• Tidak ada hasil yang ditemukan

Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P)

Dalam dokumen buku mmi 1 pelaksanaan final (Halaman 111-119)

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Rajah 1: Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P)

PS bukan suatu perkara yang baharu dalam sistem pendidikan. Pentaksiran ini dalam bentuk formatif berjalan sering dengan proses PdP. Kini, dalam PBS penekanan juga diberikan kepada perekodan pencapaian murid secara online. LP tidak pernah mencadangkan perubahan kepada proses PdP, cuma LP menekankan kepada kaedah pentaksiran baharu yang sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Permulaan proses PdP ialah perancangan guru menyediakan perkara yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru. Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara

M u k a S u r a t | 105

tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian iaitu guru menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Guru juga boleh menilai pencapaian dengan cara penyoalan secara lisan atau menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai dengan kehendak standard prestasi. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu. Bagi murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid.

Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid dalam aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Bagi memudahkan dan menjimatkan masa, guru perlu merekodkan pencapaian tersebut dalam borang prestasi transit terlebih dahulu. Kerja merekod ke dalam SPPBS mungkin boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan.

M u k a S u r a t | 106

Jadual 2 : Jadual Pengoperasian PBS

Bil. Perkara Tempoh Tindakan

1. Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke

JPN.

Disember LP

2. Mengedarkan Surat Pekeliling dan

Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah.

Disember JPN

3. Mesyuarat Jawatankuasa PBS

Sekolah.

Januari - Mac, April - Jun, Julai - September Oktober – Disember

JPN / PPD / Sekolah

4. Pendaftaran SPPBS. Januari – Februari Sekolah

5. Tempoh pelaksanaan PBS. Sepanjang sesi

persekolahan

Sekolah

6. Aktiviti Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan.

Sepanjang tahun dan mengikut keperluan

Sekolah / PPD / JPN / LP / Bahagian KPM

7. Pengumpulan skor murid dalam

SPPBS.

Sepanjang tahun Sekolah

8. Pelaporan skor murid. Mengikut keperluan Sekolah

Peranan Dalam Pelaksanaan PS

PS memberikan penekanan kepada peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa, dan pihak berkepentingan.

1 Pentadbir Sekolah

a) Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS.

b) Menyediakan peralatan, bahan, dan jadual.

c) Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS. d) Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod. e) Menjalankan pementoran, pemantauan, dan penyelarasan.

M u k a S u r a t | 107

2 Guru

a) Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran, dan pentaksiran.

b) Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran.

c) Menyediakan instrumen pentaksiran.

d) Memberikan maklum balas tentang pencapaian murid.

e) Membantu membaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh.

f) Mengumpul rekod dan data penguasaan murid. g) Melaporkan penguasaan murid.

3 Murid

a) Mengetahui dan memahami standard prestasi. b) Mengetahui perkara yang perlu dikuasai.

c) Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai. d) Membaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

4 Ibu Bapa

a) Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran.

b) Memahami dan menyedari potensi, kekuatan, dan kelemahan anak. c) Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu

(individual differences).

M u k a S u r a t | 108

5 Pihak Berkepentingan

a) Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran. b) Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan

pentaksiran di sekolah.

Evidens PS

1. Memberikan pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

2. Evidens PS ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

a) Penulisan

i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan. b) Bahan cetakan

i. Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

c) Persembahan

i. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

d) Foto

M u k a S u r a t | 109

e) Grafik

i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, topografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi, dan warna.

ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

f) Artifak

i. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

g) Laporan

i. Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

h) Model

i. Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

i) Produk

i. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

j) Rakaman

M u k a S u r a t | 110

k) Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

l) Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

m) Lisan / verbal. n) Perlakuan

Penyediaan Fail Murid

1. Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah seperti yang berikut:

a) Fail Perkembangan Murid (FPM)

i. Setiap murid mempunyai 1 FPM, dikhaskan untuk menyimpan setiap evidens terkini untuk setiap mata pelajaran,

ii. Evidence diserah kepada murid setelah direkodkan dalam SPPBS

dan pelaksanaan Penjaminan Kualiti.

b) Fail Showcase (FS)

FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini boleh dibentuk mengikut :

i. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atau ii. kelas; atau

M u k a S u r a t | 111

Nota :

Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan (b) di atas, di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.

1. Pengurusan Evidens oleh Guru

a) Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

b) Guru hendaklah memberikan maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan pengayaan pembelajaran.

c) Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam band boleh dijadikan bahan showcase.

M u k a S u r a t | 112

PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM

Dalam dokumen buku mmi 1 pelaksanaan final (Halaman 111-119)

Dokumen terkait