• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM5. Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM5. Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM5

Modul 501B-2

Pemahaman. Novel. Rumusan

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) 4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan ransangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Program

Bahasa

Melayu

(3)

Pemahaman

1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Bahasa kebangsaan sering dijadikan slmbol jab clirl nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum

Bahasa

Melayu

(4)

telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara. Atas kesedaran itulah, bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagal alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini, Di samping itu, bahasa kebangsaan juga dapat memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi, Hal tersebut hanya dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam system pendidikan nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut, bahasa kebangsaan juga berperanan sebagal bahasa ilmu. Sehubungan dengan itu, banyak negara yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.

Bahan 2

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia menerusi Perkara 152 bahasa Melayu bukan berperanan penting sebagai bahasa kebangsaan negara malah berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.

Dalam konteks penggunaannya yang meluas, bahasa ini berperanan sebagai alat penjalin kerjasama dan persefahaman antara kaum, atas dasar toleransi dan saling menghormati untuk mewujudkan semangat kekitaan Secara konseptualnva Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan yang berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini. Bagi sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum, dilatari pelbagai agama dan diwamai aneka budaya, perpaduan adalah sangat penting untuk menjamin keharmonian negara.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud padu dan abadi? [2 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang peranan bahasa kebangsaan selepas kemerdekaan. [ 3 markah]

Program

Bahasa

Melayu

(5)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan di negara kita. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara Malaysia? [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iv)Bahasa kebangsaan semakin dirosakkan oleh media massa yang sering mengabaikan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Sebagai rakyat yang mencintai bahasa kebangsaan, apakah peranan yang harus anda lakukan untuk mengatasi masalan ini?

[4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.

c. Empat soalan pcmahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding

beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Program

Bahasa

Melayu

(7)

Latihan :

Sejadah Rindu

Terkedu aku di sejadah rindu

mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu

merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan

dalam keterhadan dan keterbatasan insan mega terbuka ruang keampunan

sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya

aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh

jiwa yang kaku tersentuh

Bahasa

Melayu

(8)

di sejadah rindu yang lusuh

kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa

pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa

dunia ini hanya bersifat sementara.

Mohd. Haikal Aminuddin

dalam antologi Sejadah Rindu,

.

Maksud Sajak

Rangkap 1: Penyajak terkedu di atas sejadah sewaktu mengungkapkan kalimah syahdu

yang menyentuh kalbu dan menginsafi dosa-dosa yang lalu.

Rangkap 2: Dengan rasa rendah diri, penyajak memohon peluang agar dibukakan ruang

keampunan sebelum dia meninggal dunia pada saat yang ditakdirkan oleh Tuhan.

Rangkap 3: Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan sebagai bukti, akhirnya

penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dengan nafas yang sebak dalam suasana yang hening dan sepi.

Rangkap 4: Hati penyajak luluh dan jiwanya tersentuh dengan ayat-ayat cinta yang

disusun rapi sewaktu memohon keampunan daripada Pencipta dengan perasaan yang gemuruh.

Program

Bahasa

Melayu

(9)

Rangkap 5: Penyajak berdoa kepada Yang Maha Esa agar mengizinkan dirinya

menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan sedar bahawa dunia ini bersifat sementara.

Tema

Sajak "Sejadah Rindu" bertemakan ketuhanan serta ketaatan kepada agama. Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak memohon keampunan dengan bertaubat sungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.

Persoalan

1. Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup.

2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.

3. Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.

4. Taubat yang dilakukan dengan sungguh-sungguh sehingga menitiskan air mata. 5. Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta.

6. Dunia ini hanya sementara.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat. 2. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.

3. Bilangan baris dalam rangkap pertama, kedua, keempat, dan kelima adalah sama, kecuali rangkap ketiga. Rangkap pertama mengandungi enam baris, rangkap kedua mengandungi enam baris, rangkap ketiga mengandungi tujuh baris, rangkap keempat mengandungi enam baris, dan rangkap kelima mengandungi enam baris.

Bahasa

Melayu

(10)

4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara satu hingga enam

patah kata dalam satu baris.

S. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada tiga hingga empat belas suku

kata.

6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua: aaaaaa, rangkap ketiga: aabaaaa, rangkap keempat: aaaaaa, dan rangkap kelima: aaaaaa.

Gaya Bahasa

1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan

berkesan. Contohnya:

i. bait bicara tersentuh kalbu - rangkap 1, baris 4 ii. ayat-ayat cinta disusun kukuh - rangkap 4, baris 3 iii. di sejadah rindu yang lusuh - rangkap 4, baris 4

2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Sejadah Rindu" termasuklah: (a) inversi. Contohnya:

i. Terkedu aku - rangkap 1, baris 1 (sepatutnya: Aku terkedu)

ii. moga terbuka ruang keampunan - rangkap 2, baris 4 (sepatutnya: Ruang keampunan moga terbuka)

(b) personifikasi. Contohnya:

Air mata menjadi saksi - rangkap 3, baris 1

(c) metafora. Contohnya:

i. sejadah rindu - rangkap 1, baris 2 ii. nafas kehidupan - rangkap 2, baris 2 (d) penggunaan bahasa Arab. Contohnya:

i. kalimah - rangkap 1, baris 3 ii. Ilahi - rangkap 3, baris 4 iii. taubat - rangkap 3, baris 6

Program

Bahasa

Melayu

(11)

Unsur Bunyi :

(a) asonansi

Contohnya:

i. perulangan bunyi vokal a

bait bicara tersentuh kalbu - rangkap 1, baris 4

ii. perulangan bunyi vokal i

keikhlasan menjadi bukti - rangkap 3, baris 2

iii. perulangan bunyi vokal u

aku sujud menghadap Ilahi - rangkap 3, baris 4

(b) aliterasi Contohnya:

i. perulangan bunyi konsonan k

kupohon kembali nafas kehidupan - rangkap 2, baris 2

ii. perulangan bunyi konsonan s

sebelum saat aku dinisankan - rangkap 2, baris 5

iii. perulangan bunyi konsonan m

izinkan aku menjadi manusia - rangkap 5, baris 2

Nada

Bahasa

Melayu

(12)

Sajak "Sejadah Rindu" bernada melankolik. Nada ini sesuai untuk menggambarkan keinsafan penyajak atas dosa-dosanya yang lalu. Sajak ini juga menggambarkan keikhlasan hati penyajak yang ingin bertaubat kepada Pencipta.

Nilai

1. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu. 2. Nilai kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia.

3. Nilai keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata.

4. Nilai ketaatan. Contohnya, penyajak taat kepada Pencipta dan hanya berharap kepada pengampunan daripada Pencipta.

5. Nilai kesedaran. Contohnya, penyajak mempunyai kesedaran bahawa dunia ini sementara sahaja.

Pengajaran

1. Kita mestilah segara insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu supaya kita tidak menjadi orang yang rugi di akhirat nanti.

2. Kita haruslah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa untuk memperoleh

keampunan agar kita memiliki hati yang bersih.

3. Kita hendaklah memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa yang lalu diampunkan oleh Tuhan dan tidak berulang lagi.

4. Kita mestilah taat kepada Pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan mengejar pengampunan daripada Pencipta.

5. Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita tidak melakukan perbuatan dan tindakan yang melebihi batasan.

Program

Bahasa

Melayu

(13)

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dilakukan oleh penyajak di atas sejadah rindu?

[2 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(ii) Berikan perbezaan dalam doa-doa penyajak

[4 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang biasanya akan bertaubat pada usia tua atau pada akhir hayatnya ?

[4 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(iv) Bagaimanakah boleh kita membuat seseorang insaf atas salah lakunya ?

[3 markah]

Bahasa

Melayu

(14)

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan babagian ini akan dkemukankan setelah Novel Tirani dikaji.

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ --- Isi : 20 markah Bahasa : 10 markah --- Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

Program

Bahasa

Melayu

(15)

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik,

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kala kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menanganl masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Latihan :

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disediakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.

Bahan 1 :

Mengapakah masyarakat gemar melayari Internet dan menyertai laman sosial? Tahukah anda bahawa laman sosial tidak hanya sekadar untuk bersosial dengan kawan-kawan sahaja? Terdapat banyak kegunaan yang akan diperoleh melalui laman sosial yang ada dalam Internet. Laman sosial ini dapat memberikan peluang dan pengalaman yang berguna jika pandai menggunakan kelebihan yang ada bak kata bidalan, "sambil

menyelam minum air." Antara laman sosial yang terkenal di Internet ialah Facebook. Facebook ditubuhkan oleh Mark Zuckerberg, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan

Chris Hughes ketika mereka masih belajar di Universiti Cambridge. Facebook mula

Bahasa

Melayu

(16)

beroperasi pada bulan Februari 2004. Walaupun muncul pesaing terdekat, iaitu Twitter, laman sosial ini tetap menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya remaja. Melalui sistem ini, masyarakat boleh mencipta ruangan khas untuk kegunaan peniagaan, menubuhkan kelab dan sebagainya. Facebook juga membolehkan pelayarnya memulakan perniagaan siber secara mudah, jimat dan berkesan. Caranya amat mudah kerana hanya dengan mendaftarkan diri sebagai ahli Facebook, anda berkelayakan untuk memulakan satu atau lebih ruangan khas untuk pemiagaan. Cara ini amat menjimatkan kerana anda tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan seperti

Amazon dan e-Bay, malahan ternyata berkesan kerana apabila anda memulakan satu

ruangan khas perniagaan, semua orang dalam senarai kawan anda dapat mengetahui produk yang anda jual. Secara tidak langsung, produk anda dikenali tanpa menggunakan khidmat iklan berbayar.

Selain itu, produk yang boleh dipasarkan melalui Facebook tidak terbatas kepada satu jenis produk sahaja, Banyak produk yang telah dipasarkan melalui Facebook dan telah terbukti keberkesanannya, Antara perniagaan melalui laman sosial yang berjaya termasuklah penjualan permainan yang dilakukan oleh Toy Malaysia clan Toy Wizard, Kepentingan seterusnya ialah aktiviti berniaga melalui laman sosial bukan hanya membantu anda mendapat pendapatan sampingan, malahan dapat membantu anda mengenali dunia perniagaan moden yang lebih mengutamakan pengeluaran dan mengurangkan perbelanjaan. Pilihlah satu produk yang anda minati dan ceburilah bidang perniagaan dengan cara yang bijak.

Perniagaan bukan sahaja menjadi keutamaan dalam laman sosial Facebook. Melalui laman sosial ini juga, anda berpeluang untuk menyertai aktiviti siber yang menyeronokkan dan berfaedah. Mengapakah Facebook berguna untuk anda? Aktiviti yang terdapat dalam Facebook dapat membantu anda menerokai minat yang ada. Bukan sekadar hobi semata-mata malahan Facebook mampu menjadi pendorong kepada anda untuk melibatkan diri secara profesional dalam pelbagai bidang.

Program

Bahasa

Melayu

(17)

Bahasa

Melayu

(18)
(19)
(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

40 Tahun 2004, Honor/Upah adalah hak pekerja yang diterima dan dinyatakan dalam bentuk uang sebagai imbalan dari pemberi kerja kepada pekerja yang ditetapkan dan dibayar menurut

Berdasarkan temuan hasil refleksi/evaluasi dalam siklus III ini secara keseluruan pembelajaran dengan menggunakan alat peraga pias-pias pada pokok bahasan penjumlahan dan

Agar dalam suatu persaingan terjadi keseimbangan, dimana tidak ada pe- main yang bisa memperoleh keuntungan dengan mengubah strateginya, sedangkan pemain lain menjaga strategi

Berdasarkan tabel 1.1, total pembengkakan biaya pada pelaksanaan distribusi logistik PT. Sehingga dalam hal ini, PT. Dehael Nusantara Logistik membutuhkan metode

Pondok Pesantren Al-Ishlah yang terletak di Desa Jatireja RT 01 / RW 02 Kecamatan Compreng Kabupaten Subang, adalah salah satu lembaga pendidikan keagamaan

Menimbang, bahwa atas pertimbangan hukum majelis hakim Pengadilan Agama Sengkang sebagaimana tersebut di atas maka Pengadilan Tinggi Agama Makassar menyatakan tidak

Alasan alternatif pemanfaatan limbah kulit kopi sebagai cascara karena para petani tidak memiliki ternak sehingga pemanfaatan sebagai pakan ternak dan kompos, menjadi

Kabupaten Maluku Tenggara Barat (Lembaran Negara Republik Indonesia Tahun 2000 Nomor 174, Tambahan Lembaran Negara Republik Indonesia Nomor 3895); sebagaimana telah diubah