azma Mahmood (2006), Pengukuran tahap Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar-pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berita harian (2011), Dera Murid Sampai Mati Tidak Boleh Dimaafkan: Muhyiddin, 4 April 2011, h. 1 Berita Harian (2007), Dewan Rakyat: 200 Aduan Salah Laku Guru, 29 Jun 2007, h. 3

Bernama (2009), Ustaz Tampar Murid Ejek Nama di Sekolah, http://meniti-hari.blogspot.com/2009/07/ustaz-tampar-murid-ejek-nama-di-sekolah.html, bertarikh 18 Julai 2009, dimuat turun pada 12/10/2011

Burhanuddin Abdul Jalal (2010), Penghayatan Islam dalam Kalangan Anggota Angkatan Tentera Malaysia, Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harian Metro (2010) , “Ustaz dituduh Cabul Murid”, Harian Metro, 12 Februari 2010 Harian Metro (2010), Ustazah Berkhalwat Ketika Suami Mengerjakan Umrah, 2/3/2010 h. 1.

Hasan Langgulung (1985), Pendidikan dan Peradaban Islam, Suatu Analisa Sosio-Psikologi, Jakarta: Pustaka Al-Husna.

(17)

Hisham Altalib (1992), Panduan Latihan untuk Petugas Islam, The International Institute of Islamic Thought: Nurin Enterprise.

Ibn Taimiyyah (1977), Pedoman Islam Bernegara K.H. Firdaus A.N (terj.), Cetakan 3, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah: Amalan Dalam Pengajian Islam. Shah Alam: Kamil & Shakir Sdn. Bhd.

Kamarul Azmi Bin Jasmi (2010), Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia: Satu Kajian Kes, Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia),

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), Buletin Perangkaan Sosial (www.statistics. Gov.my/portal/download_labour/files/BPS/Buletin_Perangkaan _Sosial. 2012). Dimuat turun pada 4hb Mei 2013. h. 41.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1968), Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’, Bil 8/1968. Ruj.KP.8543 02(12), 18 September 1968

Noor Shakirah Mat Akhir (2003), Penghayatan Ilmu dan Pendidikan Islam Menurut Teori Pendidikan dan Sosial Al-Ghazali dalam Malaysia Moden (Kajian Kes di Wilayah Timur Laut Pulau Pinang), Laporan Penyelidikan tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.

Noresah Baharum (et.al) (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat, Cetakan 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Nunally, J.C. (1978), Psychometric Theory, New York: Mc Graw Hill Publication.

Rafik I. Beekun, Jamal Badawi (2009), Leadership: An Islamic Perspective, c.3, USA: Amana Publications, Maryland.

S.S Husain & S.A. Ashraf (1989), Krisis Dalam Pendidikan Islam, Maso’ood Abdul Rashid (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Saeeda Shah (2006) , “Educational Leadership: an Islamic Perspective”, British Educational Research Journal, Vol. 32, No.3, h. 366

Sidek Baba (2006), Pendidikan Rabbani, Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd.

Wan Bakar Wan Dagang (1991), Masalah-Masalah Dalam Pendidikan Islam Peringkat Menengah dan cara mengatasinya. Journal Pendidikan Islam 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, (1-2): h. 33-46

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini menunjukan bahwa besarnya pengaruh variabel bebas, yaitu Komitmen, Kualitas Sumber Daya Manusia, Perangkat Pendukung dan Motivasi terhadap variabel terikat

Pada perlakuan dengan menggunakan pupuk A menghasilkan bobot yang paling tinggi dibandingkan dengan perlakuan B, C, dan D, hal ini disebabkan kandungan unsur hara yang ada pada pupuk

Hasil dari penelitian ini ialah layanan informasi online yang dapat memvisualisasikan rute sesuai dengan keberangkatan dan tujuan pengguna Trans Padang.. Selain itu, terdapat

Jika kita mendapatkan informasi mengenai hasil ujian dalam volume yang lebih besar, seperti dari semua siswa di satu kelas atau satu sekolah, hal tersebut bisa digunakan untuk

Analisis Naskah Drama Pajaratan Cinta Karya Dhipa Galuh Purba.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu | perpustakaan.upi.edu

Jumlah Jam Mengajar Dalam 1 Minggu di Rintisan Sekolah Menengah Atas Bertaraf Internasional Negeri 1 Demak. No Jumlah Jam Jumlah Guru

[r]

[r]