• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM4. Modul 403B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM4. Modul 403B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM

4

Modul

403

B-2

Pemahaman. Novel. Rumusan

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir

(3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Program

Bahasa

Melayu

(3)

Pemahaman

1.Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Dalam konteks pendidikan, Kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan kehalusan yang berbentuk pelbagai genre karya. Dalarn pernbelajaran Pendidikan Komponen Sastera (KOMSAS), pelajar didedahkan dengan karya seperti novel dan cerpen. Melalui karya ini, para

Program

Bahasa

Melayu

(4)

pelajar dapat mempelajari teknik penulisan yang berkualiti dan membantu mereka untuk menjanakan idea baharu dalarn penulisan karangan.

Selain itu, pelajar turut mempelajari puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam, dan seloka. Khazanah bangsa ini akan lenyap ditelan zarnan sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Oleh hal yang demikian, KOMSAS arnat penting untuk memberikan pengetahuan kepada generasi muda, khususnya tentang puisi Melayu tradisional.

Bahan 2

KOMSAS juga dijadikan satu instrumen perpaduan dalam kalangan pelajar yang bersekolah di institusi yang tidak multietnik seperti Sekolah Swasta Cina, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan I\gama, Sekolah I\gama Rakyat dan sebagainya. Pelajar masih boleh mernpelajari, mernbaca dan rnenghayati kisah-kisah yang daripada pelbagai latar rnasyarakat, ternpat dan masa yang mencerminkan bangsa Malaysia.

Selain itu, KOMSAS boleh dijadikan wadah untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar. Menurut Rajendran (2000), "Kesusasteraan menawarkan peluang untuk membimbing pelajar meramal, merumus, menganalisis, membuat inferens, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang merupakan kemahiran berfikir aras tinggi."

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mencerminkan bangsa? [2 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kelebihan-kelebihan Pendidikan Komponen Sastera (KOMSAS). [ 3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

(5)

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii) Terdapat segelintir murid yang tidak membaca novel atau cerpen yang terkandung dalam buku teks KOMSAS.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca masalah tersebut berlaku dalam kalangan murid? [ 3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iv)Guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda telah memberikan tugasan kepada anda. Anda diminta untuk membuat ulasan sebuah novel. Guru anda juga mencadangkan anda agar menulis ulasan yang lengkap sebagai contoh kepada rakan-rakan yang lain,

Cadangkan kriteria-kriteria novel yang baik. [4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan inimemerlukan pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Puisi Moden

Sajak – “Gelanggang”

Ini gelanggang kita

yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu

satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari

Program

Bahasa

Melayu

(7)

hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata

dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu

kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan derni mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani

kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang

jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah

elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri

membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Onn Malini

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Program

Bahasa

Melayu

(8)

Maksud:

Rangkap 1: Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang lampau, negara ini telah berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabkan adanya persepakatan antara kaum di negara ini.

Rangkap 2: Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang besar. Hal inilah yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Generasi kini perlulah bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman luar yang ingin menggugat kestabilan negara. Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan seandainya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.

Rangkap 3: Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang mempertahankan maruah negara. Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang

cuba mengucar-ngacirkan negara, mereka perlu ditentang habis-habisan.

Rangkap 4: Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Rangkap 5: Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara kita menjadi aman dan seterusnya dihormati oleh negara lain. Sewajarnya, kita mencurahkan sepenuh ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila.

Tema

Tema sajak ini ialah pentingnya mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta. Usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah air wajar dikenang. Oleh itu, kerjasama dan perpaduan antara kaum perlulah dipererat.

Program

Bahasa

Melayu

(9)

Persoalan

1. Perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu membangunkan negara.

2. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat.

3. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara.

4. Semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih sayang terhadap negara.

5. Usaha membangunkan negara memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini berbentuk bebas.

2. Sajak ini terdiri daripada limarangkap.

3. Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris, rangkap kedua ada lapan baris, rangkap keriga ada tujuh haris, dan rangkap keempat ada tujuh baris. 4. Jumlah patah kata dan suku kata dalam sajak ini juga tidak sama. Misalnya, pada rangkap ketiga baris pertama ada lapan patah kata dengan dua puluh satu suku kata. Sebaliknya pada rangkap kedua baris keempat ada satu patah kata sahaja dengan tiga suku kata.

5. Rima akhirnya bebas; abccd, abacdadc, abcbcdb, abbcbbd.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya:

(a) Hari ini pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

(b) dan air mata

2. Anafora. Contohnya: rangkap 2, baris 1 dan 2

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(10)

kita pelihara

kita mempertahankan

3. Metafora. Contohnya:

gelanggang keramat.

4. Perlambangan atau imejan. Contohnya:

pewaris gelanggang

Pewaris” bermaksud generasi kini. Dalam sajak ini, “pewaris gelanggang” membawa maksud rakyat di negara ini.

5. Repetisi atau perulangan kata. Contohnya:

Kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini. 6. Unsur bunyi:

(a) asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:

jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak lapan kali. (b) aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:

elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.

Nada

Sajak ini bernada patriotisme. Nada patriotisme sesuai dengan sajak tersebut yang menggambarkan perasaan cinta penyajak terhadap tanah air.

Nilai

1. Nilai cinta akan tanah air. Contohnya, nilai cinta akan negara perlulah dipupuk dalam diri setiap warga negara.

2. Nilai penghargaan. Contohnya, jasa nenek moyang kita memerdekakan negara ini perlu dihargai.

rangkap 2, baris 5 dan 6

Program

Bahasa

Melayu

(11)

3. Nilai bersatu padu. Contohnya, kemerdekaan yang dikecap adalah hasil perpaduan antara kaum di negara ini.

4. Nilai ketaatan. Contohnya, taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan.

5. Nilai pengorbanan. Contohnya, pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta. 6. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, semua rakyat di negara ini bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.

Pengajaran

1. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.

2. Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita yang berusaha memerdekakan negara ini.

3. Untuk menjamin keharmonian negara dikekalkan, rakyat di negara ini perlulah bersatu padu.

4. Kita perlulah bersedia untuk berkorban demi negara.

5. Setiap warganegara bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan “gelanggang” dalamm sajak ini ?

[2 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

(ii) Apakah perbezaan peranan yang dimainkan oleh nenek moyang kita dengan generasi moden dalam soal mempertahankan kedaulatan negara ? [4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara

dijajah? [3 markah]

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iv) Pada pendapat anda, bagaimanakah dapat kita mengekalkan perpaduan seperti yang dinyatakan dalam sajak ini ?

[4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan bahagian ini akan dikemukakan setelah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dikaji.

Program

Bahasa

Melayu

(13)

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ --- Isi : 20 markah Bahasa : 10 markah --- Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Program

Bahasa

Melayu

(14)

Latihan :

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal dan bahan.

Bahan 1

Umpama pepatah sediakan payung sebelum hujan, itulah konsep (1) insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu Walaupun banyak agensi perlindungan insurans beroperasi di negara kita, masih banyak lagi rakyat yang tidak faham dan sedar akan kepentingan insurans walaupun polisi ini memberikan banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya. Seandainya rakyat berpegang pada prinsip ingat sebelum kena jimat sebelum habis dan memahami bidalan orang tua,

malang tidak berbau, sudah tentu rakyat akan menyertai skim insurans sebagai persiapan atau jaminan jika ditimpa musibah yang tidak dijangka. Tiada sesiapa pun yang akan menjangka bahawa seseorang yang muda dan sihat, tiba- tiba diserang penyakit kronik atau terbabit dalam kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja. Di sinilah insurans memainkan peranan untuk memberikan perlindungan kepada seseorang.

Dalam hal ini mereka yang masih muda dan sihat serta berkemampuan sewajarnya mengambil insurans kerana mereka akan mendapat pulangan yang lebih tinggi apabila tempoh insurans tersebut matang. Insurans yang paling popular ialah insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am. Ada sesetengah orang terutamanya orang Islam bimbang jika insurans yang dilaburkan mempunyai unsur riba. Dalam zaman sekarang, hampir semua syarikat insurans mempunyai takaful yang menawarkan konsep insurans Islamik. Setiap insurans mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan mereka yang mengambilnya. Insurans terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu perlindungan semata-mata dan juga perlindungan serta simpanan. Insurans berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang. Selain itu, insurans jenis ini juga akan membolehkan seseorang itu mempunyai simpanan untuk masa depan atau bekalan pada hari tua. Insurans yang berbentuk perlindungan pula memberikan perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan.

Program

Bahasa

Melayu

(15)

Bagi insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad, kos perubatan dan rawatan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak insurans. Jika seseorang itu meninggal dunia, jumlah wang yang sepatutnya diterima contohnya RM100,000, jika berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya. Hal ini sudah tentu memberikan jaminan kepada anak-anak dan keluarga pemegang polisi insurans tersebut. Kita juga digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak kerana kos pengajian yang semakin tinggl sekarang ini. Sejak anak berusia satu bulan, ibu bapa sudah boleh mula mengambil insurans untuk mereka. Ketika sampai tempoh matang contohnya hingga 18 tahun atau 23 tahun, wang yang terkumpul untuk mereka melanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM40,000. Oleh itu, penyertaan dalam insurans dapat meringankan beban perbelanjaan pendidikan untuk anak-anak. Ada pelbagai jenis insurans tetapi hal ini terpulanglah kepada pilihan pelanggan tentang jenis yang paling sesuai. Tanpa kita sedari, pengambilan polisi insurans ialah satu tindakan yang amat bijak.

Bahan 2 :

Program

Bahasa

Melayu

(16)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Tentukan daerah himpunan penyelesaian dari sistem pertidaksamaan linear dua variabel yang terdapat pada masalah (irisan dari setiap pertidaksamaan linear dua variabel

Dari alur kerangka pemikiran dapat dilihat bahwa penelitian akan dilaksanakan dengan melihat bagaimana hubungan antara peubah-peubah penjelas yaitu faktor internal dan

Menimbang, bahwa atas pertimbangan hukum majelis hakim Pengadilan Agama Sengkang sebagaimana tersebut di atas maka Pengadilan Tinggi Agama Makassar menyatakan tidak

a. Pendekatan keruangan, merupakan pendekatan dalam geografi yang digunakan untuk mengetahui persebaran penggunaan ruang atau lokasi mengenai sifat-sifat lokasi yang

Perencanaan pembangunan kabupaten Banyuasin yang dilakukan sesuai peraturan perundang-undangan dan memperhatikan Dokumen- dokumen perencanaan yang telah ada, seperti Rencana

Kabupaten Maluku Tenggara Barat (Lembaran Negara Republik Indonesia Tahun 2000 Nomor 174, Tambahan Lembaran Negara Republik Indonesia Nomor 3895); sebagaimana telah diubah

Dari segi ini dapatlah disimpulkan bahwa yang dimaksudkan dengan sampah (refuse) adalah sebagian dari sesuatu yang tidak dipakai, tidak disenangi atau sesuatu yang harus dibuang,