• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEORI ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI SERTA KE (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TEORI ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI SERTA KE (1)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

TEORI ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI SERTA

KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN SOSIAL

SEHARIAN

Ismahalil Ishak

Muhammad Hisyam Mohd

1.0 Pendahaluan

Di dalam menelusuri kehidupan seharian, manusia akan berhadapan dengan pelbagai fenomena, cabaran dan permasalahan. Manusia juga turut berhadapan dengan persoalan-persoalan seperti mengapa kita bertindak seperti yang kita inginkan? Mengapa kita seringkali mempunyai pandangan yang berlainan tentang sesuatu isu dan mengapa perkara atau senario itu berlaku? Para sarjana percaya bahawa untuk memahami dan menjawab persoalan yang wujud di sekeliling manusia ia memerlukan satu bentuk pemikiran dan alat yang dapat membantu manusia

memahami apa yang berlaku dan ia dikenali sebagai ‘Teori’. Esei ini terdiri daripada dua bahagian utama iaitu; pertama, konsep asas teori dan bahagia kedua akan membincangkan berkenaan pemahaman dan kepentingan teori antropologi dan sosiologi di dalam masyarakat serta cuba mengupas dua teori utama dengan contoh-contoh yang sesuai.

2.0 Konsep Asas Teori

2.1 Definisi dan peranan teori

Secara umumnya, teori merupakan satu bentuk gagasan pemikiran yang membantu manusia memahami dan menerangkan realiti sosial dalam persekitaran sosial manusia. Karl Popper (1959) menerusi buku beliau yang bertajuk The Logic of Scientific Discovery menyatakan

bahawa teori merupakan satu bentuk jaringan yang digunakan untuk menggambarkan ‘Dunia’

(2)

2 Smart (2001) menyatakan bahawa teori adalah rumusan dan sintesis terhadap sesuatu yang diketahui di dalam sesebuah bidang di mana ia merupakan asas kepada ilmu pengetahuan manakala Sullivan (2012) menyatakan bahawa teori adalah proses yang sistematik dalam merumus dan mengorganisasikan idea untuk menjadi sebuah fenomena tertentu yang dapat difahami. Dapat diperhatikan daripada definisi konsepsual yang diutarakan oleh para sarjana ini bahawa teori merupakan sesuatu yang abstrak dan memerlukan satu bentuk gagasan pemikiran yang kritis untuk difahami.

2.2 Teori dalam aspek sosial

Dalam konteks sosial, teori berperanan dalam menjelas, memahami dan meramal realiti dan perubahan sosial yang berlaku serta mampu memberikan jawapan kepada fenomena dan isu sosial yang berlaku dalam masyarakat. Teori secara amnya merupakan satu bentuk pemikiran mengenai sesuatu fenomena yang terjadi dan khususnya realiti sosial yang menekankan bagaimana dan mengapa fakta berhubung dengan fenomena lain (Ritzer&Smart 2001).

Teori ialah komponen penting dalam memahami pengalaman hidup manusia yang melibatkan pembentukan suatu interpretasi abstrak yang boleh digunakan untuk menerangkan pelbagai situasi dalam dunia sosial. Di dalam memahami teori sosial, pemahaman tentang hubungan antara konsep-konsep adalah begitu penting. Rokiah Ismail (2006) menyatakan bahawa teori merupakan satu bentuk sistem idea yang cuba untuk menunjukkan perkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain sehingga dapat mengatur dan merumus sesuatu keadaan alam sosial. Misalnya isu kemiskinan yang berlaku di dalam masyarakat. Di dalam memahami bagaimanakah kemiskinan dalam masyarakat boleh terjadi, teori berperanan di dalam menjelaskan tentang bagaimanakah isu kemiskinan seperti hubungan antara konsep kelas sosial yang wujud dalam masyarakat, peluang pekerjaan yang disediakan dan pengagihan pendapatan negara yang saksama dalam masyarakat. Ia akan memberikan idea kepada pengkaji di dalam

bidang sosiologi dan ekonomi misalnya dalam memperhalusi isu kemiskinan yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat.

(3)

3 sesebuah teori (Neuman 1997), sebagai contoh konsep yang sesuai untuk menjelaskan teori anomi iaitu anomi, nilai, norma dan kawalan sosial. Hubung kait antara konsep ini dapat menerangkan tentang bagaimana peranan teori anomi dalam menjelaskan kejadian jenayah yang berlaku dalam masyarakat.

3.0 Pemahaman dan Kepentingan Teori Antropologi dan Sosiologi (ANSOS)

3.1 Perkembangan Teori ANSOS

Perkembangan ilmu sosiologi bermula di atas kesedaran manusia untuk memahami perihal masyarakat dan anggota-anggota yang berada di dalam masyarakat tersebut. Perkembangannya telah bermula berabad dahulu di mana perkembangannya dipelopori oleh golongan-golongan pemikir barat. Menurut Bierstedt (1979), perkataan sosiologi hanya digunakan pada abad ke-19 apabila Auguste Comte di dalam buku beliau iaitu Positive Philosophy membincangkan berkenaan penggunaan terma sosiologi yang secara umumnya bermaksud satu bidang yang mengkaji mengenai masyarakat dan hubungannya dengan pelaku-pelaku masyarakat yang terdiri daripada institusi, kelompok dan manusia. Beliau juga berpandangan bahawa setiap kemunculan ilmu dan pengetahuan mempunyai sejarah yang tersendiri sebelum sesuatu ilmu itu berkembang dan diterima oleh umum.

Bidang pengajian sosiologi juga seringkali dikaitkan dengan ilmu antropologi iaitu bidang pengajian yang mengkaji dan memfokuskan kepada budaya di dalam sesebuah masyarakat. Dalam konteks hubungan kedua-dua disiplin ilmu ini di Malaysia, Rahimah Abdul Aziz (2005) menyatakan bahawa ilmu antropologi amat penting dikaitkan dengan ilmu sosiologi dalam memahami masyarakat di Malaysia kerana masyarakat di Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai etnik dan peranan budaya amat penting dalam kehidupan bermasyarakat ini.

Ahli sosiologi melihat masyarakat daripada beberapa sudut yang berbeza. Terdapat

(4)

4

realiti sosial masyarakat seperti unsur-unsur interaksi antara individu di dalamnya (Rohana Yusof 2010). Ketiga-tiga keadaan ini secara umumya memberikan gambaran bahawa

perspektif yang berbeza mengenai masyarakat ini adalah kaedah-kaedah bagi menerangkan fenomena dan senario yang sama. Menurut Jones (2003), manusia adalah makhluk sosial yang berinteraksi dalam pola-pola yang tersendiri dan interaksi ini telah mendapat perhatian oleh para ahli sosiologi semenjak abad ke-19 lagi di mana ketika itu pendekatan non-social telah menjelaskan bahawa manusia dapat dan masyarakat dapat difahami daripada pendekatan

‘naturalistic’ dan ‘individualistic’.

3.2 Teori ANSOS

Ahli ANSOS melaksanakan penyelidikan dan memperoleh maklumat dan data dalam mentafsir sesuatu realiti sosial yang berlaku. Dengan pendekatan ini, maka wujudlah konsep-konsep dan seterusnya membolehkan sebuah teori dibentuk. Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Rohana Yusuf (2010) mengenai teori ANSOS, teori ialah penerangan yang saintifik mengenai sesuatu fenomena dan beliau juga merujuk kepada definisi teori sosiologi oleh Robert K. Merton iaitu teori sosiologi merupakan himpunan andaian yang saling kait-mengait secara logik dan daripadanya keseragaman yang empirikal dapat dirumuskan.

Teori ANSOS lazimnya merupakan perhatian terhadap penerangan dan ramalan secara sistematik terhadap sifat, pola dan elemen dalam perhubungan manusia dalam masyarakat. Selain itu, teori ANSOS juga menggabungkan hasil pemerhatian mengenai kehidupan sosial ke dalam satu bentuk pola yang konsisten. Cohen (1980) menghujahkan berkenaan teori ANSOS perlu mampu untuk membuat andaian yang saintifik, mampu untuk memberikan idea dan mampu untuk menjadi penunjuk arah dalam memahami fenomena dan senario yang berlaku dalam masyarakat.

Dalam disiplin ANSOS, Sullivan (2012) menyatakan bahawa terdapat teori yang cuba

(5)

5 yang berlaku dalam masyarakat yang begitu kompleks seperti masalah perubahan sosial dan kategori ini dikenali sebagai teori yang berbentuk makrososiologi. Di samping itu, terdapat juga para sarjana yang telah mengklasifikasikan teori ANSOS kepada dua kategori iaitu teori ANSOS yang bersifat grand theory dan teori-teori moden. Grand theory merujuk kepada teori klasik yang muncul sekitar penghujung abad ke-19 manakala teori moden muncul hasil daripada pengembangan teori klasik oleh para sarjana ANSOS bermula pada pertengahan abad ke-20. Terdapat 3 perspektif penting yang mendasari teori sosiologi iaitu perspektif fungsional, perspektif konflik dan perspektif interaksionisme.

Terma fungsi dalam sosiologi bermakna tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain. Ahli-ahli fungsional mengatakan bahawa masyarakat ialah satu sistem yang terdiri daripada kombinasi benda, bahan dan manusia yang membentuk keseluruhan masyarakat. Setiap daripada elemen ini berhubung kait dan saling membantu. Perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah tercapai titik keseimbangan. Teori ini dipelopori oleh para sarjana seperti Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Perspektif atau teori ini memberi penekanan dari aspek masyarakat dan hubung kaitnya antara institusi-institusi dan bukannya daripada segi individu atau kelompok seperti institusi keluarga yang merupakan unit terkecil atau asas dalam masyarakat (Anderson&Taylor 2013).

Perspektif konflik menekankan satu aspek penting dalam susunan sosial sesuatu masyarakat iaitu dominasi satu kelompok individu ke atas satu kelompok yang lain. Selain itu, para sarjana yang mendasari perspektif ini secara amnya bersependapat dan menyatakan cara terbaik tentang sesuatu masyarakat ialah dengan membuat analisa dari sudut konflik dan kuasa (Rohana Yusof 2010).Perspektif ini mempercayai bahawa masyarakat ialah gelanggang berlakunya pergelutan antara kelas sosial yang berlainan bagi mendapatkan sumber-sumber

ekonomi. Antara andaian perspektif atau teori ini adalah mentafsirkan interaksi sosial dalam bentuk pergelutan bukannya kerjasama. Perspektif konflik dalam bidang sosiologi banyak

(6)

6 Perspektif atau teori interaksionisme ini dipengaruhi oleh sarjana Max Weber yang membahaskan perihal pentingnya memahami dunia sosial dalam sesebuah masyarakat daripada sudut pandangan individu yang bertindak atau berinteraksi di dalam dunia sosial tersebut. Dalam kehidupan seharian, manusia sering berinteraksi dengan anggota sama ada dalam kelompok utama atau kelompok sekunder. Interaksi sosial berkaitan dengan sosialisasi kerana melalui agen-agen sosialisasi itulah seseorang pelajar itu belajar berinteraksi dengan persekitarannya. Proses seseorang itu bertindak atau memberi gerak balas kepada orang lain kenali sebagai

‘interaksi sosial’. Perspektif atau teori ini menekankan sesuatu proses yang memfokuskan individu dan persoalan yang ditimbulkan ialah perkaitan dengan pengertian yang sama dipegang oleh beberapa individu dalam satu kelompok kecil. Teori ini sedikit sebanyak membawa kita

kembali kepada bahawa ‘manusia’ juga mampu untuk mempengaruhi keseluruhan sistem masyarakat dan kehidupan manusia sentiasa berubah mengikut masa dan watak yang dimainkan (Rohana Yusof 2010).

Ketiga-tiga perspektif atau teori ini telah berkembang dengan peranan besar dimainkan oleh para sarjana bidang ANSOS. Dengan perkembangan masyarakat yang semakin kompleks, para sarjana telah mengembangkan teori-teori ini dalam memahami masyarakat dengan lebih mendalam. Contohnya, aliran strukturlisme lahir daripada perspektif fungsionalisme di mana setiap fungsi dalam masyarakat perlu mempunyai struktur yang khusus bagi memastikan masyarakat akan terus harmoni. Selain itu, perspektif atau teori klasik ini juga membawa munculnya teori-teori moden yang dipelopori oleh para sarjana ANSOS pada pertengahan abad ke-20 yang ketika itu modenisasi telah menjadi tunjang kepada pembangunan negara dan juga masyarakat. Maka, timbullah sarjana seperti Anthony Gidden yang banyak membahaskan berkenaan teori modeniti dan memperkenalkan teori Juggernaut yang menekankan aspek risiko dalam masyarakat. Justeru, bahagian seterusnya akan membincangkan berkenaan dua teori utama iaitu struktur fungsionalis dan juggernaut dalam melihat kepentingan teori ANSOS dalam

(7)

7 3.3 Teori ANSOS dan Kehidupan sosial

3.3.1 Teori struktur fungsionalisme

Teori struktur fungsionalisme merupakan satu teori yang dikemukakan bagi memperbaiki dan mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat pada teori evolusi yang diperkenalkan sebelum itu. Teori ini terhasil daripada penggunaan kaedah-kaedah yang diuji secara sistematik dan menyebabkan penghasilan teori ini dianggap lebih saintifik dan empirikal (Fatimah Daud 1992).

Teori ini pada kebiasaannya dikaitkan dengan Malinowski dan Radcliffe Brown dan beberapa orang lagi yang mengkritik idea asal dan memberikan penambahan kepada teori tersebut antaranya ialah Parsons, Merton, Herbert Spencer dan beberapa orang lagi. Namun begitu sebelum daripada terhasilnya teori ini, tokoh-tokoh seperti Ibnu Khaldun, Durkheim dan Comte telah menerangkan mengenai idea struktur fungsionalisme ini tetapi pada teori evolusi (Merton 1949).

Struktur merupakan perhubungan yang berlaku di antara satu unit sosial dengan unit sosial yang lain dalam keadaan yang stabil serta mempunyai identiti yang tersendiri. Manakala fungsi pula menerangkan tugas dan perkara yang sepatutnya yang dilakukan oleh mereka yang berada dalam unit sosial tersebut (Fatimah Daud 1992). Secara keseluruhannya struktur

fungsionalisme ini bermaksud setiap ahli yang berada dalam unit sosial itu berfungsi mengikut kepada perkara yang telah ditetapkan untuk mereka oleh struktur.

(8)

8 juga mereka yang tidak mengikuti struktur yang telah di tetapkan kepada mereka sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Merton.

Bagi masyarakat yang lebih kecil pula, mereka distrukturkan oleh nilai dan budaya yang dipegang oleh masyarakat, nilai dan budaya inilah yang menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam menjalankan fungsi mereka. Walaupun pada hakikatnya perkara tersebut merupakan perkara yang negatif bagi masyarakat lain namun bagi mereka perkara tersebut positif dan mereka perlu ikutinya, maka mereka akan melakukannya. Perkara inilah yang akan menyebabkan masyarakat berfungsi dengan baik dan kefungsian masyarakat tersebut tidak lari daripada perkara yang diingini oleh mereka.

Talcott Parson (1902-1979) merupakan seorang tokoh terkemuka dalam bidang ANSOS yang mempelopori teori struktur fungsionalis ini. Beliau melihat dan membincangkan bagaimana setiap elemen struktur sosial dalam masyarakat membantu mewujudkan kestabilan masyarakat tersebut. Beliau juga percaya bahawa setiap masyarakat perlu memenuhi empat fungsi dalam memastikan yang masyarakat tersebut akan terus kekal. Pertama adalah penyesuaian. Masyarakat perlu menyesuaikan dengan alam persekitaran untuk terus hidup. Oleh itu, tugas utama masyarakat ialah untuk mengeluarkan dan mengagihkan sumber-sumber material bagi keperluan anggotanya. Kedua, masyarakat perlu ada matlamat. Apabila kehendak telah dipenuhi, matlamat

masyarakat perlulah misalnya berazam untuk menaikkan pula taraf hidup masyarakat tersebut. Ketiga perlu ada integrasi dan kerjasama dalam kalangan semua anggota masyarakat tersebut

untuk mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama dan ke empat adalah perlu ada pengekalan pola iaitu sikap anggota masyarakat mesti bersetuju dan berkongsi nilai-nilai dan mematuhi segala norma dan kebudayaan masyarakat tersebut dalam usaha mengintegrasikan aktiviti mereka (Anderson&Taylor 2013) . Keempat-empat fungsi ini merupakan kerangka yang penting dalam teori struktur fungsional atau lebih dikenali sebagai ‘AGIL’.

Untuk memastikan empat fungsi AGIL ini berfungsi dalam masyarakat, Parson membuat penjelasan dengan menyatakan struktur masyarakat itu terdiri daripada empat sistem yang

(9)

9 perlakuan. Sistem perlakuan bertujuan memenuhi keperluan manusia untuk terus hidup dan berkaitan dengan fungsi masyarakat dalam proses penyesuaian tadi. Sistem personaliti pula bertindak untuk mewujudkan cara-cara bagaimana manusia dapat digerakkan untuk bekerjasama menjalankan aktiviti bagi mencapai matlamat sosial masyarakat tadi. Sistem ini berkait rapat dengan fungsi masyarakat untuk memenuhi matlamatnya. Parson berpendapat bahawa anggota dalam sesuatu masyarakat akan berinteraksi antara satu sama lain berdasarkan pola norma sosial yang telah diasaskan. Pola perlakuan yang tersusun dan konsisten ini merupakan sistem sosial yang dikaitkan dengan fungsi masyarakat yang memerlukan kepada proses integrasi tadi. Akhir

sekali, sistem kebudayaan akan merangkumi simbol yang dibentuk oleh manusia dalam usaha untuk mencari makna dalam kehidupan mereka dan sistem kebudayaan ini ialah masa yang paling kuat dan berpengaruh dalam sesuatu masyarakat seperti nilai-nilai budaya yang dominan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain sebagai panduan kepada masyarakat dalam membentuk dan mengekalkan struktur sosial yang tersusun. Secara tidak langsung, sistem kebudayaan adalah cara bagaimana masyarakat memenuhi fungsinya untuk mencapai pengekalan pola (Rohana Yusof 2010). Teori struktur fungsionalis ini memfokuskan kepada peranan setiap institusi yang wujud dalam masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan masyarakat akan sentiasa dalam keadaan yang harmoni.

3.3.2 Teori Juggernaut

Teori Juggernaut mempunyai perkaitan yang rapat dengan modenisasi. Perkaitan ini dilihat daripada aspek kesan kepada masyarakat hasil daripada arus kemodenan yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat. Seorang tokoh penting dan berpengaruh masa kini yang banyak membincangkan tentang modenisasi adalah Anthony Giddens. Hal yang menarik daripada pandangan Anthony Giddens mengenai modenisasi ialah beliau beranggapan modenisasi dapat dilihat dalam dua perspektif. Pertama, modenisasi sebagai mesin yang merosakkan nilai dan

tradisi. Modenisasi dianggap oleh pengkritiknya sebagai anti tradisi kerana dianggap cuba meruntuhkan agama, nilai-nilai atau norma-norma yang berkaitan dengan sifat tradisional. Tiada

(10)

10 penting kerana masyarakat tradisional disaluti oleh ciri-ciri keusangan dan lapuk dalam nilai, kepercayaan, sikap dan perwatakan anggota-anggotanya (Maharam 2009). Perspektif kedua menurut pandangan Giddens mengenai modeniti ialah ia juga boleh menjadi sebuah peluang untuk menuju masyarakat yang lebih maju. Menurut Comeliau (2002), modenisasi membawa kesan yang ketara kepada negara dunia ketiga di mana ia mempengaruhi dari segi pembangunan ekonomi, politik, teknologi, dan pada masa yang sama masalah sosial semakin meningkat. Tambah beliau lagi, modeniti juga merupakan satu set lengkap mengandungi makna yang kritikal mengenai kebebasan dan tanggungjawab individu, menitik berat mengenai kemajuan

sosial bersandarkan kepada kemajuan sains dan teknologi, serta perindustrian dan demokrasi.

Giddens melihat modeniti sebagai juggernaut di mana ia merupakan kuasa besar yang bergerak ke hadapan dengan begitu cepat dan pantas sukar dikawal oleh manusia (Ritzer 2003). Juggernaut merupakan tanggapan yang sangat abstrak. Hal yang demikian kerana pemikiran beliau adalah untuk memberi pendekatan serta pendedahan supaya kita dapat berfikir tentang keadaan bahaya serta risiko yang perlu ditanggung oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka sama ada ia membawa kepada kebaikan mahupun keburukan (Giddens 1991).

Giddens (2001), konsep run away world yang dinyatakan oleh beliau memberi petanda bahawa modenisasi telah merubah dunia dan merangkumi masyarakatnya dengan risiko dan rasa ketidakpastian. Mereka sedar akan perubahan yang berlaku namun terpaksa menurut bagi meneruskan kelangsungan hidup. Dari titik tersebut, masyarakat mula belajar untuk memupuk sikap kepercayaan terhadap institusi yang diwujudkan oleh golongan yang cerdik pandai dan mereka belajar untuk percaya dengan apa yang dicipta oleh golongan tersebut. Giddens (1999) berpendapat moderniti telah mewujudkan satu profil risiko yang tersendiri. Risiko menjadi semakin global kerana ia memberikan kesan yang lebih besar. Di sebabkan oleh kesedaran tentang risiko tersebut, ia telah memberikan perasaan tidak selamat yang diadaptasi dalam tema

juggernaut. Melalui elemen ruang dan masa, distantiation wujud di tengah-tengahnya bagi mengawal isu-isu serta perubahan yang berlaku. Akibat daripada perubahan serta transformasi

(11)

11 Refleksiviti membantu manusia/individu untuk berfikir secara mendalam dan terperinci dengan keadaan serta permasalahan yang berlaku di sekeliling mereka. Ia merangkumi persoalan kenapa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku dan wujud seterusnya diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku yang rasional dan logik (Giddens 2001).

Giddens (1999) menyatakan modenisasi adalah sesuatu yang berisiko. Ini bukan bermaksud bahawa kehidupan sosial kini lebih berbahaya daripada dahulu tetapi ia menyatakan

bahawa masyarakat yang hidup dalam era globalisasi adalah mencabar dan memerlukan sikap trust yang tinggi. Risiko tersebut dapat menjejaskan pembangunan pengetahuan individu/masyarakat. Beliau menambah, masyarakat/individu perlu mampu berubah dengan mencipta dan mewujudkan kehidupan yang diinginkan untuk jangka masa panjang dengan refleksitiviti. Ledakan ICT, perindustrian, masalah sosial, penyakit dan globalisasi merupakan agen sosialisasi kepada masyarakat/individu moden berada dalam juggernaut.

Ledakan ICT telah membawa faedah dan banyak memberikan impak kepada kehidupan manusia. Dilihat dari segi kemudahan dan kesenangan, dengan pengenalan “Online Banking”

dan “Online Shopping” telah merubah cara keseluruhan bagaimana masyarakat berurusan. Walaupun dengan penggunaan ICT dan teknologi sebagai bantuan untuk membuat pembelian dan urusan perbankan, masyarakat tidak seharusnya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem komputer dan ICT semata-mata. Ini adalah kerana, setiap sistem itu kadangkala akan membawa kepada masalah. Dengan itu, masyarakat haruslah berjaga-jaga dan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan tidak berlakunya masalah pada masa akan datang.

Penggunaa robot dan jentera dalam menggantikan sumber manusia pada masa kini juga semakin berleluasa. Dengan ledakan teknologi dan pengetahun yang semakin canggih menyebabkan banyak jentera dicipta untuk memudahkan penguluaran. Walaupun begitu, konsep

reflektiviti haruslah diaplikasi supaya tidak timbul masalah pada masa akan datang. Pihak kilang dan pengurusan harus memantau penggunaan robot, jentera dan mesin yang ada supaya ia

(12)

12 Penyebaran penyakit HINI dan SARS pada sedikit masa dahulu mencetuskan rasa cemas dalam kalangan penduduk di Malaysia. Terkini, penularan virus E-bola turut memberi kesan kepada masyarakat Malaysia sungguhpun negara pembawa virus terletak ribuaan kilometer daripada Malaysia. Masyarakat kini terdedah dengan pelbagai penyakit yang tidak dijangka menyebabkan masyarakat kini hidup dalam keadaan yang berisiko. Konsep ruang dan masa yang dahulu menjadi penghalang kini tidak lagi. Kerana dengan adanya ledakan juggernaut ini, penyakit yang bermula di negara luar lalu menerobos masuk ke dalam negara. Dengan penularan virus ini, masyarakat mula berjaga-jaga dengan penjagaan kesihatan dan pihak kerajaan mula

mengambil langkah serius dengan membuat kawalan di setiap lapangan terbang bagi menapis suhu orang yang masuk ke dalan negara bagi menghalang dan mengawal penularan virus ini di dalam negara.

Kesimpulannya, teori juggernaut sangat releven untuk menggambarkan arus modenisasi yang dialami oleh masyarakat global. Individu dan masyarakat tidak dapat mengelakkan diri daripada konsep ini kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan mempunyai hubung kait dan menjadi medium serta agen sosialisasi rutin harian. Manusia memerlukan antara satu sama lain bagi mencapai objektif serta matlamat yang diimpikan mengikut keperluan dan kehendak masing-masing. Masyarakat hari ini perlu sedar akan pengaruh serta kesan daripada juggernaut agar dapat menghindari diri daripada dieksploitasi dan dimanipulasi oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, teori menawarkan suatu huraian bagi sesuatu hal atau kejadian. Dalam disiplin ANSOS, teori dan konsep merupakan dua elemen penting dalam memahami fenomena dan tingkah laku individu serta interaksi yang wujud dalam masyarakat. Teori ANSOS akan

(13)

13 RUJUKAN

Anderson, M. L. & Taylor, H. F. 2013. Sociology the Essential. United States of America: Wadsworth Cengage Learning.

Bierstedt, R. 1979. Sociological Thought in the Eighteenth Century. Dlm. Bottomore, T. & Nisbet, R. (pnyt.). A History of Sociological Analysis hlm. 39. London: Heinemann Educational Books Ltd.

Cohen, B. P. 1980. Developing Sociological Knowledge Theory and Method. United States of America: Prentice-Hall Inc.

Comeliau, C. 2002. The Impasse of Modernity. New York: Zed Books.

Fatimah Daud. 1992. Pengenalan Teori-Teori Sosiologi. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Giddens, A. 1991. Modernity and Self-Identity: Self and Society in the Late Moden Age. Starnford University Press: USA.

Giddens, A. 1999. Runaway World: How Globalization is Reshaping Our Lives. Profile Books: London.

Giddens, A. 2001. Sociology (4th ED). Polity Press: London.

Jones, P. 2003. Introducing Social Theory. Polity Press: London.

Maharam Mamat. 2009. Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian Beberapa Buah Novel Sarawak. Jurnal Elektronik, Bahasa dan Kebudayaan Melayu, (2): 81-83.

Merton, R. K. 1949. Social Theory Ad Social Structure. New York: Free Press. Dlm. Fatimah Daud. 1992. Pengenalan Teori-Teori Sosiologi. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Neuman, W. N. 1997. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Boston: Allyn & Bacon Publications.

Popper, K. 1959. The Logic of Scientific Discovery. London: Hutchinson & Co.

Rahimah Abdul Aziz. 2005. Pengajian Ilmu Antropologi Dan Sosiologi Di Universiti Kebangsaan Malaysia: Menoleh Ke Belakang, Melangkah Ke Hadapan. Akademika 66(51-80.

(14)

14 Ritzer, G. & Smart, B. 2001. Introduction: Theorists, Theories and Theorizing. Dlm. (pnyt.).

Handbook of Social Theory, hlm. 1-9. Great Britain: SAGE Publication Ltd.

Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rokiah Ismail. 2006. Fungsi Teori Dalam Penyelidikan Dan Penulisan Ilmiah. Dlm. (pnyt.). Penulisan Ilmiah, hlm. 23-27. Malaysia: Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Sullivan, T. J. 2012. Introduction to Social Problem. Ninth Edition. Boston: Pearson.

Referensi

Dokumen terkait

mengisyaratkan bahwa kehilangan kemerdekaan merupakan satu-satunya penderitaan yang dikenakan terhadap narapidana. Sistem pemasyarakatan diselenggarakan dalam

Hasil pengujian terhadap rendemen produk sayuran kering dari berbagai alat pengering menunjukkan bahwa pada alat pengering Hybrid Surya memberikan rendemen wortel

1.) Keramahan Dan Kesopanan Pegawai Kesopanan dan keramahan merupakan faktor penting dalam penyelenggaraan pelayanan publik, karena dapat membuat masyarakat merasa

Diajukan untuk memenuhi salah satu persyaratan memperoleh gelar Sarjana Komputer (S.Kom).

sesuai dengan tugas pokok dan fungsi bagian pelayanan medis dan.

Analisis sektor uanggulan adalah analisi yang berfungsi untuk mengetahui sektor unggulan di suatu wilayah yang salah satunya dapt dilihat dari nilai PDRB wilayah tersebut

adalah pengurangan biaya melalui cost containment; penyediaan obat herbal dan katalog obat; menyediakan makanan yang bergizi dengan tampilan yang menarik; memberikan kartu

Secara umum terdapatnya pelbagai hasil kajian dengan hasil peneliti yang menemukan perbezaan perilaku antara lelaki dan perempuan dalam hal menagih dadah kerana remaja