• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jenis Jenis Motor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Jenis Jenis Motor"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

2. Motor DC lilitan siri 3. Motor DC lilitan selari 4. Motor DC lilitan wound 5. Motor universal AC/DC 6. Motor aruhan satu fasa 7. Motor kapasitor

8. Motor kutub telau (shaded pole motor) 9. Motor hidupan kapasitor putaran aruhan 10.Motor hidupan kapasitor putaran kapasitor 11.Motor aruhan tiga fasa

12.Motor sangkar tupai (squirrel cage motor) 13.Motor gelang gelincir

(2)

Motor jenis ini mempunyai dayakilas (torque) yang rendah. Bekalan DC disambungkan terus kepengalir armature melalui berus karbon atau penukar tertib (commutator assembly). Medan magnet yang terdapat ialah dari magnet kekal yang dipasang di stator.

Apabila arus mengalir ke armature maka medan aruhan akan terbentuk dan bertindakbalas dengan medan magnet yang sedia ada, maka rotor akan berputar.

Motor jenis ini selalunya bersaiz kecil dan voltannya juga rendah iaitu kurang dari 24V DC. Ia banyak digunakan untuk peralatan kecil seperti permainan kanak-kanak. Bekalannya selalunya menggunakan bateri kecil.

(3)

2. MOTOR DC LILITAN SIRI

Dari gambarajah diatas kita dapati litar medan dan armature adalah disambungkan dalam bentuk siri dan terus ke punca bekalan DC. Lilitan pengalir di bahagian medan adalah hanya beberapa gelong sahaja. Saiz muka keratan pengalir ini adalah besar dan ianya memberikan rintangan yang rendah.

Motor DC jenis siri mempunyai daya kilas permulaan yang sangat tinggi dan kelajuannya adalah juga tinggi tetapi boleh berubah-ubah. Dengan adanya arus yang sama masuk melalui armature dan medan maka dayakilas mula yang tinggi terbentuk.

Apabila motor ini mempunyai beban kelajuannya berkurangan, tetapi apabila beban berkurangan kelajuannya bertambah. Jika tiada beban langsung kelajuannya akan bertambah tinggi lagi. Oleh itu motor jenis siri sangat sesuai disambungkan melalui coupling atau gear bagi mengelakkan dari ianya tergelincir.

(4)

3. MOTOR DC LILITAN SELARI

Dari gambarajah diatas lilitan armature dan medan untuk motor jenis selari adalah disambungkan secara selari. Ia memberikan kekuatan medan dan kelajuan dengan tidak berubah-ubah. Armature dan medan shunt boleh disambungkan terus ke bekalan (dipanggil self excited).

Motor jenis ini banyak digunakan. Lilitan medan mempunyai banyak bilangan lilitan dan garispusatnya adalah kecil, jadi rintangannya adalah tinggi maka arus yang masuk adalah kecil. Medan electromagnet adalah kuat kerana terdapat banyak lilitan pada medan.

Arus mengalir melalui litar armature. Arus armature tidak mengubah kekuatan medan atau dengan ertikata lain arus beban boleh diubah-ubah tanpa menganggu kelajuan motor. Rintangan boleh diubah-ubah maka kelajuan pun berubah. Oleh itu motor jenis selari mempunyai ciri pengawalan kelajuan yang baik dan selalu digunakan di kilang-kilang perindustrian.

(5)

4. MOTOR DC LILITAN WOUND (SIRI DAN SELARI)

Gambarajah diatas menunjukkan sambungan yang terdapat pada motor lilitan wound (siri dan selari). Kita dapati pada medan magnet terdapat dua lilitan dari jenis siri dan juga selari. Lilitan siri disambungkan dengan armature, medan selari pula disambungkan selari dengan armature. Dengan adanya gabungan ini ia memberikan sifat kedua-dua jenis motor.

Motor jenis wound mempunyai daya kilas yang tinggi dan mempunyai sifat yang baik bagi pertalian dayakilas dan kelajuan bila mempunyai beban. Ia digunakan untuk alat-alat atau mesen-mesen yang memerlukan dayakilas yang tinggi tetapi memerlukan kelajuan yang agak tetap.

(6)

4. MOTOR UNIVERSAL (AC/DC)

Motor ini dipanggil juga motor siri kerana medan dan armaturenya disambung secara siri. Ia juga boleh menerima bekalan AC dan juga DC asalkan voltannya sama. Ciri-cirinya samalah dengan motor jenis siri iaitu dayakilasnya kuat serta kelajuannya tinggi. Saiz motor jenis ini selalunya kecil sahaja iaitu kurang dari satu kuasa kuda.

Motor universal mempunyai penukar tertib (commutator) dan berus karbon. Medan dan armaturenya menerima bekalan yang sama sebab ia disambung secara siri.

Motor universal digunakan didalam alat penyedut hampagas, pencampur makanan, hand drill, pengering rambut dan sebagainya. Kelajuan tanpa beban motor ini boleh mencapai sehingga 15,000 pusingan seminit. Kelajuan sebegini boleh menimbulkan bahaya jika langkah keselamatan tidak diambil perhatian.

(7)

6. MOTOR ARUHAN SATU FASA

Motor jenis ini terdiri daripada satu stator berlilit dengan lilitan fasa tunggal diubahsuai untuk bertindak sebagai dua fasa (split phase). Ianya juga memerlukan satu medan berputar untuk tujuan memulakan motor berpusing. Medan berputar boleh didapati dengan menggunakan bekalan fasa.

Motor ini menerima bekalan satu fasa tetapi dengan penggunaan dua lilitan stator secara selari dan mengujudkan satu lagi fasa yang berlainan sudut fasa motor ini seolah-olah mendapat bekalan dua fasa untuk mengujudkan resultant torque.

Tindakbalas diantara medan yang dibentuk oleh arus-arus teraruh didalam lilitan rotor dan medan berputar yang dibentuk oleh lilitan stator membuatkan rotor tersebut berputar.

(8)

7. MOTOR SATU FASA KAPASITOR KEKAL

Motor ini hampir serupa sahaja dengan motor fasa belah, bezanya ialah arus pada lilitan hidupan (start winding) berada terus menerus walaupun motor itu terus berputar. Satu kapasitor perlu disambungkan didalam litar secara tetap samaada semasa hidupan ataupun putaran.

Motor jenis ini mempunyai daya kilas yang sangat rendah dan sesuai untuk motor kipas angin jenis siling atau jenis meja dan juga jenis dinding, kipas pelawas dan sebagainya. Saiznya kecil dan selalunya sehingga tiga kuasa kuda.

(9)

Motor jenis ini mempunyai lilitan tambahan pada setiap kutub. Lilitan ini selalunya sedikit sahaja tetapi pengalirnya bersaiz besar dari lilitan kutub utama. Lilitan tambahan ini tidak memerlukan disambung kepada bekalan. Ia hanya bertindakbalas dari aruhan yang diterima dari lilitan utama dengan mengujudkan satu lagi medan magnet untuk bertindakbalas dengan medan magnet dari lilitan utama bagi mengujudkan resultant torque untuk memutarkan motor.

(10)

Motor hidupan kapasitor putaran aruhan serupa sahaja dengan motor fasa belah (split phase) dari segi binaannya. Ia menghidupkan beban yang agak berat seperti peti ais, pemampat, elevator dan auger. Ia boleh didapati dalam saiz antara 1/6 kuasa kuda hinggalah 10 kuasa kuda.

Terdapat dua kapasitor untuk motor jenis ini. Satu untuk permulaan (starting), satu lagi kapasitor utama untuk berjalan (running). Dengan adanya kapasitor medan magnet yang wujud disebabkan oleh kutub-kutub hidupan boleh diperkuatkan untuk tujuan hidupan beban-beban yang berat. Kudua-dua kutub hidupan dan kapasitor dikawal oleh satu suis empar (centrifugal switch), mereka ini akan terputus sebaik-baik sahaja motor mencapai kelajuan yang tertentu, selalunya 75% dari kelajuan sebenar.

(11)

Motor jenis ini digunakan untuk menjalankan beban-beban yang berat. Ia boleh didapati antara saiz ½ kuasa kuda hinggalah 25 kuasa kuda.

Terdapat dua buah kapasitor didalam motor jenis ini. Satu mempunyai keupayaaan yang tinggi untuk hidupan. Yang satu lagi mempunyai keupayaan yang rendah untuk putaran. Penggunaan kapasitor ini dilakukan melalui suis empar. Kapasitor hidupan akan terputus dari bekalan apabila putaran telah sampai pada suatu kelajuan yang ditentukan, manakala kapasitor putaran akan terus disambungkan dengan lilitan putaran (run winding).

(12)

11. MOTOR ARUHAN TIGA FASA

Motor aruhan tiga fasa mendapat bekalan tiga fasa 415V atau lebih. Ia boleh berputar sendiri tidak seperti motor fasa tunggal yang secara asasnya tidak boleh berputar dengan sendiri. Medan magnet motor tiga fasa adalah berputar (rotating magnetic field) manakala medan magnet motor satu fasa adalah berdenyut (pulsating magnetic field).

Motor satu fasa terhad kuasanya, oleh itu untuk kuasa yang lebih kuat motor tiga fasa terpaksa digunakan dan untuk kuasa yang lebih besar lagi motor tiga fasa voltan tinggi perlu digunakan iaitu sehingga 6.6KV.

Diantara jenis-jenis motor tiga fasa ialah:

a. Motor sangkar tupai (squirrel cage motor) b. Motor gelang gelincir (slip ring motor) c. Motor segerak (synchroneous motor)

(13)

12. MOTOR SANGKAR TUPAI

Motor ini mempunyai stator berlilit tiga fasa dan rotor sangkar tupai dilitarpintaskan dikedua-dua hujungnya. Lilitan rotor pula terdiri dari kepingan tembaga dan bersaiz lebih besar dari lilitan stator, manakala bilangannya pula adalah sedikit sahaja. Motor jenis ini ringkas binaannya, banyak digunakan, tahan lasak dan murah harganya berbanding dengan motor-motor jenis lain yang sama kuasanya.

Kelajuannya adalah hampir tetap dan tidak banyak bergantung kepada beban. Perbedaan kelajuan diantara tanpa beban dengan beban penuh hanyalah antara 1.5% hingga 4%. Dayakilasnya adalah tinggi dan mencukupi untuk tugas-tugas biasa.

(14)

Ia terdiri dari dua komponen utama iaitu STATOR dan ROTOR serta penutup hujung untuk memuatkan bearing dimana ianya digunakan untuk memegang shaft motor.

Pada stator terdapat lilitan tiga fasa yang dimuatkan didalam laminated slot yang diperbuat dari besi. Lilitan tersebut adalah dalam bentuk tiga gelong satu fasa dan berbeza sebanyak 120 darjah elektrik diantara satu sama lain. Lilitan pengalir-pengalir itu adalah disambung berbentuk star atau delta. Punca hujung lilitan stator dibawa ke kotak terminal di bahagian frame motor untuk disambungkan ke punca bekalan.

Rotor adalah bahagian yang berputar/berpusing dan berbentuk silinder diperbuat daripada besi yang mempunyai slot untuk memuatkan pengalir. KELAJUAN

Sebagaimana yang kita ketahui lilitan di dalam stator slot adalah berbeza sebanyak 120 darjah elektrik (electrical degrees). Dengan ujudnya tiga medan magnet yang berbeza ini maka terhasillah putaran medan magnet (rotating magnetic field). Medan magnet yang terhasil akan mengaruh pula lilitan di rotor dan terhasilah pula medan magnet yang berlawanan di rotor dan terjadilah tolakan dan seterusnya putaran pada rotor.

Kelajuan rotor bergantung kepada jumlah kutub rotor dan juga ulangan (supply frequency) dengan formula berikut:

F = N x P dimana F – ulangan

120 N – kelajuan rotor

P – jumlah kutub

N = (120 x F)

(15)

Kutub Kelajuan (rpm) 25Hz 50Hz 60Hz 2 1580 3000 3600 4 750 1500 1800 6 500 1000 1200 8 375 750 900 10 300 600 720

KELAJUAN SEGERAK DAN GELINCIR (SLIP)

Kelajuan yang terdapat didalam jadual diatas adalah kelajuan segerak dan bukannya kelajuan rotor yang sebenarnya.

Kelajuan sebenar selepas motor tersebut mempunyai beban penuh adalah kurang sedikit dari kelajuan segerak. Perbedaan diantara kelajuan sebenar dengan kelajuan segerak dipanggil gelincir.

Gelincir = (Kelajuan segerak – Kelajuan sebenar) X 100 Kelajuan segerak

Katalah kelajuan sebenar ialah 3480rpm manakala kelajuan sebenar ialah 3600rpm:

Gelincir = (3600-3480) X 100 = 3.33%

3600

Nilai peratus gelinciran yang kecil menunjukkan kawalan kelajuan motor (speed regulation) adalah baik.

(16)

Lilitan stator untuk motor jenis ini sama sahaja seperti motor aruhan sangkar tupai tetapi rotornya berbeza. Rotornya pula terdiri dari satu armature yang mempunyai lilitan tiga fasa seperti yang terdapat pada stator. Lilitan ini disatukan supaya membentuk jumlah kutub yang sama seperti yang terdapat pada stator.

Hujung setiap lilitan rotor disambungkan kepada tiga gelang gelincir (slip ring). Gelang gelincir ini terletak dibahagian luar motor tetapi adalah bahagian yang bersambung dengan rotor dan berputar mengikut putaran rotor.

Perintang luar (resistance bank) akan disambungkan dengan lilitan rotor ini melalui berus karbon dan gelang gelincir ini. Perintang luar adalah untuk

(17)

mengurangkan arus permulaan motor.

Selepas rotor mencapai kelajuan penuh perintang ini tidak diperlukan lagi dan lilitan rotor akan dilitarpintaskan hujungnya melalui penyentuh (contactor)

(18)

15. MOTOR SEGERAK (SYNCHRONOUS MOTOR)

Motor segerak agak berlainan dengan motor-motor yang lain. Ia mempunyai kelajuan segerak (synchronous speed), tanpa slip. Oleh itu kelajuannya hanya bergantung kepada frekuensi bekalan AC.

Motor ini memerlukan bekalan AC tiga fasa untuk stator nya dan bekalan DC untuk rotornya. Rotornya mempunyai gelong dan menjadi medan magnet tetap apabila dibekalkan dengan bekalan DC. Arus DC medan dipanggil juga arus ujaan rotor. Medan kutub ini akan terkunci (locked) dengan kutub berputar (rotating pole) pada statornya, oleh itu rotor akan berputar dengan kelajuan segerak dengan medan statornya.

Bekalan DC disalurkan kepada rotornya melalui gelang gelincir. Motor ini selalunya bersaiz besar dan harganya agak mahal. Motor segerak tidak boleh hidup dengan sendiri. Ia memerlukan bantuan untuk memulakannya. Rotornya diputar dahulu oleh sebuah motor lain sehingga ke kelajuan segerak, kemudian arus ujaan disalurkan ke rotor. Namun begitu motor ini boleh hidup sendiri jika rotornya disediakan dengan gelong sangkar tupai. Kelebihan motor ini adalah ia boleh dijalankan pada faktur kuasa mengekor (lagging), faktur kuasa unity (satu) dan faktur kuasa mendulu (leading). Ini boleh dilakukan dengan mengubah-ubah (meninggi dan menurunkan) arus ujaan rotor motor tersebut.

Dengan sebab ia mempunyai cirri faktur kuasa mendulu maka ia boleh digunakan untuk memperbaiki faktur kuasa pemasangan elektrik disamping membuat tugas utama ianya dipasang.

Dimana kelajuan segerak yang tetap diperlukan, motor ini adalah yang paling sesuai. Didalam kapal laut, motor ini digunakan untuk menjalankan propeller kapal tersebut.

Daya kilas motor segerak tidak banyak berubah dengan perubahan voltan berbanding dengan motor arohan.

Motor segerak mempunyai persamaan dengan sebuah alternator dari segi binaannya.

Referensi

Dokumen terkait

Orang Karo zaman sekarang, hanya melihat rumah adat khususnya simbol pengeret-ret sebagai peninggalan budaya yang bisa dimanfaatkan untuk mata pencaharian yang

7 Ansietas dan depresi memiliki prevalensi paling tinggi dari 19% gangguan mood yang dijumpai pada pasien sirosis HCV (Hepatitis C Virus), masing-masing 24% dan

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan dapat disimpulkan bahwa daya serap siswa pada pembelajaran ansambel musik yang diajarkan dengan model pembelajaran

37 Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui Faktor - faktor yang berhubungan dengan partisipasi anggota kelompok tani kelas Lanjut (khusus pada tanaman kelapa sawit) di

Pakan yang diberikan selama pemeliharaan benih ikan Kakap Putih harus sesuai dengan kebutuhan benih yang dipelihara, baik dari segi jumlah, waktu, syarat fisik (ukuran dan bentuk)

Dari hasil analisis data yang dapat dilihat pada tabel hasil uji korelasi product moment di atas, menunjukkan bahwa penelitian yang dilakukan pada 149 pengguna

Keuangan, dan Sensitivitas Variabel Ekonomi Makro Terhadap Kredit Yang Disalurkan Oleh Bank Umum Yang Go Publik (Periode Tahun 2009-2013) ”. 1.2

efikasi dirinya sendiri. Dukungan sosial diharapkan mampu membantu remaja untuk menumbuhkan efikasi diri guna mencapai keberhasil dalam tugas perkembangannya dan