AT10603
PENULISAN AKADEMIK SEMESTER 2, SESI 2017/2018
TAJUK PENULISAN:
“GEJALA GENGSTERISME DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA: PUNCA DAN RAWATAN”
NAMA:
AMIRUL BIN KETIKA
NO. MATRIK: BA17110131
SEKSYEN: SATU
TEMPAT & MASA:
DKP 3 & 2 PETANG HINGGA 4 PETANG
NAMA PENSYARAH:
1.0 PENDAHULUAN
Perkembangan pesat dunia dalam menghadapi era globalisasi membawa bersama beberapa perubahan dalam struktur masyarakat, khususnya dalam institusi keluarga. Di Malaysia iklim institusi keluarga juga tidak terkecuali daripada menghadapi perubahan. Jika dahulu keluarga besar ini mampu mewujudkan sistem sokongan yang berkesan, namun kini trend keluarga di Malaysia lebih menjurus kepada keluarga asas. Mengikut anggaran pada tahun 2000 jenis keluarga di Malaysia lebih menjurus kepada keluarga asas yang hanya terdiri daripada ibu, ayah dan anak. Jenis keluarga asas mewakili lebih 70 peratus daripada keluarga di Semenanjung Malaysia berbanding dengan 64 peratus pada tahun 1991.
Kedua dua suami isteri bekerja di luar rumah adalah senario yang lazim dalam keluarga asas. Oleh itu, masalah penjagaan anak dan cabaran untuk mengimbas antara tekanan di tempat kerja dengan memberikan perhatian kepada keluarga merupakan masalah yang kerap dihadapi. Keadaan ini membawa kerapuhan kepada institusi keluarga dan mengundang pengabaian tanggungjawab oleh ibu bapa. Gejala ini telah menyumbang kepada peningkatan jumlah kes juvana di Malaysia 1. Jika hal ini dibiarkan berterusan maka insititusi moral dan akhlak golongan remaja akan rosak dan musnah. Pelbagai gejala sosial yang telah timbul dalam kalangan remaja khususnya seperti masalah ponteng sekolah, budaya melepak, bulisme, gengstrerisme, gejala antisosial remaja dan banyak lagi masalah masalah yang berkaitan pelajar jika hendak diperkatakan. Gejala sosial ini biasanya berkait rapat terhadap golongan remaja baik dari sekolah menengah mahupun dari sekolah rendah.
Penglibatan golongan remaja khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menegah mahupun sekolah rendah telah mengundang malapetaka terhadap negara kita sendiri. Bercakap mengenainya, golongan remaja merupakan golongan manusia yang berumur 12 hingaa 21 tahun. Golongan ini biasanya mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam perkembangannya untuk menuju dewasa. Tambahan lagi, pada saat remaja inilah akan berlakunya pelbagai perubahan drastik termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi dan bahasa. Akibatnya, golongan inilah merupakan golongan yang emosinya tidak stabil dan sentiasa “bermasalah”. Justeru, jika
tidak dikawal maka akan timbulnya suatu masalah kepada diri remaja itu sendiri. Sebagai contoh, kecelaruan tingkah laku boleh berlaku. Kecelaruan tinglah laku boleh didefinisikan sebagai kecelaruan situasi dalam diri individu atau mana mana kumpulan yang menggambarkan fenomena luar biasa ataupun yang sukar di fahami oleh orang lain yang selalunya di kaitkan dengan gangguan mental. Kecelaruan tingkah laku menggangu biasanya kecelaruan yang sering berlaku dalam diri individu atau kumpulan, khususnya dalam golongan remaja. Kecelaruan tingkah laku ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor antaranya pengabaian ibu bapa, cara didikan atau contoh teladan daripada ibu bapa, pergaulan dengan rakan sebaya yang delinkuen, faktor dalam diri individu dan yang terakhir perubahan nilai dalam diri kanak-kanak atau remaja 2. Apabila kecelaruan tingkah laku telah berlaku maka ia telah memberi kesan kepada diri remaja itu sendiri. Hal ini membuatkan pelbagai gejala sosial yang berlaku seperti yang telah diperkatakan sebelumnya.
Dalam penulisan esei ini, penulis telah menfokuskan kecelaruan tingkah laku remaja dari segi penglibatan golongan remaja dalam gejala gengsterisme khusunya pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah amnya. Gejala gengterisme ini adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud dalam kalangan pelajar dan masih berterusan sehingga kini. Gejala ini hanyalah merupakan rentetan daripada isu-isu moral remaja yang lain seperti lepak, lari dari rumah, seks bebas, penagihan dadah dan pelbagai lagi gejala lain yang menghantui remaja di negara ini. Di sini, gengsterisme adalah tingkah laku yang membawa timbulnya kes-kes seperti membuli, peras ugut, samun, rogol, bunuh dan lain-lain lagi. Menurut Shaefer (2000) gengsterisme ialah tingkah laku atau perlakuan keagresifan yang juga dikenali sebagai gangster atau samseng3. Menurut Kamus Dewan edisi 2010 pula, gengsterisme didefinisikan kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau jenayah tertentu.
Sebanyak 40 peratus daripada jumlah di Malaysia, iaitu yang mewakili 459 buah sekolah daripada 1560 buah sekolah di seluruh negara berisiko tinggi terdedah kepada perlakuan jenayah di kalangan pelajarnya seperti mencuri, mencabul, menggugut, merogol dan membunuh (Dewan Masyarakat, Jun 2000). Sebelum ini pelbagai kes gengsterisme sudah dilaporkan membabitkan pelajar dan sekolah seperti guru diserang pelajar, pergaduhan antara kumpulan pelajar, perbuatan khianat kepada sekolah seperti perbuatan membakar bilik darjah dan 2 Ibid., hlm. 2.
pelbagai perbuatan lain yang mengancam keselamatan sekolah 4. Bukan itu sahaja, amat mengejutkan apabila kita didedahkan dengan maklumat yang dilaporkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyebut kira kira 10,000 individu dikesan menjadi anggota rahsia lapan kumpulan yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah dan gangsterisme di Selangor (Arkib, Januari 2009). Tambahan lagi, bercerita mengenai gengsterisme ianya telah menjalar menjadi sebuah jenayah yang telah melibatkan golongan remaja sekolah menengah mahupun sekolah rendah.
Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada tahun 2008 seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan manakala selebihnya jenayah harta benda. Menurut statistik berkenaan, remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan). Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan 147 tangkapan. Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641 orang) (PKPIM, Mei 2012). Seterusnya, berdasarkan statistik jenayah negara Malaysia yang baru dilaporkan oleh Berita Harian pada 4 Mei 2014, adalah didapati bahawa pada tahun 2013, terdapat 7,816 kes jenayah juvana. Lebih merisaukan lagi ialah kes yang membabitkan pelajar sekolah. Tahun lalu menyaksikan 1,632 kes yang membabitkan golongan ini berbanding dengan 1042 kes pada tahun sebelumnya, itu merupakan peningkatan yang memeranjatkan dan membimbangkan. Secara lebih mendalam, juga terdapat peningkatan sebanyak 47 peratus kes membabitkan remaja di antara umur 12 hingga 17 tahun. Bagi remaja yang bukan berada pada usia persekolahan pula angka jenayah berat meningkat 137 peratus menjadi 2,011 kes pada tahun 2013 berbanding 849 kes tahun sebelumnya. Ada di antara mereka yang terbabit dalam kes bunuh dan rogol. Juga amat dikesali bahawa terdapat mereka yang berusia 12 tahun sahaja yang terbabit dalam kegiatan jenayah termasuk dadah, judi dan pelbagai penyakit sosial.
Jelaslah statistik di atas telah mencatatkan bagaimana gejala gengsterisme ini telah menelan akhlak peribadi golongan remaja sekolah
menengah mahupun sekolah rendah. Dalam hal ini, faktor dan punca tertentu telah membuatkan golongan remaja terlibat dalam kancah gengterisme yang seterusnya membawa kepada berlakunya jenayah. Oleh sebab itu, semua pihak harus memainkan peranan dalam membanteras gejala ini daripada lebih teruk. Gejala gengsterisme ini perlu di tangani dengan sebaiknya kerna ia merupakan tunjang utama dalam mempengaruhi golongan remaja untuk mencuba kegiatan lain seperti bulisme, penangihan dadah, ponteng sekolah, ketagihan alkohol, kekerasan, mencabul, rogol dan pelbagai lagi aktiviti yang berkaitan. Justeru, dalam esei ini penulis akan menyatakan punca dan rawatan gejala gengsterisme dalam kalangan remaja yang telah membawa keruntuhan institusi remaja itu sendiri.
2.0 PUNCA GEJALA GENGSTERISME 1. Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan sebaya merupakan orang penting kepada seseorang remaja. Menurut Papalia (2001) perkembangan sosial pada peringkat remaja banyak melibatkan kelompok rakan sebaya berbanding dengan orang tua. Remaja begitu terbuka untuk berbincang tentang masalah emosi atau peribadi yang dihadapi oleh mereka dengan ibu bapa, guru dan orang dewasa yang lain. Jika mereka merasakan bahawa mereka kekurangan kasih sayang daripada keluarga rakan sebaya akan menjadi orang pertama yang mereka mengadu, berkongsi masalah dan mencurahkan perasaan. Pengaruh rakan sebaya mampun mencorakkan sikap dan nilai tingkah laku seseorang remaja, lebih-lebih lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Pengaruh sebegini merupakan kunci perkembangan sikap remaja. Pengaruh rakan sebaya begitu kuat dalam pembentukan diri seseorang remaja.
rakan-rakan semata-mata untuk membuktikan kehebatan dan kekuatan masing-masing agar mendapat pujian dan kedudukan yang tinggi di kalangan rakan-rakannya. Seseorang remaja yang telah terpengaruh dengan rakan-rakannya lazimnya tidak akan berkata ‘tiidak’ kepada rakan-rakanya. Justeru itu yang membimbangkan ialah kelompok-kelompok ini mudah bertindak agresif apabila ada desakan luaran atau dalaman untuk melakukan sesuatu aktiviti tidak sihat walaupun pada pernigkat awalnya mereka hanya berniat untuk seronok 5.
2. Pengaruh Keluarga
Pada zaman dahulu sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi sangat diutamakan dan sangat penting. Ibu bapa mempunyai banyak masa bersama anak-anak dan tidak terlalu memikirkan soal wang justeru keperluan mereka hanya sekadar mencukupi. Keadaan tesebut membuatkan mereka berjaya bertindak sebagai ‘penyerap’ kepada masalah anak-anak sama ada di rumah mahupun di sekolah. Pada masa itu, sebahagian besar ibu bapa tidak berpelajaran. Anak-anak yan berkebolehan dalam sekolah persekolahan menjadi sesuatu yang amat dibanggakan. Bagi mereka nilai persekolahan dan Pendidikan dipandang amat tinggi dan sangat penting. Keadaan pada hari ini telah banyak berubah. Kedua-dua ibu bapa kebanyakannya bekerja di luar. Orang tua dan sanak saudara tinggal berasingan daripada keluarga. Akibatnya, peratusan keluarga telah bertambah daripada 60 peratus pada 1991 kepada 68 peratus pada 1994. Ikatan perhubungan kekeluargaan yang semakin longgar mewujudkan bibit-bibit kelemahan institusi keluarga yang menjadi punca kepada peningkatan salah laku di kalangan remaja.
banyak menyebabkan anak-anak berkemampuan untuk bersuka ria dan melepak. Mereka juga cendurung terikut-ikut dengan rakan-rakan yang terlibat dengan gengsterisme kerana mereka mempunyai masa lapang yang panjang dan kemampuan kewangan yang menjadikan mereka berupaya mencuba sesuatu yang mencabar, iaitu perlakuan gangster.
Remaja yang berasal dari keluarga porak-peranda juga cendurung terlibat dengan aktiviti gangster. Ibu bapa yang sering berselisih faham dan bergaduh ataupun yang sudah bercerai selalunya tidak akan dapat memberikan perhatian dan mengawal anak-anak. Selain itu, ibu bapa yang mengamalkan tabiat negative seperti suka berjudi, minum minuman keras, suka berfoya-foya, menagih dadah dan melibatkan diri dengan jenayah akan turut menjebak anak-anak mereka dalam gejala gengterisme, khasnya anak-anak-anak-anak remaja. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada lingkungan yang kurang sihat ditambah dengan tanpa bimbingan sempurna daripada ibu bapa akan sangat mudah terjebak dalam kumpulan gangster. Hakikatnya, anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih. Ia akan menjadi seorang yang baik jika ia mendapat asuhan dan didikan yang sempurna. Sebaliknya, jika mereka membesar tanpa asuhan dan didika yang sempurna mereka cendurung untuk menjadi terpesong dan menyeleweng. Kelakuan ibu bapa yang panas baran dan selalu memukul anak juga boleh menyebabkan seseorang anak itu menjadi agresif seterusnya teribat dengan gengsterisme. Ini kerana ia akan terikut-ikut tingkah laku agresig ibu bapanya. Selain itu, anak-anak sebegini berasa bahawa mereka kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa yang menyebabkan mereka suka membuli orang lain kerana rasa cemburu akan kesengan orang lain.
Keluarga yang terlalu mengongkong anak-anak juga boleh mengakibatkan anak-anak, khasnya remaja, terjebak dengan aktivti yang tidak sihat, misalnya gengsterisme. Mereka cuba melepaskan diri daripada kongkongan itu dengan pelbagai cara termasuk bergaul bebas dengan rakan-rakan di luar bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kongkongan ibu bapa. Kebebasan pada remaja amat penting kerana dengan kebebasan mereka menganggap bahawa mereka telah dewasa. Keadaan akan menjadi lebih kronik sekiranya luahan perasaan tidak puas hati terhadap kongkongan ibu bapa ditujukkan dengan kegiatan yang tidak sihat dan bertentangan dengan undang-undang seperti aktiviti gengsterisme 6.
3. Pengaruh Media Massa
Pada era moden hari ini, arus komunikasi dan informasi berkembang dengan sangat pesat dan sangat meluas berikutan kepesatan perkembangan dan penyebaran media massa di seluruh dunia. Media massa adalah istilah yang digunakan untuk merujuk jenis media yang secara khusus untuk mencapai khalayak yang sangat luas. Media massa secara umumnya terdiri daripada dua jenis iaitu media cetak seperti buku-buku termasuk komik dan novel, surat khabar, majalah serta risalah dan media elektronik yang terdiri daripada televisyen, radio, dan juga internet (Arief Achmad, 2004).
Media massa wahana yang berupaya menyebarkan informasi secara meluas tentang pelbagai bentuk kemajuan negara dan dunia yang boleh membawa peningkatan fikiran dan perasaan kepada pembaca (surat khabar), pendengar (radio) dan penonton (televisyen). Media massa terbaru yang amat berguna dan berpengaruh pada masa kini adalah media digital iaitu internet. Internet memudahkan serta mempercepatkan masyarakat dalam pembelajaran dan pencarian maklumat. Namun demikian dalam proses modenisasi media massa turut menjadi penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan masalah sosial di kalangan belia. Banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar komunikasi dan psikologi mendapati bahawa mesej atau maklumat media massa, sama ada media elektronik atau media cetak akan meninggalkan kesan kepada orang ramai. Oleh itu sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media massa tidak ketinggalan daripada disalahgunakan dan seterusnya menjadi salah satu penyumbang utama kepada gejala sosial (Mazlan, 2006). Dalam dunia hari ini, media massa dan juga arus globalisasi merupakan pencetus krisis yang serius di kalangan masyarakat, khasnya golongan remaja. Yusof Al-Qardhawi (1999) menyatakan kesan yang paling menonjol daripada tamadun hari ini ialah terungkainya ikatan akhlak yang sangat dipengaruhi oleh media elektronik seperti televisyen, filem dan internet. Sama ada suka atau sebaliknya memang ada kesan negative daripad media elektronik sehingga menyebabkan sesetengah remaja dan kanak-kanak bertindak agresif.
terus disogokkan dengan rancangan hiburan yang sedemikian, sama ada melalui televisyen, filem atau internet. Unsur-unsur negatif daripada rancangan hiburan yang ditonton oleh meraka sejak zaman kanak-kanak telah diserap mejadi sebati dalam jiwa mereka. Ini menjadikan para remaja begitu mudah terdorong kepada gejala-gejala sosial. Murray (1997) menyatakan kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada filem jenayah dan gangster akan mengalami perubahan tingkah laku sosial. Golongan remaja yang berumur antara 13 hingga 15 tahun dikatakan sangat mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif disebabkan psikologi mereka yang sedang melalui tempoh penyesuaian dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Kebanyakan rancangan televisyen pada hari ini mengutamakan hiburan berbanding informasi. Filem-filem yang ditayangkan sama asa dari Barat atau Timur banyak mengandungi unsur yang bercanggah dengan sosiobudaya masyarakat di negara ini. Adegan-adegan negatif seperti perlakuan jenayah, gengster, ganas dan lucah boleh dikatakan dipaparkan dalam semua filem yang ditayangkan untuk tontonan. Para penonton, terutamanya golongan remaja secara umumnya akan terikut untuk meniru aksi-aksi yang dikatakan hebat di samping meniru gaya penampilan artis pujaan masing-masing. Paparan aksi-aksi negatif ini seolah-olah memberikan tunjuk ajar kepada para remaja untuk melibatkan diri dengan perlakuan gengster.
majalah hiburan dan komik dari luar memaparkan pelbagai bentuk budaya yang tidak sihat dan bertentangan dengan budaya setempat sangat mempengaruhi pembentukan perilaku dan akhlak para remaja yang masih mentah dengan cabaran kehidupan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan banyaknya kemudahan mengakses internet dengan pembukaan banyak siber cafe. Sistem internet yang berkeupayaan menyalurkan pelbagai informasi tanpa sempadan sangat menarik minat kumpulan-kumpulan pelajar untuk mencari hiburan. Mereka bebas melayari laman-laman yang tidak sepatutnya dan bebas mengakses pelbagai bentuk budaya yang tidak baik. Dalam masa yang sama remaja yang melepak di pusat siber cafe berisiko tinggi mudah bergaul dengan kumpulan-kumpulan gengster yang sememangnya menjadikan tempat-tempat seperti itu sebagai tempat berkumpul dan menghabiskan masa. Selain pusat cafe siber pusat permainan video dan karaoke yang tumbuh berserakan sehingga ke pekan-pekan kecil turut menjadi faktor yang boleh menjebak para remaja terlibat dengan aktiviti gengsterisme. Pengaruh persekitaran yang berwarna-warni ini mendedahkan remaja kita kepada aktiviti gengsterisme dan jenayah 7.
4. Faktor Individu
Gangguan emosi akibat tekanan, sikap egosentrisme, ketahanan diri dan keyakinan pada diri sendiri yang lemah turut mejadi penyebab kepada masalah gengsterisme. Individu-individu sebegini kurang perasaan simpati dan suka mendesak. Emosi sangat mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seseorang individu. Emosi merupakan kebangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang (Muhammad Uthman Najati, 1993). Pada peringkat usia remaja banyak perubahan yang ketara dialami oleh seseorang remaja sama ada perubahan biologi, fizikal, mental, emosi atau tanggungjawab dan peranan. Rohaty Majzub (1992) menyatakan bahawa remaja mengalami tekanan emosi yang memuncak lebih banyak disebabkan perubahan fisiologi dan psikologi yang dialami oleh mereka. Oleh yang demikian mereka lebih banyak bertindak mengikut perasaan berbanding dengan kewarasan akal fikiran. Justeru, sedikit kemarahan mereka sanggup memukul, mencederakan malah sehingga sanggup membunuh orang lain.
Egosentrisme menyebabkan remaja gagal memahami pandangan orang lain yang bertentangan dengan pandangan mereka (Piaget, 1920, Robert L. Dan Campell, 2006). Egosentrisme merupakan perhatian yang keterlaluan terhadap diri sendiri sehingga seseorang itu menganggap dirinya seorang yang penting tanpa mempedulikan orang lain. Kebanyakan mereka mengamalkan penilaian yang berpusat pada diri sendiri tanpa disedari. Individu yang memiliki egosentris dalam pergaulannya selalu mengharapkan orang lain dapat memahami dan mengetahui keperluan dan pemikirannya. Walaupun perbuatan yang dilakukan itu adalah salah namun ai tidak akan menerima nasihat atau pandangan orang lain. Penglibatan dalam kegiatan gengsterisme akan membolehkan seseorang remaja itu mendapat kepuasan sendiri apabila mereka berjaya menyakiti mangsa sama ada secara lisan atau fizikal tanpa mempedulikan akibat yang ditanggung oleh mangsa berkenaan.
Remaja yang kurang keyakianan diri juga cenderung melibatkan diri dengan kegiatan gengsterisme dengan harapan dapat menjadi tumpuan ramai. Mereka biasanya kurang cemerlang dalam bidang akademik. Perbuatan gengsterisme yang dilakukan dianggap menambah keyakinan diri masing-masing. Sesetengah gengster menganggap perbuatan menggangu orang lain sebagai hobi namun ada juga yang melakukannya kerana mengikut perasaan benci, marah atau membalas dendam. Kebanyakkan gengster berasa hebat setelah berjaya membuli, menyakiti atau menakuti orang lain kerana dapat menguasai dan menundukkan mangsa mereka 8.
3.0 RAWATAN GEJALA GENGSTERISME 1. Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam menangani masalah gengsterisme kerana ibu bapalah yang menjadi asas pembetukan peribadi anak-anak seperti kata pepatah Melayu “Melentur buluh hendaklah dari rebungnya”. Dari sudut agama Islam sangat menitikberatkan urusan mendidik anak-anak dan menggesa supaya mencari sebab, nilai serta persekitaran yang baik untuk menjamin anak-anak mendapatkan Pendidikan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Seseorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik daripada ia bersedekah dengan secupak” (Diriwayatkan oleh
Al-Tirmizi). Selain itu, ibu bapa harus memperuntukan masa untuk berbual dan mengadakan perbincangan keluarga. Kesibukan bekerja tidak sehausnya mejadi alasan bagi ibu bapa untuk tidak meluangkan masa dengan anak-anak. Peluang sebegini dapat membuka ruang untuk saling mengenali sikap masing-masing, mengeratkan hubungan serta dapat menjalinkan perasaan kasih sayang antara ibu bapa dengan anak-anak, khasnya anak remaja. Anak-anak dapat merasakan emosi ibu bapa daripada percakapan ibu bapa dengan mereka dan tingkah laku yang ditunjukan oleh ibu bapa dengan mereka. Ibu bapa juga seharusnya bersedia untuk mendengar. Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa mempedulikan perasaan atau pendapat anak mereka. Sikap sebegini menutup peluang remaja untuk mendekati mereka apatah lagi jika ibu bapa bersikap garang atau bengis sehinggga menimbulkan rasa takut pada diri remaja. Ibu bapa hendaklah menunjukkan sikap mudah didekati dan mesra namun tegas dengan anak-anak. Jika ada perkara yang dilakukan oleh anak-anak yang tidak disenangi ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak-anak memberikan penjelasan mengapa mereka berkelakuan atau bersikap sedemikian. Setelah mendapat penjelasan barulah ibu bapa memberikan nasihat dan tunjuk ajar secara lemah-lembut dan berhemah.
Perkara yang harus ditekankan dalam usaha ibu bapa memberikan tunjuk ajar yang terbaik kepada anak remaja ialah memberikan mereka ruang untuk membuat keputusan. Dengan memberi mereka ruang untuk membuat keputusan, ibu bapa dapat melatih mereka supaya berdikari dan mampu mencorak sendiri masa depan tanpa mengetepikan bimbingan dan nasihat yang berterusan daripada ibu bapa. Anak-anak khususnya remaja perlu digalakkan menetapkan sendiri matlamat hidup yang ingin di capai dan seterusnya menggariskan keutamaan serta menjadualkan waktu mereka untuk mencapai matlamat tersebut 9.
2. Peranan Agama
Dalam menangani gejala gengsterisme khususnya dan masalah sosial yang lain amnya yang mana berlaku di dalam masyarakat, peranan setiap individu Muslim adalah amat penting. Maka, kefahaman terhadap konsep dan pelaksanaan dakwah adalah amat diperlukan. Perkembangan negatif yang melibatkan remaja perlu ditangani dengan lebih serius dan bijaksana. Kelambatan dalam memberikan perhatian kepada mereka boleh merosakkan masa hadapan negara. Perlaksanaan undang-undang yang ada pada masa kini tidak akan mampu menyelesaikan masalah sosial yang berlaku kerana kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undangundang Islam adalah terlalu kecil berbanding dengan jenis kesalahan-kesalahan dalam Islam (Mohd Daud Bakar 1995). Maka, peranan pendakwah adalah amat penting dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ajaran Islam dan pelaksanaannya dalam kehidupan seharian. Konsep Tauhid perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan individu Muslim. Metode dan pendekatan perlu dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesan dakwah. Dakwah merupakan suatu proses yang berterusan dengan matlamat untuk mengubah sasaran dakwah agar bersedia menuju ke jalan Allah, dan secara berperingkat mengarah kepada kehidupan yang Islami. Suatu proses berterusan memerlukan perancangan dan pendekatan yang sistematik yang boleh dilaksanakan dan dinilai secara terus-menerus agar ia dapat mengubah tingkah laku mad’u sesuai dengan matlamat yang telah dirumus (Syamsul Bahri 2003). Sebagaimana yang telah difahami, pendekatan secara hikmah dan nasihat yang baik dan bijaksana adalah amat penting dalam menjalankan tugas dakwah, khususnya di kalangan remaja dan generasi muda. Bagi mendekati mereka, kita harus menggunakan strategi yang
berhemah dengan penuh kasih sayang dan sopan santun. Mad’u perlu melihat pendakwah sebagai individu yang boleh diajak berbincang dan dipercayai. Dengan itu, mereka dapat meluahkan perasaan mereka tanpa wujud rasa segan dan malu. Tugas kita menyampaikan dengan cara yang terbaik dan bukan memaksa dengan keras dan berhujah sehingga menimbulkan kemarahan dan ketegangan antara da’i dan mad’unya. Metode kita harus dapat membawa mesej dakwah yang dapat memberikan keuntungan. Ramai remaja Muslim yang melakukan kesalahan disebabkan kejahilan atau disebabkan pengaruh luaran. Seharusnya kita perlu bijak untuk memilih pendekatan yang paling baik dan sesuai terhadap mad’u bagi memastikan mereka memahami ajaran Islam itu sendiri. Mad’u yang menjadi sasaran dakwah tidak boleh dianggap sebagai individu yang statik dan tidak berkembang.
datang dari luar. Oleh itu, pendekatan dakwah lebih diwarnai dengan pendekatan interventif dan da’i pula meletakkan diri mereka sebagai orang asing yang tidak berkait langsung dengan apa yang dirasakan dan diperlukan oleh masyarakat sebagai mad’unya. Selain itu, metode tradisional penyampaian ilmu yang sering digunakan pada masa kini perlu disepadukan dan disesuaikan dengan pemikiran generasi muda. Kajian mendapati pendekatan yang tidak formal seperti sukan, khidmat atau perkhemahan lebih menarik minat golongan remaja berbanding orientasi dakwah berbentuk ceramah dalam pengertian yang sempit. Fungsi dan peranan institusi masjid perlu dimaksimakan dan ia dapat memenuhi minat dan kegemaran remaja yang sememangnya fobia dengan masjid. Fizikal, tataatur dan persekitaran masjid seharusnya dapat merangsang kehadiran remaja. Kemudahan kemasyarakatan perlu dipertingkatkan lagi bagi memenuhi hasrat dan kesesuaian generasi muda masa kini. Pendakwah juga harus mempunyai kemahiran dalam penggunaan alat-alat komunikasi terkini terutama komputer. Mereka harus berkemahiran dalam melayari lamanlaman web dan membina laman web mereka sendiri. Laman-laman web on-line untuk kaunseling Islam perlu ditambah dan penggunaannya perlu dipopularkan.
3. Peranan Institusi
pembangunan belia yang khas yang mana matlamatnya untuk mewujudkan suatu inisiatif kesedaran dalam kalangan komuniti bagi membantu mengurangkan kadar jenayah keganasan dalam kalangan belia secara aktif.
dinyatakan di atas boleh dijadikan contoh terbaik dalam mengatasi masalah gengsterisme yang sememangnya berleluasa dalam kalangan remaja.
4.0 PENUTUP
RUJUKAN
Azizi Yahaya, et al. (2012). Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca & Rawatan. JohorBahru: Penerbit UTM Press.
Azizi Yahaya, et al. (2012). Tingkah Laku Distruptif. Dlm. Halimah Ma’alip. (Eds.), Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca & Rawatan. Johor Bahru: Penerbit UTM Press., hlm. 1-2
Azizi Yahaya, et al. (2012). Sifat Agresif Remaja. Dlm. Halimah Ma’alip. (Eds.), Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca & Rawatan. Johor Bahru: Penerbit UTM Press., hlm. 72
Azizi Yahaya, et al. (2012). Penglibatan Remaja Dalam Aktiviti Gengsterisme. Dlm. Halimah Ma’alip. (Eds.), Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca & Rawatan. Johor Bahru: Penerbit UTM Press., hlm. 109-122.
Ab. Halim Bin Tamuri & Khadijah Abdul Razak. (2004). Dakwah Dalam Menangani Isu-isu Sosial Di Kalangan Remaja. Dlm. Ahmad Sunawari Long, Jaffary Awang & Kamaruddin Salleh. (Eds), Islam: Past, Present And Future. Banggi: Universiti Kebangsaan Malaysia., hlm 853-855.
Utusan Online. (2009). Banteras gangsterisme remaja. Diperolehi pada 16 Januari 2009 daripada ww1.utusan.com.my
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. (2012). Gejala Gangsterisme Dalam Kalangan Pemuda: Salah Laku Secara “Berpersatuan”. Diperolehi pada 15 May 2012 daripada www.pkpim.org.my