• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penegasan Perulangan Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran Peralatan penghasilan grafik Prinsip grafik Lisan Daya Tarikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penegasan Perulangan Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran Peralatan penghasilan grafik Prinsip grafik Lisan Daya Tarikan"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

1

TAJUK 5 ASAS GRAFIK

SINOPSIS

Tajuk ini memperkenalkan prinsip asas grafik sebagai sumber untuk membantu pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan sesuatu bahan grafik adalah berdasarkan kepada kualiti yang diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai teknik penghasilan yang digunakan.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:

i. Menerangkan konsep grafik.

ii. Menghuraikan peranan grafik dalam pengajaran. iii. Menyatakan prinsip grafik yang berkesan.

iv. Menyenarai, menjelaskan dan mengintegrasikan komposisi grafik yang menggabungkan elemen, pola/corak dan susunatur dengan baik dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.

(2)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

2

KERANGKA TAJUK

Asas Grafik

Reka bentuk visual

Konsep dan peranan

Kontras Elemen

Pola/Corak

Susunatur

Visual

Seimbang

Mudah

Kehampiran

Penegasan

Perulangan

Penghasilan bahan pengajaran dan

pembelajaran

Peralatan penghasilan grafik

Prinsip grafik

Lisan

(3)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

3

Fikirkan

Bagaimanakah grafik dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu sesi pengajaran-pembelajaran anda?

“Sebuah gambar membawa seribu perkataan”. Pernyataan ini menggambarkan bahawa bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan berkesan. Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka bentuk dan daya kreativiti pada bahan tersebut. Bahan yang berkesan akan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek “graphikos” bermaksud lukisan. Grafik ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada aspek praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui satu kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran dan persembahan yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru mempraktikkan prinsip-prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat menghasilkan satu-satu bahan pengajaran yang mudah menepati objektif pengajaran, dan bersistematik.

Fikirkan

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan grafik yang menarik?

5.1 Prinsip Grafik

(4)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

4

Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah, kehampiran, penegasan, dan pengulangan.

5.1.1 Kontras (Contrast)

Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

5.1.2 Seimbang (Alignment)

Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada prinsip yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan tidak formal atau sebaliknya.

Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu

(5)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

5

timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.

a. formal b. tidak formal

5.1.3 Mudah (Simplicity)

Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

Rajah 5.2 : Seimbang

(6)

EDU31 ekatan dan digunakan mpaikan. Me

gukuhkan i ggunakan an n haruslah

ereka perlu idea dasar nak panah, g

k panah

n (Emphasis

erikan untuk aan bentuk, a agar dapa

uk agai satu k bersesuaian at dilihat dan

b. w ntuk, warna,

bentuk

an sesuatu ntuk, garisan

difokus.

warna

5 : Penegasa : Penyatuan

n bersama an tidak terp

tema dan ara satu den

Ia boleh tekstur dan

c. t ngan yang l

dihasilkan ruang.

tekstur

uan minat d dan perspe

c. perspekt

kansupaya en-elemen g hendak lain untuk

dengan

dan fokus ektif dapat

(7)

EDU31

sip ini meny at tertentu. kasar, bulle g dan sebag

han tyang serup gainya.

ba lihat bebe unakan dan

tion)

hawa harus ng ditekalka nsur reka b

: Pengulang

er pilihan an a digunakan.

esuatu aspe n berupa fo entuk, forma

gan

nda. Jelaska

ek reka ben on yang di at tertentu, h

an prinsip gr

ntuk pada hitamkan, hubungan

(8)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

8

5.2 Reka Bentuk Visual

Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan susunatur.

5.2.1 Elemen

Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.

 Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:

i. Realistik – merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.

ii. Analogi – memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik tersebut.

iii. Organisasi – memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.

 Elemen lisan

Kebanyakan paparan visual dimantapkan maksudnya dengan menyatukan perkataan atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi pertimbangan dari aspek-aspek berikut:

i. Stail huruf – stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak.

ii. Bilangan stail huruf – digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan menarik.

iii. Huruf besar dan huruf kecil – wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption.

iv. Warna huruf – kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.

(9)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

9

vi. Jarak antara huruf – dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.

vii. Jarak antara baris – sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.

 Elemen Daya Tarikan

Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan objek yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi oleh elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut:

i. Ruang – digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang.

Rajah 5.7 : Ruang

(10)

EDU31

iii

iv

R

05 T5-ASAS G

i. Permukaa dibuat di a

v. Bentuk –

Rajah 5.10 : B GRAFIK

R

an – diguna atasnya.

digunakan u

Bentuk 2 Dim

Rajah 5.8 : P

akan untuk

Rajah 5.9

untuk menun

mensi

Pelbagai Ga

memberi ke

: Jenis Teks

njukkan dime arisan

esan ke ata

stur

ensi.

(11)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

11

Rajah 5.11 : Bentuk 3 Dimensi

v. Warna – digunakan untuk untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.

Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka warna-warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.

Warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuh-tumbuhan. Warna-warna ini memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.

(12)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

12

Rajah 5.12 : Skema Warna Latihan:

Dapatkan maklumat dari internet untuk menambahkan fahaman anda tentang warna. Gunakan frasa seperti skema warna atau colour schemes untuk tujuan tersebut

5.2.2 Pola/Corak

Pola/corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan perhatian seseorang untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.

(13)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

13

5.2.3 Susunatur

Susunatur elemen rekaan visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk menghasilkan karya yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip grafik yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu dapat mengarahkan pandangan kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat diperhatikan dalam paparan visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Thirds). Ia menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual dengan menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu, perkara yang utama perlu dipaparkan di bahagian ini. Contoh-contoh tersebut ditunjukkan pada Rajah 5.14.

Rajah 5.14 : Peraturan Satu Pertiga

5.3 Peralatan Penghasilan Grafik

(14)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

14

mensimulasikan kesan daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak ruang.

a. Pengimbas imej

b. Kamera digital

Rajah 5.15 : Peralatan Penghasilan Grafik

RUMUSAN

(15)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

15

Amali

Dengan penggunaan kamera digital dan/atau membuat imbasan dengan bantuan alat pengimbas, hasilkan satu media grafik seperti carta, poster atau fotoyang boleh anda gunakan untuk mengajar satu tajuk dalam matapelajaran yang anda ajar. Pastikan anda menggunakan pelbagai prinsip grafik untuk menghasilkan reka bentuk visual yang menarik.

BIBLIOGRAFI

Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005).The systematic design of instruction. Edisi ke 6. New York: Pearson, Allyn and Bacon.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey: Prentice Hall.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan

Kamaruddin Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.

(16)

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

16

Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and media for learning. (10th ed.). Boston: Pearson.

Referensi

Dokumen terkait

Karena menulis merupakan bagian dari mata pelajaran Bahasa Indonesia, maka seharusnya pengajar Bahasa Indonesia adalah orang yang gemar menulis, menguasai berbagai

1. Membuat prosedur pemantauan dan pelaporan kesehatan warga satuan pendidikan. b) Pemantauan dilaksanakan setiap hari sebelum memasuki gerbang satuan pendidikan oleh

- (Mengenakan celana panjang atau rok panjang selama tour ziarah, karena yang akan dikunjungi adalah tempat – tempat yang suci. Tidak diperkenankan untuk menggunakan baju u-can

Berdasarkan informasi dari masyarakat pembudidaya di Kabupaten Luwu menunjukkan bahwa pembukaan lahan tambak secara besar-besaran hanya terjadi antara tauhn

Saya tidak mengalakkan anda membeli hartanah untuk tujuan sewa yang lebih dari satu (1) jam perjalanan ke rumah tersebut.. Keadaan ini menyukarkan anda untuk berulang alik seandainya

Mutta myöskin niin et hän tietää 100% varmaks et sillon kun hän ei ole paikalla niin joku muu hoitaa ne, et ne tulee niinkun hoidettuu, ettei sälytetä sitä koko maailman

Dalam penelitian, dilakukan pendekatan variasi C/N rasio dengan komposisi bahan berupa sayuran sawi, daun singkong, dan kotoran kambing dengan bantuan cacing

4)Di pertengahan dan akhir jilid, penulis mereview syakal, ada pengenalan angka arab, dan juga huruf tak bersyakal 5)Pengenalan bacaan mad (jaiz munfasil, mad. 6)Pengenalan macam