• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA PENGARAH LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA PENGARAH LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

AMANAT

TAHUN BARU

2016

KETUA

PENGARAH

LEMBAGA

PERTUBUHAN

PELADANG

2016

(2)

2 Kandungan

1. Pengenalan

2. Pendekatan Utama

3. Pelan Korporat LPP Ke-6

4. Transformasi Utama LPP

5. Transformasi Pengurusan Sumber Manusia

6. Prinsip Dan Nilai

(3)

3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Salam sejahtera kepada semua warga LPP.

YBhg. Dato’ Haji Mohd Salim Bin Haji Taha Ketua Pengarah

Lembaga Pertubuhan Peladang

1. PENGENALAN

Syukur Alhamdulillah kita telah selamat melangkah ke tahun baru 2016 dengan menghadapi suasana yang lebih mencabar. Meninggalkan tahun 2015 dengan pelbagai kenangan pahit dan manis yang dapat meningkatkan iltizam dan komitmen kita kepada organisasi LPP dan PP yang kita kasihi.

Kita telah menyaksikan pertukaran atau peralihan pucuk pimpinan LPP berjalan dengan baik dan mengekalkan tradisi dengan pengisian jawatan utama di LPP (Ketua Pengarah) di kalangan warga LPP dan tradisi ini hendaklah dikekalkan selama-lamanya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan warga LPP dari semua peringkat dan Ahli Peladang dari seluruh negara sehingga perlantikan saya sebagai Ketua Pengarah LPP menjadi kenyataan.

Sesuai dengan dasar kerajaan yang berkuatkuasa dan arahan Yang Berhormat Menteri semasa, izinkan saya menggariskan perkara yang akan menjadi tumpuan atau fokus di dalam tahun 2016 untuk dilaksanakan bersama:

(4)

4 2. PENDEKATAN UTAMA

Dalam melaksanakan tugas yang berat ini saya ingin membawa analogi yang mudah difahami agar seluruh warga LPP dapat bersama-sama menghayati dan melaksanakan.

2.1 LPP Sebagai Sebuah Kapal

Dalam sesuatu pelayaran sebuah kapal perlu mempunyai seorang Kapten yang cekap untuk mengemudi kapal dengan dibantu oleh para petugas kapal yang komited ke arah destinasi yang telah ditetapkan dengan semua para penumpangnya selamat sampai.

Dalam perbandingan ini, Ketua Pengarah LPP sebagai Kapten perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari 3,000 orang warga LPP sebagai petugas kapal bagi menuju destinasi tahun 2020 dengan selamat. Para peladang sebagai penumpang kapal tersebut mendapat manfaat dari perkhidmatan yang diberi oleh para petugas kapal (warga LPP) disepanjang pelayaran.

2.2 LPP Seperti Sebuah Rumah

Sebagai “2nd home”, warga LPP hendaklah menjadikan tempat kerja

masing-masing sama ada di LPP/NAFAS/PPN dan PPK selesa untuk didiami, ceria, cantik hiasannya dan sangat kondusif untuk meningkatkan produktiviti kerja.

LPP sebagai tuan rumah akan memastikan aspek kebajikan penghuninya dijaga dengan baik dan saksama. Sementara penghuninya perlu bersikap terbuka, sentiasa bekerjasama dan menjalin hubungan baik satu sama lain.

(5)

5 2.3 LPP Sebagai Rantai Yang Bertaut

Hubungan di kalangan 3,000 orang warga LPP dalam semua kategori jawatan dan skim perkhidmatan, di mana jua mereka berada amat penting dan merupakan rantai yang bertaut satu sama lain. Perlambangan ini juga membuktikan semua warga LPP dalam apa juga kategori jawatan adalah penting dalam menjaga imej dan melaksanakan fungsi organisasi LPP dengan lebih efektif dan efisyen terhadap ahli peladang melalui pertubuhan peladang.

Adalah menjadi tanggungjawab semua warga LPP memastikan rantai tidak putus agar ia dapat berfungsi dengan baik.

2.4 Kerja Berpasukan (Teamwork)

Semangat kerja berpasukan merupakan budaya kerja yang sangat unggul di LPP. Hanya mempunyai seorang Kapten yang cekap dan pemain bola yang terpilih tidak menjamin kemenangan pasukan sekiranya tidak ada semangat kerja berpasukan di kalangan ahli pasukan itu sendiri. Seperti kata pepatah:

“Nak jalan laju, jalan sorang-sorang” “Nak jalan jauh, jalan ramai-ramai”

Semangat ini yang akan menjadi teras keberkesanan LPP di masa akan datang.

3. PELAN KORPORAT LPP KE 6

Penyediaan Pelan Korporat LPP ke enam (6) yang baru bagi tempoh 2016-2020 amat penting. Ia merupakan dokumen yang disediakan mengikut acuan dalaman LPP sendiri setelah mengambil kira dasar dan polisi kerajaan terkini terutama Dasar Agromakanan Negara (DAN), RMK-11,Pelan Korporat terdahulu dan arahan semasa Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Fokus utama Pelan Korporat ini bagi memastikan organisasi LPP/PP sebagai badan yang cekap, berkesan, releven dan lestari.

(6)

6

Lapan (8) teras utama Pelan Korporat LPP Ke 6 ini ialah:

i. Mendaulatkan pengeluaran agromakanan (tanaman, ternakan, ternakair, IAT)

Untuk keperluan domestik dan eksport.

ii. Meremajakan Pertubuhan Peladang khususnya PPK

Dalam konteks meningkatkan penyertaan golongan muda ke PP dari 15% ke 30% menjelang tahun 2020.

iii. Transformasi Regulatori

Memperkukuhkan fungsi Pendaftar sejajar dengan keperluan semasa.

iv. Membangunkan PP (NAFAS,PPN,PPK) Sebagai Entiti Perniagaan Dalam semua aspek dan mengurangkan kebergantungan dari dana kerajaan.

v. Transformasi Industri Asas Tani (IAT) Automasi Dan Mekanisasi Meningkatkan penawaran perkhidmatan IAT, automasi dan mekanisasi ladang (traktor, jentuai dan pengangkutan) ke arah 40% dalam pasaran.

vi. Membangunkan Modal Insan Dan Profesionalisma Anggota/ Peladang

Khususnya dalam konteks mengubah minda (mind set) Ahli Peladang ke arah yang lebih positif/ produktif.

vii. Memperkasakan Sistem Penyampaian Yang Berkesan Meliputi LPP dan PP.

viii. Memperkasakan Teknologi Maklumat (IT) Sebagai Teras Kecemerlangan Organisasi

(7)

7 4. TRANSFORMASI UTAMA LPP

Apa yang didokumenkan dalam Pelan Korporat akan dilaksanakan mengikut keutamaan (priority). Walau bagaimanapun fokus akan diberikan kepada aspek berikut:

4.1 Membangunkan PP Sebagai Entiti Perniagaan

a. Membangunkan ‘business model’ PP yang baru yang kurang bersandar kepada dana kerajaan. Menggunakan “soft loan” dari Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP), Tabung K3P, DPK, TEKUN Nasional dan Agrobank dalam melaksanakan Projek Agro Makanan.

b. Bersifat “action oriented” dengan membangunkan produk

“champions” di peringkat NAFAS, PPN dan PPK.

c. Menampilkan imej dan identiti komersial dalam semua aspek PP terutama di kalangan anggota pengurusan/ Ahli Jemaah Pengarah PP.

4.2 Transformasi Regulatori

a. Menzahirkan imej LPP sebagai Pendaftar PP sebagaimana pendaftar yang lain.

b. Memanjangkan tempoh penggal perkhidmatan AJP di NAFAS, PPN dan PPK kepada 3 tahun (dari 2 tahun/1 penggal sekarang) dengan maksimum tempoh 9 tahun (3 penggal).

c. Semua AJP PPK dan PPN kecuali NAFAS dilantik dalam Mesyuarat Agong dengan dua kuota lantikan untuk peladang muda dan dua peladangnita (tiada AJP lantikan Menteri di PPK/PPN).

d. Mewajibkan kursus mandatori PP sebagai syarat kelayakan asas untuk menduduki kerusi AJP (telah menghadiri/menduduki).

(8)

8

e. Mewujudkan Mesyuarat Majlis Pendaftar iaitu mesyuarat khas di antara Pengerusi dan semua AJP PPN/PPK dengan Pendaftar PP.

f. Melaksanakan Pemeriksaan Tatakelakuan (PT) dibawah Akta 109 di ‘mahkamah’Pendaftar di Ibu Pejabat LPP.

g. Membangunkan kumpulan pakar dalam bidang regulatori PP.

h. Mencetak semua dokumen Pendaftar (Akta,Peraturan, Arahan Pekeliling dan lain-lain) dan diedarkan kepada NAFAS, PPN dan PPK sebagai rujukan kepada anggota pengurusan dan AJP.

i. Menegaskan hanya hukuman PT di bawah Akta 109 bagi anggota LPP di PP (mengikut kesesuaian).

j. Meningkatkan pegangan aset di PP sebagai salah satu agensi bumiputera di peringkat kawasan dan mencegah sebarang penjualan aset.

k. Pindaan undang-undang, peraturan/ arahan dan lain-lain diteruskan bagi memantapkan peranan Pendaftar.

4.3 Meremajakan PP

a. Mengadakan pelancaran Kempen Meremajakan PP secara meluas iaitu meningkatkan penyertaan peladang muda ke PP melalui (media massa, elektronik dan media sosial).

b. Mengadakan program pendedahan pertanian dengan sekolah menengah yang mempunyai aliran sains pertanian sebagai program perintis (17 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia)

(9)

9

c. Memberi keutamaan golongan muda (di bawah 40 tahun) dalam program pembangunan usahawan LPP/PP/IAT.

d. Mensasarkan penglibatan golongan muda dari 15% kepada 30% menjelang 2020 (lelaki dan wanita)

e. Pelantikan golongan muda dalam AJP PPK/PPN melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (2 kuota untuk peladang muda/ 2 kuota untuk peladangnita).

f. Mensasarkan 10,000 orang ahli Kor Tani di bawah penyeliaan LPP menjelang tahun 2020 iaitu di kalangan belia lepasan sekolah.

g. Meningkatkan penyertaan golongan siswazah dalam program MyAGrosis di IPTA di bawah kelolaan LPP.

5. TRANSFORMASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

5.1 Pembentukan Dua Laluan Kerjaya Di LPP/PP

a. Transformasi ini bermaksud penempatan anggota LPP iaitu di LPP (Ibu Pejabat, LPP Negeri, PPD atau IPP) dan di Pertubuhan Peladang (NAFAS, PPN dan PPK) akan diteruskan sehingga tarikh persaraan mereka. Ini bermakna mereka yang ditempatkan di LPP tidak akan ditukarkan ke PP dan sebaliknya mereka yang bertugas di PP akan kekal di laluan kerjaya PP.

b. Tujuannya supaya mereka lebih fokus dalam tugas, komited dan bermotivasi tinggi melaksanakan tanggungjawab untuk kejayaan kerjaya mereka.

(10)

10

c. Di antara perkara utama yang dilaksanakan:

i. Laporan Penilaian Prestasi anggota (LNPT) LPP di PP yang terlibat dalam perniagaan PP akan diselia/disediakan oleh PPK/PPN/NAFAS.

ii. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan anggota LPP di PP disediakan seperti biasa sebagai penjawat awam di LPP.

iii. Semua anggota LPP di LPP (yang melaksanakan tugas Pendaftar) akan kekal di dalam tugas tersebut sehingga bersara.

iv. Peluang kenaikan pangkat disediakan di kedua-dua laluan kerjaya ini.

5.2 Mengekalkan 3 Jawatan Utama Di PP Diterajui LPP

a. Jawatan Pengurus Besar, Pengurus Akaun dan Pengurus Khidmat Sosial atau jawatan lain yang sesuai kekal diterajui oleh anggota LPP di PP (NAFAS/PPN/PPK).

b. Memberi peluang kepada anggota lantikan PP mengambilalih tugas yang melibatkan bisnes/komersial yang ditinggalkan oleh anggota LPP.

c. Membangunkan PPK sebagai entiti bisnes. LPP akan menyusun semula penempatan anggota di PP supaya selaras dengan entiti baharu ini.

(11)

11 5.3 Pengambilan Anggota Baru

a. Dasar pengambilan anggota baru di LPP ditetapkan kepada 60% calon luar (baharu) dan 40% calon dalaman.

b. Dasar ini dapat meningkatkan inovasi dan kreativiti di LPP/PP sejajar dengan keperluan semasa.

c. Penubuhan pejabat wilayah sebagai strategi baharu dapat meningkatkan keberkesanan fungsi LPP di masa akan datang.

6. PRINSIP/NILAI

6.1 Memulangkan Hak Kepada Yang Berhak.

Semua anggota LPP akan diselaraskan tugas hakikinya mengikut skim perkhidmatan masing-masing meliputi skim E, J, W, N dan lain-lain. Langkah ini dapat meningkatkan komitmen tugas dan kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing.

6.2 Integriti (Keikhlasan)

Integriti merupakan indikator penting dalam mengukur aspek keperibadian anggota LPP. Jika integriti ini dibiarkan tanpa kawalan, ia akan menjadi barah yang boleh memusnahkan reputasi organisasi LPP/PP di kalangan masyarakat peladang.

Menjadi tanggungjawab semua warga LPP meletakkan integriti sebagai keutamaan.

(12)

12 7. PENUTUP

a. Pelaksanaan Pelan Korporat Ke 6 akhirnya mendominasikan fungsi regulatori LPP dan penyerahan pelaksanaan program pembangunan kepada NAFAS/PPN/PPK.

b. Fokus pendekatan kepada “System Centered” diutamakan berbanding dengan “Person Centered”, tetapi menjurus kepada “People Centric” sebagai natijah akhir. Pelan Korporat merupakan sistem yang dibangunkan untuk faedah Ahli Peladang mengikutinya.

c. Aspek kebajikan anggota LPP diberi keutamaan (kenaikan pangkat, pertukaran, kenaikan gaji dan faedah sampingan yang lain) bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Pelan Korporat LPP Ke 6.

Semoga tahun 2016 memberi kita ketabahan dan ketekunan dalam menghadapi cabaran bagi meraih kejayaan.

Selamat Tahun Baru 2016.

Referensi

Dokumen terkait

• Lain-lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.. • Akta Pengangkutan

Tujuan dilakukannya penelitian adalah membangun sistem informasi konseling untuk mempermudah proses bisnis di Pik-M Aushaf UII yang digunakan mahasiswa maupun

Sumber Bahan/ Referensi PENDAHULUAN Apersepsi: hambatan- hambatan yang dialami mahasiswa ketika akan berbicara di depan publik 15” diskusi Laptop, power point dan LCD

Penyediaan air bersih komunal dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa pilihan sumber air baku seperti mata air, air tanah, air permukaan, dan air hujan, namun pemilihan air

Tidak jauh berbeda, Karvof (2010) menyatakan bahwa perencanaan keuangan pribadi meliputi amal sebesar 10 persen merupakan bentuk dari tanggung jawab sosial individu

TENTANG : ALOKASI DEFINITIF PAJAK BUMI DAN BANGUNAN BAGIAN PEMERINTAH PUSAT YANG DIBAGIKAN KEPADA SELURUH KABUPATEN DAN KOTA TAHUN ANGGARAN 2010. PENETAPAN

Microsoft Word adalah aplikasi pengolah kata yang sangat populer pada saat ini, Aplikasi yang dikembangkan oleh microsoft ini terdapat dalam satu paket microsoft office yang

Hasil penelitian secara distribusi berdasarkan tabel maupun grafik terlihat jelas perubahan yang cukup bagus dari setiap pemeriksaan Berdasarkan hasil pemeriksaan pada telinga