• Tidak ada hasil yang ditemukan

Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang Berhormat Senator Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang Berhormat Senator Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil,"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1 TEKS UCAPAN

YANG HORMAT PROFESOR DATO’ DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KAMI PRIHATIN: APAKAH DOSAKU PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

PADA HARI ISNIN, 24 JANUARI 2010, PUKUL 2:30 PETANG DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN, UMP KAMPUS GAMBANG

SALUTASI

Saudara Pengacara Majlis;

Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia;

Yang Amat Berbahagia Datin Hajah Junaini Kasim, Isteri Menteri Besar Pahang;

Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;

Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri Yaacob,

(2)

2 Yang Berhormat Dato’ Abdul Manan Ismail,

Ahli Parlimen Paya Besar;

Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang;

Yang Berbahagia Datin Sri Dato’ Rohani Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMP;

Yang Berbahagia Datuk Aminar Rashid Salleh, Pengarah Urusan Perodua Sdn. Bhd.

Merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMP;

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri;

Wakil-wakil Naib Canselor Institusi Pengajian Tinggi Awam;

Para Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam;

(3)

3 Saudara dan saudari yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

KATA PEMBUKA

1. Marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah Ta’ala, kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin -Nya, maka acara kita dapat bertemu dan berhimpun dalam suasana yang teratur lagi tenteram di Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang pada petang yang bersejarah ini.

2. Terlebih dahulu, bagi pihak warga Universiti Malaysia Pahang, saya dengan penuh rasa sukacita mengalu-alukan tetamu kehormat kita, Yang amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia kerana telah sudi menerima jemputan kami untuk hadir ke majlis ini dan seterusnya melancarkan Kempen Kami Prihatin: Apakah Dosaku peringkat Institusi Pengajian Tinggi pada hari ini.

(4)

4 3. Saya juga amat berbesar hati menerima kedatangan Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta dif-dif kenamaan lain bagi menyerikan lagi majlis pada petang ini.

4. Sesungguhnya, kemeriahan suasana pada petang ini yang dimaknakan dengan kehadiran para tetamu dan jemputan dari peringkat pemimpin, hinggalah ke peringkat pelajar merupakan gambaran komitmen dan keseriusan kita bagi merealisasikan matlamat penganjuran kempen ini.

5. Justeru, acara pada petang ini bukanlah sekadar bermaksud untuk berupacara secara rasmi semata-mata, namun lebih dari itu ia melorongkan sebuah permulaan. Permulaan tersebut adalah tidak lain dari hasrat murni untuk menggerakkan warga Institusi Pengajian Tinggi ke lapangan masyarakat supaya warganegara Malaysia di pelbagai peringkat dan lapisan, sedar dan prihatin terhadap bahaya gejala pembuangan bayi terhadap institusi kemasyarakatan di negara kita.

(5)

5 AGENDA PERDANA KESUKARELAWANAN MAHASISWA

6. Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri, tuan-tuan dan puan-puan,

Rakyat Malaysia yang prihatin dan cakna sesekali tidak akan memandang enteng mengenai akibat dari gejala pembuangan bayi terhadap kesejahteraan masyarakat. Memang mudah bagi sesetengah pihak atau individu untuk sekadar memberi ulasan atau menunding jari ke pihak yang lain. Namun begitu, keprihatinan dan kecaknaan sebenar sepatutnya dipancarkan melalui inisiatif dan aktiviti yang menambah nilai kepada penyelesaian masalah ini.

7. Universiti dan warganya adalah sebahagian daripada masyarakat. Keutuhan institusi sosial juga bergantung kepada keberkesanan sumbangan peranan warga kampus dalam menyampaikan mesej ilmu dan kesedaran kepada anggota masyarakat.

(6)

6 8. Atas kesedaran tersebut, maka Universiti Malaysia Pahang turut terpanggil untuk bersama-sama dengan pihak Kerajaan untuk menangani gejala pembuangan bayi daripada terus menghantui institusi sosial di negara ini. Dalam hubungan tersebut, UMP amat berbesar hati kerana berpeluang untuk turut memanfaatkan platform Kempen Kami Prihatin yang diterajui secara bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Utusan Malaysia dan Astro Awani.

9. Dengan memegang prinsip Mahasiswa Jurubicara Masyarakat,

pelaksanaan Kempen Kami Prihatin di peringkat Institusi Pengajian Tinggi akan sebahagian besarnya didukung oleh para mahasiswa melalui suara rasmi mereka iaitu Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP. Dalam konteks ini, MPP UMP akan bersama-sama dengan rakan-rakan mereka dari IPTA lain untuk turun ke tengah lapangan masyarakat bersama Skuad Prihatin yang terdiri dari para mahasiswa.

10. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Inisiatif Kempen Kami Prihatin di peringkat IPT merupakan manifestasi komitmen kolektif warga kampus untuk turut serta dalam usaha penyelesaian gejala pembuangan bayi secara serius.

(7)

7 11. Permuafakatan dan persepakatan ini ditunjangi oleh semangat kesukalewanan atau volunteerism yang tinggi. Insya-Allah, apabila mereka bergraduat kelak, para mahasiswa yang telah didedahkan dengan inisiatif murni seumpama ini akan mampu menyumbang dalam kadar dan keupayaan yang lebih sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

PENGISIAN UNTUK MENYUNTIK KEINSAFAN

12. Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri, tuan-tuan dan puan-puan,

Kempen Kami Prihatin peringkat IPT yang mengangkat tema

Apakah Dosaku ini telah pun mula berjalan dengan pelbagai

aktiviti dan acara dalam pelbagai bentuk. Pada 10 Januari 2010 yang lalu, Dewan Kompleks Sukan UMP ini telah diwarnai dengan deklamasi puisi dan nyanyian lagu oleh para sasterawan, cendekiawan, tokoh dan artis dalam program Malam Puisi Riong

(8)

8 13. Selain itu, UMP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia turut menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Puisi yang mengangkat tema kempen ini dan telah berakhir pada hari semalam, 23 Januari 2010. Pertandingan ini telah mendapat penyertaan yang amat memuaskan daripada rakan-rakan IPTA di seluruh negara.

14. Selain itu, para mahasiswa UMP dan pelajar-pelajar sekolah sekitar telah turut berpeluang mengikuti sesi ceramah kesedaran dan menyaksikan pameran bagi menyuntik keinsafan dalam diri mereka mengenai ancaman gejala pembuangan bayi.

15. Aktiviti-aktiviti ini merupakan pelengkap kepada usaha berterusan untuk membangkitkan kecaknaan anggota masyarakat dan generasi muda melalui inisiatif yang dirintis oleh para mahasiswa UMP dan rakan-rakan mereka di seluruh negara sebagaimana yang telah saya nyatakan pada awal ucapan ini sebentar tadi.

(9)

9 16. Justeru, atas semangat tersebut, pelaksanaan Kempen Kami Prihatin bagi peringkat IPT mendukung beberapa utama. Pertama, kempen ini merupakan platform bagi warga IPT menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di Malaysia.

17. Kedua, kempen ini merupakan pernyataan sokongan warga IPT terhadap hasrat kerajaan bagi memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai gejala pembuangan bayi melalui bentuk kreatif untuk dicerna oleh anggota masyarakat dari pelbagai peringkat.

18. Selain itu, kempen ini akan turut mempromosikan lagu temanya iaitu Ini Dosa Siapa yang akan dikumandangkan oleh stesen televisyen dan radio terpilih bagi mengingatkan masyarakat mengenai keseriusan jenayah penderaan dan pembuangan bayi.

19. Melalui kempen ini, UMP dan rakan-rakan IPT meletakkan harapan besar untuk membina dan mengekalkan hubungan mesra pihak media dengan para cendekiawan, sasterawan dan anggota masyarakat ke arah melahirkan komuniti pembaca dan pengguna.

(10)

10 PENGHARGAAN DAN KATA PENUTUP

20. Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri, tuan-tuan dan puan-puan,

Pada kesempatan ini, pihak UMP ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama bagi menjayakan penganjuran Kempen Kami Prihatin: Apakah Dosaku bagi peringkat IPT. Ucapan ini didedikasikan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pengajian Tinggi, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Karyawan, Astro Awani, Persatuan Wanita UMP (Matahari) dan Majlis Perwakilan Pelajar UMP.

21. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah yang telah memberikan sokongan kepada kami untuk menjayakan program ini yang akan beliau lancarkan sebentar lagi.

(11)

11 22. Akhirnya, jutaan penghargaan juga dihulurkan kepada

badan-badan korporat yang budiman kerana turut bermurah hati membuat penajaan bagi melancarkan lagi kesinambungan program ini. Semoga sumbangan yang telah diberikan, sama ada berbentuk wang ringgit, mahupun masa atau tenaga akan mendapat semulia-mulia ganjaran dari Allah Ta’ala.

23. Dengan harapan tersebut, saya sekali mengucapkan terima kasih kepada semua dif dan hadirin pada petang atas sokongan yang diberikan dan mudah-mudahan komitmen seumpama ini akan dapat diterjemahkan pula kepada acara-acara lain pada masa hadapan.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah,

Referensi

Dokumen terkait

175 Pada akhirnya, kesetaraan gender tidak dimaksudkan sebagai kondisi dimana perempuan harus menyamai laki-laki dalam segala hal tetapi lebih pada sebuah kondisi dimana

PENGARUH BIMBINGAN KARIR TERHADAP ORIENTASI MASA DEPAN PADA PENERIMA MANFAAT DI PANTI PELAYANAN SOSIALi. WANITA

Penentuan konsentrasi yang terdapat dalam sampel kecap manis dapat dilihat dari jumlah konsentrasi rata-rata sampel kecap manis yang merupakan jumlah

Akibat perfusi jaringan buruk, penurunan aliran darah misal : gagal jantung, syok, henti jantung.. 

Larutan disiapkan pada saat akan dilakukan analisa h Asam nitrat HNO3 65% i Asam sulfat H2SO4 95%-97% j larutan pengencer contoh HNO3-H2SO4 Campurkan 58 mL HNO3 dengan 67 mL H2SO4

Keadilan komutatif lebih menguasai hubungan antara perseorangan khusus, sedangkan keadilan distributif terutama menguasai hubungan antara masyarakat (khususnya negara)

Pembuatan Seri Konsentrasi Larutan Uji Larutan uji yang terdiri dari ekstrak etanol, fraksi n-heksan, fraksi kloroform, dan fraksi air dari biji pala (Myristica fragrans

Selain sistem berbasis pengetahuan penelitian ini juga menghasilkan sistem aspirasi yang dapat digunakan oleh masyarakat untuk memberikan aspirasi demi peningkatan layanan