• Tidak ada hasil yang ditemukan

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN:

Dalam dokumen buku mmi 1 pelaksanaan final (Halaman 89-104)

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH : ISU DAN CADANGAN

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN:

Secara jelas isu MMI dalam kokurikulum ialah masalah peringkat sekolah namun jika diteliti secara mendalam masalah yang timbul ada yang berpunca daripada kelemahan dasar/ polisi pihak lain seperti daripada pihak KPM. Dalam hal ini, penulis mencadangkan dua kaedah penyelesaian yang melibatkan peringkat sekolah dan peringkat KPM.

Peringkat Sekolah:

1. Pengetua/ Guru Besar sebagai agen transformasi kokurikulum:

Jatuh bangun kokurikulum di sekolah ditentukan oleh wibawa Pengetua/ Guru Besar. Kefahaman sebenar tentang kokurikulum serta kepentingannya dan dasar-dasar pelaksanaannya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KPM seharusnya dikuasai oleh setiap Pengetua/ Guru Besar. Seterusnya, kebolehan menaakul kokurikulum dan kemudian menterjemahkan dalam bentuk pengurusan sekolah merupakan kemahiran yang dituntut dan wajib ada pada setiap Pengetua/ Guru Besar. Tidak dinafikan dalam mengurus kokurikulum di peringkat sekolah, KPM mengambil pendekatan fleksibel dengan memberikan kepercayaan kepada daya usaha dan inisiatif Pengetua/ Guru Besar. Sungguhpun begitu dalam isu MMI kokurikulum Pengetua/ Guru Besar boleh menjadikan strategi- strategi yang berikut sebagai panduan:

(a) Mengubah persepsi negatif warga sekolah tentang bidang kokurikulum- Pengetua/ Guru Besar bertanggungjawab untuk memberikan kesedaran dan meyakinkan semua warga sekolah (murid, guru, ibu bapa, dan masyarakat setempat) tentang dasar sebenar kerajaan tentang kokurikulum. Salahfaham tentang peranan

M u k a S u r a t | 83

kokurikulum sebagai kegiatan sampingan yang boleh dilaksanakan setakat seadanya perlu dihapuskan. Pengetua/ Guru Besar seharusnya mampu mengubah persepsi dan minda warga sekolah bahawa kegiatan ini ialah suatu kegiatan yang penting, terancang dan bersistematik yang mampu menghasilkan kemenjadian manusia

secara menyeluruh termasuk pembangunan ‘kepelbagaian intelek’ dan ‘intelek emosi’. Dalam masa yang sama kegiatan ini menjadi

landasan kepada kerjaya murid semasa dewasa dan yang lebih penting menjadi aset negara dalam menjana sumber manusia yang berkualiti.

(b) Mempelbagaikan kelab/ persatuan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum- Kepelbagaian kelab/ persatuan amat perlu demi memenuhi tuntutan kepelbagaian kebolehan dan minat murid. Sungguhpun begitu Pengetua/ Guru Besar bertanggungjawab memastikan bilangan kelab/ persatuan yang ditubuhkan telah mengambil kira bilangan keseluruhan murid, kemahiran guru dan kemudahan/ peralatan yang ada. Kepelbagaian aktiviti juga perlu mengambil kira program berbentuk penyertaan ramai dan program yang bermatlamatkan kecemerlangan. Dalam memenuhi tuntutan dan keperluan murid untuk menubuhkan sesuatu kelab/ persatuan, Pengetua/ Guru Besar perlu menimbangkan secara rasional dan praktikalnya pelaksanaan kelab/ persatuan itu.

(c) Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah - Suasana yang meriah bermaksud wujudnya penglibatan semua warga sekolah dalam sesuatu aktiviti/ program kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun sentiasa diuar-uarkan dan menjadi perhatian warga sekolah. Dari segi fizikalnya, murid-murid sentiasa bersaing mempromosikan atau memperagakan imej kelab/ persatuan

M u k a S u r a t | 84

di persekitaran sekolah. Penyertaan pasukan sekolah di semua peringkat aktiviti (daerah, zon, negeri, kebangsaan) nyata amat kerap dan menjadi sebutan masyarakat setempat. Suasana meriah ini lebih terbukti apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti/ program kokurikulum seperti Hari Kokurikulum, Sukan Tahunan yang mendapat sokongan dan sambutan penuh daripada ibu bapa dan masyarakat setempat. Murid-murid dan guru-guru pula sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan peranan masing-masing. Manakala pihak sekolah sentiasa sensitif dan berusaha memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sebarang usaha serta penglibatan murid dan guru melalui pelbagai cara.

(d) Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjang tahun - Dalam memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun, Pengetua/ Guru Besar perlu peka kepada 3 perkara. Pertama, keseimbangan tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitu pasukan pakaian seragam, kelab/ persatuan dan sukan/ permainan. Kedua, membezakan antara aktiviti mingguan kelab/ persatuan dan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. Ketiga, aktiviti peringkat lanjutan seperti peringkat daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa. Pembinaan takwim yang awal boleh membantu murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun secara ansur maju atau peringkat demi peringkat. Aktiviti yang berterusan juga boleh menghindarkan kebosanan murid kerana kekosongan masa dipenuhi dengan aktiviti yang dijalankan. Penggunaan kemudahan dan peralatan kokurikulum dapat digunakan semaksimum mungkin jika aktiviti dijalankan sepanjang tahun. Umpamanya penggunaan padang sekolah sepanjang tahun boleh menggambarkan keadaan kokurikulum di sekolah tersebut meriah dan boleh membawa ke arah pencapaian sekolah berwatak dan etos sekolah yang dikehendaki.

M u k a S u r a t | 85

(e) Mewujudkan sistem dokumentasi yang dikemas kini, informatif dan lengkap - Sebagai sebuah organisasi yang berdaftar, perjalanan sesebuah kelab/ persatuan sekolah perlu didokumentasikan dengan sempurna. Maklumat yang berinformatif dan lengkap seperti senarai ahli dan jawatankuasa, laporan perjumpaan, aktiviti tahunan dan pencapaian, laporan perbelanjaan boleh menggambarkan prestasi sesebuah kelab/ persatuan. Malahan laporan tersebut boleh dijadikan suatu aspek untuk menilai prestasi kelab/ persatuan. Pihak sekolah juga boleh menjadikan hasil pendokumentasian ini sebagai pangkalan data kokurikulum yang boleh diedarkan dalam kalangan warga sekolah atau ke peringkat pengurusan lebih tinggi apabila dipohon atau diperlukan.

(f) Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang diperakukan, adil dan memberangsangkan - Proses penilaian kokurikulum memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru dan sekolah. Kesedaran dalam kalangan murid tentang syarat-syarat untuk memperoleh skor yang tinggi perlu ada, dan kriteria penilaian yang sebenar perlu diperjelas dari semasa ke semasa. Pihak sekolah pula perlu sentiasa memotivasikan murid dengan memastikan segala rekod dan bukti pencapaian murid dikemas kini sepanjang masa dan tidak hanya sewaktu hendak menentukan markah murid. Cara ini boleh membantu murid yang kurang berprestasi untuk membaiki prestasinya. Sebaik-baiknya hasil penilaian itu mudah diakses oleh semua warga sekolah seperti melalui talian telefon atau internet. Berbanding penilaian bidang akademik, penilaian dalam kokurikulum lebih kepada membantu murid-murid untuk mencapai hasil penilaian yang lebih bagus.

M u k a S u r a t | 86

(g) Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan- Pengetua/ Guru Besar sewajarnya membina dan memperkukuh sistem pemantauan yang bukan sahaja berkesan malahan juga berterusan. Amalan ini bertujuan untuk memastikan semua kegiatan yang dijalankan menepati dasar dan peraturan yang telah ditetapkan. Hasil daripada pemantauan ini boleh menjadi sumber rujukan untuk menambah baik pelaksanaan pada masa akan datang. Pemantauan juga sebagai gambaran keprihatinan pihak sekolah dengan usaha dan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum.

(h) Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited

- Membina pasukan penggerak kokurikulum di sekolah yang sering diabaikan oleh Pengetua/ Guru Besar. Seharusnya rekod dan data guru yang berkemahiran dan tidak berkemahiran dalam sesuatu bidang kokurikulum perlu sentiasa dikemas kini bagi mewujudkan pasukan penggerak ini. Guru-guru yang tidak berkemahiran perlu diberi peluang menghadiri kursus atau sekurang-kurangnya pendedahan secara latihan dalaman (in-house training) dibuat. Pendedahan latihan dalaman ini termasuklah daripada Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan Kokurikulum tentang peranan dan tanggungjawab guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum yang wajib diadakan setiap tahun.

(i) Membangunkan infrastruktur dan prasarana, perkakasan / peralatan yang mencukupi dan berkualiti- Dalam kokurikulum perkara ini bermaksud tempat dan peralatan yang digunakan untuk aktviti kokurikulum. Hal ini merangkumi kemudahan yang ada di dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah. Sekolah- sekolah yang kurang kemudahan dan kawasan lazimnya digalakkan menggunakan sumber yang ada di luar sekolah atas dasar konsep 'guna sama'. Cara ini hanya boleh berlaku jika ada suatu penjadualan

M u k a S u r a t | 87

aktiviti yang sistematik. Kekurangan kemudahan menjalankan aktiviti juga boleh diatasi dengan 'pengubahsuaian' aktiviti. Contohnya, permainan bola sepak futsal menggantikan permainan bola sepak padang, atau mengadakan perkhemahan dalam kawasan sekolah berbanding di luar. Dalam menyediakan kelengkapan kemudahan dan peralatan, pihak sekolah wajar mengambil kira peruntukan yang ada dan memilih peralatan yang berkategori 'perlu' dan boleh diguna sama, seperti peralatan perkhemahan yang boleh diguna oleh semua aktiviti. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan juga berperanan dalam menentukan kualiti dan ketahanan kemudahan dan peralatan. Tindakan ini akan membolehkan murid melakukan aktiviti kokurikulum dengan selamat dan sempurna. Dalam hal ini, mempunyai tenaga pakar yang mampu menilai kemudahan dan peralatan serta kemudahan kokurikulum sebagai nilai tambah yang penting kepada kemajuan kokurikulum di sesebuah sekolah.

(j) Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang komprenhensif dan dikemas kini- Strategi ini berkaitan usaha pihak sekolah untuk mempromosi kegiatan kokurikulum sebagai suatu kegiatan penting di mata semua warga sekolah. Konsep

happening dan lively kegiatan kokurikulum sekolah boleh diwujudkan dengan sumber maklumat yang mudah diakses di sekitar kawasan sekolah seperti melalui papan-papan kenyataan, sudut- sudut khas dan bilik sumber. Penyampaian maklumat yang lebih luas juga boleh dibuat ke luar kawasan sekolah malahan boleh menjangkau peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui laman web sekolah atau program khas seperti school linkage programme. Membudayakan penggunaan maklumat dan informasi kokurikulum memerlukan suatu usaha yang berterusan dan memerlukan

M u k a S u r a t | 88

komitmen serta kerjasama semua pihak terutama daripada kalangan murid dan guru.

(k) Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang berterusan - Sejajar dengan sifat pendidikan yang dinamik, kerja- kerja penyelidikan dan pembangunan yang boleh menambah baik kepada keberkesanan kegiatan kokurikulum perlu sentiasa dilakukan. Kerja-kerja ini melibatkan kreativiti dan inovasi guru, juga sokongan dan galakan pengurusan sekolah bagi membolehkan kokurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa, mantap dan bertepatan dengan matlamat pendidikan dan pembangunan negara. Hasil penyelidikan ini perlu disebar luas dan dikongsi bersama dengan penggiat kokurikulum yang lain atas dasar kebaikan bersama.

Berdasarkan strategi-strategi di atas boleh dirumuskan bahawa dalam memastikan masa instruksional kokurikulum dilaksanakan, Pengetua/ Guru Besar perlu melihat dalam skop yang luas yang melibatkan "grand design" untuk menyelesaikannya. Secara ringkas Pengetua/ Guru Besar perlu mempunyai pelan induk pembangunan kokurikulum yang merangkumi pembangunan fizikal dan infrastruktur/ kemudahan serta peralatan, pembangunan guru pembimbing/ jurulatih/ fasilitator/ penasihat, dan pembangunan aktiviti. Dalam merealisasikan pelan induk ini, Pengetua/ Guru Besar boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama melalui jawatankuasa yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum seperti Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Sekolah, Jawatankuasa Bimbingan Sekolah, Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.

M u k a S u r a t | 89

2. Peringkat Kementerian:

(a) Kegiatan Kelab/ Persatuan Sekolah berasaskan Projek Inovasi :

Telah jelas daripada kajian mendapati kegiatan kelab/ persatuan kurang memberikan impak akibat faktor-faktor seperti kebanyakan guru kurang berkemahiran, kurikulum yang tidak lengkap dan masa instruksionalnya gagal dilindungi. Sehubungan dengan itu, kegiatan ini memerlukan proses perekayasaan dengan pendekatan semua kelab/ persatuan sekolah melaksanakan aktiviti mingguan yang berfokus kepada pembuatan projek inovasi.

Justifikasi kepada pendekatan ini adalah untuk membudayakan amalan kreatif dan inovatif dalam kalangan murid kerana kemahiran yang sedemikian diperlukan oleh negara pada masa akan datang. Kokurikulum dilihat selari dengan arah tuju pembudayaan ini kerana secara semula jadi memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/ projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi minat dan kebolehan diri yang ada pada mereka.

Skop kegiatan kelab/ persatuan secara projek berinovasi tertumpu kepada projek berasaskan sekolah dan khusus berkait rapat dengan jenis sesuatu kelab dan persatuan. Konsep pelaksanaan projek ialah berpusatkan kepada murid iaitu guru berperanan untuk membimbing dan murid-murid melaksanakannya. Sebagai tambahan, ada suatu bentuk penilaian secara berpusat dibuat. Kementerian berfungsi untuk membina dasar pelaksanaan manakala JPN dan PPD bertanggungjawab menyelia dan memantau pelaksanaannya.

M u k a S u r a t | 90

Pendekatan cara pembuatan projek juga boleh memberikan impak dari aspek:

i. Murid berfokus untuk melakukan kegiatan kelab/ persatuan - Dalam setiap masa perjumpaan kelab/ persatuan sekolah, pengisiannya ialah merancang dan menyiapkan projek atau projek-projek berbentuk inovasi yang berkaitan kelab/ persatuan yang dianggotai. Projek ini boleh dijalankan secara kumpulan besar atau beberapa kumpulan. Pembuatan projek yang dipilih oleh murid ini mestilah disiapkan pada hujung tahun untuk dibuat penilaian. Langkah ini mengatasi masalah masa instruksional kelab/ persatuan yang tidak berkualiti. ii. Pendekatan ‘berpusat kepada murid’ - Dalam

melaksanakan projek berinovasi, guru berperanan sebagai pembimbing dan penasihat manakala kumpulan murid akan merancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap projek akan diketuai oleh seorang ketua dan diurus oleh jawatankuasa yang dilantik oleh ahli-ahli kumpulan. Guru penasihat kelab/ persatuan hanya bertanggungjawab untuk menyelia dan memastikan proses pembuatan projek berlangsung dengan betul dan mengikut jadual. Langkah ini boleh mengatasi masalah guru yang tiada kemahiran khusus dalam kelab/ persatuan kerana kemahiran utama memadai setakat mengurus projek.

iii. Projek Inovasi sebagai showcase sekolah - Pihak sekolah bertanggungjawab untuk memberikan penghargaan dan sokongan kepada aktiviti ini dengan menubuhkan jawatankuasa penilai yang berfungsi menentukan tahap pencapaian projek yang dihasilkan. Hasilan projek ini boleh dipamerkan sewaktu Hari Kokurikulum atau Hari Ucapan dan

M u k a S u r a t | 91

Penyampaian Hadiah sekolah yang boleh diadakan saban tahun dengan penglibatan ibu bapa dan ahli masyarakat setempat. Sekolah juga digalakkan untuk mengemukakan hasilan projek yang bermutu ke peringkat lebih tinggi jika ada sesuatu pertandingan/ pameran yang berkaitan. Melalui tindakan ini pihak ibu bapa dan penjaga serta masyarakat luar boleh melihat bukti atau hasil penglibatan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum.

(b) Memantapkan fungsi Jawatankuasa Pembangunan

Kokurikulum Kebangsaan:

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum di peringkat KPM dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan bertujuan menyelaras dasar dan arah tuju kokurikulum di semua peringkat. Jawatankuasa ini juga berfungsi sebagai focal person kepada kewujudan sesuatu dasar yang baharu. Jawatankuasa ini yang juga berperanan untuk menyelesaikan masalah pertindanan aktiviti, menyelaras peruntukan kokurikulum bagi semua bahagian yang terlibat, merangka program kejurulatihan, dan menilai perjawatan pengurusan di semua peringkat. Jawatankuasa ini juga menjadi think tank kepada sebarang dasar baharu yang diperkenal oleh KPM. Menyedari isu perlindungan masa instruksional kokurikulum merupakan isu kebangsaan maka amatlah wajar jawatankuasa ini berperanan sebagai forum untuk mencadang penyelesaian masalah di peringkat pengurusan tertinggi KPM.

M u k a S u r a t | 92

(c) Pemantapan Sistem Penyeliaan Kokurikulum oleh KPM, JPN dan PPD :

KPM bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pemantauan yang mantap dan konsisten bagi pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah. Sistem ini bertujuan untuk memastikan segala dasar dan peraturan kokurikulum yang ditetapkan telah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua peringkat terutama pihak sekolah. Pelaporan tahunan yang komprehensif perlu dibuat kepada Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum selepas siri pemantauan tahunan tersebut selesai.

Jawatankuasa ini juga akan menguatkuasakan segala bentuk peraturan yang berkait dengan kokurikulum untuk memberikan kesedaran kepada semua pihak bahawa kegiatan ini terikat kepada undang-undang yang telah diwartakan dan boleh membawa kepada hukuman/ penalti kepada pesalah yang melakukannya.

(d) Pegawai dan Jurulatih/Personel:

Masalah guru yang kurang mahir dalam bidang kokurikulum memerlukan suatu tindakan yang mantap terutama sekali secara melihat semula sejauh mana pengisian kurikulum yang berkaitan kokurikulum di peringkat institusi perguruan dan universiti, benar- benar relevan dan memenuhi keperluan sekolah. Di samping itu, guru-guru yang memasuki pasaran sekolah benar-benar kompeten untuk mengendalikan kegiatan kokurikulum. Disebabkan hal sedemikian, suatu program pembangunan dan pengembangan kejurulatihan/ personel di semua peringkat pelaksanaan

M u k a S u r a t | 93

yangmelibatkan jangka pendek dan panjang terhadap guru-guru kokurikulum dalam perkhidmatan perlu diwujudkan.

Pada masa yang sama tindakan segera perlu dibuat dengan memenuhkan kekurangan pegawai yang mengurus kokurikulum di semua peringkat mengikut keperluan yang telah ditimbang tara. Begitu juga perlunya suatu mekanisme yang jelas diwujudkan untuk memastikan pegawai yang terlibat dengan pengurusan kokurikulum mempunyai pengalaman dan telah lulus kursus khas (berkaitan kokurikulum) sebelum menyandang jawatan.

(e) Melengkapkan Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah :

Dasar penubuhan Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah untuk membantu pihak sekolah yang tiada kemudahan, peralatan dan kepakaran aktiviti menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih bersistematik dan selamat. Kewujudan pusat-pusat ini terutamanya di peringkat daerah menjadi nilai tambah kepada kegiatan kokurikulum sebagai pusat rujukan dan rujukan sekolah, di samping sebagi pusat latihan kepada guru-guru kokurikulum yang kurang mahir. Dalam hal ini melengkapi kemudahan infrastruktur Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah sebagaimana yang dirancang akan memberikan impak besar terutama dari segi penjimatan kos operasi kegiatan kokurikulum secara menyeluruh, dan juga mengatasi masalah guru-guru yang kurang mahir.

Memenuhi keperluan bilangan jurulatih sepenuh masa di Pusat- pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah boleh membantu masalah melindungi masa instruksional kokurikulum juga masa instruktional akademik. Jika bilangan jurulatih mencukupi, masalah guru-guru

M u k a S u r a t | 94

meninggalkan kelas kerana terlibat dalam kegiatan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan boleh dikurangkan apabila tanggungjawab itu boleh diserahkan kepada jurulatih yang dilantik secara sepenuh masa.

KESIMPULAN

Isu melindungi masa instruktional kokurikulum memerlukan penyelesaian yang mantap dan konsisten. Komitmen yang tinggi diperlukan, tidak sahaja daripada pihak sekolah malahan juga PPD, JPN dan KPM. Tidak seperti bidang akademik yang prestasinya diukur melalui peperiksaan awam, prestasi kokurikulum dinilai berasaskan kehadiran, jawatan yang disandang, tahap penglibatan dan pencapaian murid dalam sesuatu kelab/ persatuan yang dianggotai. Sehubungan dengan itu, pendekatan yang fleksibel dan praktikal dalam melaksanakan kegiatan ini perlu diberi pertimbangan dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Sungguhpun begitu dalam masa yang sama, masa instruktional yang telah ditetapkan untuk kegiatan kokurikulum perlu dilaksanakan sebaik-baik yang mungkin. Dalam hal ini pelaksanaan aktiviti kelab/ persatuan secara pembuatan projek berinovasi dilihat sebagai suatu yang menepati kriteria yang diperlukan.

Secara jelas, kegagalan melindungi waktu instruksional kokurikulum berpunca daripada kegagalan pihak sekolah meletakkan kokurikulum di tempat yang sewajarnya dalam sistem sekolah. Sungguhpun begitu faktor-faktor penyebab sampingan kepada kelemahan tersebut perlu juga diambil kira sebagai perkara yang mustahak. Dalam masa KPM menggesa pihak Pengetua/ Guru Besar membaiki strategi pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah, amatlah molek KPM juga mengambil langkah-langkah penyelesaian isu ini.

M u k a S u r a t | 95

SYOR

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM mengesyorkan agar cadangan- cadangan yang berkaitan mengatasi masalah melindungi masa instruktional kokurikulum dipertimbangkan untuk kelulusan. Cadangan-cadangan tersebut meliputi perkara berikut:

1. Program Transformasi Kokurikulum Peringkat Sekolah.

2. Program kelab/ persatuan sekolah secara projek berinovas.i

3. Sistem pemantauan dan penguatkuasaan peraturan pelaksanaan kokurikulum sekolah.

4. Melengkapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur di 137 Pusat Kokurikulum Daerah.

5. Melengkapkan bilangan jurulatih secara sepenuh masa di Pusat Kokurikulum Negeri, seramai 708 orang dan di Pusat Kokurikulum Daerah seramai 3,425 orang.

M u k a S u r a t | 96

Rujukan

Bahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Mengenai Keberkesanan Kokurikulum di Sekolah, 2010

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Tinjauan Minat Murid dalam Kegiatan Kokurikulum, 2011 Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Himpunan Kertas

Seminar Kokurikulum, 1970 hingga 1990,

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Pengurusan Kokurikulum, 2007

Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM (1971 - 2010), 2011.

Ramlan Abdul Wahab, Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah, 2004, Banter Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM (1971 - 2010), 2011.

M u k a S u r a t | 97

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS

Dalam dokumen buku mmi 1 pelaksanaan final (Halaman 89-104)

Dokumen terkait