• Tidak ada hasil yang ditemukan

buku mmi 1 pelaksanaan final

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "buku mmi 1 pelaksanaan final"

Copied!
138
0
0

Teks penuh

(1)

Kementerian Pendidikan Malaysia

2013

MELINDUNGI MASA

INSTRUKSIONAL

Kembali Kepada Yang Asas

Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar

dan Murid Belajar

P

ENDIDIKAN

(2)

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR

Diterbitkan oleh

(3)

CETAKAN PERTAMA NOVEMBER 2013

© KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpeliharakecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran

atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu

(4)

Isi Kandungan

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

v

KATA ALU-ALUAN

TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN)

vi

Kandungan Muka Surat

1

Pengenalan 1

2

Melindungi Masa Instruksional (ProtectingInstructional Time) di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid

Haji Sufa’at bin Tumin

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(Sektor Operasi Pendidikan) 5

3

Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan Pengajaran

Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali Abd Munir bin Mohd Rashid

Nadimin bin Abdul Aziz

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 37

4

Kepimpinan Instruksional Dr. James Ang Jit Eng Haji Abdul Razak bin Alias

Institut Aminuddin Baki 54

5

Jadual Waktu

Bong Muk Shin

Bahagian Pendidikan Khas 65

6

Melindungi Kokurikulum di Sekolah: Isu dan Cadangan Penyelesaian Masa Instruksional dalam Kegiatan

Mahamad Amran bin Kamsi

(5)

7

Pengurusan Masa dalam Konteks Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Rohesan bin Muhamad

Lembaga Peperiksaan Malaysia 97

8

Pengoperasian Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) Berasaskan Sekolah (School Based)

Ahmad Zaki bin Salleh Razlee bin Mohamad

Habidah@Abidah binti Ibrahim

Bahagian Pendidikan Guru 112

9

Glosari 125

(6)

Kata Alu-aluan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam Gelombang 1 (2013 – 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional. Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan menentukan program pembangunan profesionalisme guru.

Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara.

(7)

Kata Alu-aluan

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(Sektor Operasi Pendidikan)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat signifikan kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran dalam kalangan murid.

Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM 2013 – 2025.

Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah.

(8)

M u k a S u r a t | 1

PENGENALAN

(9)

M u k a S u r a t | 2

PENGENALAN

Kemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semua

agenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang

memberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukan

ekonomi negara. Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus

dalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektor

ini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripada

peruntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikan

kesungguhan kerajaan dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat

di negara ini.

Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti

kepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu

melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dan

tanggungjawab bagi memajukan sistem pendidikan di negara ini telah

diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 telah menjelaskan beberapa inisiatif

bagi memastikan kemenjadian murid seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

PPPM 2013-2025 telah menggariskan hala tuju sistem pendidikan negara

yang mengutamakan peningkatan pembelajaran murid dan memberikan

penekanan kepada keupayaan guru dan pemimpin sekolah. Kejayaan sistem

pendidikan dapat dinilai berdasarkan tahap pembelajaran dan perkembangan

murid yang holistik seiring dengan pembinaan identiti nasional. Oleh itu,

beberapa pendekatan telah dilaksanakan yang melibatkan pemantapan

pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang

perlu dilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di

(10)

M u k a S u r a t | 3

sebagai usaha menambah baik dan memantapkan kepimpinan pengajaran dan

pembelajaran (PdP) di sekolah.

Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen

fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara

berkesan di sekolah. Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat

KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha

berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan

berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan

yang berpengetahuan dan berkemahiran .

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:

a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami

konsep MMI,

b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat

meningkatkan usaha MMIdi sekolah untuk meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid,

c) semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua

sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam

kalangan murid di semua sekolah, dan

e) memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan

(11)

M u k a S u r a t | 4

Dalam buku ini, penjelasan tentang konsep, matlamat dan strategi MMI

dihuraikan bagi menjelaskan kepentingan pendekatan ini. Malah, diperincikan

peranan Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional dalam

melaksanakan perkara-perkara asas bagi mengoptimumkan masa PdP.

Pendekatan ini merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional

dalam mencapai objektif pembelajaran berkesan di sekolah.

Hasil daripada perbincangan dan pelaporan di peringkat KPM maka

lahirlah kertas cadangan pelaksanaan yang menjelaskan tentang pengurusan

sekolah yang efektif ke arah menyempurnakan pembelajaran di dalam kelas

dan di luar kelas. Pemeriksaan di sekolah memperlihatkan terdapat sebilangan

guru yang meninggalkan bilik darjah dan tidak melaksanakan PdP sama ada

disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Oleh hal yang demikian, dikemukakan

beberapa cadangan berkaitan pengurusan kurikulum, kokurikulum, jadual

waktu dan latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam kelas.

Semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM berfokus kepada

keberhasilan pembelajaran murid dan harus dilaksanakan tanpa halangan bagi

mencapai objektif yang telah disasarkan. Kerjasama dan jalinan antara semua

pihak perlu dimantapkan agar pendekatan MMI ini menjadi satu budaya yang

berupaya memangkin kecemerlangan sekolah.

(12)

M u k a S u r a t | 5

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

(MMI) (

PROTECTING INSTRUCTIONAL

TIME

) DI SEKOLAH UNTUK

MENINGKATKAN KEBERHASILAN

PEMBELAJARAN MURID

(13)

M u k a S u r a t | 6

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (

PROTECTING

INSTRUCTIONAL TIME

) DI SEKOLAH UNTUK

MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh

DATO’ HAJI SUFA’AT BIN TUMIN

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

(14)

M u k a S u r a t | 7

PENGENALAN

Pendidikan masa ini memberikan perhatian utama tentang peningkatan kualiti

pembelajaran murid. Beberapa inisiatif dirancang dan dilaksanakan bagi

meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perancangan pendidikan yang

disediakan mensasarkan semua murid dapat mengakses pendidikan berkualiti

dan mampu berkembang sewajarnya mengikut keupayaan masing-masing.

Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan pengurangan

masa instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu

masa instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara

berkesan disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Penulisan ini juga

akan membahaskan keperluan pemimpin sekolah dan guru memberikan

perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk

meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perlindungan masa instruksional

boleh dilakukan melalui pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional

dan guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Ilmu pengetahuan atau pendidikan ialah tonggak kepada pembangunan

tamadun serta menjadi asas ke arah kecemerlangan negara. Malaysia

mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Justeru, kerajaan memberikan keutamaan kepada pembangunan sistem

pendidikan dalam melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi,

mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program transformasi yang

(15)

M u k a S u r a t | 8

Program Transformasi Kerajaan sesungguhnya berhasrat untuk memastikan

setiap rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan berdasarkan semangat

keutuhan perpaduan bagi mendukung Konsep 1Malaysia.

Susulan daripada itu, Transformasi Pendidikan Negara melalui Bidang

Keberhasilan Utama Negara Kementerian Pendidikan Malaysia (NKRA KPM)

merupakan manifestasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan

negara. Menerusi hasrat dan matlamat ini, kerajaan berkeyakinan bahawa usaha

merakyatkan peluang pendidikan dan kecemerlangan pendidikan ke seluruh

pelosok negara dapat dilaksanakan.

Pembangunan pendidikan tidak ketinggalan diberikan keutamaan dalam

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu secara khususnya kerajaan

memberikan fokus kepada rancangan pembangunan modal insan dalam usaha

membangun dan memperkembang ekonomi negara. Pembangunan modal insan

juga merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan

keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semua

murid. Tambahan pula, keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus

utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar

dengan itu, KPM perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat

dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan dalam

usaha meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam Bajet

2012 bertemakan, “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat,

Mensejahtera Negara”. Untuk mengukuh dan memastikan kejayaan inisiatif

atau program Transformasi Pendidikan Negara, pembangunan modal insan

menjadi perhatian khusus melalui salah satu fokus Bajet 2012. Fokus kedua :

(16)

M u k a S u r a t | 9

sedemikian ini memperlihatkan keprihatinan kepimpinan negara untuk

membela dan mensejahterakan rakyat masa ini dan akan datang.

Guru termasuk pemimpin sekolah merupakan agen utama pelaksana dasar

kerajaan pada peringkat akar umbi agar apa yang dirancang oleh kerajaan

dapat diuar-uarkan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, tema sambutan Hari

Guru peringkat kebangsaan “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

telah memperlihatkan peranan guru dalam pembangunan negara. Dalam hal ini,

guru yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang mempunyai peranan

tersendiri dan menjadi barisan hadapan serta pakar rujuk kepada guru lain

sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan. Guru Cemerlang seharusnya

bersedia menjadi pemangkin dalam melaksanakan segala program transformasi

pendidikan di peringkat akar umbi.

Guru Cemerlang semestinya unggul dan berani melakukan transformasi

dalam mencorak budaya berfikir dan cara bekerja yang lebih relevan dengan

arus perubahan semasa. Selaras dengan tema iaitu, “Guru Cemerlang Pemacu

Transformasi Pendidikan”.

KEBERHASILAN PEMBELAJARAN FOKUS SISTEM PENDIDIKAN

Driscoll, 2000; Gagne, 1965 menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu

proses yang pada akhirnya berlaku perubahan tingkah laku kepada murid.

Mengikut Piaget, (1971) pembelajaran ialah pembinaan skema (struktur

kognitif) dalam usaha individu memahami persekitarannya. Hal ini sedemikian

kerana kurikulum yang dibina memerlukan aspek pembangunan pembelajaran

dengan merangka perkembangan perubahan tingkah laku murid secara

berperingkat-peringkat daripada konkrit ke abstrak. Perubahan tingkah laku

(17)

M u k a S u r a t | 10

kemahiran, nilai, dan sikap. Perkembangan yang berlaku kepada murid

dirancang dan dijelmakan dalam kurikulum sekolah yang akhirnya perlu

diterjemah dan direalisasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh

guru di dalam bilik darjah.

Dewasa ini para cendekiawan dan pendidik sering membincangkan

pencapaian pembelajaran murid berfokus kepada apa yang diperoleh murid.

Dengan kata lain, hasil pembelajaran atau learning outcomes merupakan

sasaran proses pembelajaran serta semua rancangan atau inisiatif pembangunan

pendidikan negara peringkat global termasuk sistem pendidikan Malaysia.

Secara umum, hasil pembelajaran merupakan pernyataan yang dibina

mengenai apa yang diketahui oleh murid dan berupaya melakukannya sebagai

hasil atau result setelah menjalani aktiviti pembelajaran. Pernyataan yang

dibina menjelaskan perubahan tingkah laku murid selepas melalui sesuatu

proses pembelajaran. Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik dapat dilihat

melalui tingkah laku yang boleh diukur serta dilakukan oleh murid. Hasil

pembelajaran sering menjadi panduan untuk liputan kandungan pengajaran,

proses pengajaran, dan pentaksiran. Hasil pembelajaran yang mudah dan

ringkas seharusnya mempunyai tiga elemen penting iaitu, siapa dan apakah

aktiviti yang perlu dilakukan serta apakah hasil yang hendak dicapai daripada

aktiviti yang dilakukan.

Sebagai pendidik atau perancang sistem pendidikan negara, pencapaian

hasil pembelajaran untuk semua murid wajib diberikan perhatian selaras

dengan prinsip akses, ekuiti, dan kualiti. Dalam hal ini, pencapaian hasil

pembelajaran mencerminkan kejayaan peranan KPM dalam menyediakan

sistem pendidikan yang memberikan keutamaan kepada kualiti. Namun,

(18)

M u k a S u r a t | 11

berlaku perbandingan secara terperinci antara sekolah, murid, dan iklim

sekolah yang masih terdapat jurang antaranya.

Jelas kepada kita, 4 sub-NKRA Pendidikan kini menjadi cabaran utama.

Pelaksanaan inisiatif sub-NKRA Pendidikan dilaksanakan dengan berfokus

kepada apa dan bagaimanakah sesuatu inisiatif atau program yang dirancang

menyumbang kepada peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Dengan

kata lain, sebarang perancangan pendidikan atau inisiatif KPM berfokus

kepada, “apakah impak atau hasilnya kepada pembelajaran murid”. Penekanan

ini selari dengan slogan, “1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”.

Pada masa yang sama, beberapa inisiatif lain dalam Program

Transformasi Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada impak pembelajaran

kepada murid dengan hasrat untuk menghasilkan modal insan yang bersifat

kreatif dan berinovatif sejajar dengan arus pembangunan negara masa depan.

KEPENTINGAN PEMIMPIN DAN GURU DALAM SISTEM

PENDIDIKAN

Kebolehan dan kecekapan pemimpin sekolah dan guru merupakan satu faktor

penentu kepada kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan negara pada asasnya

terletak di tangan guru termasuk pemimpin sekolah. Mc Kinsey & Company

(2007) dalam laporan kajian perbandingan sistem pendidikan beberapa negara

di peringkat global merumuskan perkara berikut:

a) The quality of an education system cannot exceed the quality

(19)

M u k a S u r a t | 12

b) Theonly way to improve outcomes is to improve instruction,

dan

c) High performance requires every child to succeed.

Dapatan kajian berkenaan juga mencabar sistem pendidikan negara ini. Di

manakah sebenarnya kualiti pendidikan negara Malaysia? Adakah apa yang

diperkatakan signifikan dikaji dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara

kita? Merujuk dapatan berkenaan, para pemimpin sekolah dan guru ialah agen

utama dalam menjayakan pelaksanaan dasar baharu kerajaan di peringkat akar

umbi. Penubuhan Pintar Foundation dan Yayasan Khazanah pada Oktober

2010, bertujuan membawa transformasi sistem pendidikan melalui perubahan

paradigma pemikiran dan gaya bekerja para pemimpin sekolah, guru, dan

warga sekolah. Justeru, kepentingan guru dan pemimpin menjadi fokus utama

dalam membangunkan sistem pendidikan negara.

Selari dengan itu, Sektor Operasi Pendidikan (SOP) berperanan mencapai

matlamat meningkatkan kualiti pembelajaran murid melalui kepemimpinan

sekolah dan guru. Lantaran itu, pemastian kualiti pengajaran dan pembelajaran

di sekolah dipertanggungjawabkan kepada lapan Bahagian iaitu:

a) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

b) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah

Kecemerlangan,

c) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,

d) Bahagian Pendidikan Khas,

e) Bahagian Pendidikan Islam,

f) Bahagian Sukan,

g) Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, dan

(20)

M u k a S u r a t | 13

Tanggungjawab ini juga dipikul bersama oleh Sektor Pengurusan

Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) iaitu:

a) Pembangunan profesionalisme guru oleh Bahagian Pendidikan Guru

(BPG),

b) Pembangunan kepimpinan sekolah oleh Institut Aminuddin Baki

(IAB), dan

c) Pemeriksaan institusi pendidikan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan

Kualiti (JNJK).

Peranan yang harus dilakukan oleh semua bahagian yang terlibat amat

kritikal bagi memastikan apa yang dirancang diterjemah dan dilaksanakan

dengan sempurna di sekolah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

Guru Cemerlang yang disasarkan menjadi model kepada guru lain seharusnya

berperanan sewajarnya sebagai agen pelaksana dasar kerajaan. Persoalannya,

“Apakah yang dapat kita sumbangkan untuk menyediakan peluang pendidikan dan meningkatkan kualiti pembelajaran semua murid?”.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL UNTUK KUALITI

PEMBELAJARAN MURID

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi

pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di

sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan

peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal

(21)

M u k a S u r a t | 14

Smith dan Andrew (1989) menyatakan kepimpinan instruksional sebagai

adunan daripada pelbagai tugas pencerapan di bilik darjah, pembangunan staf,

dan pembangunan kurikulum.

Peranan penting dan bermakna yang dilaksanakan oleh Pengetua dan

Guru Besar sebagai pemimpin instruksional adalah perlu memberikan tumpuan

kepada arahan, tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan,

memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat

dan mengoptimumkan masa PdP, menyokong perkembangan staf yang

berterusan, merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk

menyokong program dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti,

dan penambahan secara berterusan.

Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan

Murphy (1987) merujuk peranan Pengetua dan Guru Besar dalam menentukan

matlamat sekolah untuk meningkatkan PdP di sekolah. Susulan daripada itu,

terdapat 11 fungsi yang berperanan dalam keberhasilan pembelajaran murid.

a) Penentuan matlamat sekolah,

b) Penyelarasan matlamat sekolah,

c) Pencerapan dan penilaian pengajaran,

d) Penyelarasan kurikulum,

e) Pengurusan kemajuan pelajar,

f) Pengawalan waktu pengajaran dan pembelajaran,

g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran,

h) Pengukuhan usaha guru,

i) Penggalakan perkembangan profesional,

j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar, dan

(22)

M u k a S u r a t | 15

Keberhasilan pembelajaran murid (student learning outcomes) merupakan

tumpuan utama dalam rancangan pembangunan pendidikan negara di seluruh

dunia termasuk Malaysia. Dalam kajian antarabangsa Teaching and Learning

International Survey (TALIS) pemimpin sekolah melaporkan, faktor guru

datang lewat, ketidakhadiran, dan kurang persediaan pedagogi merupakan

faktor mengganggu masa pembelajaran murid (OECD, 2010). Merujuk Jadual

1, faktor yang dikaji dikaitkan dengan ciri kepimpinan instruksional yang

memastikan iklim sekolah yang positif untuk pembelajaran berkesan.

Jadual 1: Faktor guru dalam mewujudkan iklim sekolah

Negara Lewat sampai di

sekolah Tidak hadir

Sumber : Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), 2009.

Jadual 1 secara tidak langsung menjelaskan bagaimana faktor guru secara

langsung mengganggu masa instruksional di sekolah yang mengurangkan

keberhasilan pembelajaran murid. Peratusan guru tidak bersedia dari segi

pedagogi melampaui data purata TALIS yang menyumbang kepada gangguan

masa instruksional sekolah.

Selain itu, faktor kepimpinan sekolah juga dikaji sejauh

manamempengaruhi masa instruksional di sekolah. Hallinger & Murphy (1987)

telah mengemukakan kerangka kepimpinan instruksional yang menegaskan

(23)

M u k a S u r a t | 16

misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, dan mempromosikan iklim

pembelajaran sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjukkan dalam Jadual

2. Setiap dimensi mengandungi beberapa pengkhususan fungsi tugasan yang

seterusnya melibatkan kepelbagaian tingkah laku dan amalan Pengetua dan

Guru Besar.

Jadual 2 : Kerangka Kepimpinan Instruksional

Dimensi Fungsi

Mendefinisikan misi sekolah 1. Merangka Matlamat Sekolah

2. Menyampaikan Matlamat Sekolah

Mengurus kurikulum dan pengajaran

3. Penyeliaan dan Penilaian Instruksional

4. Menyelaras kurikulum

8. Mengekalkan Ketampakan (Visibility)

9.Menyediakan Ganjaran kepada Guru

10. Penguatkuasaan Standard Akademik

11. Menyediakan Insentif kepada Murid

Kemahiran pemimpin mewujudkan iklim pembelajaran positif dan

mengawal waktu PdP menghasilkan sekolah yang cemerlang dan murid yang

berkualiti. Iklim sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudan

faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembentukannya. Sebarang program

untuk membaiki iklim sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah ditumpukan

kepada aspek kemanusiaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi

(24)

M u k a S u r a t | 17

Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan hasil kajian meta analisis mengenai

perbandingan jenis kepimpinan pemimpin sekolah, ciri kepimpinan

instruksional pemimpin sekolah didapati mempunyai kesan purata tiga hingga

empat kali ganda atas keberhasilan pembelajaran murid berbanding kepimpinan

transformasional (Robinson, Llyod & Rowe, 2008). Kajian lokal juga

mendapati kepimpinan instruksional mempunyai perkaitan hubungan yang

signifikan dan positif dengan pencapaian akademik murid (Seminar Nasional

Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke-19). Pemimpin sekolah yang

mempunyai ciri kepimpinan instruksional dalam komponen Melindungi Masa

Instruksional (MMI) mempunyai hubungan positif dengan peningkatan

pencapaian akademik murid.

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pelbagai isu pendidikan sering dibahaskan oleh umum dan antaranya

membincangkan mengapa ada murid yang masih tidak boleh membaca atau

mengira selepas melalui sistem pendidikan negara. Isu yang dibahaskan

berkaitan dengan isu keberkesanan PdP di sekolah yang secara langsung

mempengaruhi keberhasilan pembelajaran murid. Guru perlu melakukan

penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan

pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan

yang dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Dengan kata

lain, isu yang diperkatakan berkaitan dengan kualiti pembelajaran yang dilalui

oleh murid. Kini, pencapaian pendidikan bukan sahaja diukur dari segi kuantiti

(25)

M u k a S u r a t | 18

KUANTITI ATAU KUALITI?

Perbahasan tentang pencapaian pendidikan sering membandingbezakan antara

pencapaian kuantiti dan pencapaian kualiti. Dalam sistem pendidikan Malaysia,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menjadi pegangan untuk menghasilkan

modal insan yang holistik merangkumi pengetahuan, kemahiran serta nilai,

dan etika kehidupan dalam menyediakan individu untuk mengharungi masalah

kehidupan seharian.

Pendidikan yang dihasratkan sudah pasti mensasarkan pencapaian dari

segi kuantiti di samping tidak mengabaikan pencapaian kualiti. Kedua-dua

pencapaian perlulah seimbang agar modal insan yang dilahirkan bukan sekadar

berilmu tetapi berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran yang dikuasai untuk

menghasilkan ilmu baharu tanpa mengabaikan nilai.

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

Idealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahan

seperti yang diarahkan oleh KPM. Namun, sejauh manakah waktu yang

diperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untuk

pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam

kurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar?

Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama?

Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semua

murid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Hal sedemikian

ini, antara beberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid dalam masa instruksional di sekolah.

Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberkesanan

(26)

M u k a S u r a t | 19

MASA INSTRUKSIONAL SEKOLAH

Secara umum, masa instruksional sering disamakan dengan masa persekolahan

namun realitinya berbeza. Kajian lampau mendapati empat jenis masa

pembelajaran yang berlaku di sekolah seperti dalam Jadual 3. Masa

instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk

aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Walaupun sekolah merangka masa

instruksional yang ideal namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan

pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh gangguan

tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah.

Jadual 3: Kategori Masa Instruksional Sekolah

Kategori Penjelasan

Masa persekolahan

(Allocated schooling time)

Jumlah masa murid hadir ke sekolah.

Masa bilik darjah

(Allocated class time)

Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain).

Masa instruksional

(Instructional time)

Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pengurusan rekod, dan lain-lain).

Masa pembelajaran akademik

(Academic learning time)

Jumlah masa instruksional iaitu murid memberikan perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan dan bermakna.

(27)

M u k a S u r a t | 20

MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK ATAU ACADEMIC LEARNING

TIME(ALT)

Masa pembelajaran akademik merupakan jumlah masa yang diambil oleh

murid untuk menyelesaikan tugasan akademik dan melaksanakannya dengan

kadar kejayaan yang tinggi (Caldwell, Huitt, and Graeber, 1982; Berliner,

1984; Levin & Tsang,1987). Dengan kata lain, masa pembelajaran akademik

dikaji dari segi jumlah masa murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan

berjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Kejayaan pembelajaran dalam

kalangan murid agak subjektif kerana pembelajaran bergantung kepada syarat

pembelajaran dalaman dan syarat pembelajaran luaran murid (Gagne, 1965).

Syarat pembelajaran dalaman murid bergantung kepada diri murid itu sendiri

iaitu pengetahuan sedia ada, gaya kognitif, kesediaan murid, dan gaya belajar.

Manakala syarat pembelajaran luaran pula merujuk bahan bantu mengajar,

guru, pengajaran, persekitaran, dan peralatan asas untuk belajar yang

merupakan faktor luar daripada murid.

Dalam konteks pembelajaran, persekitaran dan interaksi murid dengan

persekitaran amat penting kerana situasi ini menentukan kejayaan pembelajaran

(Vygotsky, 1978). Menyedari syarat berkenaan, persekitaran pembelajaran

yang kondusif merupakan salah satu elemen dalam kepimpinan instruksional

yang berupaya mengawal masa instruksional sekolah dan menggalakkan

pembelajaran berkesan (Hallinger & Murphy, 1986).

KEPENTINGAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Hallinger dan Murphy (1986) mencadangkan kepentingan melindungi masa

instruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamat

(28)

M u k a S u r a t | 21

berlaku secara bermakna atau berkesan dalam kalangan murid. Mereka

mencadangkan:

”Protecting instructional time: Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address announcements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that encroach on classroom time.”

(Hallinger & Murphy, 1986)

Melindungi Masa Instruksional (MMI) bermaksud untuk

mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung

seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang

menjamin pembelajaran bermakna/ pembelajaran berkesan dalam

kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru. Hallinger dan Murphy (1986)

mencadangkan pelbagai strategi melalui dasar dan pengurusan sekolah yang

dapat mengurangkan gangguan pembelajaran sama ada dari aspek pengurusan

mahupun pengurusan instruksional dalam kalangan guru.

Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan

tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.

Analisis masa instruksional seorang murid dalam pembelajaran dan faktor

gangguan yang menyumbang kepada pengurusan masa instruksional diberikan

(29)

M u k a S u r a t | 22

MASA PERSEKOLAHAN (5 HARI SEMINGGU)

MASA BILIK DARJAH (6 JAM SEHARI)

Rajah 1: Analisis Masa Instruksional Seorang Murid

Walaupun pada peringkat awal guru atau pemimpin sekolah telah

menjadualkan masa pembelajaran akademik namun adakah masa yang

ditetapkan digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Jika ya, sejauh manakah

murid mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan. Realitinya, gangguan

yang berlaku di sekolah menjadikan masa pembelajaran akademik amat terhad

dan tidak berlaku kepada semua murid. Keseluruhannya, masa pembelajaran

berkesan murid amat sedikit dan ditentukan oleh dua faktor gangguan utama

iaitu faktor pengurusan sekolah dan instruksional guru.

KONSEP MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Masa instruksional bermaksud masa untuk pembelajaran murid belajar secara

berkesan yang dirancang dan dicapai oleh sekolah. Masa instruksional

dimanfaatkan secara optimum membawa erti sekolah memastikan kelas

(30)

M u k a S u r a t | 23

memastikan murid belajar secara berkesan. Hal sedemikian ini bermakna

sekiranya 30 minit ditetapkan sebagai masa kelas, sekolah harus memastikan

murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan

kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru.

Pada masa yang sama, KPM juga berhasrat agar masa 30 minit berkenaan

mencakupi masa murid belajar dan memberikan perhatian serta terlibat dengan

jayanya untuk mencapai pembelajaran berkesan. Hal ini bermakna, masa

instruksional yang dilindungi merujukmasa pembelajaran akademik atau

ringkasnya:

Masa instruksional = Masa pembelajaran akademik.

Menurut Gettinger dan Seibert (1995), ALT mempunyai empat pemboleh

ubah yang menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid, iaitu:

a) Masa yang diperuntukkan,

b) Masa sebenar yang digunakan untuk pengajaran,

c) Masa keterlibatan murid (student engagement) dalam pembelajaran,

dan

d) Kejayaan pembelajaran atau pembelajaran berkesan.

Empat pemboleh ubah yang dinyatakan harus dikawal oleh pemimpin

sekolah bersama guru bagi memastikan masa pengajaran terlindung dan

digunakan secara optimum untuk pembelajaran berkesan bagi mencapai hasrat

(31)

M u k a S u r a t | 24

PRAKTIS MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk pembelajaran berkesan

secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai gangguan

instruksional. Sesungguhnya, seseorang guru telah ditetapkan untuk

menjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalankan instruksi

untuk tempoh tertentu. Namun begitu, guru tidak dapat melaksanakan tugas

mereka sepenuhnya disebabkan oleh gangguan yang berlaku.

Laporan Kajian Beban Tugas Guru mendapati guru terbeban dengan tiga

kategori tugas iaitu:

a) Tugas Utama,

b) Tugas Sampingan, dan

c) Tugas Perkeranian.

Laporan berkenaan secara tidak langsung menjelaskan faktor gangguan

masa instruksional sekolah daripada perspektif guru yang melaksanakan

pengajaran di sekolah. Lanjutan itu, dapatan awal Kajian Eksperimental

Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru (BPG, 2011) mendapati jumlah

masa yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan tugas utama iaitu tugas

pengajaran amat rendah berbanding tugas lain seperti yang dinyatakan dalam

Jadual 3. Dapatan ini menunjukkan bahawa masa instruksional terganggu

disebabkan guru tidak melaksanakan tugas utama mereka kerana gangguan

yang berlaku.

Merujuk Jadual 4, gangguan yang berlaku kepada guru secara tidak

langsung menyebabkan gangguan masa instruksional. Justeru, bagaimanakah

gangguan yang berlaku kepada guru dapat dikurangkan memandangkan guru

(32)

M u k a S u r a t | 25

Jadual 4: Dapatan Awal Kajian Eksperimental Menangani Beban

Tugas Perkeranian Guru

KATEGORI

TUGAS GURU JENIS TUGAS GURU

MIN JUMLAH kelas tambahan, relief, program khas sekolah, majlis sekolah, dan

Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, 2011

GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

Pelbagai gangguan berlaku di sekolah yang secara langsung menjadi pemboleh

ubahyang mempengaruhi jumlah masa instruksional sekolah dan masa

pembelajaran akademik. Gangguan yang berlaku disebabkan oleh beberapa

perkara seperti diberikan dalam Lampiran 3.

Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal pasti seperti dalam

Lampiran 3 dikategorikan kepada dua faktor utama gangguan masa

instruksional sekolah, iaitu,

a) Faktor pengurusan sekolah dan

(33)

M u k a S u r a t | 26

Jadual 5, menjelaskan dua faktor utama yang boleh dikaji sebagai

punca kejadian gangguan yang boleh dibendung oleh pemimpin sekolah dan

guru yang mengurus, merancang, dan melaksanakan pengajaran di sekolah.

Jadual 5: Kategori Gangguan Masa Instruksional

BIL. FAKTOR

GANGGUAN KELOMPOK CONTOH GANGGUAN

1. FAKTOR

PENGURUSAN SEKOLAH

Guru Tiada Guru tiada di sekolah, guru ada di

sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, tidak cukup guru, guru hadir kursus atau tugas luar, menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum / sukantara.

Gangguan Fizikal Pengumuman dari pembesar suara,

susun atur kelas atau sekolah,

prasarana sekolah, dan

persekitaran.

Gangguan Luar Jangka Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar, dan melaksana tugas sampingan.

Gangguan Ad hoc Menghadiri mesyuarat, dipanggil

ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan

tugas jurulatih utama, dan guru, proses PdP, sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru, dan kesediaan guru mengajar.

STRATEGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Merujuk faktor gangguan yang dibincangkan, marilah kita membuat refleksi

diri dan merancang strategi melindungi masa instruksional di sekolah untuk

meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid. Peranan pemimpin

(34)

M u k a S u r a t | 27

Berlandaskan konsep pemimpin instruksional, pihak sekolah mampu

merancang pelbagai program atau aktiviti yang dapat mengurangkan gangguan

masa instruksional.

Menurut Deborah (2002), pemimpin instruksional harus kreatif bagi

mendapatkan sumber untuk menyokong penambahbaikan sekolah. Dengan ini,

peruntukan kewangan tidak diperlukan ke arah menghasilkan budaya

pembelajaran kendiri dalam kalangan murid dan guru. Pemimpin yang

berkualiti mampu melindungi masa instruksional dengan berkesan.

Pemimpin sekolah berperanan mewujudkan iklim pembelajaran positif

dengan memastikan guru berada di bilik darjah dalam keadaan yang bersedia

dan mengawal waktu PdP. Pemimpin dan guru merupakan agen perubahan

yang penting untuk meningkatkan keberhasilan murid.

KERANGKA DAN FALSAFAH STRATEGI PELAKSANAAN

Cadangan ini berlandaskan kerangka Kepimpinan Instruksional yang

memberikan keutamaan kepada kawalan masa instruksional ke arah

memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Merujuk

Lampiran 1 dan 2.

Matlamat strategi pelaksanaan adalah untuk memastikan masa

instruksional berlangsung seperti yang dirancang untuk mencapai objektif

pembelajaran serta dimanfaat secara optimum untuk mencapai pembelajaran

berkesan dalam kalangan murid.

Kerangka pelaksanaan program untuk melindungi masa instruksional di

(35)

M u k a S u r a t | 28

instruksional guru. Faktor ini disasarkan melalui beberapa cadangan strategi

pelaksanaan yang akhirnya berupaya meningkatkan keberhasilan pembelajaran

murid. Kerangka cadangan strategi pelaksanaan MMI ini diberikan dalam

Rajah 2.

PENGURUSAN SEKOLAH (PEMIMPIN SEKOLAH)

INSTRUKSIONAL (GURU)

KAWALAN MASA INSTRUKSIONAL

PENINGKATAN MASA PEMBELAJARAN BERKESAN ATAU ALT

FAKTOR GANGGUAN SASARAN STRATEGI MATLAMAT

Rajah 2: Kerangka Strategi PelaksanaanMelindungi Masa Instruksional

STRATEGI PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Kawalan masa instruksional boleh dicapai melalui dua peringkat iaitu:

i. Strategi jangka pendek (2012-2013)

Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa instruksional merujuk

arahan atau pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar

(36)

M u k a S u r a t | 29

berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan

peruntukan kewangan.

ii. Strategi jangka panjang (2012-2015)

Strategi yang memerlukan usaha untuk mengubah minda dan pemikiran

serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah ke arah

menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di samping mengoptimumkan

masa pengajaran untuk pembelajaran berkesan. Peningkatan kualiti

instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan

membangun, melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran

guru melalui kaedah pembangunan professional learning community

(PLC) dan pembangunan profesionalisme guru secara berasaskan sekolah

yang lebih kontekstual.

Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturunkan kuasa

penentunya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah

pembelajaran murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan. Di samping

itu, guru mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibu

bapa dengan meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah,

daerah, dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Contoh cadangan program atau aktiviti ke arah melindungi masa

(37)

M u k a S u r a t | 30

KESIMPULAN

MMI amat kritikal perlu dirancang bagi memastikan pembelajaran berlangsung

di sekolah dan akhirnya murid belajar secara berkesan. Usaha melindungi masa

instruksional perlu dirancang dengan menggunakan agen pendidikan di sekolah

iaitu pemimpin sekolah dan guru yang merancang, mengurus dan melaksana

pengajaran di sekolah. Matlamat MMI lebih kritikal untuk memastikan murid

disediakan dengan peluang pembelajaran yang sewajarnya dan belajar secara

berkesan.

Usaha MMI harus dirancang untuk dilaksanakan melalui strategi jangka

pendek dan jangka panjang melalui pembudayaan kepimpinan instruksional

dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru. Sebagai Guru Cemerlang yang

merupakan model kepada yang lain, apa dan bagaimanakah peranan serta

sumbangan dapat diberikan dalam mengubah fenomena mengawal masa

instruksional untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Dalam

semua usaha mesti ada titik permulaan ke arah sesuatu kejayaan, demikian juga

usaha melindungi masa instruksional. Cadangan dalam kertas ini merupakan

cetusan idea di peringkat awal yang mengalu-alukan pandangan semua pihak

dalam melindungi masa instruksional sekolah untuk meningkatkan

(38)

M u k a S u r a t | 31

Lampiran 1

KEPIMPINAN DALAM SEKOLAH BERKESAN

Instructional Leadership in effective school (Hallinger & Murphy, 1986)

FUNGSI PENGETUA PROSES KEPEMIMPINAN MATLAMAT

Membina dan menyebar luas matlamat sekolah Menyelia dan menilai instruksional Menjajar dan menyelaras kurikulum Membangun standard akademik dan sasaran

Memantau kemajuan pembelajaran murid

Menggalakkan pembangunan profesional guru

Melindungi masa instruksional

Membangun insentif untuk murid dan guru

KOMUNIKASI

MEMBUAT KEPUTUSAN

PENGURUSAN KONFLIK

PROSES KUMPULAN

PROSES PERUBAHAN

INTERAKSI PERSEKITARAN

MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN

(39)

M u k a S u r a t | 32

Lampiran 2

KERANGKA PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

DIMENSI FUNGSI

MEMBINA MISI/

MENDEFINISIKAN MISI SEKOLAH

Merangka Matlamat

Menyebar Luas Matlamat

MENGURUS KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL/ PENGAJARAN

Memahami Kurikulum dan Instruksional

Menjajar Kurikulum

Menyelia dan Menilai

Memantau Kemajuan Murid

MENGGALAKKAN IKLIM SEKOLAH/

MEMPROMOSIKAN IKLIM PEMBELAJARAN SEKOLAH

Merangka Standard

Merangka Sasaran Akademik

Melindungi Masa Instruksional

Menggalakkan Penambahbaikan

(40)

M u k a S u r a t | 33

Lampiran 3

PELBAGAI JENIS GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

1. Pengumuman dari pembesar suara. 2. Aktiviti sukan sekolah/sukantara. 3. Aktiviti kokurikulum atau koakademik.

4. Waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan murid serta kerap kali masuk dan keluar kelas.

5. Guru atau murid dipanggil ke pejabat. 6. Susun atur kelas dan dalam kelas. 7. Sikap guru.

8. Kepentingan aktiviti bercanggah. 9. Prasarana dan kemudahan sekolah.

10. Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cuti kecemasan).

11. Guru menduduki peperiksaan bagi yang menjalani pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh.

12. Tugas-tugas tambahan yang bukan untuk pengajaran (guru biasiswa, guru data dan lain-lain).

13. Kehendak luar bilik darjah (aktiviti kokurikum, guru bermesyuarat, guru berkursus, mengawas peperiksaan).

14. Keberkesanan pengajaran guru. 15. Disiplin murid.

16. Guru menjalankan tugas jurulatih utama. 17. Kesediaan murid belajar.

18. Persekitaran sekolah.

19. Kesediaan guru melaksanakan pengajaran. 20. Kerosakan peralatan seperti komputer.

(41)

M u k a S u r a t | 34

Lampiran 4

CADANGAN PROGRAM/ AKTIVITI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Guru Tiada  Dasar Pengurusan

(42)

M u k a S u r a t | 35 instructional leadership. Educational Journal. EBSCO Publishing.

Hallinger, P. & Murphy, J. F. (1986). Instructional leadership in effective schools. ERIC (ED 309535).

Horng, E. & Loeb, S. (2010). New thinking about instructional leadership.

Kappa. Hlm. 66 – 69.

Jamelaa Bibi Abdullah, Jainabee Md Kassim. Amalan Kepimpinan Instruksional dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Pahang : Satu Kajian Kualitatif daripada

http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Jamelaa%20Bibi%20Abdullah _Kepimpinan_Pahang.pdf

Kualiti pendidikan bergantungkepada kecekapan pemimpin sekolah. The Star

daripada http://mstar.com.my

McEwan, E. (2003). 7 steps to effective instructional leadership. 2nd Ed. CA: Corwin Press, Inc.

McKinsey & Company. (2007). How the world’s best performing school

(43)

M u k a S u r a t | 36

OECD. (2010). Creating effective teaching and learning environments: First results from TALIS.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Teori Pembelajaran dalam Perlaksanaan daripada http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=7

Urquhart, V. (2006). Increase time with an audit. Changing Schools. Vol. 53. Hlm. 3. daripada www.mcrel.org.

(44)

M u k a S u r a t | 37

PEMERHATIAN GURU MENINGGALKAN

BILIK DARJAH SEMASA PROSES

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

(45)

M u k a S u r a t | 38

PEMERHATIAN GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH

SEMASA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Oleh

DR. MOHD. SUHAIMI BIN MOHAMED ALI

ABD. MUNIR BIN MOHD RASHID

NADIMIN BIN ABDUL AZIZ

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

(46)

M u k a S u r a t | 39

PENGENALAN

Moment of truth pembelajaran berlaku semasa pertemuan antara guru dengan

murid dalam proses PdP (contact hours) dan kebanyakan masa berlaku di

dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, realitinya contact hours yang

ditetapkan tidak berlaku seperti yang diharapkan. Seringkali guru tidak dapat

memenuhi jadual yang telah ditetapkan kerana terdapat komitmen lain yang

menyebabkan guru tidak berada di bilik darjah.

Ketiadaan guru di bilik darjah dilihat sebagai bertentangan dengan arahan

KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 2/1981: Ketetapan Masa di

Sekolah-Sekolah. SPI ini menjelaskan tentang keperluan guru menepati masa

dalam menjalankan tanggungjawabnya di sekolah. Ketetapan masa juga

bermakna seorang guru hendaklah mengikut jadual pengajarannya dan

tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum masa.

Perkara ini juga selari dengan Perkara 11, Peraturan-peraturan

Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang menegaskan tentang

kewajipan guru mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

TINJAUAN BERKAITAN KETIDAKHADIRAN GURU KE SEKOLAH

Ketiadaan guru di bilik darjah semasa PdP bukanlah satu isu baharu. Perubahan

dan perkembangan bidang pendidikan masa ini memerlukan guru peka

tentangperubahan dan perkembangan semasa. Hal ini menyumbang kepada

kekerapan guru meninggalkan bilik darjah kerana terpaksa menghadiri pelbagai

aktiviti bagi mempertingkatkan kemahiran guru dan membantu

memperkembang potensi murid. Beberapa tinjauan di seluruh negara

menunjukkan ketidakhadiran guru sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Satu

tinjauan telah dilaksanakan oleh Pejabat PendidikanLangkawi,Kedah di 11

(47)

M u k a S u r a t | 40

Tinjauan ketidakhadiran guru di 11 buah Sekolah Menengah dan Sekolah

Rendah Daerah Langkawi yang melibatkan 625 orang guru telah dilaksanakan

mulai bulan Jun hingga Oktober 2011. Hasil tinjauan menunjukkan bilangan

guru yang tidak berada di bilik darjah semasa PdP adalah tinggi. Dalam

tinjauan ini telah didapati jumlah hari ketidakhadiran guru bagi 11 buah

sekolah tersebut sebanyak 6531 hari. Secara purata dalam tempoh lima bulan

tersebut jumlah hari setiap guru tidak hadir ke sekolah sebanyak 10.45 hari.

Tinjauan ketidakhadiran guru yang dibuat oleh Pejabat Pendidikan

Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) terhadap 2292 guru di 21 buah

sekolah di WP Putrajaya dari bulan Januari hingga bulan Ogos 2011

menunjukkan trend yang sama. Dalam satu hari terdapat sehingga 29 aktiviti

luar bilik darjah yang dijalankan dan ini menyebabkan lebih 30% guru terpaksa

meninggalkan bilik darjah. Dalam tempoh lima bulan, peratus ketidakhadiran

guru di sekolah adalah antara 13.20% (Ogos) hingga 43.83% (April) seperti

dalam Jadual 1.

Jadual 1: Bilangan Guru Tiada di Sekolah di Putrajaya dari Bulan Jan-Ogos

2011

Ketidakhadiran guru ke sekolah bukan sahaja berlaku di kawasan bandar

seperti Putrajaya malahan berlaku di semua tempat termasuk kawasan

(48)

M u k a S u r a t | 41

sekolah pedalaman daerah Semporna, Sabah pada 22 Februari 2010

menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 151 guru, 45 orang guru (29.80%)

tidak berada di sekolah pada tarikh tersebut.

Laporan tentang kehadiran guru di 14 buah sekolah pedalaman daerah

Kudat, Sabah pula menunjukkan dari bulan Januari hingga Mei 2010, purata

kehadiran ke sekolah adalah sebanyak 80.77% dan terdapat sekolah yang

mencatat kehadiran serendah 67.0%.

Isu guru tidak berada di bilik darjah turut berlaku di negara-negara maju

seperti di Amerika Syarikat dan Britain. Di Amerika Syarikat lebih 2500

Lembaga Sekolah (School Board) melanggani khidmat,Automated Substitute Placement and Absence Management”(AESOP) yang mengendalikan

ketidakhadiran guru serta mencari pengganti segera bagi guru berkenaan.

Jumlah school board yang melanggani sistem ini terus bertambah kerana pihak

sekolah berasa sukar untuk menangani isu guru yang tidak hadir

(www.aesopeducation.com).

Di negara Britain masalah ketidakhadiran guru telah mengakibatkan

sekolah-sekolah terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi kerana

membayar elaun atau gaji perkhidmatan guru pengganti. Terdapat

sekolah-sekolah besar di Britain terpaksa menanggung kos melebihi £100,000 setahun

untuk bayaran guru pengganti.

(49)

M u k a S u r a t | 42

PUNCA KETIDAKHADIRAN GURU

Punca ketidakhadiran guru boleh dikategorikan sebagai ketidakhadiran

dirancang (diketahui awal) dan ketidakhadiran tidak dirancang.

1. Ketidakhadiran Yang Dirancang

a) Menghadiri kursus, seminar, mesyuarat yang dianjurkan oleh

Bahagian KPM, JPN, PPD dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).  Data tinjauan Putrajaya tentang ketidakhadiran guru kerana

menghadiri aktiviti rasmi boleh dijadikan contoh. Menurut

tinjauan tersebut, pada bulan September 2011 guru-guru

sekolah di Putrajaya telah terlibat dalam 380 aktiviti rasmi

yang dianjurkan oleh Bahagian-bahagian KPM, JPN, PPWPP

dan badan-badan lain (NGO) seperti dalam Jadual 2.

 Daripada 380 aktiviti tersebut, hanya 63 aktiviti (16.57%) sahaja yang dilaksanakan selepas waktu persekolahan. Situasi

ini menggambarkan sebanyak 317 aktiviti yang dijalankan

telah menyebabkan guru meninggalkan bilik darjah semasa

PdP berlangsung.

(50)

M u k a S u r a t | 43

b) Terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di pelbagai peringkat

(peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa).  Melalui tinjauan PPWPP seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 2, pada bulan September 2011, sekolah-sekolah di

Putrajaya telah terlibat dalam 24 aktiviti kokurikulum.

 Tinjauan JNJK di Pulau Langkawi mulai bulan Jun sehingga

Oktober pada tahun 2011 terhadap 625 orang guru

menunjukkan jumlah hari ketidakhadiran guru sebanyak 448

hari bekerja.

c) Cuti, seperti cuti haji, cuti bersalin, cuti sakit yang berpanjangan,

cuti rehat khas, cuti tanpa rekod, dan cuti tanpa gaji.

 Tinjauan di 11 buah sekolah di daerah Langkawi menunjukkan

kadar ketidakhadiran guru di sekolah disebabkan cuti adalah

tinggi. Bagi tempoh Jun hingga Oktober 2011 jumlah hari guru

bercuti sebanyak 4563 hari. Daripada jumlah tersebut, 2163

hari (47.40%) ialah jumlah hari tidak hadir bagi 43 orang guru

kerana cuti bersalin (Rujuk Jadual 3).

Jadual 3: Jenis Cuti dan Jumlah Hari Guru Tiada di Sekolah DaerahLangkawi

Pada Bulan Jun hingga Oktober 2011

(51)

M u k a S u r a t | 44

 Ketidakhadiran guru kerana cuti bersalin dilihat sebagai isu kritikal yang perlu ditangani segera. Hal ini kerana, setiap guru

yang bersalin akan bercuti selama 90 hari. Isu ini akan menjadi

lebih kritikal apabila terdapat beberapa orang guru dari sekolah

yang sama bercuti serentak. Sebagai contoh, semasa tinjauan

dijalankan didapati seramai 12 orang guru dari sekolah yang

sama telah mengambil cuti bersalin. Jumlah hari cuti bagi 12

orang guru tersebut sebanyak 743 hari (Jadual 4).

Jadual 4: Bilangan Guru Bersalin dan Jumlah Hari Cuti Guru dari Bulan Jun Hingga Oktober 2011 di Sekolah Daerah Langkawi

(52)

M u k a S u r a t | 45

2. Ketidakhadiran Tidak Dirancang

a) Cuti sakit, cuti kecemasan seperti kematian waris atau kemalangan.  Jadual 3 di atas menunjukkan sepanjang tempoh tinjauan

dijalankan di 11 buah sekolah daerah Langkawi, seramai 321

guru tidak hadir kerana cuti sakit. Dengan jumlah hari

sebanyak 1158, bermakna sepanjang tempoh tersebut, secara

purata setiap guru mengambil cuti sakit sebanyak 3.6 hari

setiap seorang pada tahun tersebut.

b) Lewat hadir ke sekolah kerana menguruskan hal-hal peribadi,

masalah pengangkutan atau sebab-sebab lain.

 Laporan tentang kehadiran guru di 11 sekolah pedalaman

daerah Semporna, Sabah menunjukkan daripada 106 guru

yang hadir ke sekolah, 63 guru (59.43%) didapati lewat atas

pelbagai sebab (Jadual 5).

Jadual 5: Kehadiran Guru di 11 buah Sekolah Pedalaman Daerah Semporna, Sabah pada 22 Februari 2010

Perkara Jumlah Peratus

Bilangan Guru 151 100%

Bilangan Hadir 106 70.20%

Bilangan Hadir Lewat 63 59.43%

Bilangan Tidak Hadir 45 29.80%

Tidak Hadir Tanpa Sebab 35 77.78%

c) Berada di sekolah tetapi terpaksa menjalankan tugas pentadbiran

secara ad hoc, menangani masalah murid seperti berjumpa waris dan

(53)

M u k a S u r a t | 46

d) Tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.

 Tinjauan di Pulau Langkawi di 11 buah sekolah di daerah

Langkawi juga menunjukkan terdapat kes guru yang tidak

hadir tanpa sebab. Dalam tinjauan tersebut didapati tujuh orang

guru tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Jumlah ketidakhadiran

guru-guru tersebut sebanyak 100 hari.

 Laporan tentang ketidakhadiran guru di 11 buah sekolah

pedalaman daerah Semporna menunjukkan daripada jumlah 45

guru yang tidak hadir, sebanyak 35 guru (77.78%) tidak hadir

ke sekolah tanpa sebab (Jadual 5).

e) Ponteng kelas, iaitu berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas

untuk melaksanakan PdP tanpa sebab yang munasabah.

KESAN KETIADAAN GURU DI BILIK DARJAH

Ketiadaan guru di bilik darjah memberikan kesan kepada pembangunan modal

insan yang kreatif, kritis dan inovatif. Ketiadaan guru di sekolah akan

memberikan kesan seperti yang berikut:

1. Menjejaskan pengurusan dan pentadbiran sekolah

 Ketiadaan guru di sekolah menyebabkan banyak gangguan kepada

program dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

2. Kualiti tugas guru terjejas

 Guru yang berada di sekolah terpaksa menjalankan tugas tambahan

bagi menggantikan guru yang tiada di sekolah. Beban tugas ini

(54)

M u k a S u r a t | 47

3. Kualiti pembelajaran murid terjejas

 Guru yang berada di sekolah terbeban dengan tugas mengganti

kelas. Tugasan tambahan ini menjejaskan prestasi guru tersebut. Hal

ini sudah tentu mengakibatkan pembelajaran murid terjejas.

 Guru yang bercuti panjang seperti cuti sakit berpanjangan atau cuti bersalin tanpa pengganti tetap akan mengganggu kelancaran

pembelajaran. Sekiranya pengurusan sekolah tidak memainkan

peranan sebagai pemimpin instruksional maka pencapaian murid

akan menurun.

4. Disiplin dan keselamatan murid terjejas

 Ketiadaan guru di sekolah dalam jumlah besar secara serentak sukar

ditampung oleh guru lain. Ketidakhadiran ini menyebabkan kelas

tidak dapat diurus dengan baik dan kesannya, masalah disiplin

meningkat dan keselamatan murid tidak terjamin.

TINDAKAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI (JNJK) BAGI

MENANGANI GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH

Pada tahun 2012, salah satu touch point KPM ialah memastikan guru perlu

berada di dalam bilik darjah dan proses PdP mesti berlaku. Sehubungan dengan

itu, JNJK telah mengorak langkah untuk memastikan touch point ini dilaksana

dan difahami oleh sekolah. Matlamat pemerhatian ini adalah untuk mendapat

maklumat tepat tentang bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah semasa

PdP di seluruh negara. Analisis akan dibuat pada setiap minggu keempat setiap

bulan. Berdasarkan pemerhatian ini, JNJK dapat mengesan bilangan guru yang

meninggalkan bilik darjah, keberkesanan guru ganti dan langkah yang diambil

(55)

M u k a S u r a t | 48

Umumnya, melalui pemerhatian ini, strategi Menangani Guru

Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD) dapat mengenal pasti bilangan guru yang

tidak berada di bilik darjah semasa PdP dan tindakan sewajarnya dapat diambil.

Skop pemerhatian adalah untuk mengesan bilangan guru yang tidak masuk ke

bilik darjah bagi melaksanakan proses PdP, mencerap guru ganti dan mendapat

maklumat daripada pihak sekolah tentang strategi untuk mengatasi masalah

tersebut.

Pemerhatian dilaksanakan mulai bulan Mac sehingga Oktober 2012

melalui JNJK yang terdiri daripada dua orang pegawai. JNJK mensasarkan

pemerhatian di 1000 buah sekolah seluruh negara dalam tempoh lapan bulan

ini. Pemerhatian dijalankan secara mengejut tanpa dimaklumkan kepada pihak

sekolah dan dijalankan selama tiga jam. Proses pemerhatian GMBD adalah

Referensi

Dokumen terkait