@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas
Edubest
Tahap SM5
Prosa Tradisional
Pemahaman Prosa Tradisional (10 markah)
Sinopsis – “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Kedengaran di benua Siam bahawa negeri Melaka sebuah negeri yang besar dan tidak ditakluki oleh mana-mana empayar. Justeru, Raja Siam, iaitu Bubunnya menyuruh wakilnya ke Melaka untuk meminta surat sembah. Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah Raja Siam. Hal tersebut telah menyebabkan Raja Siam berasa amat marah lalu memerintahkan hulubalangnya, iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka.
Berita Siam hendak menyerang Melaka telah didengari oleh Sultan Muzaffar Syah. Lantas, baginda memerintahkan rakyat dihimpunkan di Melaka. Sehubungan dengan itu, semua rakyat lelaki dibawa berhimpun di Melaka. Tun Perak pula telah menghimpunkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak-anak mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka berperang dengan sungguh-sungguh demi isteri dan anak-anak mereka. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian Sultan Melaka. Selepas Melaka berjaya menewaskan Siam, Tun Perak telah diperintahkan agar menetap di Melaka dan dilantik sebagai bentara.
Kemudian, ada seorang orang Kelang mengadu kepada Sultan Melaka bahawa Tun Perak telah menganiayai dirinya. Duli Yang Dipertuan Sultan Melaka pun memerintahkan Tun Perak supaya menghadap baginda. Tun Perak menyatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak mahu dia dipecat lebih dahulu sekiranya dia ingin dicerca kerana orang yang mengadu tersebut. Kata-kata Tun Perak itu memikat hati Sultan Melaka dan diakui betul. Kebijaksanaan Tun Perak menyebabkan Sultan Melaka melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan gelaran Paduka Raja. Tun Perak duduk setara dengan Seri Nara Diraja di seri balai.
Apabila terdapat dua orang pembesar, orang Melayu pun terbahagi kepada dua
Bahasa
Melayu
lain menjadi pengikut Seri Nara Diraja. Kedua-dua pembesar ini tidak bermuafakat dan sering berselisihan faham. Sultan Melaka berasa dukacita kerana sikap kedua-dua pembesar itu boleh membinasakan negeri. Baginda bercadang untuk mendamaikan kedua-dua pembesar tersebut.
Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja telah dikahwinkan dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendahara Seri Wak Raja yang bersaudara pula dengan Paduka Raja. Tun Kudu ialah isteri sultan tetapi telah diceraikan oleh sultan. Tun Kudu dipelihara oleh Paduka Raja dengan perbelanjaannya ditanggung oleh sultan. Setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu, Seri Nara Diraja telah berbaik-baik dengan Paduka Raja. Malah Seri Nara Diraja memberikan sokongannya terhadap Paduka Raja untuk dilantik sebagai bendahara.
Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana. Pada zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaitu Patih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.
Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Melaka memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan.
Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh
Bahasa
Melayu
banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula.
Di Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah meraikan tenteranya dengan memberikan persalinan yang mulia-mulia. Sebaliknya di Siam pula, Paduka Bubunnya berasa terlalu marah. Lantas baginda sendiri ingin menyerang Melaka. Walau bagaimanapun, anaknya, iaitu Cau Pandan mahu dia diperlengkapkan untuk mengalahkan Melaka. Paduka Bubunnya berasa sangat gembira dan mengarahkan anaknya itu diperlengkapkan dengan Pra Kelong lapan ratus sum dan perahu-perahu kecil yang tidak terbilang banyaknya.
Khabar tentang tentera Siam yang dipimpin oleh Cau Pandan akan menyerang telah kedengaran di Melaka. Tuan Sidi Arab yang menetap di Melaka dan pandai bermain panah lasykar telah menghalakan panahnya ke benua Siam sambil mengatakan bahawa Cau Pandan akan mati. Sultan Muzaffar Syah tersenyum lalu berkata bahawa jika benar Cau Pandan itu mati, bermakna Tuan Sidi Arab itu benar-benar warak.
Di benua Siam, Cau Pandan berasa dadanya seperti terkena panah. Cau Pandan telah sakit dan muntah darah lalu mati. Oleh hal yang demikian, rancangan Siam untuk menyerang Melaka tidak diteruskan. Kematian Cau Pandan telah tersebar hingga Melaka. Sultan Muzaffar Syah yang mendengar khabar tersebut mengakui Tuan Sidi Arab seorang yang warak, lalu memberikan pujian dan anugerah kepada beliau.
Selepas 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.
Bahasa
Melayu
1. Tema prosa ini ialah kebijaksanaan dalam menyelesaikan kemelut atau masalah yang dihadapi.
2. Tun Perak bersikap bijaksana apabila memerintahkan semua lelaki dari Kelang berhimpun di Melaka dengan membawa isteri dan anak-anak mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan orang lelaki Kelang tersebut berperang dengan sungguh-sungguh kerana mereka bukan sahaja berperang kerana sultan tetapi kerana isteri dan anak-anak mereka juga.
Persoalan
1. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menyelesaikan kemelut atau masalah. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah seorang yang bijaksana kerana telah berjaya mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja melalui perkahwinan antara Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja. 2. Perpecahan dalam kalangan pembesar akan membahayakan kedaulatan dan
keharmonian negara. Contohnya, perbalahan antara Seri Nara Diraja dengan Paduka
Raja telah menyebabkan orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan.
3. Negara hendaklah sentiasa bersiap siaga dengan ancaman musuh. Contohnya, Bendahara Paduka Raja sentiasa bersedia dengan taktik untuk mengalahkan Siam. 4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan. Contohnya, Tuan Sidi Arab yang memiliki ilmu dan berada di Melaka telah membunuh Cau Pandan yang berada di Siam dengan menghalakan anak panahnya sahaja.
5. Keberanian dalam menghadapi cabaran. Contohnya, Tun Perak berani menghadapi cabaran apabila didakwa telah menganiaya orang. Dengan keberaniannya menangani konflik tersebut, Sultan Muzaffar Syah telah melantik beliau sebagai Perdana Menteri.
6. Taat setia kepada pemimpin dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara. Contohnya, semua rakyat dan pembesar memberikan taat setia kepada Sultan Melaka. Berkat kesetiaan itu, Melaka berjaya mengalahkan musuh, iaitu Siam.
Bahasa
Melayu
Watak dan Perwatakan
1. Watak utama - Tun Perak.
2. Watak-watak sampingan - Sultan Muzaffar Syah, Seri Nara Diraja, Paduka Bubunnya, Tun Kudu, Tun Umar, Cau Pandan, Tuan Sidi Arab, Sultan Mansur Syah, dan sebagainya.
Tun Perak
1. Tun Perak ialah seorang pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
2. Beliau dinaikkan pangkat daripada pembesar Kelang kepada Paduka Raja dan diperintahkan untuk menetap di Melaka.
3. Seorang yang bijaksana. Contohnya, Tun Perak mengarahkan orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka untuk berkumpul di Melaka bagi menghadapi peperangan dengan Siam. Tindakan beliau itu bertujuan untuk membangkitkan semangat orang-orang Kelang untuk berperang.
4. Seorang yang baik hati. Contohnya, Tun Perak menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah.
5. Seorang yang berani. Contohnya, beliau memimpin orang Melaka untuk mengalahkan tentera Siam yang datang menyerang Melaka.
6. Seorang yang berpengaruh. Contohnya, beliau mempunyai pengikutnya sendiri setelah dilantik menjadi Perdana Menteri.
7. Beliau dilantik menjadi Bendahara Paduka Raja oleh Sultan Muzaffar Syah setelah mendapat sokongan daripada Seri Nara Diraja.
Sultan Muzaffar Syah
1. Seorang yang mementingkan keharmonian Melaka. Contohnya, baginda berusaha untuk mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja kerana bimbang akan sikap mereka yang boleh membinasakan negeri.
Bahasa
Melayu
2. Seorang yang prihatin. Contohnya, baginda meraikan tenteranya yang berjaya mengalahkan tentera Siam dengan memberikan persalinan kepada mereka.
3. Seorang yang bijaksana. Contohnya, baginda telah mendamaikan dua orang pembesarnya yang selalu berselisih faham, iaitu Seri Nara Diraja dan Paduka Raja dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja. 4. Seorang yang tidak terburu-buru. Contohnya, apabila baginda mendengar dakwaan bahawa Paduka Raja membuat penganiayaan, baginda telah memanggil Paduka Raja untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.
5. Seorang raja yang telah memerintah Melaka selama 42 tahun.
6. Seorang raja yang menghargai rakyat. Contohnya, baginda menghargai jasa Tuan Sidi Arab dengan memberikan pujian dan anugerah kepada beliau yang berjaya membunuh Cau Pandan.
Seri Nara Diraja
1. Beliau seorang Bendahara Melaka.
2. Beliau sudah tua sehingga bulu kening dan bulu matanya telah bercantum. 3. Beliau telah berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu bekas isteri Sultan Melaka.
4. Beliau mempunyai anak daripada hubungannya dengan gundik, iaitu Tun Nina Madi.
5. Seri Nara Diraja menjadi bapa saudara kepada Bendahara Paduka Raja apabila beliau berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Bendahara Paduka Raja.
Sultan Mansur Syah
1. Baginda ialah Raja Abdullah, iaitu anak kepada Sultan Muzaffar Syah. 2. Baginda menaiki takhta Melaka selepas ayahanda baginda mangkat. 3. Baginda menjadi sultan ketika berusia 27 tahun.
4. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil dan pemurah.
5. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara
Diraja.
Bahasa
Melayu
6. Baginda mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Bakal, iaitu hasil hubungannya dengan gundik.
Latar
Latar Tempat
1. Melaka. Contohnya, peristiwa atau cerita prosa ini berkisar di negeri Melaka.
2. Muar. Contohnya, tentera Siam bawah pimpinan Awi Cakri berada di Muar selepas berperang dengan orang Melaka.
3. Batu Pahat. Contohnya, tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Dicu berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka.
4. Hulu Muar. Contohnya, orang Siam mencampakkan rotan di Hulu Muar sewaktu hendak lari akibat kalah dengan tentera Melaka.
5. Kelang. Contohnya, tempat tinggal Tun Perak sebelum Melaka berperang dengan Siam adalah di Kelang.
6. Siam. Contohnya, Siam merupakan empayar besar yang mengarahkan tenteranya untuk menyerang Melaka.
7. Istana Siam. Contohnya, Istana Siam ialah tempat bersemayamnya Raja Bubunnya. 8. Seri balai. Contohnya, seri balai ialah tempat duduk Seri Nara Diraja dan Paduka Raja di istana Melaka.
Latar Masa
1. Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, peristiwa dalam prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Contohnya, semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, tentera Siam berusaha untuk menyerang Melaka namun gagal.
Bahasa
Melayu
3. Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka. Contohnya, Bendahara Paduka Raja memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu tentera Siam yang ingin menyerang Melaka.
Latar Masyarakat
1. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan hulubalang. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sebagai pemerintah dan Tun Perak sebagai bendahara.
2. Masyarakat yang mengamalkan ilmu dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Tuan Sidi Arab dapat membunuh Cau Pandan dari jauh sahaja, iaitu dengan menghalakan panahnya ke benua Siam.
3. Masyarakat gundik. Contohnya, Seri Nara Diraja dan Sultan Mansur Syah mempunyai gundik serta anak daripada hubungannya dengan gundik tersebut.
4. Masyarakat yang tidak bersatu. Contohnya, Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak bersatu walaupun mereka ialah pembesar Melaka.
5. Masyarakat yang takut akan isteri. Contohnya, Seri Nara Diraja seorang yang takut akan isteri sehingga sanggup menyembunyikan anaknya, iaitu hasil hubungan dengan gundiknya.
6. Masyarakat yang bijaksana. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah dan Tun Perak bijak menyelesaikan masalah dan cabaran dengan menggunakan strategi yang berkesan. 7. Masyarakat yang baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersifat baik hati apabila menghargai tenteranya dengan memberikan persalinan selepas mereka berjaya mengalahkan Siam.
8. Generasi tua. Contohnya, Seri Nara Diraja merupakan seorang pembesar yang sudah tua hingga bulu mata dan keningnya telah bercantum.
9. Golongan muda. Contohnya, Sultan Mansur Syah dan Tun Umar merupakan golongan yang masih muda dan kuat.
Plot
Bahasa
Melayu
Binaan Plot
1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.
2. Bahagian pengenalan atau eksposisi cerita ini mengisahkan Raja Siam memerintahkan Melaka agar menghantar surat sembah. Namun demikian, Sultan Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut. Oleh itu, Raja Siam, iaitu Raja Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri untuk menyerang Melaka. Sultan Melaka mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi ancaman tentera Siam. Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak masing-masing. Akhirnya, Siam berjaya dikalahkan di Muar.
3. Cerita mencapai tahap perkembangan apabila Tun Perak diperintahkan oleh Sultan Melaka untuk menetap di Melaka dan dijadikan baginda sebagai bentara. Kebijaksanaan Tun Perak sewaktu menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat aniaya telah mendorong Sultan Muzaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja.
4. Cerita memasuki peringkat perumitan apabila Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak sefahaman. Orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagiannya menjadi pengikut Seri Nara Diraja dan sebahagian yang lain menjadi pengikut Paduka Raja. Sultan Muzaffar Syah berasa bimbang sekiranya perbalahan antara pembesar itu akan memudaratkan negeri Melaka. Oleh hal yang
demikian, Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja. Tindakan baginda berjaya menyatukan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Selepas itu, Paduka Raja dijadikan bendahara.
5. Puncak atau klimaks cerita adalah apabila Siam menghantar tenteranya di bawah pimpinan Awi Dicu untuk menyerang Melaka. Sultan Muzaffar Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera Siam. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar menyebabkan tentera Siam tersalah anggap
Bahasa
Melayu
Cau Pandan meminta dia diperlengkapkan untuk menyerang Melaka. Berita Siam ingin menyerang Melaka telah diketahui oleh Raja Melaka. Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu telah membantu Melaka dengan menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandan dari jauh. Cau Pandan berasa dadanya seperti dipanah lalu muntah darah dan mati. Kematian Cau Pandan menggembirakan hati Sultan Muzaffar Syah.
6. Pada bahagian peleraian, Sultan Muzaffar Syah mangkat selepas memerintah Melaka selama 42 tahun. Takhta Melaka digantikan oleh Raja Abdullah, iaitu anakanda Sultan Muzaffar Syah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.
Teknik Plot
Pelbagai teknik plot atau teknik penulisan yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot prosa tradisional.
1. Teknik pemerian.
(a) Pengarang memerihalkan perwatakan Seri Amerta. Contohnya:
Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri Amerta. (hlm. 27)
(b) Pengarang memerihalkan peristiwa semasa orang Siam datang untuk berperang dengan orang Melaka yang akhirnya berpihak kepada negeri Melaka. Contohnya:
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar.
(hlm. 29) 2. Teknik dialog.
(a) Dialog antara Sultan Muzaffar Syah dengan Seri Nara Diraja. Contohnya:
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri
Bahasa
Melayu
Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Mahukah Seri Nara Diraja beristeri? "
Maka sembahnya, "Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku."
Maka titah baginda, "Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?"
Maka sembahnya, "Mohon patik tuanku." (hlm. 31)
(b) Dialog antara Sultan Muzaffar Syah dengan Tuan Sidi Arab. Contohnya:
...Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab,
sambil menarik panahnya itu, "Mati engkau, Cau Pandan."
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, "Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan Keramat." (hlm. 36)
3. Teknik monolog dalaman.
(a) Sultan Muzaffar Syah bermonolog dalaman ketika baginda mendengar penjelasan daripada Tun Perak. Contohnya:
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, "Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri." (hlm. 30)
(b) Sultan Muzaffar Syah bermonolog dalaman ketika baginda mendengar penjelasan daripada Tun Perak. Contohnya:
...Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, "Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar." (hlm. 31)
4. Teknik imbas kembali.
Seri Nara Diraja teringat akan peristiwa bapanya membeli azimat. Contohnya:
Bahasa
Melayu
Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu."
(hlm. 33)
Gaya Bahasa
1. Bahasa Melayu Klasik. Contohnya:
(a) ...Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada
terpermanai lagi. (hlm. 27)
(b) ...jangan kemakanan matanya. (hlm. 29)
(c) Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapahu sekati emas di benua
Keling itu." (hlm. 33)
2. Bahasa istana. Contohnya:
(a) Maka diambil baginda sirih... (hlm. 29)
(b) Maka baginda memberi titah kepada bentara... (hlm. 30) (c) … oleh tuanku tiada mengaku... (hlm. 31)
(d) … maka baginda pun mangkatlah. (hlm. 38) 3. Bahasa Arab. Contohnya:
(a) Dan telah sudah lepas idah... (hlm. 33)
(b) … sesaat itu juga ditalak baginda ... (hlm. 33)
(c) … "Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat." (hlm. 37) 4. Simile. Contohnya:
(a) … seperti dewal orang berzikir. (hlm. 36) (b) … dadanya seperti kena panah ... (hlm. 37) 5. Hiperbola. Contohnya:
(a) ...Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu... (hlm. 34) (b) ...lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi... (hlm. 36)
(c) ...seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu. (hlm. 38)
Bahasa
Melayu
6. Kata ganda. Contohnya: (a) kurang-kurang (hlm. 29) (b) besar-besar (hlm. 33) (c) berkasih-kasihan (hlm. 33) (d) olang-oleng (hlm. 35) (e) mulia-mulia (hlm. 36) (f) kecil-kecil (hlm. 36)
7. Perulangan atau repetisi. Contohnya:
(a) ... "Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga,
hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat...
(hlm. 29)
(b) Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap
orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu ... (hlm. 31)
(c) Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya
Sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. (hlm. 35)
8. Ayat yang meleret-leret. Contohnya:
(a) Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih
Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
(hlm. 33)
(b) Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari
Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan segala hulubalang banyak.
(hlm. 34)
Bahasa
Melayu
(c) Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi
pemurah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.
(hlm. 38)
9. Lagu. Contohnya:
Cau Pandan anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka, Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata. (hlm. 37)
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Tun Perak bersikap bijaksana dalam menghadapi ancaman Siam yang mahu menyerang negeri Melaka. Beliau mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar dan tindakan beliau ini telah menggerunkan tentera Siam.
2. Nilai baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersikap baik hati dengan menganugerahkan persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya selepas mereka berjaya mengusir tentera Siam.
3. Nilai berilmu pengetahuan. Contohnya, Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh sahaja.
4. Nilai bersatu padu. Contohnya, Seri Nara Diraja yang bersepakat dengan Bendahara Paduka Raja telah menjadikan rakyat Melaka bersatu padu dan terus kukuh untuk berhadapan dengan ancaman Siam.
5. Nilai keikhlasan. Contohnya, Seri Nara Diraja dengan ikhlas hati menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.
Bahasa
Melayu
6. Nilai keberanian. Contohnya, Tun Perak bersama-sama dengan tentera Melaka amat berani menentang tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Cakri dan Awi Dicu sehingga kedua-dua gerombolan tentera musuh dapat dikalahkan.
7. Nilai pengorbanan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban, iaitu baginda menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja demi kebaikan negeri Melaka.
Pengajaran
1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara. Contohnya, Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang tentera Siam yang begitu ramai sehingga berjaya melindungi negeri Melaka.
2. Kita haruslah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Tindakan baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja telah berjaya memperkukuh keharmonian negeri Melaka.
3. Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka. 4. Kita mestilah sanggup berkorban untuk memperoleh kebaikan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, iaitu Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara Diraja bermuafakat dan berbaik-baik dengan Paduka Raja.
S. Kita haruslah hidup bersatu padu untuk menikmati kehidupan yang harmoni. Contohnya, Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam.
Bahasa
Melayu
6. Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan
yang betul dan tepat. Contohnya, Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi dapat membunuh musuh dari jauh sahaja.
Latihan
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh
perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita."
Maka kata Awi Dicu, "Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini."
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
(Dipetik daripada "Burung Terbang Dipipiskan Lada"
Bahasa
Melayu
dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)
(i) Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa. [2 markah]
________________________________________________________________ ________________________________________________________________
(ii) Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja untuk menakutkan tentera Siam itu? [3 markah]
________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________
(iii) Pada zaman dahulu, berperang merupakan satu daripada cara untuk menyelesaikan konflik antara dua buah negara.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya
peperangan? KBAT [3 markah]
________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________
Bahasa
Melayu
Edubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650