• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM4. Modul 404B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Tahap SM4. Modul 404B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 404B-2

Pemahaman. Novel. Rumusan

Nama : _____________________________

▸ Baca selengkapnya: maka sembah kertala sari endah apatah pekerjaan membunuh ratu melaka dan laksamana itu

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir

(3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

Pemahaman

1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pengangguran merupakan salah satu masalah sosioekonomi yang terus menghambat pembangunan negara ini. Pada setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi ([PT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal. Namun, tidak semuanya bernasib baik. Dengan berdasarkan statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 200B, jumlah pendaftar baharu

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja ialah 174,355 orang. Daripada jumlah ini, sebanyak 23.1 peratus memiliki ijazah, manakala 20.6 peratus memegang diploma.

Sikap siswazah yang sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi dikenal pasti antara penyebab mereka terus menjadi penganggur. Mereka juga mempunyai interpretasi yang tinggi terhadap prasarana kerja. Kredibiliti sesebuah syarikat, fleksibiliti waktu bekerja dan kemudahan untuk pekerja menjadi prasyarat untuk memilih pekerjaan. Satu daripada kelemahan yang paling ketara ialah mereka tidak mempunyai kemahiran yang tinggi walaupun memiliki kelulusan yang tinggi.

Terdapat juga siswazah yanq tidak optimistik terhadap jenis pekerjaan. Mereka terlalu menginginkan pekerjaan yang terjamin tanpa perlu memerah keringat. Keinginan untuk menjadi pekerja kolar putih yang melambangkan kuasa dan status menghalang siswazah daripada melihat potensi dan peluang pekerjaan dalam sektor lain. Masalah yang dihadapi ialah mereka terlalu cetek dari segi pengalaman. Bilangan siswazah menganggur meningkat kerana jumlah siswazah yang dikeluarkan oleh IPTA dan IPTS semakin meningkat saban tahun. Hal ini berlaku kerana jumlah institusi ini terutamanya IPTA semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Isu tentang pengangguran dalam kalangan siswazah dikaitkan dengan sikap majikan. Pengangguran akan berterusan selagi kebanyakan majikan tidak mengubah sikap dan pandangan mereka terhadap siswazah. Dari sudut siswazah pula, kebanyakan mereka tidak mempunyai nilai tambah untuk membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja Mereka tidak mempunyai pemahaman yang jelas tentang dunia kerjaya yang ingin diceburi. Semasa di universiti, mereka memilih bidang yang kurang diperlukan di pasaran.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

Bahan 2

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud memerah keringat? [2 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor yang menyebabkan berlakunya pengangguran. [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Satu daripada punca pengangguran ialah majikan sanggup mengambil pekerja yang tidak berpendidikan tinggi. Pada pendapat anda, mengapakah hal ini berlaku?

[ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iv) Pengangguran dalam kalangan siswazah di negara kita semakin ketara. Jika anda Perdana Menteri, apakah usaha-usaha yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah ini? [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Prosa Tradisional

“Kepimpinan Melalui Teladan”

Sinopsis

Cerita ini bermula dengan peristiwa Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari untuk menjemputnya ke kediaman Patih Gajah Mada. Patih Gajah Mada

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

telah membawa Kertala Sari berjumpa dengan Seri Betara di Istana Seri Betara, Majapahit. Seri Betara akan melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung. Mereka berbincang tentang cara untuk membunuh laksamana dan Raja Melaka sekali gus menumpaskan kerajaan Melaka. Seri Betara mengarahkan Kertala Sari ke Melaka untuk menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya dengan cuba membunuh Ratu Melaka dan laksamana.

Kertala Sari bersemangat waja dan bersedia menjunjung perintah Seri Betara.

Kertala Sari telah belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya.

Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah berjaya mengecam Laksamana yang telah membunuh bapanya.

Pada suatu malam, Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan isteri saudagar itu turut dicabul. Pada malam-malam berikutnya, Kertala Sari telah menceroboh rumah saudagar dan orang kaya yang lain. Semua harta benda mereka itu disamun Kertala Sari. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Baginda telah menitahkan Temenggung agar mengerahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung.

Pada malam yang berikutnya, Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya untuk menundukkan para pengawal yang berkawal di rumah orang kaya itu. Habis harta benda orang kaya itu dicurinya dan isteri orang kaya itu turut juga dicabul Kertala Sari. Sekali lagi Raja Melaka mengarahkan Temenggung memperkukuh barisan pertahanan bagi mengawal negeri Melaka daripada ancaman pencuri. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(9)

Laksamana memohon kebenaran raja untuk cuba menangkap pencuri itu.

Laksamana memasang lembing, tombak, dan kayu di keliling istana Raja Melaka.

Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Pada waktu malam, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba memasuki istana Raja Melaka.

Laksamana menyembunyikan dirinya untuk melihat perkembangan penjahat itu.

Kertala Sari cuba memasuki istana itu untuk mencuri dan mengganggu bini raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka.

Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Laksamana berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai

bukti bahawa dialah pembunuh Kertala Sari itu. Orang ramai menghadap Raja

Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai

dakwaan mereka. Laksamana masuk menghadapRaja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milk Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka menganugerahinya anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari.

Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Raja Melaka mengagihkan segala harta yang diperoleh semula itu kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian diberikan kepada Laksamana dan satu bahagian diserahkan kepada pemilik asal harta yang berkenaan. Semua rakyat bersetuju dengan cadangan raja itu. Laksamana telah mengagihkan pula separuh harta yang diterimanya itu kepada tiga bahagian. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upaya

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(10)

mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka itu.

Tema

1. Tema prosa ini ialah kepahlawanan seorang Laksamana yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar.

2. Keberanian dan kegagahan Laksamana mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman tujuh orang penjurit Majapahit serta ancaman Kertala Sari yang juga dari Majapahit telah berjaya mengembalikan keamanan kepada kerajaan Melaka.

Persoalan

1. Kegagahan dan kehebatan pahlawan Melayu. Contohnya, Laksamana digambarkan sebagai seorang pahlawan yang handal dan gagah sehingga digeruni oleh pihak lawan dan musuh.

2. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menewaskan musuh.

Contohnya, Laksamana telah mengenakan pakaian yang serba hitam, menyamar sebagai seorang penjurit dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam dengan harapan untuk menangkap dan membunuh Kertala Sari.

3. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah. Contohnya, rakyat dan hulubalang Melaka taat kepada perintah Tuanku Syah Alam bagi menjejaki pencuri yang telah mencuri harta benda sehingga mencetuskan huru-hara di Melaka.

4. Penuntut bela atas kematian orang tersayang. Contohnya, Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian bapanya, Perala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana.

5. Amanah dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Laksamana menjalankan tugasnya mengawal keamanan negeri Melaka dengan amanah dan dedikasi tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(11)

Watak dan Perwatakan 1. Watak utama - Laksamana.

2. Watak-watak sampingan - Kertala Sari, Raja/Ratu Melaka, Seri Betara Majapahit, Bini Perala Bumi, tujuh orang penjurit, Saudagar yang kaya, Temenggung, Bendahara, dan sebagainya.

Laksamana

1. Beliau merupakan salah seorang hulubalang Melaka.

2. Beliau berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang penjurit termasuklah Perala Bumi.

3. Seorang yang bijaksana. Contohnya, laksamana memaikai baju berwarna hitam ketika dia keluar menjejaki pencuri yang membuat huru-hara di Melaka pada waktu malam.

4. Seorang yang berani dan gagah. Contohnya, Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya.

5. Seorang yang digeruni oleh pihak lawan. Contohnya, Kertala Sari berasa gerun ketika pertama kali melihat Laksamana yang begitu gagah perkasa.

6. Seorang yang baik hati. Contohnya, Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kepada tiga bahagian termasuklah bahagian golongan fakir miskin.

7. Seorang yang patuh akan perintah raja. Contohnya, Laksamana menjunjung segala titah Raja Melaka tanpa sebarang bantahan.

8. Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Laksamana menjalankan tugasnya sebagai hulubalang Melaka dengan penuh tanggungjawab.

Kertala Sari

1. Seorang hulubalang kerajaan Majapahit.

2. Bapanya, Perala Bumi telah dibunuh oleh Laksamana.

3. Seorang yang berani bertindak. Contohnya, Kertala Sari berani menjalankan kegiatan mencuri secara bersendirian tanpa sedikit pun berasa bimbang.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

4. Seorang yang kejam dan ganas. Contohnya, Kertala Sari bukan sekadar mencuri harta benda, malah turut mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar.

5. Seorang yang memiliki ilmu kesaktian. Contohnya, Kertala Sari telah menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkannya menjadi halimunan ketika mencuri di rumah mangsanya.

6. Seorang yang pendendam. Contohnya, Kertala Sari berdendam dan berniat untuk membunuh Laksamana dan Raja Melaka yang telah membunuh bapanya, Perala Bumi.

7. Seorang yang patuh akan perintah pemerintah. Contohnya, Kertala Sari patuh akan perintah Seri Betara Majapahit yang menitahkannya ke Melaka bagi membunuh Raja Melaka dan Laksamana.

Raja/Ratu Melaka

1. Baginda juga dikenal sebagai Tuanku Syah Alam.

2. Seorang yang adil dan saksama. Contohnya, baginda telah mengagihkan harta benda milik rakyat dan pembesar semula secara sama rata dan adil.

3. Seorang yang mementingkan keharmonian negara. Contohnya, baginda berasa resah dan bimbang setelah mendapat berita bahawa negeri Melaka diancam kes kecurian.

4. Seorang yang mengenang jasa hulubalang. Contohnya, baginda Tuanku Syah Alam telah memberikan anugerah kepada Laksamana atas jasanya memakmurkan bumi Melaka semula.

5. Seorang yang rasional dalam membuat tindakan. Contohnya, baginda mengarahkan Temenggung mengetatkan lagi kawalan di kawasan kampung dan negeri bagi mengawal kegiatan kecurian yang semakin menjadi-jadi.

Patih Gajah Mada

1. Beliau merupakan pembesar kerajaan Majapahit.

2. Seorang yang pendendam. Contohnya, Patih Gajah Mada berusaha sedaya upaya mencari hulubalang atau pahlawan yang handal bagi menentang Laksamana dan Raja

Melaka.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(13)

Latar

Latar Tempat

1. Majapahit. Seri Betara Majapahit menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana.

2. Rumah Petala Bumi. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari untuk menjemputnya ke kediaman Patih Gajah Mada.

3. Bukit Cina. Kertala Sari telah menyimpan dan menyembunyikan harta yang dicurinya di Bukit Cina.

4. Istana Tuanku Syah Alam/Raja Melaka. Laksamana telah membawa bukti keris dan alat kemaluan Kertala Sari yang telah dipotong sebagai bukti bahawa beliaulah yang telah membunuh Kertala Sari.

5. Tengah pasar. Laksamana telah berpakaian serba hitam dan menyamar sebagai penjurit untuk menangkap penjurit sebenar yang telah menghuru-harakan negeri Melaka.

6. Melaka. Keadaan huru-hara berlaku di Melaka selepas banyak rumah rakyat dan pembesar dimasuki pencuri.

Latar Masa

1. Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Peristiwa yang berlaku dalam prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

2. Waktu pagi. Bendahara terkejut apabila mendapati rumahnya telah dimasuki pencuri dan semua harta bendanya telah habis dicuri pada waktu pagi.

3. Waktu siang. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengetuai rakyat untuk mendapatkan harta milik mereka semula yang telah dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina.

4. Waktu malam. Kertala Sari telah menceroboh dan mencuri harta benda di rumah Bendahara pada waktu malam.

Latar Masyarakat

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

1. Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman pemerintahan feudal yang taat dan patuh akan perintah raja. Contohnya, rakyat dan hulubalang menurut perintah Tuanku Syah Alam supaya menjejaki pencuri yang telah mencuri harta benda di Melaka.

2. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan hulubalang.

Contohnya, Tuanku Syah Alam sebagai pemerintah dan Temenggung serta Bendahari sebagai menteri.

3. Masyarakat yang ingin menuntut bela atas kematian orang tersayang. Contohnya, Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian bapanya, Perala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana Melaka.

4. Masyarakat yang bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh.

Contohnya, Laksamana telah mengenakan pakaian serba hitam dan turut menyamarkan dirinya sebagar penjurit yang telah mati dengan berbaring di tengah pasar bagi menjerat musuh yang melalui kawasan itu.

5. Masyarakat yang mengamalkan ilmu kesaktian dalam melaksanakan tugas.

Contohnya, Kertala Sari telah membaca jampi ilmu kesaktian ketika dia melakukan perbuatan mencuri di rumah Bendahara dan di rumah orang kaya.

6. Masyarakat yang berani melawan musuh. Contohnya, Laksamana berani berlawan dengan musuh sehingga keberaniannya itu digeruni oleh pihak lawan dan musuh.

Gaya Bahasa

1. Penggunaan kata penanda wacana. Contohnya:

hatta, alkisah, maka 2. Bahasa Arab. Contohnya:

(a) Insya-Allah Taala (hlm. 36) (b) syahwat (hlm. 36) (c) Demi Allah (hlm. 37) 3. Bahasa istana. Contohnya:

tuanku; putih, baginda, titah

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(15)

4. Bahasa Melayu klasik. Contohnya.

manira, pakanira, karar.

5. Simile. Contohnya:

Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. (hlm. 28)

6. Personifikasi. Contohnya:

...maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-

meradak. (hlm. 35)

7. Hiperbola. Contohnya:

Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. (hlm. 36)

8. Perulangan kata/Repetisi. Contohnya:

Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku, mohonkan ampun dan kurnia;

adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain." (hlm. 33)

Nilai

1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Kertala Sari amat menyayangi bapanya, Perala Bumi yang telah mati dibunuh oleh Laksamana.

2. Nilai kegigihan. Contohnyu, Laksamana gigih menjejaki penjurit atau pencuri yang telah mencuri harta benda serta membuat kekacauan di Melaka.

3. Nilai ketaatan. Contohnya, Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana.

4. Nilai semangat bermasyarakat. Contohnya, rakyat jelata dan pembesar Melaka bersatu hati mengawal kawasan kampung masing-masing daripada diceroboh oleh pencuri.

5. Nilai kebijaksanaan. Contohuya, Laksamana bijak menggunakan akal bagi menyusun strategi untuk memerangkap penjurit/pencuri yang mencetuskan kekacauan di Melaka itu.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(16)

6. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Laksamana bertangaungjawab memulihkan keamanan negeri Melaka dengan berusaha sedaya upayanya menangkap pencuri/penjurit itu.

7. Nilai keberanian. Contohnya. Laksamana berani melawan musuh yang mengancam keharmonian negeri Melaka.

Pengajaran

1. Kita hendaklah cekap menyusun strategi bagi menumpaskan pihak musuh.

Contohnya, Laksamana menggunakan kebijaksanaan akalnya dengan berpakaian serba hitam dan menyamar sebagai penjurit untuk membunuh musuhnya.

2. Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh. Contohnya, Laksamana telah mengenakan pakaian serba hitam dan turut menyamarkan dirinya sebagai penjurit yang telah mati dengan berbaring di tengah pasar bagi menjerat musuh yang melalui kawasan itu.

3. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh.Contohnya, Laksamana berani melawan musuh yang mengancam keharmonian negeri Melaka apabila beliau berjaya menewaskan penjurit tujuh bersaudara dan Kertala Sari dari Majapahit.

4. Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi. Contohnya, Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunnh Raja Melaka dan Laksamana.

5. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain. Contohnya, Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan Laksamana kerana ingin melunaskan dendamnya dan menuntut bela atas kematian bapanya, Petala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana Melaka.

Latihan

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(17)

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya,

"Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu."

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, "Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi."

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

Maka titah baginda kepada Bendahara, "Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?"

Maka sembah Bendahara, "Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang."

Seketika lagi maka laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, "Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat." Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

(Dipetik daripada prosa "Kepimpinan Melalui Teladan" dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud penjurit yang terlalu buas. [2 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)

(ii) Apakah perbezaan antara laksamana dan Kertala Sari dair segisifat dan kebolehan

mereka ? [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pahwalan ? [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iv) Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan- tindakan yang akan anda ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari? (KBAT) [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan bahagian ini akan dikemukakan setelah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dikaji.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(19)

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ ---

Isi : 20 markah

Bahasa : 10 markah

---

Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(20)

Latihan :

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal dan bahan.

Bahan 1

Mengapakah masyarakat gemar melayari Internet dan menyertai laman sosial? Tahukah anda bahawa laman sosial tidak hanya sekadar untuk bersosial dengan kawan-kawan sahaja? Terdapat banyak kegunaan yang akan diperoleh melalui laman sosial yang ada dalam Internet. Laman sosial ini dapat memberikan peluang dan pengalaman yang berguna jika pandai menggunakan kelebihan yang ada bak kata bidalan, "sambal menyelam minum air." Antara laman sosial yang terkenal di Internet ialah Facebook.

Facebook ditubuhkan oleh Mark Zuckerberg, Eduaroo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes ketika mereka masih belajar di Universiti Cambridge. Facebook mula beroperasi pada bulan Februari 2004. Walaupun muncul pesaing terdekat, iaitu Twitter, laman sosial ini tetap menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya remaja.

Melalui sistem ini, masyarakat boleh mencipta ruangan khas untuk kegunaan perniagaan, menubuhkan kelab dan sebagainya. Facebook juga membolehkan pelayarnya memulakan perniagaan siber secara mudah, jimat dan berkesan. Caranya amat mudah kerana hanya dengan mendaftarkan diri sebagai ahli Facebook, anda berkelayakan untuk memulakan satu atau lebih ruangan khas untuk perniagaan. Cara ini amat menjimatkan kerana anda tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan seperti Amazon dan e-Bay, malahan ternyata berkesan kerana apabila anda memulakan satu ruangan khas perniagaan, semua orang dalam senarai kawan anda dapat mengetahui produk yang anda jual. Secara tidak langsung, produk anda dikenali tanpa menggunakan khidmat iklan berbayar.

Selain itu, produk yang boleh dipasarkan melalul Facebook tidak terbatas kepada satu jenis produk sahaja. Banyak produk yang telah dipasarkan melalui Facebook dan telah terbukti keberkesanannya. Antara perniagaan melalui laman sosial yang berjaya termasuklah penjualan permainan yang dilakukan oleh Toy Malaysia dan Toy Wizard.

Kepentingan seterusnya ialah aktiviti berniaga melalui laman sosial bukan hanya membantu anda mendapat pendapatan sampingan, malahan dapat membantu anda mengenali dunia perniagaan moden yang lebih mengutamakan pengeluaran dan

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(21)

mengurangkan perbelanjaan. Pilihlah satu produk yang anda minati dan ceburilah bidang perniagaan dengan cara yang bijak.

Perniagaan bukan sahaja menjadi keutamaan dalam laman sosial Facebook. Melalui laman sosial ini juga, anda berpeluang unluk menyertai aktiviti siber yang menyeronokkan dan berfaedah. Mengapakah Facebook berguna untuk anda? Aktiviti yang terdapat dalam Facebook dapat membantu anda menerokai minat yang ada. Bukan sekadar hobi semata-mata malahan Facebook mampu menjadi pendorong kepada anda untuk melibatkan diri secara profesional dalam pelbagai bidang.

Bahan 2 :

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(22)
(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Kondisi ini dapat menyebabkan tingkat mortalitas meningkat hingga di kisaran 5-10% dari total Day Old Chicken (DOC) yang dibesarkan dalam kandang. Sedangkan

Dengan menggunakan uji one-way ANOVA dan didapat hasil Fhitung = 2,891 sedangkan Ftabel = 2,33 pada taraf signifikansi α = 0,10, dan karena Fhitung > Ftabel.. 54

Tentukan daerah himpunan penyelesaian dari sistem pertidaksamaan linear dua variabel yang terdapat pada masalah (irisan dari setiap pertidaksamaan linear dua variabel

Dari alur kerangka pemikiran dapat dilihat bahwa penelitian akan dilaksanakan dengan melihat bagaimana hubungan antara peubah-peubah penjelas yaitu faktor internal dan

Menimbang, bahwa atas pertimbangan hukum majelis hakim Pengadilan Agama Sengkang sebagaimana tersebut di atas maka Pengadilan Tinggi Agama Makassar menyatakan tidak

a. Pendekatan keruangan, merupakan pendekatan dalam geografi yang digunakan untuk mengetahui persebaran penggunaan ruang atau lokasi mengenai sifat-sifat lokasi yang

Perencanaan pembangunan kabupaten Banyuasin yang dilakukan sesuai peraturan perundang-undangan dan memperhatikan Dokumen- dokumen perencanaan yang telah ada, seperti Rencana

Kabupaten Maluku Tenggara Barat (Lembaran Negara Republik Indonesia Tahun 2000 Nomor 174, Tambahan Lembaran Negara Republik Indonesia Nomor 3895); sebagaimana telah diubah