• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM5. Modul 506B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM5. Modul 506B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM5

Modul 506B-2

Pemahaman. Novel. Rumusan

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir

(3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

(3)

Pemahaman

1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kebanyakan generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu membayar balik wang pinjaman pembiayaan pelajaran. Dalam hal ini, mereka sepatutnya memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk membayar balik wang pinjaman tersebut. Perkara ini sangat penting bagi memastikan mereka dapat

(4)

menguruskan kewangan masing-masing. Dalam hal perkahwinan pula, generasi muda gemar memilih pakej perkahwinan yang terdapat di pasaran. Mereka seharusnya memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing. Pada masa yang sama, kos yang tinggi diperlukan untuk memulakan penghidupan baharu dalam berkeluarga. Oleh hal yang demikian, pasangan yang baru berkahwin disarankan supaya tinggal bersarna-sama ibu bapa sebagai langkah penjimatan. Dalam tempoh berkenaan, pasangan tersebut dapat menabung untuk dijadikan wang pendahuluan untuk membeli rurnah. Sebenarnya, pembelian rumah pada usia muda adalah lebih baik untuk mendapatkan tempoh pembiayaan yang lebih anjal. Bagi pasangan yang menyewa rumah, mereka perlulah memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus pendapatan bulanan isi rumah.

-Berita Harian

Bahan 2

Pada era pascakemerdekaan yang serba mencabar akal dan minda ini, kos sara hidup masyarakat semakin lama semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa budaya menabung juga kian luntur saban hari. Oleh itu, tabungan atau simpanan kewangan perlu dimulakan sejak kecil persis peribahasa yang acap kali meniti di bibir masyarakat, iaitu melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Ibu bapa memainkan peranan yang dominan semasa mendidik anak-anak untuk menabung. Simpanan wang yang dilakukan pada setiap hari walaupun dalam jumlah yang kecil, bukanlah perkara yang sukar untuk dilakukan. Wang tabungan tersebut tidak akan digunakan jika tidak diperlukan. Wang tersebut hanya akan digunakan pada masa tertentu. Persoalannya, apakah tujuan membuat tabungan atau simpanan kewangan bagi seseorang individu?

(5)

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud peranan yangdominan? [2 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1dan Bahan 2, bandingkan perbezaan usaha yang diambil untuk memupuk amalan menabung. [ 3 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii) Generasi muda di negara kita tidak bijak menguruskan kewangan sehingga mereka hidup dalam keadaan hutang-piutang walaupun dalam usiayang muda. Pada pendapat anda, mengapakah situasi ini berlaku? [ 3 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iv) Pertumbuhan ekonomi yang kurang memerangsangkan lebih-lebih lagi ketika negara kita bergelut untuk keluar daripada belenggu pandemik Covid-19. Rakyat yang

(6)

dapat mengharungi kesukaran hidup pada masa ini ialah mereka yang ada tabungan wang. Sebagai remaja yang prihatin, mengapakah amalan menabung dikatakan amat penting dalam kehidupan dan bagaimanakah masyarakat dapat mengurangkan tekanan ekonomi pada waktu kegawatan ekonomi seperti hari ini? [4 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

(7)

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan :

Prosa Tradisional - “Burung Terbang Dipipiskan Lada”

Sinopsis

Kedengaran di benua Siam bahawa negeri Melaka sebuah negeri yang besar dan tidak ditakluki oleh mana-mana empayar. Justeru, Raja Siam, iaitu Bubunnya menyuruh wakilnya ke Melaka untuk meminta surat sembah. Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah Raja Siam. Hal tersebut telah menyebabkan Raja Siam berasa amat marah lalu memerintahkan hulubalangnya, iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka.

Berita Siam hendak menyerang Melaka telah didengari oleh Sultan Muzaffar Syah. Lantas, baginda memerintahkan rakyat dihimpunkan di Melaka. Sehubungan dengan itu, semua rakyat lelaki dibawa berhimpun di Melaka. Tun Perak pula telah menghimpunkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak-anak mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka berperang dengan sungguh-sungguh demi isteri dan anak-anak mereka. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian Sultan Melaka. Selepas Melaka berjaya menewaskan Siam, Tun Perak telah diperintahkan agar menetap di Melaka dan dilantik sebagai bentara.

Kemudian, ada seorang orang Kelang mengadu kepada Sultan Melaka bahawa Tun Perak telah menganiayai dirinya. Duli Yang Dipertuan Sultan Melaka pun memerintahkan Tun Perak supaya menghadap baginda. Tun Perak menyatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak mahu dia dipecat lebih dahulu sekiranya dia ingin dicerca kerana orang yang mengadu tersebut. Kata-kata

(8)

Tun Perak itu memikat hati Sultan Melaka dan diakui betul. Kebijaksanaan Tun Perak menyebabkan Sultan Melaka melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan gelaran Paduka Raja. Tun Perak duduk setara dengan Seri Nara Diraja di seri balai.

Apabila terdapat dua orang pembesar, orang Melayu pun terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagiannya menjadi pengikut Paduka Raja dan sebahagian yang lain menjadi pengikut Seri Nara Diraja. Kedua-dua pembesar ini tidak bermuafakat dan sering berselisihan faham. Sultan Melaka berasa dukacita kerana sikap kedua-dua pembesar itu boleh membinasakan negeri. Baginda bercadang untuk mendamaikan kedua-dua pembesar tersebut.

Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja telah dikahwinkan dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendahara Seri Wak Raja yang bersaudara pula dengan Paduka Raja. Tun Kudu ialah isteri sultan tetapi telah diceraikan oleh sultan. Tun Kudu dipelihara oleh Paduka Raja dengan perbelanjaannya ditanggung oleh sultan. Setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu, Seri Nara Diraja telah berbaik-baik dengan Paduka Raja. Malah Seri Nara Diraja memberikan sokongannya terhadap Paduka Raja untuk dilantik sebagai bendahara.

Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana. Pada zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaitu Patih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.

Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Melaka memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar

(9)

supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan.

Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula.

Di Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah meraikan tenteranya dengan memberikan persalinan yang mulia-mulia. Sebaliknya di Siam pula, Paduka Bubunnya berasa terlalu marah. Lantas baginda sendiri ingin menyerang Melaka. Walau bagaimanapun, anaknya, iaitu Cau Pandan mahu dia diperlengkapkan untuk mengalahkan Melaka. Paduka Bubunnya berasa sangat gembira dan mengarahkan anaknya itu diperlengkapkan dengan Pra Kelong lapan ratus sum dan perahu-perahu kecil yang tidak terbilang banyaknya.

Khabar tentang tentera Siam yang dipimpin oleh Cau Pandan akan menyerang telah kedengaran di Melaka. Tuan Sidi Arab yang menetap di Melaka dan pandai bermain panah lasykar telah menghalakan panahnya ke benua Siam sambil mengatakan bahawa Cau Pandan akan mati. Sultan Muzaffar Syah tersenyum lalu berkata bahawa jika benar Cau Pandan itu mati, bermakna Tuan Sidi Arab itu benar-benar warak.

Di benua Siam, Cau Pandan berasa dadanya seperti terkena panah. Cau Pandan telah sakit dan muntah darah lalu mati. Oleh hal yang demikian, rancangan Siam untuk menyerang Melaka tidak diteruskan. Kematian Cau Pandan telah tersebar hingga Melaka. Sultan Muzaffar Syah yang mendengar khabar tersebut mengakui Tuan Sidi Arab seorang yang warak, lalu memberikan pujian dan anugerah kepada beliau.

Selepas 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah dengan

(10)

gelaran Sultan Mansur Syah. Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

Tema

1. Tema prosa ini ialah kebijaksanaan dalam menyelesaikan kemelut atau masalah yang dihadapi.

2. Tun Perak bersikap bijaksana apabila memerintahkan semua lelaki dari Kelang berhimpun di Melaka dengan membawa isteri dan anak-anak mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan orang lelaki Kelang tersebut berperang dengan sungguh-sungguh kerana mereka bukan sahaja berperang kerana sultan tetapi kerana isteri dan anak-anak mereka juga.

Persoalan

1. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menyelesaikan kemelut atau masalah. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah seorang yang bijaksana kerana telah berjaya mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja melalui perkahwinan antara Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja.

2. Perpecahan dalam kalangan pembesar akan membahayakan kedaulatan dan keharmonian negara. Contohnya, perbalahan antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja telah menyebabkan orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan.

3. Negara hendaklah sentiasa bersiap siaga dengan ancaman musuh. Contohnya, Bendahara Paduka Raja sentiasa bersedia dengan taktik untuk mengalahkan Siam. 4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan. Contohnya, Tuan Sidi Arab yang memiliki ilmu dan berada di Melaka telah membunuh Cau Pandan yang berada di Siam dengan menghalakan anak panahnya sahaja.

5. Keberanian dalam menghadapi cabaran. Contohnya, Tun Perak berani menghadapi cabaran apabila didakwa telah menganiaya orang. Dengan keberaniannya

(11)

menangani konflik tersebut, Sultan Muzaffar Syah telah melantik beliau sebagai Perdana Menteri.

6. Taat setia kepada pemimpin dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara. Contohnya, semua rakyat dan pembesar memberikan taat setia kepada Sultan Melaka. Berkat kesetiaan itu, Melaka berjaya mengalahkan musuh, iaitu Siam.

Watak dan Perwatakan 1. Watak utama - Tun Perak.

2. Watak-watak sampingan - Sultan Muzaffar Syah, Seri Nara Diraja, Paduka Bubunnya, Tun Kudu, Tun Umar, Cau Pandan, Tuan Sidi Arab, Sultan Mansur Syah, dan sebagainya.

Tun Perak

1. Tun Perak ialah seorang pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.

2. Beliau dinaikkan pangkat daripada pembesar Kelang kepada Paduka Raja dan diperintahkan untuk menetap di Melaka.

3. Seorang yang bijaksana. Contohnya, Tun Perak mengarahkan orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka untuk berkumpul di Melaka bagi menghadapi peperangan dengan Siam. Tindakan beliau itu bertujuan untuk membangkitkan semangat orang-orang Kelang untuk berperang.

4. Seorang yang baik hati. Contohnya, Tun Perak menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah.

5. Seorang yang berani. Contohnya, beliau memimpin orang Melaka untuk mengalahkan tentera Siam yang datang menyerang Melaka.

6. Seorang yang berpengaruh. Contohnya, beliau mempunyai pengikutnya sendiri setelah dilantik menjadi Perdana Menteri.

7. Beliau dilantik menjadi Bendahara Paduka Raja oleh Sultan Muzaffar Syah setelah mendapat sokongan daripada Seri Nara Diraja.

(12)

Sultan Muzaffar Syah

1. Seorang yang mementingkan keharmonian Melaka. Contohnya, baginda berusaha untuk mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja kerana bimbang akan sikap mereka yang boleh membinasakan negeri.

2. Seorang yang prihatin. Contohnya, baginda meraikan tenteranya yang berjaya mengalahkan tentera Siam dengan memberikan persalinan kepada mereka.

3. Seorang yang bijaksana. Contohnya, baginda telah mendamaikan dua orang pembesarnya yang selalu berselisih faham, iaitu Seri Nara Diraja dan Paduka Raja dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja. 4. Seorang yang tidak terburu-buru. Contohnya, apabila baginda mendengar dakwaan bahawa Paduka Raja membuat penganiayaan, baginda telah memanggil Paduka Raja untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.

5. Seorang raja yang telah memerintah Melaka selama 42 tahun.

6. Seorang raja yang menghargai rakyat. Contohnya, baginda menghargai jasa Tuan Sidi Arab dengan memberikan pujian dan anugerah kepada beliau yang berjaya membunuh Cau Pandan.

Seri Nara Diraja

1. Beliau seorang Bendahara Melaka.

2. Beliau sudah tua sehingga bulu kening dan bulu matanya telah bercantum. 3. Beliau telah berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu bekas isteri Sultan Melaka.

4. Beliau mempunyai anak daripada hubungannya dengan gundik, iaitu Tun Nina Madi.

5. Seri Nara Diraja menjadi bapa saudara kepada Bendahara Paduka Raja apabila beliau berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Bendahara Paduka Raja.

Sultan Mansur Syah

1. Baginda ialah Raja Abdullah, iaitu anak kepada Sultan Muzaffar Syah. 2. Baginda menaiki takhta Melaka selepas ayahanda baginda mangkat.

(13)

3. Baginda menjadi sultan ketika berusia 27 tahun.

4. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil dan pemurah.

5. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

6. Baginda mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Bakal, iaitu hasil hubungannya dengan gundik.

Latar

Latar Tempat

1. Melaka. Contohnya, peristiwa atau cerita prosa ini berkisar di negeri Melaka.

2. Muar. Contohnya, tentera Siam bawah pimpinan Awi Cakri berada di Muar selepas berperang dengan orang Melaka.

3. Batu Pahat. Contohnya, tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Dicu berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka.

4. Hulu Muar. Contohnya, orang Siam mencampakkan rotan di Hulu Muar sewaktu hendak lari akibat kalah dengan tentera Melaka.

5. Kelang. Contohnya, tempat tinggal Tun Perak sebelum Melaka berperang dengan Siam adalah di Kelang.

6. Siam. Contohnya, Siam merupakan empayar besar yang mengarahkan tenteranya untuk menyerang Melaka.

7. Istana Siam. Contohnya, Istana Siam ialah tempat bersemayamnya Raja Bubunnya. 8. Seri balai. Contohnya, seri balai ialah tempat duduk Seri Nara Diraja dan Paduka Raja di istana Melaka.

Latar Masa

1. Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, peristiwa dalam prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

(14)

2. Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Contohnya, semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, tentera Siam berusaha untuk menyerang Melaka namun gagal.

3. Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka. Contohnya, Bendahara Paduka Raja memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu tentera Siam yang ingin menyerang Melaka.

Latar Masyarakat

1. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan hulubalang. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sebagai pemerintah dan Tun Perak sebagai bendahara.

2. Masyarakat yang mengamalkan ilmu dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Tuan Sidi Arab dapat membunuh Cau Pandan dari jauh sahaja, iaitu dengan menghalakan panahnya ke benua Siam.

3. Masyarakat gundik. Contohnya, Seri Nara Diraja dan Sultan Mansur Syah mempunyai gundik serta anak daripada hubungannya dengan gundik tersebut.

4. Masyarakat yang tidak bersatu. Contohnya, Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak bersatu walaupun mereka ialah pembesar Melaka.

5. Masyarakat yang takut akan isteri. Contohnya, Seri Nara Diraja seorang yang takut akan isteri sehingga sanggup menyembunyikan anaknya, iaitu hasil hubungan dengan gundiknya.

6. Masyarakat yang bijaksana. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah dan Tun Perak bijak menyelesaikan masalah dan cabaran dengan menggunakan strategi yang berkesan. 7. Masyarakat yang baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersifat baik hati apabila menghargai tenteranya dengan memberikan persalinan selepas mereka berjaya mengalahkan Siam.

8. Generasi tua. Contohnya, Seri Nara Diraja merupakan seorang pembesar yang sudah tua hingga bulu mata dan keningnya telah bercantum.

(15)

9. Golongan muda. Contohnya, Sultan Mansur Syah dan Tun Umar merupakan golongan yang masih muda dan kuat.

Nilai

1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Tun Perak bersikap bijaksana dalam menghadapi ancaman Siam yang mahu menyerang negeri Melaka. Beliau mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar dan tindakan beliau ini telah menggerunkan tentera Siam.

2. Nilai baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersikap baik hati dengan menganugerahkan persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya selepas mereka berjaya mengusir tentera Siam.

3. Nilai berilmu pengetahuan. Contohnya, Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh sahaja.

4. Nilai bersatu padu. Contohnya, Seri Nara Diraja yang bersepakat dengan Bendahara Paduka Raja telah menjadikan rakyat Melaka bersatu padu dan terus kukuh untuk berhadapan dengan ancaman Siam.

5. Nilai keikhlasan. Contohnya, Seri Nara Diraja dengan ikhlas hati menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.

6. Nilai keberanian. Contohnya, Tun Perak bersama-sama dengan tentera Melaka amat berani menentang tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Cakri dan Awi Dicu sehingga kedua-dua gerombolan tentera musuh dapat dikalahkan.

7. Nilai pengorbanan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban, iaitu baginda menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja demi kebaikan negeri Melaka.

(16)

Pengajaran

1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara. Contohnya, Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang tentera Siam yang begitu ramai sehingga berjaya melindungi negeri Melaka.

2. Kita haruslah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Tindakan baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja telah berjaya memperkukuh keharmonian negeri Melaka.

3. Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.

4. Kita mestilah sanggup berkorban untuk memperoleh kebaikan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, iaitu Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara Diraja bermuafakat dan berbaik-baik dengan Paduka Raja.

S. Kita haruslah hidup bersatu padu untuk menikmati kehidupan yang harmoni. Contohnya, Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam.

6. Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang betul dan tepat. Contohnya, Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dapat membunuh musuh dari jauh sahaja.

(17)

Latihan

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita."

Maka kata Awi Dicu, "Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini." Maka segala orang Siam pun kembalilah.

(Dipetik daripada "Burung Terbang Dipipiskan Lada" dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)

(i) Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa. [2 markah]

________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(18)

(ii) Apakah persamaan antara Sultan Muzzafar Syah dan Tun Perak dalam menyelesaikan konflik dalaman dan luaran ? [4 markah]

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Pada zaman dahulu, berperang merupakan satu daripada cara untuk

menyelesaikan konflik antara dua buah negara. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya peperangan? [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(iv) Jika anda penghulu kampung, apakah yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan konflik antara penduduk di kampung anda ? [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(19)

3.Pemahaman Novel (2 soalan; 10 %)

Praktis 1 : Tirani Soalan 1 :

Doktor dari klinik panel Flamingo yang merawat Waheeda memberi beberapa preskripsi ubat selepas menasihatinya agar banyak berehat. Antibiotik harus dihabiskan dalam masa tiga hari. Ubat selesema dan deman pula perlu juga dimakan, doktor mengingatkannya. Dalam hati teringat akan kata orang tua-tua, penyakit datang bagaikan rebut dan hilangnya pula bagaikan semut. Orang tua-tua sememangnya bijak mengungkap peribahasa hasil pengamatan dan penelitian tajam mereka, fikir Waheeda. Dia semakin rimas,lantaran demamnya tidakjuga kebah walaupun pelbagai ubat telah ditelan. Sensorinya memberitahu hanya Allahlah sebenar-benar menyembuhkan, sedang doktor hanya perantara dan penerima ongkosnya sahaja.

Dipetik daripada Novel Tirani Karya Beb Sabariah Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah pesanan yang telah diberikan oleh doktor dari klinik panel Flamingo terhadap

Waheeda? [4 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Soalan 2 :

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: a, Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip b. Tirani, karya Beb Sabariah

c. Silir Daksina, karya Nizar Parman

(20)

Penulis berusaha untuk menyedarkan pembaca dengan mengkritik sikap sesetengah masyarakat agar dapat memberikan pengajaran kepada khalayak pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan peristiwa tersebut dan jelaskan sebab pengarang mengkritik masyarakat tersebut. [6 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Praktis 2 : Silir Daksina Soalan1 :

Hatinya sangat tertarik apabila melhat beberapa keping gambar ayahnya yang segak mengenakan baju Melayu teluk belanga bersama-sama kumpulan zapin Seri Purnama.

"Ayahku benar-benar seorang penari zapin, Zim" Kalimat itu meluncur dari bibirnya. "Ayahku benar-benar seorang penari zapin, Zim" Kalimat itu meluncur dari bibirnya.

(21)

Lazim menepuk bahunya. "Bukan setakat itu saja, Qal. Dia jugalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama yang telah lama berkubur. Maklumat yang aku dengar daripada ayahku, dia juga bersusah payah memujuk ahli-ahli lama yang seolah-olah telah jauh hati akibat sengketa sesama mereka suatu masa dulu," jelas Lazim.

"Mereka ada lagi kan, Zim?"

Lazim bungkam seketika. Dia kurang mengerti apakah maksud pertanyaan Haiqal itu.

Dipetik daripada Novel Silir Daksina, Karya NizarParman Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan peranan yang telah dilakukan oleh ayah Haiqal untuk kumpulan zapin Seri

Purnama. [4 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Soalan 2 :

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: a. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip

a. Tirani, karya BebSabariah

c. Silir Daksina, karya NizarParman

d. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Pelbagai watak sampingan yang ditegur oleh pengarang. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan dua teguran pengarang bagi watak-watak sampingan dalam

(22)

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markah, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ ---

Isi : 20 markah

Bahasa : 10 markah

(23)

Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Latihan :

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disediakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.

Bahan 1 :

Kemurungan atau istilah lainnya "deprisi" biasanya mendampingi individu yang berhadapan dengan masalah yang sukar diselesaikan danterus menghantui remaja. Kesulitan sebegini biasanya akan menguasai diri remaja sehingga pemikiran mereka

(24)

hanya tertumpu pada permasalahan tersebut. Biasanya remaja yang murung menjadi bend akan kehidupannya dan sentiasa menyalahkan mereka sendiri atau orang lain.

Kemurungan sering dikaitkan dengan perubahan emosi negatif yang dapat memudaratkan diri remaja. Kesan kemurungan kepada emosi remaja turut menjadikan mereka mengalami kesulitan menenangkan diri dan mengembalikan perasaan positif yang wujud sebelum ini. Terdapat sesetengah individu yang mengalami depresi menjadi agresif dan marah yang teramat dengan melemparkan objek berdekatan dengannya atau merosakkan barangan untuk melepaskan tekanan. Depresi yang dialami dapat melumpuhkan sistern perkembangan tubuh dan minda yang sihat. Remaja juga mengalami kesukaran untuk tidur malam atau dikenali sebagai insomnia sehingga menjadikan tubuh mereka tidak berupaya berkembang dengan baiknya. Remaja yang menderita kemurungan juga kurang menitikberatkan soal pelajaran mereka kerana menganggap kehidupannya sudah tidak lagi bermakna untuk mengambil serius hal-hal duniawi kerana fikiran yang dipenuhi dengan masalah yang dihadapi. Impak yang paling tragik ialah mereka bertindak membunuh diri. Sebelum perkara sebegini berlaku, adalah penting bagi insan terdekat remaja murung tersebut mentafsirkannya dengan segera perubahan dirinya dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sebagai remaja, kesihatan emosi yang baik perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya. Masalah kemurungan hanya dapat diatasi dengan melakukan perkara yang positif dalam rutin harian mereka kerana emosi manusia bersifat kerohanaian dan dalaman. Hanya dengan mengamalkan aktiviti keagamaan, mampu untuk mereka rnenangani masalah ini.

(25)
(26)
(27)
(28)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Unilever Indonesia, Tbk tersebut kita dapat mengetahui bahwa Unilever memiliki posisi yang kuat sebagai pemimpin dalam pasar, seperti dindikasikan total nilai

kemampuan untuk hal yang bersifat pen- ting. Situasi seperti ini sangat berpengaruh terhadap kondisi kesehatan anak menjadi menurun, daya tahan tubuh lemah, yang

Temuan ini menunjukkan bahwa perusahaan publik yang profitable akan mampu memupuk modal sehingga akan tertarik untuk melakukan diversifikasi usaha.Temuan penelitian ini

• Melaksanakan tindak lanjut dengan memberikan arahan, kegiatan, atau tugas sebagai bahan remidi/pengayaan Pertemuan 3 : o Mahasiswa mampu menggunakan multimedia,

Menimbang, bahwa atas pertimbangan hukum majelis hakim Pengadilan Agama Sengkang sebagaimana tersebut di atas maka Pengadilan Tinggi Agama Makassar menyatakan tidak

a. Pendekatan keruangan, merupakan pendekatan dalam geografi yang digunakan untuk mengetahui persebaran penggunaan ruang atau lokasi mengenai sifat-sifat lokasi yang

Hasil ini sesuai dengan penelitian yang dilakukan oleh Dehghanan dan Bakhshandeh (2014) serta Chen and Chang (2012) yang menunjukkan temuan bahwa green trust memediasi