• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian"

Copied!
48
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN (SMK) DAERAH PONTIAN

FAIZAH BINTI JA’APAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

DEDIKASI

Untuk bonda dan keluarga tercinta,

Tiada terbalas budi dan jasa pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Hanya Allah yang akan membalasnya,

Tidak lupa juga kepada penyelia projek,

Terima kasih tidak terhingga di atas ilmu yang dicurahkan serta tahan melayan kerenah anak didiknya,

Kepada suami tercinta Mohammad Radzi Bin Long, Terima kasih di atas doa, pengorbanan dan restumu,

Serta rakan-rakan seperjuangan sekalian yang sentiasa memberikan semangat , Terima kasih kerana sudi membantu dan beri tunjuk ajar,

“Segala doa, harapan dan pengorbanan kalian akan ku balas dengan segunung kejayaan. Anggaplah kejayaan ku ini sebagai pendorong kepada kecemerlangan anda

di masa depan kelak”

(3)

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Di kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek kajian ini Dr.Noorazman Bin Abdul Samad di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan dan tidak berbelah bahagi. Tanpa bimbingan yang diberikan, tidak mungkin kajian ini akan berjaya dihasilkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung yang turut memberi panduan, pandangan serta tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan dan merealisasikan kajian ini, Segala tunjuk ajar dan jasa kalian amat berharga. Kepada kaum keluarga terutama bonda tercinta Zaharah Binti Mahadi dan insan teristimewa Mohammad Radzi Bin Long serta anak-anak Muhammad Faizul Zaim dan Muhammad Faeeq Rizqi, terima kasih di atas segala pengorbanan dan pengertian yang diberikan serta dorongan yang menguatkan semangat untuk terus berusaha tanpa putus asa. Akhir sekali ribuan terima kasih buat teman-teman di atas pandangan, pendapat, dorongan, tunjuk ajar, nasihat serta sokongan moral yang telah diberikan sepanjang usaha saya untuk menyiapkan laporan projek sarjana ini.

Semoga laporan projek sarjana ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada semua.

(4)

ABSTRAK

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek amalan, kemahiran dan sikap serta perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap ketiga-tiga aspek tersebut. Kajian ini melibatkan 198 orang responden iaitu terdiri daripada guru-guru SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer Baloi dan SMK Parit Betak di daerah Pontian. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan Ujian t “Independent Samples T-Test”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari ketiga-tiga aspek berada pada tahap tinggi iaitu aspek amalan (skor min 3.89), aspek kemahiran (skor min 3.86) dan aspek sikap (skor min 3.86). Manakala, dapatan kajian Ujian t “Independent Samples T-Test” menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dari aspek amalan (p>0.05=0.803), aspek kemahiran (p>0.05=0.518) dan aspek sikap (p>0.05=0.447) guru terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu sedar bahawa penggunaan BBM dalam P&P adalah penting untuk menarik minat dan meningkatkan prestasi pelajar serta mencapai objektif pengajaran guru terhadap sesuatu mata pelajaran.

(5)

ABSTRACT

The use of teaching aids (BBM) in Teaching and Learning (P&P) processes is very important for teachers to ensure that the delivery of information related to the subjects taught is more clear, systematic and better for students to follow. The purpose of this study was to examine the extent of teachers’ use of BBM in P&P in four secondary schools of the Pontian district in terms of practice, skills and attitudes and differences based on teachers' gender in these three aspects. The study involved 198 respondents consist teachers, of SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer Baloi and SMK Parit Betak in the Pontian district. The design of this study is a survey. This study was carried out using a questionnaire as a research instrument and the data were analyzed descriptively and inferred. Data analysis is processed using the Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS) software and the findings are reported in the form of mean, standard deviation, percentage and T-Test Independent tests. The findings show that the use of teachers to BBM in P&P from all three aspects is at high level in the practice aspect (mean score 3.89), skill aspect (mean score 3.86) and attitude aspect (mean score 3.86). While T-Test Independent tests results showed that there was no significant difference base on teachers gender towards the use of BBM in the P&P process; in the practice aspect (P> 0.05 = 0. 803), skill aspect (p>0.05=0.518 ) and attitude aspect (p>0.05=0.447). Overall, teachers need to realize that the use of BBM in P&P is important to attract and improve student performance as well as achieve the teaching objectives of a subject.

(6)

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Hipotesis Kajian 7 1.7 Kepentingan Kajian 7 1.7.1 Guru 8 1.7.2 Pelajar 8 1.7.3 Pentadbir Sekolah 8 1.8 Skop Kajian 9 1.9 Batasan Kajian 9 1.10 Kerangka Konseptual 9

1.11 Definisi Istilah dan Pengoperasian 11

(7)

1.11.2 Sikap 12

1.11.3 Kemahiran 12

1.11.4 Guru 12

1.11.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 13 1.11.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 13

1.11.7 Sekolah 13

1.12 Rumusan 14

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 15

2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 15

2.2.1 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) 16 2.2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 17 2.2.3 Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Teknologi Maklumat (ICT) 18

2.3 Amalan Pengajaran 19

2.3.1 Kualiti Pengajaran 19

2.3.2 Kesesuaian Aras Pengajaran 21

2.3.3 Insentif 21

2.4 Kemahiran 23

2.4.1 Kemahiran Mempelbagaikan Strategi

Pengajaran 24

2.4.2 Kemahiran Penilaian Pembelajaran 25 2.4.3 Kemahiran Penggunaan Teknologi

Maklumat (ICT) 25

2.5 Sikap 26

2.5.1 Sikap Dari Aspek Keyakinan 27 2.5.2 Sikap Dari Aspek Kepercayaan 28 2.5.3 Sikap Dari Aspek Motivasi 28

2.6 Kajian-Kajian Lepas 29

2.7 Rumusan 31

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

(8)

3.3 Kerangka Operasi Kajian 33

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.5 Lokasi Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 37

3.6.1 Borang Soal Selidik 37

3.6.2 Kesahan 38

3.6.3 Kebolehpercayaan 39

3.7 Prosuder Pengumpulan Data 42

3.8 Kaedah Analisis Data 42

3.8.1 Analisis Deskriptif 43

3.8.2 Analisis Inferensi 43

3.9 Rumusan 44

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Pulangan Soal Selidik 46

4.3 Analisis Demografi Responden 46

4.3.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 47 4.3.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 48 4.3.3 Analisis Responden Mengikut Sekolah 49 4.3.4 Analisis Responden Mengikut Mata

Pelajaran 50

4.4 Analisis Persoalan Kajian Pertama 51 4.5 Analisis Persoalan Kajian Kedua 52 4.6 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 55

4.7 Analisis Skor Min Keseluruhan 57

4.8 Ujian Normaliti 57

4.9 Analisis Persoalan Kajian Keempat 59

4.10 Rumusan 61

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 63

5.2.1 Amalan Guru Terhadap Penggunaan

BBM dalam P&P 63

(9)

BBM dalam P&P 65 5.2.3 Sikap Guru Terhadap Penggunaan

BBM dalam P&P 67

5.2.4 Perbezaan Jantina dari Aspek Amalan, Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap

Penggunaan BBM dalam P&P 69

5.3 Kesimpulan 70

5.4 Cadangan 71

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 73

RUJUKAN 75

(10)

SENARAI JADUAL

3.1 Bilangan Sampel Dari Setiap Sekolah 36

3.2 Pemarkahan Item-Item Skala Likert 38

3.3 Borang Soal Selidik Yang Digunakan

Dalam Kajian 38

3.4 Tahap Kebolehpercayaan Skor Alpah-Cronbach 40 3.5 Skor Alpha Cronbach 41 3.6 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen 41

3.7 Tafsiran Nilai Julat Min 43

4.1 Analisis Pulangan Soal Selidik 46

4.2 Analisis Keseluruhan Demografi Responden 47 4.3 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48 4.4 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 49 4.5 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah 49 4.6 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Mata Pelajaran 50

4.7 Amalan Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 52 4.8 Kemahiran Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 54 4.9 Sikap Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 56

4.10 Analisis Skor Min Keseluruhan 57

4.11 Nilai Skewness dan Kurtosis bagi setiap Aspek 58 4.12 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan

Jantina dari Aspek Amalan 59

4.13 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan

Jantina dari Aspek Kemahiran 60

4.14 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan

(11)

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konseptual 11

(12)

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PPD - Pejabat Pendidikan Daerah SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan SPSS - Statistical Package For Social Science

(13)

SENARAI LAMPIRAN

A Surat Kebenaran 86

B Pengesahan Pakar 90

C Borang Soal Selidik 98

D Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis 105 E Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar 107

F Analisis Data 109

G Jadual Krejcie dan Morgan 118

(14)

BAB 1

PENDHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat sebagai satu kuasa atau pendorong yang penting bagi mencorakkan modal insan yang dilahirkan. Pengurusan P&P yang dinamis dan sistematik mampu mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang lebih mampan serta penyebaran maklumat (Jantan, 2016). Menurut Hamdan & Mohd Yasin (2010) menyatakan guru sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik pelajar dengan sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, penggunaan BBM adalah amat penting dalam proses P&P bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Justeru itu, guru-guru harus memainkan peranan penting dalam proses P&P bagi melaksanakan pengajaran abad ke 21 seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian serta menyahut hasrat Negara untuk menjadi Negara maju menjelang 2020.

Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi jika guru-guru menggunakan BBM dalam P&P dan bukan hanya kepada pelajar sahaja bahkan kepada guru itu sendiri. Oleh yang demikian, pelbagai maklumat yang berguna diperolehi serta dapat meningkatkan pengetahuan semasa penyediaan BBM terhadap sesuatu topik yang akan diajari di dalam kelas. Oleh itu, guru dapat menghasilkan pelbagai BBM yang sesuai dan menarik serta dapat menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam P&P (Noordin & Zainal Abiden, 2010). Di samping itu, dengan menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat

(15)

meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar. Manakala, guru-guru juga dapat menyampaikan idea-idea yang bernas serta lebih berkesan terhadap P&P.

Proses P&P yang menggunakan BBM sangatlah memberi kesan yang positif kepada diri pelajar. Menurut Mohd Yasin et al. (2013) dalam dapatan kajian beliau menyatakan bahawa BBM responden masih lagi tidak mencukupi terutama BBM yang melibatkan ICT yang terkini. Pengkaji juga berpendapat penggunaan BBM adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi pelajar-pelajar kerana tanpa BBM, proses P&P akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian akademik akan menurun. Oleh itu, semua guru perlu melaksanakan penggunaan BBM dalam P&P mereka bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek. Selain itu, penggunaan BBM dalam P&P di sekolah memerlukan kesediaan guru dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya penggunaan BBM dalam P&P berjalan dengan berkesan dan berkualiti.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi di kalangan guru-guru yang kurang berminat menggunakan BBM dalam P&P. Oleh itu, guru kurang percaya dengan amalan menggunakan BBM boleh menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar dalam proses P&P. Menurut Kamus Dewan (2015), sikap bermaksud lakuan, kelakuan, perangai atau tingkah laku. Sehubungan dengan itu, guru yang cekap menguruskan aktiviti P&P dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berketerampilan, berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan setiap perlakuan guru akan menjadi kesan kepada pencapaian pelajar (Stapa et. al. 2012). Di samping itu, guru perlulah menjadikan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan murid supaya guru mudah membentuk dan menerapkan nilai-nilai serta amalan yang baik agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti dari pelbagai aspek.

Walaupun terdapat reformasi yang telah melanda dunia pendidikan di Malaysia dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif, sikap guru terhadap kaedah pengajaran yang lama masih lagi dikekalkan. Justeru itu, menurut Marzuki (2005) sesuatu proses P&P dianggap berkesan jika sebelum proses P&P guru telah menyediakan BBM, mendalami isi kandungan yang hendak diajar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Maka, guru tersebut dianggap sebagai seorang guru yang bagus dan berkualiti. Selain itu, beliau juga menyatakan guru perlu mengetahui kebolehan pelajar menerima pelajaran, dapat mengawal kelakuan pelajar, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan

(16)

memberi ujian yang kerap kepada pelajar. Sehubungan dengan Itu, kejayaan sesuatu P&P dilihat daripada kebolehan seseorang guru mengajar dalam keadaan baik dan berkesan serta dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Pengendalian BBM bergantung kepada kepakaran atau kemahiran guru dalam menggunakan bahan tersebut. Tahap kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu BBM akan terjejas jika guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Menurut Mat Som (2005), keupayaan dan kemampuan guru dalam melaksanakan BBM dan menangani cabaran-cabaran tugas yang berkaitan dengannya memerlukan pengetahuan dan kemahiran guru untuk membuat justifikasi. Oleh yang demikian, memiliki kemahiran yang tinggi merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam menjayakan aktiviti P&P yang berkesan. Persoalannya di sini, adakah guru perlu bersedia dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P di sekolah supaya P&P lebih bermakna dan berkesan serta dapat meningkatkan prestasi pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Amalan guru terhadap BBM dalam P&P sering diperkatakan kebelakangan ini. Faktor-faktor seperti bahan pengajaran tidak mencukupi, beban mengajar yang tinggi, kekurangan masa, tidak praktikal, tidak mahir membina bahan secara sendiri dan sumber kewangan tidak mencukupi merupakan beberapa halangan atau kekangan yang dihadapi oleh para pendidik untuk melaksanakan dan menyediakan BBM dalam P&P (Lai et.al., 2002). Manakala menurut Mat Som (2005) menyatakan terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan BBM dalam P&P. Tahap kesedaran guru dalam menggunakan BBM dalam P&P perlu ditekankan kepada faktor-faktor latar belakang guru yang berbeza, keupayaan guru dari segi pengetahuan, sikap, motivasi dan kemahiran serta lokasi sekolah akan menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.

Terdapat beberapa implikasi daripada faktor halangan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P. Menurut Daud et.al. (2006) yang menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor amalan penggunaan BBM antaranya ialah kurang

(17)

kepelbagaian kaedah dalam P&P mereka. Para guru masih juga mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional yang disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan guru semata-mata seperti syarahan, hafalan, soal jawab dan perbincangan. Namun begitu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru bagi mengatasi segala halangan-halangan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah.

Walau bagaimanapun, realitinya masih terdapat guru yang kurang mengamalkan kualiti pengajaran yang betul dan berkesan. Hal ini boleh dibuktikan menurut kajian Hamdan et. al. (2004) menyatakan bahawa setiap orang guru mesti memerlukan penyusunan strategi P&P terlebih dahulu sebelum proses P&P dijalankan. Oleh itu, bahan-bahan rujukan, aktiviti-aktiviti pelajar, kaedah-kaedah pengajaran dan guru-guru dapat membuat jadual masa yang mencukupi dengan masa pengajarannya. Manakala menurut Che Mohd Noor & Ahmad (2015) menyatakan semasa proses P&P mata pelajaran sejarah dilaksanakan, masih terdapat guru-guru yang menggunakan kaedah atau teknik membaca buku teks semata-mata dalam pengajarannya dan menyebabkan murid kurang minat untuk aktif dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, kaedah “chalk and talk” sudah menjadi kebiasaan di dalam bilik darjah. Hal ini jika diambil peduli sepatutnya tidak berlanjutan kerana akan menghilangkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan menguatkan lagi tafsiran para pelajar yang menyatakan mata pelajaran tersebut adalah mata pelajaran yang membosankan. Oleh itu, pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru-guru mestilah mengubah suai strategi pengajaran mengikut keberkesanan penggunaan sesuatu BBM atau kaedah pengajaran guru seperti kaedah nyanyian yang mana pelajar-pelajar lebih seronok dan lebih aktif terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya. Ini menunjukkan kaedah ini memberi kesan kepada pelajar terutamanya prestasi dalam pembelajaran mereka (Hj. Salleh, 2007).

Justeru itu, walaupun terdapat beberapa kursus kemahiran yang telah dijalankan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) namun menurut kajian Mohamed Noh et. al. (2013) menyatakan bahawa guru kurang mahir dalam mengintegrasikan bahan daripada portal dalam pengajaran walaupun guru ini pernah menyertai kursus ICT dalam pendidikan sekolah. Oleh itu, dalam kajiannya juga menyatakan guru tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan membina semula bahan pengajaran daripada bahan-bahan yang sedia ada. Manakala, menurut

(18)

Mukama dan Andersson (2007) pula menyatakan guru-guru yang berusia tidak mahu berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi yang baru.

Isu mengenai sikap guru akan mencorakkan perlaksanaan BBM dalam kurikulum di sekolah. Menurut kajian Omar (2014), menyatakan bahawa terdapat dikalangan guru-guru yang masih lagi tidak berminat dengan penggunaan BBM dalam P&P mereka. Hal ini disebabkan oleh sikap dan kepercayaan terhadap penggunaan BBM dalam P&P telah menguasai dalam diri seseorang guru. Namun begitu, sesetengah guru akan berasa risau dan tidak selesa setiap kali sesuatu bahan atau alat ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan walaupun sesungguhnya penggunaan ICT dalam P&P sudah lama diperkenalkan. Perkara ini berlaku disebabkan guru tidak bersedia dengan perubahan kurikulum yang baharu dengan menggunakan ICT dalam melaksanakan P&P seperti mana yang disarankan (Mohamed Noh et. al.,2013). Oleh itu, dengan adanya sikap guru yang tidak keterbukaan terhadap perubahan-perubahan yang terkini yang menyebabkan guru tidak bersedia untuk menyediakan dan menggunakan BBM dalam P&P di sekolah.

Oleh itu, aspek amalan, kemahiran dan sikap guru merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah. Walau bagaimanapun, masih terdapat di kalangan guru-guru yang tidak bersedia terhadap penggunaan BBM dalam P&P mereka di sekolah dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru yang mana mereka masih lagi mengajar menggunakan kaedah konvensional yang lebih di kenali „chalk and talk’. Persoalannya di sini adakah guru-guru kurang menggunakan BBM, kurang kemahiran dan tidak mempunyai sikap atau keinginan untuk menggunakan BBM dalam P&P di sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Sikap guru terhadap penerimaan diawal proses pengenalan sesuatu BBM di sekolah adalah amat penting. Keputusan guru untuk menggunakan BBM yang dilaksanakan di sekolah ke dalam intruksi guru boleh memberi kepuasan pelajar belajar dan

(19)

seterusnya dapat membantu memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu program (Mohamed Noh et. al., 2013).

Amalan guru menggunakan BBM dalam P&P bukannya perkara asing lagi dalam dunia pendidikan. Oleh itu, adakah guru-guru bersedia terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru di sekolah. Menurut kajian Mohamad Said & Yunus (2008) menyatakan bahawa walaupun pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membantu guru mengembangkan kreativiti pelajar, akan tetapi kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa para guru gagal meningkatkan kreativiti pelajar dalam bilik darjah. Kekurangan guru menggunakan BBM dalam P&P boleh menyebabkan aktiviti pelajar dalam bilik darjah akan menjadi lebih terhad. Oleh yang demikian, Guru-guru yang masih berminat dan selesa menggunakan kaedah yang lama “chalk and talk” atau kaedah konvensional semasa proses P&P dijalankan. Justeru itu, akibatnya apabila pelajar mudah hilang tumpuan dan membuat kerja sendiri ketika proses P&P di jalankan serta akan mengakibatkan penurunan prestasi murid dalam peperiksaan (Mohamed Arip et.al., 2014).

Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru dalam menggunakan BBM dalam P&P di sekolah. Oleh itu, perbezaan yang signifikan penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru turut dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti yang berikut :

1) Mengenal pasti amalan guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

2) Mengenal pasti kemahiran guru terhadap penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

3) Mengenal pasti sikap guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

(20)

4) Mengenal pasti perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang telah dibentuk adalah seperti yang berikut :

1) Sejauhmanakah amalan guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

2) Sejauhmanakah kemahiran guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

3) Sejauhmanakah sikap guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

4) Adakah terdapat perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru?

1.6 Hipotesis Kajian

Antara hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut :

H

0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan, kemahiran dan sikap terhadap penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina.

1.7 Kepentingan Kajian

Mengenal pasti dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian

(21)

merupakan tujuan kajian yang dijalankan. Dengan adanya kajian ini diharapkan agar dapat menyelesaikan masalah guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P. Kajian ini juga mempunyai kepentingan kepada:

1.7.1 Guru

Kajian ini banyak memberi manfaat kepada para guru kerana dari kajian ini kita akan dapati apakah persepsi guru terhadap pengunaan BBM dalam P&P dan bagaimana cara guru mempraktikkan BBM dalam P&P mereka di dalam kelas. Ianya juga dapat membantu guru dalam merancang dan membuat persediaan sebelum sesuatu P&P bermula.

1.7.2 Pelajar

Kajian ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar yang mana dapat mengenal pasti BBM yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka dan guru dapat mempraktikkannya di dalam bilik darjah dengan berkesan. Pengkaji mengharapkan dengan adanya kajian ini, pelajar akan lebih berminat terhadap mata pelajaran yang dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih cemerlang.

1.7.3 Pentadbir Sekolah

Kajian ini penting untuk pihak pentadbir sekolah kerana pihak sekolah mudah untuk memilih BBM bersesuaian dengan teknik atau kaedah pengajaran guru. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan kemudahan peralatan dan tempat guru menggunakan BBM supaya P&P berjalan dengan lancar, berkualiti dan berkesan. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan bilik khas untuk penyimpanan, pembinaan BBM dan baik pulih peralatan. Selain itu, pihak pentadbir

(22)

juga perlu memberi perhatian kepada Pusat Sumber Sekolah supaya melengkapkan BBM yang mencukupi dan sempurna untuk kegunaan oleh semua guru setiap mata pelajaran.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini adalah mengenai penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru. Dalam kajian ini juga, penyelidik ingin mengenal pasti perbezaan yang signifikan terhadap amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina.

1.9 Batasan Kajian

Tahap penggunaan guru terhadap BBM dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru di sekolah perlu dijalankan sesuatu kajian. Sampel kajian ini diambil dari kalangan guru-guru di 4 buah sekolah daripada 13 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian yang merupakan sekolah luar bandar yang telah dilengkapi dengan kemudahan ICT. Selain itu, guru-guru juga terlibat dalam penggunaan BBM mahupun masih menggunakan kaedah konvensional dalam P&P mereka di dalam bilik darjah.

1.10 Kerangka Konseptual

Faktor-faktor yang berkaitan dengan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian seperti mana yang dipaparkan dalam rajah 1.1 iaitu yang berkaitan dengan kerangka konsep kajian. Pengkaji akan mengkaji faktor guru yang mana sebagai pemboleh ubah bersandar

(23)

dalam kajian ini. Aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P di sekolah sebagai pemboleh ubah tidak bersandar merupakan faktor-faktor atau masalah yang perlu dikaji dalam kajian ini. Di dalam kajian ini, amalan merujuk kepada kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif (Mohd Jackie et.al.,2016). Manakala kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran penilaian pembelajaran dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat (ICT) tertumpu kepada bahagian kemahiran (Ahmad & jinggan, 2015). Sikap pula merujuk kepada keyakinan, kepercayaan dan motivasi. Pembentukan amalan, kemahiran dan sikap akan mempengaruhi penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah.

Di samping mengkaji tentang penggunaan guru terhadap BBM, pengkaji juga mengkaji tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P berdasarkan perbezaan jantina guru iaitu lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan halangan guru terhadap penggunaan BBM semakin berat dan bertambah seperti dapatan hasil kajian yang lepas.

Dapatan kajian yang lepas menyatakan bahawa motivasi, sikap, pengetahuan dan kemahiran professional serta tumpuan guru di antara salah satu faktor halangan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P. Apabila terdapat perubahan dari segi kurikulum dan inovasi, maka para guru akan berasa kurang selesa terhadap perubahan tersebut dan sedikit sebanyak akan mengubah peranan mereka di dalam kelas. Justeru itu, para guru sebagai pelaksana dasar kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk berubah dengan mengubah cara berfikir dan cara bertindak kepada sesuatu yang kreatif dan berinovatif. Guru pada hari ini dan pada masa depan bukan lagi berperanan sebagai penyampai maklumat kerana maklumat boleh diperoleh sendiri oleh para pelajar melalui pelbagai media elektronik dan media cetak. Hasil daripada kajian dapat mengenal pasti halangan atau kekangan yang berlaku terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah Pontian supaya pihak atasan, penggubal kurikulum dan pihak jabatan mengambil perhatian yang sewajarnya. Oleh itu, cadangan-cadangan yang diberikan dalam bab seterusnya akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan secepat mungkin. Kerangka konsep yang dicadangkan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

(24)

output

Rajah 1.1 : Faktor-faktor halangan yang akan dikaji penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian

1.10 Definisi Istilah dan Pengoperasian

Pengkaji akan mendefinasikan beberapa perkataan atau istilah yang digunakan dalam kajian ini seperti yang berikut bagi mnggelakkan kesalahan dan pemahaman oleh pembaca:

1.10.1 Amalan

Guru yang mempelbagaikan teknik pengajaran, menyediakan pelbagai BBM dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar menunjukkan bahawa amalan guru itu

GURU Amalan - Kualiti pengajaran - Kesesuaian aras pengajaran - Insentif

Sumber adaptasi daripada (Mohd Jackie et.al.,2016)

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Kemahiran - Kemahiran Mempelbagaikan Pengajaran - Kemahiran Penilaian Pembelajaran - Kemahiran Penggunaan ICT

Sumber adapatasi daripada (Ahmad & jinggan, 2015)

Sikap - Keyakinan - Kepercayaan - Motivasi

Sumber adapatasi daripada Yaacob, 2003.

Mohamed Noh et. al. (2013)

(25)

adalah berkesan. Dalam konteks kajian ini, amalan bermaksud sikap atau tingkah laku yang sering dipraktikkan. Penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

1.10.2 Sikap

Sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud perbuatan atau pandangan guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P di sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian.

1.10.3 Kemahiran

Kemahiran membawa maksud kepandaian dan kecekapan. Dalam kajian ini, ia membawa maksud kebolehan dan kecekapan guru dalam menguasai aspek kemahiran dalam menyediakan dan menggunakan BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Derah Pontian

1.11.4 Guru

Guru bermaksud seseorang guru yang menyediakan dan mengeluarkan bahan pengajaran, mengajar pelajarnya di Istitusi Pendidikan dan memeriksa jawapan pelajar yang telah dikembalikan atau melalui pusat pendidikan jarak jauh. Dalam kajian ini, guru-guru yang mengajar mengikut mata pelajaran yang telah ditentukan oleh pihak pentadbir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah Pontian berdasarkan kurikulum yang telah dibekalkan.

(26)

1.11.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Dalam kajian ini, BBM bermaksud peralatan atau bahan yang digunakan oleh guru dan pelajar dalam proses P&P yang melibatkan peralatan atau bahan berinovasi seperti guru menggunakan peralatan komputer, multimedia, perisian, kad imbasan, buku teks dan sebagainya dalam P&P bagi meningkatkan perasaan ingin tahu, menarik dan lebih fokus belajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru.

1.11.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pengajaran ialah sesuatu tugasan atau aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses belajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit atau implisit (Shahabuddin et. al. 2003).

1.11.7 Sekolah

Sekolah dalam kajian ini menunjukkan kepada pelajar yang berumur 13 tahun hingga 19 tahun di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) luar bandar di daerah Pontian . Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) tersebut mempunyai guru lelaki dan perempuan.

(27)

1.12 Rumusan

Tajuk-tajuk mengenai pengenalan kajian, latar belakang kajian, pernyataan masalah kajian akibat daripada isu-isu penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap telah diterangkan dengan terperinci di dalam bab ini. Oleh itu, dengan adanya persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan kerangka konsep akan memberikan maklumat kepada pembaca. Manakala dalam kajian ini akan mendefinasikan perkataan atau istilah yang akan digunakan untuk memudahkan pembaca memahami perkataan atau istilah.

(28)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini mengetengahkan tentang beberapa kajian terdahulu yang ada kaitan dengan objektif kajian ini. Dalam bab ini juga membincangkan faktor-faktor yang penting dalam pembacaan literatur yang merangkumi faktor amalan kesediaan guru terhadap penggunaan BBM dari aspek kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif. Manakala aspek kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran penilaian pembelajaran dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat (ICT) merupakan faktor-faktor di bahagian kemahiran. Faktor sikap guru terhadap bahan bantu mengajar (BBM) pula merangkumi aspek keyakinan, kepercayaan dan motivasi dalam menggunakan BBM dalam P&P. Diharapkan kajian literatur ini dapat membantu pembaca memahami latar belakang kajian yang dijalankan dengan lebih jelas lagi.

2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan perubahan yang drastik daripada gaya P&P secara konvensional kepada gaya pembelajaran yang moden dengan menggunakan BBM yang berteknologi tinggi sejajar dengan peredaran zaman pada masa kini. Tugas guru kian mencabar kesan daripada perubahan dunia ke era globalisasi yang positif mahupun negatif (Zain 2002, Nik Yusof 2002).

(29)

Guru-guru yang kreatif dan inovatif boleh dicontohi kepada Guru-guru-Guru-guru yang lain kerana menggunakan BBM yang sedia ada atau menghasilkan BBM yang baru untuk proses P&P. Dalam kajian Jasmi et al. (2011) menyatakan BBM berfungsi sebagai pemudah cara untuk guru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Dalam kajian mereka juga menyatakan sebanyak 25 peratus sahaja penglibatan guru di dalam bilik darjah.

Justeru itu, pelbagai bentuk BBM yang boleh meningkatkan kefahaman serta pencapaian pelajar mengikut sesuatu topik yang mereka akan pelajari. Menurut Ahmad Zanzali & Daud (2010) menyatakan bahawa penggunaan buku teks, papan hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam proses P&P, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam proses P&P bagi meningkat minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar. Oleh itu, kaedah dan teknik P&P sahaja tidak mencukupi dan menjamin berlakunya proses P&P dengan jayanya dan berkesan terhadap objektif pengajaran tanpa menggunakan BBM.

Oleh yang demikian, BBM memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk menarik minat pelajar, bahkan untuk pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah dalam P&P mereka. Penggunaan BBM dalam proses P&P merupakan satu alternatif dalam usaha menjayakan sesuatu P&P. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah (Haji Hassan, 2004).

2.2.1 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan dengan topik yang hendak dipelajari adalah amat penting dalam proses P&P. Hal ini kerana, bagi menarik minat pelajar terhadap proses P&P dan sekaligus pelajar akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari. Setiap guru adalah sebagai fasilitator yang mana mereka harus ketahui dan memahami bagaimana sesuatu kaedah atau teknik itu dapat membantu dalam proses P&P serta merancang proses P&P berorientasikan pelajar (Zainal Azir, 2017).

(30)

Justeru itu, menurut Jasmi et al. (2011) menyatakan bahawa BBM diklasifikasikan kepada dua jenis pola iaitu BBM berbentuk pola dan BBM berbentuk bukan pola. Terdapat enam jenis BBM iaitu buku teks, komputer dan LCD merupakan pola yang utama. Manakala, kertas edaran dan modul, buku rujukan, kertas mahjong dan gambar adalah BBM yang berbentuk pola sampingan. Selain itu, BBM seperti carta, kaset, bahan maujud, akhbar dan keratan, buku latihan, movie dan video, radio, fail audio, papan hitam dan putih, kertas manila kad, folio dan OHP serta transparensi merupakan BBM yang tidak membentuk pola.

Walau bagaimanapun, menurut Musa & Mohamad (2014) menyatakan bahawa BBM boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan elektronik. Di antara BBM seperti radio, projektor dan salaid, televisyen, video dan alat yang berbantukan komputer adalah BBM berbentuk elektronik. Manakala majalah, model, kad imbasan, jurnal dan gambar yang berkaitan dengan P&P merupakan BBM jenis bukan elektronik. Penggunaan BBM dalam proses P&P adalah untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari dengan menimba pengalaman yang menyeronokkan.

2.2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pada zaman yang serba canggih dan berteknologi, guru perlu mengubah tingkah laku ke atas diri seorang pelajar dengan mempunyai rasa tanggungjawab memberikan ilmu dan pendidikan kepada mereka. Hamdan et.al. (2004) menyatakan bahawa bagi memastikan setiap objektif pengajaran guru tercapai, guru perlu menyusun strategi pengajaran terlebih dahulu sebelum proses P&P dijalankan. Tempoh masa pengajaran mestilah mencukupi dengan jadual masa yang telah ditetapkan jika guru tersebut telah bersedia dengan kaedah-kaedah, aktiviti-aktiviti pelajar dan bahan rujukan sebelum proses P&P dijalankan.

Justeru itu, guru perlu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan menguasai teknologi terkini yang sentiasa berubah-ubah bagi menangani perubahan dalam P&P. Di dalam diri seorang guru mestilah mengamalkan budaya membaca, budaya menulis dan budaya berfikir sebelum dan semasa proses P&P dijalankan. Menurut

(31)

Buntat & Ahamad (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa kebanyakan responden menarik minat pelajar dengan menggunakan kaedah membina set induksi pada awal isi pelajaran untuk pelajar lebih memahami mata pelajaran yang akan diajar. Oleh itu, responden juga memudahkan proses P&P mereka dengan menggunakan perisian power point dan peralatan teknologi yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian. Selain itu, beliau juga bersetuju dengan taknik kemahiran berfikir yang melibatkan pengajaran yang berpusatkan pelajar yang mana akan melatih pelajar berdikari untuk berfikir tanpa bantuan guru untuk mencari sebarang maklumat.

2.2.3 Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Teknologi Maklumat (ICT)

Pengajaran abad ke 21 yang mementingkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sebagai satu BBM dalam P&P semakin diperkatakan bagi meningkatkan kesediaan guru-guru di sekolah terhadap kemahiran menggunakan peralatan teknologi tersebut.

Oleh yang demikian, menurut Mohsin & Hassan (2011) menyatakan kepentingan menggunakan BBM dalam proses P&P di kalangan guru adalah membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dalam proses P&P, menjimatkan masa dan tenaga guru dalam menyediakan BBM, membantu guru menyahut cabaran dengan mempertingkatkan potensi penggunaan teknologi terkini, memberi kesan positif ke atas pelajar dalam proses P&P, kesejagatan sumber P&P dan yang terakhir ialah penyediaan guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P sejajar dengan abad ke 21. Oleh itu, guru perlulah mempunyai sikap yg positif serta mempersiapkan diri terhadap penyediaan serta penggunaan BBM dalam P&P di sekolah.

(32)

2.3 Amalan Pengajaran

Peranan guru adalah penting dalam mendidik para pelajar dan di dalam kelas pula guru sebagai pendidik, fasilitator dan pemudahcara. Oleh yang demikian, mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan BBM dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar merupakan amalan guru yang berkesan terhadap proses P&P. Dengan kata lain, jika ada kemampuan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan maka akan terhasil P&P yang berkesan terhadap guru dan pelajarnya. Selain itu, guru juga dapat meningkatkan semangat dan memotivasikan pelajar agar terus belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik (Marzuki, 2005). Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah boleh dijadikan sebagai pusat kecemerlangan jika guru berusaha untuk mempertingkatkan pengajarannya di dalam bilik darjah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat penyebaran ilmu pengetahuan, pembentukkan keperibadian pelajar dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran (Said & Mohamad,2011). Menurut Marzuki (2005) menyatakan beliau telah mengkaji bahawa model pengajaran Slavin (1994) adalah membuat kajian yang baik terhadap amalan pengajaran guru dibeberapa buah sekolah di Malaysia. Oleh itu, dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa guru-guru menggunakan kualiti pengajaran, memberi insentif kepada pembelajaran murid, menggunakan masa secara optimum dan kesesuaian tahap pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar merupakan faktor-faktor dalam model pengajaran yang berkesan.

2.3.1 Kualiti Pengajaran

Kualiti dalam pendidikan adalah susah untuk didefinasikan dan diukur di mana kesemua hasil pembelajaran yang diterima oleh murid daripada guru dan juga persekitaran institusi itu sendiri. Masalah kualiti merupakan perkara yang menyeluruh dan tanpa kualiti, perkhidmatan dan pasaran produk tidak maju dengan jayanya. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi memerlukan perkhidmatan yang berkualiti sebagai ciri yang utama untuk menjadikan organisasi yang terkenal serta berdaya saing. Kualiti juga sebagai mencerminkan kegemilangan (Ashraf & Ibrahim,

(33)

2009). Manakala menurut Marzuki (2005) menyatakan bahawa keseronokkan pelajar untuk belajar, kemahiran atau konsep yang mudah difahami oleh pelajar dan kesanggupan guru untuk menyampaikan pengajaran merupakan kualiti sesuatu pengajarannya di sekolah.

Menurut Witmuishwara & Ahmad (2015), antara faktor yang menyumbang ke arah sekolah berkualiti adalah proses P&P yang berkualiti. Manakala proses P&P pula bergantung pada faktor kualiti pengajaran guru. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menyatakan para guru memainkan peranan yang utama dalam memastikan kualiti P&P bagi mata pelajaran yang diajar berapa ditahap yang memuaskan. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan menjadi elemen yang ditekankan dalam kitaran perancangan bagi memajukan sisten pendidikan Negara.

Oleh yang demikian, untuk meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan dan apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik darjah maka perlu adanya penyeliaan guru besar agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-amalan yang baik dapat dikukuhkan (Aminuddin,2005). Manakala menurut Said & Mohamad (2011) pula menyatakan bahawa pemantauan keberkesanan pengajaran disebuah sekolah berdasarkan aspek yang penting iaitu penyeliaan. Tambahan pula, membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran, dapat mengembangkan potensi diri, merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada merupakan perkara-perkara kebaikan jika penyeliaan dilakukan.

Selain itu, Mohamad Jackie et. al. (2016) menyatakan pengajaran berkualiti merangkumi kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah yang terkini dan mengaplikasikan kaedah pengajaran secara hands-on. Para guru perlu menggunakan BBM yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Tumpuan kepada isi kandungan pengajaran hendaklah yang terkini mengikut perubahan persekitaran dan memperkembangkan serta mengubah aspek selain isi kandungan pengajaran seperti perubahan terhadap kepercayaan, sikap dan nilai mengenai kerjaya keguruan, kanak-kanak dan strategi pengajaran. Beliau juga menyatakan penilaian merupakan sesuatu pengajaran yang berkualiti yang mana penilaian terhadap pengajaran dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial.

(34)

2.3.2 Kesesuaian Aras Pengajaran

Aras pengajaran yang sesuai bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan keupayaan dan kebolehan pelajar. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila menggunakan aras yang rendah, pelajar-pelajar yang cerdik pula tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Perkara seperti ini akan merugikan pelajar yang cerdik yang mana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran (Marzuki, 2005).

Walau bagaimanapun, menurut Mohamad Jackie et.al. (2016), menyatakan kurikulum yang digubal oleh kerajaan adalah sama tetapi isi kandungannya adalah berbeza berdasarkan tahap keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak yang berlainan. Manakala semasa proses P&P, aktiviti pengajaran guru seharusnya berdasarkan kepelbagaian kanak-kanak dalam aspek keupayaan, gaya pembelajaran dan minat. Proses penilaian pula hendaklah yang berbeza-beza berdasarkan tahap keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak yang berlainan dan tahap sokongan yang berbeza-beza data guru mengenal pasti daripada proses penilaian.

2.3.3 Insentif

Insentif merupakan semangat guru untuk mendorong dengan memberikan motivasi kepada pelajar. Selain itu, berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh dan memberikan motivasi kepada pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru juga merupakan sesuatu insentif. Oleh itu, untuk memberi galakkan kepada pelajar supaya belajar adalah dengan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajarnya dengan menggunakan dua teknik atau keadaan. Keadaan yang pertama melibatkan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P yang boleh menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dan merupakan aktiviti yang menyeronokkan.

(35)

Pertama, guru perlu menyediakan BBM yang boleh menarik minat pelajar dan menyeronokkan. Manakala keadaan yang kedua guru memberikan denda atau hukuman kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dan guru memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran. (Marzuki, 2005). Menurut kajian Said & Taha (2010) menyatakan motivasi ekstrinsik amat berlawanan dengan motivasi intrinsik, yang mana merujuk kepada melakukan sesuatu perkara hanya kerana keseronokan semata-mata. Ia juga seperti faktor insentif yang diperolehi, perhatian dan juga pujian pihak lain yang merupakan faktor penggerak luaran. Manakala, motivasi ekstrinsik ialah kerelaan seseorang untuk melakukan sesuatu kerja atau tugas atas alasan tidak mahu dihukum dan mengharapkan ganjaran luaran (Mohd & Hassan, 2002).

Manakala Mohamad Jackie et.al (2016) menyatakan bahawa insentif merupakan pembelajaran yang memerlukan kanak-kanak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada P&P, melaksanakan tugasan dengan baik dan belajar dengan tekun. Hal tersebut akan tercapai jika mereka diberikan motivasi secara berterusan untuk melakukan aktiviti tersebut. Motivasi tersebut melibatkan dua sumber iaitu pertama, nilai instrinsik yang menimbulkan minat kanak-kanak kerana penggunaan kaedah pengajaran guru yang menarik. Manakala kedua, faktor ekstrinsik yang diwujudkan seperti pujian. Selain itu, dalam kajian Nor et.al. (2016) menyatakan bahawa majlis meraikan kejayaan dan pencapaian murid dalam sesuatu pertandingan sering diadakan baik secara normal mahupun pada masa perhimpunan mingguan. Perkara ini akan mewujudkan rasa dihargai dan bangga dalam diri murid dan memberi kesan terhadap keberhasilan murid.

Faktor matlamat merupakan faktor yang mempengaruhi motivasi instrinsik seseorang pelajar itu. Seseorang pelajar akan berusaha untuk mendapatkan gred atau keputusan yang cemerlang jika pelajar tersebut mempunyai motivasi yang tinggi dalam diri mereka. Manakala peneguhan positif merupakan sesuatu perkara yang menyebabkan perubahan positif atau kemajuan dalam pelajaran yang dapat menggalakkan minat pelajar untuk mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan (Nasir & Hamzah 2014).

(36)

2.4 Kemahiran

Pada masa kini, kepelbagaian dalam menggunakan BBM dalam P&P adalah amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Justeru itu, kajian Hill, Rowan dan Ball (2015) menyatakan pengetahuan dan kemahiran guru adalah lebih penting daripada persiapan guru untuk mengajar. Hal ini disebabkan guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar menggunakan kaedah yang pelbagai (Shulman, 2006,2007). Seseorang guru mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Sebelum berlakunya sesuatu P&P, guru-guru perlu mempunyai kemahiran mengajar seperti aktiviti penyampaian, perancangan, pengelolaan dan bimbingan. Tujuan kemahiran mengajar ini digunakan adalah untuk menyebarkan kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar secara berkesan dengan menggunakan pendekatan, teknik, strategi dan kaedah mengajar yang berlandaskan teori P&P dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, Yahaya et. al. (2010), menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran seperti kemahiran-kemahiran set induksi, kemahiran-kemahiran pengukuhan, kemahiran-kemahiran pelbagai variasi rangsangan, kemahiran menggunakan ilustrasi dan kemahiran penyoalan yang sepatutnya perlu dimiliki oleh seseorang guru untuk menghasilkan BBM yang berkesan. Dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa kemahiran menyampaikan isi pelajaran yang digunakan oleh guru adalah amat penting untuk pelajar menerima sesuatu pengajaran yang dipersembahkan terhadap sesuatu mata pelajaran atau topik dan kemahiran ini juga menunjukkan keberkesanan kaedah atau teknik guru menjalankan P&P di sekolah. Justeru itu, sebanyak 80% responden mengakui bahawa kemahiran penerangan yang digunakan oleh guru dalam P&P amatlah berkesan dan diterima dalam pengajaran mereka. Oleh itu, menurut kajian Ahmad & Jinggan (2015) menyatakan bahawa guru-guru yang cekap dari aspek kemahiran mengajar akan mengajar secara teratur atau bersistematik, penyusunan kaedah dari peringkat permulaan dengan penerangan mengenai konsep, menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Manakala langkah yang terakhir pula dengan menggunakan peneguhan dan pengukuhan terhadap pelajar-pelajar. kompetensi guru dari aspek kemahiran mengajar akan memudahkan pengajaran yang sistematik, kaedah-kaedahnya iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan

(37)

perkembangan konsep menggunakan ilmu pengetahuan serta kemahiran dan akhirnya dengan pengukuhan dan peneguhan. Dalam kajian ini, pihak pengkaji telah memilih tiga kemahiran yang paling utama iaitu kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran membuat penilaian pembelajaran dan kemahiran menggunakan teknologi maklumat (ICT).

2.4.1 Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran

Kemahiran mengajar seperti pendekatan, teknik dan kaedah merupakan kemahiran mengajar yang perlu ada pada diri seorang guru semasa dan sebelum menjalankan sesuatu P&P. Sebelum menjalankan proses P&P, guru-guru mestilah menguasai kemahiran pendekatan, kaedah dan teknik tersebut untuk dilaksanakan dalam proses P&P di sekolah. Menurut Mohd Ariff Albakri et.al (2001) menyatakan kaedah pengajaran yang berkesan, guru khususnya perlu mempersiapkan diri dengan kaedah pengajaran yang benar-benar berkesan, agar pelajar ini mendapat manfaat yang semaksimumnya. Oleh yang demikian, guru wajar mengaplikasikan BBM dalam P&P agar prestasi pelajar dapat dipertingkatkan. Oleh itu, guru-guru perlu prihatin dan mengambil kira latar belakang pelajar dari segi bangsa dalam mengendalikan proses P&P.

Oleh yang demikian, Ahmad & Jinggan (2015) pula menyatakan guru seharusnya menggunakan teknik yang sesuai untuk membangkitkan minat murid dalam proses P&P. Teknik soal jawab, tunjuk cara, menghafal, latihan dan latih tubi adalah teknik-teknik yang biasa digunakan oleh guru terhadap sesuatu mata pelajaran. Hakikatnya, pelajar-pelajar akan mudah memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru semasa proses P&P dijalankan jika guru menguasai kaedah atau cara penyampaian dengan baik dalam pengajarannya. Sabilan (2014) menyatakan bahawa guru yang berusaha memahami gaya pembelajaran lebih awal, boleh menggunakannya sebagai membaiki kelemahan pelajar dan menjadikannya sebagai asas untuk membina kekuatan pengajaran. Kadang kala ada kaedah pengajaran yang dirasakan sesuai tetapi masih tidak mampu meningkatkan pencapaian kesemua murid. Kepelbagaian tahap penerimaan pelajar terhadap maklumat yang cuba disampaikan akibat daripada gaya pembelajaran yang beza-beza

(38)

RUJUKAN

A. Rashid,N. et al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

A.Ashraf, M. & Ibrahim, Y.( 2009). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Bentong, Pahang:PTS Pub & Distributor Sd. Bhd.

Abd. Hamid. M.A., (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M.N.(2014). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Cetakan Keempat. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Razak, R. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Abdullah, M. (2012). Constructing A Framework In Applying Psychomotor Domain Model For Electrical Installation Workshop Course. Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Zanzali, N.A & Daud, N.D (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad, M.S & Madon.Z (2007). “Tip Pandai Belajar”. Kuala Lumpur:PTS Millenia

Ahmad, S.T & Tamuri, A.H.(2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan BBM Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-Qaf. Journal Of Islamic and Arabic Education 2(2).53-64.

Aminudin, A. (2005). Penyeliaan dan Penilaian. Kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Kepimpinan Instruksional Untuk Pengetua / Guru Besar.

Amirudin. M.H. (2009). Kemudahan, Sikap dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Guru-Guru Program Pendidikan

(39)

Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Tesis Sarjana Pengajian Pendidikan.

Anuar, A. & Jinggan,N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang, H. (2010). Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Penguasaan Kemahiran Generik Dan Pencapaian Akademik Pelajar Di Politeknik Malaysia. Phd Thesis.

Badran,I.( 2007). Enhanching Creativity and Innovation in Enggeneering.

Brown, S. & McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA:Open University Press.

Buntat,Y. & Ahamad,L. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Journal Of Technical, Vocational & Engineering Education. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Che Mohd Noor,C.M.S.Z & Ahmad,A.R. (2015). Kreativiti Guru Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Penghayatan Sejarah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cheah Phaik Kin (1999). Kadar Penerimaan Internet di kalangan Pelajar universiti: Satu Kajian Kes di universiti Sains Malaysia, Tesis sarjana, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Chua Yan Piaw. (2013). Asas Statistik Penyelidikan Analisis Data Skala Likert. Edisi Kedua. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi Ketiga. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi Ketiga. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd

Cochran, K.F., DeRuiter,J.A., & King, R.A.(1993). Pedagogical Content Knowing: An Integrative Model For Teacher Preparation. Journal Of Teacher Education, 44,263-272.

(40)

Cohen L.,Manion L., and Morrisson K.(2007). Research Methods In Education. (6th Ed.). USA: Routledge.

Creswell, J.W. (2008). Education Research. Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative And Qualitative Research: Third Edition. Pearson International Edition.

Daud,M.Y, Ahmad,M. & Lubis,M.A. (2006). Penggunaan Internet Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim et.al., Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

David Reiss. (2007) . Video – Based Multimedia Design: A Research Study Testing Learning Effectiveness. Canadian Journal Of Leraning and Technology. Fall.

Esa, A., (2007). Penerapan Kemahiran Generik Menerusi Kokurikulum Di Politeknik Bagi Menenuhi Keperluan Industri Di Malaysia.P.hd Thesis

Haji Hassan,N.(2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Sains Dan Teknologi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hakke,M. & Azrin,E.S.(2004). Pembangunan Persembahan Elektronik Berasaskan Klip Video Dalam Melaksanakan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran. Masters Thesis. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Oon.

Hamdan, A.R. & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Hamdan, A.R. & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk

Jurulatih. Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd.

Hassan, N. (2004). Hubungan Antara Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Sekolah Menengah Kem Pengkalan Chepa, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

(41)

Hassan. N. & Ismail.Z. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik.

Hill, H.C., Rowan, B., & Ball, D.L. (2015) Effects Of Teachers’ Mathematical Knowledge For Teaching On Student Achievement. American Educational Research Journal, 42(2), 371-406.

Hj. Salleh, M.J.(2007), Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Institut Pendidikan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Hussin,S. (2001). Model Dasar Strategik bagi Pembangunan Organisasi Sekolah dalam Konteks Birokrasi Pemusatan. Masalah Pendidikan Jilid 24

Ibrahim, N. H. (2013). Tinjauan Keperluan Guru Pembantu Dan Kesan Terhadap Beban Tugas Guru Mata Pelajaran Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Oon Malaysia. Tesis sarjana.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc-Graw Hill Education Malaysia. Sdn. Bhd.

Ilias,M.F.,Husain,K.,Mohd Noh,M.A,Rashed,Z.N. & Abdullah,M.(2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari. Universiti Teknologi Malaysia. E-Academia Journal. Volume 5 Issue 2.

Ilias. M.F., Ismail. M.F.& Jasmi. K. A (2013). Faktor Dorongan Dan Halangan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Oleh Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Bestari. Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail gani, A.W., Hj.Siarap,K. & Mustafa,H.( 2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran –Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1&2.

Jaafar, N.N. (2011). Penerapan Elemen Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Jaafar,M., Hanafiah,M.N & Mohd. Makbul, Z. (2001). Pengantar Pengurusan.

Kuala Lumpur:Leads.

Jaji,J.(2006). Keberkesanan Kaedah Alat Bantu Dalam Pembelajaran Bahasa Kedua:Analisis Penggunaan Alat Linguaphone. Tesis Ijazah Sarjana, Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.

(42)

Jantan,N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif Dan Inovatif Di Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabtan Kejuruteraan Elektrik. Politeknik Merlimau.

Jantan,R. & Razali, M. (2002) . Psikologi penidikan-Pendekatan Kotemporari. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Jasmi, K.A, Ilias,M.F,Tamuri,A.H. & Mohd Hamzah,M.I. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal Of Islamic and Arabic Education.

Kamus Dewan. 2005. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Krejcie, R. V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sampel saiz for research

activities. Education and Psychological Measurement, 30, 608.

Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang.

Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang.

Lay,Y.F & Khoo,C.H.(2009). Introduction to Statistical Analysis in Social Sciences Research (Series 1). Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Luaran, E.J. (2013). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Mara.

Mahamod,Z. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Ph.D. fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marzuki, S.C.(2005).Amalan Guru Yang Berkesan : Kajian Di Beberapa Sekolah Menengah Di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Mat Deris,Z.(2006). Keberkesanan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Aqidah Tingkatan 2. Laporan Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Mat Som.H. (2005). Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum : Sorotan dan Perbincangan. Masalah Pendidikan Jilid 27. Universiti Malaya.

Referensi

Dokumen terkait

Dimensidimensi dalam aspek psikososial terdiri daripada diri muird (sikap), keluarga, guru geografi, rakan sebaya dan pengetahuan sedia ada yang menyumbang kepada

Ini menunjukkan tahap amalan komunikasi verbal melalui medium bertulis dalam kalangan guru-guru Bahasa Arab SMKA di Malaysia juga pada tahap yang tinggi.. Jadual

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2018 Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pemilihan ciri-ciri

Melihat perbezaan faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah

ini strategi pengajaran adalah tertumpu kepada pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) , guru akan melibatkan

Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini pengkaji akan mengenal pasti tahap penggunaan pelbagai gabungan multimedia yang digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar dalam mata