• Tidak ada hasil yang ditemukan

WAKTU RAWATAN DI KAMPUS INDUK HARI MASA REHAT ISNIN - KHAMIS 8.00 PG 5.00 PTG - JUMAAT 8.00 PG TGH 2.45 PTG 5.00 PTG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "WAKTU RAWATAN DI KAMPUS INDUK HARI MASA REHAT ISNIN - KHAMIS 8.00 PG 5.00 PTG - JUMAAT 8.00 PG TGH 2.45 PTG 5.00 PTG"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT KESIHATAN UTeM

i) Waktu Perkhidmatan

WAKTU RAWATAN DI KAMPUS INDUK

HARI MASA REHAT

ISNIN - KHAMIS 8.00 PG – 5.00 PTG -

JUMAAT 8.00 PG – 12.15 TGH

2.45 PTG – 5.00 PTG 12.15 TGH – 2.45 PTG SABTU, AHAD &

CUTI UMUM TUTUP -

WAKTU RAWATAN DI KAMPUS TEKNOLOGI

HARI MASA REHAT

ISNIN, RABU & JUMAAT 2.15 PTG – 5.00 PTG - SELASA & KHAMIS 8.00 PG – 1.00 PTG

2.00 PTG – 5.00 PTG 1.00 PTG – 2.00 PTG SABTU, AHAD &

CUTI UMUM TUTUP -

WAKTU RAWATAN DI KAMPUS BANDAR

HARI PAGI PETANG

ISNIN, RABU & JUMAAT 8.30PG – 12.30 TGH TUTUP

SELASA & KHAMIS TUTUP TUTUP

SABTU, AHAD &

CUTI UMUM TUTUP TUTUP

ii) Hubungi Kami / Contact Us

a) Talian telefon Pusat Kesihatan UTeM Kampus Induk :

Kaunter Pendaftaran : 06- 553 4439 Faksimili : 06 – 555 2077

Pentadbiran :- 06 3316764

b) Talian telefon Pusat Kesihatan Teknologi Kaunter Pendaftaran 06 2346825 c) Talian telefon Pusat Kesihatan Bandar

(2)

Kaunter Pendaftaran 06 2833397

TALIAN TELEFON KECEMASAN - Pusat Kesihatan UTeM (Kampus Induk) : 06-555 2076 - Pusat Kesihatan (Kampus Teknologi) : 06-234 6825 / 26 - Pusat Kesihatan (Kampus Bandar) : 06 – 283 3397

- Talian Kecemasan Awam : 999 (Hospital / JPAM)

- Talian kecemasan RKU (24 jam) : 06 3316020/ SMS RKU 012 2946020

PERKHIDMATAN

1. PERUBATAN

Perkhidmatan asas yang disediakan adalah Rawatan Pesakit Luar. Di antara kemudahan perubatan yang disediakan di Pusat Kesihatan Kampus Induk adalah :

 Rawatan Pembedahan Minor

 Rawatan Cucian Luka (Dressing)  Pemeriksaan Elektrokardiogram (ECG)  Pemeriksaan Ultrasound (2D)

 Nebulizer

Selain itu, Pusat Kesihatan Kampus Induk juga mempunyai 2 Bilik Pemerhatian dan 1 Bilik Prosedur.

2. KECEMASAN

Perkhidmatan kecemasan yang diberikan adalah untuk pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan segera, termasuk resusitasi dan rujukan terus ke hospital jika perlu.

Unit ini mempunyai 2 buah ambulans yang berada di bawah pengawasan pemandu dari Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti (PPKU). Kegunaan utama ambulans adalah untuk mengambil kes-kes panggilan kecemasan di dalam universiti dan juga merujuk pesakit ke Poliklinik / Hospital berdekatan jika perlu.

(3)

3. PERGIGIAN

Diantara perkhidmatan pergigian yang disediakan adalah :  Pemeriksaan mulut dan gigi

 Pengskaleran dan penggilapan  Cabutan gigi

 Pendidikan kesihatan pergigian  Tampalan

4. MAKMAL

Antara ujian makmal yang dijalankan adalah seperti berikut: 1) Ujikaji Hematologi

a. Ujian FBC (full blood cout) 2) Ujikaji Air Kencing

a. Ujikaji Urine dipstick

b. Ujikaji Urine Pregnancy

3) Ujikaji Kit Pantas (rapid test kit) a. Ujian Glukometer

i. RBS (random blood sugar) ii. FBS (fasting blood sugar)* b. Ujian Kolesterol / Asid Uric * c. Ujian Denggi NS1

d. Ujian Denggi Serologi (IgM/IgG)

 * ujikaji yang memerlukan pesakit berpuasa selama sekurang-kurangnya 8-12jam sebelum sampel diambil.

5. FARMASI

Farmasi bertanggungjawab dalam pembekalan, penyediaan, pendispensan ubat serta khidmat nasihat kepada pesakit tentang penggunaan ubat. Selain itu, unit ini juga menyediakan khidmat peminjaman peti pertolongan cemas (First Aid Kit). Setiap permohonan pinjaman peti kecemasan perlu dihantar sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh penggunaan. Borang permohonan peti

(4)

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN AMBULANS UNIVERSITI BERSERTA PASUKAN PERUBATAN UNTUK KES KECEMASAN SELEPAS WAKTU BEKERJA

1. Penggunaan ambulans universiti untuk pelajar dan staf adalah terhad kepada kes - kes kecemasan di dalam kawasan Kampus Induk dan Teknologi , tertakluk kepada keberadaan ambulans universiti dan staf bertugas. Sekiranya ketiadaan perkhidmatan tersebut, Rakan Keselamatan Universiti (RKU) hendaklah terus menghubungi talian kecemasan 999.

2. Ambulans universiti tidak memberi perkhidmatan dari kediaman staf atau pelajar selain dari yang dinyatakan di atas. Talian kecemasan 999 hendaklah dihubungi untuk bantuan kecemasan.

3. Kes - kes kecemasan/ kritikal yang memerlukan khidmat bantuan ambulans universiti adalah mengikut jenis kes respon pra hospital priority 1 , muka surat 37 ,lampiran 15 dalam Garis Panduan Perkhidmatan Kecemasan Dan Ambulans Di Fasiliti Kesihatan Primer” . Lampiran A

boleh dirujuk sebagai ringkasan kes – kes yang dikategorikan sebagai kecemasan.

4. Panggilan kecemasan ambulans universiti mesti melalui talian RKU yang beroperasi 24 jam , di mana RKU akanmenghubungi paramedik dan pemandu yang bertugas.

Talian RKU untuk dihubungi adalah :-

9.1 Hotline - 063316020

9.2 SMS -0122946020

5. Pasukan paramedik berserta pemandu bertugas perlu bersedia dan tidak meninggalkan kawasan Kampus Induk UTeM melebihi 7km. Petugas hendaklah bertindak dalam masa 15 minit setelah mendapat panggilan kecemasan.

6. Pasukan paramedik berserta pemandu hendaklah sentiasa boleh dihubungi.

7. Pemandu yang sedia ada di rumah ‘standby’ hendaklah memberi keutamaan kepada kes – kes kecemasan berbanding tugasan yang lain.

(5)

8. Bagi penggunaan ambulans universiti yang melibatkan pelajar di Kolej Kediaman Universiti , pelajar perlu diiringi oleh felo atau pengetua asrama.

9. Ambulans universiti hanya menghantar pesakit ke hospital tetapi tidak membawa balik pesakit dari Hospital .

10. Ambulans universiti tidak memberi perkhidmatan bagi kes pesakit luar, perpindahan antara hospital dan discaj dari hospital tanpa kebenaran ( Risiko atas tanggungan sendiri / ‘At Own Risk’).

11. Ambulans universiti tidak memberi perkhidmatan bagi orang awam kecuali bagi kes - kes kecemasan yang melibatkan nyawa. Talian kecemasan 999 hendaklah dihubungi untuk bantuan kecemasan.

12. Perkhidmatan ambulans universiti selain dari kes – kes kecemasan tidak dibenarkan termasuk atas dasar kebajikan.

13. Garis Panduan Perkhidmatan Ambulans Universiti menggunapakai Garis Panduan Perkhidmatan Kecemasan Dan Ambulans Di Fasiliti Kesihatan Primer”, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) 2015. Isu penggunaan ambulans universiti tanpa paramedik tidak boleh dipraktikkan.

14. Pelaksanaan perkhidmatan ambulans universiti berserta pasukan perubatan untuk kes kecemasan selepas waktu bekerja menggunakan carta alir dan contoh kes-kes kecemasan di bawah.

(6)

CARTA ALIR PERKHIDMATAN AMBULANS UNIVERSITI BERSERTA PASUKAN PERUBATAN UNTUK KES KECEMASAN SELEPAS WAKTU BEKERJA

Mula

Panggilan kecemasan ke RKU 06 3316020/ SMS 012 2946020

RKU mencatat butiran panggilan kecemasan

RKU menghubungi staf yang bertugas

Petugas mencatat butiran panggilan kecemasan

Petugas mengisi Borang Rekod Penggunaan Ambulans selesai 6.1 6.2 6.5 6.6 6.7 6.8 6.9 6.3 6.4

Petugas bergerak ke lokasi

Petugas merawat atau merujuk pesakit ke hospital

(7)

KES – KES KECEMASAN YANG MEMERLUKAN KHIDMAT AMBULANS

1. Kesukaran bernafas (pernafasan tidak normal atau sukar bercakap disebabkan sesak nafas) 2. Pengsan/ tidak sedar / kurang tahap kesedaran

3. Renjatan elektrik 4. ‘Shock

5. Serangan jantung 6. Alahan jenis anafilaksis

7. Kemalangan / kecederaan berbahaya/ Pendarahan yang banyak

8. Sakit perut yang teruk 9. Luka terbakar

10. Serangan sawan

11. Kes kecemasan obstetrik ( kelahiran & keguguran) 12. Mangsa lemas

13. Keracunan

14. Gigitan haiwan ganas/ gigitan binatang berbisa

15. Gangguan mental yang mengganggu ketenteraman/ keselamatan orang lain 16. Serangan strok

(8)

RINGKASAN SKIM PERKHIDMATAN PERUBATAN PELAJAR

SYARAT KELAYAKAN SKIM PERKHIDMATAN PERUBATAN PELAJAR KELAYAKAN

(i) Semua pelajar Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia yang berdaftar dan telah menjelaskan yuran adalah layak menerima kemudahan perubatan di bawah Skim ini.

TIDAK LAYAK

(i) Suami/isteri dan keluarga pelajar.

(ii) Pelajar yang gagal dalam peperiksaan semester dan tidak dibenar meneruskan pengajian.

(iii) Pelajar yang digantung daripada menjadi pelajar UTeM

(iv) Pelajar yang menangguh pengajian atas pilihan sendiri (kecuali atas sebab kesihatan). (v) Pelajar yang menghidap penyakit atau kecacatan anggota sebelum menjadi pelajar

UTeM kecuali menurut budi bicara Naib Canselor. (vi) Perkara-perkara yang dilindungi insurans.

TEMPOH KELAYAKAN

(i) Bermula daripada hari pendaftaran sehingga tamat pengajian (pada tarikh keputusan peperiksaan akhir diluluskan oleh Senat).

(ii) Seseorang pelajar adalah terhenti menjadi ahli skim apabila sahaja disiarkan atau diberitahu akan keputusan peperiksaan semester bagi sesuatu tahun akademik :

(a) jika pelajar itu telah lulus peperiksaan tahun akhirnya

(b) jika pelajar itu gagal dalam sesuatu peperiksaan semesternya dan tidak dibenarkan mengulang kursus pengajiannya dalam semester akademik yang berikutnya;

(iii) Jika seseorang digantung daripada menjadi pelajar Universiti, ia hendaklah juga, dalam masa penggantungan itu, disifatkan sebagai digantung daripada menjadi ahli skim.

(9)

SYARAT – SYARAT YANG PERLU DIPATUHI

(i) Tiada apa-apa rawatan di mana-mana tempat di luar Klinik (Pusat kesihatan UTeM) boleh diadakan di bawah skim, melainkan jika diarahkan secara khas oleh Pegawai Perubatan Pelajar dalam sesuatu hal tertentu.

(ii) Jika pelajar mendapat rawatan dari hospital kerajaan dikehendaki mendapat surat jamin diri dari Pegawai Perubatan sebelum menerima rawatan perubatan hospital.

(iii) Seseorang pelajar yang memerlukan rawatan perubatan dengan segera pada masa Klinik Pelajar(Pusat Kesihatan UTeM) ditutup, boleh mendapatkannya dari Hospital Kerajaan atau dari Hospital Universiti yang berhampiran. Pelajar perlu mendahulukan pembayaran kos rawatan tersebut.

Dengan syarat bahawa jika seseorang ahli mendapat rawatan pesakit luar di hospital di dalam masa sesuatu semester akademik maka, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan skim ini, ahli itu adalah berhak mendapat balik kos rawatannya itu.

FAEDAH MASUK HOSPITAL

(i) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Skim ini, seseorang ahli yang dimasukkan ke dalam hospital adalah berhak di bawah skim mendapat faedah-faedah masuk hospital terhad kepada bayaran wad dan bayaran hospital sahaja selama tidak lebih daripada jumlah tiga puluh hari masuk hospital dalam sesuatu tahun akademik, dengan syarat bahawa masuk hospital itu adalah di Hospital Kerajaan atau Hospital Universiti.

(ii) Kecuali dalam sesuatu kecemasan, seseorang ahli yang hendak masuk ke hospital terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Pegawai Perubatan Pelajar.

(iii) Jika seseorang ahli dimasukkan ke Hospital Kerajaan

(a) bayaran wad yang dikenakan dibayar di bawah perenggan kecil (i) ialah bayaran wad kelas dua dibayar oleh ahli itu atau dua puluh ringgit sahaja mengikut mana yang kurang, dan

(10)

(b) bayaran hospital sebenar yang kena dibayar di bawah perenggan kecil (i) ialah bayaran hospital sebenar yang kena dibayar oleh ahli itu atau bayaran hospital yang dibayar di Hospital Kerajaan atau Hospital Universiti, mengikut mana yang kurang. (iv) Jika seseorang ahli dimasukkan ke mana-mana hospital lain daripada Hospital Kerajaan

dan Hospital Universiti, ia tidak berhak mendapat apa-apa jua bayaran atau faedah di bawah Skim, kecuali apabila rawatan berkenaan tidak terdapat di hospital kerajaan dan atas perakuan pakar perubatan yang diberi kuasa oleh hospital kerajaan tertakluk kepada kelulusan Naib Canselor. Walau bagaimanapun pihak Universiti hanya membayar kos rundingan dan rawatan sahaja (tertakluk kepada peraturan dalam Perkara 9) . Kos tambang, sara hidup dan pengangkutan ditanggung oleh pelajar.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG

Universiti Teknikal Malaysia Melaka tidak akan bertanggungjawab di atas bayaran yang dikenakan kepada pelajar untuk perkhidmatan berikut :-

(i) Perkhidmatan perancang keluarga.

(ii) Rawatan pemeriksaan, ubat-ubatan, pembedahan dan faedah masuk hospital yang berkaitan dengan ibu mengandung, bersalin dan komplikasi yang berkaitan dengannya. (iii) Rawatan perubatan dan pembedahan dengan tujuan ritual dan kosmetik,

coronary-by-pas, organ transplant, bone marrow transplant, kidney dialysis.

(iv) Alat-alat bantuan kecacatan dan ketidakupayaan anggota seperti tongkat ketiak, kerusi roda, cermin mata, alat bantuan pendengaran dan sebagainya.

(v) Alat-alat dan barang gantian anggota seperti gigi palsu, kaki palsu dan sebagainya. (vi) Pemeriksaan perubatan semasa kemasukan ke UTeM

(vii) Rawatan di klinik/hospital swasta atau kemasukan ke wad kelas pertama di Hospital Kerajaan atas pilihan pelajar.

(viii) Rawatan untuk AIDS, ketagihan rokok, dadah, alkohol, penyakit berjangkit yang memerlukan pengasingan sewaktu kejadian wabak.

(ix) Rawatan alternatif atau tradisional, rawatan yang berbentuk eksperimental, rawatan menguatkan mental, psikologi atau emosi.

(11)

(xi) Kecederaan atau penyakit dari penglibatan secara langsung di dalam demonstrasi, rusuhan dan civil commotion.

(xii) Pemeriksaan dan ujian kesihatan yang diperlukan oleh pihak ketiga bagi tujuan insuran dan sebagainya.

SIJIL SAKIT

(i) Seorang pelajar yang sakit dan tidak dapat hadir ke kuliah, hendaklah mendapatkan sijil sakit dari Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan, Pegawai Perubatan Hospital IPTA / Klinik Pelajar UTeM. Jika sijil sakit tersebut diperolehi daripada klinik swasta, hendaklah mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan Pelajar dan menghantarkan sijil tersebut kepada Fakulti masing-masing dengan seberapa segera.

(12)

SOALAN-SOALAN LAZIM

A. PERKHIDMATAN / WAKTU OPERASI

1. Di mana saya boleh dapatkan rawatan selepas pukul 5 petang?

Di mana-mana klinik 1 Malaysia, klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan.

2. Apakah dokumen yang perlu saya bawa ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTeM untuk mendapatkan rawatan?

Semua pelajar diwajibkan untuk membawa kad matriks ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

3. Bolehkah saya mendapatkan rawatan di PKU jika saya bukan pelajar UTeM?

Tidak, kecuali kes-kes kecemasan, ATAU pelajar berada di UTeM atas sebab-sebab berikut:

- Program Sukan Universiti

- Program Pertukaran Pelajar (Exchange Students Program)

- Program rasmi anjuran UTeM

4. Bolehkah saya mendapatkan ubat di PKU tanpa berjumpa Doktor/Penolong Pegawai Perubatan?

Tidak. Semua pesakit perlu mendaftar di kaunter pendaftaran dan berjumpa doktor sebelum mendapatkan rawatan / ubat.

5. Apakah contoh rawatan pergigian yang disediakan di PKU?

Sila rujuk perkhidmatan unit pergigian.

6. Adakah suntikan imunisasi disediakan di PKU?

Buat masa ini, hanya suntikan imunisasi ATT (Anti-Tetanus Toxoid) disediakan untuk kes kecederaan dan ibu mengandung sahaja.

7. Bolehkah saya menjalani ujian gula dan kolesterol secara rutin di PKU?

(13)

B. URUSAN PENTADBIRAN

1. Bolehkah saya dapatkan ‘’back dated mc’’?

Tidak.

2. Bilakah permohonan standby perubatan perlu diminta / dibuat sebelum sesuatu program?

Surat permohonan perlu diajukan kepada Ketua Pusat Kesihatan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sesuatu program. Pusat Kesihatan berhak menolak sebarang permohonan yang lewat dan bertindih dengan program lain.

3. Perlukah saya membawa GL (guarantee letter) ketika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan?

Ya, supaya pelajar boleh mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.

4. Di manakah saya boleh mendapatkan Surat Jaminan / GL ( Guarantee letter) untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan?

Di Pusat Kesihatan, Unit Kebajikan dan Pengetua Asrama.

5. Bolehkah saya membuat tuntutan sekiranya saya telah menjelaskan bayaran bil hospital?

Ya. Pelajar boleh membuat tuntutan pembayaran bil hospital dengan membawa resit pembayaran yang asal. Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat-turun di e-permohonan.

Referensi

Dokumen terkait

5.2.4 Komitmen LZS sebagai institusi amil sentiasa meningkat dan tidak statik dari tahun ke tahun dengan pertambahan jumlah pekerja 10 , pertambahan cawangan 11 dan

Observasi atau pengamatan yang peneliti lakukan pada lokasi penelitian adalah mengamati dan mendengar dalam rangka memahami, mencari jawaban, mencari bukti terhadap

Infus pump adalah perangkat medis yang digunakan untuk memberikan cairan kedalam tubuh pasien dalam jumlah besar atau kecil, dan dapat digunakan untuk memberikan

Secara teoritis diharapkan hasil penelitian ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan perkembangan dalam hukum perdata mengenai perjanjian serta penyelesaian perhitungan dan

Suap menyuap sangat berbahaya bagi kehidupan masyarakat karena akan merusak berbagai tatanan atas sistem yang ada di dalam masyarakat,dan menyebabkan terjadinya

Pihak sekolah seringkali mengajak anak-anak beserta keluarga nya untuk mengikuti kegiatan outbond. Kegiatan ini dilakukan secara serentak dari kelas 1 sampai kelas 6

Hal ini penting diketahui oleh hakim karena wasiat wajibah itu mempunyai tujuan untuk mendistribusikan keadilan, yaitu memberikan bagian kepada ahli waris yang mempunyai

Dalam hal ini Majelis Hakim Tingkat Pertama Mahkamah Syar’iyah Sigli dalam pertimbangannya hanya mempertimbangkan masalah dari mana objek itu berasal tidak